Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Prolog Elina membaca novel yang baru belinya dengan kusyuk. Perbualan rakan-rakannya yang rancak di sebelah langsung tidak diendahkan. Lagipun pada waktu rehat ini sajalah dia boleh membaca novel. "Elina, apa ciri-ciri lelaki idaman awak?" tanya Amni tiba-tiba. Serta-merta pembacaan Elina terhenti. Topik menarik ni. "Awak bagitau dululah," katanya sambil membetulkan duduk. Tak selesa selepas duduk untuk beberapa lama. Amni pula tersenyum jahat. Entah macam mana Elina rasa tak sedap hati dengan kawannya ni. "Mastilah handsome. Kalau boleh, handsome macam Hero Jae Joong dalam kumpulan TVXQ tu. Kalau saya dapat dia, tak payah makan, tidur dan mandi pun. Asyik tengok dia je!" kata Amni kuat. Elina segera menutup mulut Amni dengan tangannya. Kalau suka sangat pun, janganlah jerit. Habis satu kelas tengok diorang. "Ish, perlahan sikit. Semua orang tengok tu," Elina mengingatkan. Amni tersegeh-sengeh seperti kerang busuk. "Saya suka orang kaya!" tiba-tiba ada seseorang menjerit di belakang Elina. Hampir terjatuh dia dari kerusi. Segera Elina berpaling ke belakang. Kelihatan Zila dan Mira dibelakang sedang tersengeh-sengeh. "Ye ke? Contohnya?" tanya Amni teruja. Segera Zila dan Mira datang menghampiri mereka. "Hm, kaya macam Warren Buffett dan Bill Gates pun jadilah," kata Zila sambil tersegeh. Amni segera menepuk bahu Zila dengan novelnya. "Mereka tu nombor satu dan ketiga orang terkaya di dunialah. Terlebih kaya tu," kata Elina. Zila tersengeh. Selepas itu Elina meneruskan pembacaannya. "Kalau boleh, aku mahu yang baik dan beriman. Barulah hubungan aman bahagia," kata Mira. Zila dan Amni mengangkat kening. Mira ke kata macam tu? Alim semacam je. "Ha, kami dah beritahu. Sekarang giliran awak pulak. Jenis apa lelaki idaman awak?" tanya Amni. Elina hanya diam dan langsung tak menglihkan pandangan mata dari novel. Part best ni, jangan kacau! "Hei, berhentilah baca sekejab. Bagitau kitaorang!" Zila merentap novel itu dari tangan Elina. Segera dia merampas balik. "Tak naklah," kata Emilia perlahan. Dia menyelak novel tu dan kembali membaca. "Okey, saya tanya je. Awak cuma perlu jawab ya atau tidak je tau," kata Amni mengalah. Elina mengangguk kepala perlahan. Amni mula tersenyum. "Kacak?" "Tak," "Kaya? "Tak," "Cerdik?" "Tak," "Rajin?" "Tak," "Romantik?" "Tak," "Beriman? "Tak," "Tinggi?" "Tak," "Badan tegap?" "Tak," "Bermisai?" "Tak," "Habis, apa ciri-ciri lelaki idaman awak?!" jerit Amni dengan wajah merah padam. Zila dan Mira pun begitu juga. Elina berfikir seketika. "Glasses," "Apa?!!!!!!" -------------------------
"Dah tak ada ciri lain ke yang awak suka? Kenapa glasses?" tanya Amni dengan muka berkerut. Elina hanya terus berjalan terus tanpa memperdulikan kata-kata Amni. Dia memegang buku teks fiziknya dengan kemas. Dia rimas sebenarnya. Dari semalam Amni asyik bertanyakan tentang hal itu. "Elina, saya sedang cakap dengan awak ni," kata Amni dengan geram. Dia menyaingi langkah Elina dan berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang. "Kita kan lambat ke makmal ni. Saya cerita lain kalilah ya," Elina cuba memujuk Amni. Kelihatan temannya itu terdiam. Elina segera tersenyum lalu memeluk tangan Amni. "Jom," Elina bergerak pantas. Tiba-tiba dia bertembung dengan seseorang. Matanya Elina tiba-tiba bersinar. Amni memandang temannya itu dengan pandangan aneh. "Awak suka Amir?" tanya Amni apabila mereka sudah jauh dari lelaki itu. "Dia nampak cute sangat pakai glasses!" kata Elina dengan mata bersinar. Amni menepuk dahi. "Budak nerd tu awak kata cute? Tak betul ke?!" tanya Amni sambil menggeleng kepala. "Asalkan dia pakai kaca mata, dia nampak cute sangat!" kata Elina bersungguh-sungguh. Amni terlopong. ‘Kawan aku memang betul-betul tak betul!’ jerit hati Amni.
*******************************************
Elina membawa gelas berisi air milo dan berjalan ke sebuah meja sebelum duduk di situ. Tangannya mengoyak plstik yang membalut roti. Dia kemudian menguyah roti itu perlahan-lahan. Selepas itu telinganya menangkap bunyi batukan. "Makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh sangat," nasihat Elina sambil menghulurkan air milonya pada Amni. Amni segera menyambut dan meneguk air milo itu sehingga air itu hanya berbaki separuh gelas. Elina menggeleng melihat telatah kawannya. "Kuat betul awak makan," kata Elina apabila melihat Amni mula memakan roti yang lain pula. "Tak apa. Saya tak makan sarapan tadi," jawab Amni selepas habis mengunyah. Elina tersenyum. "Okey, saya dah kenyang," kata Amni tiba-tiba. Elina tersentak. Cepatnya. "Kenapa cepat sangat awak makan? Tak baik tau!" kata Elina. Amni tersengeh. "Saya nak dengar cerita awak. Sekarang awak tak boleh mengelak lagi. Kenapa awak suka lelaki pakai kaca mata?" tanya Amni. Elina mengeluh. Dia terdiam seketika. "Entahla. Saya pun tak pasti . Yang saya tahu, saya suka glasses. Saya tengok benda itu cute betul!" muka Elina mula nampak bercahaya apabila dia berkata begitu. Amni mengangkat sebelah keningnya. "Hah?" Elina hanya tersenyum apabila Amni hanya mengluarkan perkataan itu. Dia sendiri pun tidak faham mengapa dia sukakan ciri itu dan tidak tertarik dengan ciri lain. Dia tidak kisah kalau jejaka itu tidak kacak. Asalkan seseorang itu memakai kaca mata, itu sudah cukup untuk kelihatan kacak dan cute di matanya. Mungkin orang lain akan mengatakan yang dia pelik, malah dia juga merasakan yang dirinya pelik tapi dia tidak kisah. Dia gembira sahaja. "Kat sekolah ni jarang pelajar pakai glasses," kata Amni. Emilia menganngguk. Ini satu sebab mengapa dia tidak suka belajar di sekolah ini. Bilangan pelajar yang memakai kaca mata di Sekolah Menengah Sky ini boleh dibilang dengan jari sahaja. Itupun mereka telah awal-awal dicop nerd oleh pelajar-pelajar. Walaupun begitu, dia tak kisah. Dia tetap sukakan glasses. "Elina tidak kisah," katanya. Amni segera mengalihkan pandangannya. "Hai, dah siap makan?" sapa Mira sambil duduk di sebelah Amni. Elina menggeleng sebelum kembali menguyah rotinya. "Awak tak makan ke?" tanya Amni. Dia memandang Zila yang sedang seyum berseri-seri. "Kami dah kenyang," jawab Zila. Amni semakin hairan. Elina juga begitu. "Hei, selalunya awak yang paling banyak makan. Kenapa hari ini kenyang pulak?" sindir Amni. Elina tersenyum apabila mendengar sindiran kawannya itu. Mulut jahat betul! "Kami tengah gembira tau!" kata Zila. Dia kelihatan sangat senang hati sehingga tidak memeperdulikan sindiran Amni. Elina mengangkat sebeleh keningnya. Apa yang digembirakan sangat? "Maaf, bukan kami. Dia seorang je yang gembira," balas Mira. Zila mencebikkan bibirnya. "Apa yang gembira sangat?" tanya Elina. Zila tersengeh-sengeh. "Sebenarnya…" Zila terhenti seketika. "Sebenarnya apa? Beg duit awak kena curi ke?" tanya Amni tidak sabar. Serta-merta muka Zila berubah kelat. "Tu bukan berita gembiralah. Hm, sebenarnya X-Music nak buat persembahan petang esok! Di dewan sekolah ni!" jerit Zila dan kemudian disusuli dengan jeritan Amni. Mereka berdua melompat-lompat sambil berpegangan tangan. Elina dan Mira pula segera menekup telinga mereka dengan tangan. Bising betul! "Ye ke? Dari mana awak tahu?" tanya Amni teruja. Kelihatan senyum lebar di bibirnya. "Tadi cikgu yang bagitau saya. Awak, seronoknya! Nak pergi tak?!" tanya Zila. Amni segera mengangguk setuju. "Mestilah. Dah lama tak tengok persembahan diorang. Alamak, esok nak pakai baju apa ya?" Amni serta-merta menggelabah. Elina dan Mira saling berpandangan melihat gelagat dua orang rakannya itu. "Yang awak berdua seronok sangat ni apasal? Entah-entah esok tak boleh tengok sebab dewan dah penuh," kata Mira. Serta-merta wajah Zila dan Amni berubah muram. Mereka duduk di sebelah Elina dengan riak hampa. "Yalah, lupa pulak. Tentu budak sekolah lain pun datang jugak. Campur dengan sekolah kita, manalah nak muat dewan tu. Kalau dapat masuk pun, tentu boleh tangok dari jauh saja," kata Amni kecewa. Zila juga menganggukkan kepalanya. Mira dan Elina berpandangan. Terasa kesian lah pulak. "Apa kata kalau awak berdua dan tandakan tempat awal-awal. Tentu boleh," kata Elina. Dia berharap kata-kata itu dapat menaikkan kembali semangan Zila dan Amni. Nampaknnya kata-katanya itu memberi kesan apabila mereka berdua mula menguntumkan senyuman. "Yalah, kalau kami datang awal, tentu boleh. Awak berdua nak ikut tak?" tanya Zila. Elina dan Mira berpandangan. "Er, tak naklah. Awak berdua sajalah yang pergi," tolak Elina. Mira mengangguk kepalanya, menandakan yang dia juga sependapat dengan Elina. Mulut Zila dan Amni tiba-tiba memuncung. "Kami tak kira. Awak berdua kena ikut juga!" kata Amni keras. Elina dan Mira menggigit bibir. Alamak!
i love glasses coz i use glasses... mmg glasses wat seseorg itu lebih menarik beb... damn crazy wif glasses.. nsb dpt pakwe pkai glasses... hurm cter ni ptt ada prolog...
laa..plek nyer ciri2 laki idaman dier.. pkai glases 2 means dat person rabun kan?!! dah tu lau rabun tahap kritikal smpai bleh jd buter pn tetap suker ke??? yg pkai glases tebal n besar cam citer anisa 2 kire cute gak ker?!! hee.. plek ar citer nih! btw truskn usha anda key..heheh;)
waa..best la cita ni..aku pn ska laki yg pkai glasses gk..nmpk macho sgt..!hehehe..kwn2 aku pn gelak dkt aku sb diorg ckp taste aku ni plek..plek ka?org yg pkai glasses 2 pn org gk pa..lgpn laki pkai glasses terserlah kbjaksanaan diorg 2..knp ek org ckp org yg pkai glasses ni nerd??x smstinya kn..
ada blog x pnulis??klu ada bg la sng skt nk bc nvel finding mr glasses
ok la 2...sy x psti la org pakai glasses nie cem ke x..tpi rmai sgt org suke yg mcm nie,pkai glasses.smpaikan my frienz sndri jd gler mmt glasses!huh...1 inspirasi yg bgus gak la...
saya pun mnat org yg pkai glasses..:D...saya pun pkai glasses..best..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
eh, pernah baca ni cite ni. tp kalau x silap, dia ada prolog la. mana prolognya?????