Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ni datuk dan nenek angkat aku nak kenalkan aku dengan anak-anak dan cucu-cucunya... Aku rasa macam tak best pulak.. Buatnya diorang tak suka aku lepas tu cakap aku ni nak rampas harta diaorang macam mana ek.. Aduh! Masalah besar ni.. .
" Apa lagi yang dimenungkan tu? Mari turun cepat diaorang dah sampai tu..jom.." alamak ngerinya!... " Tak apa ke? Nanti diorang tak marah ke? Kang tak pasal-pasal kena marah pulak.." " Kenapa pulak diaorang nak marah? Dahla jangan fikir yang bukan-bukan.. jom cepat.." "Okey.."
Alamak! Ramainya! Ni semua anak-anak dan cucu-cucu diarong ke?..hemm.. bismillahirohmanirohim.. " Inila Sofea.. yang mak dengan ayah cakap hari tu.. meh sini nenek kenalkan ini Aunty Mehran anak sulung nenek dan ini suami dia Uncle Jaafar.." emm, mamat poya tu anak aunty Mehranla kot.. " Ini anak dia namanya Adif.." Eh! Betul pulak.. " Yang ini pulak anak kedua nenek.. Pea boleh panggil dia Mama Jan dan Papa Mus.. sebelah papa Mus tu anak bongsu diaorang dan satu-satunya cucu perempuan nenek yang masih belum kawin..namanya Aznida tapi kitaorang panggil dia Yaya je yang hujung sekali tu pulak anak kedua diaorang Aizam.. dia baru balik dari UK awal tahun ni" eh..apasal mamat ni tengok aku macam nak telan je ni.. "Yang lagi sorang tu pulak anak sulung diaorang..namanya Azriani panggil je kak Nani..yang ni dah kawin dan ada sorang anak lelaki namanya Asyraf tapi sekarang ni anaknya keluar ikut papanya pergi beli barang" Haa..! Yang ni nampak macam baik je dari tadi senyum je kat aku.. " Dan yang kat hujung tu pulak anak bongsu nenek namanya Maya.. Pea boleh panggil dia Mak cik Maya dan kat sebelah dia tu pulak suaminya Pak cik Tom.." macam mat salleh je.. "Dia ni sebenarnya orang putih.." betul pun mat salleh.. " Yang sebelah pak cik Tom tu anak-anak dia la..Haziq, Hazreen dan Hazwan.." hensemnya..anak kacukanla katakan..
Masa kenal hari tu aku ingat tak ada masalah tapi rupa-rupanya diaorang tak nak nenek kecik ati je.. anak-anak nenek yang lain okey cuma Aunty Mehran je macam tak suka aku sangat-sangat.. dah nasib nak buat macam mana.. hari tu dia tuduh aku nak rampas harta nenek hari ni pulak dia cakap aku nak goda anak dia.. masalah betul.. padahal aku cakap pun tak pernah dengan anak dia tu.. hem..itu masalah dengan anak nenek belum lagi masuk bab cucu dia yang baru balik dari UK tu.. dia pun cakap aku baik dengan nenek dia sebab nakkan harta .. walhal masa aku tolong diaorang berdua aku tak tau pun yang diaorang tu orang kaya.. kalau aku tau tak nak aku jadi cucu angkat diaorang..menyusahkan je..
Hari ni aku terpaksa batalkan study group aku dengan kengkawan aku sebab nak temankan nenek... Dia masuk wad sebab tekanan darah dia naik mendadak.. aku pun tak tau kenapa..Yang aku tau Mama Jan telefon aku mintak tolong aku jaga nenek sebab dia tak dapat cuti.. petang ni aku pergila sebab sebelah pagi ni aku ada kelas. Lagipun mama Jan dah cakap kat aku sebelah pagi ni anak kedua dia akan jaga nenek sebelum aku sampai.. Apasal mamat ni tak blah lagi.. buat apa lagi kat sini.. dia takut aku racun nenek dia ke.. bodoh betul mamat ni! Dahla tengok orang macam nak telan je..
Apasal nenek nak ambik cucu angkat? Tak cukup cucu lagi ke orang tua tu.. Tak apa.. aku nak tengok siapa perempuan tu.. .
Dah sah dah perempuan tu ada niat tak baik kat atuk ngan nenek aku! Ada ke budak mentah macam dia buat baik tanpa minta apa-apa balasan? Tak logik lansung... Mesti ada something ni.. ntah-ntah dia nak rampas harta atuk tak..ish! Apa aku nak buat ni! Aku tak peduli! Apa pun terjadi aku akan selamatkan datuk dan nenek aku dari tangan perempuan sihir tu.. 150%confirm!..
Hahaha padan muka kena warning ngan aku! Jangan ingat senang-senang nak rampas harta keluarga aku! Dia ingat dia siapa nak masuk keluarga aku sesuka hati dia! Padan muka kau! Puas hati aku! Baru dia kenal siapa aku!
Hari ni aku tengok dia sugul je..kenapa agaknya ye? Sebab aku dengan mak long marah dia hari tu ke..Atau sebab rahsia dia nak rampas harta keluarga aku dah terbongkar? Tapi betul ke dia nak rampas harta sebab kalau ikut cerita nenek dia tak tau pun yang nenek ngan atuk tu orang kaya.. ni yang aku jadi konfius ni..
Dah dua minggu tak nampak dia.. Ingatkan dia dah serik nak datang jumpa keluarga aku tapi dia memang kuat semangat.. Kalau orang lain dah lama surrender.. Tapi dia tak pulak.. Dan kalau betul dia hanya nak rampas harta dia takkan datang sini semata-mata nak jaga nenek.. Betul ke masih ada perempuan yang baik dalam dunia sekarang? Mustahil! Semua perempuan baik dah mati.. Tak pun jadi milik orang lain.. Macam Sherry.. Dia pun dah jadi milik orang lain jugak.. Kalau Lily, Lucy dan perempuan-perempuan yang aku kenal tu bukanla perempuan baik.. Kalau diaorang baik dia takkan sanggup tidur dengan aku semata-mata kerana nak duit.. Ah! Lantaklah dengan perempuan! Tapi aku masih berfikir kenapala minah tu baik sangat dengan nenek aku.. Ada apa-apa ke..
Hari ni rumah besar tu adakan majlis harijadi untuk Yaya.. Aku pun dijemput jugak tapi aku kena pergi awal sikit sebab nenek tak nak buat catering dia cakap kalau buat catering tak best.. jadinya aku pergila awal sikit sebab nak tolong apa yang patut.. hari tu nenek cakap dia sendiri nak masak tapi aku tak kisah sebab aku tolong apa yang patut je.. Lagipun aku bukannya tau apa-apapun pasal masak-memasak ni.. Suka hati diaorangla.. Nasib baik exam aku dah tamat hari ni.. kalau tak haru jugak..
Adoila! Penat gila aku ni! Mamat tu nak tengok aje ke? Tak ada keinginan nak menolong ke? Menyampah betul aku! Tengok aku macam nak telan je tapi tolongnya tak! Argh! Ish! Apa aku cakap ni? Macam tak ikhlas la pulak... Habis pahala aku.. apala aku ni.. tak apa.. aku ikhlas ni.. HemHemHem..
Nak tolong ke tak? Kang kalau aku tak tolong dia cakap apa pulak tapi nak tolong segan.. macam mana ek? Wah! Konfiusnya! Tak payah tolongla.. tapi kesian pulak.. ala kalau aku pergi pun takkan dia nak marah aku kot.. tolong je la.. buat muka garang sikit mesti dia takut punya..hehehe..
"Kalau nak buat tu, buatla elok-elok! Kalau tak jangan buat! Bukannya orang lain tak boleh buat!" Eleh! Kalau betul awak boleh buat apasal tak buat dari tadi! Menyampah aku! Nak tunggu kat sini ke nak pergi je! Nampak macam tak perlukan bantuan je.. baik aku blah sebelum dia sindir aku lagi!... "Kalau setakat nak berdiri kat situ baik tak payah! Pergila ambilkan reben.. takkan itu pun nak kena aku cakap! Suruh tiup belon pun tak boleh buat! Menung apa lagi? Cepatla! Slowla kau ni!" Aik! Marah saya pulak! Masalah betul awak ni! "Ye la.. nak pergila ni.. sabarla sikit" Wah!? Ajaibnya minah ni! Kena marah pun buat muka sardine je... Hebat! Siapa sebenarnya minah ni? Apasal dia tak pernah melenting? Sepatutnya kalau seseorang tu dalam keadaan yang penat dia mestilah cepat marah.. Kalau aku orang buat macamtu dah lama aku terajang orang tu.. tapi apasal dia tak marah pulak?... konfius aku ni.. hemmm..
Memang dah sah mamat ni tak betul! Ada ke dia sound aku macam tu! Nasib baikla aku ni kategori perempuan baik-baik hehehe.. perasanla pulak aku ni.. tak kisahla.. suka hati awakla.. janji awak hepi.. mana pulak aku letak reben ni... ha ni dia..
"Nah! Awak nak pakai yang warna putih dulu ke warna pink dulu?" Terkejut aku! Gila betul perempuan ni! " Lambat betul! Kau pergi mandi dulu ke? Tak boleh harapla kau ni!" Mandi? Gila ke! Takkanla banyak kerja macam ni aku nak pergi mandi kot? Dah sah dia ni sakit! Lantakla.. " Apa lagi awak nak saya tolong? Kalau awak boleh handle kat sini sorang-sorang boleh saya masuk tolong kat dalam pulak.." " Tak payah! Kau tolong je aku kat sini kalau tak sapa nak tolong aku pegang tangga ni! Buatnya aku terjatuh kat dalam kolam ni tak ke naya!" kalau jatuh pun awak bukan saya! Padanla dengan muka awak! Hahahaha..Ish! Jahatla aku ni!... " Kau boleh tak kalau buat kerja tu cepat skit? Menyusahkan betul!" Marah lagi.. awak tak takut kena heart-attack ke? Hehehe.. " Awak nak apa?" Marah ke? Tak nampak macam marah pun.. " Ambikkan reben warna putih pulak! Cepatla! Terhegeh-hegeh!" Kesian sapa yang jadi makwe dia ni..hahaha.. mesti pompuan tak nak jadi makwe dia lagi kalau tau dia ni punya perangai.. ahaks! "Nah.." Eh! Senyum? Betul ke tak minah ni? Aku marah dia tapi dia senyum je..sah-sah dia ni sewel..hahaha
" Kak Pea!" Alamak! Sapa panggil nama aku? Ngerinya!... pusing dulu tengok sapa dia.. oh, birthday girl rupanya.. " Ada apa? Panggil akak macamla akak ni dok kat gunung himalaya..." Dah kena marah pun masih boleh buat lawak lagi..sewel betul minah ni " Tak de.. sebenarnya nenek panggil akak..dia nak mintak tolong akak.. pergila nanti marah pulak dia.." Wah! Best bangat! Peluang keemasan ni! Tak payahla aku layan budak sewel ni lagi! Hahaha.. " Okeyla jom!" " Akak pergi dulu Yaya nak naik ambik barang kat bilik.. bye kak, bye alang.." pergi macam tu je? Bertuah punya budak! Hem.. lebih baik aku cepat kalau tak mesti nenek bising.. " Eh! Apa ni!!!" kurang ajar betul mamat ni! Sesuka hati dia je nak pegang tangan aku! Tampar kang! " Eleh! Relaxla.. baru pegang tangan bukan buat apa-apa pun.." Amboi! Sedapnya bahasa! "Hei! Awak dengar sini baik-baik! Kalau awak nak cakap saya nak rampas harta keluarga awak saya tak kisah tau! Tapi awak jangan ingat saya akan diam je bila awak buat perkara tak sopan pada saya! Jangan nak samakan saya dengan kekasih-kekasih awak! Saya bukan perempuan macam tu! Walaupun saya ni anak orang susah tapi saya akan pertahankan diri saya dari orang tak guna macam awak! Saya tak perlu nak perdagangkan diri saya untuk hidup mewah! Faham!" aik! Dah marah aku pergi macam tu je? Dia marah betul-betul ke tu? Tu la tadi nak sangat tengok dia marah bila tengok dia marah ngerila pulak! Aku nak buat macam mana ni ek? Buatnya dia pergi bagi tahu kat nenek macam mana? Tak ke naya kalau macam tu? Ah! Sudah!
Geramnya aku! Dia ingat aku ni siapa? Bencinya! Senyum Sofea! Nanti tak pasal-pasal kecoh pulak! Hemmm..mamat tu spoilkan mood aku je.. " Lamanya kak Pea.. akak pergi mana? Yaya dah sampai dari tadi lagi.." " Sori akak ada kerja sikit tadi" Alamak aku bohong tu! Tak apala bohong sunat hehehe " Mana nenek?" "Ada kat dapur tu.. Cepatla kak.." " Iya.."
Mana pulak minah ni pergi? Aku nak mintak maaf ni.. Hah! Tu macam dia je u.. Ha ah! Betul pun dia.. macam mana aku nak cakap ni.. saya nak mintak maaf sebab buat awak macam tu tadi.. Ish! Macam tak best je ayat tu.. macam mana ek! Eh nak pergi mana tu? Orang nak minta maaf dia nak lari pulak.. masalah betul minah ni..
Alamak! Dia datang! Lebih baik aku cabut pergi tempat lain! Tak bestla nak cakap kalau dia ni ada kat sini.. aku nak masuk bilikla.. " Nek, Tok Pea nak masuk bilik dulula sebab Pea nak mandi dan solat.." " Iya.. pergilah atuk tengok Pea pun macam penat sangat.. Lepas mandi tu tidola sekejap nanti dah dekat waktu maghrib nanti atuk kejutkan ye.." Baiknya.. tapi cucunya jahat!.. malasla nak fikir.. " Okeyla Pea naik dulu ye..Assalamualaikum semua.."
" Saya nak cakap sikit dengan awak.." Aik! Saya, awak? Mimpi di siang hari ke mamat ni? " Saya tak de benda nak cakap dengan awak!" Berlagaknya! Aku nak mintak maaf dia boleh buat bodoh je? Aku terajang perempuan ni kang ha.. " Tapi saya ada benda nak cakap dengan awak! Sekarang jugak!" Dahla tadi kurang ajar sekarang ni nak paksa-paksa aku pulak! Dah sah-sah ada keinginan nak rasa penampar aku dia ni" Tapi.. saya tak nak cakap dengan awak! Titik! Tepilah!" aku sepak kang! " Saya nak cakap jugak dengan awak!" Suka sangat paksa orang! " Kalau macam tu cakapla apa awak nak cakap.. cepatla!" Kenapa minah ni buat perangai macam cipan Pak Cik Din ni... " Saya..Saya..Saya.." " Apa dia? Cepatlah! Saya ada kerja nak buat lagi ni! Alamak! Apasal gabra semacam je ni.. nak mintak maaf pun susah!..." Hai Aizam sayang!" Sapa pulak minah ni? Panggil sayang? Makwe dia kot... Lantakla.. " Nak cakap ke tak nak ni?" Alamak! Macam mana Suzie boleh ada kat sini ni.. " Awak ni maid baru ke? Ambilkan I orange juice ye..cepat sikit I haus ni.." Aku? Maid? Buruk sangat ke sampai dia panggil aku maid? Lantakla.. memang sesuai kalau diaorang berdua ni kawin sebab perangai sama je..cam cipan.. " Okey.." " Tunggu dulu Sofea! Suzie dia bukan maid baru.. Dia cucu angkat datuk dan nenek I.. Sofea ini Suzie.." " Bakal isteri Aizam! Nice to meet you! Tapi U tak kisah tolong ambilkan minuman untuk I kan?" " Yes! I don’t mind.. tunggu kejap I ambilkan..."
" Eh, tadi Pea cakap nak naik mandi.. Apasal tak pergi lagi?" Alamak nenek! " Tak de tadi Pea tengok ada tetamu kat luar tu jadi Pea nak tolong ambilkan air untuk tetamu tu dulu.. Nanti kejap lagi Pea naikla mandi.." " Tak payahla Pea..Mak Nab tengok awak tu dah penat sangat.. Pergilah naik mandi.. Nanti Mak Nab bawakkan air tu.. Awak pergi naik dulu.." " Tapi.." "Tak ada tapinya... betul cakap Mak Nab tu.. nenek tengok Pea kerja dari mula-mula Pea sampai lagi.. Dah pergi naik mandi.." " Okeyla... Kalau macam tu Pea naik dulu ye.." " Pergilah.." Saat yang dinanti-nanti.... hehehe..
Mana pulak perginya minah ni? Tadi ada sekarang tak ada pulak.. " Ini airnya.." Aik! Apasal Mak Nab yang hidang air ni? Dia pergi mana? Nak tanya ke tak? tanyalah.. " Mak Nab, Sofea mana? Bukan dia ke yang masuk ambil air tadi?" " Oh,Pea Mak Nab dah suruh dia naik mandi dan rehat sebab nampak dia penat sangat.. kenapa Boy tanya?" Alamak! Nak jawab apa ni? " Saja je nak tau.." " Tak apalah Boy Mak Nab masuk dulu sebab Mak Nak ada kerja lagi nak dibuat kat dapur tu.." " Ha ah! pergilah Mak Nab..."
Majlis dah start dari tadi lagi tapi kenapa dia tak turun-turun lagi? Dia buat apa lagi kat atas tu? " Yaya!" " Ada apa alang?" " Mana Kak Pea? Apasal dia tak turun lagi? Kesian Mak Nab buat kerja sorang-sorang!" " Mana Yaya tau!" Eh! Ada ke jawab macam tu! " Pergila panggil.. Takkan nak harapkan Mak Nab sorang je buat kerja.." " Ye la.. Ye la.. Orang pergila ni.." Ini baru betul! Mesti best kalau boleh kenakan dia dalam majlis ni..hehehe.. Lupa plak! Aku belum minta maaf dengan dia pasal kes tadi.. tapi tak ada salahnya kalau aku kenakan dia sekali lagi.. hahahaha..
" Akak tak nak turun ke?" " Akak seganla.. ramai sangat orang.. Akak tak biasa.." " Ada pulak segan! Jomla kak.. sian Mak Nab kena buat kerja sorang-sorang.." Ye tak ye jugak.. Kalau aku tak turun tak ada siapa yang tolong Mak Nab nanti.. kena turun jugakla nampak gayanya.. " Okeyla jom kita turun.." " Yea! Barulah best ada akak sekali.. jomla cepat.."
" Awak buat apa kat atas sekarang baru nak turun?" Apalah masalah dia ni.. selalu je ganggu aku.. orang nak buat kerja pun tak senang! " Saya tanya awak ni! Jawablah!" Suka memaksa! Suka hati akula tak nak jawab! Aku tak ada mood nak gaduh dengan kaula! Dah jadi bisu ke minah ni? "Apasal awak tak jawab?" "Saya tak ada masa nak layan perangai kebudak-budakan awak tu.. saya ada banyak kerja nak buat! Daripada saya layan awak lebih baik saya buat kerja saya! Tepi sikit saya nak letak pinggan kotor ni kat dapur.." Amboi! Cantiknya perangai! " Awak takkan kemana-mana selagi saya tak dapat jawapan dari mulut awak sendiri!" Menyampahnya! " Jangan cuba nak ugut saya okey! Saya dah bosan dengan perangai awak! Saya dah naik meyampah tengok muka awak! Jadi tolonglah jangan buat saya benci tengok awak!" Apasal menyampah tengok aku? Perempuan lain berebut nak tengok aku dia boleh menyampah pulak? Pelikla pulak! "Tepilah!" Kacau aje..
" Akak.. Bibi penatla.. kita sambung cuci besok boleh tak?" " Apa Bibi cakap macam tu? Tak baik tau tak!" " Jangan di marah budak tu Nab.. dah dia penat dia cakapla dia penat kenapa nak paksa dia pulak? Bibi pergi tidurla kalau penat biar nenek dengan Kak Pea je yang buat.." " Tapi datin.." " Tak ada tapi-tapila.. awak pun kalau penat pergilah tidur dulu saya dengan Pea pun boleh buat.." " Iyala Mak Nab.. Pea tengok Mak Nab pun dah penat sangat tu.. Nanti kalau susah sangat kata buat esok je.. Nenek pun pergila tidur dulu.. biar Pea je yang buat.. Pea bolah tahan lagi ni.." " Betul ni?" " Iya nek..pergilah.. Mak Nab pun pergilah jugak.." " Kalau macam tu kitaorang naik dululah ye.. jom Nab.." kesian nenek penat..
" Nak saya tolong?" Astafirullah hal azim.. Terkejut aku! Dia ni nak bunuh aku ke? Buatnya aku ni ada sakit jantung tak ke naya.. " Tak payah!" Sombongnya! Orang nak tolong je la! Inilah masanya aku nak buktikan yang aku ni baik! " Saya nak tolong jugak.." Sibuk betulla mamat ni! Orang nak berlagak macam Cinderella pun tak boleh! Hahaha.. aku ni baik tau tak.. " Saya ni baik orangnya sebab tu saya nak tolong awak.." Berlagak..
" Korang buat apa tu?" Alamak! Hantu ke! " Kitaorang cuci periuk ni.. kau buat apa tak tido lagi Adif?" kacau daunla budak ni! Aku baru nak tunjuk baik .. Budak poyo ni rupanya.. " Hai Adif.." " Hai Pea..Aku tengah buat research sikit.. esok aku kena handle satu operation yang complicated.." Wah! Rajinnya.. " Habis kau buat apa kat dapur ni?" Buat terkejut aku je.. " Awak nak buat operation?" " Ha ah.." " Best tak? Saya minat jugak nak jadi doktor tapi saya tak suka bau darah.." " Best jugak.. Eh! Kau tanya aku kenapa aku turun kan? Aku nak minumla.. Pea belajar dalam kos apa?" Baru sekarang awak nak tanya? Apala awak ni Adif.. " Saya ambik kos mekanikal enginnering.." Sibukla si doktor ni.. pergi tidurlah.. " Kau dah minum kan? Pergilah naik tidur.. nanti esok tak larat nak buat operation sebab tak cukup tidur.." Apahal mamat ni! Aku baru nak tanya serba sedikit pasal jadi doktor .. Sibuk betul! " Apahal awak sibuk-sibuk suruh dia masuk tido sangat? Saya nak dengar dia cerita pasal operation dia lagi..! Sambungla cerita pasal operation yang awak dah pernah buat.. mesti best kan?" Eh! Marah pulak? Memang dia ni tak betul! Tadi cakap tak suka darah tapi boleh pulak dengar si Adif ni cerita pasal pembedahan dan sebagainya.. " Nanti kita sambung esokla Pea.. betul jugak cakap Boy tu kang tak pasal-pasal saya mengantuk dalam bilik bedah tu.. Okeyla saya naik tidur dulu.. Assalamualaikum, selamat malam.." Takut sangat dengan makhluk jahat ni! " Okeylah kalau macam tu.. Waalaikumsalam.. selamat malam.."
Aduh! Abis sakit sendi-sendi aku ni! Malasnya nak turun sarapan.. tidur pun tak cukup.. tak ada selera aku nak makan.. " Kak Pea! Oh, Kak Pea.. Tak bangun lagi ke?...." Nak apa pagi-pagi ni.. Orang mengantukla! " Akak dah bangun ni.. Yaya nak apa?" " Eh! Tak mandi lagi? Kan akak janji nak ikut Yaya pergi shopping hari ni.. Alamak! Lupa! " Akak penatla.. Yaya pergi dengan orang lain je la boleh tak?" " Ala! Tak nakla! Akak siap dulu Yaya tunggu! Cepat sikit!" Dasar anak manja! Suka sangat menyusahkan orang! Dia tak tau ke aku ni penat gila? Geramnya aku! Ini agaknya budaya ornag-orang kaya!.... Tapi salah aku juga sebab dah janji tapi nak mungkir janji pulak..
Aduh! Apa lagi dia nak beli ni! Aku dah penat gila ni! " Penat ke? Kalau penat kita cari tempat duduk dulu.. Saya rasa lama lagi bebudak tu.. Nak?" Baikla pulak.. " Tak payahla.. Tunggu je kat sini.." Degil! " Tapi saya nampak awak macam penat sangat.. Betul ke tak nak duduk dulu?.." Daripada cari tempat duduk baik kau suruh adik kau cepat sikit itu lagi baik! " Tak apa.. saya tak apa-apa.." Berlagak lagi tu! " Suka hati awakla kalau macam tu.. saya nak pergi kat café tu sebab saya dah penat dan dahaga kalau awak nak stay kat sini suka hati awakla.." benci! " Pergilah.." mengada-ngada betul!
Keluar pagi-pagi dah dekat maghrib baru nak balik! Lain kali tak nak aku ikut! Buat penat je.. " Akak nak pergi mana dengan beg ni?" Laa.. Ada lagi.. " Akak nak balik rumah sewa akakla.." " Cepatnya! Stayla 2-3 hari lagi!" Awak ingat saya ni macam awak ke? Dok goyang kaki je.. " Tak bolehla akak ada kerja sikit nak buat.." " Ala kak.. bolehla.." " Apa lagi tu? Biarla akak Pea tu nak balik nanti dia senang dia datangla balik.." Nasib baik nenek datang selamatkan aku! " Pea pergi dulu ye nek..nanti ada masa Pea datang lagi.." " Pea balik naik apa?" " Basla.." " Duit tambang dah ada?" Baiknya..kenapa nenek baik sangat? " Ada nek.. janganla risau sangat.." " Jom pergi jumpa semua orang dulu sebelum balik.." Kena jugak ke.. Hemm..
" Bila nak datang sini lagi?" banyak soalan betul dia ni! Kalau ikutkan aku tak nak dia ni hantar tapi nenek yang beriya-iya nak suruh dia hantar.. " Tengokla kalau saya senang saya datangla jumpa atuk dengan nenek.." Aik orang lain dia tak nak jumpa ke? Orang yang dia tak nak jumpa mestilah aku.. hehehe " Habis orang lain awak tak nak jumpa ke?" Soalan lagi.. " Orang yang awak tak nak jumpa sangat lepas ni mesti saya kan?" Pulak! Apala masalah dia ni sebenarnya.. " Awak ni ada masalah ke? Hari tu awak cakap saya nak rampas harta keluarga awak.. hari ni awak cakap macam saya ni jahat pulak.. awak ni sebenarnya betul ke tak?" "Awak masih marah saya pasal kes hari tu ke? Saya mintak maaf kalau saya buat awak sedih.. awak tak ada keinginan nak maafkan saya ke?" Maaf pulak..! " Tak payahla minta maaf dengan saya.. awak tak buat salah pun.. awak cuma berusaha supaya warisan awak selamat.. saya faham.." Macam tak ikhlas je.. " Bukan yang itu.. yang kes saya pegang tangan awak hari tu.. saya rasa bersalah sangat pada awak! Selagi saya tak minta maaf dengan awak dan selagi awak tak maafkan saya, selagi itulah saya akan rasa bersalah.. tolonglah.. maafkan saya boleh?" Kan dah cakap kau tak salah kenapa masih nak minta maaf?... " Tapi awak.." " Please.." " Okeyla.. saya maafkan awak.." Yes! " Sebagai tanda minta maaf apa kata kita keluar minum dulu sebelum saya hantar awak balik.. boleh?" Melampaulah tu! " Tak boleh sebab sekarang ni dah midnight tak elok kalau kita keluar berdua.. saya harap awak faham.." Wah! Bagusnya tak keluar malam ye.. " Kalau macam tu kita keluar esok boleh?" " Tengokla dulu macam mana..." Kalau nak cakap aku sombong pun suka hati kaula.. " Terima kasih hantar saya balik assalamualaikum.." Jawapannya tak nak ke? " Waalaikumsalam.. Sama-sama.."
Dah dua minggu aku tak pergi jumpa nenek dan atuk.. Semuaya sebab mamat tu.. kalau dia tak ajak aku keluar lepas tu tak luahkan perasaan dia kat aku tak ada jadi macam ni.. dia tak tau ke aku tak suka dia? Benci betul! Kesian nenek.. aku dah janji tapi aku tak tepati... apa kata aku telefon je nenek.. hem.. " Hello, assalamualaikum.. nenek ada?" " Nenek ni.. sapa tu?" Nasib baik nenek yang angkat.. " Nek ni Pea.. nenek sihat? Maafla Pea dah lama tak jenguk nenek.. Pea sibuk sikit nek.. Atuk sihat?" " Oh! Pea..nenek ingat sapala tadi.. memang dah lama pun Pea tak tanya khabar nenek.. nenek ingat Pea dah lupakan keluarga ni.." " Janganlah cakap macam tu.. sedih Pea dengar nenek cakap macam tu.. nenek ngan atuk sihat?" "Alhamdulilah.. nenek dengan atuk sihat.. yang lain pun sihat jugak.. Pea sihat ?" " Pea sihat nek.." " Pea tak nak datang sini ke? Nenek dengan atuk rindu sangat dengan Pea.." Nak sangat tapi tak boleh.. " Pea sibuk sikit sekarang ni nek.. nantila bila Pea ada masa Pea pergi jumpa nenek okey.. nenek janganlah sedih.." " Apa yang Pea sibukkan? Pea kan dah habis belajar.. apa lagi Pea nak sibukkan?" " Nenek pun tau.. Pea ni anak orang susah.. kalau Pea tak belajar Pea kena kerja.. sekarang ni Pea tengah kerja dekat pasaraya sementara tunggu dapat kerja yang lebih sesuai dengan Pea.. Pea ni anak sulung nek.. adik-adik masih kecil..tangungjawab Pea besar .. Pea harap nenek faham.." " Nenek tau.. maafla nenek cakap Pea macam tu..." " Jangan cakap macam tu nek.. okeyla macam ni.. hujung minggu ni Pea pergi rumah nenek boleh?" " Betul? Kalau macam tu nenek tunggu ye.." Harap-harap dia tak ada.. " Janji! Okey Pea nak pergi kerja ni kita jumpa hujung minggu ni okey.. bye nek! Assalamualaikum.." " Waalaikumsalam.."
Aik! Sapa tu? Macam kenal je.. Dia ke? Aku tak tau pulak dia pun dijemput jugak..
Alamak! Apasal dia ni ada jugak? Benci aku tengok muka dia.. nenek ni pun satu hal.. apasal dia tak cakap dia ni ada jugak.. nak masuk ke tak nak? Alah.. masuk je la lagipun aku dah sampai ni.. hemmm.. kenapa mukanya nampak macam sedih aje ek? Lantakla..
" Pea bawak semua ni nak buat apa?" Habis takkan saya nak datang dengan tangan kosong kot.. apala nenek ni.. " Ala nek bukannya banyak pun.. kenapa ramai orang datang sini hari ni nek?" " Sebenarnya hari ni ada majlis sikit.. nenek tak bagitau Pea sebab nenek takut nanti Pea tak nak datang pulak.." Majlis? Untuk apa?... " Majlis apa nek?" " Majlis bertunang untuk Adif dan Boy.." Bertunang? Dah nak bertunang diaorang semua.. " Dah pergi ke belum lagi?" " Sepatutnya pergi pukul 10 pagi tadi tapi kitaorang nak tunggu Pea datang dulu.." Eh! Apasal Aunty Melhan baik pulak dengan aku hari ni?... " Aunty sebenarnya nak mintak maaf dengan Pea sebab buruk sangka pada Pea selama ni.. Aunty harap Pea tak simpan dalam hati ye.." Ada jugak baiknya aku jauhkan diri untuk sementara waktu hari tu.. " Pea dah tak ingat pun benda tu.. aunty tak payahla nak mintak maaf.. tak ada apa-apala.." " Terima kasih Pea.. Pea memang budak baik.." Syukurlah semua dah selesai.. " Aunty janganla cakap macam tu.. segan pulak Pea rasa.. hehehe.."
" Hari ni saya akan ditunangkan dengan Suzie.. saya tak tau pasal pertunangan ni tapi saya akan ikut juga sebab ini keputusan keluarga saya.. tapi saya takkan bertunang kalau awak tak nak saya bertunang. Saya juga takkan bertunang kalau awak terima saya.. awak belum beri jawapan lagi malam tu.. saya harapkan jawapan dari awak sekarang.. " apahal pulak mamat ni! " Awak dengar sini.. Saya tak nak ambil tau hal awak.. saya harap awak faham.. saya tak nak bercinta.. saya ada tanggungjawab yang lebih besar dan lebih berat lagi dari bercinta.. ini jawapan saya yang muktamad apapun terjadi saya takkan ubah keputusan ni.. terimala Suzie sebab setahu saya dia masih setia menunggu awak walaupun awak dah beberapa kali bertukar pasangan.." " Betul ini keputusan muktamad awak? Kalau macam tu saya terima.. Tapi saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak dan saya akan pastikan cinta ini takkan pudar dari hati saya.. Walaupun hati saya hancur berkecai dengan keputusan ni" " Kalau awak betul-betul sayangkan saya terimalah Suzie.. sebab cinta tak pernah wujud dalam kamus hidup saya.. awak pun tahu saya anak sulung dan tanggungjawab saya masih banyak" " Saya faham.. tanggungjawab awak besar.. dan mulia.. jauh bezanya dengan cinta saya pada awak.. cinta tak beri apa-apa makna pun pada awak.." " Awak jangan cakap macam tu.. Biasanya pilihan orang tua adalah yang terbaik! Terimalah segalanya dengan seikhlas hati.. Mungkin dia memang jodoh awak.. Redha je la.." " Ya mungkin dia jodoh saya.." " Masa akan merubah segala-galanya.. semoga awak akan bahagia bila sampai waktunya nanti... " " Saya pun harap waktu itu akan sampai.."....
Dua tahun dah berlalu.. Aku dah dapat kerja yang sesuai untuk kelayakan aku.. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang.. Aku dah dapat kerja sebagai engineer dekat salah satu syarikat swasta dan aku juga dah mampu menyara ahli keluarga aku.. Ayah dengan ibu dah tak ambik upah dari Haji Kassim untuk kerjakan sawah lagi sebab aku tak izinkan.. diaorang dah banyak susah sebelum ni.. sekarang aku dah mampu biarlah aku pula yang menyara mereka dan adik-adik.. Aku tak tau apa cerita dia sekarang yang aku tau kehadirannya hanya salah satu cabaran dan dugaan yang harus di hadapi dalam hidupku.. Tapi ianya tetap tak dapat merubah tujuan asalku menjejakkan kaki ke bandar serba mencabar ini.. Sesungguhnya kasih suciku hanya semata-mata untuk keluargaku.. Tak ada yang dapat menggugat kasih sayangku untuk keluargaku kerana tanpa mereka siapalah aku..
Dah dua tahun berlalu.. aku tak tahu apa yang terjadi tapi yang pasti dia tak terima aku sebab tanggungjawabnya pada keluarga... Sesungguhnya kasih sucinya hanya untuk keluarganya...Dan aku tetap tidak mampu untuk memperoleh cinta itu darinya.. aku akui dia seorang gadis yang baik.. aku bangga kerana pernah kenal dia.. walaupun hati aku terluka tapi aku pasrah... Ini semua ketentuanNYA.. aku dah putus tunang dengan Suzie lepas dua minggu bertunang.. dia ditangkap dengan lelaki lain dalam bilik hotel.. aku tak rasa apa-apa.. Cuma sedikit kecewa sebab dia tak berterus-terang denganku ... Dan Sofea tetap akan jadi kenangan paling indah yang pernah terjadi dalam hidup aku.. aku tak rasa aku dapat lupakan dia dalam waktu terdekat ni tapi seperti kata Sofea masa akan menentukan segala-galanya.. Aku suka sangat bila dengar lagu Kenangan Terindah dari kumpulan Samsons ia seolah-olah ada kaitan dengan hidup aku.. Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu kanku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupmu yang telah terukir abadi sebagai kenagan yang terindah... Sofea kau tetap di hatiku bukan untuk sementara tapi untuk selama-lamanya.
pening pale bace cerpen nie....tak paham... kepada penulis plz asingkan cerita dan dialog.... pembace pon leh pening campur2 cenggini.... anyway try the best again...
wat pening kepala jer baca citer nie... aku baca skit jer..tak faham lansung.. lain kali tu..nak wat dialog... wat la perenggan sket...tak pun...bagi la nama watak... ni tak...sekejap macam tu...sekejap macam nie plak.. wat pening jer....!!!!
Entah apa-apa punya cerita, memalukan. Penggunaan Bahasa Melayu separuh belut separuh ular. Banyakkan belajar dan buat 'research' bagi memantapkan jalan cerita. Sekian.
Entah apa-apa punya cerita, memalukan. Penggunaan Bahasa Melayu separuh belut separuh ular. Banyakkan belajar dan buat 'research' bagi memantapkan jalan cerita. Sekian.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Erm...