Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hisy Yana..kau ni dah fikir masak-masak ke?Takde tempat lain ke kau nak kerja?Buruk betul mama tengok bila kau pakai macam ni."
"Ala ma,nak buat macammana..kan Yana dah cakap..Yana dah sign surat perjanjian tu.Mana boleh berhenti kerja sebelum tiga bulan.Nanti kena saman ma.."ujar Yana perlahan.Dia juga serba salah sebenarnya.Direnung baju pink ala-ala kebaya + kameja dan skirt paras lutut berwarna biru yang dipakainya.Dia juga tidak selesa dengan pakaian ini.Sebelum ini biarpun tidak bertudung,dia tidak pernah memakai skirt seperti itu.Dia selalunya hanya memakai seluar jeans dan juga t-shirt.Rambutnya yang paras bahu hanya ditocang kuda ataupun dilepas bebas.Tapi hari ini dia mengenakan sanggul.
"Hmm..tu la,cakap mama tak nak dengar.Dahlah,sukati Yana la nak buat apa-apapun.Yana dah besar kan.."
"Ala ma..Yana mintak maaf banyak-banyak.Mama ni macam marah Yana lagi je..sorry la ma.."Yana memandang Puan Aminah,meraih simpati.
"Yelah-yelah,suka betul buat muka kesian macam tu.Ni macammana ni,takkan nak naik basikal pakai skirt macam ni.Kang tak pasal-pasal je..ish budak ni.."bebel Puan Aminah.
Yana terdiam.Betul jugak tu."Hmm..biar Yana tukar seluar jeans dulu la.Dah sampai sana nanti baru Yana pakai skirt ni balik."
"Ha,pergi tukar cepat.Dah pukul berapa dah ni.Kamu jugak cakap Wisma BS tu sistematik,disiplin staff-staff dia kuat. "
"Yana..Yana..dah siap ke belum?Cepatlah,kita dah lambat ni."Terdengar jeritan Dewi dari luar rumah.Yana berlari menuju ke pintu."Kejap-kejap,aku nak tukar seluar kejap."
"Eh Yana,berhenti kejap!"jerit Dewi tiba-tiba.
Yana yang ingin berlari semula masuk ke bilik terus terhenti."Kenapa?"
Dewi memandangnya dari atas ke bawah.Agak lama.Kemudian dia tersengih."Tak ada apa-apa la."
"Hisy kau nih!"rengus Yana.Dahlah moodnya hari ni kurang baik.Sejak malam tadi mendengar mamanya membebel.Sakit telinganya.Keseronokan dan rasa teruja untuk bekerja di Wisma Beta Siber terasa hilang.Semuanya kerana department yang dia dapat dan uniform yang terpaksa dipakainya.Huh!Siapalah yang pilih uniform macam ni..
"Kau nampak lain la Yana,bila pakai uniform ni..dengan sanggul,make up lagi.Hisy..macam..macam.."
"Macam apa?Tau la nampak pelik kan?Mama aku cakap aku nampak buruk pakai baju ni.Kau ingat aku suka ke pakai baju macam ni?"
"Takla..tapi serius..lain betul muka kau bila make-up.Mengingatkan aku pada seseorang.Siapa eh?Ha..Fasha Sandha.Ada iras-iras sikit la.Betul.."ucap Dewi bersungguh-sungguh.
Yana tergelak besar."Banyak la kau..Dah,jangan nak mengarut.Eh,diorang semua dah berkumpul tu.Jom!"
Masing-masing berkumpul menghadap wanita berkarisma yang tidak diketahui nama itu.Yana melihat tag nama yang dipakainya.Oh,namanya Nur Dania...
Pekerja-pekerja lama sudahpun dibenarkan masuk ke dalam.Seorang demi seorang melepasi pengawal keselamatan.Sebelum itu,kandungan di dalam beg diperiksa untuk memastikan pekerja tidak membawa apa-apa barang yang tidak dibenarkan.Begitu juga ketika hendak pulang.Walaupun Yana tidak merasakan perlunya semua itu,namun akhirnya dia akur dengan tindakan itu.Pihak syarikat mahu bertindak adil dan bagi mengelakkan berlakunya tuduh-menuduh jika sesuatu yang buruk terjadi seperti kehilangan barang.Tambahan pula,semua barangan di dalam wisma itu amat bernilai dan ada yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit.
"Selamat pagi.Baiklah,ini hari pertama anda semua bekerja di sini.Saya ingin mengucapkan Selamat datang ke Wisma Beta Siber.Saya harap anda semua dapat bekerja dalam satu pasukan dan saling bantu-membantu untuk menaikkan nama syarikat.Saya tahu tentu hari ini agak sukar bagi anda semua kerana ini adalah hari pertama anda bekerja di sini,namun saya percaya anda semua dapat menyesuaikan diri dengan baik.Anda semua akan diberi tunjuk ajar oleh mereka yang sudah berpengalaman di sini.Dan untuk makluman semua,setiap hari sebelum syarikat beroperasi..setiap department akan membuat satu sesi yang dipanggil ice breaking untuk memaklumkan pada staff setiap produk yang baru sampai dan akan dijual.Selain itu,pengurus besar akan memberitahu info terbaru tentang dunia IT di dalam dan di luar negara.Saya percaya anda semua tentu tidak mahu melepaskan peluang ini untuk belajar perkara baru kan.."
Masing-masing mengangguk.Yana turut teruja mendengar kata-kata itu.Namun rasa teruja itu hanya sebentar bila memikirkan yang dia akan berada dalam department Foto Siber dan bukannya Thundermatch Siber.Alangkah bagusnya jika dia berada dalam department thundermatch Siber.Tentu dia boleh belajar banyak perkara tentang dunia IT.Paling penting,tentu dia boleh selalu memandang laptop idamannya itu.
Yana tersedar bila terasa tangannya dicuit."Eh..Miss Dania panggil kau tu."Dewi berbisik perlahan.
"Err..ye Miss Dania."
"Kamu Ariyana kan?"
Yana mengangguk.Pelik bagaimana Miss Dania boleh mengetahui namanya.Sesaat kemudian dia melihat tag namanya yang dilekatkan di baju.Owh..patutlah..
"Kenapa tak pakai uniform yang lengkap?Kamu dari department Foto Siber kan?"
Yana menggaru kepala yang tidak gatal.Dia kemudiannya mengangguk."Err..saya naik basikal tadi Miss.."
Kelihatan Jesnita,gadis yang menyindirnya tempohari ketawa sinis.Yana memandang geram.Miss Dania tidak berkata apa-apa."Baiklah,anda semua dibenarkan masuk.Sila ke department masing-masing."
"Dewi,nak rehat karang tunggu aku tau."Sempat Yana berbisik sebelum melangkahkan kaki ke dalam bangunan itu.
Yana memandang wajah lelaki di hadapannya dengan perasaan berbulu.Sejak diberitahu Dewi yang dia nampak Faris Ifwat berbisik dengan Nabil Ifwat sambil menunjuk ke arahnya dan Jesnita semasa training class tempohari,Yana sudah membuat kesimpulan sendiri.Pasti lelaki itu yang memilih dirinya untuk berada di department ini.Arghhh..geramnya.
"Hari ini kita ada dua orang staff baru.Okey,sila kenalkan diri anda berdua."ujar Faris Ifwat sambil mengenyit mata ke arah kedua-duanya.Pekerja-pekerja lain hanya memandang reaksi ketua mereka tanpa apa-apa perasaan.Mereka sudah biasa dengan keadaan itu.Setiapkali munculnya staff baru,pasti Faris Ifwat akan memasang perangkap.Maklumlah,kasanova terkenal di Wisma Beta Siber..
Jesnita dengan gaya kedegikannya pantas tampil ke depan."Hi everybody..my name is Jesnita Bt Ahmad.You all can call me Nita.I\'m 20 years old.My ambition is to become a model and actress."
"Jesnita,kalau boleh saya nak awak cakap melayu je.Semua staff kat sini orang melayu,jadi kita kat sini lebih utamakan bahasa melayu.Kalau orang kat Jepun boleh berjaya dengan menggunakan bahasa mereka,kenapa kita tak boleh banggakan bahasa kita sendiri?"
Dush!Terkena sebijik.Yana tidak dapat menahan diri untuk tersenyum..dan apabila dia memandang wanita yang mengungkapkan kata-kata itu,wanita itu turut tersenyum memandangnya.Beraninya dia..Yana menjadi kagum dengan wanita itu.
Muka Jesnita merah padam menahan malu.Dia tidak dapat berkata apa-apa lagi.
"Okey..yang lagi sorang tu?"soal Faris Ifwat sambil memandang ke arah Yana.
"Emm..saya Ariyana Bt Hashim.Umur 18 tahun,"kata Yana ringkas.
"Ariyana..Ariyana.Hmm..cantik betul nama tu.Baru 18 tahun ke?Baru habis SPM la ni eh?Muda lagi rupanya.Tapi awak tak nampak macam 18 tahun la.Cantik..rupa awak macam..emm..macam Fasha Sandha sikit-sikit."Faris Ifwat berjalan menghampiri Yana.Pekerja-pekerja lain hanya memandang.Ada yang tersenyum sinis,ada juga yang berbisik-bisik.
Ya Allah,rimasnya dengan mamat ni!Meluat!Meluat!Meluat!
Faris Ifwat memandang Yana yang menjelingnya.Dia tersenyum kecil.Dia tahu gadis itu tidak suka dengannya.Dia hanya menguji.Sebenarnya sejak pertemuan pertama dengan gadis itu,dia sudah tertarik.Tentunya yang pasti,dia tertarik dengan kecantikan Ariyana.Sebab yang lain,dia terpaku melihat mata gadis itu.Mata gadis itu yang berwarna hazel betul-betul mengingatkannya kepada arwah ibunya.Bentuk wajah gadis itu juga hampir serupa dengan wajah arwah ibunya.
"Encik Faris..encik Faris.."Sapaan Miss Dania membuatkannya kembali ke alam nyata.Dilihatnya Yana sudah tiada di depan mata.
Yana cepat-cepat melarikan diri bila mendapati lelaki itu tidak berhenti-henti merenungnya.Gila!Yana berasa malu dengan perangai lelaki kasanova itu.Pasti teman-teman sekerjanya yang lain memandang sinis kepadanya.Huh!
"Okey.Saya kenalkan.Ini Miss Dania,supervisor kat sini dan ini pulak Miss Syafika,assistant supervisor.Kalau awak berdua ada apa-apa problem,bolehlah jumpa mereka.Ataupun jumpa saya.."ujar Faris Ifwat,meleretkan ayat.
Ya Allah..tak habis-habis lagi mamat ni rupanya..
"Okey,back to the topic.Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua.Sales harian Foto Siber meningkat untuk hari semalam.Teruskan usaha anda dan buat yang terbaik lagi.Ini ada list terbaru untuk harga-harga kamera digital sempena promosi hujung tahun.Pastikan baca dengan teliti.Jangan sampai ada yang silap bagitahu customer harga kamera digital tu."
Faris Ifwat menghulurkan sehelai kertas kepada semua staff di situ."Pastikan anda semua promote kamera digital bersungguh-sungguh dan pastikan customer turut membeli aksesori tambahan seperti tripod dan charger battery.Seperti yang anda sedia maklum,setiap kamera yang anda berjaya jual,anda akan menerima komisyen dari pihak syarikat.Bonus juga akan diberi kepada staff yang berjaya menjual paling banyak kamera digital."
"...dan satu lagi,memandangkan permintaan terhadap kamera analog semakin berkurangan,pihak syarikat telah berbincang.Setiap kali customer print gambar di sini,mereka akan menerima satu kodak free.Itu saja promosi untuk bulan ini.Sebarang info terbaru saya akan beritahu anda semua dari masa ke semasa.Okey,selamat bekerja.Semua boleh bersurai. "
Sebaik saja Faris Ifwat habis berkata-berkata,mereka semua bersurai ke posisi masing-masing."Dania,you train Jesnita..Syafika,you pulak train Ariyana..tunjukkan kepada mereka berdua apa tugas mereka di sini."
Dania dan Syafika mengangguk.
"Ariyana..selamat bekerja.Gud luck!"ucap Faris Ifwat ketika dia hendak berlalu.Perlahan saja suaranya.Mungkin tidak mahu yang lain mendengar ucapan peribadinya itu.Yana diam tanpa kata.Faris Ifwat senyum senang.Di matanya,dia nampak Yana seolah-olah sedang mencabarnya.
"Eiii..bencinya!!"Yana menjerit kecil.
"Ariyana.."
Yana memandang Syafika yang memanggilnya.Cepat-cepat dia berjalan ke arah wanita itu.
"Boleh saya panggil awak Yana?"
Yana mengangguk.
Syafika menghulurkan sebatang penyapu kepada Yana."First thing yang kita perlu lakukan setiap pagi adalah menyapu.Sebelum kedai dibuka pada pukul 10,kita mesti pastikan keadaan kedai bersih.Ini dipanggil opening session.Selepas sapu sampah,mop lantai.Lepas tu bersihkan habuk.Tapi department ni besar,awak tak payah buat semua.Awak cuma bersihkan kawasan awak je.Dan untuk hari ni,awak akan sapu kawasan dalam studio.Boleh?"
Yana mengangguk cepat tanpa suara.Syafika tersenyum kecil."Yana,saya ni nampak serius sangat ke?Saya tengok awak macam takut-takut je.."
Yana memandang wanita itu.Melihat Syafika tersenyum,dia turut membalas senyuman itu.Bukan dia takut,tapi dia memang begitu dengan orang yang baru dikenali.Dia lebih suka memerhati dulu dan selepas memahami sedikit sikap seseorang,barulah dia akan mula mesra dan menjadi Ariyana yang sebenarnya.
"Saya faham..Yana baru pertama kali kerja,mesti rasa kekok sikit.Jangan risau,kerja kat sini pasti jadi menyeronokkan bila Yana dah dapat menyesuaikan diri nanti.Jumpa customer yang ramai setiap hari,sedikit sebanyak pasti boleh tingkatkan skill komunikasi Yana.Tapi satu je,Yana tak boleh malu-malu tau,kena confident.Kalau malu nanti tak boleh la jual produk..komisyen pun tak dapat."
Yana ketawa kecil.Dia membetul-betulkan sedikit skirt yang dipakainya.Hisy..rimas betul!Nak jalan pun kena slow-slow.
"Yana tak selesa pakai skirt tu?"
Yana mengangguk."Tak biasalah miss,biasanya saya pakai seluar je."
Syafika ketawa.Lama dia memerhatikan gaya gadis itu."Yana tau kenapa Yana dipilih masuk ke department Foto Siber ni?"
Yana menggeleng.Dia memang tidak tahu tapi dia benar-benar ingin tahu.Dia pelik kerana dalam lebih kurang dua puluh orang yang pergi ke kelas training itu,hanya dia dan Jesnita yang dipilih untuk masuk ke department ini.Kenapa Dewi tidak dipilih,sedangkan dia dan Dewi sama-sama tidak menghadiri interview dan pastinya pihak pengurusan tidak tahu tentang keupayaan dan minatnya.Lagipun Yana tidak berminat dengan Foto Siber.Rasanya kerja di department ini tidak mencabar langsung.
"Foto Siber adalah department yang paling popular dan merupakan aset penting bagi Wisma BS.Department ni sentiasa berjaya mencatat nilai jualan tertinggi setiap tahun.Yana pun boleh nampak nanti betapa ramainya customer yang datang ke Foto Siber.Semua ni sebab Encik Faris.Sejak Encik Faris pegang Foto Siber ni lima tahun lalu,keuntungan syarikat melonjak naik.Dia yang tentukan semua berkenaan pengurusan Foto Siber.Dari cara kerja sampai la tentang uniform staff.Tan Sri Baharudin pun sayang sangat pada Encik Faris,sebab tu dia serahkan Foto Siber sepenuhnya kepada Encik Faris. "
Yana mencebik.Patutlah pun..kasanova tu yang uruskan Foto Siber..semuanya mengikut cara kasanova dia la..Yana bertambah meluat.
"Owh,sebab tu la semua staff kat sini semuanya perempuan,miss Syafika?"soal Yana.
Syafika ketawa kecil."Bukan tu je,semua staff yang kerja kat sini semua dipilih sendiri oleh Encik Faris.Semua mesti ada kriteria yang ditetapkan."
"Kriteria?"
"Yeah..mesti cantik,kurus..sebab tu Yana boleh tengok,dalam ramai-ramai yang pergi training,tak sampai dua orang pun yang dia pilih.Kadang-kadang tak de sorang pun yang terpilih masuk ke department ni."
Barulah Yana mengerti.Cara pengurusan apa ntah macam tu..
"Mana adil macam tu miss,dia nilai orang dari luaran je.Habis tu kalau cantik pun tapi tak boleh buat kerja macammana?"soal Yana tidak puas hati.
Syafika ketawa lagi.Dia tahu Ariyana sedikit berbeza dari gadis remaja yang lain.Walaupun muda,gadis ini nampak berani.Dia nampak Yana tidak sukakan Faris Ifwat.Sedangkan staff-staff perempuan lain di Foto Siber semuanya tergila-gilakan lelaki itu.
"Hmm..ntah la Yana..tak ada siapapun berani pertikaikan cara pengurusan Encik Faris.Lagipun idea-idea dia yang banyak bantu wisma ni.."
Yana terdiam.
Syafika menepuk bahu gadis itu."Kenapa,Yana nak menentang cara dia?"
Yana mengangkat bahu."Bukan sekarang,tapi mungkin satu hari nanti.."
Dia memandang Syafika.Syafika menguntum senyuman sebelum menghamburkan ketawa.Yana turut sama ketawa."Tapi Yana patut happy masuk department ni.Gaji kat sini lebih banyak dari department lain.Komisyen pun lebih banyak tau."
Mata Yana terus bersinar mendengar kata-kata itu.Gambaran laptop idamannya bermain-main di bayangan mata.Kalau gaji dan komisyen banyak,maknanya impian aku akan lebih mudah tercapai.Aku mesti kerja bersungguh-sungguh.Dia berazam di dalam hati.
"Dahlah tu,panjang betul kita berborak.Saya nak pergi office kejap.Teruskan menyapu eh."
Yana mengangguk sambil memerhatikan wanita itu berlalu.Mengikut perkiraan Yana,wanita itu masih muda.Umurnya mungkin dalam lingkungan 24 atau 25 tahun.Mungkin sebaya dengan Faris Ifwat.Tetapi wanita itu berkarisma,sama seperti Miss Dania.Gaya percakapannya penuh keyakinan.
"Happy nampak kerja kat sini?"Jesnita tiba-tiba muncul di depannya.Yana mengangkat mukanya..huh..minah ni lagi.
"Biasa je..kenapa?"
Jesnita ketawa sinis."Saudara Tan Sri naik basikal je pergi kerja?"
Yana tidak menjawab.Dia tahu gadis itu saja mahu mencari pasal dengannya.
"Hey,dengar ni.Kau tu budak-budak lagi.Baru 18 tahun..so jangan nak berlagak sangat.Dan jangan cuba nak tunjuk baik."
Eleh,tua dua tahun dari aku pun nak berlagak."Nita,aku kerja kat sini sebab nak cari duit.Aku rasa kau pun sama kan.So lebih baik kita buat kerja kita elok-elok je.Mungkin aku budak-budak lagi,tapi aku pandai nak hormat orang.Mama aku cakap,kalau orang tak kacau kita,kita jangan kacau orang tu."
"Hey..kau ni memang biadap la!"
"Apa bising-bising ni?"Muncul pula Dania di hadapan mereka.
"Err..tak de miss,Yana ni..dia menyapu lambat sangat.Saya cuma nak tolong dia je.Tapi dia cakap saya penyibuk pulak"
Eh,bila masa pulak aku cakap macam tu?
"Kerja awak dah siap Nita?"
"Dah miss..saya dah siapkan dari tadi.."ujar Jesnita dengan gaya sedikit berlagak.
"Kalau macam tu ikut saya.Saya nak ajar awak tatacara melayan customer.Ariyana,awak tolong lap gifts kat bahagian depan tu.Boleh?"soal Dania memandang Ariyana.
"Baik miss."Yana mengangguk.Dan Jesnita meninggalkannya dengan pandangan penuh makna,bagai memberi amaran yang peristiwa itu takkan habis di situ saja.Yana menggeleng.Kenapa di mana-mana saja dia pergi,ada saja yang akan berlaku.Tak boleh ke dunia ni aman sebentar dan tiada sesiapa yang mengganggunya.Dia tidak suka mencari pasal dengan orang tapi kenapa masih ada makhluk tuhan yang tidak senang dengannya.
Yana mengambil kain lap di dalam stor dan pergi ke bahagian depan,tempat di mana letaknya gifts seperti kristal.Yana mengambil kristal berbentuk hati dan di tengah-tengahnya ada replika seorang lelaki dan perempuan.
"Hmm..cantiknya."Dia mengelap kristal itu dengan berhati-hati.Sedang leka memandang kristal itu,dia mendengar seseorang berdehem kecil.Dan bila dia memandang ke atas,dia begitu terkejut.Terlepas kristal yang dipegangnya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan