Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Para penumpang yang dihormati, pesawat ini akan mendarat dalam masa sepuluh minit. Anda diminta untuk duduk di kerusi anda dan mengenakan tali pinggang keselamatan." Saya tersentak. Saya melihat ke luar tingkap kapal terbang MAS. Saya sudah hampir tiba di destinasi. Saya langsung tak sedar apa yang berlaku sejak tadi. Dari awal penerbangan lagi saya sudah hanyut dalam kenangan.
Terlalu banyak yang berlaku. Saya tak percaya akhirnya ke tanah ini jua saya akan pergi. Di tanah inilah berlaku semua cerita. Saya mengesat air mata yang mengalir di pipi. Entah mengapa air mata itu menitis pun saya tak tahu. Terlalu banyak yang saya pendamkan dalam hati saya. Terlalu banyak perkara yang ingin saya luahkan tapi saya tak termampu. Pada siapa harus saya luahkan? Pada orang yang telah pergi? Sedangkan dia adalah insan yang paling saya sayang.
"Saya akan ikut awak ke India." Itu keputusan yang saya ambil. Jujur dari dalam hati, saya tak mahu bersama Zikri. Tapi ada hati yang perlu dijaga meski itu bermakna saya yang akan terluka. Demi Mama dan Papa, keluarga Zikri ... Saya teruskan juga perkahwinan ini. Satu hari nanti, mungkin ALLAH akan buka pintu hati saya untuk menerima Zikri seadanya. Zikri tersenyum mendengar jawapan saya. Dia menggenggam erat kedua tangan saya. "Thanks. Thanks so much." Ucapnya. Saya juga senyum. Tapi hati saya menangis.
Keesokan harinya saya menghantar notis berhenti kerja sebulan. Hujung minggu itu saya menghantar Zikri ke lapangan terbang dan memintanya untuk menanti saya sebulan lagi. Umi, Mama dan Papa ada juga menghantar Zikri. Selama sebulan itulah saya cipta memori baru. Saya habiskan masa bersama awak. Ke mana saja saya pergi, saya bersama awak. Bukannya saya cuba mengambil kesempatan atas ketiadaan Zikri. Saya hanya mahu bersama awak. Ke mana saja kita pergi adalah kenangan terindah dalam hidup saya. Setiap kali melihat awak ketawa, saya rasa macam masa terhenti. Hanya awak dan saya di dunia ini. Hanya awak yang mampu membuat saya ketawa.
Hari terus berlalu. Semakin lama semakin hampir tarikh saya akan berlepas ke India. Saya lihat kita semakin hari semakin rapat. Tapi tak pernah sekali pun bibir saya terbuka untuk memberitahu keputusan saya untuk mengikut Zikri ke India. Sungguh, saya tak tahu. Mungkin kerana saya tidak pasti apa sebenarnya yang ada antara kita.
Entah dari mana saya mendapat kekuatan, saya tanyakan pada awak kedudukan diri saya. Siapa saya sebenarnya dalam hidup awak. Awak sayangkan saya? Itulah soalan yang saya tanyakan pada awak. Benarlah kata Nurain, awak memang sayangkan saya. Saya gembira. Lebih dari gembira. Saya rasa macam dunia ni saya yang punya. Awak sayangkan saya. Itu dah lebih dari cukup bagi saya. Hanya itu yang saya mahukan. Tapi bibir saya masih belum terbuka untuk berterus terang.
Dan dengan itu, saya terbang ke India tanpa pengetahuan awak. Saya menjalani hidup di sana yang cukup jauh berbeza. Di sana, saya belajr mengenali diri saya sendiri. Saya mula mengenal kelemahan diri saya dan cuba membaiki hubungan saya dan Zikri. Bahagia ke kami? Kalau kami berdua kerap menghabiskan masa bersama, itu namanya bahagia ke? Tapi di sana, Zikri adalah hidup saya. Saya bergantung sepenuhnya kepada Zikri.
Setahun lamanya saya di sana. Zikri sibuk dengan kursusnya dan saya menjadi penunggu setia Zikri di rumah. Segalanya sempurna di san walaupun hanya ada saya dan Zikri. Namun hanya awak yang bermain di fikiran saya. Saya dan Zikri tidak berubah sebenarnya. Saya menerima Zikri dalam hidup saya. Tapi bukan sebagai seorang suami. Pernah sekali Zikri meminta saya menunaikan tanggungjawab yang satu, tapi saya hanya mendiamkan diri.
Ada kesilapan di situ. Mungkin salah saya. Atau sememangnya salah saya. Satu hari, Zikri duduk di hadapan saya. Wajahnya cukup sayu.
"Abang nak tau ke mana hala tuju perkahwinan kita." Ucapan Zikri itu menyentakkan saya yang sedang menghirup air teh panas. Saya pandang Zikri. Selama ini saya tak pernah fikirkan soalan ini. Ke mana hala tuju saya dan Zikri sebenarnya? "Kita akan tidur asing macam sekarang ni sampai bila?" Tanya Zikri. Saya hanya membisu. "Ari akan tetap mendiam macam tu setiap kali Abang tanya?" Saya memandang Zikri.
"Saya tak tahu." Jawab saya. Memang itu kenyataannya. Saya tak tahu.
"Boleh Abang minta tolong?" Tanya Zikri. Saya menganggukkan kepala.
"Malam ni kita sama-sama buat solat istikharah. Mohon petunjuk dari ALLAH. Abang dah tak tahu nak buat apa lagi. Abang nak kita hidup macam suami isteri yang lain tapi Abang tahu Ari tak sedia ... atau Ari tak nak. Kita buat solat istikharah, doa semoga ALLAH tunjukkan kita jalan terbaik kepada hubungan kita ni, ya?" Zikri menggenggam tangan saya. Perlahan saya menganggukkan kepala. Ini yang terbaik. Biar Yang Maha Kuasa yang berikan petunjuk.
Malam itu saya mengerjakan solat istikharah. Jujur, inilah kali pertama saya mengerjakan solat istikharah. Saya jadi tenang. Seakan hilang satu beban yang maha berat dalam hati saya ini. Sebelum tidur, saya bermunajat kepada ALLAH. Saya mohon DIA memberikan petunjuk yang sebaiknya pada saya. Saya benar-benar buntu. Ingin kembali pada awak, saya tak mampu. Ingin terus bersama Zikri, saya tak sanggup.
"Ya ALLAH, aku memohon petunjukMU. TanpaMU, aku pasti akan melakukan dosa dalam dunia ini. Aku mohon padaMU, berikan petunjuk padaku tentang ikatan halal antara aku dan suamiku. Apa yang harus kami lakukan, ya ALLAH, andai satu antara hati kami tidak rela hatinya. Sejauh mana hubungan ini akan utuh andai hatiku tak pernah menerima dirinya sebagai seorang suami? Ya ALLAH, apa jua yang KAU tunjukkan padaku akan aku terima sepenuhnya, seikhlasnya. DemiMU, aku akan berusaha untuk hidup bersama apa jua yang telah KAU takdirkan untukku."
Sebaik bangun dari lena, saya lihat Zikri sedang duduk di sisi katil. Saya beristighfar panjang melihat kehadiran Zikri di situ. Entah apa yang dilakukannya dan sudah berapa lama dia berada di dalam bilik saya sendiri tak tahu. Cepat-cepat saya tarik selimut dan saya menarik nafas lega kerana saya masih lengkap berpakaian.
"Kenapa? Ingat Abang rogol Ari?" Tanya Zikri dengan senyuman di bibir. Saya jadi malu sendiri.
"Apa yang Ari mimpikan?" Tanya Zikri. Saya memandang Zikri, tidak percaya. Takkanlah secepat ini dia meminta jawapan? Macam tak sabar nak tinggalkan saya pun ada. Saya menundukkan wajah.
"Apa yang awak mimpikan?" Tanya saya, mengelak dari memberi jawapan. Zikri hanya senyum.
"Ari jangan mengelak dari jawap soalan Abang."
Saya memejamkan mata, cuba mengingat kembali mimpi saya semalam. Selama ini saya tak pernah bermimpi sebegitu. Saya berada di satu kawasan taman yang cukup indah, dihiasi dengan bunga mawar putih dan merah darah. Saya bersendirian di situ sehinggalah ada angin lembut menerpa dari belakang. Saya berpaling. Dan ...
"Riana?" Saya lihat ada tangan yang melambai ke arah saya. Mama! Papa sedang senyum manis dan berdiri tegak di sisi Mama. Selama ini saya tak pernah terfikir ... Tapi saya cemburu lihat kemesraan Mama dan Papa walaupun setelah sekian lama mereka berkahwin. Walau saya satu-satunya zuriat mereka, hubungan mereka tetap utuh dan tak pernah goyah.
Saya terus memeluk Mama seeratnya. Saya rindukan Mama, Papa ... Tapi saya rindui awak lebih dari segalanya. Teringat tentang awak, hati saya jadi sakit. Saya memandang ke arah Mama. Dan seketika itu wajah Mama berubah, seakan mengerti apa yang ingin saya sampaikan pada Mama. Saya ingin bertemu dengan awak. Mama memeluk bahu saya lalu menganggukkan kepala. Air mata saya mengalir.
Papa memandu kereta. Saya pula duduk di bahagian penumpang. Saya memandang ke arah luar. Senja yang indah dan cerah walaupun langit sudah biru menandakan hari ini sudah hampir ke penghujungnya. Bulan separa penuh juga sudah gah menunjukkan dirinya. Tapi hati saya mendung dan gelap. Sehingga saat ini saya tak percaya dengan apa yang telah berlaku. Berita yang saya tak pernah sangka.
Fikiran saya melayang jauh. Sudah hampir sebulan telah berlalu sejak mimpi itu. Saya memejamkan mata, mengimbau kembali mimpi itu. Air mata saya bertakung. Berat hati rasanya memberitahu kebenaran pada Zikri. Saat ini hati saya rasa bergetar ... Saya menekan dada saya sekuat hati, cuba menahan kesakitan.
"Bukan awak yang ada dalam mimpi saya." Perlahan saya menutur kata. Hanya ini yang saya mampu katakan pada Zikri. Saya tak mahu melukai hatinya. Saya rasa kenyataan ini sudah cukup menyeksa hati Zikri. Bukan Zikri jodoh saya. Zikri menundukkan wajah.
"Abang mimpikan Ari. Tapi Ari pegang tangan Nizam." Saya terus mengangkat wajah memandang Zikri. Mata Zikri berkaca. "Abang betul-betul sayangkan Ari. Abang sumpah Abang sayangkan Ari. Sebab tu Abang paksa Ari kahwin dengan Abang." Zikri menggenggam tangan saya erat. Saya terkejut melihat air mata Zikri dan rayuan Zikri. Buat kali pertama dalam hidup saya, hati saya tersentuh melihat kesungguhan Zikri.
Saya jadi tak tenang. Hati saya tersentuh melihat Zikri. Tak pernah sekali pun saya lihat Zikri lemah sebegitu. Dia menangis teresak-esak di riba saya yang dilitupi selimut. Saya pandang Zikri. Saya rasa macam saya tak kenal siapa yang berada di hadapan saya. Siapa yang sedang menangis di hadapan saya? Sedangkan Zikri yang saya kenal, tak pernah sekali pun dia menangis. Di wajahnya hanya ada ketabahan dan kekuatan.
Tujuh malam berturut-turut saya mengerjakan solat istikharah. Saya mahu jawapan yang pasti. Saya tak mahu hanya kerana satu mimpi, segalanya musnah. Tapi ... Bukan Zikri orangnya. Zikri tak muncul dalam mimpi saya. Awak yang muncul dalam mimpi saya. Saya bermimpikan mimpi yang sama dalam masa seminggu berturut-turut. Dan dalam ketujuh-tujuh mimpi itu, hanya ada saya dan awak.
Zikri tak pernah bertanya lebih lanjut tentang mimpi saya. Saya tahu Zikri dapat meneka jawapannya. Siapa sebenarnya yang ada dalam mimpi saya. Sejak hari itu, semuanya berubah. Zikri kerap menyendiri. Jika dia tidak ada di hospital, dia pasti terperuk di dalam bilik. Pernah sekali saya meminta izin masuk ke dalam biliknya. Saya lihat biliknya bersepah sedangkan baru dua hari sebelum itu saya mengemas biliknya. Zikri hanya senyum apabila saya menarik nafas panjang melihat keadaan biliknya.
Terdetik rasa kasihan dalam diri saya terhadap Zikri. Selama ini, dia berusaha kuat untuk memenangi hati saya walau dalam apa jua cara sekalipun. Tiap malam saya mengerjakan solat istikharah, mohon diberi petunjuk. Apa sebenarnya harus saya dan Zikri lakukan andai benar tiada jodoh antara kami. Sungguh, saya pernah berfikir untuk melawan takdir. Saya mahu terus bersama Zikri tapi semakin hari saya menjadi semakin goyah. Saya masih bermimpikan mimpi yang sama. Saya dan awak.
"Riana, dah lewat ni. Esok saje la kita pergi, ya?" Kata-kata Mama membunuh lamunan saya. Saya memandang Mama dan saya terasa pipi saya basah. Sejak bila saya menangis? Saya lihat ke luar. Benar kata Mama. Sudah lewat. Beberapa minit lagi pasti masuk waktu solat Maghrib. Saya menuruti permintaan Mama.
Malam itu saya berbaring di atas katil di dalam bilik saya. Mulanya saya mahu Mama menghantar saya ke rumah saya dan Zikri. Tapi Mama tidak bersetuju. Risau dengan keselamatan saya, katanya. Lagipun sudah lama saya tidak bertemu Mama dan Papa. Sejak ke India bersama Zikri, tak pernah sekali pun saya pulang termasuklah ketika menyambut Aidilfitri. Kiranya saya berkesempatan untuk merasa sambutan bulan kemenangan umat Islam itu di negara orang lain.
Tapi tidur saya langsung tak tenang. Badan saya rasa lemah. Saya rasa semangat saya sudah dibawa pergi. Berkali-kali saya cuba untuk melelapkan mata, berharap malam akan segera berlalu pergi dan buat seketika, saya mampu untuk melupakan semua perkara di dalam dunia ini. Saya hanya mahu berasa tenang walaupun hanya seketika. Walaupun Cuma sekejap, saya mahu berhenti berfikir.
Mama masuk setelah tiga kali mengetuk pintu bilik saya. Saya terus duduk apabila Mama mengambil tempat duduk di sisi saya. Saya senyum apabila melihat wajah sayu Mama. Melihat wajah Mama sebegitu, saya terasa ingin menangis. Tapi sampai bila saya nak menangis. Big girls don’t cry, right? Mama mengusap rambut saya membuatkan saya rasa semakin sebak. Dada saya sakit menahan air mata.
"Mama harap sangat Riana dapat terima hakikat ni. Mama tahu anak Mama ni kuat orangnya." Sepantas kilat, air mata saya menitis. Sebak yang cuba saya tahan terus terlerai. Seminit kemudian esakan saya kedengaran. Mama terus memeluk saya. Dalam pelukan Mama, saya rasa sangat lemah, macam saya tak mampu untuk bernafas. Mama beritahu Riana ... Macam mana Riana nak terima hakikat yang Nizam dah tak ada?
Tanpa saya sedari, saya tertidur. Tapi tidur saya tak lena. Saya bermimpikan awak. Awak senyum gembira lalu berlari-lari anak meninggalkan saya. Saya cuba untuk mengejar awak tapi awak pergi terlalu jauh dan terus hilang dari pandangan. Saya mula tercari-cari di mana awak tapi awak terus hilang. Saya jumpa banyak orang yang saya sayang dalam mimpi saya. Saya jumpa Mama, Papa, Ibu ... Dan Zikri. Tapi saya tak jumpa awak. Saya tanyakan pada semua orang ke mana awak pergi tapi tak seorang pun menjawab. Mereka hanya tersenyum pahit. Tiba di suatu tempat, saya ternampak awak ... Atau seseorang yang nampak macam awak. Saya panggil nama awak tapi belum sempat awak berpaling, saya terjaga dari tidur.
Dada saya berombak kencang. Seluruh badan saya basah dengan peluh walaupun aircond terpasang pada suhu 22 darjah. Saya lihat jam di handphone saya. Pukul 4 pagi. Saya menarik nafas panjang. Tiba-tiba air mata saya bertakung. Saya teringatkan awak. Tapi saya tak ingat wajah awak. Saya tak ingat suara awak. Saya tak ingat apa-apa langsung pasal awak. Macam memori saya tentang awak dah hilang. Dan satu-satunya perkara yang saya inginkan hanyalah awak. Saya nak dengar suara awak, saya nak dengar awak ketawa, saya nak awak ada di depan saya. Saya tak nak awak pergi.
"Nizam accident kat KL. Dia ... Dia dah tak ada." Saya pandang Zikri. Kemudian saya larikan pandangan.
"Oo ..." Hanya itu reaksi saya. Saya cuba untuk tenangkan perasaan saya tapi saya rasa lain. Suasana sekeliling terus sepi.
"Ari dengar tak apa yang Abang cakap ni? Nizam dah tak ada." Ulang Zikri. Saya mengangkat wajah lalu senyum. Saya tak tahu kenapa saya senyum.
"Saya dengar." Jawab saya perlahan.
"Ari tak nak balik KL?" Saya hanya mendiamkan diri. Balik ke KL? Untuk apa? Untuk menziarahi awak? Untuk sama-sama ke kubur mengebumikan awak?
"Nantilah saya fikir." Saya menjawab setelah agak lama mendiamkan diri.
Saya dan Zikri makan dalam suasana yang cukup sepi. Saya tak dengar langsung bunyi pinggan berlaga dengan sudu atau bunyi Zikri meletakkan cawan di atas meja. Saya tak rasa tangan saya sedang menyuap makanan dan saya tak rasa langsung apa yang saya sedang makan. Selepas makan dan mengemas, saya terus masuk ke dalam bilik. Sebaik saja menutup pintu, barulah saya dapat rasa segalanya. Saya duduk bersandar pada pintu dan di situlah saya menangis semahunya.
Keesokan harinya saya meminta izin pada Zikri untuk ke KL. Zikri membisu buat agak lama sebelum memberikan keizinan. Apabila saya bangun untuk keluar dari biliknya, Zikri menghentikan saya. Dia menghulurkan sekeping kertas kepada saya. Sekeping tiket ke KL. Saya memandang Zikri, tidak percaya. Bila dia beli tiket ni?
"Pergilah. Abang izinkan." Hati saya tersentuh lagi. Saya ingin sekali mengucapkan terima kasih tapi perkataan itu langsung tak terluah dari bibir saya.
Ketika di lapangan terbang, Zikri nampak pelik. Wajahnya sayu. Malah sepanjang perjalanan Zikri menggenggam erat tangan saya, seakan tak mahu melepaskan saya pergi. Saya sempat bergurau padanya. "Kenapa awak sedih ni? Macam saya nak pergi mati pulak. Awak jangan risau la. Saya akan balik cepat."
"Kenapa Ari cakap macam tu?" Tinggi suara Zikri memarahi saya. Saya benar-benar terkejut. Tak pernah saya lihat Zikri marah sebegitu. "Abang tak pernah fikir macam tu. Kalau apa yang Ari cakap tu jadi betul-betul baru tau. Apa yang keluar dari bibir kita ni satu doa. Jangan nak sesuka hati bercakap atau bergurau." Saya menarik muncung panjang, sepanjang syarahan Zikri. Gurau sikit pun tak boleh.
"Abang nak peluk Ari sebelum Ari pergi, boleh?" Pinta Zikri. Saya terkedu. Ini kali pertama Zikri meminta perkara sebegitu. "Boleh la ... Sekali ni je." Saya memandang Zikri. Demam ke dia ni? Peluk? Erk? Tak terbayang rasanya. "Please Ari ..." Kali ini suara Zikri mula kendur. Saya tidak memberikan respon. Memang Zikri berhak mendapat apa yang dipintanya tapi saya tak pernah bersedia. Nak berpegangan tangan dengan Zikri pun saya tak selesa apatah lagi nak bagi Zikri ... peluk ... erk?
Sementara menunggu masa untuk berlepas, Zikri memegang erat tangan saya. Bila saya menarik tangan saya seketika, pasti dia akan menarik tangan saya semula. Zikri macam takutkan sesuatu. Saya rasa Zikri takut saya tak akan balik ke sisinya tapi tak mungkin itu akan berlaku. Kini saya akan belajar menerima kenyataan. Kenyataan yang sebenarnya saya dan dia mungkin sebenarnya ditakdirkan untuk bersama walaupun hanya seketika.
Zikri tak habis-habis berpesan sepanjang kami menunggu masa untuk berlepas. Berulang kali dia meminta saya untuk menjaga diri. Dia juga sering memberitahu yang dia sayangkan saya lebih dari segalanya. Kebahagiaan saya adalah lebih penting walaupun itu bermakna dia akan menderita sendiri. Saya jadi hairan. "Awak ni ... Janganlah cakap macam tu. Tahulah saya jaga diri. Saya pergi kejap je. Nanti saya balik. Awak jangan risau." Secara automatik saya mengusap pipi Zikri. Zikri kelihatan terkejut. Saya juga begitu. Tidak lama kemudian saya lihat Zikri senyum. Saya turut menguntum senyuman. Ketika hampir berlepas, bagaikan ada satu kuasa yang mendorong saya untuk memeluk Zikri. Itulah kali pertama saya dan Zikri berada begitu rapat.
"Untuk apa ni?" Tanyanya. Untuk apa pelukan itu? Entahlah ...
"Untuk segalanya." Jawap saya.
"Terima kasih, Ari. Abang sayang Ari. Jaga diri baik-baik." Saya hanya menganggukkan kepala lalu mencapai tangan kanan Zikri dan menyalaminya. Dengan perlahan saya kucup tangan Zikri. Saya dapat merasakan tangan Zikri menyentuh kepala saya yang dilitupi tudung biru. "Assalamualaikum." Itulah bicara terakhir yang saya dengar dari bibir Zikri.
Saya kembali menutupkan mata. Apa yang harus saya lakukan? Tidur? Atau terus berjaga? Jika saya tidur, bagaimana jika saya bermimpi tentang awak lagi? Saya tak mahu. Nanti saya menangis. Terus berjaga? Mana mungkin. Saya pasti akan terus berfikir tentang awak. Saya tak nak! Saya tak nak bermimpi atau berfikir tentang awak. Saya tak nak bersedih lagi. Dan sepanjang saya berdebat dengan diri saya sendiri, akhirnya saya terlena.
Perlahan-lahan saya membuka mata. Saya memandang ke arah siling. Tiada mimpi. Alhamdulillah. Saya memandang ke arah sisi kiri tempat saya berbaring. Ada seseorang yang sedang tidur dengan menekap muka ke arah katil. Siapa? Zikri? Bukan ... Gaya rambut ini bukan milik Zikri. Bentuk badannya juga tidak sama seperti Zikri. Air mata saya mula bertakung. Saya rasa saya kenal lelaki ini ... Nizam?
Rupanya ini satu mimpi. Saya ingatkan saya tak akan bermimpi lagi jika saya tidur. Saya silap. Apa jua yang saya lakukan, bayangan awak akan sentiasa menghantui saya. Dengan perlahan-lahan saya memegang bahu awak. Sumpah, saya harap mimpi ini akan berakhir. Saya tak nak tengok awak. Nanti saya sedih. Tapi belum sempat saya sentuh awak, badan awak bergerak. Cepat-cepat saya menarik tangan dan melarikan pandangan. Saya tak sanggup. Saya takut saya akan rindukan awak.
"Ariana ..." Kedengaran suara awak. Saya menekup telinga dengan kedua belah tangan. Jangan! Saya tak nak dengar! Ini semua Cuma mimpi. Saya tak mahu terus hidup dalam mimpi ini. Saya menutup kedua-dua belah mata saya. Hentikan mimpi ni! Bangun, Ariana! Kemudian ada tangan yang menyentuh tangan saya. Tolong! Tolong kejutkan saya dari lena. Saya mahu kembali ke dunia realiti.
"Ariana ... Saya ni." Saya terus menolak tangan yang cuba menarik kedua-dua tangan saya. Esakan saya kedengaran. Saya tak nak dengar suara awak. Berhenti sakiti hati saya. "Ariana ..." Suara itu berulang-ulang memanggil nama saya.
"Pergi!" Jerit saya. "Leave me alone!"
"Ariana, saya Nizam. Saya ..." Belum sempat suara itu menyambung, saya terdengar suara Mama yang keresahan. Mama tolong Riana ...
"Riana, bangun sayang. Buka mata ... Nizam ada kat sini." Mata saya terbuka luas. Saya lihat Mama sedang memegang bahu saya dan awak menggenggam tangan saya. Mama? Awak? Saya lihat Papa sedang berdiri di ambang pintu.
Apa semua ni???
"Panjangnya muncung ... Kalah Donald Duck. Boleh jual kat Walt Disney ni." Saya terus menjeling ke arah awak. Benci rasanya dipermainkan. Mama dan Papa ketawa perlahan mendengar usikan awak. Is it so damn funny? Dahi saya berkerut menahan marah. Rupanya ini semua hanya lakonan. Semuanya bermula dari Zikri.
Kini saya bukan lagi milik sesiapa. Zikri telah menyerahkan segala-galanya kepada takdirNya. Dan takdir telah menentukan yang saya tidak tercipta untuk menemani hidup Zikri. Saya adalah untuk awak. Zikri tahu saya bersedia untuk bersamanya walaupun mungkin tidak sehingga ke akhir hayat. Mungkin satu hari nanti saya atau dia akan memutuskan ikatan ini walau sekuat mana pun kami cuba menjaga hubungan ini. Dan Zikri tahu yang saya takkan mendengar kata-katanya jika dia meminta saya untuk kembali ke sisi awak. Saya tak sangka Zikri benar-benar memahami saya. Memang itu yang saya rasakan selama ini.
Zikri yang merancang semua ini. Dulu dia merancang untuk memaksa saya berkahwin dengannya. Dan kini dia juga yang merancang supaya kami berpisah. Awak serahkan sepucuk surat dari Zikri. Zikri yang letakkan surat ini di dalam beg saya malam sebelum saya berlepas. Berjuraian air mata saya ketika membacanya. Zikri yang selama ini saya sangkakan tidak berperasaan rupanya berhati baik. Dia meminta maaf merampas saya dari awak selama ini. Semuanya kerana dia terlalu sayangkan saya. Dan kali ini dia melepaskan saya kerana perasaan sayang. Dia tak sanggup melihat saya terus menderita. Bait kata terakhir yang tak mampu saya lupakan adalah "abang lepaskan Ari pergi bukan sebab Ari tak sayangkan Abang. Tapi sebab Abang tahu yang Ari akan lebih bahagia setelah Abang lepaskan Ari."
"Ariana, lama lagi ke? Dah lama saya tunggu ni!" Awak menjerit dari halaman. Saya memandang ke arah awak yang sedang berdiri mendongak ke arah saya di tingkat dua. Awak memakai sut serba hitam dan ada sejambak bunga mawar putih di tangan awak. Ini sudah masuk kali keempat awak datang membawa harapan yang sama.
"Saya rasa tak lama. Mesti Ariana nak kahwin dengan saya, kan? Saya tahu Ariana sayangkan saya." Saya dengar awak ketawa. Saya menjuihkan bibir. Tak tau malu!
"Perasanlah awak ni. Siapa nak kahwin dengan awak?" Usik saya.
"Nur Ariana binti Muhammad Ariffin!" Laju awak menjawab. Saya menjuihkan bibir lagi.
"Saya tak nak!" Jerit saya.
"Nak!"
"Tak nak!"
"Tak kira, nak jugak!"
Saya hanya menggelengkan kepala. Degil betul anak orang ni.
"Ariana!" Awak menjerit lagi.
"Apa dia?"
"Kahwinlah dengan saya!" Saya lihat awak mengangkat bunga itu tinggi seakan mahu menyerahkannya kepada saya. Di tangan kiri awak pula ada bekas cincin.
"Kenapa?" Tanya saya.
"Sebab saya nak jaga Ariana. Saya nak pastikan Ariana bahagia sampai bila-bila!" Ish, tak malu betul. Saya lihat jiran-jiran saya sudah mula tersenyum melihat awak. Saya hanya senyum. Awak turut tersenyum, memahami erti di sebalik senyuman itu. Untuk apa awak mahu menjaga saya dan memastikan saya bahagia ... Sedangkan memiliki hati awak adalah kebahagiaan untuk saya ...
TAMAT
P.S. Maaf lmbt upload. Terima kasih kepada semua yang membaca karya ini. Semua komen yang anda berikan akan membantu saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini. Thx so much!
yeh..yeh..ak org 1st kew??..huhuhu.. hepy ending..skian lmew ak 2nggu..akhirnya! hak3...your nvel is the best la writer.. tbik spring!! klakar tol ending diew...hak3333...
sweetnyerr...tp ending die mcm cepat sgt la,nway congrates! congrates coz berjaya wat cte yg menyentuh hati sy. tiba2 rse jatuh cinta kat zikri lak.hehehe
huhuhuh..ingtkan nizam mati..nak nagis da tadi..kalau btl awak buat watak nizam mati sy nak kate dlm bace semua episod novel ini blum sekali sy hapi, asyk sedih je bace...last2 ending die gini.. OK la
ermm... citer nie memang best... sepanjng citer sedih... tp y ending x sedih sagt la.... okey... cume saye pening bce mase kat tempat mimpi tu... hek3... best gak last2 dy ngn nizam... tp kesian ngn zikrikan.... huk3... =(.. papa pon pas nie wat citer y best ag k... =).... ;).....
saya terasa nak mengalir air mata dgn watak zikri.. perasaan saya begitu syahdu dgn zikri hingga tak rasa apa2 dgn pertemuan nizam dgn ariana tu... saya sendiri berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi saya pupuk perasaan tu sehingga sekarang... alhamdulillah suamilah cinta hati saya sekarang hingga saya dapat lupakan cinta saya sebelum ni... tapi apa2 pun ini cuma cerita rekaan... good job to writer, i like this story...
suka sgt citer ni cuma part last ni agak mcm terkejut2..hihi tapi at least ending yg saya harapkan... lepas ni buat laa citer pasal zikri. sian dia...he might be a good start for a new story...
cite nie mmg best giler...sy bace dr mule smpai abs..mmg byk pengajaran yg sy dapt dlm cite nie..sekurang2 nya kite sume taw yg sebenarnye Allah nk uji kite sebelum die beri per yg kite nk sebenarnyer...dan Allah juga selalu hantar owg yg slh pd kite sebelum hantar owg yg mmg jodoh kite..xpi mmg best r cite nie..mcm real r..hehehe anyway sy enjoy ngn cite nie...
haah..rse nk nangis ngn watak zikri. sgt sedey ngn pngrbanan die. huhuhu.. t'sgt sedeyyyyy...baiknyer ati die tp msti die sgt t'luka. kalo mmg ade ad org cm zikri, smg die dpt bangun n truskn idup ini.
PAWER LA ADEK MIMI!!!!! mule2 bace x sangka ina tulis.. terpersaan nama.eh nape nama itu dikenali.betul la kata mimi.ina layak jd penulis,tau x smua --> ina pawer!!!
sgup x tdo hbs kna novel ni... ayat ringkas,konsisten n ringan.. xmemaksa pembaca memahami plot sepnuhnya tp really achieved d reader target larh..
mana acii nurizz..aku sbnrnya org 1st..uwwaa...aku xreti aritu nak bg komen..:))megong btoi aku ni..adess.. cite nie mmg best gile..nama panel die pun PEMUJA RAHSIA~penuh maksd tersirat..
aku mula2 baca cite nie pun aku dah tau apa kesudahan citenya..byk dugaan yg dan rintangan buat pasangan ini. kadang aku pun mcm dieorg gak..eceh2..pasan lak.huhuhu..
apa2 pun TAHNIAHHZZ..buat penulis..cite2 yg di sampaikan ckup bagus..penuh penghayatan..bila baca cerpen ni..
ehh ingatkan nizam x ada dah. hoho tp kesian jugak tgk zikri sedih la cerita ni, masa saya baca tu saya harap sangat semua ni mimpi riana je sbb sedih wehh bila tgk zikri terluka jugak haha xD anyhow good job to writer i love your story :)
mmg best... akhirnya bahagia tetap milik ariana.... buat zikri... kebahagiaan anda pasti akan menyusul... kerana anda memberi kebahagiaan yang sebenarnya pada ariana...
so sweet.. teknik penceritaan yang bagus dr dua perspektif... plot yang mantap... x terasa nak berenti membaca... nak tanya adakah citer nih deterbitkan lam bentuk novel? kalau ada leh tak awak mesej kat saya? ace.azham@yahoo.com
p/s:im going to blame u coz of ur writing i x wat keje kat ofis hehehehehe :P
Adoi... wlupon aku bce lompat2, tapi dekat menggigil bdn aku bce... sedey sgt la cre penceritaan die... paling tak suke bce cite yg camni... sodeh bona!!!! nywy, gud job!!!!
oi jahat nye ko sampai ati ko tulis macam ni aku nagis baca cite ni same macam cite aku tp x la sampai kawin ku tertekan dia syang aku tp dia jual mahal mcam cite ni huhuhu jan tulis mcam ni ar cian kat pembaca yang baca mcm aku ni
oooohoooiii!!ketar gila ak baca td...igtkan nizam mati....waaa...rugi air mata aku...dahla tiap2 n3 nangis...uwwwaaaa....skrg ni pon bdn aku sengal2 lg coz ketar gila badan igt ada yg mati td..cam real la citer ni...good job writer!!salute spring la kt awk...ish,bestla...best sgt2...hehhehehe
jalan cite menarik sangat2 tahniah wat penulis!!! cite ni ada feeling yg menyentuh hati gilerrr sampai rasa nak nangis bca cite pasal nizam & ariana good job and teruskn usaha tulis novel k. (^_^)!!
BEZNYA NOVEL NEY HUHU,,,,,,,,,, NK NANGS DA TD TEM CKP NIZAM DA X DE HUHU,,, N DLM FKIRAN MSTI ARIANA AKN PERGI MCM NIZAM SBB DITAKDRKAN JDOH MREKA,,,,
suke2.......kalau wat novel banyakkan lah dialog mesti lagi gempak...then pastikan andingnya panjang sikit je sampai dpt baby ker...best sgt...thanz kat penulis sebab sediakan novel versi pendek ni....hehehehhe..pe2 pon good luck...
de sedih de lawak complete smuanye and fresh jrg de org cm penulis ni really2 love it n rsenye org len yg bce pn puas hati sbb comment list pn pnjg Btw keep it up h0pe success selalu PEACE Y0! :)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yeh..yeh..ak org 1st kew??..huhuhu..
hepy ending..skian lmew ak 2nggu..akhirnya!
hak3...your nvel is the best la writer..
tbik spring!!
klakar tol ending diew...hak3333...