BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Februari 01, 2009
Novel : Hyperzia 6
Nama Pena : Kronika

Pergunungan di Banjaran Titiwangsa banyak menyimpan khazanah alam yang tak terhingga nilainya. Kebanyakan pencinta alam dari seluruh pelosok dunia datang ke Malaysia Raya bagi mengkaji isi hutan yang menyimpan keajaiban ciptaan tuhan. Dari pokok-pokok hutan yang berusia jutaan tahun, unggas-unggas yang tidak pernah dijumpai ditempat lain, dan herba-herba yang sememangnya mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
Walaupun begitu, tidak ada seorang pun yang mengetahui dalam hutan tebal yang diiktiraf sebagai hutan hujan khatulistiwa yang tertua di dunia itu ada satu lokasi rahsia persembunyian kumpulan jenayah yang paling berbahaya sedang menunggu masa untuk menawan dunia. Kumpulan itu sedang mengumpul dana dari berbagai saluran jenayah bagi menjana pertumbuhan dan kekuatannya. Kini, Red Level sedang berkembang dari segi kekuatan ketenteraan dan pertambahan anggota tidak kira dari golongan manusia biasa mahupun berketurunan Aramus yang mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat dari pelbagai asas dan tahap kekuatan. Anggota dari golongan manusia biasa berkhidmat sebagai tentera kerahan dan unit bantuan. Mereka terdiri daripada gabungan penjenayah-penjenayah biasa yang bernaung di bawah Red Level bagi mendapatkan bantuan dana dan bantuan dari segi tenaga. Mereka semua tahu yang Red Level adalah satu pertubuhan yang begitu kuat dan besar serta dianggotai oleh golongan yang mempunyai kuasa luar biasa yang mereka tak tahu asalnya. Bagi mereka berlindung di bawah Red Level adalah satu kemestian lagi-lagi pada ketika ini pasukan keselamatan persekutuan mempunyai anggota simpanan khas yang mempunyai kuasa luar biasa bergelar Dashing Doll.
Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Tapi bagi keturunan Aramus yang mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat, jauh atau dekat perjalanan
pemandangan keluasan pemandangan tetap sama. Mana tidaknya, Raz hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk sampai ke markas Red Level di bajaran Titiwangsa. Dia juga boleh bergerak di udara seperti golongan kesatria Aramus yang lain. Petang Ahad itu dia bersama Chong dan Sang Putih menuju ke Markas Red Level bagi menghadap pemimpin tertinggi mereka.
Raz sudah bersedia dengan laporan yang akan dibentangkan nanti yang pastinya satu pembentangan palsu hasil ide Chong untuk menyelamatkan dirinya dari kemarahan Tuan Jaque.
Tiba di sebuah air terjun besar di dalam sebuah hutan, ketiga-tiga mereka meredah terjunan air yang datang dari puncak sebuah gunung. Setibanya di dalam, mereka di sambut oleh pengawal hadapan pintu masuk utama yang mengiringi mereka ke satu kawasan yang mega luas yang terdapat di dalam gunung itu. Kelihatan berbagai jenis senjata dan pelbagai kelengkapan perang dan pekerja-pekerja sedang membuat kerja masing-masing. Di satu sudut pula terdapat sebuah tempat dimana anggota-anggota baru sedang menjalan pelbagai latihan peperangan dan mendengar taklimat dari anggota senior Red Level. Di situlah tempat Raz dibawa sewaktu pertama kali dia tiba di situ.
Setelah berjalan sejauh lima ratus meter menelusuri isi gunung itu, mereka tiba di tempat yang dituju, iaitu tempat pemimpin tertinggi mereka. Pintu bilik kebal terbuka sendiri setibanya mereka beberapa meter di hadapan pintu itu.
Kini mereka berhadapan dengan sembilan pemimpin kanan Red Level dan pastinya Tuan Jaque yang sudah bersedia menanti kehadiran mereka. Antara pemimpin kanan yang ada ketika itu ialah Argentum. Pemilik Kawalan Tenaga Sejagat Asas Air yang masih belum menunjukkan kehebatannya. Dia adalah pengganti Elius sebagai pemimpin paling kanan yang sebelum ini tewas di tangan Noor dalam pertembungan di menara Guan Tek Lim, Kuala Lumpur. Terdapat juga beberapa orang keturunan Aramus yang lain di situ.
Buat masa ini, Raz adalah orang yang menjadi tumpuan kerana dia adalah individu yang paling rapat dengan musuh utama Red Level.
"Selamat malam Tuan Jaque!" Raz, Chong dan Sang Putih memberi ucapan selamat kepada pemimpin tertinggi mereka.
"Selamat malam.." Jawab Tuan Jaque ringkas sambil bangkit dari kerusi empuknya. Dia menuju ke arah mereka bertiga. Matanya memandang ke arah Chong dahulu.
"Macamana perkembangan tugas 'anak' kau?" Tuan Jaque bersuara.
"Alamak! Kenapa aku pulak yang di tanya ni?" Bisik hati Chong. Sang Putih sudah berkira-kira yang dia juga mungkin akan ditanya selepas ini.
"Ehm! Err... Sebenarnya Raz selalu ada mengadu pada saya yang dia menghadapi kesukaran menjalankan tugasnya, tuan." Jawab Chong ringkas.
Tuan Jaque sepertinya terdengar sesuatu yang tak sepatutnya. Dia yang sedang melangkahkan kaki ke arah tempat duduknya serta merta kaku. Beberapa saat kemudian dia berpusing dan melangkah semula ke arah tiga anggotanya itu.
"Apa maksud kesukaran yang kau cakap tu? Siapa nak terangkan pada aku?" Kelihatan 'mood' Tuan Jaque berubah.
Chong dan Sang Putih dengan perlahan memalingkan muka ke arah Raz. Raz yang rasa bertanggungjawab terpaksa menjawab soalan itu.
"Memang saya ada katakan mereka layan saya dengan baik dan salah seorang dari mereka iaitu Sophia akan masuk ke dalam perangkap saya. Tapi sebenarnya tak semudah yang saya cakap. Saya perlu masa untuk memikat dia kerana saya pernah berkata padanya yang saya ingin menjalinkan hubungan cinta dengan dia tapi dia ingin mengenali saya lebih lanjut lagi. Dia akan terima saya sekiranya saya memenuhi ciri lelaki idamannya." Jelas Raz dalam nada yang agak takut.
"Oh! Begitu..." Tuan Jaque mengusut-usut dagu.
"Kau tahu kenapa aku pilih kau untuk mendekati mereka? Selain usia kau yang lebih kurang sebaya dengan mereka, kau juga memiliki wajah yang tampan dan ciri-ciri yang ada untuk memikat gadis. Sepatutnya kau harus cari jalan macamana cara menjebak mereka. Aku tak mahu tahu apa cara kau guna. Yang penting kau kena menjayakan tugas kau. Dua minggu aku beri masa. Satu masa yang aku rasa agak lama untuk kau memikat seorang gadis. Sedangkan aku hanya mengambil masa tak sampai pun dua minggu untuk memikat hati arwah isteri aku dulu. Kau ingat aku saja-saja bagi masa dua minggu tu. Aku merujuk pengalaman aku juga. Kau lebih tampan daripada aku semasa umur aku sebaya dengan kau dan arwah isteri aku lebih cantik berbanding mereka bertiga. Aku juga tak berapa pandai memikat hati gadis. Tapi tak sampai dua minggu, hati arwah isteri aku yang sekeras kelikir tu berjaya aku lembutkan. Nampaknya aku dah tersalah pilih orang. Sebenarnya kau tak layak menggalas tugasan ini. Aku cadangkan supaya kita hentikan rancangan kita ini." Jelas Tuan Jaque sambil beberapa pengikutnya mencuri-curi senyum mendengar pengalaman yang diceritakan.
Raz tersentak mendengar balasan tuan Jaque itu. Apa yang lantas terbayang di fikirannya ialah Noor! Jika selepas ini dia tidak lagi menggalas tugasan ini bermakna dia tidak akan berjumpa dengan Noor lagi.
"Tuan Jaque! Berikan saya sedikit masa... tolonglah beri saya peluang membuktikan keupayaan saya. Saya berjanji akan menjalan tugas ini dengan baik. Saya akan berusaha keras lagi. Lepas ini kalau saya gagal, hukumlah saya. Tolonglah saya... Saya benar-benar ingin membuat sesuatu demi kejayaan kumpulan ini." Nampaknya Raz terdesak. Dia melutut di kaki Tuan Jaque yang belum lagi rasmi memecatnya dari tugasan itu. Jauh di lubuk hatinya hanya Noor yang difikirnya.
Tuan Jaque memandang ke arah Raz yang berada di bawahnya.
"Sebenarnya kita dah kesuntukan masa. Putrajaya akan kita gegarkan jumaat ini. Macam ni lah... Kau boleh kembali bersekolah esok hari. Teruskan misi kau. Untuk hari jumaat ni, kau cubalah yang terbaik. Ianya akan lebih mudah jika kita dapat tewaskan Dashing Doll. Berjaya atau gagal misi jumaat ini akan menentukan nasib kau." Sambil Tuan jaque melangkahkan kaki ke sebuah pintu di belakang tempat duduknya.
Raz lega dengan kenyataan Tuannya itu. Dia lega kerana dia berpeluang lagi meneruskan tugasannya dan membuktikan sesuatu walaupun jauh di dalam hati dia gembira kerana dapat bertemu Noor lagi esok hari. Selepas ini dia terpaksa melawan perasaan cintanya pada Noor untuk mencapai cita-citanya dalam Red Level.
Chong dan Sang Putih juga menarik nafas lega. Mereka berdua memandang Raz yang hampir membuatkan mereka terhukum sekali bersamanya.
Raz kembali ke sekolah keesokan harinya dengan perasaan sedikit gembira. Hari ini dia boleh bertemu lagi dengan gadis idamannya. Rasanya kali ini dia akan bertindak. Bukan bertindak untuk merapatkan dirinya dengan Sophia tetapi menggunakan kesempatan itu untuk mencuri hati anak Tuannya! Dia tahu tindakannya itu membawa padah pada dirinya satu hari nanti tetapi apa boleh buat? Buat masa ini keinginannya untuk mendekati Noor yang sememangnya menawan hatinya sejak dari mula lagi sangat membuak-buak.
"Assalamualaikum... Sihat ke hari ni?"
Noor hairan. Apa kena dengan budak ni? Tiba-tiba bagi salam. Tanya sihat tak sihat pulak tu. Tak pernah pun sebelum ni.
"Sihat Alhamdulillah... Boleh tanya sikit? Apa istimewanya hari ni?" Noor menjawab pertanyaan dan bertanya bagi mendapatkan kepastian tentang kemusykilannya.
"Saja tanya... Takkan tak boleh." Jawab Raz.
"Boleh.. Kat Sophia tak bagi salam pun?" Noor bertanya dengan nada manja dan perlahan takut didengari orang.
"Kenapa Sophia? Dengan yang lain pun saya tak bagi salam." Balas Raz yang meletakkan sikunya di atas meja Noor.
Noor Memandang Sophia yang sedang berborak dengan Zaitun takut-takut Sophia menoleh kebelang."Ye lah.. Kan awak selalu dengan Sophia. Tu saya tanya tu."
"Macamana tak selalu dengan Sophia... Awak tak pernah tegur saya pun." Kias Raz.
"Tunggu saya tegur ke?"
"Ye lah.."
"Awak tipu."
"Kenapa pulak?"
"Awak kata awak tunggu saya tegur, tapi hari ni nampaknya awak mulakan dulu.." Noor masih lagi melirik mata ke arah Sophia.
"Macamana saya tak mula dulu, saya tak sabar tunggu awak mulakan." Raz tidak mahu mengalah.
Nampaknya Raz dan Noor semakin ingin memahami antara satu sama lain.
"Kalau saya mulakan, dan awak tersangkut, nanti ada orang marah.." Noor mula menyentuh pasal Sophia kerana ingin mengetahui status Raz dan Sophia.
"Siapa yang nak marah tak tentu pasal tu?" Raz tahu siapa orang itu.
"Siapa lagi kalau bukan orang yang selalu dengan awak." Noor menjeling ke arah Sophia. Raz turut memandang ke arah yang sama sambil tergelak kecil.
"Oh! Kawan saya tu... Takkan kawan saya nak marah saya berkawan dengan kawan baik dia sendiri." Raz kembali memandang Noor.
"Oh! Kawan saya... Jadi awak berpegang dengan pepatah 'kawan mu kawan ku jua' lah ye?" Noor membalas.
"Saya tak nak tahu dengan pepatah awak tu... Rehat nanti saya nak jumpa." Raz cuba menangguh bicara untuk disambung ke waktu yang lebih sesuai.
"Ajak kawan baik saya sekali boleh?" Tanya Noor menduga Raz.
"Kalau boleh awak seorang saja." Ujar Raz dan Bingo! bagi Noor.
"Macam personal je.." Balas Noor sambil mengerut dahi.
"Nak tahu personal ke tidak, Blok E jadi saksinya." Akhir kata dari Raz sebelum mengukir senyuman dan terus menuju ke meja Sophia.
Sememangnya Tuan Jaque memilih orang betul. Cuma orang yang di pilihnya itu yang menggunakan kebijaksanaan kata-katanya pada orang yang salah.
Raz berkata sesuatu pada Sophia.
Raz kembali ke tempat duduknya dan lewat di sebelah meja Noor.
"Blok E." Raz berbisik di telinga Noor. Noor hanya senyum dan mengangkat bahu.
Sebenarnya Raz memberitahu Sophia yang dia ingin berjumpa di perpustakaan yang terletak di Blok A iaitu blok utama terletak paling depan sekali. Jaraknya dengan blok E lebih kurang 300 meter. Rupanya dia tak mahu Sophia menggangunya nanti.
Dua matapelajaran sebelum rehat dilalui bagaikan terlalu lama oleh Noor. Dia yang biasanya akan menumpukan perhatian yang penuh kepada apa yang diajar oleh guru lebih banyak mengelamun. Mengelamun tentang apa yang akan dikatakan oleh Raz pada waktu rehat nanti. Mungkinkah Raz akan meluahkan isi hatinya atau sekadar ingin berkawan dengannya sahaja. Adakah Raz seorang yang jujur atau suka memainkan perasaan gadis. Mungkinkah juga dia akan menerima Raz sekiranya Raz mencurahkan rasa hatinya nanti. Mungkinkah juga.... Pap!! Tiba-tiba mejanya berdentum dengan bunyi hentakan pembaris.
"Ada apa kat siling tu?" Suara Cikgu Ramlan yang mengajar matapelajaran Fizik mengubah suasana alam khayalan Noor. Semuanya hancur berkecai. Kini dia kembali berada dalam kelas semula.
"Takde apa-apa Cikgu..." Jawab Noor sambil mengelip-ngelipkan matanya memandang Cikgu Ramlan yang berusia lingkungan 40-an itu.
"Kalau tak ada apa-apa kenapa tak tumpukan perhatian? Ingat buah hati ke?" Sambung Cikgunya lagi sambil disambut dengan gelak tawa oleh pelajar lain.
"Err.. Tak lah Cikgu... Saya teringat ayah saya. Minta maaf Cikgu." Balas Noor yang semangnya tahu yang dirinya tetap juga bersalah.Raz terkejut mendengar Noor menyebut ayah.
Manakala Sophia pula sangsi dengan perangai Noor. Tak pernah pun dia berangan sakan semasa belajar sampai cikgu tegur macam ni.
Kelas disambung seperti biasa. Noor terdiam dan tersengih sendirian mengenangkan yang berlaku. Sesungguhnya dia sudah tidak sabar menunggu tibanya waktu rehat pada hati itu.





Kriiiiing!!!!!

Masa yang dinanti-nanti oleh Noor dan Sophia sudah tiba. Noor akan bertemu Raz di blok E dan Sophia pula akan bertemu Raz di perpustakaan. Pelik bunyinya. Tapi itulah kebenarannya. Salah seorang dari mereka akan kecewa. Siapa lagi kalau bukan Sophia yang akan kecewa. Raz begitu pasti sekiranya dia tidak berbohong pada Sophia untuk bertemu di perpustakaan sekolah, pasti Sophia akan mencarinya keliling sekolah nanti. Sekurang-kurangnya Sophia akan menunggunya di perpustakaan sehingga loceng menandakan berakhirnya waktu rehat.
Sophia tidak ke kantin pada hari itu. Begitu juga dengan Raz dan Noor. Kebetulan perpustakaan tidak dikunjungi ramai pelajar ramai pelajar pada waktu rehat hari ini. Sophia masuk ke perpustakaan bersendirian tanpa ditemani Ima dan Zaitun yang sudah diberitahunya lebih awal semasa di kelas sebelum rehat tadi. Dia mengambil sebuah buku yang dia sendiri tidak tahu apa judulnya dan mengambil tempat berdekatan dengan pintu amsuk utama perpustakaan supaya Raz senang mengesan lokasinya.
“Apalah agaknya Raz nak cakap kat aku nanti ye… Tak pernah-pernah dia buat ‘appointment’ dengan aku. Mintak-mintak dia luahkan perasaan kat aku. Hi hi hi..” Sophia tergelak kecil sambil membelek-belek buku yang menjadi alat penyamarannya itu.
Sementara itu di Blok E…

Awal-awal Noor sudah tercegat di bawah sebatang pokok berdekatan Blok E kerana dia tidak pasti lokasi spesifik pertemuan yang bakal berlangsung sebentar nanti. Keceriaan jelas terpampang di wajahnya menyembunyikan detap jantungnya yang kencang.
Raz melangkah pantas ke destinasinya sambil memegang sesuatu. Sesuatu yang pernah dibawanya ke Blok E sebelum ini. Sehelai kertas lukisan tetapi tanpa pensel 4B. Sepanjang perjalanan ke Blok E dia membalas senyuman beberapa orang pelajar perempuan yang menegurnya. Maklumlah orang tampan mesti menjadi perhatian mata-mata mereka yang menggemari kesempurnaan.
Noor semakin tidak sabar menunggu. Dia memandang ke semua arah bagi mengesan kelibat Raz. Dia mula gelisah menunggu. Hatinya menebak bermacam-macam kemungkinan yang berlaku pada Raz. Mungkinkah Sophia menghalang perjalanan Raz ke situ atau Raz segaja mempermainkan dirinya. Kalau betullah Raz membohongi dirinya, tiada lagi ruang untuk Raz selepas ini.
Tiba-tiba, di satu sudut bangunan Blok E betul-betul di belakang tandas perempuan, muncullah seseorang yang akan mengakhiri penantian Noor ketika itu. Raz yang masih tercari-cari gadis idamannya mencekak pinggang dan sesekali menggaru-garu kepala. Noor yang tersenyum melihat gelagat Raz seperti orang mengejar peragut yang hilang jejak. Noor terlihat barang di genggaman Raz. Dia berkira-kira adakah barang itu hadiah dari Raz untuknya. Logikkah kalau dikatakan itu adalah surat cinta untukknya? Atau surat untuk Sophia! “Kalau surat kenapa digulung dan tak dilipat?” Bisik Noor.
Lalu Noor memejamkan matanya sambil menarik nafas dan sejurus kemudian tekanan udara di sekitar satu meter dari dirinya bertambah. Seakan ada laluan lutsinar antara Noor dan Raz apabila udara bertekanan tinggi di sekeliling Noor bergerak pantas dan lembut ke arah Raz melalui laluan kahs itu sedetik selepas Noor menghembuskan nafas. Membuka kembali mata dan menghayati aura bayu yang menyapa lembut ke segenap tubuh Raz adalah satu perasaan yang tak dapat digambarkan oleh Noor ketika itu. Kini dia semakin mengharap yang Raz akan menjadi miliknya dan dia ingin memastikan ianya akan berlaku.
Raz yang tersentak dengan belaian angin yang ditimbulkan oleh Noor memejamkan mata tanpa disedari. Dia seakan-akan dipaksa merasai keindahan tiupan bayu itu. “Angin apa ni? Kenapa tiba-tiba ada angin macam ni hari ni? Nyamannya seperti dalam Syurga aku rasakan.” Raz berbicara di dalam hatinya.
Seakan terpaksa pula dia membuka mata merelakan perasaannya berpisah dari keasyikan yang sedang dinikmati dan… Noor sudah ada di depan mata.
Raz menarik nafas dengan pantas tanda terperanjat dengan kejutan yang Noor berikan. Mana tidaknya, Noor yang dicari-carinya sebentar tadi secara tiba-tiba berdiri pegun tak sampai satu kaki di hadapannya sambil mendongak menatap wajahnya.
“Awak lambat..” Kata-kata Noor yang pertama pada waktu rehat itu setelah tidak bersuara semenjak loceng rehat berbunyi.
“Awak yang cepat sangat.” Balas Raz yang tidak sedar dari mana datangnya bayu lembut yang menyapanya.
“Mana boleh yang dijemput sampai dulu sebelum yang menjemput.” Sekali lagi Noor ingin menduga Raz. Nampaknya sayembara antara Noor dan Raz di kelas tadi bersambung di situ.
“Kalau yang dijemput sampai dulu sebelum yang menjemput, awak tahu apa maknanya?” Raz bertanya tanpa berganjak sedikit dari kedudukannya. Begitu juga dengan Noor yang masih kaku di hadapan Raz.
“Apa dia?” Tanya Noor ringkas. terhentiNoor tak sanggup melepaskan pandangan matanya ke arah mata Raz walau sedetik.
“Itu bermakna, yang dijemput tak sabar nak jumpa yang menjemput.” Raz mengakhiri kata-katanya dengan menaikkan keningnya yang lebat.
Noor mengukir senyuman tanda kata-kata Raz tadi tak tersangkal kebenarannya.
“Memang benar…itupun pasal yang dijemput nak tahu apa agenda yang menjemput. Lagipun…” Kata-kata Noor terhenti kerana segulung kertas lukisan menyilang di ulas bibir manisnya.
Raz merasakan dia patut menghentikan sandiwara mereka memandangkan masa tidak mengizinkan. Gulungan kertas lukisan itu perlahan-lahan digerakkan ke bawah melintangi bibir Noor menuju ke jari jemari kanan Noor yang berada di pangkal paha.
“Sebenarnya saya Cuma nak bagi ini. Tak perlu saya ucapkan panjang lebar kerana gulungan kertas ini mewakili ucapan saya. Its more than words, Noor.” Raz melepaskan genggaman tangannya ke atas gulungan kertas itu setelah noor mendakap kemas kertas lukisan milik Raz itu tanda ianya sudah bertukar milik.
Buat kali pertama Noor melepaskan pandangan matanya pada Raz untuk melihat gulungan kertas yang ada di tangannya. Perlahan dia membuka gulungan kertas itu di hadapan Raz. Noor tersenyum melihat kandungan di atas kertas itu. Harapannya untuk jejaka idamannya berterus terang padanya telah termakbul.
“Saya harap awak faham…” Suara Raz ringkas sambil mengundur diri. Rasanya dia akan berlalu buat masa ini.
“Tunggu..! Memang awak tak perlu terangkan apa-apa dengan memberi kertas lukisan seperti ini. Tapi sebagai cabaran dari saya awak perlu juga menerangkan dengan kata-kata. Itupun kalau awak berani.” Noor tidak membenarkan Raz pergi. Walaupun dia sudah faham perasaan Raz padanya dan dia sangat bahagia ketika itu, tetapi dia akan lebih bahagia sekiranya Raz mengungkapkan kata-kata ajaib itu di depannya pada detik itu juga.
Raz terhenti dan melangkah ke hadapan kembali. Rasanya dia akan menyahut cabaran Noor itu. “Baiklah.. Kalau itu yang awak inginkan… Saya tertarik pada awak semenjak saya melihat awak pertama kali. Awak cantik… Comel… Bersopan santun…memiliki semua yang lelaki inginkan, termasuk saya. Saya nak awak jadi kekasih saya kerana itu yang saya impikan semenjak pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini. Itu pun kalau awak terima saya.”
Noor hanya tunduk sambil sesekali melirikkan mata ke arah Raz. Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu. Inilah pertama kalinya Noor menerima cinta dari seorang lelaki dalam hidupnya.
“Itu yang saya nak dengar…” Jawapan ringkas dari Noor.
“Jawapan awak?” Tanya Raz kembali.
“Aku terima cintanya Razdi bin Razak dengan hantarannya segulung kertas lukisan. Sah!” Noor mengakhiri akad dengan gelak ketawa sopannya.
Raz turut tergelak dengan gurauan Noor dan dia cuba merangkul tangan Noor tanda gembiranya. Namun Noor menyorokkan tangannya ke belakang.
“A ha! Kita bukan muhrim. Awak tak boleh sentuh saya dan itu adalah syarat pertama hubungan ini.” Noor melirik tajam ke arah Raz.
Raz menarik semula tangan gatalnya itu dan menaikkan bahunya. “Baiklah.. Saya hormati pendirian awak. Lagipun betul apa yang awak cakap tu.” Dia sempat teringat yang Sophia selalu mencuri peluang bermesra dengan memegang tangan dan pipi Raz.
Noor lega Raz faham akan dirinya dan dia berharap itu adalah penerus kepada kesinambungan cinta mereka selepas ini.
“Mana awak curi gambar saya untuk buat ni?” Noor menukar topik kerana sudah hilang debarnya dengan keadaan ketika itu.
“Curi? Saya tak perlu itu semua untuk melukis potret orang yang saya sayangi kerana wajahnya selalu ada di ruang mata saya.”
Jawapan Raz itu begitu menyentuh perasaan Noor.
“Baiklah saya akan simpan lukisan ini sepanjang hidup saya. Saya janji.” Noor menggulung kembali kertas lukisan di tangannya. Mereka saling diam membisu selepas itu. Tiada seorang pun yang mengalah mahu berlalu dari situ, Saling tidak mahu situasi indah itu berakhir begitu saja.
“Kriiiiiing!!!!”
Loceng tamat rehat berkumandang sekitar Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya. Noor dan Raz tersentak dari perasaan indah masing-masing. Mereka berdua saling melambai dan mengundurkan diri ke arah bertentangan. Raz ke kanan dan Noor ke kiri Blok E untuk menuju ke kelas mereka.
Seseorang muncul dari tandas Blok E yang terletak di bahagian tepi tingkat bawah… Sophia! Wajahnya yang masam menggambarkan hatinya yang sedang kecewa dan panas membara. Sebenarnya dia sudah beredar dari perpustakaan kerana kelibat Raz tidak kelihatan setelah beberapa minit menunggu. Jadi dia mengambil keputusan untuk mencari Raz dimana selalu Raz memencilkan diri. Ternyata Raz tidak berseorangan di Blok E pada hari itu dan Sophia mengambil keputusan untuk mendengar perbualan mereka setelah dia terserempak dengan mereka berdua dan sempat mengelak dari dilihat.
Apa yang menjadi igauannya selama ini menjadi kenyataan pada hari yang dijangkanya menjadi hari yang bahagia bagi dirinya. Dia begitu tak menyangka yang pengorbanan yang dilakukan selama ini termasuk meluruskan rambut dan menambah lentik bulu matanya tidak terbalas dek penangan Noor yang menjadi saingannya selama ini. Dia juga amat hairan dengan Noor yang selama ini tidak menujukkan sebarang reaksinya terhadap Raz boleh menambat hati lelaki idamannya itu sedangkan pada masa yang sama dia bertungkus lumus mengeluarkan semua ‘skill’ yang ada pada dirinya.
Sophia menjadi pelajar paling akhir masuk ke kelas iaitu beberapa minit selepas Ustazah Noor Baiyah masuk ke kelas.
“Awak sedang masuk tandas ke?” Tanya Ustazah Nor Baiyah sambil memerhatikan Sophia yang melangkah longlai tanpa memberi salam kepanya.
“Kelas Ustazah..” Balas Sophia ringkas.
“Kenapa tak beri salam? Awak nampak muram, awak tak sihat ke Sophia?” Tanya Ustazahnya lagi sambil memerhatikan Sophia yang berdiri menghadapnya.
“Assalamualaikum Ustazah… Tak ada apa apa… Saya sihat.” Jawab Sophia lagi dalam tunduk kepalanya.
“Pergi duduk di tempat kamu.” Arah Ustazah Nor Baiyah.
Raz sudah mengagak keadaan itu pasti akan berlaku. Dia hanya memandang buku yang ada di atas mejanya. Manakala Noor mengesyaki sesuatu dengan kondisi Sophia ketika itu.
Sophia yang melabuhkan punggungnya ke kerusinya menoleh ke belakang. Noor adalah orang pertama yang dipandangnya. Noor tergamam dengan pandangan Sophia. Alamak! Mungkin dia sudah tahu hubungannya yang baru tercipta dengan Raz. Tapi bagaimana dia tahu?
Raz menjadi orang kedua panahan mata Sophia yang agak tajam. Tetapi Raz tidak menyedarinya gara-gara dia pura-pura membelek buku teks Agama Islam di atas mejanya.
Waktu selepas rehat menjadi waktu yang begitu pedih buat Sophia dan Indah buat Noor dan Raz. Sepanjang tiga matapelajaran yang dilalui tidak ada satupun yang masuk kedalam minda Sophia. Ima dan Zaitun kehairanan dengan sikap Sophia sesekali menusuk-nusukkan pennya ke atas buku dan sikap Noor yang kadang-kadang tersenyum seorang diri.
“Tinggal kita berdua je lah tun… Sophia dan Noor dengan hal dia orang. Apa nak jadi dengan dia orang ni… Ni semua mesti pasal Raz kan? Mula-mula je aku suka dekat dia. Tapi sekarang aku benci dah..!” Ima yang berjalan di sebelah Zaitun selepas waktu persekolahan tamat mengajukan pertanyaan kepada Zaitun.
“Apa lagi kalau bukan pasal tu. Sophia ni pun satu… Raz dah tak suka tu dah la… Kan banyak lelaki lain. Memang Raz baik dengan dia selamaini, tapi tak semestinya Raz akan jatuh cinta pada dia. Raz ni pun satu, layan Sophia macam bagi harapan pada dia. Janganlah ikutkan sangat Sophia tu kalau tak minat.” Kata Zaitun yang selalunya dipeluk di bahagian bahu oleh Sophia selepas waktu persekolahan. Tetapi hari itu Sophia tidak bersama mereka berdua. Begitu juga dengan teman baru mereka Noor. Ke mana mereka berdua pergi?
Sophia sudah pulang awal sejurus loceng tamat persekolahan berbunyi. Dia tidak menunggu lama seperti biasa. Manakala Noor kelihatan sedang berjalan berduaan bersama Raz di belakang Ima dan Zaitun.
Ima yang ternampak Noor dan Raz di belakang mereka sempat melambaikan tangan. Noor dan Raz membalas lambaian itu.
“Betullah… Kau tengok kat belakang tu. Noor dan Raz bukan main mesra lagi. Kita kena jumpa Sophia lepas ni untuk beri dia nasihat. Katakan pada dia jangan kejar Raz lagi. Dia sudah jadi milik Noor nampaknya.” Ima memberitahu Zaitun apa yang dilihatnya.
Zaitun pun menoleh ke belakang. Tapi Noor dan Raz tidak perasan kerana mereka sibuk berborak.
“Ye lah…Dari kemesraan yang aku nampak, memang mereka saling suka.” Zaitun membuat kesimpulan ke atas apa yang dilihatnya.
Haluan Noor dan Raz juga sama selepas waktu sekolah pada hari itu. Sepertinya mereka ingin ke Heaven Square. Ima dan Zaitun yang mengikuti laluan biasa untuk pulang ke rumah memerhatikan sahaja lagak mesra kedua pasangan baru itu sehingga hilang dari mata mereka. Nampaknya hari ini adalah hari Noor dan Raz mengenali antara satu sama lain. Mereka bersiar-siar di Heaven Square dan makan bersama di sebuah restoran di sana. Raz seakan-akan sudah lupa janjinya kepada Tuan Jaque untuk membereskan tugasnya! Sedangkan Sophia yang terus pulang ke rumah menangis teresak-esak di dalam biliknya mengenangkan nasib yang menimpa dirinya hari ini. Kecewa, kesal, malu.. semuanya bermain di fikirannya. Kecewa dengan sikap Raz terhadap dirinya, kesal dengan dirinya yang terlalu memuja Raz dan malu kerana segulung kertas lukisan yang disangkakannya adalah potret dirinya.
Sophia tidak berapa menyalahkan Raz dalam hal ini kerana dari awal lagi dia sudah mengatakan pada dirinya Noor adalah pesaingnya. Ini bermakna siapa yang dapat memikat Raz adalah pemenang dalam perebutan ini. Ternyata dia kalah dalam perebutan ini. Jadi Noor adalah penghalang sebenar kepada misinya kerana jika tiada Noor sudah pasti Raz akan menjadi miliknya. Begitulah singkatnya pemikiran Sophia kerana terlalu taksub dengan Raz sehingga rakannya sendiri menjadi mangsa pertimbangan hatinya.
Semakin hari cinta Noor pada Raz semakin menebal. Mana tidaknya, Raz melayannya seperti puteri. Kalau dulu Sophia dilihat selalu bersama Raz, tetapi kini Noor yang selalu berada di sampingnya. Rakan sekelas mereka pun turut merasa perubahan itu. Sophia berwajah muram setiap hari. Raz dan Noor pun turut sama sedar situasi Sophia tetapi mereka berdua yang sedang dilamun cinta itu tidak berapa kisah dengan perubahan itu.
Ima dan Zaitun pula sedang mencari masa yang sesuai untuk berbincang mengenai perkara itu dengan Sophia takut-takut fokusnya terhadap tugas sebagai Dashing Doll terganggu dek perkara-perkara remeh seperti masalah cinta yang bagi Ima dan Zaitun adalah perkara yang sepatutnya tidak menjadi penghalang.
Setiap hari jika ada masa Noor cuba juga ke meja Sophia untuk berborak tetapi mendapat sambutan dingin dari Sophia. Sophia hanya menjawab ringkas semua pertanyaan Noor dan Raz pula langsung tidak mengambil peduli buat sementara waktu kerana dia takut Sophia akan naik angin dan mungkin akan menggunakan kekerasan kepada dirinya. Tetapi Sophia tahu batas-batasnya. Dia takkan menggunakan kuasanya untuk bertindak dalam hal itu.
Hari berlalu cukup pantas pada minggu itu. Esok adalah hari Jumaat. Hari Putrajaya akan diserang oleh Red Level. Sekali lagi Raz mundar-mandir di rumahnya. Begitu juga dengan Chong dan Sang Putih. Mereka sedar yang mereka tiada apa apa maklumat untuk Tuan Jaque untuk hari esok. Chong dan Sang Putih tidak habis-habis menyalahkan Raz. Manakala Raz semakin kusut fikiran. Mana tidaknya, dari keasyikannya melayan cinta Noor, baru hari ini dia dapat rasakan kondisi dirinya sudah seperti telur di hujung tanduk. Sedangkan setiap hari pertanyaan Chong dan Sang Putih tentang tugasannya dibalas dengan jawapan yang meyakinkan ‘ibu bapa’nya itu.
“Sekejap lagi telefon kau berbunyi. Kau jawablah apa yang patut pada tuan Jaque! Aku tak nak ambik pusing! Sikit pun aku tak nak!” Jerit Chong.
Jika sebelum ini Raz membalas tengkingan Chong tetapi kali ini Raz hanya tunduk menggenggam rambutnya tanda tertekan. Apa dia nak jawab dengan Tuannya nanti. Takkan nak bagi jawapan yang sama macam dulu. Ini akan menggugat kredibilitinya pada pandangan Tuan Jaque. Keresahan Raz semakin memuncak sehingga dia mengambil telefon bimbitnya dan menghempaskannya ke lantai. Hancur berderai telefonnya…
Chong yang menyaksikan kerenah Raz yang di luar kawalan itu berang lantas menerpa ke arah Raz. Raz yang tak sedar terpaan Chong hanya sempat mengangkat kedua belah tangannya untuk melindungi mukanya.
“Kurang ajar kau! Kenapa kau hempas telefon kau tu! Kau saja nak Tuan Jaque menghubungi aku ke ha!!” Jeritan Chong bergema ke segenap ruang di ruang tamu.
Berlaku satu pergelutan antara Raz dan Chong. Sang Putih yang memihak kepada Chong pula cuba ingin masuk campur tapi belum sempat dia berbuat demikian, telefon di poket seluar Sang putih berbunyi.
Raz dan Chong yang sedang bergelut terhenti dan memandang ke arah bunyi telefon Sang Putih.
Sang Putih melihat nama yang terpampang di skrin telefon bimbitnya.
“TJ”
Sang Putih menelan air liur. Perlahan dia menekan butang hijau dan menjawab panggilan itu.
“Hello Tuan..”
Beberapa saat kemudian…
“Kami tuan?! Raz sekali? Baik Tuan!” Lalu Sang Putih menamatkan perbualannya.
Raz dan Chong meluru ke arah Sang Putih.
“Apa Tuan cakap?” Tanya Raz yang berdebar menunggu jawapan dari Sang Putih. Chong pula sedia mendengar.
“Dengar sini! Kita bertiga terlibat dengan serangan ke atas Putrajaya Esok. Raz, Kau dikehendaki melindungi identiti kau ketika di sana nanti.” Jelas Sang Putih.
“Dia tak tanya tentang kerja aku?” Tanya Raz resah.
“Tak.” Jawab Sang Putih Ringkas. Raz menghempas tubuhnya ke sofa. Lega hati Raz buat sementara waktu.
Dengan tugasan barunya untuk menggempur putrajaya esok hari, motivasi dan fokusnya terhadap Red Level sudah kembali. Dia ingin membuktikan sesuatu esok hari. Buat pertama kalinya Tuan Jaque mempercayainya untuk menyertai anggota lain di medan tempur. Ini adalah satu penghormatan terhadap dirinya. Dia akan cuba menewaskan musuh Red Level bersama-sama anggota lain walau terpaksa mengorbankan nyawanya. Begitulah taat setia yang kembali bersinar dalam dirinya setelah dia gagal melawan cintanya yang nyaris membunuh kedudukannya di dalam Red Level.
Hari jumaat yang biasa dan sama sahaja keadaannya seperti minggu-minggu sebelumnya. Raz tidak hadir ke sekolah dan Noor kelihatan Suram sedikit hari itu. Tengahari selepas habis waktu sekolah di Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya, Noor bertemu merancang bertemu dengan Sophia. Dia cuba mendekati Sophia yang sedang berjalan seorang diri.
“Hai Sophia..” Sapa Noor setelah tiba di sebelah Sophia.
Sophia yang kenal akan suara itu tidak menoleh atau menjawab sapaan itu.
“Aku tahu kau marah kat aku… Tapi kita masih kawan kan? Aku minta maaf kerana rapat dengan Raz.” Noor memulakan bicaranya.
“Kau yang sengaja cari pasal kan?” Sophia bersuara tanpa memandang sikitpun ke arah Noor.
“Bukan macam tu.. Aku terima Raz kerana kau berdua belum menjalinkan hubungan apa-apa. Dia pun sendiri mengaku yang dia hanya berkawan dengan kau. Jadi tak salahlah aku menerima cinta dia.” Noor tidak meninggikan suara walaupun kata-kata Sophia sebentar tadi merenggut sedikit hatinya.
“Takan kau tak faham tengok aku rapat dengan dia setiap hari. Kau langsung tak bagi aku masa untuk pikat dia. Tahulah… aku ni tak cantik, tak cute dan tak sopan macam kau. Tapi janganlah cuba potong line aku!” Sophia semakin meninggikan suara.
“Sekali lagi aku nak tanya pada kau… Salahkah aku menerima cinta dari seorang yang tiada hubungan istimewa dengan kau. Lagipun aku memang suka kat dia. Jadi siapa yang dia pilih tak bolehlah kau persoalkan.” Kali ini Noor bersuara agak tegas.
Sophia menghentikan langkahnya. Noor juga turut sama. Sophia memandang Noor dalam keadaan marah dan tak pernahpun terjadi sebelum ini.
“Ooo.. Tak salah ya.. Bagi aku kau tetap salah kerana kau sedikit pun tidak menunjukkan rasa cinta kau pada dia sebelum ni. 10 peratus macam yang aku buat pun tak ada kau buat! Kau tak lakukan apa-apa pun Noor. Kau hanya diam… Mentertawakan aku yang terhegeh-hegeh kat dia dan tup tup… Kau pulak yang memiliki dia. Cuba kau bayangkan kalau kau jadi aku…! Apa perasaan kau!” Sophia sudah naik angin. Noor yang memejamkan mata dan bernafas agak kencang sudah tidak sanggup mendengar tomahan dari Sophia.
“Sudah! Sudah! Baru aku tahu kau ni jenis yang macam mana. Aku tak sangka srikandi negara macam kau ni ada sifat egois yang tinggi. Tak nak terima kenyataan. Aku kecewa dengan sikap kau Sophia! Aku jumpa kau ni dengan niat baik. Kau kawan aku! Kawan seperjuangan aku!” Noor sudah tidak dapat menahan perasaannya. Dia sudah mula berani meninggikan sedikit suaranya.
“Oo.. Mentang-mentang kita orang dah tahu siapa kau sebenarnya, kau dah mula berani tinggi suara kat aku. Wah! Kau dah bukan Noor yang dulu lagi nampaknya… Tapi jangan kau ingat aku takut dengan ilmu tempur kau!” Emosi Sophia sudah tidak dapat dikawal lagi sehingga sanggup mencabar ilmu tempur yang dimiliki Noor. Teringat dulu semasa kejadian di Panggung wayang ketika Sophia naik angin dengan perompak yang mencederakan batang hidungnya… Dia akan berleter apa yang dia mahu.
“Sophia… Jangan babitkan benda tu dalam hal kita ni. Tolonglah… Aku tak mahu mencederakan kawan aku sendiri.” Noor yang terkejut dengan lontaran kata-kata Sophia memohon Sophia menariknya semula.
“Wah! Dah hebat sangat ke ilmu kau tu sampai boleh mencederakan aku? Nampaknya kau dan memperkecilkan aku ni…” Sophia semakin hilang kawalan. Dia teramat-amat sedar yang ilmunya tidak setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh Noor tetapi semua itu sudah ditutup oleh perasaan marahnya yang semakin membuak-buak terhadap Noor.
Sementara itu Ima dan Zaitun yang bercadang untuk bertemu dengan Sophia pada hari itu melihat kelakuan Sophia dan Noor yang mencurigakan dari arah belakang.
“Tun!! Kenapa si Sophia tu. Lain macam je.” Ima menuding jari ke arah dua rakan yang berada 200 meter di depan mereka.
“Ya Allah! Ima! Nampaknya mereka berdua sedang bergaduh! Jom lekas ke sana!!” Zaitun dan Ima menggunakan kepantasan untuk tiba di lokasi Sophia dan Noor.
Sophia sudah mengangkat kakinya untuk dihayun ke muka Noor. Noor tidak berganjak sedikit pun.
“Sophia! Aku tak mahu mencederakan kau!” Sekali lagi Noor memberi amaran lisan. Nasib baik tempat itu tiada orang.
Tendangan Supersonic Sophia kena tepat di telinga kiri Noor dan menyebabkan Noor tersembam ke tanah. Ima dan Zaitun tak sempat menyelamatkan Noor. Kerana mereka tiba sebaik sahaja Noor jatuh akibat tendangan padu Sophia. Sophia tergamam Noor sedikitpun tidak mengelak atau menangkis serangan darinya.
“Sophia!! Apa kau dah hilang akal ke?! Sanggup kau gunakan kuasa kau pada orang yang tak sepatutnya!” Zaitun yang baru tiba menuding jari ke arah Sophia. Sophia tak percaya apa yang baru dilakukannya. Dia menyesal dan melutut sambil menundukkan wajahnya.
Ima membantu Noor bangkit. Noor hanya tersenyum pada Ima. Tiada kesan luka sedikitpun pada Noor.
“Dah la tu Zaitun… Kau pun ada cakap pada aku yang Sophia ni emosi sikit orangnya. Sekejap lagi ok lah tu….” Ujar Noor yang dibantu oleh Ima.
Zaitun begitu marah pada Sophia kerana sanggup menyerang rakannya sendiri kerana seorang lelaki.
“Apa yang kau marah sangat pada Noor? Dia tak merampas Raz daripada kau. Sepatutnya kau salahkan diri kau sendiri kerana terlalu taksub dengan Raz tu. Kau yang tak boleh terima kenyataan yang Raz tak cinta pada kau. Dia memilih Noor mungkin kerana Noor menepati ciri-ciri gadis yang dia idamkan selama ini. Kau bukan tak cantik. Lagi-lagi dengan rambut lurus kau sekarang. Berpuluh-puluh lelaki kau boleh daptkan. Bukan Raz seorang saja yang tampan dan bergaya. Banyak lagi! Kalau kau nak aku carikan pun aku boleh carikan. Bukan macam ni cara nak mengatasi kekecewaan kau ni. Istighfar banyak-banyak. Relakanlah cinta Noor pada Raz. Aku berdoa suatu hari nanti ada lelaki yang lebih baik dan tampan akan luahkan isi hatinya pada kau.” Zaitun memberi nasihat panjang lebar tetapi sedikit pun tidak masuk ke kepala Sophia. Bagi Sophia Raz adalah satu-satunya lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Walau apapun Sophia tetap menyesali perbuatannya sebentar tadi.
Sophia berdiri kembali dan meminta maaf pada Noor.
“Maafkan aku Noor. Aku terlampau menurut kata hati aku. Tapi kau tetap melukakan hati aku kerana mendahului aku.” Sophia melangkah pergi dari situ. Noor, Ima dan Zaitun hanya memerhatikan kepergian Sophia.
“Nampaknya dia masih keras hati.” Ujar Ima.
“Tak apalah.. Yang penting dia sedar yang serangannya kepada aku tu adalah tindakannya yang tak wajar.” Noor menambah.
Tak sampai pun sepuluh meter Sophia melangkah alat komunikasi CCD Dashing Doll berbunyi.
“Dashing Doll! Dashing Doll! Dari Eagle Eye! Sila bergegas ke Putrajaya sekarang juga. Anggota Red Level sedang menggempur beberapa bangunan kerajaan termasuk Ibupejabat Polis Persekutuan. Terdapat juga anggota mereka yang luar biasa. Dianggarkan 7 orang kesemuanya. Segera ke lokasi!”
“TUJUH ORANG?!” Mereka berempat terperanjat besar mendengar bilangan musuh yang bakal mereka hadapi.
“Noor, kau akan ikut sekali?” Tanya Ima dalam nada bermohon.
“Pasti aku pergi. Aku kan dah berjanji akan turut sama dengan kalian walau apa yang terjadi.” Noor tersenyum.
“Empat lawan tujuh… Boleh ke?” Kali ini Ima mengajukan soalan kepada semua yang ada di situ.
“Sophia! Ini masanya kau lepaskan kemarahan kau!!” Zaitun yang risau semangat juang Sophia turun mendadak memberi semangat kepada Sophia yang terhenti dalam perjalanan pulangnya.
“Kita bertiga saja pun boleh uruskan mereka!” Sophia menjerit dari kejauhan.
Noor sedikit terasa dengan kata-kata Sophia. Tapi dia tak ambil hati walau sedikitpun. Ima dan Zaitun menepuk belakang Noor tanda bersabar dengan karenah Sophia. Sophia mendahului yang lain terbang ke arah yang dituju. Diikuti Ima dan Zaitun. Beg dan pakaian sekolah mereka ditinggalkan di situ kecuali Ima yang tidak menanggalkan ‘Qiuniform’nya.
Noor mengambil semua beg dan pakaian rakannya dan dikumpulkan di satu tempat. Dia mula terasa yang pembabitannya tidak mendapat restu Sophia. Tapi demi keselamatan rakan-rakan dan rakyat jelata amnya menjadi titik tolak dan pendorong kepadanya untuk menyertai rakan-rakannya yang bergelar Dashing Doll itu.
posted by Penulisan2u @ 11:36 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group