Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sabrina termenung di celah-celah baju yang bergantungan. Memandang kosong Badrul yang asyik membelek kemeja. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik. Sebelum keluar kata lelaki itu ingin membeli barang-barang persiapan kahwin. Tetapi, dari tadi lelaki itu Cuma merayau-rayau tanpa tujuan di sini. Matanya terkebil-kebil melihat seorang lelaki datang menepuk bahu Badrul dari belakang. Membuat lelaki itu sedikit tersentak. "Apa ni? Macam perempuan… keluar shopping," Sabrina tersenyum. Betul. Dia sokong kata-kata lelaki yang tidak dia kenali itu. "Dar! Apa kau buat kat sini?," Lelaki itu tersenyum. "Aku baru lepas lunch. Kau shopping sorang saja ke? Sejak bila ada hobi shopping ni?," "Taklah. Aku dengan…," Sabrina terus tercegat melihat Badrul menoleh ke kiri dan kanan. Pasti lelaki itu mencarinya. "Mana pula perginya…Sekelip mata hilang," Lelaki bersama suaminya itu tergelak. "Teruklah kau Bad. Kalau budak kecil yang kau bawa, sah-sah dah lama budak tu kena culik," Badrul diam. Cuma matanya meliar mencari susuk Sabrina. Terpandang Sabrina yang terselit di celah-celah baju. "Apa kau buat kat situ?," Sabrina sedikit terkesima. Tersenyum kecil apabila dua pasang mata kini terarah padanya. Perlahan dia melangkah keluar dari celahan kemeja. "Aku dengan dia ni. Sabrina," "Oh… Inilah Sabrina. Hai. Saya Darius," Sabrina tersenyum. Lelaki ini mengenalinya? Perlahan dia menganggukkan kepala tanda menyapa. Darius senyum. "So, apa kau cari ni?," "Saja. Tak tahu nak beli apa pun,"balas Badrul sambil menyambung membelek helaian kemeja di hadapannya. Darius mencebik. Kembali membari perhatian gadis manis di hadapannya. "So, Sabrina. Apa khabar? Banyak yang Badrul cerita pasal awak," Sabrina memandang Badrul yang sedang membelakanginya. "Mesti semua yang buruk-buruk, kan?," "Don’t worry, saya ni jenis yang susah nak percaya pada cerita-cerita mulut ni. Saya lebih suka nilai sendiri dengan pandangan mata saya sendiri," Sabrina tersenyum kelat. "Betullah tu,"gumamnya perlahan. Darius tergelak. "Tak adalah. Bad bukan jenis yang suka memburukkan orang lain. Mungkin dia ada tanggapan tertentu pada awak. Tapi, Cuma dia saja yang tahu. Dia tak akan kongsi cerita buruk seseorang. So, saya dapat tahu, minggu depan dia akan kahwin dengan Dayana. Awak yang bagi persetujuan?," Sabrina tersenyum. "Dah lama saya nak jumpa dengan awak sebenarnya. Tapi, Badrul tak pernah nak kenalkan awak kat saya," "Awak ni… kawan baik dia ke?," Darius tersenyum. "Jom, ke sana,"dia bersuara sambil member isyarat agar Sabrina mengikutnya. Sabrina memandang dengan wajah teragak-agak. "Alaa.. bukan jauh pun. Bad boleh Nampak kita," Sabrina menoleh sekali lagi pada Badrul yang leka memilih kemeja. Kemudian memandang wajah Darius. Perlahan dia mengangguk. Melangkah mengekori Darius ke sebuah kerusi kayu yang tersedia di situ. "So, memang awak izinkan Bad kahwin dengan Dayana?,"Soal Darius sebaik melabuhkan punggung di situ. Sabrina mengangguk sambil mengambil tempat di sebelah Darius. "Kenapa?," Sabrina memandang wajah Darius. Hairan mendengar soalan lelaki itu. "Awak kawan Badrul kan? Takkan awak tak tahu Dayana tu kekasih Badrul?," Darius tergelak kecil. "Bukan itu maksud saya. Saya tahu hubungan Bad dengan Yana. Cuma, saya hairan dengan apa yang berlaku ni. awak tak patut izinkan," "Kenapa pula?," Darius mengeluh perlahan. Dia pandang ke arah Badrul. "Saya rasa dia terlalu terburu-buru…," "Maksud awak?," Darius berpaling. Memandang wajah Sabrina. "Awak tahu kenapa Badrul ke Cherating hari tu?," Sabrina mengangkat bahu. Manalah dia tahu. "Sebab kecewa dengan Dayana," "Kecewa dengan Dayana? Kenapa?," "Lamaran dia ditolak. Dayana belum bersedia nak berkahwin. Awak tak pelik ke, dalam masa sesingkat ini, dia boleh ubah fikiran? Dan, Badrul pula… terus setuju," "Mungkin dia rasa masanya dah tiba. Dan, tentulah Badrul setuju. Sebab itu yang dia nak. Kan?," "Berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa macam ni, satu hari mereka pasti menyesal. Percayalah cakap saya," "Tak kot. Mereka kan saling mencintai…," "Cinta dengan tanggungjawab, tak sama Sabrina. Saya kenal Dayana. Dia memang very independent lady. Pentingkan kerjaya. List utama dia, kerjaya. Saya yakin sangat paling kurang pun dalam tiga empat tahun ni, keutamaan dia memang pada kerja. Sebab tu dia tolak lamaran Badrul. Bila Badrul beritahu dia akan kahwin dengan Dayana minggu depan, memang saya tak percaya. Saya yakin Dayana belum bersedia mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia sedang melakukan satu kesilapan apabila dia bersetuju berkahwin dengan Badrul. Badrul pula, sedang melakukan kesilapan apabila menerima perkahwinan tanpa fikirkan apa akan jadi lepas dia kahwin nanti," Sabrina mendengar tanpa bicara. "Awak pula. Silap bila awak setuju dia kahwin lain," Sabrina sedikit tersentak. "Apa pula saya? Pandai-pandai Encik Darius ni. Saya tak ada kena – mengena langsung," "Apa pulak? Memang awak silap. Sepatutnya awak jangan setuju dulu. Awak kan dah kahwin dengan Badrul tu. Saya yakin, lama-lama Badrul boleh terima perkahwinan dia dengan awak ni," Sabrina diam. "Betul tak?," Mendengar soalan Darius, Sabrina tergelak kecil. "Tak betul kot. Ada sesetengah perkara memang tak boleh paksa. InsyaALLAH, dia dengan Dayana tak akan ada masalah kot. Janganlah doakan yang bukan-bukan," "Kalau mereka berdua tak ada masalah, awak nanti macam mana?," "Saya? Kenapa dengan saya?," "Buat-buat Tanya pula. Takkan selamanya awak nak bermadu?," Sabrina tersenyum kelat. Dia memandang wajah Darius. Sedikit pelik. Kenapa dia boleh berbual perkara-perkara sebegini dengan lelaki ini? Barangkali kerana keramahan Darius? Berbicara dengan Darius seolah-olah dia sudah mengenali lelaki ini sudah terlalu lama. Satu lagi perkara yang menyenangkan tentang Darius. Lelaki ini tidak memandangnya dengan pandangan pelik sebagaimana Badrul dan keluarga. Lelaki ini Nampak ihklas. "Dengar tak saya Tanya?," Sabrina Cuma menjawab dengan sekuntum senyum yang tidak begitu menjadi. Dia sendiri kurang pasti dengan perasaannya. Darius tersenyum sambil menjungkit bahu. Faham, Sabrina tidak mahu menjawab soalannya. "Satu lagi… Dayana mana? Kenapa Badrul keluar dengan awak? Kata tak boleh tengok muka awak. Geram. Sakit hati," Sabrina menelan liur. Itukah yang Badrul beritahu Darius? Geram? Sakit hati? "Dia cakap, Dayana pergi Beijing,"lambat-lambat Sabrina menjawab. Entah kenapa, perasaannya tiba-tiba menjadi sensitif. Kata-kata Badrul yang ligat diproses mindanya. Membuat dia berasa hiba tiba-tiba. "Hah?!," Sabrina tersentak. Perlahan dia mengurut dada. Wajah terkejut Darius dipandang tidak berkelip. "Beijing? See. Betul tak cakap saya?," Sabrina tersenyum kecil. Emosional sungguh Darius. "Urgent kot," Darius menggeleng perlahan. Menatap wajah Sabrina. Bukan tidak cantik gadis di hadapannya ini. Kalau dia menjadi Badrul, mungkin dia akan pasrah sahaja dengan takdir ini. Sabrina tidak kelihatan seperti seorang gadis yang tidak baik. Tidak ada cacat-cela langsung di matanya. "Pelik saya dengan Badrul. Pelik dengan Dayana. Pelik juga dengan awak," Sabrina tersengih kecil. Apalah yang pelik sangat? "Awak dah ada kekasih?," Sabrina terkesima. Terkejut sungguh mendengar soalan yang terlalu jauh tersasar dari persoalan yang sedang mereka bualkan. "Kenapa tiba-tiba awak Tanya soalan macam tu?," "Yalah. Kalau tak ada, saya nak cuba nasiblah. Saya ni baik orangnya. Tak banyak kerenah. Boleh jadi macam-macam…," Sabrina tergelak. "Macam-macam?,"soalnya sambil menutup mulut dengan jemarinya. Menyembunyikan gelak lucunya. "Yalah. Macam-macam. Saya boleh jadi penghibur, kalau awak sedang berduka. Boleh jadi kelakar kalau awak ingin ketawa. Boleh jadi romantik, kalau awak mahu romantik. Boleh jadi penyelamat kalau awak dalam kesusahan. Boleh jadi teman, kalau awak kesepian…," Sabrina menyambung gelaknya. Darius turut ketawa. "Nak tahu lagi?," Sabrina menggeleng sambil berusaha membuang tawanya. "Awak patut lebih banyak ketawa. Cantik sangat," Sabrina terus menahan tawa sambil menggeleng ketawa. Sungguh dia senang dengan lelaki ini. Darius bijak membuang laranya buat seketika. Bijak membuat dia terlupa sejak kebelakangan ini dia hidup dengan air mata. "Awak pandai buat lawak," Darius tersenyum kecil. Senang melihat wajah itu sudah sedikit ceria. Tidak seperti sebentar tadi. Wajah itu Nampak muram tanpa seri. "Saya tak suka tengok gadis cantik bermuram. Kurang asset dari ILAHI," "Kurang asset?," "Yalah. Kan elok kalau wajah cantik ni, ceria selalu," "Oh…yang cantik sajalah? Yang tak cantik, macam mana?," "Errr…samalah. Yang tak cantik, pun samalah. Tak elok bermuram,"Darius menjawab sambil tergelak. Terkena dengan kata-kata Sabrina. Sabrina turut tersenyum sambil menggeleng. "Awak memang bermulut manis," Darius tersenyum sambil menjungkit bahu. "So, soalan saya tadi? Awak dah ada kekasih ke semasa awak kena tangkap dengan Badrul?," Sabrina diam. Selintas dia teringatkan Ikmal. Senyumnya hilang serta merta. "Semua dah jadi sejarah kot. Sekarang ni, saya Cuma seorang isteri," Darius diam seketika. Melihat wajah muram itu juga buat seketika. "Saya harap Badrul tak akan sia-siakan awak. Saya yakin, awak orang baik-baik," Sabrina tersenyum tawar. "Amboi! Siap boleh dating ke? Melampau betul. Aku ajak kau keluar, sebab nak suruh kau temankan aku shopping. Bukan nak suruh kau berdating dengan kawan aku," Sabrina mengangkat muka. Darius turut mendongak memandang wajah Badrul yang tidak begitu manis. "Hai…takkan jeleous kot,"selamba Darius bersuara sambil mengangkat punggung. Badrul Cuma membuang pandang mendengar usikan itu. "Okaylah. Taknak kacaulah kalau ada yang jeleous. Aku pergi dululah. Sabrina, seronok bersembang dengan awak,"Darius bersuara lagi. Sabrina tersenyum kecil sambil mengangguk. "Aku pergi dulu Bad. Lawa isteri kau," "Bagus. Pergi cepat-cepat,"sampuk Badrul sambil menolak tubuh sasa Darius. Darius tergelak sambil berlalu. Sempat mengangkat tangan pada Sabrina tanda meminta diri. Sabrina tersenyum. "Amboi, lebar senyum. Kau ni, pantang tengok lelaki ya? Gatal," Senyum Sabrina mati tiba-tiba. Tajam sungguh kata-kata Badrul. Perlahan dia mengangkat punggung. "Dah beli ke barang yang awak nak tu?,"soalnya cuba mengubak topik. "Belum. Aku tak tahu nak pilih. Kau tolong pilihkan," "Saya mana tahu apa yang awak suka. Awak nak beli apa sebenarnya?," "Kemeja and T-shirt," "Laa.. itu saja? Kata nak beli barang hantaran," "Itu semua mama dah siapkan. Cepatlah. Kau pilih," Laju Badrul menarik tangannya. "Tunggulah Dayana balik. Beli dengan dia," Badrul diam. Tidak menjawab. Cuma renungannya sahaja cukup untuk memberitahu Sabrina bahawa itu amaran supaya dia menutup mulut. Sabrina diam sambil membelek kemeja di hadapannya. Sehelai kemeja merah jambu dihulurkan kepada Badrul. "Pink? Kau ingat aku ni perempuan ke?," Sabrina kerutkan kening. "Biru?," "Dah banyak," "Merah?," "Macam Indian," Sabrina mencebik. "Orange?," "Kau ingat aku pakai kemeja nak pergi buat show sarkas ke?," "Okaylah warna orange. Sesekali pakai warna ceria…," "Aku tak suka color orange," "Hijau?," "Macam katak," Jawapab itu ternyata membuat Sabrina tergelak besar. "Hitam?," "Pun sama. Dah banyak," "Awak pilihlah sendiri. Cerewat sangat," "Kalau aku boleh pilih, aku tak minta kau tolong," "Last. Lepas ni, awak pilih sendiri," Badrul mendengar tanpa sebarang reaksi. Sabrina mencapai sehelai kemeja berwarna ungu gelap berjalur hitam. Jalur halus yang Nampak cukup cantik di mata Sabrina. "Yang ini?," Badrul diam seketika. Meneliti kemeja yang Sabrina hulurkan. Agak menarik. "Okay,"jawabnya sepatah. Sabrina tersenyum lega. Cuma seketika. Senyumnya mati tiba-tiba. "Kenapa?," Sabrina memandang wajah Badrul. Perlahan dia menggeleng sambil sekali lagi mencuri pandang kea rah susuk yang sangat dia rindui. Ikmal bersama Maria. Sedang berjalan bersama sambil membelek baju wanita. Dia mengeluh perlahan. Hati, janganlah merintih… Melihat wajah Sabrina yang berubah muram, Badrul memandang ke arah yang sama. "Dia lagi? Aku tak tahulah sama ada dunia ni terlalu kecil, atau dia tu memang dah jadi baying-bayang kau. Atau… kau ada cakap dengan dia, yang kau nak ke sini?," Sabrina menggeleng. "Siapa tu? Cepat betul dia lupakan kau ya?," "Pergilah bayar,"Sabrina mengubah topik. Badrul tersenyum kecil. "Aku kasihan tengok kau ni. Agaknya itu kekasih dia atau mangsa baru dia? Yang dia nak kahwinkan dengan lelaki kaya lain pula," "Awak… tolonglah…," "Kenapa? Sakit? Itulah, lain kali jangan bodoh sangat. Percaya sangat pada lelaki. Dah jadi macam kau ni, baru padan muka. Lelaki macam tu memang banyak kat dalam dunia ni. hidup senang atas duit perempuan. Perempuan bodoh macam…," Pang! Badrul ternganga. Sabrina memuncung. Perlahan dia menyapu pipinya yang sedikit pedih. Nasib baik tidak kuat jemari Sabrina melayang ke pipinya. Nasib baik juga mereka berada di tempat yang tersorok. "Kau! Berani kau tampar aku," "Jangan burukkan dia. Dia baik. Dia lelaki baik," "Memang baik. Sebab baiklah dia hantar kau ke bilik aku," Sekali lagi Sabrina mengangkat tangan. Namun kali ini, sempat Badrul pegang. "Awak tak kenal dia, awak jangan tuduh dia yang bukan-bukan,"Sabrina bersuara geram sambil merentap tangannya. Geram mendengar tuduhan-tuduhan Badrul yang tidak berasas. "Ada sebab kenapa aku tuduh dia. Dan, kau.. jangan suka-suka angkat tangan lagi. Kalau kau buat lagi, siap kau," Sabrina membuang pandang. "Sorry. Saya tak sengaja,"dengan separuh hati Sabrina meminta maaf. Mendengar ungkapan maaf itu mulut Badrul bagai terkunci. Amarah yang ingin dia hamburkan, hilang begitu sahaja. "Saya nak balik," "Tak nak jumpa buah hati kau dulu ke?," Sabrina menjeling tajam. Badrul tersenyum sinis. Pantas tangannya memaut bahu Sabrina. "Aku rasa aku nak jumpa kekasih kau kejap," "Tak naklah. Saya nak balik," "Kenapa? Kau tak nak tunjukkan kebahagiaan kau depan dia yang aku tengok tengah bahagia sangat tu? Tak nak?," "Tak naklah. Saya nak balik," "Kita ke sana. Aku memang geram sangat tengok muka lelaki tu,"Badrul berkeras sambil menarik Sabrina. "Please…," Hibanya suara itu. Badrul berhenti melangkah. Memandang wajah Sabrina. "Please…saya tak ke sana. Saya tak nak mereka Nampak saya. Saya tak nak tengok mereka…Please awak..," Badrul mengeluh perlahan. menatap seketika muka Sabrina yang sudah merah menahan tangis. "Dah buat muka seposen. Malas betul aku nak layan kau ni. Yalah…yalah… Aku bayar dulu, lepas tu kita balik," Sabrina mengeluh lega. Sungguh dia tidak mahu berhadapan dengan Ikmal dan Maria saat ini. Sukarnya untuk dia menerima kenyataan yang Ikmal sekarang sudah menjadi tunang Maria. "Terima kasih, awak…," Badrul merengus tanpa menjawab. Cuma menarik tangan Sabrina menuju ke kaunter bayaran.
best la cter kak hanni.. nk nangis sy dibuatnye..hidup dye mmg sdey sgt..huhuhu..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Isk2.... sedih.. cepat smbg tau.. \(^_^)/