Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Kenapa aku kata ko bodoh? Sebab...ko memang bodoh kalau menangis sebab diorang semua tu." Dia berpaling padaku, seperti menunggu reaksiku yang seterusnya. " Awak tak faham....apa yang diorang buat tu memang melampau!" Aku melampiaskan rasa hati. " Diorang nak tengok ko marah, nak tengok ko nangis, diorang nak tengok ko kalah." " Diorang tu termasuk awak?" Spontan, aku menyoal. Dia seperti tersentak. Aku mengerling dengan ekor mata. " Drama apa pulak yang diorang nak buat ni sampai hantar awak pulak?" " Ko rasa macam tu?" Dia menyoal kembali. Aku terdiam lagi. " Aku pergi dulu...lagi satu, ko tak payah pulangkan sapu tangan biru tu. Aku bagi ko." Dia bingkas bangun, meninggalkan aku sendirian. Melampaukah kata-kata aku tadi? Aku dah lukakan hati dia ke? Rasa bersalah menerjah dada. Kemarahan pada mereka tidak seharusnya aku bebankan pada Tuah Iskandar. Arghhh...entah-entah betul tekaanku tadi! Sebab tu dia pergi tanpa menyangkal apa-apa....
Aku kembali mengatur langkah ke kelas. Sekejap lagi waktu Matematik Tambahan. Aku tidak mahu ketinggalan apa-apa sementelahan subjek inilah yang paling mencabar mindaku. " Hebat juga penangan ko ni." Khalisah tiba-tiba tercegat di hadapan mejaku. Aku buat-buat tidak sedar kehadirannya. Sah, Marlisa , kawan baik dia yang hantar dia ni untuk sakitkan hati aku! Maaf ya, aku tidak akan peduli pada kata-kata mereka lagi. Tak mati dek keji, tak hidup dek puji! Ingat Nun, buat tak tau aja.... Aku mengeluarkan buku teks Matematik Tambahan dan kalkulator. Soalan \'janjang\' tu tak selesai lagi...Aku menoleh ke meja Tuah. Kosong. Tiada penghuni. Dia tiada di tempatnya. " Ko pakai ilmu apa ya?" Marlisa mencelah. Rasa sakit hati membungkal. Bibir kuketap, menahan geram yang beraja. " Khalisah...Marlisa. Saya rasa baik awak berdua balik tempat masing-masing. cikgu Faiz dah nak masuk ni." Aku berpura-pura sibuk. Halaman buku teks kuselak, helai demi helai. " Ko tak payah nak berlagak, Nun. Kalau nak banding ko dengan aku...ko tu macam sampah!" Seisi kelas terpempan. Semua mata tertancap ke arahku, seolah-olah aku satu-satunya objek yang ada di situ. Aku bingkas bangun, nampaknya dia ni masih tak puas hati lagi dengan aku. " Apa masalah awak, Marlisa? Takkan orang cantik macam awak ada masalah dengan pompuan buruk dan pelik macam saya ni." Nada suaraku sinis. " Ko memang bawa masalah, Nun." Atirah tercegat di sebelah Marlisa. Aku tidak perasan pula bila dia mula mengatur langkah ke arah kami. " Kenapa ni, Tirah?" Aku memandang tepat ke anak matanya. " Ko tak payah buat-buat tak faham, Nun." Atirah mengalihkan pandangannya. Benci benar dia padaku. " Saya tak faham Tirah." " Kalau tak pasal ko, Tuah takkan buat macam tu." Atirah bersuara perlahan tetapi cukup untuk kudengar isi bicaranya. " Buat apa?" " Tuah takkan tumbuk Zakuan, diorang takkan bergaduh!" Atirah meninggikan suara.
Apa????? Tuah Iskandar tumbuk Nik Zakuan....Itupun sebab aku...??
--------------
" Kenapa awak tumbuk dia?" Aku mengumpul keberanian setelah beberapa hari peristiwa bertumbuk tu. Tuah dia mrmbisu. " Jangan nak perasan...tak da kaitan dengan ko langsung." " Habis tu....sebab apa?" Aku menyoal kembali. Tuah melarikan pandangan. " Ko tak perlu tau, Nun Amirah." " Saya perlu tahu sebab semua orang salahkan saya! Diorang kata sebab saya, awak tumbuk Zakuan." Lirih nada suaraku. Mujur keberanian ini masih tersisa. " Ko peduli sangat dengan kata-kata diorang tu? Aku nak tanya...ko pulak rasa macam mana?" Pulak dah, dia soal kita pulak. Kita soal dia, dia soal kita balik. Aku mengangkat bahu, tanda tidak tahu. " Ok...ko rasa ko tu \' Miss World\' ke yang aku nak buat macam tu sebab ko. Tak ada maknanya." Dan dia berlalu meninggalkan aku. Selalunya pun memang begitu. Dia akan meninggalkan aku dengan seribu tanda soal di kepala... Alahai...
Ya, aku memang bukan \' ratu cantik dunia\'. Tapi tak da sebab lain untuk Tuah Iskandar tumbuk Nik Zakuan Nik Aidil secara tiba-tiba, Penaakulan aku..
Frasa 1: Nik Zakuan malukan aku sebab nak dapatkan Tengku Adreen Marlisa.
Frasa 2: Nik Zakuan+ Tengku Adreen Marlisa+ Khairul Aswad berpakat kenakan aku atas dasar balas dendam Khairul!
Kesimpulan: Nik Zakuan, Tengku Adreen Marlisa dan Khairul Aswad kenakan aku, sakitkan hati aku yang bernama Nun Amirah Adnan bukannya Tuah Iskandar! Dalam mana-mana frasa di atas, tak ada tertera pun nama Tuah!
Di bilik guru...
" Kenapa buat macam tu?" Cikgu Rosyam bersuara agak tegas. Aku yang masih menunggu di meja Cikgu Haikal, masih mematung di situ, hampir benar dengan meja Cikgu Rosyam. Lepas tu, aku pura-pura sibuk membelek buku nota yang memang sengaja kubawa. Tidak sangka pula dalam bilik guru ni, ada sessi perbincangan Cikgu Rosyam dan Tuah Iskandar. Aku lihat, guru-guru lain buat endah tak endah, tekun menanda buku-buku latihan. Cikgu Haikal ni pun satu, kata tadi nak jumpa aku. Tiba-tiba suruh tunggu kat sini pulak. Aku tidak mahu dikatakan curi-curi mendengar perbualan orang! Tapi aku tak curi dengar pun...diorang yang berdiskusi secara terbuka! " Awak tau apa yang awak buat ni salah?" Cikgu Rosyam terus juga menyoal. " Saya tau, cikgu." Bersahaja jawapan Tuah. Aku pula yang naik cuak. Bukan dia tak tahu perangai Cikgu Rosyam yang lekas naik darah. Aku menelinga lagi. " Awak datang sekolah nak belajar ke nak bertumbuk?" " Along......adik tau apa yang adik buat." Keras suara Tuah Iskandar. " Adik...along tak nak benda ni berulang lagi. Adik tak sepatutnya tumbuk dia. Ni sekolah...bukannya tempat bertumbuk." Suara Cikgu Rosyam meningkah. Aku yang mendengar tergamam. Along..adik. Diorang ni adik-beradik ke? " Adik...ingat pesan along. sekali lagi jadi macam ni,along takkan teragak-agak bagitau walid. Dia dah pesan suruh jaga adik. Tak semestinya adik duduk asrama, adik boleh buat apa je." Tuah Iskandar bingkas bangun, " Di sekolah kena ikut protokol. Saya faham, cikgu, saya janji ini kali pertama dan terakhir." " Oh ya, lagi satu saya nak cakap. Saya cuma nak ajar dia beradab. Cikgu pun tak suka orang kurang ajar, kan?" Tuah Iskandar belum pergi lagi rupanya. Aku yang duduk membelakangkan mereka tidak berani menoleh. Cuma perbualan itu terlalu jelas di pendengaranku... " Saya tau...tapi awak tak patut tumbuk orang kerana perempuan. Walid dah pesan, kan? Jatuhnya sorang lelaki tu kerana perempuan." Cikgu Rosyam berdehem kecil. Disusuli batuk yang sedikit keras. " Saya faham, cikgu...tapi saya bukan tumbuk dia kerana sorang perempuan." " Habis sebab apa?" " Kerana seorang kawan...yang cedera hatinya. Saya minta diri dulu cikgu, waktu rehat dah nak habis. Saya janji takkan ulang lagi." Dan aku....masih setia menunggu Cikgu Haikal di mejanya. Dia masih juga tak muncul-muncul. Tapi aku sudah tidak peduli lagi. Yang aku kisahkan sekarang...kata-kata akhir 'adik' kepada 'along' tadi. Aku masih berfikir lagi ketika Cikgu Haikal tiba-tiba muncul. " Nun...dah lama awak tunggu?" Dia tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipit. Fikiranku masih menerawang jauh. " Kerana sorang kawan...yang cedera hatinya." Terpacul baris ayat itu dari ulas bibirku, tak semena-mena. Mujur nada suaraku perlahan, seolah berbisik. " Apa, Nun?" Cikgu Haikal sudah melabuhkan duduk dengan pen di tangan. Alamak...tarsasar lagi! " Tak ada apa, cikgu." Aku sudah tidak dapat fokus pada bicara Cikgu Haikal. Di mataku, terbayang wajah Tuah Iskandar. Akukah kawan yang cedera hati itu? Akukah orangnya? Namun jauh di sudut hati, aku yakin akulah orangnya kerana hatiku memang telah cedera, Parah. Sakit yang teramat..
Thanks dak sengal...memangla lama sangat. Ni yang tambah keinginan nak wat blog ni. saya akan sambung k. terus sokong dan ikuti ya,
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
dah ada n3 br..time kasih..mmg best tp tgu punyelah lme..pe pun teruskan ye..x sabar nak tgu jalan cerita seterusnya..