BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Februari 24, 2009
Novel : Novella - My love 3
Nama Pena : KaNaFee

"Kurang ajar punya perempuan!!!!siap kau nanti aku jumpa bederai rupa kau!"
angin Dynaz mula melanda bila selesai mendengar cerita dari Halimah.Laju dia meluru keluar dari kelas Halimah dengan raut wajah yang garang dia menuruni anak tangga bangunan tersebut. Yusri pantas mengejarnya dari belakang, dia dapat mengagak apa tindakan yang akan dilakukan Dynaz.
"Oh..Halimah '100 pounds', jelik..Kenapa cantik sangat ke kau tu?!"bising Dynaz ditujukan khas kepada kumpulan ratu-ratu sekolah itu.
"Nak tahu cantik ke tak..datang sini makan pelempang aku dulu!Biar berbinau biji mata baru cantik!" sambungnya menggila, sambil laju berjalan di koridor bangunan.Semua mata yang berada disitu tertumpu kearah Dynaz.
"Dynaz!..Dynaz..sudah! Kau nak kemana ni?"soal Yusri tegas, walaupun di dalam fikirannya dia sudah tahu tempat tujuan Dynaz. Pantas dia menarik tangan Dynaz supaya berhenti apabila melihat tiada tanda-tanda bahawa Dynaz akan berhenti dari terus berjalan.
"Lepaskan aku, Yus! Biar aku ajar perempuan-perempuan tu!"Berang Dynaz sudah membuak.Dia memang tidak suka sesiapa sahaja yang gemar membuli kawan-kawannya.Baginya sama saja seperti mereka membuli dirinya.
"Sudahlah,Dynaz…jangan gaduh-gaduh lagi…" Yusri mula melembutkan suaranya supaya dapat menenangkan sedikit kemarahan dihati Dynaz sambil tangannya masih erat memegang lengannya Dynaz.
"Aku tak peduli! Aku nak jumpa juga dengan kumpulan 'ratu sekolah' tu!!" Dynaz melepaskan tangannya dari genggaman Yusri dan melangkah terus menuruni anak tangga.
"Tunggu! Dynaz!!..Ya Allah, kenapa jadi macam ni?"Yusri menjerit lantang. Dia sebenarnya tidak mahu melihat Dynaz bergaduh lagi. Ini kerana Dynaz sebelum ini sudah hampir-hampir dibuang sekolah kerana sikapnya yang panas baran itu. Sebagai kawan, ini adalah kewajipan baginya untuk menyedarkan Dynaz dan membantunya daripada tidak mengulangi lagi perkara yang salah itu.

"Dynaz!!! Aku kata berhenti! Berhentilah!!!"tengking Yusri sambil mencengkam kuat kembali legan Dynaz.Dia mengemas kuat cengkamannya itu. Dynaz cuba meronta tetapi Yusri lebih kuat daripadanya dan dia tidak mampu untuk melepaskan cengkaman tersebut.
"Yus! Kau jangan buat aku macam ni!!! Lepaskan akulah!!" Dynaz meronta-ronta kuat dengan suaranya yang berang.
"Kalau kau nak teruskan dengan niat kau hendak pergi bergaduh, aku takkan lepaskan kau!"tegas Yusri tiada kompromi.
"Lepaslah! Yus!"Dynaz tidak dapat menahan marahnya, amarahnya menggila cepat sahaja tangannya naik untuk menampar wajah Yusri tetapi tiba-tiba Hariz muncul dengan sekumpulan anak buahnya.Terkejut benar Hariz, besar anak matanya apabila melihat keadaan yang terjadi.Cepat dia meluru dia kearah mereka berdua.Dalam hatinya dia sudah dapat mengagak apa yang terjadi.Yusri lega melihat kelibat temannya itu.Hatinya mula kembali tenang dan mula melepaskan lengan Dynaz yang digenggam kuat tadi.
"Fuh..mujurlah kau datang Hariz.."Yusri melepaskan hembusan kelegaan dengan satu renungan yang bermakna kearah Hariz.Dari renungan tersebut tahulah Hariz apa yang sedang berlaku sekarang.Dynaz cuba mengawal kemarahannya.Naik turun dadanya menahan deru nafasnya yang menggila tadi.
"Sudah..semuanya pergi masuk ke kelas..sekarang sudah habis waktu rehat.."
Hariz bersuara tenang.
"Dynaz tinggal dengan abang sebentar disini.."suara Hariz tenang tanpa melihat ke wajah Dynaz yang kini memeluk tubuh. Wajah Dynaz masih bersisa dengan kemarahan.Kesemuanya berlalu masuk ke kelas masing-masing.Yusri sempat menepuk bahu temannya itu supaya banyak bersabar dengan karenah Dynaz.
"Aku cau dulu.." Yusri menaiki anak tangga menuju kekelasnya,Hariz mengangguk,dan kini matanya tepat memandang kearah tunanganya itu.

"Kenapa ni Dynaz? Apa yang tak kena lagi?" lembut Hariz menyoal.
"Dynaz ada hal sikit dengan geng 'ratu sekolah' tu" Dynaz melihat tepat ke anak matanya Hariz.Tersentak Hariz mendengar nama yang disebut Dynaz.Dia cuba mengawal perasaannya supaya tidak jelas kelihatan gundahnya.
"Kenapa abang diam? Gementar dengar nama tu?" Dynaz memerli Hariz. Dia cukup tahu bahawa Hariz tidak suka dia bergaduh dengan kumpulan itu dan dia cukup jelas kenapa sebabnya.
Hariz senyum manis dan menanggalkan kaca matanya.Sesekali dia mengurut lembut batang hidungnya.
"Bukan begitu, abang cuma tak nak lihat Dynaz gaduh-gaduh lagi je.." Hariz cuba menyakinkan Dynaz walaupun jelas perbuatannya menunjukkan dia memang kisah akan kumpulan tersebut.
"Oklah, abang tak nak panjangkan hal ini..Dynaz balik kelas dulu, nanti habis sekolah kita jumpa.."Hariz memujuk Dynaz.Dynaz hanya diam walaupun hatinya merusuh dan sakit melihat Hariz yang tiba-tiba sahaja berubah wajah ketika dia menyebutkan tentang kumpulan 'ratu sekolah' tersebut.
"Sudah..sudah..jangan difikirkan yang bukan-bukan, ingat ye terus balik ke kelas.Jangan melencong kemana-mana."senyum Hariz dengan menyuarakan ayat yang berbaur arahan kepada Dynaz.Tanpa berkata apa-apa Dynaz terus melangkah laju menaiki anak tangga.Sepatah ayat pun tidak disuarakannya malah segaris senyuman pun tidak diberikannya kepada Hariz. Hariz hanya melihat Dynaz dan satu keluhan berat yang keluar dari hatinya.


BAB 2

Pulang sahaja dari sekolah Dynaz meluru masuk ke kamarnya. Dia merasa sakit hati dengan Hariz. Sakit hati yang amat sehingga dia sengaja pulang dengan tidak menunggu Hariz untuk pulang sekali. Di dalam kamarnya dia duduk diam di birai katil sambil termenung panjang.
Sebentar tadi, semasa mahu pulang dari sekolah dia terserempak dengan Fasha, ketua kumpulan 'ratu sekolah' .Meluat dia melihat karenah Fasha yang popular dangan sifatnya yang manja itu.Lagaknya seperti diva.Jalan sahaja ada orang tolong payung kan..

"Hai, Dynaz..apa khabar kawan '100 pounds' kau tu?" Fasha bersuara manja bila terserempak Dynaz di tepi jalan.Ingin sahaja Dynaz menumbuk lunyai wajah perempuan itu, tapi disabarkan sahaja hatinya kerana dia masih ingat akan nasihat Hariz yang tidak mahu melihat Dynaz terlibat lagi dalam pergaduhan di sekolah dan jua di luar sekolah.Dynaz hanya senyum kelat kearah Fasha yang menunggu jawapan darinya.
"Dynaz kalau tak ikhlas nak senyum, jangan senyum..buruk tau wajah tu.."lembut dan manja suara Fasha tetapi cukup tersirat dengan makna yang menyakitkan hati.
"Takpelah Fasha pergi dululah..lagipun petang ini ada kelas tarian pulak.."Fasha senyum manis kearah Dynaz dan berlalu pergi. Meliuk lentok pinggulnya Fasha apabila dia berjalan.Dengan kecantikkan yang ada pada Fasha memang mustahil bagi seseorang lelaki mengalihkan pandangan mereka kearah lain apabila ketemu dengannya.

"RING..RING..RING..RING.."

Tersentak lamunan Dynaz apabila telefon di ruang tamu menjerit-jerit menandakan ada orang yang memanggil. Dynaz malas mahu mengangkat, dibiarkan sahaja telefon itu menjerit-jerit meminta diangkat.Dynaz merebahkan tubuhnya diatas tilam empuknya. Telefon masih lagi berbunyi..dan tiba-tiba sunyi.. pasti ibunya sudah mengangkat ataupun orang yang memanggil sudah malas untuk terus memanggil..Lega rasanya gegendang telinganya..ditariknya nafas dalam-dalam dan dihembusnya keluar...dan mula mengeliat letih di atas tilamnya..dia terus dilamun keasyikan berada di atas tilam empuknya..Layu matanya menandakan dia hampir-hampir memasuki dunia mimpinya.tetapi tiba-tiba Dynaz tersentak.Terbuka luas matanya apabila namanya dipanggil kuat dari ruang tamu rumahnya.

"Dynaz..Naz..cepat datang Hariz telefon ni!.."Kuat suara Mak Ana memanggil anak tunggalnya itu.Sesekali dia menjenguk-jenguk akan kelibat anak manjanya itu.
"Naz letihlah mak…kasi tau dia Naz tak nak cakap dengan dia.."Kuat Dynaz menjerit dari biliknya.
"Eh..buang tabiat ke budak ni?..selalunya kalau Hariz telefon dialah orang yang paling terkinja-kinja.."bisik hati kecil Mak Ana.Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Hariz..Dynaz dok tengah mandi..nanti Hariz telefon lain ye.."Mak Ana cuba memberi alasan supaya tidak terasa di hati Hariz.
"Takpelah kalau macam tu..nanti Hariz telefon lain..Asalammualaikum.."lemah suara Hariz di talian.
"Waalaikumussalam.."Mak Ana sudah dapat meneka apa yang telah berlaku diantara anaknya dengan bakal menantunya itu. Kerut di dahinya menandakan keresahan di wajahnya. Dia terus menuju kearah bilik anak kesayangannya itu.

"Dynaz..buka pintu ni sayang..ni mak ni.."lembut Mak Ana mengetuk daun pintu anaknya.
"Masuklah mak…pintu tak kunci.."lemah suara Dynaz tiada tanda dia akan bangun dari katilnya untuk membuka pintu buat ibunya. Mak Ana membuka pintu dan memasuki bilik Dynaz.Dilihatnya Dynaz masih mengerekot di atas katilnya dan masih berpakaiaan seragam sekolah. Tepat benar telahan Mak Ana bahawa ada sesuatu yang terjadi di antara anaknya itu dengan Hariz. Dynaz jikalaunya pulang kerumah dalam keadaan diam membisu dan mengerekot diatas katilnya tanpa membuka pakaiaan sekolahnya sememangnya mempunyai masalah di sekolahnya. Kalau tak berpunca dari Hariz tentu puncanya dari Dynaz sendiri.Tetapi selalunya puncanya selalu datang dari anak perempuannya itu. Dia kenal sangat dengan perangai anaknya itu, panas baran dan suka membuat keputusan dengan melulu-lulu.
Syukur jugalah ada lelaki yang baik saperti Hariz terpikat dengan anaknya itu. Bukannya dirinya tidak yakin dengan kecantikkan anaknya itu, cuma Dynaz mempunyai perangai yang kebanyakkannya kaum lelaki tidak mudah terpikat.
Diingatkan anaknya itu akan menjadi anak dara tua di kampungnya,dengan berpewatakkan ganas tidak berlemah lembut seperti anak-anak gadis jiran-jiran yang lain. Cakap sahaja pokok dan bukit mana didalam kampungnya yang tak pernah dipanjat si Dynaz. Sampai ada satu ketika pokok kapas yang paling digeruni dikampung yang dikatakan tempat 'perumahan' pontianak,juga dipanjatnya. Akibatnya, malam berkenaan meracau teruk si Dynaz, sampai terpaksa pergi berubat dengan Pak Seman,dukun sebelah kampung..
Mengingatkan segala kenangan tersebut, membuatkan Mak Ana tersenyum lega melihat anaknya kini yang telah banyak berubah.Sekarang Dynaz sudah tidak merayau-rayau lagi kehulur-hilir dikampungnya.Malah sering berada dirumah membantunya membuat kerja-kerja didapur. Cuma satu perkara yang masih dirisaunya, Dynaz tidak suka bersiap seperti seorang perempuan. Dia lebih suka berpakaiaan seperti lelaki, mungkin terpengaruh dengan bapanya.
"Takpa..yang itu boleh diajar kemudian hari…"MakAna membisik didalam hatinya,sambil mengambil tempat duduk disamping anak kesayangannya itu..Dibelai-belai lembut rambut anaknya itu.

"Dynaz, kenapa ni sayang? Gaduh dengan Hariz?"lembut Mak Ana memulakan perbualan. Dynaz tidak berkata apa-apa dia cuma mengalihkan badannya berhadapan ibunya.Diletakkan kepalanya di atas riba ibunya.Damai rasanya berada di ribaan ibunya itu.Segala masalah seperti tiada didalam fikirannya.Kosong segalanya.
Mak Ana tersenyum, anaknya ini masih lagi seperti kebudak-budakkan.Manja yang tak pernah hilang dari kecil hinggalah sekarang.
"Kesian tau dengan Hariz..dia kan nak cakap dengan tunang kesayangan dia ni.."
Mak Ana cuba lagi memujuk Dynaz. Dia mencuit lembut batang hidung anaknya yang mancung itu. Sesekali dia mengusap-usap lembut dahi dan bahu anaknya itu.
"Sayang?! Dia tak sayang kat Dynaz lagi..dia sayang kat orang lain.." Marah Dynaz. Wajahnya masih tidak melihat wajah ibunya.
"La…dia sayang dekat siapa?cuba Dynaz cerita kat mak.." Mak Ana mengumpan Dynaz untuk lebih membincangkan hal yang sebenarnya berlaku. Cepat Dynaz bangun dari ribaan ibunya.Dia merenung ibunya.Matanya bergenang dengan air mata.
"Dia sayang kat Fasha!"ada berbaur rungutan dan cemburu dari ayatnya Dynaz. Muncung mulutnya mencuka. Mak Ana tersenyum melihat tingkah anaknya itu. Cinta muda mudi, memang penuh dengan kesangsian dan kecemburuan.
"Kenapa cakap macam tu? Hariz ada kasi tau macam tu ke?" Mak Ana menyoal Dynaz.Dalam hatinya dia tahu bahawa anaknya itu cuma cemburu buta. Dynaz menarik muka, dia tahu ibunya itu tidak mempercayainya. Selalunya, ibunya itu kerap mempercayai Hariz daripada dirinya. Mulutnya terkumat kamit mengomelkan ketidakpuasan hatinya. Dibetulkan rambutnya yang berserabut dan melangkah turun dari katilnya. Dihentak-hentak kakinya menunjukkan perasaan tidak puas hatinya.
"Mak tu memang..selalu nak berpihak kepada abang Hariz..senang-senang pergi ambil dia buat anak mak la.."bentak Dynaz sambil menuju kearah rak menggantung baju.Diangkatnya kain tualanya yang disangkut disitu, dan diletakya di atas kepalanya. Mak Ana yang memerhati, tergelak kecil mendengar percakapan anaknya itu.Lucu hatinya memikirkan anaknya itu.Dia tersenyum lebar sambil mengeleng-geleng kepalanya.Walaupun sudah separuh abad, mak Ana masih kelihatan cantik, penampilannya selalu anggun dimana sahaja.Tidak kiralah keluar rumah ataupun didalam rumah.Dynaz sepenuhnya memiliki kecantikan ibunya.Cuma sayangnya, dia tidak pandai untuk menggunakan segala kecantikkan semulajadinya itu.

"Apa yang mak asyik senyum sorang-sorang tu?"Dynaz mengerutkan dahinya, sambil memeluk tubuhnya.Mak Ana bangun perlahan dari katil dan menghampiri Dynaz.
"Dynaz..orang lelaki ni lain daripada kita sayang, mereka sememangnya tidak suka menunjukkan perasaan sayang mereka secara terbuka kepada kita" nasihat diberikan oleh Mak Ana membuatkan Dynaz terdiam,dilihatnya ibunya dengan pandangan yang bermakna.
"Kenapa perlu Dynaz ragui cinta Hariz..kan sudah terang-terangan Hariz memilih Dynaz dalam hidupnya.."Tambah Mak Ana lagi,diangkatnya tuala yang bersidai diatas kepala Dynaz dan dipegangnya. Dynaz diam memikirkan segala percakapan ibunya.
"Dynaz cuba belajar mempercayai orang yang kita cintai.."Mak Ana mengusap lembut bahu Dynaz dan memberikan senyuman manis kepadanya. Ibunya berlalu pergi dan meninggalkan Dynaz yang masih memikirkan tentang isi kandungan percakapan ibunya itu.
"Abang Hariz mencintai aku…betul jugak!..kalau dia tak cinta aku tak akan dia nak masuk meminang aku.."Dynaz berkata-kata didalam hatinya.Sesekali dia mengangguk-angguk mengiyakan segalanya kenyataannya itu.

"Mak!..mana mak nak bawa kain tuala Dynaz tu?" Setelah sekian lama berdiam dan berkata-kata di dalam hati Dynaz akhirnya bersuara..Ibunya tersenyum..
"Ambil yang baru..yang ini dah buruk.."ibunya mengeyit mata padanya dan berlalu pergi sambil menghadiahkan senyuman manis buat anaknya itu.Dynaz memang begitu, cepat sekali dia memahami apa yang ibunya mahu sampaikan.



Angin yang menghembus santai membuatkan suasana dibawah pokok jambu rendang di kawasan perumahan Hariz itu menjadi tempat yang damai untuk merehatkan badan sambil melihat panorama alam yang indah dicipta tuhan.Petak-petak sawah padi yang menghijau menambahkan lagi kedamaian tempat itu.Kelihatan dibawah pokok yang rendang itu Yusri dan Hariz tenang berehat setelah penat seharian pergi ke pekan membeli buku-buku untuk persediaan peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Aku kadang-kadang tu takut dengan perangai si Dynaz tu.." Yusri meluahkan perasaan tidak senangnya dengan perangai Dynaz, sambil asyik memeriksa buku latihan yang baru dibelinya bersama Hariz di pekan sebentar tadi.Hariz terdiam, dia tidak bersuara apa-apa direnungnya jauh ke petak-petak sawah padi.Teringatnya tentang pertemuan dia bersama Dynaz semalam di kebun bapanya Dynaz.

"Erm..kenapa datang jumpa Dynaz?" soal Dynaz tanpa menoleh kearah Hariz. Dynaz sibuk membuat batas untuk menanam benih yang baru dibeli ayahnya.
"Dynaz, abang nak minta maaf..kalau Dynaz ada terasa dengan perlakuan abang kebelakangan ni.."Hariz menyedari bahawa sejak peristiwa dia menghalang Dynaz dari menyerang kumpulan 'ratu sekolah' membuatkan Dynaz menjauh diri daripadannya. Dynaz sudah pergi kesekolah seorang diri, tidak pun bersama Halimah. Panggilan telefonnya juga langsung tidak dijawab Dynaz.
"Dynaz..jangan macam ni..abang risaulah kalau terus macam ni.."Hariz bersuara lembut memujuk Dynaz. Dynaz berhenti membuat kerjanya.Direnungnya kearah Hariz mencari keikhlasan disebalik ayat yang disampaikan Hariz.
Dia melepaskan satu keluhan kecil, dan membawa cangkulnya yang digunakan untuk membuat batas menuju kearah Hariz.
"Marilah..kita duduk di pondok rehat tu.."ajak Dynaz sambil melihat tepat kewajah kacak Hariz.Hariz tersenyum lega.Akhirnya Dynaz mahu melihat wajahnya.


"Dynaz..minta maaf dengan apa yang terjadi.."Dynaz mula bersuara setelah mereka berdua duduk di pondok rehat tersebut.Dynaz menanggalkan topi besarnya dan membuka kasut bot kebunnya.Dia mengkipas-kipas mukanya dengan topinya yang ditanggalnya tadi.Hariz masih tersenyum, lega hatinya Dynaz sudah mahu bercakap lembut kepadanya.
"Dynaz..abang cuma nak Dynaz tahu yang abang sangat risau akan Dynaz kalau Dynaz teruskan pergaduhan hari tu.."Hariz mula menerangkan segala yang terbuku didalam hatinya.Dilihatnya jauh kearah kawasan kebun Pak Rahim, bapanya Dynaz.Dynaz melihat Hariz.Dia masih tidak berhenti mengipaskan dirinya dengan topi besarnya itu.
"Abang takut Dynaz akan diberhentikan sekolah kalau teruskan pergaduhan tu.."sambung Hariz lagi.Dynaz memikirkan hal itu.Dia mula menghela nafas panjang mendengar segala percakapan Hariz.
"Abang pasti ke abang risau akan Dynaz ketika tu?"Dynaz menyoal, tiada nada cemburu ataupun sinis didalam soalannya.Sukar untuk tafsirkan perasaan Dynaz ketika itu. Hariz terkejut dengan soalan Dynaz dan mula berpaling kearah Dynaz.Dynaz ketika itu masih merenung tepat kearah Hariz.Hariz tidak terkata apa-apa, dia terdiam dan hanya mampu untuk membalas pandangan Dynaz sahaja.
"Abang masih sayangkan Fasha?" Dynaz menyoal dan mencuba untuk mengawal perasaannya supaya tidak kelihatan sedih, mahupun pada ketika itu senang sahaja air matanya mahu gugur di kelopak matanya yang bening.
"Tak..tak..abang sukakan Dynaz.." cepat Hariz menjawab Dynaz.


"Eh..Hariz!!kau mengelamun ke? Aku tengah cakap dengan kau ni!" Yusri menampar kuat bahu kawanya itu.Tersentak lamunan Hariz.Berterbangan segala wajah sedih Dynaz dan segala memori dua hari lepas yang diimbasnya.
"Ye..ye..kau cakap apa tadi?" Hariz mengawal keadaan. Kerutan didahinya menunjukkan tanda tanyanya kepada Yusri.
"Ishk..ishk..kau ni memang kemaruk nih! Cepatlah sikit kahwin dengan Dynaz tu!"Yusri memerli kawannya itu.Hariz tergelak kuat mendengar ayat Yusri yang berbaur gurauan itu..Yusri juga turut sekali mengelakkan kawanya baiknya itu.
"Tak adalah, aku cuma teringatkan exam kita yang akan menjelang ni.."Hariz cuba mengelak.Ketawanya masih lagi bersisa.
"Eleh..ingat exam konon..macamlah aku tak tau kau tu teringat kat Dynaz, kan?"
Yusri cuba lagi untuk memerangkap kawannya itu.
"Sudah-sudah..apa yang kau tanya tadi?"Hariz cuba menukar topik perbualan diantara mereka berdua.Dia mula membelek-belek buku latihan yang dibeli mereka berdua tadi.
"Tak..aku tak tanya apa-apa..Cuma aku doakan kau dengan Dynaz semoga berbahagia je.."panjang Yursi menarik ayatnya sambil tersenyum nakal kearah Hariz. Hariz tergelak kuat, sambil mengangguk-angguk percakapan Yusri.
"Amin…"Hariz bersuara sambil melihat kearah kawannya itu, senyuman manisnya masih lagi dipamerkannya. Yusri menjungkit kening dan kembali sambung ketawa.



Ruang tamu rumah Dynaz kelihatan riuh rendah dengan gelak ketawa Mak Ana dan Pak Rahim.Di pagi hari Sabtu ini memang selalunya rumah mereka pasti ceria dengan celoteh Dynaz. Ada sahaja cerita-cerita yang lucu yang disampaikan Dynaz.Tidak kering gusi Pak Rahim dan Mak Ana dibuatnya.
Bagi pasangan ini sudah cukuplah dengan adanya Dynaz seorang untuk memeriahkan keluarga mereka. Bukannya Pak Rahim tidak mahu untuk menimang cahaya mata lelaki tetapi kemalangan yang menimpa Mak Ana yang membuatnya tidak dapat mengangdung lagi membuatkan Pak Rahim menerima semuanya sebagai qada dan qadar daripada tuhan. Walaupun begitu, mereka bersyukur kerana dengan adanya Dynaz seorang sudah cukup membuatkan hidup mereka ceria setiap hari.
Dynaz seorang anak yang manja dan pada masa yang sama juga seorang anak yang nakal.Kadang-kadang Pak Rahim melayan anaknya itu seperti seorang lelaki kerana Dynaz banyak menunjukkan perangainya yang cenderung kepada perwatakkan seorang lelaki. Dynaz sering menolongnya di kebun, mengangkat barang-barang yang berat, dan juga pandai berurusan dengan pemborong sayur, yang mana sering dilakukan oleh seorang lelaki. Malah cara pakaiannya juga sering tidak tumpah seperti seorang lelaki.
Walaupun begitu. Dynaz tetap memiliki perwatakkan sebagai seorang wanita. Dynaz sering menolong Mak Ana di dapur dan juga membuat kerja-kerja rumah. Bagi mereka Dynaz cukup lengkap untuk menjadi anak yang sempurna bagi mereka berdua, dan mereka bersyukur kepada tuhan kerana mengurniakan mereka anak yang baik dan sempurna seperti Dynaz.

"Mak nak tahu tak..semalam Makcik Rita ada datang rumah"Dynaz memulakan satu perbualan serius setelah penat berbual perbualan yang berbaur kelucuan. Sambil itu dia menuang cermat teh susu yang dibancuhnya ke cawan bapanya.
"Erm..apa berita yang dibawa Makcik Rita kau tu?" Mak Ana bertanya setelah muncul dari ruang dapur sambil membawa bihun goreng yang baru digorengnya bersama Dynaz tadi. Pak Rahim meneguk perlahan teh susu yang dituang Dynaz.
"Makcik Rita jemput kita semua pergi tengok persembahan anaknya kat Dewan Kebudayaan hujung minggu depan.."Dynaz menyampaikan jemputan Makcik Rita.Lalu dia mengambil tempat duduk di meja makan.
"Eh, awalnya datang jemput..hujung minggu depan tu.."Pak Rahim bersuara.
"Kenapa? Fasha ada buat persembahan ke?" tambah pak Rahim lagi.Mak Ana diam dia melihat wajah anaknya itu, tiada tanda suram diwajah itu.Tidak seperti hari-hari yang lain bila nama Fasha disebut.
"Iyelah tu…mesti Fasha buat persembahan, tu sebab datang jemput awal tu"Mak Ana menjawab sambil menyenduk bihun goreng ke pinggan suaminya.

Makcik Rita, merupakan Ketua Bimbingan Wanita di Dewan Budaya kampung mereka.Dia adalah ibu kepada Fasha, dan memang terkenal dengan sikapnya yang amat berbangga dengan kecantikkan dan kebolehan anaknya itu. Penampilannya yang anggun dan cantik ditambah lagi dengan sikapnya yang suka akan berpersatuan membuatkan seluruh warga kampung sebulat suara melantiknya untuk menyandang jawatan tersebut.
"Mak kita pergi ye..hujung minggu ni.."Dynaz bersuara selamba sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.Mak Ana tersentak dengan ajakan Dynaz dan mengangguk perlahan.Matanya masih menatap wajah anaknya itu.Hairan, tiada satu kerut pun diwajah Dynaz apabila mereka membincangkan tentang Fasha.
Pak Rahim cuma terseyum dan menjungkit bahu melihat isterinya.

Setelah selesai menikmati hidangan pada pagi tersebut Pak Rahim menaiki motosikalnya untuk meneruskan pekerjaannya di kebun miliknya.Dynaz dan ibunya menghantar Pak Rahim dianjung rumah mereka.
"Abah..nanti tengah hari Dynaz pergi hantar makanan dan hantar bantuan sekali.."riang suara Dynaz sambil melambai-lambai bapanya. Selalunya dia memang akan menolong bapanya dikebun pada sebelah petang. Pak Rahim ketawa.
"Jangan lupa masak sedap-sedap tau.."Pak Rahim sempat berpesan dan tersenyum lebar sebelum menghilang diri bersama motosikalnya.
Dynaz senyum manis dan terus masuk kedalam rumah. Tiba-tiba Mak Ana menarik lembut tangan Dynaz menuju ke kerusi dianjung rumah.
"Eh..kenapa ni mak?"Dynaz kehairanan melihat gelagat ibunya.Dia duduk di kerusi setelah ibunya duduk dikerusi yang berhadapan dengannya.
"Mak lihat hari ini Dynaz tak marah-marah bila kita sembang tentang Fasha" Mak Ana cuba mengorek rahsia anaknya yang tiba-tiba berubah menjadi tidak peduli dengan topik perbualan melibatkan Fasha. Mendengar ibunya bercakap, Dynaz tersenyum.
"Mak, Naz nak belajar untuk mempercayai orang yang Naz sayang mak.."lembut Dynaz bersuara sambil memegang erat tengan ibunya.
"Abang Hariz dah terangkan pada Naz segalanya.Fasha tiada kena mengena dalam perhubungan kami mak.."tambah Dynaz lagi.Mak Ana tersenyum manis melihat anaknya itu.Dia mengusap-usap tangan lembut anaknya itu.
"Baguslah Naz..akhirnya Dynaz percaya juga dengan Hariz..lega hati mak.."Mak Ana menyuarakan kelegaan hatinya.
"Hah!..Dynaz mak lupa nak kasi tahu Naz yang mama dan papa Dynaz ada kasi surat!" hampir menjerit Mak Ana apabila dia teringatkan tentang surat yang dikirimkan makcik dan pakcik Dynaz dari Korea. Pakcik dan makcik Dynaz sememangnya rapat dengan Dynaz tidak ubah seperti bapa dan ibu buat Dynaz. Sehinggakan Makciknya dan Pakciknya membahasakan diri mereka dengan panggilan mama dan papa kepada Dynaz.
"Apa? mama dan papa ada kasi surat? Mana mak?"Dynaz menyoal ibunya, riak wajahnya seperti tidak sabar untuk membaca surat tersebut.
"Sekejap mak pergi ambilkan..semalam abah Naz sudah baca surat tu..Sekejap mak pergi ambil.."kalut Mak Ana masuk kedalam rumah menuju biliknya,tempat yang disimpanya surat tersebut.

"Mama, papa, lama tak dengar berita dari mama dan papa.."Dynaz tersenyum sendirian mengingatkan Makcik dan pakciknya yang jauh dari mata. Sebenarnya pakciknya itu merupakan abang kepada ayahnya. Pada satu ketika dahulu, pakciknya itu telah melanjutkan pelajaran di Korea, dan ditakdirkan tuhan dia bertemu jodoh dengan wanita warga Korea, Chae Rin.Sekarang ini menjadi makciknya.
Makciknya sangat baik dengannya, selalu melayannya seperti anak sendiri. Satu perkara yang membuatkannya kagum dengan makciknya ialah makciknya fasih bercakap dalam bahasa Malaysia walaupun bukan berasal dari negara ini.
Dahulu pakcik dan makciknya sering juga pulang ke Malaysia, tetapi sejak mempunyai perniagaan di sana agak jarang mereka pulang ke Malaysia.Tetapi mereka masih berkirim surat untuk bertanya khabar. Makciknya juga mempunyai seorang anak lelaki, kalau tidak salahnya, umurnya anak makciknya itu lebih kurang umur Hariz.

"Hah..ni dia surat tu.."laju Mak Ana menyerahkan surat dari Korea itu ke tangan anaknya itu.Dynaz mengambil surat itu sambil tersenyum lebar dia membuka untuk membaca isi kandungan surat tersebut.
"Nanti bila nak balas surat tu..kirim salam mak dan abah dekat mereka sekerluarga..jangan lupa kasi tahu Naz dah bertunang tau.."Mak Ana berpesan sambil tersenyum riang pada anaknya dan beredar masuk kedalam rumah untuk mengemas pinggan-pinggan makan tadi. Dibiarkan anaknya membaca isi kandungan surat tersebut tanpa mahu mengganggu anaknya itu.

Kepada Rahim,Rohana dan puteri mama dan papa,

Assalammualikum, Apa khabar semua di sana? Harapnya baik-baik belaka. Terutamanya sekali puteri mama dan papa ni. Kami di sini sihat-sihat belaka. Alhamdulillah, perniagaan sekarang semakin maju. Bila nak datang melawat kami sekeluarga di Korea?
Lama tidak dengar cerita dari orang di Malaysia. Dynaz sekarang mesti sudah besar, sudah jadi anak dara. Mesti cantik sangat. Dennis, anak lelaki mama dan papa tu, sudah besar. Umurnya sekarang genap 19tahun, dua tahun tua dari Dynaz kan.. Sekarang dia sibuk dengan peperiksaan akhirnya. Mama dan papa harap sangat dapat berjumpa dengan Dynaz sekerluarga dalam masa terdekat ni.

Wasalam…

Tersenyum manis Dynaz membaca isi kandungan surat tersebut.Membuak-buak perasaan rindunya terhadap mamanya dan juga papanya.Difikirkan juga tentang Dennis yang menjadi kawannya baiknya semenjak pertama kali mereka berjumpa.
Pertama kali dia berjumpa Dennis ketika dia berumur 9 tahun dan Dennis ketika itu berumur 11 tahun.Dennis merupakan seorang lelaki yang baik dan pendiam.Dennis mempunyai kulit yang putih bersih dan wajah yang sangat comel dan kacak. Ramai kawan-kawan Dynaz apabila melihat Dennis pasti berkirim salam buatnya.Dennis merupakan seorang lelaki yang tidak banyak bercakap, dia seorang yang pendiam dan hanya suka memerhati.Walaupun begitu, Dennis seorang yang mudah mesra dengan orang sekelilingnya.Dynaz sangat menyenangi kelakuan Dennis sesungguhnya Dennis memang seorang lelaki yang sangat baik.
posted by Penulisan2u @ 11:24 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group