BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Mac 12, 2009
Cerpen : Cinta Si Pemandu Bas
Nama Pena : ATIE AMEEN

Remang senja datang menggamit. Warna tembaga keemasan berjaluran di kaki langit. Bola merah mengengsot pergi menandakan senjakala bakal menjengah. Che Senah masih berdiri kaku di pinggir jalan menuggu bas mini untuk pulang ke rumahnya di Taman Sei Muda. Hatinya terasa sedikit terbakar hari itu dek kerana bas yang datang semuanya penuh sehingga penumpangnya berdiri di tangga.


"Kalau macam ni punya gaya sampai malam pun belum tentu aku sampai kat rumah" hati Che Senah bermonolog sendirian.


Sekilas dia mengerling jam tangannya. Sudah hampir sejam dia terpacak di situ bersama beberapa penumpang yang lain yang setiap hari menunggu bas untuk pergi dan balik. Dari kejauhan dia melihat sebuah bas mini datang dan mereka semua bersedia untuk menaiki bas tersebut sekiranya bas tersebut berhenti. Ternyata bas mini yang dipandu oleh seorang lelaki melayu berhenti tepat di hadapannya. Pemandu tersebut melemparkan segarit senyuman buat Che Senah. Lantas Che Senah menghayun kakinya melangkah mendaki anak tangga bas mini tersebut. Setelah membayar tambang Che Senah mengambil tempat duduk di belakang pemandu.


"Dah lama tunggu?" si pemandu cuba menyoal Che Senah.


"Hmm.. dah naik kematu kaki berdiri kat tepi jalan ni!" Che Senah menjawab sambil tangan kirinya menyelak rambutnya ke belakang.


"Hari ni ramai penumpang, ditambah dengan jalan jam lagi sebab tulah bas lambat" si pemandu cuba memberi alasan sambil matanya tak lekang mencuri pandang wajah Che Senah menerusi cermin pandang belakang.


"Siapa nama cik adik? Tinggal kat mana?" si pemandu menyoal lagi.


"Perlu ke saya jawap soalan awak tu?" Che Senah cuba mengelak. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap bas mini cuba mengelak daripada diperhati oleh si pemandu.


"Ehh.. mestilah perlu sebab cik adik selalu nak bas saya ni. Apalah salahnya kalau kita berkenalan kan. Nama saya Sudin" si pemandu memperkenalkan dirinya. Senyuman toksah nak kata, sentiasa meleret di bibirnya.


"Apa perlu ke setiap penumpang kena bagi nama setiap kali naik bas mini awak ni?" suara Che Senah acuh tak acuh.


"Taklah sampai macam tu sekali. Saya Cuma nak berkenalan aje dengan cik adik yang manis ni. Tak kan tak boleh kot" Sudin cuba memancing kot-kot mengena.


Che Senah hanya menghadiahkan sebuah jelingan tajam buat si Sudin. Dalam hati menyumpah dengan apa yang berlaku. Dahlah tunggu bas sampai kejang betis berdiri di tepi jalan. Kena usik pulak dengan si pemandu bas mini yang konon nak berkenalan. Apabila sampai di Taman Seri Muda, bas mini yang dipandu Sudin berhenti di sebuah bus stop. Che Senah bingkas dari duduknya dan menuruni anak tangga bas mini kerana telah sampai ke diestinasinya diikuti oleh penumpang-penumpang yang lain. Che Senah sempat menoleh ke arah Sudin.


"Baik-baik sayang. Jalan elok-elok ya. Jumpa lagi esok" laung si Sudin sambil mengenyitkan mata pada Che Senah. Terasa mukanya merona merah kerana beberapa penumpang yang ada di situ tersenyum-senyum memandang gelagat mereka.


"Apa ke gila mamat ni. Macam tak betul aje. Minta-minta janganlah aku jumpa dia esok" desis hati Che Senah sambil terus mengatur langkah menuju ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari bus stop itu. Namun sesekali hatinya rasa terjentik dengan sikap si Sudin yang begitu berani menyatakan hasrat nak berkenalan dengannya.


"Lantak kaulah Sudin. Peduli apa aku!" bicara hati Che Senah tanpa suara.


*******


Seperti selalu Sudin akan memandu bas mini untuk mengambil penumpang di sekitar kawasan perindustrian Shah Alam. Hari ni hatinya berbunga riang kerana dapat berjumpa lagi dengan gadis pujaannya. Kelihatan dari jauh kelibat Che Senah sedang menunggu bas di pinggir jalan. Che Senah mengenakan sepasang kebaya nyonya dengan kain batik lepas rona hijau pucuk pisang dengan rambutnya disanggul rapi. Che Senah kelihatan begitu ayu dengan penampilannya hari ini. Seperti biasa Sudin akan memberhentikan bas mininya di hadapan Che Senah.


"Hai, selamat pagi sayang.. lawa hari ni" sapa Sudin pada Che Senah dengan senyuman meleret.


Acapkali itu juga Che Senah akan menghadiahkan jelingan pada Sudin. Jelingan untuk entah yang ke berapa kalinya. Bukan jelingan manja yang Sudin dapat tapi jelingan maut yang diterima. Namun Sudin tetap begitu. Tetap sabar bila berhadapan dengan Che Senah. Di hati Sudin hanya Che Senah seorang saja. Jiwa Sudin akan berlagu riang tiap kali dapat menatap wajah Che Senah.


"Kenapa mencuka aje ni sayang. Tak baik tau pagi-pagi muka masam nanti rezeki lari?" Sudin masih tidak putus asa sambil terus menyapa Che Senah.


"Ehh.. awak ni kenapa ha? Jangan nak bersayang-sayang dengan saya boleh tak? Saya tak suka tahu!" jerkah Che Senah. Membuat semua penumpang melontarkan pandangan pada mereka. Che Senah seperti biasa menghulurkan note satu ringgit sebagai bayaran tampang kepada Sudin.


"Tak payahlah bayar. Saya hantar cik adik free aje. Selagi cik adik naik bas mini saya ni selagi itu cik adik tak perlu bayar" Sudin menolak daripada menerima bayaran tambang daripada Che Senah. Tambahan pula dia telah jatuh hati pada Che Senah. Inilah kali pertama hatinya tercuit untuk menyayangi seseorang yang bernama wanita. Wajah Che Senah sering bermain di birai matanya walaupun Che Senah bersikap dingin terhadapnya. Dan pagi itu.. penumpang bas mini dapat menyaksikan satu babak drama di antara Sudin dengan Che Senah. Kata-kata Sudin membuatkan hati Che Senah sedikit terbakar dan mukanya memerah.


"Apalah nasib aku hari ni. Kenapalah aku mesti naik bas mini si mamat gila ni" desis hati kecil Che Senah sambil mengambil tempat duduk di belakang Sudin kerana itu saja tempat duduk yang kosong. Nak tak nak terpaksalah dia duduk di situ.


Si Sudin tidak lepas pandang mengerling menatap wajah gadis pujaannya. Che Senah rasa tak tenteram di dalan hati. Dirasakan perjalanan ke tempat kerjanya di Seksyen 16, Shah Alam pagi itu terlalu jauh, lambat nak sampai. Namun sesekali Che Senah mencuri pandang wajah si Sudin.


"Hmm.. boleh tahan juga mamat ni.. lawa jugak muka dia" hati kecil Che Senah berbisik lirih. Senyuman terukir di bibir Che Senah. Dia menggelengkan kepalanya bila teringatkan kata-kata si Sudin sebentar tadi. Lucu pun ada.


Tiba di Jalan Persiaran Kemajuan, Sudin memberhentikan bas mininya di bahu jalan berdekatan dengan kilang OYL Steel. Seperti biasa Che Senah melangkah turun dan menuju ke tempat kerjanya. Sudin menghadiahkan sekuntum senyuman manis dan hanya memerhatikan gadis yang dianggap kekasihnya itu berlalu pergi tanpa sebarang kata-kata. Hati Sudin tetap berbunga dan mengalunkan irama cinta walaupun belum tentu cintanya itu berbalas.


*******


Setiap hari berlalu dengan berbagai cerita. Usai kerja Sudin pulang ke rumahnya di Padang Jawa. Sudin merupakan anak tunggal kepada Mak Yam dan telah kematian ayah setahun yang lalu. Sudinlah tempat Mak Yam menumpang kasih dan Sudin jugalah yang menampung segala kos perbelanjaan. Mak Yam sangat sayang pada Sudin sebab Sudin adalah satu-satunya anak yang dia ada.


"Haaa.. Sudin kamu dah balik. Awal hari ni?" Mak Yam menyapa anak tunggalnya sebaik terlihat Sudin melabuhkan punggung ke sofa di ruang tamu.


"Ya mak.. Sudin rasa penat sangat hari ni mak sebab tulah Sudin balik awal" jawap Sudin sambil menghadiahkan segarit senyuman buat ibunya.


"Kamu nak air? Mak ambil kat dapur sekejap"


"Tak payahlah mak. Terima kasih aje.. Sudin nak berehat dulu" sambil dia merebahkan tubuhnya di sofa panjang.


"Kalau macam tu mak ke dapur dululah. Nanti mak siapkan hidangan untuk makan malam kita" Mak Yam berlalu pergi meninggalkan Sudin sendirian.


Sudin menghalakan pandangan ke dada siling rumahnya. Tangan kirinya diletakkan di atas dahi sementara tangan kanannya diletakkan di dadanya. Seketika kedua-dua tangannya disilang mendakap tubuh. Dia bangkit dan mencapai remote TV dan menekan butang on dan skrin terpapar. Namun tiada cerita yang menarik untuk ditonton. Dia menukar siaran dari satu channel ke channel lain tapi semuanya tidak menarik minatnya. Dia membaringkan semula tubuh ke sofa panjang. Sudin tersenyum sendirian. Ingatannya kini hanya terarah kepada Che Senah.. gadis pujaan hatinya. Kini sesekali kelopak matanya terasa berat..berat.. dan berat..


*******


Suasana begitu hening. Semilir gemersik membisik menyapa lembut wajah ayu Che Senah. Kocakan air sesekali memercik ke gigi tasik. Sudin dan Che Senah berjalan beriringan menuju ke sebuah bangku kayu yang terletak di bawah sepohon pokok semarak berbunga merah yang rendang. Sesekali Sudin memandang gadis ayu yang berada di sebelahnya. Senyuman sentiasa terukir di bibir Sudin. Kelihatan gadis itu tersipu malu tatkala pandangan mereka bertaut. Senyuman manis terukir di bibir mongelnya menampakkan sebaris gigi putihnya yang tersusun cantik. Sudin dapat merasakan ada getar di jiwanya. Dengupan jantungnya berdenyut kencang. Hatinya serasa tidak keruan saat ini.


"Senah.." Sudin memulakan bicaranya sambil matanya dihala ke depan.


"Ya.. abang Sudin" jawab Che Senah dengan nada manjanya yang berjaya menggetarkan jiwa muda Sudin.


"Senah nak tahu tak?" suara Sudin bagai tersekat di kerongkong. Sukarnya untuk berbicara empat mata dengan gadis pujaannya.


"Hmm.. apa dia abang Sudin?" Che Senah menanti dengan sabar apa yang bakal dikatakan oleh si Sudin. Kini Che Senah mengalihkan pandangannya ke wajah lelaki di sebelahnya. Sudin masih membisu. Sedang menyusun ayat barangkali.


"Cakaplah. Apa yang abang Sudin nak bagi tahu pada Senah?"


"Sebenarnya.. abang Sudin..err.. abang Sudin.." kata-kata itu terhenti


"Sebenarnya apa? Cakap ajelah!" jerkah Che Senah secara tiba-tiba membuatkan Sudin terperanjat lalu terloncat dan jatuh ke tanah.


"Senah.. kenapa buat abang Sudin macam ni?" Sudin bingkas bangun sambil menepuk punggungnya membersihkan habuk yang terlekat di seluarnya.


"Ayalah. Apa yang abang Sudin nak bagi tahu pada Senah? Apa.. susah sangat ke nak cakap apa bendanya?" wajah Che Senah mencuka. Merajuklah tu.


Sepantas itu Sudin berlutut di depan Che Senah. Che Senah terlunga seketika dengan tindakan Sudin. Sementara Sudin menunduk. Seketika dia mendongak memandang wajah Che Senah.


"Senah.. abang Sudin cintakan Senah. Dah lama dah abang Sudin jatuh cinta pada Senah" laju saja bibir Sudin melontarkan kata-kata itu.


"Apa?!" sepantas itu Che Senah bangkit dari duduknya dan berlalu ke tepi tasik diikuti oleh Sudin.


"Senah.. abang Sudin nak melamar Senah jadi isteri abang. Will you marry me, darling?" alih-alih soalan itu terkeluar dari mulut Sudin. Entah bila pula dia pandai berbahasa asing. Tiba-tiba boleh bertukar bahasa pulak.


"No way! I won’t!" Che Senah bersuara sambil bercekak pinggang dan menjerlung tajam wajah Sudin.


"But why? I love you so much sayang" ada genangan di kelopak mata Sudin. Hatinya sedikit tercalar dengan ungkapan Che Senah sebentar tadi.


Tiba-tiba wajah Che Senah berubah merona merah. Dengan senyuman yang amat manis dia menghampiri Sudin. Dia menggigit hujung jari telunjuknya yang runcing sambil mengoyang-goyangkan tubuhnya yang langsing ke kiri dan kanan. Dengan lagak malu-malu dia bersuara lirih..


"Yes abang Sudin.. I will" senyuman terukir lagi di bibir Che Senah yang merah.


"Tadi tu.. Senah saja nak tengok betul ke abang Sudin cinta mati kat Senah" Che Senah menyambung bicara.


Sepantas itu Sudin melonjak girang kerana cintanya berbalas kini. Dan kedua-dua mereka telah bersetuju untuk mengakhiri zaman bujang mereka. Majlis perkahwinan mereka berjalan lancar, tiada sebarang masalah. Ramai sanak saudara yang hadir memeriahkan majlis mereka. Semua ahli keluarga Sudin memujinya kerana Sudin telah bergelar suami kepada seorang wanita yang sangat cantik. Apatah lagi mereka tidak menyangka akan ada seorang gadis yang cantik akan jatuh cinta pada si Sudin. Senyuman sentiasa terukir di bibir Sudin. Bertambah lebar senyumnya apabila para tetamu mengatakan yang isterinya itu cantik.


*******


Sebulan berlalu. Namun tidak disangka rupa-rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan turun di tengahari. Begitulah rumahtangga Sudin dan Che Senah yang baru berusia tak sampai sebulan jagung. Che Senah membuat keputusan untuk meninggalkan Sudin. Sudin terkejut apabila isterinya meminta supaya dilepaskan. Walau air mata darah sekali pun yang mengalir namun isterinya tetap dengan keputusan untuk meninggalkannya. Sudin sebak.


"Senah sayang.. kenapa begitu cepat Senah tinggalkan abang? Kenapa Senah?" Sudin menyoal isterinya sambil bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan.


"Sebab Senah dah tak cintakan abang Sudin dan tak akan pernah cintakan abang lagi!" bentak Che Senah.


"Tapi kenapa? Sedangkan abang terlalu cintakan Senah. Senahlah rembulan abang dan Senah jugalah matahari abang" Sudin menatap wajah Senah dengan pandangan sayu.


"You are not my taste!" Che Senah mengalihkan pandangan keluar jendela kamarnya sambil memeluk tubuhnya membelakangi Sudin.



"Tapi.. abang tetap sayang kat Senah. Walaupun Senah marah atau herdik abang.. abang tetap tersenyum untuk Senah" air mata semakin deras membasahi pipi Sudin yang banyak parut jerawat.


"Ya.. memang abang sentiasa tersenyum pada Senah. Tak kira apa waktu pun samada dalam tidur atau jaga abang akan senyum je. Bila Senah marah pun senyum jugak.. tak serius langsung!" tingkah Che Senah lagi. Cinta memang dah tak ada lagi buat suaminya, Sudin.


"Senah.. tak kan tak ada rasa belas Senah untuk abang lagi sayang?" Sudin masih cuba merayu pada Che Senah.


"Baiklah. Biar Senah jelaskan kenapa Senah tak suka abang lagi"


Senah mengela nafas panjang sambil membuang pandang. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya memandang wajah Sudin.

"Senah tak suka abang sebab.. muka abang dahlah banyak parut jerawat. Dah tu jongang pulak. Semua orang ketawakan Senah termasuk keluarga dan kawan-kawan Senah. Senah malu bang.." Che Senah bersuara dengan nada berbaur hiba. Ada butiran jernih di pelupuk matanya.


"Biarlah Senah pergi membawa diri bang.. maafkan Senah. Abang jagalah diri baik-baik. Kalau ada jodoh nanti kita rujuk balik"



Senah mencapai bag pakaiannya di atas katil dan berlalu pergi meninggalkan suaminya. Sudin berlari menuju ke muka pintu untuk menghalang Che Senah daripada terus pergi meninggalkannya tapi tiba-tiba..BEDEBUK!!! Sudin jatuh kerana kakinya tersandung pada bendul pintu.


"Aduh!... Senah jangan tinggalkan abang. Abang Sudin cinta mati pada Senah!" laung si Sudin.


"Hei.. Sudin! Kenapa dengan kamu ni?" soal Mak Yam dengan wajah yang terpinga-pinga.


"Mak.. Senah mak. Senah telah pergi tinggalkan saya mak" Sudin bersuara dengan nada yang begitu sayu.


"Senah? Senah yang mana pulak ni?" Mak Yam menyoal lagi.


"Senah isteri sayalah mak.. Senah mana lagi" jawab Sudin sambil memegang kedua-dua tangan ibunya.


"Hei! Bila masa pulak kamu berbini Sudin?!" jerkah Mak Yam pada anak tunggalnya itu.


"Ehh.. tapi mak.. " Sudin menjawap sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"Haa.. tulah! Tidur lagi senja-senja ni kan dah menggigau. Sudah! Pergi mandi. Dah nak masuk waktu maghrib ni. Nanti kita solat sama-sama. Lepas tu kita makan malam" perintah Mak Yam membuatkan Sudin kembali ke alam nyata. Rupa-rupa dia terlena sewaktu berbaring di sofa panjang dan Senah telah hadir dalam mimpinya. Sudin tersenyum sendirian sambil jemarinya meraba pipinya yang berjerawat. Sudin memandang sekilas pada bingkai cermin di dinding. Kini baru dia sedar bahawa dia adalah seorang yang jongang. Walau dalam keadaan apa pun dia tetap tersenyum.. itulah istimewanya Sudin. Seketika Sudin berlalu pergi ke kamar tidurnya. Dia mencapai sehelai tuala dan terus berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri memandangkan azan maghrib telah berkumandang di masjid yang terletak berhampiran dengan rumahnya.


*** TAMAT ***


Kepada semua pembaca sudilah kiranya memberikan komen ke atas cerpen saya yang pertama ni. Terima kasih kerana sudi membacanya
posted by Penulisan2u @ 10:45 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
23 Comments:
  • At 12/3/09 11:54 PTG, Blogger nadiah_abdllah said…

    hahahahaha....
    penat aku bace...

     

  • At 13/3/09 12:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cerita dh ok ,
    tp bila ending cm mengecewakan sikit la .
    but anyway , nice try .

     

  • At 13/3/09 6:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lawak la...
    mimpi rupanya...
    tapi x kan muka sudin teruk macam tu..
    huhu...
    ---nnin87@gmail.com---

     

  • At 13/3/09 11:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahahah...
    percubaan yang bagus...
    boleh tahan.

     

  • At 14/3/09 3:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    penat aku baca dowh.
    haha
    alek2 lawak.
    sabo je la.
    tapi cool.

     

  • At 14/3/09 8:41 PG, Blogger aqilah said…

    gelak akak baca komen2 kat atas ni. he................

     

  • At 14/3/09 11:07 PG, Blogger nurhakim said…

    klau blh bt smbngan cte nie...
    nk thu gak pe jdi kat sudin ngn senah 2 lpas nie...hihii

     

  • At 14/3/09 11:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hakk3..lwak r citer nieh..tgh syok2 feeling tetibe abis lak..ptong steam tol..

     

  • At 14/3/09 12:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahahahaha
    lawak giler citer nie....
    mati2 aku ngat sudin ngn senah da pisah....
    upe-upeye mimpi semate2...
    hhaaahha...
    best...
    t wat citer klaka ag ea...

     

  • At 15/3/09 6:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aduh...gila la...ingat kan si sudin tu betul2 kena tinggal...hampeh...hahaha..anyway best la cite nie...lucu sgat hehe...

     

  • At 15/3/09 10:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aku dh agak...msti mimpinya..huhu..i'm right :)

     

  • At 16/3/09 11:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lawakla...
    hahaha...

     

  • At 16/3/09 1:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima kasih atas komen2 anda... saya suka. Insya Allah akan saya usahakan untuk cerita kelakar yang lain ya...

    cheers,
    atie ameen

     

  • At 16/3/09 3:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    boring, panjang giler tapi macam takde tujuan.

     

  • At 21/3/09 3:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahhahhaa...awat hodoh sgt muka sudin ni..
    tp xpee..kot2 dia dpt bini lawa mna tau kan..ahakzz..
    ingt xdak ka org mau muka xlawa pun..
    kdg2 pmpuan xpndg rupa paras gak asl duit byk..ahahz..

    apa2 pun ble tahan cite ni..:)>-

    ~aku insan biasa~

     

  • At 29/3/09 1:31 PG, Blogger umairah said…

    hahhahaa...
    lawak gile cte ni..
    patut r senah tergelak bl pandang mke sudin...
    lau jongang leh pakai braces..
    janji hati baik..

     

  • At 3/4/09 10:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hihihihi..
    kelakar sungguh..
    ape2 pun..nice story..
    gud job..
    teruskan usaha anda..

     

  • At 5/4/09 3:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    awal2 da agak mimpi je...
    bler kata mata berat2 dan berat da dpt tgkp tu mimpi je....

    anyway its kinda fun...

     

  • At 7/4/09 12:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bosan..
    usaha lagi.

     

  • At 7/4/09 2:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice try k

     

  • At 7/4/09 2:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice try k...hehehehe

     

  • At 8/4/09 4:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kewl... i suka ..i suka!

     

  • At 8/4/09 5:07 PTG, Anonymous ina ance said…

    bez gak..huhu..suspen je..anyway,gd job..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group