Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Assalamualaikum semua. Saya kenalkan diri ya. Nama saya Danny. Eh, Sorry. Nama saya Daniel. Daniel Hakim," "Bin ke binti?," Sekilas Daniel menjeling pada suara yang bertanya. Dia diam sambil tercegat di tengah kelas. Geram. Sakit hati mendengar riuh gelak di dalam kelas. Dia tahu satu kelas ketawakan dia. Tawa itu membuat wajahnya bertukar warna. Malu. Dia memandang wajah guru kelas yang masih tidak dia tahu namanya itu. Mohon simpati. Mohon bantuan. "Sudah…sudah… Biarkan Daniel habiskan cakap dia. Senyap semua!," Daniel tersenyum sedikit. "Terima kasih cikgu,"Daniel bersuara sambil mengangguk lembut. Membetulkan dirinya di hadapan kelas. Dia perlu kuatkan semangat. Dia perlu buang rasa malu ini. Dia mesti jadi seorang yang yakin pada diri sendiri. Dia tidak perlu berasa rendah diri. Dia tidak perlu berasa dia berbeza dari semua rakan baru di dalam kelas ini. Itu nekadnya! "Saya dari KL,"tegas dia meyambung cerita. Mengukir senyum buat hilangkan resah sendiri. "Kandang lembu ke?," Sekali lagi suasana kelas menjadi hingar. Daniel menjeling. Suara dari orang yang sama. "Kuala Lumpurlah!,"dia tinggikan suara sambil mengetap bibir. Geramnya! "Zakry. Sudah. Jangan nak menyakat," "Betul tu. Menyampah tau! Sudahlah tu cikgu. Saya tak nak cakap lagilah,"lembut suara Daniel memohon izin agar sesi memperkenalkan diri ditamatkan sahaja. Tidak suka terus menjadi objek gurauan di hadapan kelas. "Alololo…manjanya dia. Dia dah merajuklah," "Zakry! Lagi sekali saya dengar suara awak, berdiri junjung bakul sampah tu kat luar kelas," Mendengar amaran itu, Daniel tersenyum simpul. Segera membawa jemarinya ke mulut. Lucu mendengar hukuman yang bakal diberikan. Pandangan dilempar pada Zakry yang sudah diam. "Padan muka,"cebiknya sambil menjeling. Dan, dia Nampak Zakry mencebik. Dia pula, membalas cebikan itu sambil jelirkan lidah. "Oklah Daniel. Awak sambung lagi," "Nak kena sambung ke cikgu? Ingat dah habis," "Belum. Cerita sikit latar belakang keluarga awak. Kenapa awak bertukar sekolah. Dan apa-apa yang awak rasa awak nak kongsi dengan kami," Daniel diam sejenak. Berfikir-fikir tentang apa yang mahu dikongsi bersama rakan-rakan baru di hadapannya. "Hmmm… apa ya? Saya pindah ke sini, sebab ayah saya ditukarkan bertugas ke sini. Saya anak tunggal. Tinggal dengan mak dan ayah saya. Saya suka menjahit. Saya suka cipta fesyen baru. Memasak pun saya suka. Saya suka masak kuih, Suka…,"kata-katanya putus lagi. Kelas bising lagi. Tanpa sedar dia menghentak kaki. Melepaskan geram. "Cikgu!,"dia berpaling menagih bantuan. Namun, senyum yang turut terukir di bibir guru muda di sebelahnya mematikan suaranya. Dia menjeling lagi. Semua ketawakan dia. Cikgu pun sama! "Sorry. Okay Daniel. Awak bolek duduk di tempat awak. Delaila…Daniel duduk sebelah awak," Daniel tercari-cari pemilik nama Delaila. Mana hendak diletakkan punggungnya ini? "Sinilah. Tempat awak kat sini," Dia memandang ke satu sudut di bahagian belakang kelas. Seorang pelajar perempuan berdiri menunjukkan meja yang kosong di sebelahnya. Dia tersenyum panjang. Itu Delaila rupanya. Laju langkah diatur mendekati gadis itu. Beg sekolah yang sedikit kosong disangkut pada kerusi dengan cermat. Kenudian, perlahan dia keluarkan tisu dari poket seluar. Lap kerusi yang kelihatan sedikit berdebu. Dia tersenyum pada Delaila yang merenung tajam ke arahnya. "Hai Delaila…,"sapanya sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Perlahan dan sopan. Membuat Delaila tersenyum panjang sambil menggeleng. Kemudian memalingkan muka memandang terus ke hadapan. "Hurm…saya nak panggil awak apa ya? Awak boleh panggil saya Danny?," "Uish…pleaselah. Janganlah skema sangat. Saya…awak….eeeeeeee," "Dah tu, nak panggil apa?," "Apa-apalah," "Saya panggil Delaila ya? Saya suka nama awak. Macam special. Siapa bagi nama tu kat awak?," Delaila menoleh. "Adik ipar kakak mak saya," Daniel ternganga. Siapa tu? Perlahan dia menggaru kepala sambil memandang wajah selamba Delaila. "Ayah akulah."Delaila bersuara apabila menyedari wajah Daniel yang masih terkulat-kulat. "Ayah awak? Adik ipar…kakak..mak…awak? Oh… ya..ya.. betul. Ayah awaklah. Pandai awak buat lawak,"mengekek Daniel tergelak sambil menutup mulut, menyedari kegagalan dia menangkap apa yang cuba Delaila sampaikan. Delaila memandang tanpa senyum. Tanpa reaksi. Tanpa perasaan sebenarnya. "Entah apa-apalah kau ni," Daniel tersenyum. "Delaila…Daniel. Saya tahu banyak yang awak nak bualkan. Tapi, tunggu sampai habis kelas saya ya. Sekarang kita mulakan pelajaran kita hari ni," Delaila mencebik. Suara amaran Cikgu Badri dibalas dengan anggukan perlahan. "Maaf, cikgu,"Daniel pula memohon maaf dengan penuh budi bahasa. Membuat Delaila menggeleng lagi. Cikgu Badri tersenyum sambil bergerak ke mejanya. Mencapai buku latih tubi ekonomi. Melihat buku itu dicapai, satu kelas menyelongkar beg. Mencari buku masing-masing. "Saya tumpang tengok buku awak, boleh?," Delaila menoleh. Daniel tersenyum. "Boleh ya. Saya belum ada buku ni," "Tengoklah…," "Terima kasih…," "Kalau tak malu," Senyum lebar Daniel mati tiba-tiba. Tubuhnya yang sedikit terangkat sambil dia mengangkat sekali kerusinya, juga mati tiba-tiba. Terkedu. Delaila tergelak. "Sensitiflah kau ni. nak engok, tengok jelah. Tak payahlah nak minta permission segala," Bibir Daniel terukir senyum semula. "Awak gurau ya?," Delaila mencebik sambil menggeleng. Malas menjawab soalan tidak mencabar itu, Delaila terus membuka buku latihan latih tubi ekonomi di hadapannya. "Tapi, ada syaratnya tahu," Mendengar bisikan Delaila, Daniel mendekatkan telinganya. "Syarat? Syarat apa?,"soalnya turut berbisik. "Kalau kau nak share tengok buku ni, lepas ni, Cikgu Badri bagi latihan, kau kena buat. Faham?," "Awak buli saya ke?," "Tak adalah. Aku Cuma nak kau pandai. Itu tolong namanya. Bukan buli…,"Delaila berbisik lagi. Daniel mengangguk perlahan. tidak jadi menjawab apabila mata Cikgu Badri sudah tajam merenungnya. Dia tersengih sambil mengangguk perlahan. Isyarat meminta maaf kerana melanggar arahan guru itu secara tidak sengaja.
aku dh bce cter nie kt bhgian cerpen... mmg best gler.. ending die pon best... aku stuju wat novell... kpd pnulis... wat pnjg2 cket... wat smpai life dieorg after kawen... kompem gempak... sowg kasar... sowg lmbot... hihihihihi...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cam besh jer...
biler nk smbung???