Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku memerhatikan gelagat pemuda siam yang sedang galak mengusik anak dara yang lalu lalang di situ. Tak ada kerja betul! Mereka sememangnya mirip perngai anak-anak muda di Malaysia yang suka melepak di jalanan , muka pun lebih kurang sama je..yang bezanya sudah pastinya dari segi bahasa dan budaya . Memang jauh benar bunyi sebutannya. Berbelit-belit lidahku nak sebut setiap patah perkataan Siam tu. Aku meneguk perlahan teh panas yang menjadi santapanku di waktu petang di salah sebuah gerai berdekatan dengan rumah tumpanganku . Hampir 2 cawan teh ‘O’ aku order namun kelibat Razif masih belum kelihatan. Air kopi panasnya pun dah tak berasap lagi..Aku mengerling jam di tangan .Sudah setengah jam Razif pergi tandas. Ish, apa bendala yang si Razif buat kat tandas tu,tak kan melabur banyak sangat kot sampai tak muat jamban . Seketika kemudian aku ternampak Razif yang tergopoh-gapah menuju ke arahku.Aku memandangnya pelik. Kenapa macam baru lepas nampak hantu je.
" Hariz, kau nak tahu tak?" Belum sempat aku menyapa,Razif lebih pantas bersuara .Dia segera melabuhkan punggungnya di bangku berhadapan denganku.
"Hei, kau ni apa hal? Datang-datang je tanya aku tahu ke tak.Aku manala tahu kalau kau tak beritahu.Sengal betul lah!Kau pergi mana hah lama sangat?" Aku mendengus geram dengan pertanyaan Razif yang tidak tahu hujung pangkalnya.
"Ish kau ni kenapa,angin semacam je. Datang bulan ka?" Razif cuba berseloroh.
"Wei,kau jangan nak loyar buruk la kat sini.Cepat cakap apa yang kau nak cakap tadi!" Bentakku keras . Ternyata benar telahan Razif, anginku tidak berapa elok sejak beberapa harini setelah berlaku pergaduhan dengan lelaki landak tempoh hari .
" Yela..yela..tadi aku borak dengan seorang pak cik ni.Tu yang lama . Kau tahu kan pasal kes pembunuha ahli kumpulan Black dua tiga hari lepas?" Soalan Razif membuatkan aku sedikit tersentak . Namun aku cuba berlagak tenang . Aku mula terbayangkan lelaki landak dan konco-konconya yang telahku bunuh kejam . Mungkin mereka merupakan ahli Black. ‘Black’, satu nama yang tidak asing lagi di sini, iaitu nama kumpulan gengster terkenal dan paling kejam di Thailand yang mampu membuatkan sesiapa sahaja gerun apabila mendengar nama itu.
"Hurmm..tak tahu pun . Tak ada masa aku nak ambil tahu benda-benda macam tu!" Jawabku acuh tak acuh .
"Tu la kau, jalan tak tengok kiri kanan. Cerita yang dah lapuk dan berulat pun kau tak tahu. Sebijik macam katak bawah tempurung!" Wajahku terasa membahang dengan apa yang keluar dari mulut Razif.
"Hei Razif,mulut kau tu jaga baik-baik sikit ok . Kau nak kena belasah ke??" Aku mula menyinga. Tidak suka apabila aku diperlekehkan walaupun oleh kawan baik aku sendiri.
"Ok..ok bro..aku mintak maaf ok. Aku nak cakap kat kau yang ahli geng Black tu nak tangkap semua orang yang baru datang ke sini dalam masa seminggu ni sebab ketua kumpulan tu dapat tahu yang bunuh anak dia ada dalam kalangan kita ni," penerangan panjang lebar daripada Razif sekali lagi membuatkan aku tersentak.. Owh..maknanya lelaki landak yang aku belasah dan bunuh hari tu anak kepada Black. Rasa terkejutku hanya untuk seketika, kemudian aku kembali tenang. Arghh..pedulikan.Aku langsung tidak gentar dengan mereka kerana aku yakin aku boleh menghadapinya dengan mudah. Lagipun lelaki landak yang kurang ajar tu memang patut dibunuh!
"Hariz,kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Sapaan Razif mematikan lamunanku.
" So? Kau nak aku buat apa?" Aku menjawab selamba. Bagiku tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
" Weh, kau ni kenapa ? Dah dengar macam ni kau boleh buat relax je? Come on la Hariz..wake up! Orang yang ditangkap tu adalah termasuk kita..termasuk KITA tahu tak!" Aku memandang tajam ke arah Razif. Dia sengaja menekankan hujung kata-katanya .Apa dia ingat aku tak faham bahasa ke?
" Yang kau kecoh sangat ni kenapa.Buat biasa jela..bukan kau yang bunuh pun ," aku turut menekan setiap butir biacaraku agar Razif faham yang aku benar-benar bengang dengannya kini.Kecoh betul.
" Hish, malas ah aku nak cakap dengan kau.Aku rasa kau ni dah bengap sikit sekarang ni lepas rogol anak orang!"
" Kau jangan nak cabar aku Razif!" Suaraku mula meninggi. Perkataan ‘rogol’ membuatkan amarahku kian memuncak.
" Lantak kau lah.Tapi yang aku nak, kita berambus dari tempat ni malam ni jugak .Kita kena balik Malaysia as soon as possible!" Aku terkedu seketika dengan tengkingan Razif.
"Kau dah gila ke?? Kau suka sangat ke kena tangkap dengan polis? Ok fine! Kau je la yang berambus, aku sumpah tak kan tinggalkan tempat ni selagi polis masih buru aku.Faham!!" Aku membalas tengkingan Razif.
"Kau memang dah melampau!" Tanpa ku duga Razif tiba-tiba menolak kasar meja makan di hadapanku dan cuba menyerangku.Aku lebih pantas mengelak dan melepaskan satu tumbukan padu ke perutnya menyebabkan dia terdorong ke belakang.Aku tiada niat untuk bergaduh dengannya. Namun,tindakan spontan itu tidak dapat aku elak. Orang ramai yang berada di situ sudah menjauh dari kawasan gerai makan tersebut .Kini hanya tinggal aku dengan Razif. Aku tidak menyangka Razif akan bertindak kasar denganku.
"Razif, kau bertenang ok! Aku rasa kita boleh selesaikan masalah ni segera. Tapi bukan di sini," aku cuba memujuk Razif yang kelihatan sedang menggenggam penumbuknya untuk menyambung seranganya .
"Ok!" Sekejap sahaja Razif sudah akur dengan permintaanku.Mungkin tidak selesa apabila pertengkaran kami disaksikan umum. Aku terus beredar dari situ dan pulang menuju ke rumah tumpangan kami.Aku mesti memberitahu hal sebenar kepada Razif.Aku tidak mahu nyawanya turut terancam keranaku . Biarlah aku seorang sahaja yang berdepan dengan masalah ini .
"Hishhhh…diamlah!" Bisikku kasar. Wajah Razif semakin memerah menahan marah.
" Kau memang tak pernah berubah. Selalu buat kerja tanpa fikir dulu. Kita lari ke sini bukan untuk bunuh orang la !" Razif memarahku dalam nada berbisik.
"Ok..ok aku tahu. Aku bunuh dia sebab nak lindungi diri aku dari kena bunuh..," terangku satu persatu.
" So, apa kita nak buat sekarang? Kau tak habis-habis nak nyusahkan aku!" Ternyata amarah Razif makin lama makin menggila.
" Aku nak kau pergi dari sini secepat mungkin sebelum geng Black tangkap kau," aku memperlahankan suara agar tidak didengari oleh penumpang di bilik sebelah memandangkan bilik kami hanya dipisahkan oleh sekeping papan play wood sahaja.
" Kau jangan buat lawak la! Kau ingat kau selamat la kat sini?! " kedengaran Razif ketawa sinis mendengar kata-kataku. Deruan nafasnya semakin kasar.
" Aku serius lah. Aku nak kau pergi sekarang! Just leave me alone!" Bentakku mengharapkan Razif setuju dengan permintaanku.Aku tahu walaupun sebengang mana Razif terhadapku,dia tidak akan sesekali membiarkan aku dalam bahaya bersendirian kerana semangat setiakawannya begitu tinggi semenjak kami di sekolah rendah lagi.
" Kau dah lupa janji kita? Aku akan protect kau dan kau akan protect aku kalau apa-apa yang terjadi ," suara Razif makin meninggi. Mungkin geram dengan kedegilan ku.
" Razif ,lupakan la janji setiakawan kau yang tak guna tu! Jangan bahayakan nyawa kau kerana aku! Kau dah tak ada banyak masa lagi.Cepat pergi dari sini!" Aku masih tidak mahu mengalah.Aku mesti memujuk Razif pergi dari sini .
" Aku..,"
" BOOMM!!!" Belum sempat Razif menghabiskan kata-katanya ,pintu bilik kami ditendang kuat oleh lelaki siam yang berpakaian serba hitam dan berambut ceracak seperti lelaki landak tempoh hari .Masing-masing memegang pistol revolver dan mengacukannya ke arah kami .
"Black!" Razif sempat berbisik kepadaku.
"&*%%$#%$@#>>!!" Arah salah seorang daripada mereka ke arah kami.Aku langsung tidak mengerti kata-katanya.Aku memandang Razif sekilas.
"Angkat tangan!" Kata Razif membuatkan aku segera mengangkat tangan seperti seorang pesalah yang sedang dikepung polis.
" Shut up!" Lelaki itu berkata lagi sambil merapatkan muncung pistol mereka ke kepalaku .Aku menelan air liur . Fikiranku ligat memikirkan jalan keluar dari sini. Aku mesti cepat mendapatkan idea .Aku tidak akan membiarkan mereka menangkap kami kerana aku tahu sekirannya ditangkap ,jarang sesekali tawanan mereka akan dilepaskan hidup-hidup. Kelihatan Razif mula tidak keruan ,peluh mula membasahi wajahnya . Tiba-tiba aku berasa kesal kerana melibatkan dia dalam hal ini.Nampaknya,tidak lama lagi kami akan menjadi arwah.Tidak! Aku tidak akan mudah mengalah!
Ketika salah seorang ahli Black sedang mengikat tanganku aku segera berpusing dan membuat tendangan melintang ke arah dadanya membuatkan ikatan yang masih tidak berapa kemas itu dapat kuleraikan dengan mudah dan badannya terpelanting ke arah dinding bilikku sehingga pecah, menampakkan ruangan bilik bersebelahan . Sepantas kilat satu das tembakan dilepaskan ke arahku tetapi mujurlah ia tersasar mengenai pasu bungu yang terletak berhampiran denganku. Razif juga turut bertindak dengan menyerang pantas ahli kumpulan tersebut. Dengan sekelip mata sahaja dia berjaya menumpaskan mereka dengan mudahnya . Dia berjaya merampas 2 pistol revolver daripada mereka.Razif segera melemparkan salah satu pistol tersebut ke arahku dan aku dengan pantas menyambutnya .
"Hariz,let’s go!" Arahan Razif aku turuti . Kami berlari keluar dari bilikku meninggalkan geng Black yang tercedera namun beberapa orang dari mereka masih mampu bangun dan cuba mengejarku . Aku melepaskan tembakan rambang ke arah mereka namun mereka lebih bijak mengelak . Aku dan Razif berlari sekuat hati menuju ke arah pinggir sungai Golok yang menempatkan beberapa bot berenjin yang sudah tersedia di situ . Tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arah kami namun tidak satupun peluru menembusi sasaran. Terdengar deruan nafasku yang tercungap-cungap menahan lelah .Begitu juga dengan Razif.Sudah lama aku tidak berlari selaju ini . Akhirnya aku berjaya mendapatkan salah sebuah bot yang berada di situ.Aku nekad akan menyeberangi sungai Golok malam ini dan kembali ke pinggir sempadan Malaysia secepat mungkin walaupun di sana juga tidak selamat bagiku .Arghh pedulikan,asalkan aku tidak dibunuh malam ini,semuanya akan menjadi tidak mustahil!
"Razif, cepat hidupkan enjin bot tu!" Arahku kepada Razif sebaik sahaja kakiku mencecah lantai bot. Tanpa banyak soal Razif mengikut arahanku. Aku mulai panik apabila enjin bot tidak dapat dihidupkan. Aku melilau sekeliling mengharapkan supaya geng Black tidak berada di situ.
"Hariz, macam mana ni? Tak boleh!" Razif turut panik dengan keadaan itu.
"Bagi aku buat! Lembap la kau nih!" Aku menolak kasar bahu Razif dan mengambil alih tugasnya . Hishhh bangang betul enjin ni! Dah berapa kali aku hidupkan tapi masih tidak berjaya .
" Hariz! Tunduk!" Sepantas kilat aku tunduk apabila satu das tembakan tiba-tiba dilepaskan dari arah belukar .Aku membalasnya dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah yang sama .
"Arghhh!!" Kedengaran suara orang menjerit dari arah tadi. Kegelapan malam menyukarkan pandanganku untuk melihat gerangan yang datang tapi aku pasti..semestinya itu adalah Black!
"Kau tembak mereka!" Arahku kepada Razif sambil tanganku terus cuba menghidupkan enjin bot. Razif tidak henti-henti membalas tembakan yang tidak putus-putus itu.
"Berjaya!" Jeritku sebaik sahaja enjin bot berjaya dihidupkan. Aku segera melompat ke arah tempat pemandu .
" Aduhhh!!!" Belum sampai beberapa meter bot kami meluncur meninggalkan pinggir sungai tersebut, aku terdengar jeritan nyaring dari belakangku .
memang mantap..best layan citer camni..tp dah tak de smbgn ke? dah lama tunggu ni...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
leh tahn cteni.x de sambungan ke?