Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ira menitiskan air mata sebaik sahaja dirinya sah menjadi isteri Eddy dengan hanya sekali lafaz. Semua orang menyangka itu merupakan air mata gembira tetapi bagi Ira ianya merupakan hari yang paling menyedihkan dalam hidupnya. Akhirnya Ira terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya. Tambahan pula Eddy langsung tidak menunjukkan tanda mahu membantah perkahwinan tersebut, malah dia merupakan orang yang paling ceria sepanjang perkahwinan tersebut. " Huh! Pandai betul dia berlakon," gumam Ira. Sedang semua sanak saudara sibuk di ruang tamu, Ira mengurungkan diri di dalam bilik. Dia agak terkilan kerana Dina tidak dapat hadir ke majlis perkahwinanya kerana dihantar ke Australia bagi membuat liputan majlis anugerah di sana. Ira langsung tidak memberitahu staff di tempatnya berkerja dan mereka pasti tidak mengesyaki apa-apa kerana Ira hanya mengambil cuti selama 2 hari. Dina..kalaulah kau ada kat sini,"rintih Ira perlahan. " Hai, ingat buah hati ke?," satu suara menjengah ke dalam biliknya. Suara yang amat dibencinya sejak beberapa bulan ini. Eddy dengan selamba masuk ke biliknya dan duduk di birai katil tidak jauh dari Ira. Serta merta Ira bangun dan beralih duduk di meja soleknya. Eddy hanya tersenyum nakal melihat perlakuan spontan Ira. " Kau jangan risau, sepanjang perkahwinan kita ni, takde apa yang akan berubah. Kau boleh keluar dengan siapa saja yang kau suka dan kau jangan nak sibuk hal aku. Segala belanja keperluan kau aku bank in tiap – tiap bulan," terang Eddy dengan wajah serius. " Ok, sampai KL nanti aku harap kita takkan jumpa lagi. Apa-apa hal kau call je aku. Kalau urgent sangat, baru kau datang kat rumah sewa aku tu. Aku tak nak Dina rasa kekok nanti tengok kau datang," balas Ira " No way! Kau kena tinggal dengan aku. Aku tak nak parents kita syak nanti. Balik ni kita terus singgah rumah kau ambik barang- barang kau then pindah rumah aku,"bantah Eddy. " Eh! Aku kata tak nak maknanya taknak la! Kau jangan nak atur hidup aku ,ok. Kena kawin dengan kau satu hal lepas tu nak kena tinggal serumah pulak. Lagipun jauh dengan tempat kerja aku. Aku tak nak!" Ira meninggikan suaranya. Eddy sudah tidak dapat menahan kemarahannya lagi lantas mencengkam tangan Ira dan menariknya rapat sehingga wajah mereka hampir bersentuh. Ira dapat merasakan deruan nafas Eddy menghembus wajahnya. Manakala wajah Eddy sudah kemerahan menahan marah. " Kau jangan nak cabar aku, ok," ugut Eddy. Ira memejamkan matanya kerana tidak sanggup menatap wajah suaminya itu. Pertama kali Eddy melihat wajah Ira dengan sebegitu dekat. Tanpa disedari, tangannya mula mengalih rambut di dahi Ira agar dapat melihat wajah isterinya itu dengan lebih jelas lagi. Dia terpegun melihat kecantikan wanita dihadapannya ini. Mungkin sebelum ini dia terlepas pandang kerana pertemuan mereka sering brakhir dengan pergaduhan dan sesi ugut – mengugut. " Amboi-amboi pengantin!..kut ye pun dah dapat sijil dating 24 jam, takkan tak bolah tunggu malam sikit kot," usik Mek Ani diikuti hilai tawa sanak saudara yang lain. Ira tidak dapat menahan malu dan terus keluar mencari ibunya. Eddy mengutuk dirinya sendiri di dalam hati. Seketika dia lupa bahawa majlis persandingan mereka masih belum berakhir dan sanak saudara juga masih ramai yang belum pulang ke rumah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dengan hati yang sebal Ira mengeluarkan beg-beg miliknya dari bonet kereta tanpa menunggu bantuan dari Eddy. Beberapa minit kemudian Eddy muncul dengan hanya memakai seluar pendek separas lutut dan t-shirt kolar putih berlengan pendek. "Hensemnyer mamat nih, macam tak percaya plak dah jadi laki aku," bisik Ira dalam hati. Namun cepat-cepat Ira tersedar bahawa statusnya sebagai isteri hanyalah diatas kertas sahaja dan dia tidak boleh menaruh harapan yang tinggi keatas perkahwinan ini. "Oit, banyak lagi ke barang kau?" tanya Eddy. "Hmm..boleh lah," jawab Ira. " Sunyi la kawasan ni. Macam mane la kau boleh tahan tinggal kat tempat macam ni,"Rungut Ira. Sememangnya die tidak berapa gemar tinggal di kawasan apartment. Orang kampung sepertinya lebih senang tinggal di rumah ‘atas tanah’. Tambahan pula semangat kejiranan di apartment agak kurang dibandingkan dengan kawasan rumah teres. "Aku suka tempat macam ni. Ada privasi," jawab Eddy ringkas. " Yelah tu..ke senang nak wat maksiat," Ira berbisik sendiri. Ira tidak menyangka bisikannya itu didengari oleh Eddy. Tak pasal-pasal dia terpaksa mengangkat beg-begnya sendiri Sesampai sahaja di ruang tamu, Ira terpegun melihat dekorasi dihadapannya. Tak macam rumah orang bujang. Kemas dan lengkap semua perabotnya. Tak sangka orang macam Eddy ni rajin mengemas.Pujinya dalam hati. "Apa lagi tercegat kat situ..bawak masuk barang kau tu kat bilik hujung sana," arah Eddy sambil memuncungkan mulutnya kearah yang dimaksudkan. " Kau tak nampak ke barang aku banyak ni..tolong la sekejap," pinta Ira. " Sorry, aku ade hal jap. Kau buat la macam rumah sendiri. Lagi satu, kau jangan nak memandai masuk dalam bilik aku.," serta merta Eddy berlalu sambil cuba menghubungi seseorang melaui hensetnya. Terdengar nama Mia disebut. Ira hanya mampu menggelengkan kepala. " Lantak kau la," bisik Ira.
best...best...best..nk lg....penulis ada blog x?????
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
uih! pendeknyer