Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Snow White, terima kasih tolong bersihkan rumah kami. Kami bangga dapat tetamu yang baik hati macam puteri", ujar orang kerdil sulung kepada Snow White tatkala mereka pulang dari kerja dan melihat rumah mereka kemas dan indah di pandang mata. Snow White tersenyum manis."Snow White, hati-hati di belakang. Air empangan pecah", jerit salah seorang dari tujuh orang kerdil itu. Snow White memandang ke belakang namun kakinya tidak cukup pantas untuk menyelamatkan diri dan akhirnya... “Hah! Rasakan kau. Aku suruh bangun dari tadi lagi, kau makin lena tidur ek?", Ereena terkejut, habis basah mukanya, terasa kesejukan air tadi sehingga di setiap tulang temulangnya. Dia memandang tepat ke wajah Ereeza yang tercegat berdiri tanpa bergerak walau sedikit pun."Reeza! Masuk ni dah 3 kali kau basahkan baju aku", Ereena menempiaskan geramnya kepada Ereeza, kakak kembarnya."Abis tu, cara apa lagi aku nak wat kau bangun. Ni tak lain tak bukan, mesti mimpi jadi Snow White la, Cinderela la, Rapunzel la..", omel Ereeza seakan sudah masak benar dengan angan-angan kosong adik kembarnya."dah la berangannye Reena. Jom, Mummy nak ajak kite gi umah Uncle Mokhtar. Arini Uncle ada wat kenduri doa selamat. Amar baru balik dari oversea". Mulut Ereena terlopong mendengar nama Amar, musuh tradisinya sejak di sekolah rendah lagi. Amar Iz-Amsyar, nama yang paling benci didengar. Sungguh, dia begitu tidak menyukai anak Uncle Mokhtar itu. Kerana Amar lah dia diejek dengan nama ‘anak kucing’, kerana Amar juga lah satu sekolah mentertawakan dia sebab pernah terjatuh ke dalam longkang akibat di kejar anjing."Ala, malasnya la nak pergi, nak kene jumpe ‘dak sengal’ tu plak". Panggilan ‘dak sengal’ memang sengaja direka untuk mengejek Amar. Marahnya memang tidak berkesudahan walaupun usia mereka sudah menjangkau 26 tahun."Ish, kalau sebut nama Amar, macam tu lah muke. Cube senyum ckit. Jangan macam budak-budak". Ereena menjeling kakak kembarnya kemudian menjuihkan bibir kecilnya itu."Eleh, aku tau kau memang ada hati ngan Amar tu. Tu sebab kau happy sangat nak jumpe dia kan?", sindir Ereena. Air muka Ereeza sedikit berubah, tidak senang dengan tuduhan melulu Ereena. Hati dan perasaannya memang untuk Amar, tapi itu dulu, di saat dia belum mengenal sebenar-benarnya erti cinta dan kasih. Namun, di usia yang sudah lewat 20-an ini, jiwanya sudah dimiliki insan lain, namun belum masanya dia mengkhabarkan perkata itu. Dia masih ingat pesan arwah ayahnya. "Reeza, Reeza sebagai kakak kena sentiasa menjaga hati Reena. Sentiasa memberi peluang kepadanya. Andai satu hari nanti, Reeza dah punya teman hidup, cuba fikirkan Reena. Dia mungkin sukar nak terima bila kakaknya dah mula kena membahagikan kasih sayang terhadap dia. Ayah harap Reeza beralah, cuba bagi peluang Reena dapat kasih sayang lain supaya dia tak rasa kehilangan kasih sayang"... kata-kata ayah masih segar dalam lubuk ingatan. Dia redha jika pengorbanan yang dia lakukan mampu memenuhi segala yang arwah ayah hajati. “Haa, yela tu teringatkan Amar...", suara nyaring Ereena menerjah masuk ke gegendang telinganya."Reena, mengarut la. Amar tu Reena punya tau. Bak kata orang tua-tua, mula-mula memang macam anjing dengan kucing tapi lama-lama cam merpati dua sejoli", ujarnya mengenakan Ereena sekaligus menghilangkan gusar yang bertandang di jiwa. Ereena menjebik, tanda memprotes."Mana lah tau Amar Iz-Amsyar tu Prince Charming yang Reena puja dalam mimpi, kan jadi kenyataan", sambung Ereeza lagi."Eleh kau ni, dia tu bukan Prince Charming, tapi Shrek!", Ereena membidas kasar."Hey, Shrek tu kan cuma sumpahan. Dia kan putera raja yang kacak pada hakikatnya...", Ereena terdiam, mungkin memikirkan idea seterusnya untuk membangkang cakap kakak kembarnya itu. Hatinya geram, Ereeza selalu sahaja mengenakannya dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, dia akui, kakak kembarnya itu jugalah insan yang paling rapat dan disayangi dalam hidupnya hingga saat ini. Agak sukar untuk Ereena bertemu dan berjumpa dengan pemuda yang mampu membuat dia jatuh cinta. Jadi, dia lebih senang bersendirian dari berdua. Cukuplah dia memperoleh kasih sayang dari Ereeza dan Mummy, itu sudah memadai."Dah, aku tunggu kat bawah. Cepat siap, 10 minit je", ujar Ereeza lantas berlalu meninggalkan Ereena yang masih terkebil-kebil di katilnya.
**************************
“Assalamualaikum, uncle, auntie...", ucap Ereeza sebaik sahaja melihat kelibat Uncle Mokhtar dan Auntie Syafa di dalam rumah banglo tiga tingkat milik pasangan tersebut. Uncle Mokhtar berpaling, tersenyum melihat tiga beranak itu sudi datang ke terataknya."Waalaikumsalam...", segera disambut tangan Ereeza dan Ereena penuh mesra. Auntie Syafa juga begitu."Wah, lama Uncle tak nampak kamu berdua. Sibuk sangat kot, sorang lecturer, sorang manager", perli Uncle Mokhtar. Puan Rabiah tersenyum mendengar usikan temannya kepada dua anak gadis itu."Emm, biasa la Uncle, kerja tak pernah abis. Reeza sibuk dengan lecture, Reena tu plak suka duduk Office berbanding rumah. Reeza nak jumpa dia pun susah...", balas Ereeza menghidupkan suasana. Ereena di sisinya hanya tersenyum, walaupun dalam paksa. Uncle Mokhtar tersenyum. Dia amat menyenangi pasangan kembar di depannya. Masakan tidak, Ereeza dan Ereena membesar depan matanya. Walaupun wajah kelihatan sama namun ciri mereka berbeza. Pada pengiraan Mokhtar, Ereeza lebih matang dan berfikiran terbuka. Dia sentiasa ingin membuat orang disekelilingnya gembira. Memang bersesuaian dengan sifatnya sebagai seorang kakak. Namun Ereena lebih keanak-anakan, lebih manja, dan lebih degil orangnya. Lihat lah sekarang, walaupun usia semakin bertambah, perangai manjanya masih dapat dilihat dengan mata kasar. Mokhtar lebih tetarik dengan perwatakan Ereeza namun sayangnya tetap sama, tidak berbelah bahagi."Eh, kami ke dapur dulu lah Uncle, tolong apa yang patut", ujar Ereeza sebaik sahaja melihat Mummynya berlalu ke dapur mengikut rentak kaki Auntie Syafa."ha, yelah. Elok lah tu. Anak dara mesti rajin tolong kat dapur", usik Uncle Mokhtar dan dibalas senyuman manis oleh kedua pasangan kembar itu. "Ehem...ehem...", Ereena menoleh, kemudian mengerling tajam."Argh, dak sengal ni rupanya", suara hatinya berbisik."Amboi, rajinnya anak kucing ni susun pinggan yek", Amar memulakan permainan yang sentiasa digemarinya, mengenakan Nur Ereena Natasya bt Khairul Anuar itu. Ereena masih sibuk menyusun pinggan, pura-pura tidak dengar ejekan tadi. Amar tersenyum sendirian. Suka benar hatinya dapat mengenakan Ereena. Walaupun sudah lebih tiga tahun tak bersua muka namun anak gadis itu masih betah untuk disakat dan dipermainkan."Eh, Amar. Baru nampak muka.. You apa khabar?", Amar menoleh. Anak matanya memandang tepat ke wajah Nur Ereeza Nasuha yang semakin cantik pada pandangannya. Kemudian matanya terarah ke Ereena sekali lagi. Sukar untuk dia membezakan wajah keduanya namun entah mengapa jiwa dan naluri lelakinya seakan bergetar tatkala memandang mata redup Ereeza berbanding Ereena. Amar tidak dapat nafikan adanya daya tarikan yang tersendiri disebalik gadis bernama Nur Ereeza Nasuha."Hey, orang tanya dia pandang Ereena pulak. Nak suruh Ereena jawabkan untuk you ke?", Ereza berseloroh."anak kucing ni nak jawabkan untuk i? Dia mana reti bercakap, pandai mengiau je. Lainlah kalau dia ni anak kucing Barbie, memang la boleh berbicara", sempat Amar menyindir Ereena namun lagaknya masih seperti tadi, langsung tidak dihiraukan usikan Amar."Reeza apa khabar?", soalan diajukan kepada Ereeza."La, i tanya you, you tanya i semula. I sihat je. Cuma bz ckit sekarang. Maklumlah, kite kan dah bekerja. You macam mana? Success tak projek kat sana?","Em, well, you can see me now... still handsome like before", ada gelak dihujung ayatnya."Alhamdulillah, semuanya baik. Kalau tak, i tak balik ni". Sambungnya kemudian. Ereeza hanya mengangguk faham. Tidak diduga Amar Iz-Amsyar yang agak nakal dahulunya kini bergelar arkitek yang serba berkebolehan."Eh, i nak tolong Ereena ni. Nanti kita bual lagi", Ereeza meminta diri."Ok. Sebelum balik nanti, you give your contact number, mana tau boleh keluar lunch ke". Sempat Amar menuturnya sebelum dia beredar ke ruang tamu."Eleh, bukan main lagi kan", Ereena memandang sinis ke arah Ereeza."Hey, nape cakap macam tu? Cemburu?", duga Ereeza. Ereena membulatkan mata mendengar perkataan cemburu."Ish, setakat Amar tu, bersepah. Tukang sapu kat pejabat aku pun berlambak muka macam tu tau". Ereeza hanya tersenyum mendengar kata Ereena."Kalau muka cam Tom Cruse, baru taste I", sambungnya lagi.
******************************
“Bila Reeza nak balik Shah Alam?", soal Puan Rubiah lalu mengambil tempat di sisi anaknya."Em, esok pagi Reeza balik la Mummy. Luse Reeza dah ada lecture", lembut dia menjawab."Kenapa Mummy?", wajah bonda kesayangan ditenung mesra. Puan Rubiah mengeluh lemah."Mummy macam nak cakap something je ngan Reeza", duganya lagi."Tadi, Mummy berbual dengan Auntie Syafa dan Uncle Mokhtar, mereka bercadang nak merisik Reena untuk Amar. Tapi mummy tak yakin sebab perangai Reena masih degil lagi, takkan nak jadi isteri orang pula". Terang Puan Rubiah. Ereeza sedikit terkejut dengan perkhabaran tadi. Namun, masih ada bunga-bunga mekar yang bercambah di hati."Sebenarnya, Uncle Mokhtar nak merisik Reeza...", sambung Puan Rubiah, membuatkan Ereeza kembali runsing."Tapi, Mummy tak dapat nak cakap yang Reeza masih solo walaupun Reeza masih belum berpunya. Kalau Reena tu Mummy tahu memang masih solo. Itu sebab dia pilih Reena, untuk mengeratkan lagi persahabatan kami yang dah lame ni". Satu per satu Ereeza dapat menangkap tutur bondanya, dia mengangguk tanda faham. Ingin sahaja dia mengaku dia memang sudah berpunya namun dibiarkan dahulu, tunggu saat dan ketika yang lebih sesuai. Perkara yang dibincangkan sekarang ialah Ereena dan Amar."Amar ngan Reena dah tahu ke Mummy?". Pantas Puan Rubiah menggelang."Belum. Kami memang ingat nak berbincang dengan mereka. Tapi mummy nak mintak pendapat Reeza dulu. Betul ke tindakan Mummy ni". Ereeza menarik nafas panjang, ambil membetulkan dudknya."Emm, bagi Reeza, mummy kena tanya pendapat Reena dan Uncle Mokhtar kena tanya pandangan Amar. Reeza takut kalau masing-masing dah punya pilihan hati. Nanti Reeza takut kalau Reena atau Amar fikir kita cuba kongkong hidup mereka". Puan Rubiah terdiam, berfikir mungkin ada benarnya kata-kata Ereeza tadi."Hmmm, takpe lah. Nanti Mummy bincang dengan Uncle Mokhtar semula.Reeza dah siap kemas? Pagi esok sarapan kat rumah dulu la, Mummy nak masak nasi dagang kegemaran Reeza". Ereeza mengangguk setuju, sudah terbayang keenakan nasi dagang buatan bonda tercinta.
*************************
“Hye Cindarella, dah beradu puteri cantik rupawan". Mesej yang diterima lewat malam itu menarik minatnya untuk membalas, seakan tahu gerangan pengirimnya walau tidak tertera nama."Mesti Mikhail guna nombor adik dia lagi ni", suara Reeza perlahan. “Hye Prince Charming, puteri tak lena beradu tanpa kanda di sisi", balasnya mesra kepada Mikhail, buah hati kesayangan sejak dua tahun bermadu cinta. Kemudian mesejnya berbunyi lagi. Ereeza lantas membaca."Marilah dalam dakapanku, kanda belai puteri nan satu", Ereeza tersenyum sendirian."Cinderella tidur dalam pelukan, kanda belai penuh kelembutan", permainan masih diteruskan oleh Ereeza. Hatinya berbunga apabila bermadah bersama teman hatinya itu. Tidak hairan Mikhail pandai menggunakan madah pujangga kerana dia merupakan pensyarah pakar dalam bidang tersebut. Ereeza masih ingat betapa Mikhail mengagungkan A. Samad Said yang begitu puitis dengan setiap bait puisinya."Tidurlah sayang... tidurlah Cinderella ku. Suatu hari kita bertemu, melepas rindu bersarang di kalbu". Ereeza masih tersenyum dan akhirnya terlena dalam keasyikan cinta Mikhail Hafizi Bin Mohd Mansor. “Morning...", mata Ereeza masih tidak dibuka luas semasa membaca pesanan ringkas yang diterima pagi itu. Dia melihat jam di meja, menunjukkan jam 5.30 pagi."Eh, nape Mikhail ni, tak pernah-pernah dia mesej aku pagi-pagi macam ni. Dah lah guna nombor semalam jugak. Nape tak pakai nombor sendiri", omel Ereeza sendirian. Lantas dia duduk bersila di katil."Morning... ke mana perginya nombor you? Ni nombor siapa?", balasnya. Seketika kemudian soalannya dijawab ringkas."Ni nombor I la. Semalam you bagi nombor you, dah tak ingat?", Ereeza tergamam. Semalam? Dia menyedari kesilapannya sendiri. Ternyata bukan Mikhail yang bermadah puitis dengannya malam tadi. Ya, baru dia teringat, Ya Allah... ini bukan Mikhail Hafizi tetapi Amar Iz-Amsyar!!! “Saja buat tak ingat", Ereeza masih membalas, seakan tiada apa yang berlaku sekaligus menghilangkan gusar di dada. Dia bukan sengaja, dia menyangka Mikhail yang menghantar setiap mesej itu. Jika dia tahu pengantarnya ialah Amar, mesti dia tidak begitu betah untuk berpuitis mesra."Awal betul you bangun. I mengantuk lagi la. Nanti-nanti la kita mesej k". Ereeza sengaja mengakhiri perbualan itu agar tidak berlarutan. Dia bersyukur kerana tiada lagi balasan dari Amar...
************************
“I remaining all of you once again. Please submit your assignment tomorrow, before 4pm, put infront my room. Who have been late, i will deducted the marks!", Ereeza bersuara lantang sebelum mengakhiri kuliahnya Isnin itu."Miss Eeza, all group members need to submit together?", suara salah seorang pelajarnya bertanya."Not necessary. Just one of you can submit to me, anymore question?", pelajar-pelajarnya menggeleng."Ok, see you tomorrow", Pantas Ereeza berlalu ke biliknya yang terletak agak tidak jauh dari dewan kuliah tadi. Dia harus bergegas supaya sempat makan tengahari kerana petang nanti dia masih ada kuliah bersama pelajar tahun 3 pula. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring."Assalamualaikum sayang. Baru abis kelas?", suara pemuda itu membuatkan bibir Ereeza mengukir senyum lebar."You macam tahu-tahu je I baru abis class. You kat mana ni? Dah lunch?", soalnya lembut."Emm, I dalam kereta ni, nak pergi lunch la, tiba-tiba I nampak you. You nak pesan apa-apa tak? Nanti I belikan". Mikhail menawar diri untuk membeli makanan kepada Ereeza. Apa salahnya dia membantu Ereeza, bukan orang lain pun, teman istimewanya juga."Thanks Mikhail but its okay. I nak makan kat cafe dalam kampus ni je. I baru nak gi ni. Ngan Miss Watie", Ereeza menolak baik tawaran Mikhail. Bukan dia tidak mahu, kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia keluar makan bersama Mikhail namun, dia perlu menjaga personalitinya sebagai pensyarah. Mana lah tahu ada sahaja mata pelajarnya atau pelajar Mikhail memandang, haru dibuatnya. Biarlah mereka berjumpa setiap hujung minggu untuk makan malam, lebih romantis bunyinya."Okay kalau macam tu. I pergi dulu sayang. Assalamualaikum", telefon bimbit dimatikan."Waalaikumsalam...", jawab Ereeza lantas mencapai walet dan berlalu ke bilik Miss Watie.
************************************
“Reeza, aku nak jumpa kau sok", suara Ereena lantang sebaik sahaja Ereeza mengangkat panggilan telefon."Aik, nak jumpa aku? Takkan rindu kot. Kan aku balik esok, jumpe kat rumah je la", jawab Ereeza masih berjenaka walaupun dia dapat mengagak ada sedikit keras tutur Ereena saat itu."Aku nak jumpa kau sebelum kau balik esok, kita jumpa kat Time Square, The Chicken Rice Shop pukul 12pm", segera telefon dimatikan biarpun belum sempat Ereeza bersetuju dengan cadangan tersebut."Ape kena dengan Ereena ni?, aku ingat nak balik pagi esok, tapi dia nak jumpa tengahari pulak. Tapi, kenapa kasar saja bunyinya", getus Ereeza dalam hati, ada sedikit perubahan di riak wajahnya."Kenapa Mummy suruh aku balik minggu ni? Minggu lepas aku baru balik sana sebab kenduri Uncle Mokhtar. Kenduri apa pulak kali ni?. Pelbagai persoalan menerjah masuk di benaknya namun satu pun dia tidak dapat memberi jawapan yang pasti. “You, you terlibat sama dengan permainan ni?" Mesej yang diterima dari Amar cukup menghairankan Ereeza. Siang tadi Ereena beria ingin berjumpanya, malam ini Amar pula menyoal perkara yang Ereeza tidak faham. Lantas dibalas berhati-hati agar tidak melukakan sesiapa,"I tak faham lah apa you maksudkan. Permainan apa?", balasnya ingin mencungkil lebih dalam agar dirinya lebih faham."I nak jumpa dengan you sekarang boleh, Reeza? I have something to discuss with you", Ereeza segera memandang jam yang tergantung di ruang tamu rumahnya, jam 7.30 malam."Apa aku nak jawab ni. Kalau nak keluar ngan dia, mesti bagi tau Mikhail, tapi apa sebab dia nak jumpa aku pun aku tak tahu, camner aku nak terangkan kat Mikhail ni". Ereeza bersoal jawab dengan dirinya sendiri. Ingin sahaja dia menolak namun dapat dirasakan Amar mesti ada masalah. Jika tidak, masakan dia akan begitu serius dengan setiap mesej-mesejnya."Ok, kita jumpa jam 8.30 di Jusco Bukit Raja". Ringkas balasan mesej darinya. Sesaat itu, terus dia mendail nombor telefon Mikhail, ingin memberitahu keadaannya sekarang, agar tidak dipandang negatif oleh insan yang bertakhta di hatinya itu. “Assalamualaikum sayang", lembut suara Mikhail menerima panggilan Ereeza."Kenapa you telefon I time-time ni?, ada masalah?", Mikhail seakan sudah mengagak tentu Ereeza ingin menyuarakan sesuatu atau menanyakan kemusykilan di hati. Jika tidak, Ereeza tidak akan menelefonnya saat-saat itu. Dia kenal benar dengan Ereeza, bukannya jenis yang suka mengganggu privasi orang lain jika tiada apa yang penting."You, I nak beritahu you sesuatu ni. I tak suka nak berahsia ngan you. You dengar ye apa I nak cakap". Lantas Ereeza menceritakan setiap satu kejadian dari mula Ereena menelefonnya sehingga ke Amar ingin bertemunya. Mikhail mendengar penuh setia setiap butir ayat yang diluahkan oleh Ereeza."Jadi, I dah cakap kat Amar I akan jumpa dia sekejap lagi. I tak sedap hati dengan semua ni. I rasa marah Ereena siang tadi dan soalan Amar ada kaitannya. Tapi I tak dapat agak apa sebelum I jumpe mereka. I harap you faham kenapa I setuju nak jumpa Amar", akhir Ereeza dengan satu keluhan berat. Mikhail hanya diam kemudian bersuara perlahan."Takpe sayang. I faham. You pergi lah jumpa dia, mungkin ada kekusutan yang you juga perlu tahu dan mungkin ada kaitannya dengan you dan family. Lagipun you dah pernah cerita pasal Amar pada I. I tak kisah tapi you janji kena jaga diri, okay sayang?", Ereeza tersenyum gembira. Betapa bertuah dan beruntungnya dia memiliki pemuda sebaik Mikhail. Mikhail memahami dirinya, memahami perasaannya."Thanks a lot sayang, I janji I akan jaga diri. I akan mesej you nanti. Bila I balik, I will tell you apa sebenarnya yang berlaku. I gi siap dulu sayang ek. Love you, bye". Ereeza memberi keyakinan kepada Mikhail agar pemuda itu tidak risau tentang dirinya. Mikhail bersandar malas kerusi empuk di ruang tamu rumahnya sambil matanya khusyuk melihat berita yang disiarkan di TV3. Namun tumpuannya tidak lama, terus ingatannya beralih kepada Nur Ereeza Nasuha dalam sekelip mata. Berdosakah dia menipu insan yang dicintainya? Berdosakah dia menyembunyikan sesuatu daripada Ereeza sedangkan wanita itu begitu jujur dan ikhlas perilakunya kepada dirinya? Soalan-soalan itu berlegar di setiap inci mindanya. Mengapa dia tidak berterus-terang sahaja kepada Ereeza tentang perkara yang telah diketahuinya sebelum wanita tersebut memberitahunya tadi?. Mikhail resah, runsing... Ereeza, insan pertama yang menjadi suri di hatinya dan dia ikhlas mencintai wanita itu sepenuh hati, tidak mungkin akan disakiti hati dan perasaan wanita itu demi kasihnya yang teguh, namun berasa hatikah Ereeza jika perkara yang disembunyikan diketahui suatu hari nanti? Bukan dia sengaja ingin menyembunyikan hal tersebut, dia hanya tidak mahu campur tangan dalam urusan keluarga itu, takut dikatakan terlalu mendesak. Bagi Mikhail, biar Ereeza yang membuat keputusan tentang hal tersebut, ia melibatkan kebahagiaan wanita itu. Andai kata Ereeza menidakkan kehadirannya dalam hidup Ereeza, dia pasrah asalkan wanita yang dicintainya bahagia... dia redha dengan ketentuan Illahi. Mikhail masih teringat pertemuannya dengan teman lama di Bukit Tinggi selepas kerja tadi. Sengaja dia ke situ, membeli barang keperluan rumah yang diperlukan dan kebetulan teman lamanya juga di situ.
**********************************
“Iz...", jerit Mikhail sebaik sahaja terlihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Pemuda tadi menoleh, mengamati dirinya dan kemudian tersengeh menuju ke arahnya."La, Fizi, lama betul tak jumpe kau. Wah, segak sekarang aku nampak...", tangan dihulur, menjalin semula persahabatan yang lama terpisah. Mikhail menyambut mesra huluran tangan sahabatnya itu."Kau watpe jalan sorang-sorang kat sini? Jom kita minum, boleh bual panjang lagi", Mikhail mempelawa lantas mereka berjalan beriringan ke kedai makan yang berdekatan. “Tak sangka aku jumpa kau. Aku dengar kau ke oversea, bila balik?", laju Mikhail menyoal."Aik, baru kau dengar aku g oversea? Dah seminggu aku balik. Duk sana lama-lama pun, still rindu tanah air beb", teman dihadapannya tersengeh."Yela, rindu tanah air ke, rindu buah hati di tanah air?", Mikhail cuba menduga."Hey, ape kau cakap ni. Aku single and available lagi la. Ni Amar Iz-Amsyar la, kena sentiasa steady". Mikhail menggeleng kepala mengenangkan sikap Amar yang masih tidak berubah."Tapi, aku dah falling in love with someone la, Fizi. Cuma...", ucapan Amar terhenti di situ, tidak pula disambungnya sehingga habis."Ha, lain je bunyinya, takkan takut nak tackle kot. Mana Amar Iz-Amsyar yang macho tu?", sindir Mikhail. Amar memandang tepat ke arahnya. Dia mengeluh berat."Ni bukan soal macho ke tak, Fizi. Masalahnya, orang lain yang aku nak, orang lain yang kena aku terima. Aku blur la beb. Kau nak dengar tak ni? Cam tak berminat je", Mikhail tersandar ke kerusi, lantas menjawab,"Aku dengar la ni beb. Mana aku leh tolong, aku cuba. Kau citer dulu, baru aku tahu". Amar menarik nafas panjang, mencari kekuatan untuk meluahkan segala yang terbuku dihati sejak berita yang disampaikan oleh ayah dan ibunya siang tadi."Aku ada kawan dengan kembar, dari kecik lagi", Amar memulakan perbualan. Tiba-tiba Mikhail membalas."Ha, ni yang aku tak puas hati ni. Bila pulak kau ada kawan ngan kembar ni. Aku tak tau pun", keningnya dikerutkan."Ala, masa kita sekolah dulu, ramai lagi awek lain yang aku nak citerkan kat kau. Tak teringat pun sal dorang. Aku anggap dorang tu cam keluarga aku gak sebab dah kenal dari kecik. Lagi pun, aku sekolah ngan kau sampai tingkatan tiga je, then aku pindah", ujar Amar membela diri. Setelah melihat Mikhail mengangguk faham, dia menyambung,"aku dah tak jumpa dorang sejak aku ke UK dulu. Sebelum tu pun kami jarang berborak, maklumlah sume dah kerja, sibuk. Seminggu lepas aku jumpa semula dorang. Bila aku pandang adiknya, aku tak rasa apa-apa pun tapi dengan kakak, jiwa aku tak tenteram. Aku bahagia sangat bila dia sudi bagi nombor telefon dia kat aku. Kadang-kadang bila mesej, hati aku ni cam berbunga-bunga, bila tak jumpa, rindu gile kau tau. Tapi semalam ayah aku bagitau yang aku nak dijodohkan dengan adik dia. Aduh, pening aku fikir. Kalau ayah aku beritau yang dia nak pinangkan si kakak, aku lah orang paling bahagia. Tapi, ni lain dah ceritanya". Amar mengeluh lagi, kali ini keluah yang agak perlahan, mungkin lega selepas meluahkan segalanya."Susah gak tu. Apa kata you tell your parents the truth. Tell them that kau cintakan kakak, bukan adik", Mikhail cuba memberi pendapat."Aku nak, tapi aku takut. Nanti si kakak tu tak terima aku, macammana?". Mikhail memandang teman dihadapannya."Kau kena berani buat keputusan dan terima kenyataan. Kalau dia tak terima takpe. Kau mesti cari ikhtiar buat dia jatuh cinta kat kau". Satu lagi pandangan terkeluar dari mulutnya."Fuh, entahlah. Yang pasti aku memang dah jatuh cinta dengan dia. Aku akan dapatkan dia juga. Aku akan dapatkan Nur Ereeza Nasuha!". Bagai tersentap jantung Mikhail mendengar nama itu disebut. Bulat matanya memandang Amar yang masih mengelamun, mungkin memikirkan Ereeza. Aku? Tiada apa yang dapat aku luahkan saat ini. Mikhail mula sedar bahawa temannya itu sedang berbicara tentang kekasih hatinya. Mikhail juga sedar dia lah yang memberi pendapat agak Amar terus cuba membuat Ereeza jatuh cinta kepadanya. "You, dah tidur?", mesej dari Ereeza mengejutkannya dari lamunan, lalu dibaca pantas. Hatinya berdebar-debar, apa yang bakal diberitahu Ereeza bisa membuatkan dirinya tidak keruan."Belum. Sayang dah balik? Macam mana tadi? Boleh kongsi dengan I?", saja dibalas begitu, mengambil berat tentang wanita pujaannya."You, I tak tahu nak cakap macammana. I nak jumpa you pagi esok, boleh sayang?". Mikhail menarik nafas, memahami keadaan yang melanda Ereeza sekarang. Dirinya juga turut sama merasakan gelodak yang serupa."Ok, sayang tidur dulu, Esok kita jumpa. Good Night My dear. I miss you so much... i really love you", luahnya, teramat menyayangi wanita bernama Ereeza.
******************************
“Dari tadi lagi you diam ni, kenapa sayang? Donut you tu, tak luak pun I tengok", suara lembut Mikhail mematikan lamunan Ereeza."Em, takde apa lah. Saja I nak termenung, lama sikit duduk dengan you. Lagi pun I nak terus jumpa Reena and balik rumah mummy I, nanti rindu", Ereeza tersenyum manja memandang Mikhail di hadapannya."Argh, tak mampu aku lawan renung matamu sayang. Aku tahu apa sebenarnya. Aku takut menunggu apa yang bakal terbit dari bibirmu, Ereeza". Suara hati Mikhail menjerit nyaring. Ingin saja dia luahkan segalanya namun disimpan dalam-dalam, jauh di lubuk hati. Dia pasrah, dia akur... biar Ereeza sahaja yang menilai, hanya Ereeza yang layak memberi kata putus, ini soal kebahagiaan dan masa depannya. Mikhail mengeluh kecil."Sayang, u sayangkan I tak?", soalan Ereeza menyentuh sanubari Mikhail. Ingin d ia menjerit mengkhabarkan betapa dalam dan sucinya cinta dan sayangnya pada Ereeza."I sanggup lakukan apa saja untuk you, asal you sentiasa bahagia, Ereeza", balasnya syahdu, menahan gundah di hati. Di lihat Ereeza menarik nafas panjang. Mungkin mencari kekuatan untuk meluahkan sesuatu kepadanya."Mikhail, you pun tahu I sayangkan you, dan I juga sayangkan mummy dan Ereena", suara lembut Ereeza menyapa gegendang telinganya. Mikhail diam seribu bahasa, hanya matanya memandang penuh kasih ke arah Ereeza."You sanggup bersabar bila I minta kita rahsiakan hubungan kita dari mummy I, you rela, you ikhlas bersabar kerana I. Dari situ I nampak betapa teguh cinta you terhadap I", tutur Ereeza benar-benar menyentap jiwanya. Dia sememangnya akan melakukan apa sahaja untuk wanita dihadapannya itu."Semalam I jumpa Amsyar...", Ereeza menyambung."Mummy nak satukan Amsyar dengan Ereena...", mata Ereeza sayu memandang Mikhail, menunggu respon dari lelaki itu. Namun Mikhail masih diam, hanya kepalanya diangguk tanda faham dan mendengar segala tutur Ereeza."Mummy dah pun bagitahu Ereena. Mungkin sebab tu Ereena nak jumpa I hari ni". Mikhail memandang wajah redup Ereeza, sayu melihat betapa resahnya riak wajah wanita dihadapannya saat itu. Namun Mikhail masih berdiam, tidak mahu menimbulkan masalah lain disebalik konflik yang masih membara. Biar Ereeza tenang menceritakan segalanya."You, Amsyar luahkan isi hati dia pada I semalam. Dia tak cintakan Ereena sebaliknya I", akhirnya apa yang dinanti Mikhail telah didengar. Dia menarik nafas perlahan, masih memandang Ereeza."Sayang, I tak mampu nak suruh you wat keputusan untuk memihak kepada I. Itu tak adil namanya. I serahkan keputusan pada you. I cintakan you dan I sanggup korbankan segalanya demi kebahagiaan you walaupun I terpaksa kehilangan you". Tutur Mikhail membuatkan pandangan mata mereka bertemu agak lama, ada getar di suara Mikhail, ada linangan di mata Ereeza."I takkan salah dalam wat keputusan ni Mikhail. I cintakan you sepenuh jiwa I. Amsyar hanya sekadar teman lama yang I anggap macam saudara. I dah berterus terang pada Amsyar. I dah ada teman hidup yang I sayang. You, kita bagitahu mummy tentang hubungan kita ya? I taknak konflik ni makin besar bila Amsyar dah libatkan mummy I dalam soal hati dia," sugul wajah Ereeza, menyentuh naluri Mikhail. Mikhail tersenyum, mungkin dapat menghilangkan sedikit gusar di hati Ereeza. Hatinya juga agak tenang dan bercambah, memikirkan Ereeza masih menerima kehadirannya."Sayang, kita akan beritahu mummy you tentang hubungan kita, I promise. Tapi, Ereena macam mana? Ini juga melibatkan dia. Mungkin dia ada pendapat lain nak dikongsi dengan you bila you jumpa dia nanti". Lembut kata yang keluar dari bibir Mikhail, meminta agar Ereeza memikirkan soal adik kembarnya juga. Ereeza mengangguk."I faham. I akan cuba berbincang dengan dia. I taknak keadaan jadi makin keruh. I akan berbincang dengan mummy juga. Sampai masa, kita khabarkan hubungan kita pada mereka". Suara Ereeza semakin yakin pada pendengaran Mikhail. Dia lega melihat keazaman wanita itu."Macam tu la sayang I. I sentiasa support you walau apa keadaan sekalipun. Yang penting you jangan cepat mengalah. Kita sama-sama berdoa agar segala konflik ni akan berakhir nanti, okay sayang?", Ereeza tersenyum, hatinya tenang kembali setelah segalanya diluah dan mendapat respon positif dari Mikhail. Mikhail...insan yang tidak pernah jemu memberi semangat dalam menempuh kehidupan di bumi Allah. Mikhail juga satu-satunya insan yang bertakhta di hatinya dulu, kini dan selamanya, InsayaAllah.
************************************
“Puas hati kau sekarang?", suara kasar Ereena menerpa laju ke gegendang telinganya. Namun Ereeza bersikap tenang, mengerti dengan keadaan itu. Dia sudah menjangka keadaan itu pasti berlaku, dia kenal benar sikap Ereena yang agak panas baran dan bengis."Kalau ye pun, bagi la aku duduk dulu. Apa salahnya kita berbincang elok-elok", balas Ereeza lembut. Tangannya memegang erat tangan kembarnya yang kelihatan tidak begitu tenang. Ereena tersentak dengan genggaman kuat itu, matanya memandang Ereeza, hatinya seakan ingin merintih mengenangkan pergolakan yang berlaku."Reeza, bukan ke kau yang sayangkan Amsyar. Tapi kenapa aku yang jadi mangsa?", suaranya bergetar, kelopak matanya mula mengeluarkan air jernih yang sedari tadi ditahan. Ereeza menarik nafas panjang, mencari segala kekuatan yang ada."Reena, sayang aku pada Amsyar dah lama hilang, itu semua hanya perasaan remaja biasa yang belum bersedia dalam cinta. Reena, aku sayangkan kau, aku nak tengok kau bahagia. Aku juga runsing dengan semua ni", air mata Ereeza mengalir deras. Ereena tergamam, emcari satu kepastian. Pada firasatnya, dia yang perlu menangis dengan pergolakn ini, tapi mengapa Ereeza yang seakan begitu resah berdepan dengan konflik yang melanda."Reena, aku tahu kau marahkan aku dengan keputusan mummy dan Uncle, tapi percayalah, aku tak berniat apa-apa. Memang mummy dah sampaikan pada aku sebelum ni, aku tak pernah mengiyakan sebaliknya aky suruh mummy mintak pendapat kau. Tapi sekarang, aku terbeban dengan keadaan ni, Reena. Aku terseksa bila memikirkan kau, Amsyar, dan Mikhail. Ereena memandang tepat wajah Ereeza."Mikhail?", hatinya bertanya,"siapa Mikhail?", jiwanya ingin kepastian."Aku tak faham la... apa semua ni?", suaranya lembut bertanya setelah melihat tangisan Ereeza kembali reda. Ereeza memandang tepat wajah kembarnya. Sudah sampai masanya dia memberitahu segalanya kepada Ereena. Tentang wasiat ayah, tentang hubungannya dengan Mikhail, tentang perasaan Amsyar, dan tentang dia menolak bulat-bulat kenyataan Amsyar yang mencintainya. Satu per satu Ereeza menceritakan, agar Ereena faham segala yang telah berlaku. Ereena tersandar di kerusi, matanya dilepaskan ke jalan raya yang agak sesak petang itu. Begitu besar pengorbanan Ereeza kepadanya, dia tidak pernah tahu malah sanggup memarahi kembarnya kerana konflik yang melanda. Namun, konflik itu tidak akan padam dengan menerima Amsyar kerana dia sedar, Amsyar mencintai kembarnya. Pergolakan dirinya mungkin akan lenyap kerana perasaannya dan Amsyar sama, tidak wujud perasaan cinta, namun kembarnya yang akan terus terpaksa berhadapan dengan konflik besar, melibatkan cinta tiga segi. Ereena memegang tangan Ereeza lembut."Aku mintak maaf sebab berkasar dengan kau. Aku tak tahu keadaan jadi macam ni", ujarnya perlahan, menimbulkan senyum tawar di wajah Ereeza."Kau kan dah beritahu Amsyar kau dah berpunya. Aku rasa dia faham...", belum sempat Ereena berbicara, Ereeza menggeleng pantas."dia tak faham, Reena. Dia taknak faham. Dia nak ramaps aku dari Mikhail. Dia tekad", Ereeza mengeluh mengenangkan Amsyar yang agak kasar malam tadi, menegaskan pendiriannya mencintai Ereeza."Kalau macam tu, kau bagitahu mummy kau dah berpunya dan nak kahwin", Ereena memberi pendapat. Pantas Ereeza menggeleng, terkenang wasiat ayahnya dahulu, tidak sanggup untuk dia melanggar wasiat ayah."Kenapa tak? Kau dah sayang Mikhail, kau kena wat sesuatu, jangan sampai Amsyar suruh Uncle meminang kau", tegas suaranya, agak geram dengan sikap Ereeza."Aku tak boleh abaian wasiat ayah, Reena", ujar Ereeza sayu."Hah, itu masalahnya? Kau jangan risau Reeza, aku dah tahu semua keadaan ni dan aku tak kisah. Kita masih kembar walaupun kau dah ada kehidupan lain. Hubungan kita akan lebih kuat", Ereena memberi semangat kepada Ereeza yang seakan masih keliru dengan keadaan itu. ****************************************************************************** “Baguslah... kita boleh buat serentak", ujar mummy gembira sebaik sahaja Ereeza memberitahu kehadiran Mikhail dalam hidupnya. Ereeza memandang Ereena perlahan, dia mengukir senyum tawar."Mummy...", Ereena memanggil lembut."Ye sayang...", lembut suara Puan Rabiah membalas."Mungkin kenduri nanti untuk Reeza saje. Reena dengan Amsyar dah wat keputusan yang kami takkan berkahwin". Puan Rabiah terkejut, memandang Ereena yang masih memandangnya, kemudian ditoleh ke arah Ereeza. Mummy, Reena dan Amsyar tak pernah ada perasaan cinta. Reena dah ada yang punya tapi belum masanya Reena memikirkan sal rumah tangga. Biar Reena lepaskan Reeza dulu. Bila dah selesai, Mummy kena buat kenduri untuk Reena pula", ujar Reena ingi menenangkan hati Puan Rabiah yang resah. Ereeza memandang Ereena, dia tahu Ereena menipu, dia tahu Ereena belum berpunya. Pandangan Ereeza dibalas mesra Ereena lalu dia mengagguk perlahan, ereeza segera memeluk Ereena, betapa dia berterima kasih kepada kembarnya kerana menyelamatkan situasinya kini. Di satu sudut lain, Amsyar termenung di tasik di KLCC, mencari ketenangan. Selepas pertemuan dengan Ereena tadi, dia terus ke situ, memberi ruang kepada dirinya. Dia tidak tahu apa yang bergolak dihatinya saat itu. Dia lega apabila Reena memberitahu bahawa dia juga tidak pernah mencintai Amsyar dan perkahwinan mereka tidak akan diteruskan. Namun, dia kusut mengenangkan Reeza yang sudah bersedia untuk mendirikan mahligai bahagia, tetapi bukan dengannya. Ereeza sudah punya teman sendiri. Paling menyakitkan apabila teman Ereeza adalah insan yang pernah menjadi sahabatnya dan pernah mendengar luahan isi hatinya. Amsyar geram dengan segala yang berlaku. Dia tidak betah menerima kenyataan yang cintanya ditolak disebabkan sahabatnya sendiri. Amsyar lantas bangun menuju ke keretanya, ingin meluahkan segala kemarahan yang ada. Minyak kereta ditekan laju di jalan yang sudah lengang, selaju kemarahan yang di pendam dalam hatinya saat itu. Kring! Kring!... Telefon di rumah Puan Rabiah berbunyi nyaring minta di angkat. Perkhabaran dari Ereena tentang dirinya dan Amsyar membuatkan Puan Radiah tidak terus bangun mencapai telefon, seakan takut untuk berbicara jika sahabatnya, Puan Syafa dan Tuan Mokhtar yang menelefon. Ereena pantas bangun apabila melihat bondanya masih teragak-agak."Hello...", suaranya menyapa."Ye, Uncle. Reena ni...", sudah sah Mokhtar yang menelefon tika itu."Hah? Bila? Baik-baik, Reena datang dengan Reeza dan mummy. Ok, bye", segera Ereena meletakkan ganggang. Runsing denga perkhabaran tadi."cepat, Amsyar kemalangan, di ICU sekarang", hatinya tidak tenang. Mengapa Amsyar mendapat kecelakaan, adakah kerana perkhabarannya tentang Ereeza yang membuatkan Amsyar tidak tenang?, jiwanya bercelaru.
*******************************
“Kami dah cuba yang termampu, tapi kuasa Allah lebih hebat, Tuan. Kami mintak maaf", bagai luluh jantung mereka mendengar perkhabaran itu. Amar Iz-Amsyar sudah kembali mengadap Penciptanya. Ereeza terduduk lesu, tidak mampu berkata apa-apa. Ereena terdiam dalam kesedihan, mencari salahnya sendiri. Keadaan sepi di hadapan bilik bedah itu, semua memendam perasaan yang melanda jiwa. Segalanya berakhir dengan sekelip mata, namun sukar untuk melenyapkan apa yang sudah terjadi antara mereka bertiga, Amsyar, Ereeza, dan Ereena. Bukan itu yang aku pinta untuk kesudahan episod cintaku, bukan nyawa yang aku pertaruhkan untuk mempertahankan kasihku. Namun aku tahu takdir Allah adalah segalanya. Aku yakin setiap yang berlaku, ada hikmah yang tidak dapat diungkap dengan firasat dan kata-kata. Aku yakin bahawa Allah lebih mengetahui segalanya. Allah yang menghidupkan dan mematikan hamba-Nya. Sudah dua tahun lebih kenangan itu berlagu dan sekarang Ereeza memanjat kesyukuran dengan ketentuan Illahi. Ereeza sedar, Allah juga yang melimpahkan kebahagian kepadanya dengan mengurniakan sepasang cahaya mata,"Aidel Farhan dan Ainnur Farihah" yang sudah menjangkau umur 1 tahun. Kehidupan bersama Mikhail adalah impian dan cintanya, yang bukan hanya fantasi tetapi telah menjadi realiti. “Apa yang sayang menungkan? Dari tadi lagi abang tengok", suara lembut Mikhail menyapa mengejutkan lamunannya yang panjang. Ereeza tersenyum manis memandang suaminya."Em, takde apa lah bang. Tunggu Reena datang ni lama sangat. Boy dan girl masih tidur kan?", soalnya. Mikhail mengangguk, sambil mengambil tempat di sisi isteri tercinta."Reena datang dengan Mummy je ke?", Reeza menggeleng."Tak, dengan bakal adik ipar kita sekali. Saja nak kenalkan". Mikahil tersenyum membalas senyum Ereeza."Akhirnya bertemu jodoh juga Reena tu, kan bang?". Ereeza menarik nafas lega, mencari ketenangan dalam jiwa.
sory if masih lemah dlm pemerengganan penulisan. but, i will improve it. hope enjoy reading my written. just left the comment and i will accept it. hope u can alwiz support our new comer in these area... thanx
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Sorry tak baca habis...
berpinar mata tengok...