Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kelihatan seorang kanak-kanak sedang berlari-lari sambil mengheret basikalnya yang beroda empat.Umurnya mungkin dalam lingkungan lima tahun.Nampaknya dia terlalu riang menuju ke rumah jirannya.Menyanyi-nyanyi lagi.Sesampainya dia di rumah itu..
"Kak Long!!Kak Long!!Jom main kat luar!!" dia berlari-lari ke arah pintu rumah itu. Tiba-tiba,seorang wanita menjenguk dari dalam.Dia tersenyum apabila terlihat kelibat kanak-kanak tadi. "Afiq,Kak Long tidur lagilah..Nanti-nanti pukul enam dia keluar ya!"Afiq memuncungkan mulutnya tanda kecewa. "Acik janji eh suruh Kak Long keluar nanti.Pukul enam Afiq datang sini tau",dia berlalu sambil mengheret basikal kecilnya.Acik Min hanya menggeleng melihat telatahnya.
"Hm..bangun pun dia.Kak Long,tadi Afiq cari masa Kak Long tidur",Acik Min melihat-lihat jam di dinding.Sudah pukul lima. "Pergi mandi,lepas tu makan",Hazirah hanya mendengar dengan matanya yang masih tertutup.Dia menguap.Dia mengambil tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. "Kak Long,cepatlah mandi tu!Orang suruh mandi dia main air!"Acik Min mendengus dan menjengah ke bilik air.Dia memandang Hazirah tajam.Geram.Hazirah hanya tersengih-sengih menunjukkan giginya yang rongak. "Dah.Pergi pakai baju.Main air je tau.Asal masuk bilik air,mesti macam ni.Hish.."Acik Min membebel lagi.Hazirah lekas-lekas berlari keluar dari situ sebelum dibebel lebih banyak lagi.Haish..berdesing telinga mendengar. "Ibu,Afiq nak datang sini pukul berapa?"Hazirah bercakap sambil bersusah payah memakai bajunya sendiri. "Pukul enam.Hah,Kak Long tu cepatlah.Dah pukul 5.45 dah ni.." "Ok",usai memakai baju,Hazirah terus menjamah makanan yang terhidang.
Sambil duduk di buaian di rumah,Acik Min tersenyum melihat telatah anaknya bermain bersama Afiq.Hazirah bermain bersama Afiq dengan gembira disertai gelak-tawa.Kanak-kanak begitulah..Tiada masalah yang difikirkan mereka.
"Em..Afiq.Kenapa Afiq tak panggil Diana sekali?"Afiq mengeluarkan salah seekor arnab dari kandang di depan rumahnya.Hazirah pun membelai bulu arnab yang dipeluk Afiq. "Sebab..sebab..Diana tu manja.Suka nangis.Tak sukalah kawan dengan dia." "Oh..Habis tu,kenapa pulak Afiq kawan dengan Kak Long?Kak Long pun nangis jugak",mereka duduk mencangkung menghadap kandang arnab tadi. "Kak Long nangis kadang-kadang je.Bila jatuh ke..baru Kak Long nangis.Sebab tu la Afiq suka Kak Long.Tapi kalau Diana tu,Afiq kacau sikit je dah nangis",Hazirah hanya memandang Afiq tanpa perasaan.Kemudian,mereka sama-sama tersenyum.
---------------------------------
"Kak Long!Kak Long!Macam mana ni?Aku tak siap kerja sekolah lagilah.Malam tadi tengok bola sampai tak ingat langsung fasal ‘add math’.Aduh.."Afiq buntu. "Hah,kau ngadu kat aku ni pun macamlah aku boleh tolong"Hazirah buat muka slamber tanpa perasaan. "Hahaha!!Padan muka kau!Sape suruh tengok bola?Tengok macam kitorang ni.Mana tengok bola pun.Boleh siap kerja tau!"Mira menyampuk dan Afiq hanya mencebik.Hazirah pula selalu saja memerhatikan mereka.Alah,biarkan je.Kalau dia masuk campur,nanti lagi teruk agaknya.Hazirah membetulkan tudung apabila dia rasa tidak selesa dengan keadaan tudungnya. "Hei,pompuan!Kau ingat kau tu bagus sangat ke?Kau ni kenapa?Selalu je nak cari gaduh dengan aku la!Nasib baik kau jiran aku,kalau tak memang aku dah lempang kau.."Afiq dah mula marah.Mira hanya mencebik dan menjelirkan lidah.Mira dengan gediknya mengeluarkan bedak padatnya dari poket lalu menempelkan bedak di muka. "Hei,hei.Korang ni kan..Gaduh,gaduh,gaduh..Tak ada kerja lain agaknya ya?Eh,korang nak tahu sesuatu tak?"Hazirah berwajah teruja.Mira dan Afiq memandang. "Tahu apa?"serentak mereka membuka mulut.Hazirah tertawa. "Nak tahu ya?Em..orang tua dulu-dulu cakap,kalau selalu gaduh,nanti esok-esok.." "..kahwin!"belum sempat Hazirah menghabiskan ayatnya,Mira menyambung dan memandang Hazirah tajam.Dia sudah tahu ayat yang selalu digunakan Hazirah jika dia bergaduh dengan Afiq dan Afiq pula,membuat isyarat yang dia hampir termuntah. "Tak sanggup aku kahwin dengan dialah!Baik aku kahwin dengan Kak Long je"Afiq buat muka kegelian. "Macamlah aku nak kat kau!Eh,eh bas dah datanglah",kata Hazirah.Afiq hanya tergelak dan mereka menuju ke arah bas untuk ke sekolah.
Di sekolah,mereka duduk di dalam kelas yang berlainan.Afiq dan Mira di kelas aliran Akaun.Hazirah pula aliran Sains Tulen.
"Ergh,susahnya mende ni..Bengang aku dibuatnya!"Hazirah merungut dalam kegeraman. "Eh,Irah.Kau buat apa,ha?Bila pulak cikgu suruh beli buku ‘practical’ Bio ni?"Nisa membelek-belek buku ‘practical’ tu. "Hish..jangan kacaulah.Aku buat ni untuk tuisyen la.."Hazirah bengang. "Err..Kau tuisyen ke??"Nisa berwajah pelik. "Ye la..Nape pulak?Aku tak boleh tuisyen ke?" "Tak de la..Bukan ke kau kata kau tak nak tuisyen?Kau kata kau malas kan?" "Hm..Aku pun benci jugak.Sebenarnya,pak cik aku la.Dia datang rumah,lepas tu ternampak aku punya ‘result’ atas meja.’Result’ aku tu dah lah teruk.Malu woo.." "Lepas tu?"Nisa dah tersengih-sengih. "Dia paksa aku tuisyen dengan dia la.Ergh.." "Alah..Tak apalah.Kau pun memang patut pergi tisyen.Haha!!"Hazirah hanya buat-buat bodoh dengan jawapan kawannya tu.Dalam hati,"Cis,teruk punya kawan."
Afiq tergopoh-gapah menyiapkan kerja ‘add math’nya.Kebetulan cikgu Akaun mereka tiada kerana ada urusan di luar sekolah.Sampai bersepah-sepah meja tulis dibuatnya.Kelam-kabut.Cari kalkulator la..Cari kertas graf lagi..Aduhai kesian..
"Arrgh!!"Afiq mengusutkan rambutnya.Bengang la tu. "Hoi!!Diamlah!Aku nak tidur pun tak senang.Kabut la kau ni.."kawannya Luqman terkejut dengan jeritan tadi.Teruk betullah. "Aku tak siap lagi kerja ‘add math’.Kau dah siap ke?"Afiq kelam-kabut melukis graf pada kertasnya. "Belum",jawab Luqman sambil menggeliat membetulkan uratnya. "Weh,bukan ke cikgu suruh hantar hari ni?Dahlah Pn.Nina tu macam singa nak makan orang bila dia marah",pen Afiq tercampak mengenai kepala Luqman. "Sakit la woi!" "Hahha!!Sori bang.Hehe.."Afiq tersengih menampakkan gigi putih berseri.Hehe.. "Hah?!Betul ke kena hantar hari ni?Kau jangan main-main Fiq.Aku dahlah kerja hari tu pun tak buat lagi. "Betullah..Kau tengok keadaan aku sekarang.Kau rasa aku ada masa ke nak kenakan kau?" "Erk.."Luqman pun segera mengeluarkan bukunya.Bersedia untuk berjuang bersama Afiq menyiapkan ‘add math’.Kedua-duanya kelam-kabut menyiapkan kerja masing-masing.
Mira pula dari jauh melihat Afiq bertungkus-lumus menyiapkan kerjanya sambil menempel bedak di muka.Hahaha!!Padan dengan muka Afiq tu.Tiba-tiba datang niat jahatnya untuk mengganggu ketenteraman Afiq. Dia berjalan ke arah Afiq dengan langkah gaya ala-ala model.Di belakang Afiq,Mira baru hendak membuka mulut untuk melancarkan serangannya,Pn.Nina dah pun sampai.Mira menhentakkan kaki dan terus kembali ke tempat duduk. "Alamak,habislah aku!"Luqman berbisik pada Afiq. "Alhamdulillah.."Afiq menjawab. "Eh,asal kau cakap cam tu?Kejamnya kau ni.."Luqman buat-buat sedih.Dia seperti cacing kepanasan.Serba tak kena.Duduk tak kena,berdiri tak kena. "Aku dah siap.Bukan aku cakap kat kau pun." "Oh.." "Bangun!!Assalamualaikum Pn.Nina"salam ketua kelas diikuti oleh para pelajar 5 Ceria. "Waalaikumussalam..Duduk semua dan hantar kerja minggu lepas.Siapa yang tak siap sila berdiri di atas kerusi.Kalau tak puas hati,saya maklumkan pada guru disiplin!"kata Pn.Nina dengan tegas dan mampu membuatkan semua kecut perut.Erm..tahu sajalah nasib Luqman.Dia terpaksa berdiri di atas kerusi bersama dengan tiga orang pelajar lain lagi.Mira melihat ke arah Afiq dengan rasa tak puas hati.Apa yang membuatkan dia benci sangat dengan Afiq pun tak tahulah.
------------------------------
"Kak Long,hari ni kau balik dengan Afiq je la.Aku ada ‘date’ la",Mira buat malu-malu kucing.Tergedik-gedik,pusing-pusing,menari-nari pulak.Afiq memandang dengan rasa menyampah. "Ye la,ye la..Hish..Kalau ada apa-apa aku tak nak tanggung",mereka turun dari bas setelah sampai. "Err..kau tolong bawa balik aku punya beg ni tau",Mira menyerahkan beg kertasnya kepada Hazirah. "Ok.."mengada betullah minah ni.Mira terus berlalu.Afiq dan Hazirah ke lorong kanan,dia ke lorong kiri.
Afiq dan Hazirah berjalan sambil bergurau senda dan berbual tentang sekolah.Fasal Mira pun semestinya.Tapi,selalunya Afiqlah yang meluahkan rasa tak puas hatinya terhadap perangai Mira kepada Hazirah.Minah tu gediklah,control cunlah..macam-macam lagilah.Hazirah hanya jawab,"No komen".
----------------------------------
"Hai..Mana Afiq dengan Mira?"Luqman menegur Hazirah sebaik saja Hazirah lalu di depannya.Dia tersenyum manis. "Afiq ‘stay back’ hari ni.Dia ada latihan bola sepak kat sekolah.Mira pulak tak habis-habis berkepit dengan pak we dia yang tak hensem tu",Luqman berjalan beriringan di sebelah kanan Hazirah.Mereka singgah di kedai buku berdekatan pondok menunggu bas. "Em..’jealous’ ke?"Luqman cuba bergurau. "Apasal pulak aku nak ‘jealous’?" "Sebab kau tak de pak we..",Hazirah mencebik.Hish.. "Tak de rasa apa-apa pun la..",Hazirah berjalan terus ke depan. "Kau kenapa ikut aku ni?Pergilah balik dulu",Hazirah seperti tidak menyenangi dan berasa serba salah atas perbuatan Luqman. "Tak pe la.Aku saja nak temankan kau.Takkan tak boleh kot..". "Tapi aku lama kat sini.Kau tak payahlah tunggu". "Alah..aku tau kau saja nak mengelak daripada aku kan..",Luqman membelek-belek buku latihan Sejarah di kedai tersebut. "Kenapa pulak aku nak mengelak daripada kau?Aku tak ada buat salah kat kau pun..",Hazirah tertanya-tanya apa sebab untuk dia mengelak daripada Luqman. "Memang aku suka kat kau.Tapi,tak bermaksud aku nak paksa kau suka kat aku balik",mata Luqman masih tertancap pada buku latihan Sejarah tadi. "Tapi,aku ada cakap ke yang kau paksa aku?"Hazirah memandang Luqman.Dia sudah bersedia untuk membayar semua buku-buku yang telah dipilih.Luqman meletakkan kembali buku tadi dan mengikut Hazirah ke kaunter bayaran.
"Kau ni tak ada perasaan ke?Aku yang hensem ni pun kau tak terpikat.Hehe.." "Hish..perasan betul",Hazirah hanya tersenyum. "Macam mana agaknya cirri-ciri orang yang kau suka?"Hazirah mengerutkan muka.Soalan yang ditanya oleh Luqman agak sensitif. "Kenapa kau tanya macam tu?"Luqman masih setia di sisi Hazirah. "Kau terasa ke?Kalau terasa tak apalah". "Bukan.Aku rasa pelik sebab aku fikir budak macam kau ni takkan tanya benda-benda macam ni",Hazirah tersenyum dan melihat langit. "Hehe..Oklah,sekarang kau cakap la macam mana baru kau boleh suka kat orang?" "Maksud kau,suka yang macam mana?Kat kawan?Mak?Ayah?"Hazirah sengaja mengusik Luqman. "Hish..buat-buat tak faham pulak..",Luqman membuat ekspresi muka yang pelik dan agak kelakar.Hazirah ketawa. "Em..orang yang mula-mula menghantar rombongan meminang ke rumah aku,itulah orang yang akan aku suka dan sayang nanti..",Luqman hanya memandang hairan.Irah ni tak ada perasaan ke? "Lagi satu,dia mestilah tak merokok,kelakar dan paling penting mak aku terima dia",muka Hazirah kemerah-merahan.Malu barangkali. "Ok.Aku terima cabaran kau tu!"tiba-tiba Luqman memekik.Hazirah memandang ke kiri dan kanan.Hish..orang lain tengoklah.Malunya.. "Hei,bila pulak aku cabar kau?"Hazirah memperlahankan suaranya. "Tadi."
------------------------------
Afiq merenung ke luar tingkap.Angin malam menampar lembut pipinya.Sungguh nyaman keadaan di luar.Dia melihat jam tangannya.Baru pukul 9.00 malam.Awal lagi.Dia keluar untuk menikmati angin malam.Duduk di bangku di luar rumahnya memang seronok.Kadang-kadang Mira dan Hazirah ada bersamanya duduk di bangku tersebut.Dia teringat kenangannya semasa kecil bersama Hazirah di bangku itu.Sudah berbelas tahun dia berkawan dengan Hazirah.Mira pula baru berpindah ke sini semasa mereka dalam tingkatan tiga.Setahun selepas jirannya yang bernama Diana tu pindah.Sebenarnya,dia memang menyimpan perasaan sayang pada Hazirah.Namun,dia terpaksa memendamkannya kerana takut ditolak atas alasan Hazirah hanya menganggapnya sebagai kawan.Dia tersenyum sendirian.Tiba-tiba,’handphone’nya berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. "Hoi,apa sengih-sengih ha?Ingat kat mak we ke?"Afiq tersenyum. "Mana kau tau aku tersengih?" "Aku ada kat atas ni la",Afiq memandang ke balkoni rumah Hazirah.Hazirah sedang melambaikan tangan padanya sambil tersenyum.Dia membalas lambaian Hazirah.Mesej sampai lagi.
"Oh..kau mengorat ek?"Afiq mengerutkan dahinya. "Ikut suka akulah nak mengorat pun.Bukan kau susah!" "Kau ni kalau tak marah aku tak boleh ke?" "Engkau la yang selalu buat aku sakit hati",selepas itu tiada lagi mesej daripada Mira.Afiq ternampak kelibat Mira masuk ke dalam rumah.
"Afiq,ada bulan penuh la",Afiq menerima mesej daripada Hazirah.Dia mencari-cari bulan penuh yang dikatakan Hazirah.Ya,memang ada bulan penuh di dada langit.Afiq tersenyum.Tak sangka boleh tengok bersama Hazirah.Dia merenung lama sambil mengimbau kembali kenangannya bersama Hazirah.
Hazirah menangis dan meraung semahu-mahunya apabila basikal kecil Afiq menghimpit kakinya.Basikal itu jatuh kerana Afiq tidak dapat mengimbangi basikal itu semasa dibonceng oleh Hazirah.Afiq sempat melompat daripada basikal sebelum tumbang.Cuma Hazirah saja yang tidak tahu cara untuk menyelamatkan dirinya.Afiq mengangkat basikalnya dan letak di bangku di depan rumahnya.Selepas itu,dia bersusah-payah menggendong Hazirah pulang ke rumahnya. "Acik Min!Acik Min!!Kak Long jatuh!"Acik Min keluar dari rumah lalu mengucap panjang melihat keadaan anaknya,Hazirah.Afiq mendudukkan Hazirah di atas sofa.Dia melihat kesan-kesan air mata yang ada pada wajah Hazirah.Hazirah sudah berhenti menangis tapi masih tersedu-sedu. "Kak Long,janganlah nangis.Afiq mintak maaf tau.."Hazirah hanya diam mendengar dan mengangguk tanda menerima maaf Afiq.Acik Min kembali untuk membawa Hazirah ke klinik.Afiq mahu ikut tapi ditegah oleh mamanya,Acik Rina.
Keesokannya,Afiq dan mamanya datang ke rumah Hazirah untuk melawat.Hazirah hanya tersenyum menerima kedatangan tetamunya itu. "Afiq,Kak Long tak boleh mainlah hari ni.Kaki sakit.Tengok ni,biru..",Hazirah menunjukkan betisnya yang lebam akibat kejadian semalam. "Eeii..mesti sakit kan?" "Mestilah.Cuba Afiq pulak kena",Hazirah bersungguh-sungguh mempamerkan rasa sakitnya itu kepada Afiq. "Alah..Kak Long tak boleh main dengan Afiq lagi..",Hazirah hampir-hampir menangis. "Tak pe,Afiq ada bawa mainan.Baru beli tadi.Jomlah main.Kita main kat rumah Kak Long je",Hazirah kembali ceria apabila Afiq mempamerkan alat mainan ‘Lego’ padanya.
"Afiq,masuk!Dah pukul 11 malam dah ni.Tidur!",Afiq tersentak.Terkejut daripada lamunan.Mama Afiq sudah memanggil dari dalam.Dia bangun dan meninjau ke balkoni rumah Hazirah.Dia berlalu untuk masuk ke dalam setelah pasti Hazirah tiada di situ. "Good Night,my lovely friend",dia menghantar mesej kepada Hazirah.
--------------------------------
"Engkau ni Mira,buat malu je la!!"kedengaran suara Kak Atie.Sungguh lantang. "Eh,Suka hati akulah!Kau tak susah kan?!"Mira melawan. "Hei,kau senanglah cakap.Tapi,aku yang tanggung malu tau.Dahlah mak ayah dah tak de.Jiran-jiran semua cakap aku tak pandai jaga adik!"Kak Atie marah sungguh nampaknya.Mira mendengus marah lalu menyebak rambutnya ke belakang. "Aku keluar dengan kawan je.Itu pun salah ke?" "Oh,kawan.Habis tu,aku nampak kau pegang tangan budak lelaki tu?Kawan lagi ke namanya.Kau ni kan,kalau nak ber’couple’ aku tak kisah.Tapi ni dah sampai tahap pegang-pegang tangan.Dah lebih la tu",Kak Atie membesarkan matanya memandang Mira.Mira senyap. "Alah..orang dah putus dah pun.Jangan risau",dia memandang Kak Atie sekilas lalu berlari keluar dari rumah.
Kedengaran suara Hazirah dan Afiq berbual.Mereka sedang duduk bersantai di atas buaian di halaman rumah Hazirah.Mira memandang ke arah mereka.Melihat mereka ketawa bersama,timbul rasa cemburu di hati.Kenapa agaknya Afiq tak melayan aku seperti Hazirah?Dia selalu tertanya-tanya benda yang sama pada diri sendiri.Dia hanya duduk di bangku di depan rumah Afiq.
"Eh,Kak Long.Kenapa agaknya tu?Monyok je dia?"Afiq menuding jari ke arah Mira. "Mana aku tahu.Em..apa kata kalau kita pergi tanya dia,nak tak?"Hazirah mengalihkan pandangan daripada manik yang dijahitnya ke arah Afiq. "Err..dia tak marah ke aku masuk campur hal dia?"Afiq masih memandang Mira. "Kau ni selalu macam tu.Cubalah berbaik dengan dia.Tak salah pun..",Afiq memandang Hazirah dan berfikir sejenak.Kemudian,dia mengangguk.Hazirah tersenyum.Mereka sama-sama bangun dari situ dan menuju ke arah Mira.
Bunyi orang berjalan di belakang menyedarkan Mira daripada lamunan dan menyebabkan dia berpaling ke arah bunyi tersebut.Mukanya masam.Tiada sebarang tanda-tanda ceria yang terlihat di wajahnya.Hazirah dan Afiq pandang-memandang antara satu sama lain. "Mira,kau kenapa?Masam je aku tengok",muka Afiq tiada perasaan.Dia dan Hazirah duduk di bangku yang sama dengan Mira. "Kau tanya aku macam tak de perasaan je.Em..tak pe la.Aku tak de ‘mood’ nak gaduh dengan kau hari ni",suara Mira mendatar. "Em..sebenarnya Afiq ni nak berbaik dengan kau",Hazirah tersenyum memandang Afiq dan Mira.Afiq juga tersenyum.Senyum ikhlas. "Hm..aku pun nak mintak maaf kat kau",Afiq menghulurkan tangan kepada Mira.Mira hanya memandang dan tersenyum lalu menghulurkan tangan. "Ehem..ehem..bukan muhrim.Jaga tu",Hazirah berdehem.Mira dan Afiq tersengih dan menjatuhkan tangan.Tak jadi bersalam.Hehe..Kemudian,Mira menceritakan sebab-sebab dia dimarah oleh Kak Atie dan mereka berbual-bual dengan gembira.Tiada lagi pertelingkahan yang terselit antara mereka.
---------------------------
Empat tahun kemudian..
Mira,Afiq dan Hazirah sentiasa ceria dan kecoh di dalam butik pengantin mereka.Mereka bertiga sudah setahun membuka butik tersebut atas bantuan Acik Min dan ayah Hazirah.Ayah Hazirah sudah tiga tahun pulang dari London bersama Haziq,abang Hazirah.Keputusan SPM Afiq dan Mira tidak berapa baik berbanding Hazirah.Tetapi,minat Hazirah terhadap bidang jahitan membuatkan dia enggan menyambung pelajarannya.Mira pula sebagai mak andam dalam butik tersebut.
"Hai,semua!"si kacak datang untuk menjenguk adiknya.Mira tersenyum-senyum malu. "Mira,sayangku..Haha..Kita kahwin jom.Esok abang hantar rombongan ke rumah Mira.Ok tak Irah?Hehe..",muka Mira merona merah.Dia tersenyum. "Irah ikut je",Hazirah menjeling Mira yang malu-malu. "Hei!Siapa yang nak kahwin ni?Aku tak ketinggalan kan?"Afiq membelek-belek kameranya untuk memastikan tiada masalah untuk digunakan esok semasa penggambaran dalam majlis perkahwinan salah seorang pelanggannya. "Kitorang la.Kau ni macam tak tahu pulak.Mira,Mira..Nanti kita pakai baju yang warna putih ni la.Cantik woo..Mesti lawa Mira pakai ni",Haziq menjawab tanpa malu-malu sambil meneliti baju yang dikatakannya.Afiq tersenyum-senyum melihat telatah pemuda 27 tahun itu.Hazirah hanya menggeleng-geleng.
"Assalamualikum,hello..Oh,ayah!Apa?Ha?!Siapa?Tak tahu?Em..tak payah terima lagilah.Nanti Kak Long balik bincang dengan ayah dan ibu",Hazirah menjawab panggilan yang diterimanya. "Irah,kenapa?"Haziq bertanya. "Abang,jom balik.Ibu dan ayah nak bincang sesuatu la.Mira dengan Afiq boleh jaga kedai kan?Aku mintak maaf,terpaksa balik.Tak tahu datang balik ke tak",Hazirah nampak tergesa-gesa.Afiq dan Mira hanya mengangguk.Kebetulan Kak Nani,penjaga kedai mengambil cuti kerana demam.
"Ibu,kenapa Kak Long tak tahu apa-apa pun?Tiba-tiba je.Dahlah tak kenal",Hazirah tenang. "Wakil dia kata dah kenal",ayah Hazirah menjawab. "Ha?Kenal?Oh,Irah ada pak we ek?Senyap-senyap je..",Haziq teruja mahu tahu. "Mana ada la.Irah tak kawan dengan lelaki lain selain Afiq la..",Hazirah ligat berfikir siapa yang lakukan perkara itu. "Entah-entah Afiq suruh mak dia datang meminang Irah kot..",Haziq menjeling manja. "Err..tak mungkin,tak mungkin..",Hazirah bersungguh-sungguh menafikan. "Siapa ek?"Hazirah berfikir lagi.
--------------------------------
Setahun kemudian..
"Selamat pengantin baru!!"Hazirah dan Mira berpelukan antara satu sama lain. "Hehe..Abang,sukalah tu kan?"Hazirah mencubit pipi abangnya.Haziq tersengih-sengih macam kerang busuk. "Hm..dia tu,bila lagi?"Mira menjeling Hazirah dan pemuda di sebelahnya. "Esok",kata Luqman bergurau.Hazirah memandang pelik dan ketawa. "Afiq,tak de yang berkenan lagi ke?"Haziq bertanya kepada Afiq pula. "Hm..macam nilah kita.Bunga dah dipetik orang.Hehe..",Afiq bernada gurauan.Sebenarnya,memang dia serius.Mira faham apa yang dikatakan Afiq.Memang Afiq ada menceritakan padanya tentang perasaannya pada Hazirah.Dia hanya tersenyum.Yang lainnya hanya tergelak dengan jawapan Afiq.
"Hubungan kita hanya sebagai sahabat nampaknya,Hazirah",Afiq berkata di dalam hati.Dia tersenyum.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
olohh,,
biar aku jew yg kawen ngn afiq!!
ngeh3...