Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku menarik telinga Nashriq, geram dengan gelagatnya yang suka menyakat aku. Hari ni aku menemani Nashriq ke padang bola selepas hampir tiga bulan aku bekerja. Zulfa suruh aku duduk rumah dan berehat sebelum aku sambung belajar. Jadi, Nashriq mengambil peluang ini untuk mengajak aku menemaninya ke padang. "Habislah Arissya nanti. Dapat pakwe degil macam ni."aku menguatkan lagi tarikan ku. "Adoi! Sudah, aku mengaku kalah. Amboi, sejak-sejak ada pakwe ni makin brutal kau ya?"dia menggosok-gosok telinganya. "Nak kena lagi?"soalku sambil ketawa. Nashriq berlari-lari anak meninggalkan ku. Aku mengejarnya. "Mana nak lari, hah?"aku menarik bajunya dan menghadiahkan satu cubitan di belakangnya. "Matilah aku macam ni. Ampun!"dia ketawa. Kami memandang hairan sebuah kereta Audi TT yang diparkir di hadapan rumah. Kami saling berpadangan dan terus masuk. Nashriq meletakkan kasut bolanya di rak kasut dan dengan selamba mengelap tangannya di baju ku. "Eii, apa ni?"aku menamparnya namun dia sempat mengelak. Dia ketawa terbahak-bahak sambil membuka pintu. "Nashriq!"jeritku. Geram dengan perangainya itu. Ketawa Nashriq terhenti tiba-tiba dan matanya tertacap pada satu figura. Aku turut memandang ke arah tertacapnya pandangan Nashriq tersebut. Hampir tidak bernafas aku. Waktu dirasakan terhenti dan pelbagai perasaan menghimpit aku. "Ibu."terpacul kata itu daripada mulutku. Wanita tersebut tersenyum dan mengangguk. Abah bangun. "Farah, Nashriq, mari sini."panggil abah. Namun kami berdua langsung tidak berganjak walaupun selangkah. Memandang ibu bagaikan mimpi. Dia berdiri di hadapan kami dalam pakaian yang serba mewah, perhiasan yang mahal. Sukar untuk kami mempercayainya. Memang benar ibu tinggalkan kami demi harta. Dan sekarang apa yang dia mahu? "Aku lupalah, Nash. Kita mana ada ibu."aku menepuk dahi seolah-olah baru teringat akan sesuatu. Aku memandang Nashriq di sebelah ku. Dia kelihatan tegang dan nafasnya berombak-ombak, mungkin menahan marah. "Jom kita salam tetamu kita ni."aku cuba untuk bersuara ceria. Tangan Nashriq aku tarik tapi dia langsung tidak bergerak. Aku berjalan ke arah ibu hingga aku betul-betul berada di hadapannya. Wajah ibu masih seperti dulu namun di dandan dengan rapi. Segala kenangan bersama ibu menyesak fikiran. "Farah…"ibu bersuara. "Mintak maaf, mak cik. Kami baru balik daripada padang bola. Berpeluh sikit."aku menyalami tangannya. Aduh, lembut benar! "Kami masuk dulu, ya? Nak bersihkan badan. Mak cik berbuallah dulu dengan abah."aku menarik tangan Nashriq. Panggilan abah langsung kami tak hiraukan. Malam tu, Nashriq langsung tidak keluar daripada biliknya. Abah pula keluar entah ke mana dan hanya pulang lewat tengah malam. Aku pula tidak dapat tidur memikirkan ibu. Mungkin masalah yang sama menimpa kami bertiga. Aku harap aku ni sekuat Nashriq agar aku tak mudah putus asa. SMS daripada Zulfa tidak aku balas dan bila dia menelfon, aku katakan tak ada kredit. Namun, Zulfa tetap bertanya jika ada sesuatu yang tidak kena. Aku memang tidak pernah bercerita tentang ibu kepada Zulfa. Bila dia bertanya ke mana ibu aku, aku akan menukar hala tuju perbualan. Melihat ibu hari ini memang mengejutkan kami. Untuk apa dia kembali dan abah pula seakan-akan dapat menerima ibu dengan tangan terbuka. Takkan sebegitu mudah? Apa yang ibu buat terhadap kami abah dah lupa kah? Dia tinggalkan kami kerana harta dan sekarang dia kembali. Semata-mata untuk mempamerkan yang tanpa kami dia lebih berjaya? Perit hati aku ni. Susah nak tengok muka ibu tanpa perasaan marah. Aku benci wanita tadi! Dia bukan ibu aku! Bukan juga ibu Nashriq! Aku tidak dapat menahan tangis lagi. Itulah air mata pertama untuk ibu selepas 10 tahun dia meninggalkan kami. Aku rasa aku dah bersedia untuk jumpa dia, malah hampir setiap tahun aku mengharapkan dia. Tapi sebenarnya tidak. Panas hati aku bila melihat ibu secantik begitu manakala kami sepuluh tahun hidup dalam derita perasaan yang aku rasa dia sendiri tak pernah ambil tahu. Layakkah dia dipanggil ibu? Kalau aku tahu ini jadinya, aku akan berhenti berharap agar dia pulang kepada kami. Semua ni terlalu mengejut bagi aku.
Suasana di meja makan senyap. Wajah serius abah membuatkan aku dan Nashriq saling berpandangan. Memang menggerunkanlah. Mungkin dia marah dengan kelakuan kami semalam. "Abah marah betul dengan kamu berdua. Adik-beradik sama saja."keras suara abah. Mulut kami masih rapat terkunci. Takut untuk menjawab. Abah ni jarang marah, jadi bila sekali marah, takut betul. Macma godzilla ja. "Dia ibu kamu. Apa kat sekolah cikgu tak ajar supaya bersopan dengan ibu bapa? Abah hantar pergi sekolah suruh jadi baik, hormat orang tua. Ini tidak! Kalau dapat seratus A pun tapi perangai tak elok, tak guna!"kata abah lagi. "Ibu kami? Mak cik semalam tu ibu kami? Kenapa Nahsriq tak ingat pun? Kalau betul dia ibu kami, mana dia menghilang selama ni?"Nashriq membalas pandangan abah. Aku mencubit Nashriq supaya dia tidak membuka mulut. ""Jangan nak buat lawak kat sini, Nashriq. Abah tak suka perangai macam ni sebab dia ibu kamu. Orang yang lahirkan kamu." "Kenapa abah bela dia? Abah tak ingat ka apa yang dia dah buat kat kita? Abah dah lupa macam mana hidup kita bila ibu tinggalkan kita? Abah dah lupa semua tu? Abah boleh lupa tapi Nashriq tak! Dan jangan paksa Nashriq untuk berbaik dengan orang yang Nashriq tak suka!"lantang Nashriq berkata. Degilnya Nashriq ni! Jangan cari pasal dengan abah. Abah tengah hot tu. "Abah tak lupa. Tapi abah tak berdendam, Nashriq. Bukan salah ibu." "Ya, memang bukan salah ibu tapi salah kami kerana jadi anak ibu." Satu tamparan hinggap di pipi Nashriq. Nahsriq terdorong ke belakang. Aku bangun dan mendapatkan Nashriq. "Apa abah ni?"suaraku sedikit tinggi. Abah mendiamkan diri dan kelihatan bersalah. Abah nampaknya menyesal dengan perbuatannya tadi. "Selagi abah paksa Nashriq berbaik dengan perempuan tu, Nahsriq takkan balik."Nashriq terus keluar tanpa mempedulikan panggilanku. "Abah tak boleh salahkan, Nahsriq. Betul apa yang Nashriq cakap tu. Kami tak boleh terima fakta yang ibu tinggalkan kami demi harta."aku terus keluar, meninggalkan abah seorang diri. Nashriq berjalan dengan pantas sehingga aku terpaksa berlari untuk mendapatkannya. Aku berjalan seiringan dengannya. Kami tidak bercakap walau sepatah pun. Malam masih muda tetapi banyak rumah di kawasan ni dah gelap. Kami berjalan tanpa arah. Nashriq masih membisu. "Nashriq."aku menarik tangan Nashriq agar dia berhenti berjalan. Nashriq memandangku. "Aku tak boleh terima ibu, Farah. Hati aku sakit sangat."katanya dan wajah dia begitu muram. Aku menggenggam kedua-dua belah tangannya. "Aku tahu. Aku pun macam tu jugak. Semua ni bukan sesuatu yang mudah untuk kita."aku cuba memujuknya. Nashriq memandangku. "Aku cuba untuk tak membenci dia. Demi Tuhan aku cuba. Tapi aku tak dapat. Melihat dia begitu sempurna dan gembira, mengoyakkan hati aku." "Aku tahu."kataku lagi. "Aku tak dapat terima semua ni, Farah. Aku tak dapat terima." "Syyhh! Tak ada orang yang akan paksa kau terima dia."aku memeluk pinggangnya. Lama kami begitu sehingga Nashriq meleraikan pelukan antara kami dan menarik nafas panjang. Aku memegang tangannya. "Kita balik, jom. Kita bincang benda ni baik-baik dengan abah. Mungkin ada sebab kenapa ibu cari kita." Nashriq tidak menjawab dan hanya menurut. Sewaktu pintu dibuka, wajah cemberut abah menyapa kami. Tanpa suara dia memandang. "Kami dah lebih bersedia untuk bincang tentang ni."kataku lalu duduk di sofa bertentangan dengan abah. Nashriq pula duduk di sisiku. Abah tidak bersuara. Kami bertiga membisu tanpa kata selama hampir beberapa minit. Suasana begitu tegang. "Abah tak mahu paksa kamu berdua. Kamu berdua dah besar panjang, dah boleh fikir baik buruk. Tapi dia ibu kamu. Apa sahaja yang dia buat tak akan mengubah hakikat tu."abah memulakan. Kami hanya akan menjadi pendengar. "Mungkin dia bersalah kerana tinggalkan kamu tapi bukan tugas kamu untuk menghukum dia. Tugas seorang anak ialah menerima ibu bapanya walau apa jua keadaan. Ibu hanya nak memulakan kehidupan baru dan tidak ada yang salah dengan memulakan kehidupan baru, kan? Mungkin mula-mula dulu hidup abah tak teratur lepas ibu pergi, dan abah marahkan ibu tapi sekarang, abah dah tak ada perasaan macam tu lagi dekat dia. Malah, abah bersyukur dan berterima kasih dia tak bawa kamu bersama. Kamu berdualah harta abah yang paling bernilai dan betapa ruginya kalau abah tak dapat tengok anak-anak abah sendiri membesar." Abah menarik nafas. "Dan sekarang, ibu kembali untuk bersama semula dengan kamu berdua. Dia nak tuntut balik masa dia yang hilang dengan kamu. Ibu nak bawa kamu berdua tinggal dengan dia. Walaupun dia tinggalkan kamu, namun dia masih punya hak ke atas kamu. Abah betul-betul harap kamu dapat terima dia." "Oh my God! I can’t believe this."bentak Nashriq dan terus bangun. "Nashriq, calm down. Kita akan bincang perkara ni elok-elok, kan?"aku menarik tangannya. "Bincang apa lagi? Abah dah buat keputusan."suara Nashriq tinggi. "Kalau kamu berdua rasa apa yang abah putuskan ni salah, maafkan abah. Tapi abah nak kamu berdua tahu yang semua ni bukan senang bagi abah. Kamu berdua dah besar, kamu buatlah keputusan sendiri. Sama ada nak ikut cakap abah atau sebaliknya."abah semakin lembut. Nashriq tidak berkata apa terus masuk ke biliknya. Tidak lama selepas itu aku mengikuti langkahnya. Aku perlu berfikir. Ternyata hidup tak semudah yang aku sangkakan. Dan aku rasa ini baru sahaja permulaan. Bukan maksud aku nak menderhakai ibu yang telah melahirkan aku tetapi aku rasa terlalu sukar untuk memaafkan dia. Aku betul-betul tak boleh. Ibu sendiri tidak boleh menyalahkan kami di atas kelakuan kami ini kerana dia sendiri yang buat semua ni kepada dirinya sendiri. Ibu!!! Akhirnya aku terlena dengan memikirkan perkataan tiga huruf tersebut.
Pagi keesokkannya, Zulfa datang. Menuntut penjelasan akan perangai ku semalam. Aku cuba mempertahankan tindakan ku itu dengan menyatakan alasan-alasan yang rasional. Tapi dia semakin mendesak membuat aku rimas dan sedikit marah. Kenapa dia tidak beri ruang untuk aku bersendirian? "Saya tak pernah rasa sukar untuk memahami awak sehinggalah hari ni."katanya, lalu masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju. Aku berdiri memeluk tubuh. Kesejukan menggigit tubuhku dan perasaan bersalah menghimpitku. Merajukkah dia? Bukan aku tak mahu berkongsi masalah aku dengannya tapi aku rasa tak perlulah dia mengetahui masalah keluargaku kerana aku rasa aku masih mampu untuk melaluinya sendirian. Kenapa semua perkara harus menjadi semakin sukar buatku. Aku masuk semula ke dalam rumah. Hampir pukul 8 pagi dan aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan hari ini. Aku tidak punya mood untuk segalanya. Aku masuk semula ke bilikku dan duduk di atas katil. Bantal guling ku dakap. Aku mengenang kembali segala memori ku bersama ibu. Apa sahaja yang aku ingat. Ibu dulu selalu berpesan supaya aku menjaga dan menyayangi Nashriq. Dia juga berpesan kepada aku supaya tidak melupakannya sebelum dia meninggalkan kami. Waktu tu aku baru berumur tujuh tahun dan aku merayu supaya ibu membawa aku dan Nashriq bersama. Ibu hanya meminta maaf dan terus pergi. Argghh, sekarang dia kembali. Kembali untuk menoreh kembali luka dahulu. Apa dia fikir kami akan menerima dia dengan hati terbuka? Kami akan sayangkan dia selepas apa yang dia lakukan? Memang tak salah untuk ibu memulakan kehidupan baru tapi meninggalkan kami adalah kesalahannya. Aku sayangkan dia tapi perasaan tu hilang selepas lihat keadaan dia. Aku sakit hati, terlalu sakit hati dan tak ada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu. Aku berbaring dan mencapai hensetku. Wallpapernya menyedarkan aku yang ada insan telah terasa hati dengan sikap ku. Mungkin aku patut biar dia cool dulu, kemudian baru aku pujuk dia dan terangkan segalanya. Jika dia tanpa ragu menceritakan tentang Najihah kepadaku, aku rasa aku patut buat perkara yang sama jika aku nak dia menjadi sebahagian daripada hidupku. Kenapalah aku ni bodoh sangat? Aku dah beri amaran kepada Zulfa dulu yang aku ni tak akan menjadi teman yang baik tapi dia degil. Sekarang, aku dah menyakitkan dia. Zulfa, ibu. Perkara yang perlu aku fikirkan dah bertambah. Aku mengemas katilku dan keluar ke ruang tamu. Majalah-majalah yang berselerak aku kutip dan susun di tepi televisyen. Nampaknya abah kalut hari ni. Selalunya abah yang kutip semua majalah ni. Dapur juga masih banyak pinggan kotor. Kehidupan kami kembali tidak terurus. Seperti ketika ibu pergi dahulu dan setelah dia kembali pun dia memberi kesan yang sama kepada kami. Aku menyinsing lengan baju dan mula membasuh pinggan-pinggan kotor tersebut. Fikiranku masih menerawang ke tempat yang sama. Aku tak boleh keluarkannya daripada fikiran aku. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Sambil menunggu Nashriq pulang daripada sekolah, aku menonton televisyen dengan harapan aku boleh melupakan sekejap masalah aku. Tepat pukul 2.30 petang, Nashriq pulang, dengan muka masam. Dia tidak mempedulikan aku dan terus masuk ke biliknya. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi air dari dalam bilik air. Aku menaip mesej kepada Zulfa: kita jumpa kt kedai ptg nnt.sy akan terangkn sumenya kt awk.maafkn sy kalu sy mnyakitkn awk Tak lama selepas itu aku menerima balasan daripadanya. Tak payah paksa diri.sy ptt tahu bila masany utk tak mnyibuk Aku sedikit tersentak dengan mesejnya itu. Dia benar-benar terasa hati dengan sikapku tadi. Aku membalas kembali mesejnya: sy tau awk terasa hati dgn sy tp sy btl2 minta maaf. Fikirn sy btl2 bserabut skrg ni.sy xpeduli awk nk tau ke x sy akan ttp ceritakn.jumpa awk ptg nnt Nashriq keluar dan dia nampaknya hendak keluar. Aku memandangnya. "Dah makan?"soalnya. Aku menggeleng. "Nak makan apa?"Nashriq memasukkan dompetnya ke dalam saku seluar. "Apa-apa pun tak apa. Nak keluar sekarang ke?" "Yalah. Takkan esok pula?"balasnya dan bergerak membuka pintu. Nashriq tiba-tiba senyap dan kaku seperti melihat hantu. Aku menjenguk keluar. "Abah tak ada rumah."kata Nashriq. Suaranya tidak beremosi. Nashriq duduk menyarungkan kasutnya tanpa mempedulikan ibu yang sedang berdiri di hadapannya. "Ibu tahu. Tapi ibu bukan nak jumpa abah, ibu nak jumpa Farah dengan Nashriq." Nashriq mendengus. "Kami tak ada masa."katanya lagi. "Nak keluar ke mana?"soal ibu. Nashriq memandang ibu. "Hebat ibu ni kan? Ibu baru jumpa kami dua kali, itu pun selepas sepuluh tahun tapi dah mula ambil berat tentang kami."kata Nashriq dengan nada menyindir. Ibu terdiam. "Kita perlu berbincang."akhirnya ibu berkata. Nashriq diam dan kemudiannya mengangguk. "Ibu betul. Kita memang perlu berbincang. So, jemputlah masuk."Nashriq berjalan menuju ke pintu dan masuk. Dia menarik hidungku. "Nanti aku belikan makanan."katanya. Nashriq menarik aku agar duduk. Ibu teragak-agak sebelum masuk dan duduk. "Farah."panggilnya. Dia memandang aku tanpa berkedip. Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi. Nashriq kelihatan bersandar dengan relax. Aku tak tahu apa kena dengan adik aku ni. Aku tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran dia ni. "Dah besar, kan?"ibu berkata. "Berapa lama ibu tinggalkan kami? Sepuluh tahun tau? Bukan sepuluh hari. Mestilah dah besar."balas Nashriq. Ibu ketawa walaupun air mukanya kelihatan tidak senang mendengar kata-kata Nashriq itu. "Apa yang ibu nak daripada kami?"tanyaku, cuba mengawal kemarahanku. Aku menarik nafas, cuba untuk bertenang. "Ibu nak kamu berdua tinggal dengan ibu. Ibu rindukan kamu berdua."ibu tersenyum. Nashriq ketawa mengejek. Aku menyiku Nashriq supaya dia tidak terlalu kurang ajar dengan ibu. "Ibu tak rasa apa yang ibu mintak tu terlalu besar bagi kami?" "Kamu berdua anak ibu. Ibu ada hak untuk itu, kan?" "Hak? Apa pulak hak kami sebagai anak? Hak untuk ditinggalkan?"pintas Nashriq. "Ibu juga berhak untuk mendapat kasih-sayang kamu berdua. Ibu sayangkan kamu dan ibu nak hidup dengan kamu berdua."ibu seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan Nashriq tadi. "Selepas apa yang ibu buat, ibu harapkan kami untuk sayangkan ibu? Mustahil tu, ibu. Ibu tau tak betapa sakitnya kami atas tindakan ibu tu? Ibu tinggalkan kami macam tu saja. Kalau benar ibu sayangkan kami macam ibu kata tu, kenapa dalam sepuluh tahun ni tak pernah sekali pun ibu jenguk kami?"wajah ibu ku tenung, memohon soalan ku itu dijawab. Ibu menarik nafas. "Ibu memang nak tapi ibu kat luar negara. Suami ibu...,"ibu berdehem. Mungkin dia berasa tidak selesa untuk bercakap pasal keluarga barunya. "Suami ibu kerja kat sana. Dan tahun lepas baru ibu balik sini. Tapi sayang, ibu tak tinggalkan kamu berdua demi harta. Sungguh. Kalau ikutkan hati, memang ibu nak bawa kamu sekali tapi hidup ibu waktu itu masih belum pasti. Ibu menumpang hidup dengan orang sebelum ibu ada apa yang kamu berdua lihat sekarang ni. Ibu tak nak kamu berdua susah." "Kenapa ibu tinggalkan abah? Dia tak cukup kaya untuk ibu?"tanya Nashriq kembali. "Bukan. Tapi itu masalah kami, Nashriq." "Ibu dah ada keluarga baru."perlahan aku berkata. Ibu memandangku. Dia kelihatan terpana dengan kata-kataku itu. "Tapi hidup ibu tak lengkap. Ikut ibu, ya?"dia bangun nak memegang tanganku. "Tapi hidup kami dah lengkap."Nashriq membalas. "Ibu bahagia dengan keluarga baru tapi ibu biar kami sedih kat sini. Ibu panggil tu sayang ibu? Nashriq betul, ibu. Hidup kami dah lengkap. Kami dah boleh hidup tanpa seorang ibu. Ibu mesti dah ada anak kan dengan…" "Tolonglah jangan hukum ibu macam ni."suara ibu seakan-akan merayu memohon kami faham akan keadaannya. Aku menggeleng. "Ini bukan satu hukuman, ibu. Macam abah kata, kami tak layak untuk menghukum ibu. Tapi ibu, kami boleh ikut ibu. Kami tak boleh tinggalkan abah."aku memberi penjelasan. "Farah, abah dah hidup dengan kamu sepuluh tahun. Tapi ibu?" "Semua tu keputusan ibu sendiri, kan? Jadi jangan menyesal."Nashriq memandang ibu. Ibu senyap. Mungkin cuba mencari idea untuk menyakinkan kami agar mengikutnya. Tapi maaf ibu, dah tak ada cara lain. "Kami takkan tinggalkan abah sorang-sorang."aku menjelaskan lagi. "Kamu dah maafkan ibu?"soal ibu. Aku dan Nashriq berpandangan. Dan lambat-lambat kami mengangguk. "Terima kasih."ibu bangun dan mendapatkan kami. Dia menarik aku dan Nashriq ke dalam pelukannya. Perfume ibu menusuk ke dalam hidungku dan hampir membuatkan aku terbatuk. "Terima kasih."kata ibu lagi. Sejujurnya, kami tidak berlaku jujur terhadap ibu. Kami kata kami dah maafkan dia tapi sebenarnya hati kami masih tidak dapat menerima perbuatannya meninggalkan kami dahulu. Tapi, aku dan Nashriq rasa kami patut memberi peluang kepada ibu. Kami memang masih marah tapi kami akan mencuba untuk membuang jauh-jauh kemarahan itu. Tak ada gunanya kami marah pada orang yang telah bersabung nyawa melahirkan kami. Ibu tidak lama di situ tapi dia berjanji akan kembali dan membawa kami untuk dikenalkan kepada keluarga barunya. Sedikit janggal menyebut perkataan ‘keluarga baru’. Rasa macam, kami ni anak angkat ja. Haha. Petang itu, aku ke kedai sendirian. Nashriq pada mulanya ingin mengikut tapi aku jelaskan kepadanya yang aku perlu menyelesaikan masalah aku dan Zulfa secara bersendirian. Pintu kedai ku buka dan hanya ada seorang gadis yang aku tidak kenal. Mungkin pekerja baru. Gadis itu berdiri sambil tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. "Abang Lan ada?"soalku. Gadis itu memberitahu Abang Lan ada di bilik belakang. Aku tanpa membuang masa terus menuju ke bilik belakang. Abang Lan sedang leka membelek henset di hadapannya itu dan di sebelah lagi tangannya terdapat sebatang rokok yang sedang berasap. Dia tidak menyedari kehadiran aku. Lalu pintu bilik tersebut aku ketuk. Abang Lan mengangkat muka dan kemudian tersenyum. "Farah, come in."dia menarik kerusi plastik yang di susun tinggi itu lalu di letakkan di hadapannya. Aku mengangguk dan terus duduk. "Kenapa? Nak mintak kerja ke?"Abang Lan bergurau. Aku sedikit segan. Aku ke sini nak cari Zulfa! Mana pulak dia ni? "Bukan nak mintak kerja? So, I guess you are here to see your beloved Zulfa yang sedang moody hari ni?"Abang Lan serkap jarang namun terus terkena. Aku cuba untuk senyum. Moody? Takkan sebesar tu kot effectnya terhadap Zulfa? "I think I have something to do with that."balasku. Abang Lan ketawa. "He’s not here, Farah."Abang Lan memberitahu. "I can see that he’s not here. Where is he?"soalku. Zulfa benar-benar terasa hati dengan aku. Aku dah beritahu yang aku akan kedai petang ni tapi dia tetap tak menunggu aku di sini. "Don’t know. Tapi dia nampak stress hari ni. Pergi menenangkan fikiran kot. Susah kan nak pujuk orang yang merajuk?"kata Abang Lan lagi. Aku ketawa kecil. Sekadar mahu menutup rasa bersalah yang semakin menggunung tinggi di dalam diri. "You know what Farah, I’ve known this man for eleven years. He’s a great guy. Mungkin dia pernah buat benda yang bodoh dulu, tapi manusia tak boleh lari daripada kesilapan, kan?"Abang Lan memberi nasihat. Aku menarik nafas dalam-dalam. "Love is all about trust, Farah. You have to trust him and he has to trust you." Love is all about trust. Aku mengulangi kata-kata Abang Lan itu. Aku percayakan Zulfa? Mungkin. "Kita tak boleh hidup sendirian. Kita perlukan teman untuk bercerita segala problem kita. Berkongsi susah senang." Tapi Abang Lan, aku tak bersedia untuk semua tu. Aku tak bersedia untuk kongsi segala problem aku dengan dia. Bagi aku benda tu terlalu sukar untuk dilakukan. "Kita tak boleh harapkan dia saja yang open up dengan kita. Kita juga kena buat benda yang sama. Love is a two-way relationship. Ada give and take. Penatlah kalu dia je yang asyik give dan kita je yang asyik take. Tak fair tu."kata-kata Abang Lan menyerap cepat ke dalam otakku. Farah, what have you done? "Thanks, Lan. What a good advice."kata seseorang. Aku lantas menoleh kerana kenal benar dengan suara tersebut. Zulfa sedang bersandar santai di dinding sambil memeluk tubuh. Dia memandang aku dengan bersahaja. Entah berapa lama dia berdiri di situ. "Just bagitau dia basic things about relationship supaya dia lebih bersedia nak handle orang yang mengada macam hang ni."Abang Lan bergurau lagi. Aku tunduk memandang lantai. Mukaku dirasakan panas. Aku menarik nafas dan menghembuskannya. Supaya aku lebih relax. Riak wajah Zulfa tidak menunjukkan yang dia sedang marah tapi aku tahu yang dia masih sebal dengan sikap aku pagi tadi. "Can I have her back now?"soal Zulfa dengan nada sinis. "Oh, sure. You can have your little lady back."balas Abang Lan. "Thanks."dia berjalan ke arahku dan terus menarik tanganku agar mengikutnya. Aku sempat melemparkan pandangan kepada Abang Lan yang hanya tersenyum itu. Setelah kami keluar daripada kedai, dia terus melepaskan pegangannya. Kami berjalan ke keretanya tanpa bersuara. Mungkin dia sengaja mahu membuat aku berasa bersalah dan menghukum aku. Dia bersiul-siul seperti tidak ada apa-apa pun yang terjadi. Keadaan masih sama walaupun kereta tersebut telah keluar daripada tempat parking. Aku cuba menyusun ayat-ayat tapi entah kenapa, otak aku beku tiba-tiba. Nasib baik tak kena strok. Zulfa masih lagi tidak bersuara dan kelihatan benar-benar relax. Aku benci melihat dia begitu relax sedangkan aku rasa macam nak mati kat sebelah dia ni. Benci betul! Benci kerana aku tak tahu bagaimana nak memulakannya, benci kerana tak tahu apa yang patut aku cakapkan, benci kerana dia langsung tidak mempedulikan aku, benci kerana dia berjaya menyiksa aku…benci segalanya. "Kita nak diam macam mannequin sampai esok ke?"soalnya, sinis sekali. Aku sedikit tersentak. Belum pernah lagi dia berkelakuan sebegitu dengan aku. "Emm err…err..err…saya emm…" "Lain kali plan dulu nak cakap apa."suaranya kedengaran sedikit bergetar. Aku berdehem. Mencari kekuatan untuk meluahkan segalanya kepada dia. "Awak tahu, jelas sekali awak tak bersedia untuk menerima saya dalam hidup awak bila awak refuse untuk berkongsi masalah dengan saya. Mungkin awak rasa benda ni kecil saja tapi bagi saya, it’s a big deal, Farah."suara Zulfa masih lagi keras. "You alienated me from your life!!"ditinggikan sedikit suaranya supaya aku memandang serius kata-katanya itu. "Zulfa, maafkan saya. Tapi saya betul-betul tak bermaksud nak jauhkan awak daripada hidup saya. Saya…" "Awak tak bermaksud tapi memang itu yang awak buat pun."selamba sahaja kata-kata itu keluar daripada mulutnya. "Memang salah saya. Saya mengaku but can you please stop torturing me like this?!"aku berkata. Zulfa ketawa, sinis sekali ketawa itu. "Me? Torturing you? No, honey!"dia menggeleng beberapa kali. "Habis tu apa yang awak sedang buat sekarang ni? Ujibakat?"soalku semula, dengan geram. Kali ni Zulfa ketawa lepas. "Taklah, sayang ooiii." Aku menjeling dengan rasa geram. "Ouch! Sakitnya. Jelingan tajam tu."dia kembali mengusik aku, seperti selalunya. Aku tersenyum. "Dah kembali mengusik. Itu bermaksud yang awak dah tak marahkan saya dan dah maafkan saya?" Lambat-lambat Zulfa menggeleng. "Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila."balasnya. Aku membeliakkan mata. "Kejamnya awak ni. Tak kesian langsung dekat saya."aku berpura-pura merajuk. "Eleh, dah pandai merajuk sekarang ni. Habis kalau awak merajuk, sapa nak pujuk saya?"tangannya singgah ke hidungku. Entah mengapa Zulfa dan Nashriq ni suka sangat tarik hidung aku ni. Aku mati sesak nafas, padan muka. "Pujuklah diri sendiri."bidasku. Zulfa ketawa lagi dan tak lama kemudian aku turut ketawa. Lucu bila memikirkan sikap kami yang macam budak-budak ini. "Zulfa, saya dah bersedia untuk ceritakan masalah saya kat awak."aku memberitahu. Zulfa memandangku. "You don’t have to. Saya tak paksa pun."katanya. "No, Zulfa. I want you to know. Sebagai tanda yang saya mempercayai awak dan nak awak menjadi bahagian daripada hidup saya." Zulfa senyap. "Go on."katanya. Aku menarik nafas dalam-dalam dan kemudian, aku ceritakan segalanya pada dia. Begitu lancar, seolah-olah aku telah menghafal semua ayat yang keluar daripada mulut aku itu. Dan apabila aku selesai, aku rasa begitu lega dan Zulfa nampaknya memahami masalah aku. And, we’re back to normal.
13
Mac belum melabuhkan tirainya lagi. Jadi ini bermaksud ada dua bulan lagi sebelum keputusan permohonan matriks dan universiti keluar. Dan aku amat berharap aku akan mendapat tempat di salah satu universiti tempatan atau matriks. Aku akan meninggalkan orang-orang yang aku sayang. Abah, Nashriq, dan sudah semestinya cik abang Zulfa aku tu. Emm, boleh tak aku tahan rindu agaknya? Aku mana pernah berjauhan daripada mereka. Sekolah pun dekat dengan rumah. Kita tunggu dan lihat jelah nanti. Dan ada sesuatu yang cukup mengejutkan sekali gus menggembirakan telah berlaku dalam hidup aku. Abah finally has the courage untuk meluahkan perasaannya terhadap Cik Za. Walaupun pada mulanya abah agak malu kerana masih boleh jatuh cinta pada usia sebegitu namun he manage to get over it. Nashriq dan aku sentiasa sokong abah. Dan Cik Za pula menerima lamaran abah dengan hati yang terbuka. Aku sedikit senang kerana abah takkan bersendirian lagi menghadapi masalah dalam hidupnya dan akan mempunyai teman. Hidup aku mula dirasakan bertambah baik. Ibu pula kerap sekali melawat kami tapi hanya dia seorang. Tanpa ahli keluarganya yang lain. Kami masih belum dikenalkan kepada keluarga barunya kerana aku dan Nashriq masing-masing belum bersedia untuk berjumpa dengan mereka yang telah ‘mencuri’ ibu daripada kami selama sepuluh tahun. Kami tidak tahu bagaimana harus berhadapan dengan mereka tanpa rasa cemburu yang ketara. Mungkin nanti. Zulfa pula masih lagi seperti dulu. Rajin bekerja mencari duit. Semakin memahami dan supportive macam biasa. Kadang-kadang sampai segan aku dibuatnya. Zulfa, gila punya orang! Mengingatkan dia sahaja boleh membuatkan aku tersenyum sendiri macam orang tak betul. Nashriq pula, makin aktif dan excellent. Plus, makin rapat dengan Arissya. Dah berapa kali Arissya bertandang ke rumah untuk mengulang kaji pelajaran bersama. Sama ada itu perasaan aku sahaja atau betul-betul, aku tak tahu. Tapi aku dapat rasa yang Arissya tidak suka melihat aku rapat dengan Nashriq. Kerana apabila Nashriq sedang bergurau dengan aku, Arissya akan berdehem dan bertanyakan soalan kepada Nashriq. Kalau sekali dua mungkin tak apa, tapi ia berlaku setiap kali aku dan Nashriq bergurau. Ah, mungkin aku ni terlebih sensitif! Atau mungkin aku jealous bila memikirkan yang ada orang selain daripada aku yang disayangi oleh Nashriq. Lupakan sahaja. Takkanlah Arissya nak jealous dengan bakal kakak ipar sendiri. Haha. Aku bersiap ringkas sahaja. Jeans dan t-shirt. Rambutku ditocangkan. Hari ini aku akan menemani Cik Za untuk mencari barangan yang diperlukan untuk majlis perkahwinan abah dan Cik Za nanti. Abah nak buat ringkas saja. Akad nikah kat masjid lepas tu kenduri baca doa selamat. Tak ada kenduri besar-besar, bersanding ka. Haha. Tahu juga malu abah ni rupanya. Ketika aku menyarungkan kasut, Cik Za sudah siap menghidupkan enjin Perodua Kancilnya. Aku tersenyum kepada kepada Cik Za yang kelihatan ayu berbaju kurung putih gading berbunga merah itu. Entah kenapa tapi aku betul-betul sukakan Cik Za dan mengagumi dia. Dia boleh survive sendiri tanpa seorang lelaki pun di sisinya. Dan aku senang kerana abah yang akan menjadi lelaki yang akan menjaga Cik Za. "Cantiknya hari ni. Baik-baik. Nanti abah jealous."aku sengaja mahu mengusik Cik Za kerana muka wanita itu akan merah apabila malu. Macam udang kena bakar. Tu baru aku yang usik, kalau Nashriq yang usik aku tak taulah muka dia yang putih melepak ni tukar jadi kaler apa pulak. Takkan tak kenal Nashriq, pakar mengusik. Cik Za membulatkan matanya dan cuba untuk menunjukkan muka garang. Aku sedang berbual dengan Cik Za ketika Nashriq pulang daripada sekolah. Dia memandang kami berdua dengan hairan. "Nak pergi mana?"soalnya sambil menarik keluar tali lehernya daripada kolar bajunya. "Nak cari barang untuk abah punya majlis nanti."balasku. Nashriq membuat muka seperti seorang kanak-kanak kecil. "Nak ikut! Nak ikut! Cik Za, nak ikut."Nashriq bersuara keanak-anakan. "Eh, mana boleh! Orang nak keluarlah. Kau tu busuk! Baru balik sekolah."aku mengenakannya. "Alah, bolehlaa. Sekejap ja, Cik Za. Lima minit. Please." Cik Za ketawa. "Pergilah. Lama pun tak apa. Kami boleh tunggu."balas Cik Za. Nashriq menjerit riang, menjelirkan lidahnya padaku dan terus berlari masuk ke dalam rumah. "Tu nak masuk macam mana? Kuncinya ada kat aku."aku yang berada di sebalik pagar itu menjerit. "Baklah cepat."laungnya kembali. Aku membalingkan kunci rumah kepada dia yang sedang berdiri di pagar sebelah sana. Aku ketawa dengan gelagat Nashriq, begitu juga Cik Za. "Terima kasih ya."kata Cik Za tiba-tiba. Aku mengerutkan dahi, kehairanan dengan kata-katanya itu. "Terima kasih untuk apa pulak?"aku bertanya. "Terima kasih kerana sudi menerima mak cik dalam family Farah."lembut suara Cik Za menyapa gegendang telingaku. "No, bukan kerja yang susah pun. I always like you because you’re always here for abah, Nashriq and me."balasku. "Ooo, that’s the nicest thing people ever said to me."Cik Za ketawa. "So, kat poli Cik Za ada tak student yang brilliant and handsome? Kenalkanlah kat Farah."aku bergurau. "Amboi, bukan main sekarang ya? Dulu malunya bukan main lagi. Eh, ada! Hensem, hidung mancung macam Shahrukh Khan." "Ceh, Shahrukh Khan buat apa? Dah tua nak rebah pun. Carilah macam Shahid Kapoor ka, John Abraham ka, Zayed Khan ka. Bolehlah tahan."mendengar kata-kataku itu, Cik Za lantas mencubitku. "Very very naughty. Ingat lagi Cik Za waktu Farah baru pindah sini dulu. Masa tu umur Farah lapan tahun kan? Bercakap dengan orang pun tak nak. Nashriq pulak nakal betul. Tak dengar cakap abah langsung. Pening kepala Cik Za tengok abah jaga Farah dengan Nashriq dulu." Aku ketawa. Best jugak ingat sejarah lama ni. Haha. Memang aku budak yang pemalu dulu tapi rasanya pengalaman aku mematangkan. "Ni apa kutuk-kutuk orang hensem ni?"suara Nashriq mencelah. "Perasan."rambutnya yang terpacak macam duri durian itu aku kusutkan. "Habislah rambut I yang macho ni."katanya lagi. "Can we go now?"soal aku, tidak mempedulikan Nashriq. Cik Za mengangguk dan aku terus masuk ke dalam kereta di tempat duduk hadapan. Sepanjang perjalanan, kami asyik bersembang tentang masa lalu kami. Ada sahaja benda yang melucukan. Nashriq sesekali menarik muka masam apabila aku dan Cik Za mengenakannya. Tapi kemudian, mereka akan mengenakan aku semula. Apabila sampai, kami ke Nagoya Textile untuk mencari kain yang sesuai untuk majlis akd nikah di masjid nanti. Cik Za tidak mahu sesuatu yang over dan mahu sesuatu yang berpadanan dengan usia dan majlisnya. Lama jugalah kami berada di Nagoya Textile, memilih fabrik yang sesuai untuk Cik Za. Setelah Cik Za membuat pilihan, kami memilih kain untuk aku pula. Oleh kerana baju yang akan dipakai oleh abah dan Cik Za pada hari akad nikah adalah hijau, aku memilih kain berlatarkan hijau dan berbunga kuning. Nashriq hanya mengikut kami dan menjadi pengkritik yang hebat kerana Cik Za menyarankan agar Nashriq berkemeja dan slack di majlis itu nanti. Jadi, dia tak perlulah beli kain untuk dibuat baju melayu. Setelah selesai merayau di dalam Nagoya, kami ke kedai baju lelaki pula mencari baju untuk Nashriq. Cik Za memilih baju kemeja warna hijau lumut diganingkan bersama seluar slack berwarna hitam dan aku yakin Nashriq akan kelihatan seperti menteri pada hari akad nikah itu nanti. "Farah, Nashriq!"panggil satu suara. Kami berdua menoleh serentak ke arah suara tersebut dan ibu kelihatan sedang berjalan ke arah kami sambil mengheret seorang anak perempuan berambut panjang mengurai. Itu anak ibukah? Terdetik soalan tersebut di mindaku. Bertuah dia. "Buat apa kat sini? Ibu baru cadang nak ke rumah kejap lagi."tanya ibu sambil mencium kedua belah pipi ku. Perkara yang sma dilakukannya dengan Nashriq. Kami sedikit kekok kerana tidak pernah dilayan begitu sebelum ini. "Shopping sikit."balasku. Tumpuanku kepada gadis di sebelah ibu. Dengan baju tanpa lengan dan seluar warna pink separas lutut, gadis itu kelihatan sungguh comel. Dan dia ada iras wajah ibu. "Ni kenalkan, Nurul Nadine. Anak ibu. And Nadine, I want you to meet your sister and brother, Farah and Nashriq. Inilah anak ibu yang selalu ibu cakapkan tu."ibu memperkenalkan kami. Jadi dialah yang telah ‘mencuri’ ibu daripada kami. Aku tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Gadis tersebut membalas senyumanku dan menyambut huluran itu. Tetapi kemudiannya dia menarikku ke dalam pelukannya. "Oh my God, tak sangka akhirnya dapat jumpa Kak Farah dan Abang Nashriq juga. Bestnya dapat jumpa kak dan abang sendiri. Memang Nadine teringin sangat nak jumpa Kak Farah dan Abang Nashriq lepas dengar mama cerita. You’re so pretty and have a very nice smile. And you’re a very handsome brother."kata Nadine ceria. Bahasa Inggerisnya lancar dan pasti dia telah menetap lama di luar negeri bersama ibu. "Thank you."balas Nashriq. Kami takkan belagak rapat dengan anak ibu kerana kami memang tak rapat. Jadi boleh tak dia jangan terlalu ‘over’ sangat? Hati aku sedikit geram melihat Nurul Nadine yang sedang berdiri di hadapan kami itu. Aku menoleh ke arah Cik Za yang sedang berdiri macam mannequin di belakang kami sedari tadi. Aku lantas menarik tangan Cik Za. "And ibu, I want you to meet abah’s future wife, Cik Zanariah."aku memeluk bahu Cik Za. Cik Za tersenyum sambil mengangguk, kelihatan sedikit tersipu. Ibu memandangnya dan kelihatan sedikit tidak senang. Kenapa? Dia dah ada family baru sudahlah. Untuk apa iri hati kalau abah nak mulakan hidup baru? "Cik Za dah macam ibu kami."kata Nashriq pula. Dia seolah-olah perasan dengan yang ibu kelihatan tidak senang dan mahu menambah api lagi. "Oh, thanks kerana dah jaga anak-anak saya. But, I’m back and I think I can take care both of them all by myself."ibu berkata, sedikit angkuh bunyinya. "I was thinking about sharing them with you. Terus-terang saya cakap, I love both of them. Mereka dah saya anggap macam anak sendiri."pintar jawapan yang diberikan Cik Za. Sesuai dengan kerjayanya sebagai pensyarah. Ibu memandang Cik Za, lama. "Sharing? Tak sangka saya kena share anak saya sendiri dengan orang lain."ibu ketawa. Begitu juga Cik Za walaupun aku dapat rasa yang kata-kata ibu itu sedikit melampau. "Nak join kami lunch?"tanya ibu kepadaku. "Thanks but no, thanks. Kami ada banyak lagi barang nak beli untuk majlis tu."aku menolak, sesopan mungkin meskipun aku rasanya sudah tidak dapat bersabar melihat Nurul Nadine yang comel itu. Entah kenapa aku geram pada dia. Apalah salah budak Nadine ni kat aku? Ibu mengangguk. Kami meminta diri dan terus berlalu dari situ. "Abang Nashriq, you’re a very handsome brother."aku mengajuk cara Nadine bercakap tadi. "And you’re so pretty and have a very nice smile. Oh my God, I think I’m falling in love with you."Nashriq turut mengajuk Nadine. Kami berdua ketawa tanpa menghiraukan orang di sekeliling yang memandang kami dengan hairan. "Hish, budak berdua ni. Jangan cari pasal. Nadine tu nak berbaik dengan Farah, dengan Nashriq. Patutnya Farah dengan Nashriq senang tau." Kami berpandangna sesama sendiri. "I don’t need a sister."kataku dengan selamba. "Neither do I."Nashriq menyokong kata-kataku. "Suka hatilah. Sama-sama degil."Cik Za mengomel dan terus masuk ke dalam Popular Bookstore. Aku dan Nashriq mengekorinya daripada belakang.
besh2!! upload la cpt cket writer.. dh jenuh tggu smbgn ny taw,,
>mya nuryana<
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
besh2!!
upload la cpt cket writer..
dh jenuh tggu smbgn ny taw,,
>mya nuryana<