Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Peperiksaan akhir telahpun tamat. Semua teman serumahnya sudah pulang ke kampung kecuali Dina. Mulai sekarang hanya Ira dan Dina sahaja akan tinggal di rumah sewa tersebut kerana mereka mendapat tawaran pekerjaan dekat dengan rumah sewa. Sebaik sahaja habis menjalani praktikal mereka terus ditawarkan bekerja. Dina mendapat kerja di sebuah syarikat majalah hiburan tanahair manakala Ira mendapat tawaran di syarikat MAX Engineering. Salah sebuah syarikat yang agak terkenal di Malaysia. Dengan keputusan pelajarannya yang cemerlang ditambah pula prestasinya yang menakjubkan sewaktu praktikal di kilang tersebut, dia diberi jawatan jurutera kanan. Jawatan yang jarang diberikan kepada fresh graduate sepertinya. Dalam masa yang sama Ira masih lagi runsing dengan tarikh perkahwinannya yang hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi. Kepada Dinalah dia mencurahkan masalahnya. " Kau ni kan... nak kata bodoh kang best student tapi masalah macam ni pun boleh kau buat main – main. Kau tau tak sekarang ni mase dah suntuk. Kau boleh lagi relek jer tak berterus terang ngan family kau. Takkan nak tunggu hari nikah nanti baru nak menangis mintak batalkan rancangan kawin nih?" marah Dina sebaik saja mengetahui apa yang terbuku di hati sahabatnya selama ini. " Aku pun tengah pening nih. Ingatkan si Eddy tu ugut aku jer. Mane tau dia berkeras jugak taknak mengalah. Degil betul!" balas Ira. " Hah, baguslah..sama- same degil..ada jodoh lah tuh."usik Dina." Aku cadangkan korang nikah je la Ira. Lagipun kau single lagi. Ape nak takut, takde sesiape pun akan terluka. huhu" " Banyak la kau.. aku memang single lagi tapi si playboy tu kan steady dengan Mia. Kau sendiri tengok kan macam mane Mia tu serang aku ari tuh. Malu aku," masih terngiang -ngiang di telinga Ira cacian yang dilemparkan oleh Mia terhadapnya sebaik sahaja mereka bertembung di luar kampusnya. " Hebat kau Ira..boyfren orang pun kau nak ambik yek. Aku tau la kau tu tak pernah couple tapi takkan dah terdesak sangat kot. Atau...sebab boyfren aku tu kaya," jerkah Mia. Hmm.. aku ingatkan kau ni baik sangat. Rupanya sama je macam aku. Haha..hipokrit!" tambah Mia dengan nada yang agak tinggi Ira terasa bagaikan disiat-siat kulitnya waktu itu memandangkan banyak mata memandang ke arahnya. " No komen. Kalau kau tak puas hati kau suruh la boyfren kau tu cancel kan majlis kami nanti. Dah la aku pun malas nak gaduh ngan kau. Malu sket," balas Ira dan terus berlalu dari situ. " Hoi pompuan!kau nak pergi mana tu hah? Dasar perampas! Mata duitan! " jerit Mia seperti orang kena histeria. "Kau takkan hidup senang. Aku akan hancurkan hidup kau" tekad Mia. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Hampir sebulan Ira ekerja di Max Engineering. Hari pertama bekerja benar – benar menguji kesabaran Ira. Terdapat segelintir staf yang agak ragu – ragu dengan keupayaannya memandangkan usianya yang masih muda dan baru keluar dari universiti. Namun Ira menganggap ia sebagai satu cabaran. Dia tekad untuk membuktikan keupayaannya kepada mereka. Hasilnya mereka mula kagum dengan ketegasan dan kebijaksanaa Ira membuat keputusan bagi setiap masalah teknikal yang dihadapi. Tambahan pula Ira cukup menghormati pekerja yang lebih tua daripadanya walaupun yang berpangkat rendah. Baginya, pengalaman mereka tidak boleh diperlekehkan kerana sesetengah kemahiran itu tidak akan diperolehi ketika di universiti. Oleh itu Ira tidak kekok untuk turun padang bekerja bersama operator dan meninjau masalah yang dihadapi mereka dengan matanya sendiri. " Ira, jom lunch," ajak Zara, teman sekerjanya yang dikenali sejak menjalani praktikal di kilang tersebut. Zara merupakan pengurus sumber manusia di tempatnya dan berkelulusan dari salah sebuah universiti terkenal di US. Orangnya cantik, bergaya dan suka tersenyum. Jauh berbeza dengan penampilan Ira yang agak sederhana dan jarang mengenakan pakaian formal. Kebanyakan masa bekerjanya dihabiskan di production line menyebabkan Ira lebih selesa mengenakan uniform kilangnya, seluar jeans dan safety boot. Namun, apabila berjumpa dengan klien atau menghadiri acara yang formal Ira akan mengenakan pakaian yang sesuai agar tidak menjejaskan nama baik syarikatnya. Memandangkan staff wanita tidak ramai di situ, hubungan antara mereka menjadi rapat dan Ira sangat senang berkawan dangan Zara. " Ok.U go first then i meet u kat tempat biasa ok?" Balas Ira. Sepanjang lunch Ira masih termenung memikiran tarikh pernikahannya yang hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Dalam masa yang sama dia juga sering menerima sms berbaur ugutan. Walaupun tidak dinyatakan pengirimnya dia dapat mengagak siapa pengirimnya."Mesti kerja si Mia ni" bisiknya perlahan. " Hei..what’s wrong?" tanya Zara melihat temannya bercakap sendirian. " Nothing, cuma bateri henset i ni dah kong. Lupa nak charge tadi." Dalih Ira. Rasanya belum sesuai untuk dia menceritakan masalahnya kepada Zara memandangkan mereka masih baru berkenalan. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx " Eddy, we really need to talk. I want to see u now." Itulah yang terpacul dari mulut Ira sewaktu menelefon Eddy. " Right now aku ade kat lobi office kau nih" tambah Ira " Aku sibuk ni" balas Ira. " Lagipun kita nak bincang apa lagi. Kan kau jugak yang nak sangat kawin dengan aku. Dah tak sabar – sabar lagi ke nak kikis harta aku?" berdesing telinga Ira mendengar tuduhan tersebut. Tanpa membuang masa lagi Ira terus merempuh masuk ke pejabat Eddy tanpa mengendahkan setiusahanya yang cuba menghalang. "Eddy memandang dengan wajah tenang seperti sudah bersedia menghadapi serangan daripada Ira. Entah kenapa setiap kali mereka berjumpa dan bergaduh, Eddy merasa puas hati. Seperti dapat meluahkan kemarahan yang dipendamnya sejak lima tahun dulu. " Liza, u can go now," arah Eddy dan meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan kewujudan Ira dihadapannya. Tanpa dipelawa Ira terus duduk di kerusi menghadap Eddy. Sengaja dia mengetuk – ngetuk meja untuk menghalang Eddy melakukan kerjanya. " Ok, fine.. Ape kau nak?’ tanya Eddy apabila tidak tahan dengan perbuatan Ira yang sengaja membangkitkan kemarahannya. Ira senyum tanda menang. " Hmm aku datang ni nak bincang elok-elok dengan kau. Apa kata kita sama-sama jumpa parents kita and batalkan perkahwinan kita ni."Ira memberi cadangan. Serentak dengan itu Eddy tiba-tiba ketawa sinis ke arahnya." Kenapa? Kau dah takut ker? Bukan dulu kau jugak yang terima pinangan nih? nak kenakan aku konon. Sorry, cadangan ditolak. Aku takkan berganjak daripada keputusan aku nih. Kau yang cabar aku, so, u have to deal with it." Balas Eddy. " Ok.Aku mengaku aku salah and aku mintak maaf. So skang boleh tak kita ketepikan sekejap ego kita ni and do something. Kita dah tak banyak masa dah ni. Sebelum orang tua kita edarkan kad undangan tu baik kita berterus- terang je dengan mereka," pujuk Ira yang hampir menangis. " Pujuk rayu kau tak jalan la kat sini. Takpe kau jangan risau kalau kau kawin dengan aku nanti pun, hidup kau takkan berubah. Kita still bawak haluan masing-masing. Aku takkan ganggu hidup kau dan kau pun takkan ganggu hidup aku," balas Eddy selamba.
Jika sebelum ini dia pasti melenting jika hal perkahwinan mereka ditimbulkan. Namun Sejak akhir-akhir ini dia seakan merelakan rancangan tersebut. Mungkin dengan cara ini orang tuanya akan berhenti menyiasat setiap tindak tanduknya dan dia bebas untuk keluar dengan sesiapa sahaja tanpa pengetahuan orang tuanya. Eddy tersenyum memikirkan faedah yang akan diperolehinya melalui perkahwinan ini.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
luv ur story.......
cpt ckt upload new n3
u ada blog x?