Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Adam memandang wajah comel Marissa yang sedang asyik melihat bintang-bintang yang berkerdipan. " Marissa, kalaulah engkau mengerti betapa aku mencintaimu!" hatinya berbisik. Entah bagaimana dan bila dia jatuh hati kepada Marissa dia sendiri pun tidak tahu, sedangkan mereka bersahabat sejak di tingkatan tiga lagi. Sudah lapan tahun hubungan sahabat itu terjalin. Adam juga tahu, Marissa akan mengajaknya melihat bintang-bintang pada malam hari sekiranya dia mempunyai masalah. Tenang melihat keindahan ciptaan Tuhan katanya. Cuma dia tidak tahu bagaimana perasaan Marissa padanya. Adam takut untuk meluahkan apa yang terpendam dihatinya, risau dia bertepuk sebelah tangan dan memusnahkan hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin.
" Erm..ceritalah cepat. Aku dah lama jadi tunggul kayu kat sini." Adam mendesak setelah sedari tadi Marissa hanya mendiamkan diri. " Aku tak tahu macam mana nak mulakanlah." Marissa mencebik. " Ala, kau bagi sipnosis pun takpe. Nanti aku olahkanlah. Kalau salah kau betulkan balik. Macam tak biasa." Adam menolak lengan Marissa dengan sikunya. Marissa tersenyum.
"Aku didiagnosis menghidap barah hati!" ujar Marissa perlahan. "Apa!" Adam membeliakkan matanya. "Hehehe..aku main-main je lah!" Marissa ketawa. "Kau ni kan, perkara-perkara macam tu jangan dibuat main boleh tak? Kalau aku tiba-tiba kena lemah jantung tadi, tak pasal-pasal aku pendek umur!" Adam menyiku Marissa sekali lagi. "Ala, janganlah angin! Sebenarnya takde apa pun. Saja nak uji kawan baik aku ni, sayang aku ke tak!" Marissa tersenyum lagi. Sesungguhnya dia memang murah dengan senyuman. Adam menjeling pura-pura merajuk. "Janganlah merajuk wahai Encik Adam. Nanti cepat nampak tua, dah tak macho dah!" Marissa memujuk. Adam kembali tersenyum. Dia tidak tahu kenapa bila dengan perempuan ini, hatinya cepat sejuk.
Marissa kembali diam, berat untuk dia menyatakan perkara yang sebenarnya walaupun antara dia dan Adam tiada rahsia. Perkara yang dinyatakan sebentar tadi adalah benar, cuma dia sendiri tidak mahu mengakuinya. Dia takut menghadapi kenyataan itu, terutama apabila melihat perubahan wajah Adam sebentar tadi. Dia tidak mahu orang lain risau dan kasihan dengan keadaannya.
"Kau ada masalah bagitahu aku. Jangan pendam seorang." Adam bersuara memecah suasana yang sunyi. "Aku okaylah, saja ajak kau lepak tengok bintang-bintang ni. Manalah tahu kot esok lusa aku mati. Kempunan pula aku." Marissa tersengih. Adam menjeling sekali lagi. "Kalau kau ajak aku lepak kat sini setakat nak merepek yang bukan-bukan, baik aku tidur kat rumah lagi bagus tau!" Adam tidak sedap hati. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesutau yang Marissa sorokkan.
"Okaylah, jom balik!" Marissa mencebik. Merajuk. "Dah sentap pulak dah!" Adam mencubit Marissa. Marissa mengelakkan dari dicubit Adam. Marissa menjerit kecil apabila tangan Adam mencubit pipinya. " Hey, jangan cubit pipilah. Nanti merah pipi aku! Hilanglah cute."
Adam ketawa. Marissa mencubit lengan Adam. " Sakitlah mangkuk!" Marissa menjelirkan lidahnya. " Padan muka!" Hati Adam gembira melihat Marissa ketawa. Seronok melihat Marissa gembira.
~~~~~~~~~~
Hari ini merupakan hari pertama Marissa bekerja setelah berehat lama dirumah. Pekerjaannya yang pertama juga. Dia diperkenalkan kepada semua staff di syarikat tersebut oleh Mr. Eric, Pengurus Pemasaran.
Sedang Marissa membelek-belek kertas-kertas di atas mejanya, dia terdengar suara seorang lelaki menjerit marahkan seseorang. Dia mencari-cari empunya suara tersebut. Tidak lama kemudian pintu dihempas kuat, Marissa melihat seorang lelaki muda berketurunan Cina keluar dengan muka masam mencuka.
"Itu anak bos, nama dia Tommy Lee." Sharina memberitahu apabila melihat Marissa tercengang-cengang. "Ingat nama dia, jangan lupa. Boleh kena pecat kalau cakap tak kenal dia." Sambung Sharina, rakan sepejabat yang baru dikenali tidak sampai satu jam. "Hush, melampaunya sampai boleh kena pecat!" Marissa tersengih seolah tidak percaya. "Yup, betul! Dia akan buat orang tu ingat kat dia sampai bila-bila. No compromise!" kata-kata Sharina membuatkan Marissa kecut perut. Barulah dia tahu suasana tempat kerja sangat berbeza kalau dibandingkan suasana di kampus.
"Macam mana hari pertama kerja? Best tak?" soal Adam setelah meletakkan hidangan KFC di atas meja. Marissa memandang sambil menongkat dagu. "Okaylah kot. Macam bosan je." Marissa menarik pinggan dekat dengannya. Adam tersenyum. "Mula-mula, memanglah rasa macam tu. Lepas dua tiga hari okaylah nanti." Adam memberi kata-kata perangsang. "Tahu tak, ada sorang mamat cina ni. Anak bos, angin semacam! Tadi dia cakap telefon menjerit marah-marah dengan siapa entah." Marissa bercerita sambil mulutnya mengunyah ayam KFC . "Biarlah dia. Kalau kau buat kerja dengan efficient, aku gerenti dia tak kacau kau." "Ohhooo…selama ini aku tak efficientlah ye?" Marissa menarik telinga Adam yang sedang menjamah ayam KFCnya. "Adeh, sakitlahhhh!" Adam memegang telinganya yang kemerahan. "Padan muka!" Marissa tersenyum nakal. Adam hanya menjeling.
~~~~~~~~~~
"Ops, sorry!" Marissa terlanggar seseorang ketika sedang asyik membelek kertas kerja yang baru difotokopinya. Marissa membeliakkan matanya sambil ternganga apabila melihat Mr Tommy yang berdiri dihadapannya sekarang. "Errr..sorry Mr Tommy!" Marissa mengulanginya, mata lelaki itu memandang tepat ke arahnya. Tajam. Dia menjeling dan berlalu pergi. " Fuh, selamat aku!" bisik Marissa. Cepat-cepat dia berjalan ke meja Sharina.
"Ha..Marissa, Mr Eric suruh kau bawa dokumen ni attend meeting pukul 2.30 petang nanti." Sharina menghulurkan fail berwarna kuning itu kepada Marissa. Marissa mengerutkan dahinya. "Hisy..kau salah dengar kot. Tak mungkin Mr Eric suruh aku yang tak tahu apa-apa lagi ni pergi meeting. Janganlah main-main. Tak bestlah lawak macam ni." Marissa tersengih. Cepat benar dia mesra dengan rakan sejawat yang baru dikenali beberapa jam yang lepas. "Betullah, takkan aku tipu kau. Nah, baca dan study dulu apa yang ada dalam dokumen ni ye. Kau ada 15 minit je lagi. Chayok! Chayok!" "Hah, meninggallah aku macam ni. Aduss!" Marissa memandang fail ditangannya.
"Kenapa pula aku kena attend meeting ni. Sudahlah aku tak tahu apa-apa pun. Ish, kalut betullah!" Marissa menggumam di dalam hati sendirian ketika melangkahkan kaki ke bilik meeting bersama-sama staff yang lain. Apabila tuan pengarah masuk dan duduk, semua diam. Mr Tommy juga turut bersama, mukanya serius sambil merenung laptop dihadapannya.
Mesyuarat dimulakan, Marissa hanya diam dan melihat wajah-wajah disekelilingnya yang sedang kusyuk mendengar presentation daripada Mr Tommy. "Apalah yang diorang bincangkan ni? Sepatah pun aku tak faham!" desis hati Marissa. Tiba-tiba telefon bimbitnya mendendangkan lagu ‘The Best Damn Thing’ dari Avril Lavigne, semua memandang ke arah Marissa. "Alamak, siapa pulak yang tiba-tiba call aku waktu ni?" jerit hatinya. "Excuse me!" Marissa buat-buat tenang, dia tersenyum dan segera mematikan telefon bimbitnya.
" Please shut off or silent your cell phone while in the meeting!" Mr Tommy memberi amaran tegas. " Apasal dia ni garang sangat? Mukanya je harap cute." bisik hatinya.
Marissa bangun dan berjalan keluar setelah selesai mesyuarat. Dia memandang Mr Tommy yang sedang sibuk mengemaskan semua dokumennya di atas meja mesyuarat.
" You, come to my office now!" Mr Tommy mengarahkan Marissa yang baru hendak duduk di tempatnya. " Ish, apa hal pulak mamat ni panggil aku? Takkan sebab telefon aku berbunyi dalam bilik meeting tadi?" Marissa tertanya-tanya di dalam hati sambil kakinya melangkah. Pintu pejabat Mr Tommy diketuk perlahan. " Come in!" terdengar suara Mr Tommy memberi arahan. " Yes Mr Tommy, anything that I can do for you?" Marissa bertanya takut-takut. " Have a sit, I have something to discuss with you." Serius mukanya berkata.
Marissa duduk dihadapan Mr Tommy, kakinya menggigil. " Apalah yang lelaki ni nak? Cepatlah sikit, sejuk ni!" bisik hati Marissa.
"Before that, you are a new staff here right?" Marissa mengangguk-anggukkan kepalanya. "You are..?" "I’m Marissa Hana," sampuknya sambil tersenyum kecil. "Okay, Marissa. I mahu you tahu yang I tidak suka orang yang tidak serius dalam kerja, tidak bersungguh-sungguh dan tidak peka." Marissa mengerutkan dahinya. "Boleh cakap Bahasa Melayu rupanya mamat ni," secara tidak sengaja dia tersenyum dan membuatkan Mr Tommy memandangnya tajam. "Why? Is there something wrong with my words?" " Oh,no..no..nothing." Marissa menggeleng laju. Takut ditempik oleh bos muda yang sentiasa serius itu.
Mr Tommy memberi satu kertas kerja kepada Marissa, dia mahu Marissa membuat kajian dengan lebih mendalam mengenai projek tersebut, dari sebut harga bahan, strategi pemasaran dan pelbagai lagi. Marissa mengangguk perlahan tanda faham.
"Gila apa! Kena hantar lepas dua hari? Aduss…meninggal cepatlah aku macam ni." Rungutnya dalam hati sambil melangkah keluar dari bilik Mr Tommy. Sharina memandang dengan perasaan yang teruja. "Marissa, kenapa si Tommy tu panggil kau tadi?" "Dia bagi aku fail ni, buat kajian dengan lebih mendalam mengenai projek ni, dari sebut harga bahan, strategi pemasaran dan yang sewaktu dengannya. Dia nak aku siapkan dal masa dua hari ni. Boleh ke?" Sharina tertawa kecil. "Aku bukan nak menakutkan kau, tapi itulah Mr Tommy. No reasons, no compromise, just do it!" Marissa menelan air liur. Hatinya kecut mendengar kata-kata Sharina sebentar tadi.
~~~~~~~~~~
"What the hell are you doing this? This is a worst paper work that I have seen in my life, Cik Marissa!" Mr Tommy menghempas kertas kerja tersebut di hadapan Marissa. Marissa tersentak. Dia hampir menangis. Mr Tommy berdiri sambil bercekak pinggang dipandangnya, kemudian dia menunduk kembali. Takut untuk bertentang mata dengan muka bengis lelaki yang sedang marah itu.
" I have try my best, if you are not satisfied I will re-do it again!" Marissa cuba mengawal emosinya. " You know what, I don’t even like people do two times of job. That’s mean you are not concentrate. If there anything that you are not sure and not understand, please come and ask me, okay? I will give you another chance because you are still new and still learning, but please make sure it will be better than this. Now get out from my office and start to do your work!" suaranya masih tegas dan kuat sehinggakan satu tingkat bangunan tersebut boleh mendengar suaranya. Marissa berjalan keluar dari pejabat Mr Tommy dengan pelbagai perasaan. Geram, marah dan sedih. Kakinya melangkah laju ke tandas. Air mata yang cuba dikawal sudah pun gugur mengalir ke pipinya.
" Ada ke dia cakap kerja aku yang paling worst dia pernah tengok, sedihlah jiwa aku! Kau ingat senang ke, aku ke hulur ke hilir buat muka tak malu tanya sebut harga, buat inspection untuk strategi pemasaran semua. Dalam masa dua hari pula tu. Ish, geram betullah! Ayah aku pun tak tengking aku macam dia tengking aku tau tak!" Marissa meluahkan perasaan geramnya kepada Adam, sahabat karib yang paling dipercayainya. Mereka berjumpa di tempat biasa, tempat Marissa mendapat ketenangan dan juga tempat menjadi saksi kisah suka duka dua orang sahabat.
" Ala, kau sabar je lah. Biasalah, kerja memang macam itu. Keep on going okay, tunjukkan pada dia yang kau boleh buat lebih bagus dari apa yang dia harapkan." Adam memberi kata-kata semangat apabila melihat kawan baik yang paling dicintainya bermuram.
" Erm, alam pekerjaan ni lebih mencabar daripada apa yang aku sangkakan masa kat Universiti dulu. Kenapalah aku dapat bos yang berlagak macam dia tu? Nasib baik bukan boyfriend aku!" Marissa merungut. Adam hanya tersenyum memandangnya. " Dahlah, jangan fikir tentang kerja atau bos kau yang berlagak tu kat sini ek! Tak best jiwa aku dengar. Nah, cokelat ni just for you!" Adam menghulurkan sebiji cokelat Cadbury yang bersaiz sederhana besar kepada Marissa. Marissa tersengih tanda gembira. Adam selalu membawakan cokelat kegemarannya itu tatkala dia sedang bersedih. " Thank you, thank you my friend! Hehehe..bestnya dapat cokelat! Rasa macam nak cium kau je, terima kasih lagi dan lagi dan lagi. Hehehe.." Marissa teruja membuka pembalut kertas cokelat tersebut.
" Kau ni pantang dapat cokelat, time tu lah aku ni kawan yang paling baik, kawan dunia akhirat, nak cium, nak peluk. Time aku nyakat kau, kau kata aku ni kawan paling jahat, paling nakal, kawan tak ada otak kat dalam dunia. Tak berjasa langsung kawan aku ni!" dia menggelengkan kepalanya melihat Marissa yang sedang menikmati cokelatnya itu, seolah-olah setahun tidak makan cokelat. Dia merampas cokelat tersebut dari tangan Marissa. " Dah tu makan cokelat sorang-sorang!" Adam menggigit sedikit cokelat tersebut.
" Janganlah ter’emosi’ Encik Adam sayang!" Marissa cuba mencubit pipi Adam. Adam cuba mengelak lalu terjatuh dari bonet keretanya yang sedang mereka duduk. Marissa ketawa sakan. Geli hatinya melihat Adam jatuh seperti nangka busuk di atas tanah.
" Jangan gelaklah! Seronok kau tengok aku jatuh ek!" Adam turut ketawa sambil mencekik belakang leher Marissa.
~~~~~~~~~~
" Morning Mr Tommy!" perlahan Marissa melangkah masuk dan meletakkan failnya di atas meja Mr Tommy. " Morning! Have a seat," Mr Tommy memberi arahan tanpa menoleh. Matanya leka memandang sesuatu ke luar tingkap pejabatnya. Marissa hanya menurut arahan itu. Lantas lelaki muda itu duduk dan menyemak kertas kerja yang baru di hantar oleh Marissa. Marissa menanti dengan penuh debaran. Dia resah apabila melihat bosnya itu melihat hasil kerjanya sambil menggelengkan kepala. " Erm…not bad! Just okay!" Mr Tommy mencampak perlahan fail tersebut di atas meja. " This afternoon, I have a meeting with Syarikat Maju Holdings Bhd. So, I want you to accompany me." tegas Mr Tommy memberi arahan. Marrisa termanggu.
" Err? Me?" " Yes, you. I want you earn something from there, and then you can handle this project by yourself." " Okay, Mr Tommy. Is there anything else that you want me to do?" " No, you can go now!" Marissa bangun dan melangkah keluar, Mr Tommy memerhatikan setiap langkahnya.
" Dam, aku tak dapat teman kau lunch hari ni. Aku kena buat preparation untuk meeting lepas lunch nantilah. Sorry ek!" Marissa meng’SMS’ teman baiknya. " It’s okay. Tomorrow never die :-)" Adam membalas. Marissa hanya tersenyum membaca balasan SMS dari Adam.
" Marissa, let’s go!" Tanpa Marissa sedari bosnya itu sudah berdiri terpacak di depan mejanya. Lekas- lekas Marissa mengambil beg tangan dan fail menuruti langkah Mr Tommy dari belakang. " Ke manalah mamat ni nak bawa aku. Ish, bosan betullah!" Jerit hati Marissa. Suasana di dalam kereta Mr Tommy sunyi sepi. Masing-masing hanya melayan perasaan masing-masing. " You do the presentation for me on the meeting." Tiba-tiba Mr Tommy bersuara. " Hah! Aku pula!" Marissa mengerutkan dahinya. " Why me?" Marissa menyoal. " Because you did that proposal, not me!" dengan wajah yang tidak berdosa Mr Tommy membalas. " But..but…" Marissa tergagap-gagap. " But what?!" Mr Tommy bertanya tegas, dia memandang Marissa dengan wajah yang serius. " Er..er..nothing. Okay, I do it!" Marissa yang ketakutan hanya menurut, tidak berani untuk membantah.
Sesampainya mereka di Syarikat Maju Holdings Bhd, beberapa orang sedang menunggu Marissa dan Mr Tommy di bilik mesyuarat. Mereka bersalaman di antara satu sama lain dan memulakan mesyuarat.
Marissa memulakan pembentangan kertas kerjanya. Dia tidak merasa terlalu kekok kerana sudah biasa membuat pembentangan sewaktu di kampus dahulu. Marissa menggunakan segala asas yang pernah dipraktikkan sewaktu bergelar pelajar. Marissa berjaya membentangkannya dengan penuh yakin dan lancar. Mr Tommy hanya melihat dari jauh. Apabila Marissa selesai membuat pembentangan, semua yang hadir memberikan tepukan kepadanya.
" Good job, Cik Marissa!" ujar Encik Hamid iaitu CEO kepada Syarikat Maju Holdings Bhd. " Thank you!" Marissa hanya tersenyum puas. Dia sedikit bangga kerana hasil kerjanya yang pertama mendapat pujian.
Selesai mesyuarat, mereka berdua berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba Mr Tommy bersuara, " Let’s go for lunch, my stomach can not stop to sing and dance anymore!" Marissa memandang hairan.
"Aku salah dengar ke ni?" gumamnya dalam hati, tidak berani bertanya. Takut ditengking dan dikatakan tidak peka.
" Er..but, Mr Tommy..I.." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Mr Tommy cepat-cepat memotong cakapnya. "I buy you a lunch for your good performance and good job, okay! Don’t give me so many excuses, I hate it!" Marissa terdiam. Mereka hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan sehinggalah sampai di Hotel Istana.
" So, how do you feel working in SureMaju Holdings?" Mr Tommy memulakan bicaranya setelah pelayan restoran mengambil ‘order’. " Erm..okay! I am still new, so I don’t have any comment." "Why? You afraid that I will fired you?" Mr Tommy masih dengan muka yang serius. " Ish, apa hal mamat tiba-tiba banyak tanya ni?" dengus Marissa dalam hati. " No. I don’t have any comment." Marissa menegaskan. Mr Tommy merenung mata Marissa. Marissa mula tidak senang duduk. Dia menundukkan wajahnya yang mula terasa panas.
Makanan yang mereka ‘order’ sebentar tadi sudah pun terhidang di atas meja. Marissa mula makan perlahan-lahan. Dia tahu Mr Tommy sedang memerhatikannya. " Monyet betullah dia ni! Janganlah tengok aku macam tu!" hatinya menjerit. Marissa meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggannya, hilang selera untuk menghabiskan hidangan tersebut.
Tommy yang perasan akan ketidakselesaan Marissa, cepat-cepat mencapai sudu dan garfunya lantas memotong lamb chop dihadapannya. Melihatkan Mr Tommy yang sedang menyuapkan makanannya ke mulut, Marissa mencapai kembali sudu dan garfu untuk kembali menikmati hidangan tengaharinya. Perutnya sudah menjerit kelaparan harus diisi walaubagaimana sekalipun kerana takut diserang gastric.
" How do you think about me? Do I was a good boss?" Mr Tommy memancing Marissa lagi. Mukanya masih serius, tiada tanda akan senyum. Marissa yang dari tadi sedang menelaah makanannya dengan cermat tersentak. " Hah? Oh, yes. You are a good boss. Hehehe.." Marissa tidak menyangka yang dia menjadi orang yang hipokrit dihadapan bos muda itu. Dia menahan ketawa. "Garang macam harimau jantan pun aku boleh kata dia baik. Alahai Marissa!"
" Are you sure?" Marissa memandang Mr Tommy dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. " Apalah yang dia tak puas hati lagi ni? Aku dah jawab tadi tu sudahlah! Monyet! Argh, terus terang sajalah." Marissa meletakkan sudu dan garfu yang dipegangnya.
" If I said the truth, will you accept it with open heart?" Marissa menduga. Entah kenapa hatinya mempunyai kekuatan untuk berterus terang. Tetapi itulah Marissa yang sebenar-benarnya, baginya berterus terang lebih baik dari berpura-pura. " Yeah, with my pleasure!" Mr Tommy memandang Marissa dan menanti dengan penuh harapan. " Err…," Marissa menggaru kepalanya yang tidak gatal. " What is it? I’m waiting!" soalnya tegas, membuatkan Marissa semakin gerun untuk menatap wajah serius itu.
"Oh, erm.. I can see that you are the kind guy, but honestly I said the kindness is closed by your serius face. Why don’t you even smile? You will look more handsome, cute and more younger." Marissa mula menggigit jari apabila mata Mr Tommy bagaikan melekat di wajahnya tidak berkedip.
"I’m sorry if i wrongly said. I didn’t mean to hurt you. It just my opinion. Sorry Mr Tommy!" ujar Marissa tersekat-sekat. Mr Tommy masih begitu, memandangnya tidak berkedip dan seperti mahu menelannya disitu.
"Are you sure that i will look more handsome, cute and more younger?" soalnya apabila lama mendiamkan diri. Marissa mengetap bibir lalu tersenyum. "Yes, i’m very sure." Mr Tommy ketawa, Marissa tercengang. Pertama kali melihat lelaki yang sentiasa berwajah serius itu ketawa. " Memang cute dan hansome!" desis Marissa.
jalan cerita yang baik... tapi oh my god!!! the english is so bad... but i am sorry... did not mean to offend the writer... its just that i had a bit of trouble reading it... maybe because you are still not so used to the language... maybe, you can rewrite the story with adjustment to the english... well over all... syabas!!! enjoyed reading it...
assalamualaikum...pelik..pelik. apasal tajuk saya tapi citer orang lain? hmmm
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
so..dier ngan tommy ke..bukan adam..sambung2x