BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Februari 11, 2009
Novel : Pergilah Airmata 22
Nama Pena : Hanni Ramsul

Pergilah Air Mata 22

Tanpa sedar ada air jernih yang mengalir membasahi pipinya. Untuk apa? Dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, untuk sedetik, tatkala Badrul melafazkan akad, dia terasa jiwanya tiba-tiba kosong. Dan, tatkala Dayana tunduk mengucup tangan Badrul, air matanya menitis tanpa sedar.
"Ina…,"
Dengan sedikit tersentak, Sabrina menoleh. Jamilah memandang wajahnya dengan renungan simpati. Perlahan dia mengukir senyum sambil tersenyum. Dari tingkat atas dia memandang majlis akad nikah yang dijalan di ruang tamu. Badrul segak dengan baju melayu berwarna ungu lembut. Dan Dayana cukup jelita dengan kebaya lace dari warna sedondong.
"Masuklah ke dalam,"Jamilah bersuara sambil melabuhkan punggung ke sofa panjang. Duduk di sebelah Sabrina. Simpati membuak-buak di hatinya melihat wajah Sabrina. Sabrina menggeleng perlahan. Air mata di pipi disapu perlahan.
"Kak Milah tak sibuk ke?,"
Jamilah menggeleng.
"Kalau semua ni, buat Ina sedih, janganlah tengok. Pergilah masuk bilik,"
Sabrina menggeleng perlahan.
"Tak apa. Saya tak apa-apa. Okay,"
"Okay? Kalau okay ni apa ni?,"Jamilah bersuara sambil menyapu air mata di pipi Sabrina. Sabrina tergelak dalam sendu.
"Saya pun tak tahu, Kak. Air hujan kot,"balasnya cuba berseloroh. Jamilah tersenyum hiba. Perlahan menarik Sabrina rapat ke bahunya. Dia yakin, gadis itu sedang bersedih. Sabrina terkedu. Pelukan Jamilah terasa begitu mendamaikan. Rindunya dia pada pelukan sebegini. Pelukan yang sudah bertahun tidak dia rasa. Pelukan yang membuat dia teringatkan Mak Alang. Ibu saudara yang menjaganya sejak dia kehilangan ayah dan ibu. Ibu saudara yang telah pergi meninggalkannya tiga tahun lalu. Dengan sedikit teragak-agak, Sabrina membalas pelukannya itu. Terasa hangat pelukan Jamilah sehangat pelukan Mak Alang sewaktu dia perlukan sokongan arwah ibu saudaranya itu.
"Sabarlah,"
Sabrina sebak mendengar kata-kata pujukan itu. Terasa apa yang sedang menghimpit dadanya, bakal meledak keluar.
"Saya pun tak tahu kenapa saya rasa macam ni, Kak Milah. Sebelum ni, kenapa saya tak rasa macam ni?,"
"Walau Ina kahwin sebab terpaksa, Encik Badrul tetap suami Ina. Isteri mana yang boleh tersenyum senang melihat suami berkahwin dengan orang lain,"
Sabrina kaku di dalam pelukan Jamilah. Betul ke? Sebab itu ke, air mata menitis di pipinya?
"Kenapa sebelum ni, saya langsung tak kisah?,"dia bertanya lagi. Benar-benar tidak faham dengan perasaanya sendiri. Jamilah diam. Cuma perlahan mengelus rambut Sabrina.
"Sudahlah tu. Jomlah masuk,"
Sabrina meleraikan pelukannya. Memandang sekali lagi ke arah ruang tamu yang cukup meriah dengan para jemputan. Kerlipan flash kamera bagai kilat sabung-menyabung. Melihat wajah ceria Badrul dan Dayana, hatinya terasa perit tiba-tiba. Cepat-cepat dia alihkan pandangan. Terpaut pada renungan Darius. Darius memerhatinya dalam diam. Di celahan tetamu yang ramai, Darius tercegat memandangnya.
"Awak pula. Silap bila awak setuju dia kahwin lain,"
Selintas kata-kata Darius tempoh hari menjengah di ruang ingatan. Inikah kesilapan yang Darius maksudkan? Dia silap menilai perasaan sendiri. Dia yakin dia boleh lalui ini semua dengan mudah. Namun, saat ini, baru dia sedar, terlalu sukar untuk menerima hakikat dia kini terpaksa berkongsi Badrul dengan Dayana. Walaupun, tiada rasa cinta untuk Badrul, namun, lelaki itu pernah melafazkan akad yang sama untuknya. Melihat Badrul dan Dayana berpakaian indah, pantas dia teringatkan majlis akad nikahnya yang penuh dengan air mata. Pipinya lencun tatkala Badrul melafazkan namanya di hadapan kadi.
Dia melihat segarit senyum di bibir Darius. Dengan payah dia membalas senyuman itu.
"Saya nak masuk dululah, Kak Milah."
Jamilah mengangguk.
"Nak akak temankan ke?,"
Sabrina menggeleng pantas.
"Tak payah. Nanti mesti Kak Milah sibuk nak melayan tetamu. Takut Datin marah pula nanti. Saya minta maaf ya, Kak Milah. Saya betul-betul tak boleh tolong Kak Milah. Saya ingat saya kuat, rupa-rupanya saya lemah sangat. Saya tak sanggup nak tengok semua tu,"
Jamilah tersenyum kecil. Memandang wajah Sabrina yang sedikit sugul. Dalam hati segundah itu, Sabrina masih sempat memikirkan tentang dirinya.
"Tak payah risau pasal akaklah. Akak dah biasa. Sekarang Ina pergi rehat. Jangan fikir sangat tentang benda ni,"
Sabrina tersenyum kecil sambil mengangkat punggung. Melangkah lesu menuju ke biliknya. Dalam enggan, dia berhenti di hadapan bilik Badrul. Menolak daun pintu tanpa tujuan tertentu. Melihat bilik itu yang dihias cantik. Bilik pengantin. Dia mengeluh perlahan sambil menutup semula pintu bilik itu. menyambung langkah menuju ke biliknya. Dia kini terpaksa tidur di dalam bilik lain. dalam diam, dia mulai berasa jauh dari Badrul.
‘Ini yang kau mahu Ina… Kau kena terima semua ni’
Sabrina menelan liur. Suara hatinya tidak lebih membuat dia berasa semakin sedih. Pintu bilik ditolak perlahan. Bilik tetamu kini menjadi biliknya. Mungkin hanya bilik ini yang layak untuknya. Pintu bilik ditutup perlahan. Sepi. Terpisah dari segala keriuhan dari luar. Dia mengeluh perlahan. Bergerak ke katil. Sepinya hati ini saat ini. Banyak yang tersimpan di hatinya, ingin dia luahkan pada seseorang. Tetapi, saat ini dia tidak mempunyai sesiapa. Tidak ada teman untuk berkongsi rasa sedih ini.
Dia mencapai telefon. Ingin menghubungi Maria. Tetapi, untuk apa? Tiba-tiba teringatkan layanan Maria padanya tempoh hari. Berbeza sekali layanan temannnya itu. Takkan Maria mahu mendengar rintihan hatinya. Ikmal? Lelaki itu tidak sesuai untuk menjadi tempat dia luahkan perasaan. Lagipun dia tidak mahu menambah beban di bahu Ikmal. Dia mengeluh perlahan. Sekarang baru dia sedar, rupa-rupanya teman akrabnya Cuma Maria. Bahu untuk dia lepaskan tangisnya Cuma Ikmal. Teman-teman lain, tidak lebih sekadar teman berkogsi cerita gembira. Dan, saat ini, dia harus belajar menelan setiap kepahitan sendirian. Dia harus lebih kuat dari sebelumnya. Telefon bimbitnya diletakkan semula di atas meja kecil di tepi katil. Terpandang cincin di jari manisnya. Cincin yang tidak pernah dia acuhkan selama ini. Cincin perkahwinannya dengan Badrul. Perlahan dia menyentuh cincin emas yang terlalu biasa bentuknya itu. Tiba-tiba timbul rasa sayang pada cincin itu.
Sekali lagi dia menghela nafas panjang. Mengangkat punggung bergerak ke jendela. Mengintai ke halaman banglo Datuk Hamidi yang penuh dengan khemah. Badrul berkeras mahu mengadakan majlis perkahwinannya di rumah sahaja. Menolak cadangan ibu mertuanya agar majlis itu dibuat di hotel. Kenapa? Tidak pula dia tahu. Senyum lebar Badrul dan Dayana yang sedang melayan tetamu, dipandang sepi. Bahagianya pasangan itu.
"Saya harap awak tak menyesal dengan keputusan ini. Kalau awak sayangkan Bad, baik awak minta saya batalkan perkahwinan ni. Saya tak nak nanti timbul masalah…,"
"Tak. Saya tak ada apa-apa perasaan pada Badrul. Lagipun saya tak berhak menghalang Badrul untuk hidup bahagia…,"
"Saya tak tahu kenapa saya boleh setuju dengan cadangan Badrul ni. mungkin sebab saya terlalu cintakan dia, atau sebab saya cemburukan awak. Tapi, saya terima perkahwinan ini sebab awak cakap, perkahwinan ini tak membawa makna pada awak. Awak tak harap apa-apa dari perkahwinan ni. Dan Badrul pula, dia cakap, dia akan lepaskan awak. Sampai masa, dia akan lepaskan awak. Sebab itu saya terima. Sebab, saya tak nak berkongsi Badrul dengan orang lain..,"
"Jangan bimbang. Badrul hanya milik awak. Dia Cuma mahu awak jadi teman hidupnya,"
"Awak yakin awak tak akan menyesal? Saya harap awak dah fikir masak-masak. Saya kahwin dengan Badrul dan awak terpaksa lupakan hak awak sebagai isteri dia sehingga dia lepaskan awak. Kalau itu semua terlalu berat pada awak, baik awak ubah keputusan awak sekarang. Sebelum saya berbincang dengan family saya. Betul awak tak rasa sayang pada perkahwinan awak ni? Sikit pun tak ada?,"
Sabrina memandang wajah Dayana. Perlahan dia menggeleng.
"Saya Cuma nak tunggu hari Badrul akan lepaskan saya..,"
Sabrina mengeluh panjang. Kata-katanya amat meyakinkan lewat pertemuannya dengan Dayana sebelum kata putus tentang perkahwinan itu dibuat. Dia sendiri amat yakin dengan perasaannya saat itu. dia tidak berbohong pada Dayana. Memang saat itu dia Cuma mahu badrul lepaskannya. Dan kata-kata Dayana bagai memberi kekuatan padanya. Dayana memberitahu Badrul memang berhasrat ingin melepaskannnya. Sungguh. Saat itu,itulah satu-satunya berita yang dia nantikan. Tetapi, kenapa kini, perasaannya seakan berubah? Kenapa tiba-tiba dia jadi sayang pada perkahwinan yang tidak pernah dia acuhkan selama ini? Kenapa dia berasa jauh dengan Badrul apabila melihat lelaki itu erat memeluk tubuh Dayana. Berasa sedih melihat gelak tawa gembira lelaki itu?
"Bodoh! Jangan jadi bodoh Sabrina. Kau dah janji. Kau tak boleh mungkir janji. Kau sendiri yang cakap, kau tak ada apa-apa perasaan pada dia…,"
Sabrina memegang kepala. Dia sudah mula bercakap sendiri. Sudah mahu gilakah dia? Satu keluhan yang teramat berat dilepaskan. Dia tidak mahu tengok ini semua. Dia tidak mahu fikir tentang semua ini. Langsir ditarik perlahan. Bergerak ke katil sambil merebahkan diri di situ. Cuba membuang rasa sebak yang kembali datang menghimpit dada. Pergilah wahai air mata. Janganlah memberat di bibir mata ini lagi. Dia cuba pejamkan mata. Cuba membuat dia lena…

****
Badrul mengukir senyum. Bagai mimpi, akhirnya Dayana bergelar isterinya. Dari jauh dia melihat Dayana sedang berbual dengan ibu dan bapanya. Acara sudah berakhir. Tetamu sudah beransur pulang. Halaman yang dari pagi penuh dengan manusia, kini sudah sepi.
"Kak Milah,"panggilnya sebaik melihat kelibat pembantu rumahnya itu. Jamilah menoleh. Melangkah merapatinya.
"Ada apa Encik Badrul?,"
"Hmm… Sabrina mana? Saya tak Nampak dia pun…,"Badrul mengajukan soalan. Agak pelik apabila dia tidak melihat kelibat Sabrina sepanjang hari.
"Ada kat bilik dia kot. Dia Nampak sedih tadi,"jawab Jamilah bersahaja.
"Sedih? Kenapa pula?,"
"Manalah akak tahu. Encik Badrul pergilah tengok sendiri,"
Baru sahaja dia mahu ajukan lagi soalan, Jamilah sudah berlalu. Sedih? Sabrina sedih? Kenapa gadis itu mesti sedih? Semalam dia melihat Sabrina tersenyum senang membantu Jamilah menyiapkan persiapan perkahwinannya. Sehari sebelum itu, Sabrina bertenggek di ruamg tamu melihat ibunya menghias barang-barang hantaran. Hari ini, tiba-tiba bersedih pula? Dia mengeluh perlahan. Menghayun langkah menuju ke tingkat atas. Ingin melihat keadaan Sabrina. Laju dia melangkah sebelum berhenti seketika di hadapan pintu bilik Sabrina. Teragak-agak untuk mengetuk pintu. Tiba-tiba jadi serba-salah untuk berdepan dengan gadis itu. Dalam rasa serba-salah itu, perlahan dia mengetuk pintu. Senyap. Tidak berjawab. Dia mencuba sekali lagi. Sama. Sudahnya dia menolak perlahan daun pintu. Tidak berkunci. Pintu dikuak lebih lebar, sebelum dia melangkah masuk.
"Tidur lagi. Tak ada kerja lain ke?,"dia merungut perlahan melihat Sabrina lena di katil. Melangkah mendekati katil. Perlahan dia melabuhkan punggung di birai katil. Memandang wajah Sabrina dalam lena. Nampak begitu tenang. Dalam benci, dia harus berterima kasih pada gadis ini. Kerana Sabrina, Dayana setuju untuk mengahwininya. Dia tidak tahu apa yang Sabrina bualkan dengan Dayana. Tetapi, setelah pertemuan empat mata antara Sabrina dan Dayana, Dayana akhirnya memberi kata putus. Kata putus yang membahagiakannya.
"Thanks,"bisiknya perlahan sambil mengusap perlahan rambut Sabrina. Usapannya terhenti tatkala dia terpandang cincin di atas telapak tangan Sabrina. Dia ingat cincin itu. Cincin ibunya. Cincin yang diberi ibunya untuk digunakan sewaktu majlis akad nikahnya dengan Sabrina. Terpaksa menggunakan cincin ibunya kerana dia tidak sempat menyediakan itu semua. Atau lebih tepat lagi, dia tidak mahu menyediakan semua itu. Biasanya cincin itu tersarung elok di jari manis gadis ini. Kenapa hari ini cincin itu ditanggalkan? Dan, kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup kencang melihat cincin itu tidak lagi tersarung di jari Sabrina? Dengan hati-hati dia mencapai cincin di telapak tangan Sabrina. Tidak mahu membuat gadis itu terjaga. Sebaik jarinya tersentuh tangan Sabrina, mata gadis itu terbuka tiba-tiba. Cepat-cepat cincin yang sudah dia ambil, digenggam erat. Sabrina terjerit kecil. Pantas berengsot ke kepala katil sambil mengurut dada.
"Awak ni. tak pandai nak ketuk pintu ke?,"
Badrul memandang wajah Sabrina.
"Dah nak roboh pintu aku ketuk. Kau tu yang tidur mati,"
Sabrina diam. Dia melihat tangannya. Cincin di telapak tangannya sudah tiada. Mana perginya? Dia melihat sekeliling. Tiada. Pantas tangannya menyelak selimut. Tiada. Bergerak turun dari katil sambil membongkok mencari di lantai.
"Kau cari apa?,"
Sabrina tidak menjawab. Mahu berterus-terang dengan Badrul, dia sedang mencari cincin? Dia tidak sebodoh itu untuk membiarkan dirinya yang sedang bersedih ini, dimarahi Badrul. Terbongkok dia terus mencari di lantai.
Badrul terus memandang. Sudah tahu sebenarnya apa yang dicari Sabrina. Namun, seronok pula dia melihat wajah Sabrina yang cemas. Daripada membongkok, Sabrina kini merangkak perlahan mencari di sekitar katilnya. Membuat darah menyerbu naik ke muka Badrul sebaik melihat leher baju kurung Sabrina yang terjatuh. Menampakkan dada putihnya. Pasti gadis itu tidak sedar.
"Hey!,"
Sabrina mengangkat muka.
"Apa?,"soalnya geram. Badrul tidak menjawab. Cuma matanya tidak bergerak. Sabrina menurut arah renungan Badrul dan renungan itu berakhir ke dadanya. Wajahnya terasa panas tiba-tiba. Cepat-cepat dia duduk di lantai sambil memegang leher baju kurungnya.
"Awak pergi keluarlah. Jangan kacau saya,"jerit Sabrina geram. Badrul tergelak melihat wajah Sabrina yang merah menyala menahan malu.
"Kau cari apa?,"
"Adalah. Bukan urusan awak. Pergilah keluar. Jangan ganggu saya,"
"Amboi! Garangnya. Kak Milah kata kau tengah bersedih. Tapi, ini bukan bersedih. Ini tengah hot tempered ni,"
Sabrina menjeling tajam. Cuba buang rasa malu yang menjengah.
"Apa awak buat kat sini? Pergilah masuk bilik awak. Jangalah kacau saya,"soalnya sedikit hairan. Badrul merangkak ke atas katil kemudian duduk di lantai sambil bersandar pada katil.
"Kau cari ini ke?,"soalnya sambil membuka genggamannya. Sabrina memandang cincin di telapak tangan Badrul. Patutlah hilang.
"Awak nak balik ke, cincin tu?,"soal Sabrina perlahan. Dia tahu cincin itu bukan miliknya. Juga bukan milik Badrul.
"Mama nak semula ya?,"soalnya lagi.
"Kenapa kau tanggalkan?,"
Sabrina diam. Nampaknya dia bakal kehilangan cincin yang baru sahaja dia hargai akan kewujudannya itu. Perlahan dia bangun. Ingin melangkah keluar dari bilik itu. Langkahnya terhenti apabila tangan Badrul mencapai jemarinya. Dia pandang wajah Badrul. Segak bersongkok dengan baju melayu ungunya. Masih belum berganti pakaian.
"Come,"ujar Badrul sambil menarik tangannya. Dia akur. Melabuhkan punggung di sebelah Badrul sambil bersandar pada katil.
"Kenapa kau tanggalkan?,"sekali lagi Badrul bertanya. Sabrina diam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tanggalkan cincin itu. Mungkin dia ingin menggenggam cincin itu. mungkin juga dia ingin menggenggam semula perkahwinan yang sudah dia lepaskan ini. Dia pandang wajah Badrul. Takkan dia mahu berterus-terang dengan Badrul. Tidak penting rasanya.
"Tahniah,"ucapnya sekadar ingin mengubah tajuk perbualan. Badrul diam. Ternyata ucapan tahniah dari bibir Sabrina berbeza daripada ucapan tahniah dari manusia lain di sekelilingnya tadi. Kalau tadi, ucapan itu membuat dia berasa gembira dan bahagia. Tetapi, kenapa ucapan daripada Sabrina membuat dia kelu? Dia merenung wajah Sabrina. Perlahan mencapai jemari Sabrina, membuat Sabrina sedikit tercenggang. Memandang wajah Badrul hairan. Dia terpaku seketika apabila Badrul menyarungkan semula cincin itu ke jari manisnya.
"Jangan tanggalkan lagi,"
Sabrina memandang jari manisnya. Tersenyum.
"Terima kasih,"ucapnya perlahan.
Badrul turut tersenyum. Menggenggam erat jari Sabrina. Sabrina terkebil-kebil. Kurang selesa dengan cara Badrul. Tangannya ditarik perlahan. Namun, genggaman Badrul tetap erat mencengkam.
"Sabrina…,"
Sabrina mengangkat muka. Memandang wajah Badrul.
"Kak Milah kata, kau sedih. Kenapa? Sebab aku kahwin dengan Dayana ke?,"
Sabrina betul-betul tergamam. Lembutnya suara badrul mengalunkan soalan itu. Tidak pernah Badrul bercakap selembut ini dengannya.
"Berterus-terang dengan aku,"
Sabrina berdehem perlahan. Cuba bersuara. Tetapi tidak mampu. Sudahnya dia Cuma menggeleng perlahan.
"Apa maksudnya? Aku tak faham,"
"Saya… saya tak sedih pun. Kak Milah tu, pandai-pandai saja,"
Badrul tersenyum kecil. Perlahan menjatuhkan tangannya ke bahu Sabrina. Menarik Sabrina ke pelukannya.
"Thanks…,"ucapnya lembut sambil melayangkan satu kucupan di dahi Sabrina. Sabrina kaku tidak bergerak. Pelik betul tingkah Badrul. Lama bibir itu melekat di dahinya. Membuat jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.
"Untuk apa?,"soal Sabrina perlahan.
"Untuk segalanya. Aku tahu Dayana setuju kahwin dengan aku sebab kau. Sebab sesuatu yang keluar dari bibir kau. Bukan sebab aku ajak dia kahwin. Dia menolak sehinggalah kau berjumpa dengannya. Aku tak tahu apa yang kau cakap padanya. Tapi, terima kasih,"
Sabrina tersenyum kecil.
"Awak…,"
Badrul menatap wajah Sabrina sambil gadis itu cuba melepaskan diri dari pelukannya. Gagal. Kerana pautan tangannya di bahu Sabrina lebih kuat dari kudrat gadis itu.
"Awak… keluarlah. Bilik awak kat sebelah,"
Badrul tersenyum kecil.
"Kau takut ke?,"
Sabrina menjeling.
"Nanti Dayana cari awak. Cepatlah keluar,"
"Menghalau nampak…,"balas Badrul sambil mengangkat punggung. Sabrina terus duduk tersandar ke katil sambil memandang cincin di jarinya. Kemudian menyentuh dahinya yang masih terasa hangat kucupan Badrul.
"Jangan sambung tidur. Dah nak senja. And… tolong turun makan. Aku tak Nampak kau seharian hari ni. Mesti kau tak makan,"
Sabrina mendengar sambil membuat muka selamba. Bergerak memajat ke katil.
"Dengar tak?,"
"Dengarlah. Saya tahulah. Saya ni bukan budak kecil. Dah, cepatlah keluar,"
Badrul tergelak. Berlalu keluar dari bilik itu. Meninggalkan Sabrina terkebil-kebil di tengah-tengah katil. Dia sukakan layanan Badrul sebentar tadi. Badrul tidak mengeluarkan kata-kata sinis padanya. Lelaki itu melayannya dengan baik sekali. Dan dia suka. Dia suka apabila lelaki itu mengambil berat tentangnya.
"…And… tolong turun makan. Aku tak Nampak kau seharian hari ni. Mesti kau tak makan,"
Badrul perasan akan kehilangannya? Walau bersama Dayana, Badrul masih perasan yang dia tiada di dalam majlis. Dia tersenyum. Tidak faham akan maksud senyum itu. bukan senyum gembira, bukan juga senyum menutup kesedihan. Dia benar-benar keliru dengan perasaannya…

***

Label:

posted by Penulisan2u @ 1:03 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 11/2/09 9:04 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adusss..siannya sabrina..cepat2 sambug yang baru..

     

  • At 11/2/09 1:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ble bce cter ni..seakan mengerti perasaan yg dialami oleh sabrina..dlm erti kata lain, seolah-olah sy plk yg jd sabrina..huhu..bgs sgt2 gaya penulisan hanni ramsul...sy ska sgt2...n jgn lupa smbg cepat2 ye..da x sbr rsenya..nk tau cter yg seterusnya..

     

  • At 11/2/09 10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    smbglh cpt2...
    tgh smgt nk bc ni...
    byk lg ke episodenya?

     

  • At 12/2/09 12:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wahhh...bestnyerrr...
    cepatlah sambg...dah teruja dah nk tau ni...

     

  • At 13/2/09 4:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    among the best novel I ever read in blog. eager to wait for the continuation

     

  • At 6/3/13 3:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ωhoаh this weblog iѕ wоnԁeгful i like reading уοur articleѕ.
    Stay up thе grеat work! You realize, lots of individualѕ аrе huntіng around fοr this informatіon,
    you can aіԁ thеm gгeatly.

    Also visit mу site :: http://doanhnhan.vnweblogs.com/post/31188/378693

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group