Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hatinya bagai direnggut oleh sesuatu yang benar-benar menjerat. Terasa sesak dan lemas dia dalam situasi itu. Dia buntu memikirkan jalan penyelesaian yang lebih rasional sebagai tindakan sehingga dia tercari-cari arah yang patut dituju. Pandangannya tiba-tiba menjadi kelam. Fikirannya terasa kontang. Sekontang telaga yang kering pada musim kemarau. Sukar untuk menafsir apa yang bakal berlaku. Dia cuba bertenang, mencari sudut yang mampu mengembalikan semula kebijaksanaannya yang selama ini sering dibangga-bangga, dipuji-puji malah dijulang tinggi. Tetapi hari ini dia tewas. Tewas kepada emosinya sendiri. Mahu sahaja dia menangis, meraung memberitahu bahawa dia telah gagal dalam perjuangan. Namun, hati jantannya tetap ego dan dia tidak akan sekali-kali bersikap keperempuanan.
"Arghh, untuk apa aku menangisi semua yang terjadi? Perjuangan apa yang cuba aku pertahankan ini? Aku keliru dengan perasaanku sendiri. Apa sebenarnya yang aku mahu? Apa yang aku cari...?" dia terus mengamuk sambil menendang-nendang segala objek yang berada di hadapannya.
Fikirannya benar-benar kusut. Cuba mencari kekuatan diri yang pernah dimiliki dahulu. Sekelip mata sahaja kekuatan yang dirangkul kemas itu hilang, seolah-olah terbang bersama angin petang yang menampar-nampar lembut wajahnya, mengelus halus rambutnya yang disisir rapi sebelum terbang semula entah ke mana lalu membuatkan dia semakin azab. Terseksa dengan persoalan yang kerap berlegar-legar di kotak khayalan. Serentak dengan itu, muncul wajah seseorang yang cukup dikenali, bermain-main di ruang matanya. Antara sedar dan asyik, dia terlalu ghairah membiarkan wajah itu untuk terus dijamah oleh ekor matanya yang nakal. Namun, dalam keasyikan itu, tiba-tiba dia teringatkan situasinya. Serta merta wajah yang sangat didamba itu terasa hambar untuk dikenang. Dia cuba menepis namun, bayangan itu semakin galak menerpa dan sesekali menari-nari gembira malah adakala mentertawakan dirinya. Sinis... Wajah itulah punca segala masalah. Wajah itulah jua yang membuatkan dia bagai kerasukan. Dirasuk oleh ketegasan peribadi milik seraut wajah yang sedang mentertawakannya itu. Dia semakin keliru. Semakin berang. Mahu sahaja dia menyumpah seranah pada si empunya wajah tetapi sepasang matanya yang ayu tiba-tiba sahaja melenyapkan api kemarahan, sekaligus membakar terus kebencian yang sebentar tadi bagaikan meruap-ruap. Bersama itu, perasaannya kian berkecamuk. Dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri sehingga dia berasa tercabar. Tercabar apabila buat pertama kali permintaannya ditolak dengan alasan yang dirasakan tidak masuk akal.
"Saudara tidak mempunyai hak untuk memaksa saya bersuara. Saya masih belum bersedia untuk menjalinkan apa-apa hubungan dengan saudara"
"Tapi aku mencintai kamu, Balkis"
"Apa nilai cinta bagi saudara? Sekadar ungkapan yang begitu murah untuk diluahkan dan begitu mudah pula untuk diperdengarkan kepada sesiapa sahaja yang saudara mahu? Dan saya adalah di antara mereka yang akan merasainya? Sayang sekali, saudara sering memperlekehkan kata-kata keramat itu sehingga tidak akan ada seorang pun yang akan mempercayai diri saudara lagi"
"Aku perlukan kamu..." dia merayu lagi dengan suara yang kian mendatar.
"Belajarlah mencintai pencipta dulu, barulah saudara akan mencintai diri saudara. Cinta sesama manusia cuma satu perasaan tetapi cinta kepada pencipta adalah fitrah yang sememangnya telah wujud dalam perasaan kita. Semakin kita dekat denganNya, semakin dekat diri kita dengan orang yang kita sayangi kerana perasaan cinta kepada manusia adalah perasaan yang dikurniakan olehNya... "
Kata-kata itu seakan mencabar keegoannya. Hati gadis itu terlalu keras untuk dicairkan dengan kata-kata manis sedangkan itulah senjata yang sering dia agung-agungkan dalam perjuangannya selama ini. Perjuangan untuk membeli cinta gadis-gadis yang sadis dan naif dalam soal berkasih sayang. Dia tertanya-tanya apa lagi yang kurang pada dirinya sehingga sukar untuk gadis bertudung yang dipanggil Balkis itu untuk memandangnya. Dia punyai rupa yang kacak, wang yang banyak, dan suara yang romantis. Pendek kata dia memiliki segala-galanya. Kekayaan, kemewahan dan kesenangan yang sering dikejar oleh gadis-gadis. Sudah tentulah si gadis yang bernama Balkis itu juga bisa merasai hidup yang senang kelak. Tetapi sukar sekali untuknya menawan apa lagi untuk memiliki sekeping hati milik seorang insan yang bernama Balkis.
Dia mengenang wajah putih bersih milik gadis itu. Sepasang matanya yang ayu dan bersinar, senyuman yang sentiasa terukir menampakkan keikhlasannya serta air muka yang sentiasa tenang memberi sedikit ruang untuknya bernafas, walaupun dia hampir lemas tatkala cintanya buat pertama kali ditolak oleh seorang gadis lantas membuatkannya terfikir. Jika selama ini, cintanya mudah diterima oleh mana-mana gadis tetapi mengapa begitu payah untuk si Balkis menerimanya walau sudah berkali-kali dia merayu agar diberi sedikit ruang untuknya bertamu di dalam hati gadis itu. Dia berkira-kira, barangkali nilai cinta bagi Balkis tidak semurah cinta Sherry, perasaan Balkis tidak segoyah perasaan Elisya yang tidak pernah memilki pendirian yang utuh, sering berubah-ubah mengikut musim pantas membuatkan dia senang meninggalkan Elisya tanpa sebarang perasaan walaupun gadis itu terlalu cantik dan seksi baginya. Barangkali maruah Balkis juga tidak serendah maruah Norlyn dan Dalilah. Balkis terlalu suci, terlalu luhur untuk dikhianati hatinya berbeza benar dengan Sherry, Elisya, Norlyn dan Dalilah. Nama-nama yang pernah mendapat belaian kasih sayangnya. Merasai wang dan berkongsi kemewahan dengannya tetapi cinta mereka hanya sekadar materialistik. Cinta yang tidak pernah jujur dan menjijikkan. Berdampingan dengan wanita yang hanya sekadar cantik dipandang tetapi memiliki peribadi yang hitam. Hidup mereka sekadar untuk mengejar keseronokan dunia seperti mana dia juga punyai tujuan yang hampir sama seperti gadis-gadis itu. Dia sedar kehadiran Balkis dalam hidupnya sekadar angin yang berhembus lembut. Datang tanpa dipinta. Hanya sekali-sekala muncul tatkala diri dilanda kehangatan. Kehadirannya mampu melegakan, menenangkan hati yang panas lantas sahaja kehilangannya sangat dirindui dan kedatangannya amat diharapkan. Terlalu lama dia menantikan kemunculan Balkis untuk bertamu di dalam istana cintanya. Dia mahukan gadis itu menjadi ratu dalam hidupnya kerana dia yakin cintanya hanya milik Balkis. Seorang gadis yang bisa mencairkan keegoannya pantas merubah perjalanan hidupnya serta menjadi panduan untuknya mengharungi kehidupan yang berliku ini. Baginya, jika dapat menawan hati Balkis samalah seperti dia diberi kehidupan yang baru setelah bertarung dengan kematian seolah-olah dia dihidupkan semula daripada mati. Begitu kuat cintanya terhadap insan yang bernama Balkis itu.
"Aku tak mungkin dapat memiliki dia. Tak mungkin!" bentaknya serentak dengan itu, tangannya laju menghempap meja di hadapan.
Kali ini dia benar-benar berasa kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Satu perasaan yang tidak pernah dia merasai sebelum ini. Rasa terkilan yang membenakkan akal fikirnya dan menenggelamkan jasadnya dalam lautan kesedihan. Dia gagal untuk meluahkan rasa yang kian menjalar dalam jiwanya. Rasa cinta yang mula tumbuh secara luhur di sudut hati. Tetapi, telah dicantas dalam hanya beberapa saat sahaja. Dia perlukan gadis itu bukan kerana kecantikannya, bukan kerana nafsu tetapi kerana satu perasaan kasih yang tulus dalam dirinya. Perasaan yang tidak pernah hadir sebelum ini. Dia terduduk sambil memicit-micit kepalanya yang sakit.
“Assalamualaikum..." sapa satu suara.
“Waalaikumussalam" dia menjawab sambil memalingkan wajah ke arah empunya suara.
Jantungnya berdegup kencang, suaranya disekat oleh kerongkong yang kian kering. Namun, pandangan matanya tetap setia tertancap pada sebujur wajah yang tertunduk merenung tanah. Dia kehairanan bagaimana wajah yang sebentar tadi begitu bersungguh-sungguh menentang dirinya kini sedang berdiri tegap di hadapan. Seolah-olah membawa bersama-sama satu perkhabaran yang indah. Kelu lidahnya untuk mempersoalkan kehadiran gadis itu semula. Namun, jauh di sudut hatinya terdetik satu perasaan gembira yang amat sangat. Dia mengajak gadis itu duduk di sebuah bangku. Bersedia .untuk mendengar setiap perkhabaran yang lahir daripada mulutnya.
"Saya dah banyak mendengar cerita tentang diri saudara" bicara si gadis setelah lama mendiamkan diri. Dia tersentak. Terkejut mendengar pengakuan gadis itu. Serta-merta wajahnya berubah kemerahan. Bimbang segala perlakuan buruknya diketahui oleh gadis idamannya itu.
"Apa yang kamu tahu tentangku? Tentang diriku kerana mempermainkan perasaaan perempuan? Keburukan kehidupan aku kerana keluar malam untuk berseronok? Katakanlah apa sahaja Balkis, aku terima..."
"Ya, terlalu banyak cerita buruk tentang diri saudara" sambutnya kembali. Ada senyum pada wajahnya. Dia merenung wajah gadis yang tertunduk malu itu sambil jarinya menguis-nguis daun-daun kering yang gugur bersebelahan.
“Ini bermakna kamu telah lama mengenali diriku? Mungkin juga kamu punyai perasaan yang sama terhadap diriku?" dia cuba memerangkap si gadis yang semakin bercelaru. Pandangannya semakin tidak keruan.
"Tidak! Sedikitpun saya tidak menyukai dirimu" bentak Balkis sambil melarikan wajahnya daripada terus dijamah oleh pandangan mata lelaki itu.
"Jangan kamu menipu perasaan kamu sendiri. Kalau tidak, masakan kamu sanggup mengikuti segala cerita tentang diriku?" dia memerangkap kembali. Hatinya kian dibungai oleh satu harapan yang pasti dapat disentuhnya.
Dia berdiri menghadap gadis itu. Sekali lagi gadis itu cuba melarikan pandangannya daripada bertemu dengan mata lelaki itu. Dia tetap berkeras dan tidak akan melepaskan gadis itu pergi kerana dia yakin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh gadis itu. Kalau tidak mengapa gadis itu sendiri yang datang kepadanya.
"Balkis, aku mencintaimu lebih daripada segala-galanya. Kamulah wanita pertama yang telah menghadiahkan aku perasaan kasih sayang yang tidak pernah aku rasai sebelum ini seolah-olah kehadiran kamu adalah anugerah daripada Allah sebelum melihat aku terus tersesat di atas perut bumi yang melalaikan ini dan kamu adalah orang yang dikirim untuk membantu aku mendekatkan diri kepadaNya, tuhan si pencipta yang telah menciptakan perasaan yang indah ini..."dia terus bersyarah. Namun, pada nada suaranya jelas kedengaran getar yang kian menyesakkan. Terungkap bersama perasaan yang terlalu terdesak dan penuh pengharapan. Dia merenung wajah Balkis yang tertunduk lesu. Pandangan mata gadis itu merenung pasir-pasir halus yang dipijaknya. Sesekali hujung kakinya menguis-nguis pepasir itu. Gadis itu kian keliru untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Rasa serba salah menghantui dirinya. Dia berkira-kira terhadap apa yang telah difikirkan sebelum ini.
"Kenapa saudara memilih saya sebagai insan yang terpilih itu? Bukankah saya hanya seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa?" bicara si gadis dengan pandangan mata yang berkaca.
"Tapi, kamu sangat istimewa dan sempurna pada pandangan mataku" tambahnya kembali dengan penuh yakin.
"Walaupun setelah mengetahui latar belakang saya? Seorang anak yang lahir tanpa mengetahui asal-usulnya, tanpa mengetahui daripada rahim siapa dia dilahirkan dan tanpa mengetahui keturunannya. Sanggupkah awak...?" balas suara itu. Lemah.
Dia tersentak mendengar pengakuan daripada gadis manis itu. Dia melihat ada air yang tumpah dari tubir matanya. Sedaya upaya gadis itu cuba menahannya daripada terus dipertontonkan. Melihatkan air mata yang terus tumpah satu persatu di ribaan gadis itu, perasaan kasihnya kian mendalam. Rasa ingin didakapnya tubuh gadis yang sedang duduk dihadapnnya itu. Biar dia sahaja yang memujuk dan menenangkannya agar gadis itu tahu betapa ikhlas perasaannya.
"Mengapa perlu diungkit asal usul awak? Saya mencintai awak seikhlas hati sepertimana awak mengajar saya untuk mencintai pencipta...walau siapa pun awak, cinta saya tidak pernah pudar dan tidak akan mati walaupun maut menjadi perantaraannya. Cinta kita akan terus bersemadi sehingga ke liang lahad sekalipun. Cuma satu pintaku, yakinlah bahawa aku benar-benar mencintaimu. Izinkan aku membuka pintu hatimu agar dapat aku menumpang kasih dari seseorang yang sangat aku sayangi..." dia terus memujuk walaupun suaranya kian bergetar. Memendam perasaan yang bercampur baur pada ketika itu.
Dia melihat kepada Balkis. Air matanya sudah disapu. Gadis itu terus berteleku di atas bangku itu. Tiada perkataan yang keluar daripada mulutnya. Hanya esakan kecil yang kedengaran jelas pada pendengaran. Pada saat itu rasa kasih dan cinta terhadap gadis itu kian menebal dan menjalar di setiap inci rung tubuhnya. Walau siapapun Balkis, ia tidak akan mengurangkan rasa sayangnya walaupun seinci cuma. Hatinya tekad dan perasaannya tidak pernah salah pada kali ini untuk mncintai gadis yang bernama Balkis itu. Dia merenung pada seraut wajah yang masih tertunduk dihadapannya itu menantikan jawapan daripadanya. Dia berdebar dan amat berharap agar Balkis tidak menolak cintanya pada kali ini.
"Saya takut saudara malu dengan latar belakang saya..." bicara si gadis. Dia tersenyum mendengar suara yang sering dirinduinya saban hari. Lama dia menunggu gadis itu untuk bersuara.
"Aku akan menerima segala kekurangan diri kamu dengan rasa hati yang terbuka kerana aku terlalu mencintaimu. Tidak akan ada sebarang halangan yang akan menghalang hati kita daripada bersatu. Cuma satu aku ingin dengar daripada kamu, sudikah kamu menerima cintaku?" Dia melutut di hadapan gadis itu mengharapkan diberi peluang untuk bertamu di hati gadis itu.
"Demi Tuhan, saya juga mencintai saudara..." jawab si gadis malu-malu. Wajahnya masih lagi tertunduk merenung tanah. Barangkali tidak berani bertentang mata dengannya.
Dia tersenyum sambil meraup kedua-dua belah tapak tangannya ke muka. Sinar kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya yang cerah. Tiada lagi redup dan kerut seperti sebelumnya. Seolah-olah dialah manusia yang paling bahagia di dunia ini. Dia cuba memegang bahu Balkis, sedaya-upaya gadis itu cuba mengelak sambil menghadiahkan sekuntum senyum.
“Terima kasih Balkis kerana mencintaiku... bolehkah aku mengucup tanganmu sekali?"
“Tidak, jika saudara benar-benar mencintaiku, saudara tentu tidak akan menyentuh diriku. Selagi kita tidak punyai ikatan yang halal, kita dilarang melakukan yang haram walaupun untuk menyentuh tanganku..." jawab Balkis penuh kelembutan tetapi tegas. Balkis bangun sambil tersenyum. Perlahan-lahan Balkis melangkah meninggalkannya dengan senyuman yang terlalu indah buat lelaki itu. “Saya terpaksa pergi kerana ada kerja yang masih belum diselesaikan"
Dia tersenyum sambil mengangguk. Dia menghantar gadis itu dengan ekor matanya. Terserlah kegembiraan yang teramat pada raut wajah itu. Pandangan matanya tetap setia mengiringi setiap langkah si gadis yang sangat disayangi. Melihatkan Balkis yang tiba-tiba berhenti di tepi jalan raya hanya beberapa langkah daripadanya, dia berdebar. Sekilas tubuh itu berpaling kepadanya, menghadiahkan sekuntum senyum yang membuatkan hatinya kian berbunga.
"Balkis, terima kasih untuk hari ini. Aku sangat mencintai kamu Balkis!" dia sempat melaungkan kalimah itu sebelum Balkis menyeberangi jalan raya itu untuk mendapatkan keretanya.
"Saya juga mencintai kamu Anwar.. walau apau pun yang terjadi" sambut gadis itu lembut tetapi suaranya masih jelas kedengaran walaupun sayup-sayup dihambat oleh bunyi kenderaan yang lalu lalang.
Dia menarik nafas lega. Serentak dengan itu, dia terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Sekelip mata sahaja dia melihat jasad yang baru berkata-kata itu melayang sebelum terhempas di bahu jalan. Dia tergamam, kaku untuk bergerak. Apa yang dilihatnya ketika itu, orang ramai mula mengerumuni jasad yang terbaring itu. Dia nampak tubuh itu diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta. Ketika itu dia tersedar, seseorang telah membawa gadisnya pergi. Dia terduduk sambil beristighfar panjang. Segera dia memandu keratanya dan membontoti kereta yang membawa Balkis. Dia menangis teresak-esak seperti anak kecil yang kehilangan ibu. Peristiwa itu benar-benar mengejutkannya malah dia berasa bersalah kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Balkis, si gadis kesayangan...
Balkis tidak sedarkan diri walau sudah beberapa minggu dirawat. Dia tetap setia mengunjungi gadis yang sudah mula memayungi hatinya dengan kasih sayang. Dia tidak akan meninggalkan Balkis biarpun gadis itu sudah tidak mampu untuk melihat keindahan alam milik Tuhan ini kerana sepasang matanya yang cantik itu telah buta. Wajah gadis itu yang masih dilingkari dengan wayar terus ditenung. Renungannya dalam seolah-olah sedang ingin memberitahu betapa dalamnya kasih buat gadis itu. Dia melihat jemari gadis itu dan mahu sahaja dia mengenggamnya agar nayawanya ketika itu dapat ditukarkan kepada gadis kesayangannya. Biar dia sahaja yang menanggung segala kesakitan itu. Tetapi, dia tidak akan sesekali menyentuh tubuh gadis itu kerana itu adalah janjinya kepada Balkis.
"Sayang, walaupun aku tidak dapat lagi melihat sinar pada matamu, ia tidak akan sesekali mengurangkan rasa cintaku. Aku tetap setia menanti hingga kamu tersedar daripada lena yang panjang ini agar dapat aku buktikan cintaku dalam akad yang akan menyatukan kita sebagai suami isteri. Bangunlah sayang, kerana aku begitu takut untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa restu daripadamu. Aku takut kehilanganmu, Balkis" dia teresak-esak di hadapan gadis itu.
Dia melihat ada air yang jernih mengalir lembut pada seraut wajah yang putih lesu itu. Jemarinya yang halus itu bergerak-gerak perlahan. Sedetik dia tergamam bersama perasaan yang terlalu gembira.
salam.. saya nak komen soalan langsung x relevan 2 bagi saya.. menyentuh bukan muhrim 2 adalah haram.. sme je sentuh hewan2 yang haram.. don't ue know dat?? salam..
ekeleh saya tanya jer... bukan buat pun!!! saya tanya soalan macam 2 coz susah nak jumpa orang yg bercinta x pegang tangan walau pun diaorang semua tau perkara itu HARAM. tolong jangan salah faham dengan soalan tu ye wahai me_myself_n_ii said...
maafkan saya,saya nak menyibuk jap.. untuk pengetahuan me_myself_n_ii, menyentuh bukan muhrim dengan haiwan yang haram tak sama ye!!! ini kerana apabila seseorang itu menyentuh atau lebih2 lagi tersentuh haiwan yang haram,kita wajib menyertu/samak. tapi apabila kita menyentuh yang bukan muhrim kita hanya mendapat dosa.. lain kali blajar agama sampai habis..... ADA PAHAM!!!!!!!!
salam.. memang pon.. tol.. huuhuhuuu.. maksud saya hukum dye same.. tetap haram.. jgn emoo k.. just nasihat je.. nak dengar x ..terpulang.. salam..(^-^)
salam pekenalan buat penulis..tahniah atas percubaan anda..bg sy satu cerita yg mempunyai penyampaian yg menarik..isu pegang tgn tu bg sy penulis dh membuka mata seluruh umat manusia apa yg halal apa yg haram..x perlu lah nk berbalah..sememangnya ADALAH HARAM memegang tgn bkn muhrim selagi belum tekmaktub sbg suami isteri..x kira la apa zmn sekali pun kita hidup
tahniah..jln cerita yg menarik... truskan usaha anda dlm bdg penulisan... kisah agama yg pnh pngjaran.. mampukah aku mnjd spt Balqis?hehe.. all the best... saya menanti karya anda yg seterusnya...
hambe Allah... de gakla yg x pegang tgn, kalu nk pegang tgn kahwin jela... bersentuh kulit (cth: tgn) dgn bukan muhrim dgn sengaje tu haram.. sama spt menyentuh khinzir hukumnya.. tp xyahla sertu.. yg dimksudkan haram spt menyentuh khinzir adalah merujuk kpd hukumnya haram dan sgt dibenci oleh nabi... jgn sentuh la tgn org, xde faedah lgsung... watla perkare2 len... wallahualam..
hambe Allah... kalu nk penjelasan tentang haram pegang tgn ni, tanyela ustaz.. mybe saudare/i lebih faham... haram tu tetap haram selagi x ijab kabul.. nk sgt pegang tgn,nkah je.. lpas nkah,pegangla tgn pasangan anda.. dpt menambahkan kasih sayang antare suami isteri.. tula yg sepatutnye.. wallahualam...
sudah sudahlah tu wahai hamba Allah yg dikasihi... jgn jadikan ruangan ini utk m'debatkan isu pegang tangan antara bkn muhrim. Jgn pandai2 nak b'main ngan hukum. klu x tahu hukum, senyap je... tapi, hakikatnya mmg haram kan pegang tangan antara lelaki ngn perempuan bkn muhrim.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tergantung ..
o u nk smbung ag>>
btw..
nice story..
cite agama...