Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku mengatur langkah menuju lif. Mesyuarat bakal berlangsung dalam 15 minit lagi. Mujur aku tidak terlewat. Hampir sahaja aku terlewat ke pejabat hari ini kerana keretaku mengalami kerosakan di tengah jalan menuju kompleks E kerajaan persekutuan Putrajaya. Mujur juga Rashidah membantuku dengan menaiki kereta bersamanya. Pagi Isnin sudah bermula. A blue monday keluhku. Ramai staf dan pegawai yang sedang menunggu lif bersama-sama. Rashidah masih belum sampai sejak menurunkan aku di hadapan bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mencari parkir untuk meletakkan kenderaan katanya. Aku membetulkan tas tangan di bahu kiri yang hampir lolos
"Zara?" ada suara menyapa "Err??" aku tergamam. Mencari arah suara Memandang lelaki di sebelahku ini. Dia? "Fatimah Azzahra Ahmad?" "Thaqif?" pertanyaan di balas dengan pertanyaan. "Lama tak jumpa. Kerja kat sini ke Zara?" Aku ketawa kecil. Mengangguk tanda mengiyakan pertanyaanya. "Kecilnya dunia" "Ya.." Thaqif memandangku seraya tersenyum. Sebaik sahaja Thaqif menghabiskan ayatnya yang terakhir, pintu lif turut terbuka.
Damai. Itu perkataan paling tepat tatkala aku memandang wajah polos seorang lelaki yang berdiri di hadapanku ini. Namun, aku malu sendiri bila mata kami saling bertaut. Aduhai, perasaan apakah ini, wahai hati? Suka kah? Atau.. cinta pandang pertama? Aku kegelian sendirian. Dalam ruang lif yang terhad ini hatiku masih mengusik nakal. Mana mungkin aku jatuh cinta. Thaqif hari ini seperti Thaqif yang dahulu. Pendiam dan tidak banyak bercakap. Lif bergerak ke tingkat 6. aku masih tidak dapat menebak tujuannya ke sini. Destinasinya juga sama denganku, iaitu aras 6- Jabatan Khidmat Pengurusan. Ringan mulutku bertanya.
"Ada urusan apa, Thaqif ke sini?" "Mesyuarat persetujuan tender dengan jabatan khidmat pengurusan" "Really?" aku sedikit terkejut. Ah, gadis cuai. Kelmarin lagi aku sudah dimaklumkan dengan kedatangan jurutera komputer dan beberapa eksekutif dari BMC holdings yang berjaya mendapatkan tender jabatanku. "So, that’s mean, you are from BMC holdings?" "Exactly" sahutnya. "Rupanya kita bakal bekerjasama" Thaqif sedikit terkejut apabila memberitahunya bahawa akulah yang akan menyertai mesyuarat tersebut sebentar lagi. Aku lihat matanya bersinar memandangku. Senyuman tidak lekang dari bibir Thaqif apabila pandangannya menyapa mataku. Aku tidak tahu apa maknanya. Walaupun pandangan mata itu kejap namun aku berdebar-debar. "What a small world"
Bahkan aku tidak menyangka akan bertemunya sekali lagi walaupun masa telah memisahkan kami dari kenangan ketika bersekolah dahulu. 14 tahun berlalu, namun takdir menemukan aku dan Thaqif semula apabila syarikatnya dan jabatanku di kementerian pelajaran bekerjasama.
Mataku merenung paparan monitor computer di hadapanku. Kosong ku rasakan. Aku masih dibayangi kenangan lampau. Aduhai, zara. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Kadang kala aku masih dihantui rasa kecewa. Hati, tabahlah! Aku cuba memujuk lara yang bermukim di hati sendiri. Dua minggu yang lepas, Tuhan telah menemukan aku dengan Thaqif semula setelah belasan tahun tidak berjumpa. Kali terakhir ketika 1993 semasa kami bersekolah di Sekolah Rendah Seksyen 18 di Shah Alam. Sejak menamatkan pendidikan rendah, aku tidak menemuinya. Yang aku tahu, Thaqif mengambil aliran tahfiz di Negeri Sembilan. Tidak pula aku tahu sekolah yang mana. Wah, Seorang jurutera computer yang hafaz quran! Justeru rasa kagumku terhadapnya bertambah.
"zara, tadi aku jumpa Thaqif. Bincang fasal projek yang kita nak laksanakan dengan syarikat dia tempoh hari.."
"oh? Kat mana kau jumpa? aku rasa kita perlu buat mesyuarat semula esok antara staf. Untuk kaji semula kos projek" mataku masih tertancap pada monitor. Tanganku bermain-main dengan tetikus.
"hari tu kan kita dah setuju untuk laksanakan projek ICT lestari? Kos projek pun dah settle." Rashidah memandangku kehairanan. Wajah bujur sirihnya berkerut meminta kepastian. Aku ketawa geli hati apabila aku sebenarnya terlupa tentang persetujuan projek ICT lestari tersebut. Aduhai hati, engkau gugupkah bila nama Thaqif disebut? Mana mungkin. Nafi hatiku. "Zara! Aku serius ni!" rajuk wanita beranak satu ini usah di biarkan. "ya, ya shidah, aku terlupa..maaf ya.." aku cuba memujuknya dalam sisa tawa. Muncungnya dipanjangkan. Tanda tidak puas hati dengan ragamku. Akhir-akhir ini, aku lihat sensitifnya luar dari biasa. Sama seperti ketika mengandungkan anak pertama dahulu. "shidah..." seruku lembut. "shidah akhir-akhir ni sensitiflah.emm..mengandung ke?" tebakku, mengalihkan topik perbualan. Mata rashidah membulat memanah anak mataku. Pipinya serta merta merona merah. "kita sama-sama pergi check ya nanti? hehe" usikku. Rashidah menggumam namun akhirnya, dia mengukir sebaris senyuman paling manis buat aku, sahabatnya. "Aku sensitif ya zara?"
Pagi Ahad yang tenang ini sesungguhnya tidak dapat mententeramkan hatiku yang berlibang libu dan dipenuhi rasa serba salah yang teramat. Aku membuang pandang keluar tingkap. Menangkap figura fizikal dan mencari erti pembangunan sebenar. Bahawa aku wanita yang hidup dalam arus pemodenan. Salahkah Zara untuk hidup sendiri mak? Nafas ku hela berat. Apa lagi yang engkau inginkan Zara? Gumamku, bermonolog sendirian. Umurku sudah menginjak ke 26 tahun. Pertanyaan daripada emak membuat aku takut untuk terus hidup dalam realiti yang menyakitkan.
"Zara pernah kecewa mak, zara tak mahu pisang berbuah dua tiga kali" tegasku dalam sindiran pada bicaraku ketika berbual dengan emak melalui telefon. "Habis, sampai bila nak hidup sendiri?" "Sampai bila-bila" ringkas dan penuh rajuk. Aku masih ingat sejarah manis yang perlu aku raikan bertukar menjadi sejarah paling pahit dalam hidupku. Duhai hati, tenanglah! "Cukuplah mak, apa yang pernah zara lalui. Zara tak sanggup" emak hanya melepaskan keluhan. Sepi beraja antara kami. "Zara ada adik-adik. Ada keluarga. Ada mak, ada ’Asya, ada Farhan, ada Fawwaz. Zara boleh hidup sendiri mak" "Terpulanglah zara. Mak cuma nak Zara bahagia." aku terdiam bila emak berkata begitu. Kerongkongku perit. Aku cuba menahan sebak di dada. Mengumpul kekuatan untuk berbicara lagi. "Terima kasih mak.."lirihku menahan duka yang aku terjemahkan dalam deraian air mata akhirnya.
Hati aku masih sakit dan masih terluka. Aku tidak berdendam. Namun peristiwa dahulu kadang kala membuatku mengalah dengan ketentuan Ilahi. Lemah benar jiwamu Zara. Kadangkala aku merasakan tidak adil aku berbuat demikian.Baru diuji dengan ujian yang sedikit sudah mahu berputus asa dari merengguk nikmatnya perasaan cinta. Bebaskan jiwamu Zara. Itu pesan Rashidah saat jiwaku sedang parah. Bilamana engkau rasa ditinggalkan, Tuhan tetap ada bersamamu. Ah, Rashidah.. kalaulah engkau tahu perasaanku saat ini. Untuk apa yang telah aku lalui, hanya ketabahan dan kekuatan yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa telah membantuku untuk terus berdiri mengharungi pahit getirnya hidup.
Aku menyinsing lengan baju kurung yang disulami kerawang buatan emak. Masa benar-benar pantas berlalu. Jam sudah menunjukkan 12.50 tengahari. waktu makan tengahari hampir 10 minit lagi. Aku melihat Rashidah di meja sebelah sedang tekun menyiapkan kerja-kerja mengaudit di hadapan skrin komputer. Waheeda yang duduk di hadapanku sudah pun berlalu ke tandas. "Shidah.." seraya Rashidah menoleh. "Kenapa Zara?" "Macam mana dengan pregnancy test hari tu? positif?" soalku dengan senyuman penuh bermakna. Rashidah senyum lebar. Dia memusingkan badannya menatap wajahku. "Maaf Zara ya, sebab terlalu terkejut dengan soalan kau semalam, aku terlupa nak beritahu kau, yang.." rashidah sengaja berteka-teki denganku. "Mengandung?" Tiada jawapan. Hanya senyum manis seorang ibu beranak satu menghiasi perbualan kami. "Shidah..Janganlah berteka-teki" sesungguhnya aku tidak sabar menunggu berita gembira selanjutnya dari Rashidah. Rashidah ketawa menyeringai. lucu apabila memaksa aku untuk menanti dalam tanda tanya. "Aku tak mengandung lah.." "hmm?" "Anak kedua, menyusul bila kau dapat teman hidup agaknya" usiknya girang. Aku turut tersenyum. "Aduhai, shidah.. nampaknya seorang sahajalah anak kamu berdua kalau nak tunggu aku dapat teman hidup" sambungku dalam nada gurauan. "makan jom?" tukasku. aku tidak mahu melanjutkan jawapan dalam gurauan yang menghiris atma. Aku tidak menyangka waktu makan tengahari di membawa pertemuan dengan Thaqif sekali lagi. Ah, lelaki itu. "Assalamualaikum" sapanya mengukir senyum. Mendekati ke arah aku dan Rashidah. "waalaikumussalam, Thaqif, jauhnya lunch?" aku cuba berlelucon. Benar, syarikatnya di Bangi. Masakan Thaqif boleh makan tengahari di Putrajaya? Thaqif menyambut pertanyaanku dengan tawa. "Tak boleh ke saya nak makan di putrajaya?" "Jauh datangnya dari bangi, dah jumpa yang berkenan kot di putrajaya ni?" Rashidah ketawa mengusik. "InsyaALLAH, mudah-mudahan" Thaqif menjawab dengan bersahaja sambil matanya melirik ke arahku. Serta merta atmaku tersentak. Perasankah aku? "moga-moga begitulah. rupa ada, harta ada, isteri je yang tak ada. Rugi!" sebolehnya aku cuba bersikap seadanya terhadap Thaqif. "awak tu Zara, rupa ada, pelajaran ada, suami pula yang tak ada. Rugi juga" tuturnya memulangkan paku buah keras. Aku hanya tertawa menyembunyikan rasa gundah yang tak berpunca. Sesiapa juga tak menyangka bahawa pertemuan yang tak disengajakan itu membawa kepada penyatuan dua jiwa yang telah termaktub dalam iradat Tuhan yang Maha Agung...
cte yg mnarik tp ending crte ni x mnarik la.... blh di prbaiki lgi..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
perlu diperbaiki lagi...hehehe