BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Februari 24, 2009
Novel : My Sweet 19 boy 2
Nama Pena : wirna ibtiraz

Esoknya...
"Fi...kau ok ke?" Wafi ni sejak awal pagi tadi lagi aku tengok sugul je. Tak seceria macam selalu. Takkan ustaz Nazim dah tahu? Ish, kes berat ni.
"Aku ok je, Min. Kau ni, sekarang waktu rehat, tak makan ke?"
"Aku makan roti je tadi. Betul ke kau ok? Nampak muram je. Kau fikir masalah kau lagi?" Dia mengeluh. Sedih pulak aku tengok. Ye la, dia yang selalu tolong aku bila ada masalah. Dia orang pertama yang akan tanya kenapa aku nampak sedih. Walaupun baru tak sampai setahun aku kenal dia, tapi dia dah macam abang aku sendiri. Selalu jaga aku.
"Entahlah, Min. Kau rasa apa jalan yang terbaik? Kahwin?" Kahwin? Takkan semuda ni? Wafi, kau muda lagi, tak sesuai jadi bapak orang. Bila aku renung muka si Wafi ni, memang dah tak nampak macam orang. Misai dah tumbuh. Jambang tak bertarah. Dah kronik sangat dah mamat ni.
"Ustaz dah tau ke?"
"Ustaz suruh aku bincang dengan ayah dan umi aku. Dia nak aku lebih gentlement. Settle masalah ni cara orang yang bertanggungjawab. Tapi, apa yang boleh aku buat, Min? Diri sendiri pun mak bapak aku sara lagi. Macam mana aku nak sara anak dara orang?" Betul-betul! Macam mana tu? SPM pun tak lepas lagi, nak kena sara anak bini pulak. Memang cari pasal.
"Ar...boleh aku tau, macam mana ustaz boleh tau pasal ni? Seingat aku, kau baru nak cite kat aku. Tak ada siapa yang tau lagi kan?"
"Syafnie. Parents dia datang sini buat report..."
"Syafnie? Boleh kau describe rupa paras dia macam mana?" Ermm...aku mesti siasat. Aku tak percaya si Wafi ni sanggup buat macam tu. Kalau parents budak tu dah tahu, kenapa tak terus face to face dengan parents Wafi je? Kenapa nak libatkan pihak sekolah dan ustaz yang garang macam singa tu? Kes ni dah macam tak logik.
"Biasa je. Macam kebanyakan perempuan yang aku jumpa. Just, dia manja dan... free hair."
"Family dia macam mana? Kau kenal?"
"Dia cakap family dia orang susah. Dia anak sulung. Terpaksa berhenti sekolah sebab nak bantu keluarga. Tu yang aku kesian tu..." Berhenti sekolah? Anak sulung? Setahu aku, Syafnie yang aku kenal ni, anak tunggal. Mak bapak loaded. Minta apa je, semua dapat. Sekolah, private je. Cikgu datang rumah mengajar. Tak nak belajar dengan ramai-ramai orang kat sekolah. Perghhh! Dahsyat... Tapi Syafnie yang ni? Tak boleh biar ni. Tak mungkin ada orang lain yang sama nama dengan dia. Nama yang jarang dijumpai pulak tu. Lain la kalau Yasmin macam aku ni. Rasanya, setakat ni, dah tiga orang aku jumpa yang namanya Yasmin. So, kalau nak buat jahat tu, takde la orang syak sangat. "Kenapa? Kau kenal ke?"
"Ermm...aku tak sure la Wafi. Takpe, kau jangan risau. Kau balik discuss dengan parents kau dulu. bincang baik-baik tau. Jangan naikkan darah diorang." Wafi dah pandang aku pelik. Mesti dia tengah confuse, apa aku nak buat. Jangan risau Wafi, kita kan brotherhood. Kau selalu tolong aku. Kali ni, biar aku pulak yang tolong kau.

Hujung minggu tu aku keluar town. Nak release tension. Cuci-cuci mata, window shopping. Peneman setia aku siapa lagi kalau bukan Hana. Minah ni sebenarnya bukan suka sangat shopping. Tapi sejak terpengaruh dengan aku yang mewarisi sifat seorang kaki shopping dari mama aku ni, dia pulak yang over expose bab-bab shopping ni. Dah lebih expert daripada aku. Tau saja kat mana ada sale.
"Eh, Min! Tu ha, baju yang aku cakap tu! Cantik ni Min. Dah lama aku cari." Mula la tu. Nak habiskan duit.
"Cantik sangat ke? Aku tengok biasa je. Kau ni, warna tak sesuai la. Kalau hijau cantik. Ini merah..." Aku pulak tumpang sekaki.
"Merah pun takpe...hijau tak meriah la."
"Ermm...merah tu, macam artis bollywood je...aku tau la kau minat Kareena Kapoor."
"Siapa cakap? Ha...bagitau aku, siapa cakap?..."
"Dah kau minat merah tu. Dah ngaku la tu...hahaha..."
"Banyak la...! Eh, macam kenal je. Kau tengok tu..."
‘Darius?’ Siapa budak perempuan kat sebelah dia tu? Kenapa tiba-tiba aku rasa panas ni? Apa yang aku nampak sekarang adalah Darius sedang berjalan seiringan sambil bergelak ketawa dengan budak perempuan yang...boleh tahan cantiknya. Gulp! Seksi pulak tu. "Eh! Main tampar-tampar pulak...kau tengok tu, Min. Inilah budaya yang budak bandar tu bawa ke sini. Ada ke dengan perempuan bukan muhrim boleh bertepuk tampar macam tu? Kalau ayah aku, dah lama aku kena jail dalam rumah." Dasar buaya! Itu je yang mampu aku fikirkan sekarang.
"Jom la, Na. Kita tengok tempat lain pulak. Kat sini panas la." Tiba-tiba darah aku menyirap je. Rasa nak marah pun ada. Budaya bandaran tu memang jarang dilihat kat tempat aku ni. Tapi tu dulu. Sekarang ni dah makin banyak pulak budaya-budaya macam ni aku tengok. Tak kisah la kalau nak buat maksiat pun. Tapi kenapa Darius? Wafi pun. Kenapa dah makin ramai yang terlibat dengan semua ni? Muka masing-masing nampak innocent je pulak tu. Memang betul la kata abah aku, jangan percaya pada seseorang walaupun kita tau hati budi dia yang sebenar. Baik macam mana pun, manusia bernama makhluk ALLAH ni tetap ada nafsu. Tak satu, sembilan. Tak sembilan, satu.
"Kenapa ni, Min? Tiba-tiba je mood kau berubah."
"Takde apa-apa la. Jom." Memang aku tak boleh nak cakap apa-apa sekarang. Kalau aku cakap jugak, memang akan terhamburlah segala maki hamun kat depan si Hana ni. Terkejut pulak minah tu nanti. Aku tak tau kenapa. Kalau setakat Faizal or Wafi nak berpeluk dengan perempuan sekalipun aku tak kisah. Tapi dengan Darius ni, aku rasa lain la. First time aku rasa jealous bila ada kawan lelaki aku yang mesra tahap gaban dengan perempuan. Tak pernah aku rasa macam ni dengan sesiapa pun. Even dengan boy yang aku admire dulu. Ermm, kisah boy ni kisah lama. Nak cerita jugak ke?
Budak yang lagi sorang ni, aku tak pernah pun bercakap face to face dengan dia. Hanya sekadar senyuman dibibir. Macam Hana dengan Faizal, cinta dalam hati je. Tapi Hana, kekal sampai sekarang. Aku, setakat tu je. Habis Form 3, budak tu dah sambung belajar tempat lain. Sekolah budak-budak pandai. Lupa pulak, nama dia Jihad. Sesuai la tu. Muka dah macam Arab dah. Anak kacukan la katakan. Bayangkan, ayah dia, kacukan Cina dengan Melayu. Mak dia, kacukan Arab dengan Indonesia. Fuh! Bayangkanlah dia dengan adik-beradik dia pulak. Memang cun melecun la. Sepatutnya aku tak tau sangat pasal dia sebab dia dalam kelas budak pandai. Aku ni pulak, kelas biasa-biasa je...
Mula-mula start aku minatkan budak ni, masa sesi daftar nak masuk Form 1. Dalam ramai-ramai insan yang ada di situ, muka mamat ni jugak yang aku tertarik. Bukan apa, kening dia tu... Fuh! Cair jugak aku kat situ. Dalam asyik-asyik aku dok usha dia tu, tiba-tiba dia terpandang aku. Siap angkat kening lagi tu...disaat itu, aku rasa macam berterbangan sekejap di awang-awangan. Di sekeliling aku ada awan je. Langit yang biru... Eh, burung ni. Nak lintas tu bagi la signal... Erkk...dia senyum dengan aku...
"Oi! Anak dara ni...berangan je. Nah, ambil borang ni, pergi kaunter 4 tu. Dah penuh orang beratur." Ish! Abang aku ni, kacau daun je. Ha, ni la dia abang aku yang sekarang ni study kat Australia tu. Zafirul Armin. Kawan-kawan panggil dia Ayob. Tak pun Yob je. Pelik dan hairan, sebab nama tu yang disebut-sebut di sekolah, sedangkan Zafirul Armin, langsung orang tak kenal. Masa aku Form 1, abang aku dah Form 4. Kira zaman dia nak cinta-cinta monyet, dah sampai zaman pertengahan la. Ramai yang masa dah Form 4 ni, cinta-cinta monyet ni dah berlaku lebih dari 5 kali dah. Pengalaman dah cukup. Clash pun tak rasa apa dah. Still boleh berkawan lagi. Abang aku ni, AJK masa hari pendaftaran tu. Dia tolong aku ambilkan borang-borang yang berkenaan. Ye la, aku kan budak baru. Mana la tahu pasal sekolah menengah. Adik manja pulak tu. Yang tak bestnya, selalu kena buli dengan abang aku tu.
Berbalik semula kepada cerita aku dengan Jihad. Satu perkara pasal Jihad ni, walaupun anak orang berada, tapi dia tak sombong. Tak lokek. Pasal duit, barang, buku...tangan dia sentiasa terbuka untuk memberi. Mintak je, dia tentu akan bagi. Itulah yang aku dengar dari budak-budak sekelas dengan aku yang kenal dia. Diorang cakap lagi, Jihad ni tak ada awek lagi. Ini sudah bagus... Cuma aku tak tau kenapa, perasaan aku, cuma suka je. Bukan cinta. Betul... So, sepanjang masa dari Form 1 sampai la Form 3 tu, setiap kali terserempak dengan dia, aku tersengih je. Macam kerang busuk. Mesti dia fikir, perempuan ni setiap kali jumpa aku, mesti tersengih-sengih sambil terkepit-kepit. Apasal? Itu memang habit aku dari dulu. Tapi sekarang dah kurang sikit.
Nak diikutkan, dari Form 1 sampai Form 3, aku sekelas dengan Faizal, Muzammil, Ainul dan lagi sorang sahabat baik aku, Irma. Masing-masing ada kisah sendiri. Cuma bila masuk Form 4, Irma dah tukar ke sekolah teknik. Sedih jugak masa nak berpisah. Siap buat party makan kek lagi. Dalam tempoh ni, Irma yang banyak tolong aku. Pasal study. Masuk persatuan tu, kelab ni... Ha...jangan tak tau, Irma la yang tolong aku cari maklumat pasal Jihad. Apa-apa saja pasal Jihad, semua dia korek. Apa yang Jihad suka makan, warna kegemaran, subjek kegemaran, persatuan dan kelab apa yang dia masuk, girl yang macam mana yang dia suka...pendek kata, aku dah macam tau semua pasal Jihad melalui Irma. Semuanya!
"Eh, Yob! Adik kau tu garang la...tak berani kitorang nak tackle." Eleh, abang Faizul ni...tak pasal-pasal nak kenakan aku pulak.
"Minah skema ni? Tak payah la, Don...nanti tak larat kau nak dengar dia membebel. Macam mak nenek..."
"Hahaha..." Ni la dia time yang paling aku menyampah. Time balik sekolah. Selalu kena sakat dengan abang aku dan kawan-kawan dia. Yang lecehnya, aku terpaksa bonceng motor dengan abang aku. Paling tak tahan, bila dia ada kelas tambahan, terpaksa la aku jadi pak guard menopang dagu kat tempat parking motor tu.
"Jangan la kacau dia...kan dah boleh sangkut hangar muncung dia tu..."
"Abang Hadi ni, satu hari tak sakat orang tak boleh ke? Ngadu kat kak Milia baru tau!"
"Eh! Nak ngadu kat kak Milia pulak. Jangan la dik. Ok, abang minta maaf. Ye sayang. Abang tak kacau dah...ye, ye..." Baru tau! Ingat aku tak ada pistol. Pistol aku lagi power tau!
"Apa la kau ni Hadi. Sebut pasal awek terus kecut. Anak jantan apa ni..."
"Ha’ah la...takut awek la kau ni..."
"Bukan takut. Sayang...mana nak cari awek sebaik tu zaman sekarang ni wei..."
"Sudah la kau..."
"Apalah..."
Kadang-kadang, terhibur jugak tengok diorang ni. Geli hati dengan gelagat mat-mat motor Lagenda ni. Spesen pulak tu corak kat motor, cuma warna je lain-lain.
Tentang Jihad pulak. Ermm...boleh dikatakan tiap-tiap malam aku terbayang muka dia. Terutama kening dia tu. Dialah sumber inspirasi aku.
"Mama...tengok anak mama yang sorang ni. Kerja rumah tak nak buat, asyik nak berangan je..."
"Ala, orang nak berehat sekejap pun tak boleh. Pagi tadi dah sapu sampah. Dah la..."
"Dah sapu ke? Tak beranjak pun sampah kat bawah pokok mangga tu."
"Tu sampah lain la...orang cakap pasal sampah kat dalam rumah ni."
"Ah, tak kira...sampah tetap sampah. Mama, tengok ni, dia tak buat kerja..." Seksa betul abang Ayob aku ni! Nah, sebiji bantal, ambik kau! Maka bermulalah peperangan di ruang tamu. Acara baling-membaling bantal kusyen yang akhirnya mencetuskan kemarahan mama, Puan Hamizah.
"Zafirul Armin! Yasmin Nathirah!" Dengar je suara yang lunak lagi nyaring tu, dua-dua terus diam. Terhentilah peperangan. "Amboi-amboi...ingat ni taska masa korang kecik-kecik dulu? Dah boleh jadi bapak orang, mak orang...pun nak bergaduh macam budak-budak lagi? Habis kusyen aku."
"Abang Firul je yang dah boleh jadi bapak orang, ma. Min belum lagi..." Mamaku hampir tersenyum.
"Hah...menjawab..."
"Tak lama dah tu, ma. Tiga empat tahun lagi, mama boleh la cari calon tu..."
"Apa pulak. Abang Firul ni, ma. Dah gatal sangat nak kahwin. Hari-hari dating dengan..." Belum sempat aku habiskan ayat tu, tangan abang aku dah melekap dekat mulut aku ni. Ermm...memang betul kata abang Faizul, sebut awek je terus kecut.
"Dating? Dating apa pulak ni?" Puan Hamizah ni, memang betul-betul memahami anak-anak dia. Dia dah tahu nama siapa aku nak sebut. Saja je tu, buat-buat tak faham.
"Tak ada apa, ma. Hehe... Yasmin ni suka bergurau."
"Ada-ada je...kemas balik sepah-sepah ni. Dah macam gempa bumi."

Bila dikenang balik, rindu pulak saat-saat macam tu. Dah dekat setahun abang aku further kat Australia tu. Entah apa khabar dia sekarang. Makin kurus ke makin comel? Dah dua bulan tak call balik ke Malaysia. Kak Hafisya pun dah lama tak call mama. Ha, ni la awek abang aku. Kak Hafisya ni baik. Sebelum kahwin ni baik la, lepas kahwin nanti tak tahu la. Apa-apa pun dia selalu belanja aku makan. Akulah yang untung. Kak Hafisya ni further study kat Jepun. Bakal pensyarah. Aku pelik la. Nak jadi lecturer kat Malaysia, tapi study luar dari Malaysia. Dalam Malaysia ni, dah tak ada IPTA or IPTS yang nak terima ke? Walaupun di sana boleh dapat banyak pengalaman, input kat Malaysia ni dah tak canggih ke? Bukan apa, walaupun aku ni penggemar artis luar negara, tapi penyokong penuh barangan buatan Malaysia. So, apa-apa pun, Malaysia tetap pilihan aku.
"Oit! Laa...berangan rupanya...tak habis-habis dengan berangan puteri buluh kasar ni." Haduh...ada saja yang nak kacau time aku rilek-rilek ni. Tak boleh tengok orang senang. Mangkuk dijulang yang sergah aku ni, adik aku. Abang aku dah tak ada kat sini, dia pulak yang ambil tempat. Zarith Irfan. Nama sedap, tapi tak sesuai dengan orangnya. Perasan Handsome pulak tu.
"Mangkuk, pergilah study. PMR dah dekat. Sedar sikit diri sendiri tu dalam tempoh kuarantin. Nak kacau orang je..." Kuarantin tu maksudnya, dia kena stay je kat rumah selepas habis waktu sekolah. Kalau nak beli barang ke, apa saja yang memerlukan dia melangkah keluar melalui pintu rumah, abah aku akan temankan. Paling bagus dia tak boleh tonton t.v. Kalau nak jugak, abah mesti ada kat sebelah. Kalau tak, jangan harap abah dan mama akan bagi. Abah dan mama ni, satu kepala. Kalau kita sorang-sorang nak lawan dengan diorang, memang akan kalah. Bila point mama kena sangkal, abah akan back up. Begitu la sebaliknya. Kira sehati sejiwa la tu. Gaduh-gaduh sayang... Abang aku dulu memang suka melawan. Ada sekali tu, lepas habis sekolah, abang aku balik lambat. Alasannya, kelas tambahan. Masa tu dia nak ambil PMR. Pukul 6 petang baru balik. Kelas tambahan apa? Apa lagi, balik je rumah, terus kena la. Seminggu tak dapat duit poket. Nasib baik la adik perempuan dia yang baik hati ni sanggup share. Kalau tak, kebulur la dia kat sekolah tu. Itu baru sekali. Actually, dah berkali-kali dia buat. Tak serik-serik. Yang pasti, antara kami tiga beradik ni, dia la yang paling degil. Masa UPSR dulu lagi la. Siap kena rotan dengan abah. Tapi, masa Form 5, baik la pulak. Ye la, orang dah ada awek. Kena la tunjuk macho. Kalau nak dicerita, memang panjang cerita abang aku ni. Dipendekkan cerita, habis Form 3 terus dia berubah. Cari awek banyak-banyak. Main perempuan sana-sini. Playboy... Dalam tahun honeymoon tu, tak terkira bilangan awek yang dia ada. Nak lepas geram sebab kena kuarantin. Nasib baik la tak ada anak dara yang bunting. Dengan kak Hafisya tu pulak, tak tau la macam mana boleh melekat sampai sekarang. Sayang sangat pulak tu. Takut kak Hafisya tu tinggalkan dia. Setia jugak abang aku ni walaupun terkenal dengan perangai playboy dia tu.
"Kacau sikit pun tak boleh...tak cun la kak Min ni." Macam kenal je ayat tu. Mana si Zarith ni dapat? Hurmm...
"Dah habis study ke belum nak kacau orang ni?"
"Dah...orang study Math je. Nak rilek jap." Adik aku ni kira ok la berbanding abang aku. Tak degil sangat. Tak ikut kepala sendiri.
"Math je? Mana boleh...kak Min dulu, satu hari 3 subjek kena cover tau! Ini...mana aci study satu subjek je."
"Orang penat la. Rasa lenguh je satu badan ni. Urut..."
"Mengada-ngada. Dah, pergi study. Kak Min ngadu dengan abah nanti baru tau." Eh, adik aku ni, boleh pulak dia baring kat sini. Abah tahu, siaplah dia nanti. "Zarith, kak Min cakap dengan abah nanti..."
"Ala, bagi la peluang orang nak tidur kejap." Dah, muka dah macam tapai pulak dah. Lantaklah. Bukan aku yang akan kena nanti. Kalau abah aku tau adik aku ni curi tulang tak study, habis dia dikerjakan nanti. Bukan dikerjakan macam mana, nasib dia akan seperti abang aku tu la. Tak dapat duit poket. E, dah la tidur depan t.v. Memang confim akan kena nanti ni.
"Min, tolong mama kejap."
"Apa, ma?"
"Pergi pekan. Belikan mama dua bungkus gula dengan tepung." ‘Dua bungkus gula? Nak jadi semut ke mama aku ni?’
"Kenapa sampai dua, ma? Kan dah beli minggu lepas."
"Tu la, mama lupa. Malam esok kenduri rumah mak cik Leha kamu tu. Mama ingat nak sedekah gula je." Oh...patut la. Buat terkejut je mama aku ni.
"Ye la, ma. Ermm...Min balik lewat sikit tau. Hehe..."
"Ha...lewat tu jangan lewat sangat pulak." Itulah mama aku. Bukan aku tak tau nak balik awal. Tapi, mama aku ni, still nak ingatkan jugak. Sayang anak...

Aku naik basikal je pergi ke pekan. Nak naik motor tak berani. Aku ni kan penakut. Lepas parking basikal Lee Run aku tu kat bawah pokok, sempat jugak aku jalan-jalan dalam taman tu. Cantik. Itulah tabiat aku selama ni. Sambil menyelam minum air. Air yang sedap je la. Yang tak sedap, aku tak minum. Taman ni taman rekreasi. Ada banyak pokok-pokok bunga yang cantik. Siap dengan tasik lagi. Dekat tengah-tengah tasik tu ada pondok. Kira ada la laluan nak pergi ke tengah tu. Macam jeti je laluan dia. Selalu jugak aku lepak kat pondok tu. Bukan setakat ambil angin, buang angin pun boleh. Tak ramai yang duduk kat situ. Tambah-tambah kalau tengah hari buta, matahari terpacak kat atas kepala. Tapi tu la yang aku suka. Takde la orang nak kacau aku mengelamun. Berangan... Dulu aku dengan Irma selalu datang sini. Sembang-sembang, gosip-gosip... Tapi sejak Irma takde kat sini, aku datang sorang je. Hana kena tolong mak dia kat restoran. Mak dia tauke restoran. Makanan ala kampung. Aku suka. Selalu jugak dapat makan free... Ermm, dah seminggu sekolah cuti. Dah lama aku tak jumpa Hana. Mesti dia sibuk. Cuti penggal ni la dia nak bantu mak dia. Kalau tak, sorang-sorang la mak dia berhempas-pulas layan pelanggan. Nak harapkan pekerja-pekerja dia...dua kali lima dengan adik Hana si Shira tu. Pemalas! Nasib baik la adik aku tu walaupun berat tulang, tapi kira kowtim-kowtim...boleh la. Nak orang pujuk je, baru boleh jalan.
Angin kat sini best. Macam kat tepi pantai. Ermm...lama sikit la. Baru pukul 3.30.
"Hai! Sorang je?" Pocot mak nenek! Laa...mamat ni! "Oi, terkejut sampai tak kenal aku ke? Ni aku la..." Haih...siapa lagi kalau bukan Darius. Kalau macam ni la aku kena sakat selalu, mati terencat aku nanti.
"Kau nak apa?"
"Eh! Apasal ni? Kau marah dengan aku ke?"
"Mana ada." Dia tak tahu betapa bencinya aku dekat dia sekarang ni. Jijik la nak pandang muka dia. Geli...
"Min, kenapa ni? Ada masalah ke? Kau sorang je?"
"Sorang je la. Habis, kau nampak ada orang lain ke kat sini?"
"Aku tanya pun salah ke? Ye la, aku tau. Siapa la aku ni kan. Kalau Wafi ke, Faizal ke...lain la...kan..." Eh! Apa kaitan dengan Wafi dan Faizal pulak? Yang aku marah dekat kau, bukan diorang. "Min. Min...Min!"
"Apa?"
"Jangan la masam je. Kau masam, aku lagi sedih tau." Taktik nak pujuk aku la tu. "Min. Min..."
"Jangan panggil nama aku la!"
"Habis tu, nak panggil nama siapa? Mak aku? Yati. Yati...Yati..." Ya ALLAH...apa halnya ni...hanginnya aku! "Ha, senyum pun!" Mana aku tak senyum, asyik buat muka toya depan aku. Rimas! "La, dah masam balik dah..."
"Boleh tak, kau bagi aku ketenangan jiwa dan perasaan? Aku datang sini, bukan nak dengar suara kau. Aku nak rilekkan kepala otak aku ni, tau!"
"Tau la. Ye la, aku diam..."
Lama jugak mamat ni diam. Kesian pulak aku tengok. Kenapa la hati aku ni mudah sangat kesian dengan orang. Baru ingat nak tunjuk temper sikit kat dia. Dia duduk jauh sikit daripada aku. Tengah baling batu masuk dalam tasik. ‘Takde kerja lain agaknya.’ Lama aku usha dia, boleh tahan muka mamat ni. Tak la jambu sangat. Tapi, sejuk mata memandang. Ada something yang special dalam diri dia. Makin lama, berkenan pulak aku rasa. Dah la sweet...
Ish! Apa ni? Kenapa tiba-tiba aku fikir semua ni? Kan aku nak tenangkan fikiran. Bertenang, bertenang... Takde apa la tu. Dia tu siapa? Tak setanding dengan Jihad. Lagipun, tak sesuai dengan aku. Tak mungkin-tak mungkin. Impossible! Aku kena yakin! Yakin!
"Min. Dah habis ke tenangkan fikiran? Tak nak berbual dengan aku ke?"
"Duduk la situ diam-diam!"
"Bosan la..." Aku tak suruh pun dia tunggu aku. Nak blah, blah la! Merosakkan pemandangan yang cantik ni je... "Min...sini la! Duduk sini. Dah tak panas dah." Aku buat tak tahu je. Cakap la dengan rumput-rumput kat situ. Malas aku nak layan. "Min..." Erggh...nak je aku belasah dia ni! Terus aku bangun dan duduk sebelah dia. Satu jelingan tajam aku bagi. Macam budak kecik protes sebab tak dapat gula-gula. Dia pandang je aku.
"Apa pandang-pandang?"
"E, aku tak faham la orang perempuan ni kadang-kadang. Kau kenapa? Datang bulan ke?" Boleh dia tanya kat aku soalan yang private tu. Memang tak lama dah la mamat ni!
"Mana ada..."
"Habis, yang kau moody sangat ni kenapa?"
"Suka hati aku la."
"Ala, dengan kawan pun nak berahsia. Ha, jangan-jangan kau suka kat aku. Lepas tu, kau malu nak cakap. Lepas tu, kau marah-marah dan saja-saja merajuk, nak tarik perhatian aku. Lepas tu..."
"Ha! Lepas tu aku belasah kau sampai koma. Kau nak?"
"Rilek la...aku gurau je. Ermm...selalu ke kau datang sini?"
"Selalu la jugak..."
"Sorang-sorang?"
"Dulu dengan kawan aku Irma. Tapi dia dah belajar sekolah lain. Kat Selangor. So, aku sorang-sorang je la."
"Hana?"
"Hana busy la. Dia kena tolong mak dia kat kedai."
"Mak dia buka kedai runcit ke?"
"Kedai makan la."
"Oh..."
"Yang kau ni pulak. Tak pernah-pernah aku tengok kau kat taman ni. Macam mana pulak tiba-tiba kau muncul kat sini?"
"Tak pernah tengok? Kau datang salah masa tu. Aku selalu datang sini. Lepak kat pondok tu." Kat tengah tasik tu? Yi! Apasal tak pernah jumpa pun? Pelik...
"Kau datang dengan siapa selalu?"
"Sorang je. Ajak orang lain, masing-masing sibuk dengan awek. Dating sana sini. Macam takde benda lain nak buat." Kenapa? Kau takde awek ke? Yang hari tu, bukan awek kau ke?
"Kau takde awek? Tak percaya la... Takkan takde langsung...?"
"Ha! Kau la! Kan kita tengah dating ni..."
"Banyak la! Dah la, aku nak balik ni."
"Eh, jangan la balik lagi. Baru sekejap kau duduk. Dah nak pergi. Rilek la, awal lagi...baru pukul 5."
"Malas la aku nak layan kau ni. Asyik nak sakat aku je..."
"Jangan la ambil hati... Kau ni macam tak faham aku je. Kita kan kawan...bergurau-bergurau ni biasa la. Cool la sikit..."
Lama aku berbual dengan Darius. Sampai terlupa, aku ni tak Asar lagi. Adui...kenapa aku boleh lupa? Tak patut betul la aku ni!
posted by Penulisan2u @ 11:18 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:
  • At 25/2/09 4:58 PTG, Blogger aqua_apple said…

    besh2 cite nie...huhu...
    sambung2...ngeee

     

  • At 1/4/09 7:13 PTG, Anonymous Syazana94 said…

    haha kelakar jiddan laa....
    sy suka part masa darius kata yg yasmin suka kat dia n nak ambil perhatian darius je...
    part tue mmg kelakar...!
    luv the story!

    Syazana94

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group