Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini pertandingan mendeklamasi sajak dalam kelas. Aku tidak ikut serta walau pun memang itu minatku sejak dulu. Banyak koleksi sajak yang sudah kukumpulkan. Cikgu Hasanah memang selalu ada saja idea segar untuk memancing minat kami dalam kelasnya. Tidak hairanlah ramai pelajar menyukainya, termasuk aku. Tambah lagi, untuk setiap pertandingan yang dianjurkan selalu ada saja hadiah untuk pemenang. Kali ini, Cikgu Hasanah menjanjikan hadiah istimewa. Berpusu-pusulah seisi kelas itu nak mengambil bahagian.
" Ok, peserta seterusnya Tuah Iskandar Zainuddin."Cikgu Hasanah terlebih dahulu bertepuk tangan. Aku paling suka melihat senyumannya yang disertai lesung pipit di kedua belah pipi. Eh...eh, jangan silap tafsir. Cikgu Hasanahlah bukannya Tuah Iskandar!
Seisi kelas bertepuk tangan. Semua mata terfokus pada Tuah yang sudah berdiri terpaku, sedia mengatur langkah ke depan. Pandangannya tertancap ke arahku. Renungan yang redup, menusuk ke setiap pelusuk hati. Aku jadi gelisah tiba-tiba. Bait-bait yang terlontar dari bibirnya membuat aku tersentak. Tergamam. Terkesima. Lebih kurang begini bunyinya....
Kawan... Tahukah apa maksud pertalian? Yang mendambakan Seribu satu rasa dari jiwa yang luhur.
Kawan... Pertalian kita terlalu aneh, Sungguh takjub seisi dunia, Tapi aku rasakan, pertalian yang aneh ini, itulah yang merapatkan kita.
Kawan.... Sapu tangan biru itu, buatlah mewakilkan aku, buat menyapu si air mata, Lilin-lilin putih itu, Terangilah hidup sendiri, Bersaralah jadi lilin yang cahayanya terlalu terang itu....
Kawan... Aku harap luka itu Biar segera sembuh, Tanpa parut yang berbekas di hati.
Kawan.... Aku.....selalu ada Untukmu, Biarpun kau gagal merasai hadirku, Buatmu yang cedera hati, Aku turut tercedera, Kerana aku adalah kamu, Jika kau rasai denyut nadimu.
Penghabisannya....dia tersenyum memandangku. Sungguh...aku sungguh terharu. Air mataku luruh serta-merta tidak dapat ditahan lagi. Aku terasa ingin mendakap tubuhnya dan membisikkan ungkapan terima kasih. Hatiku yang cedera sudah terubat dengan untaian sajak Tuah Iskandar. Kawanku yang paling misteri. Kawanku yang seolah bukan kawan. Kawanku yang unik. Kawanku yang punya cara tersendiri untuk menghantar salam persahabatannya...
Tuah: Salam terima kasih.
Aku selitkan nota itu di bawah mejanya. Mujur hari itu Tuah keluar rehat, jadi aku punya kesempatan yang banyak untuk berbuat begitu. Selang sepuluh minit, Tuah masuk ke kelas. Seperti biasa, dia melabuhkan duduk dan mula menyelongkar isi meja. Nota warna merah jambu itu sudah pun berada di tangannya. Pantas dia berpaling ke arahku. Senyumnya lebar sampai ke telinga.
"Sama-sama." Lantang suaranya. Beberapa pasang mata mula tertuntas ke arahnya termasuk aku. Tapi pandangannya memang padaku.Dia masih memegang kertas itu dengan senyuman yang masih tersisa. Manis sungguh. Gula pun bisa tunduk pada kemanisan senyumannya hari ini!
" Tak perlulah cakap kuat-kuat." Aku menggumam sendiri. Kan dah dapat perhatian tak pasal-pasal. Dia nilah....memang susah sekali dimengerti!
" Nun...." Nik Zakuan tiba-tiba menyapa sekali gus mematikan lamunanku. Aku lihat dia teragak-agak, seperti takut-takut. Aku tidak dapat menyembunyikan rasa marah yang masih berbaki. Namun, dia datang dengan cara baik dan aku tidak wajar terus-terusan mempamerkan amarahku di raut wajah ini, aku pantas memujuk hati sendiri.
" Awak memang berhak marah pada saya." Zakuan tunduk. Namun aku lihat, matanya melingas ke sana ke mari. Dia seperti keberatan bercampur serba-salah. Mungkin rasa kesal itu mula menghambat...
" Zakuan...maaf, saya masih tak boleh terima apa yang awak buat." Aku terang-terangan mempamerkan rasa hati yang sekian lama terbekam. Sikap berterus-terang yang kuwarisi daripada arwah mama.
" Macam mana awak boleh sanggup buat macam tu? Semata-mata sebab Marlisa..." Aku tidak mahu terus menipu hati sendiri. Memang rasa marah itu masih bersisa. Biarlah aku hamburkan semuanya, biar rasa itu menghilang. Aku tidak mahu rasa itu menggunung, semakin tebal rasa amarah itu hingga meletus menjadi dendam. Aku tidak mahu menjadi pendendam yang api dendamnya marak menyala-nyala, sehingga membakar tubuh sendiri! Masih segar di ingatanku pesanan Cikgu Hawa sewaktu aku belajar di tadika Awanis. Cikgu Hawa meminta kami semua membawa sebiji pisang setiap seorang. Kami disuruh menyimpan pisang itu di dalam beg. Berlarutan sehingga beberapa hari...kami masih tidak dibenarkan mengeluarkan pisang itu. Bila Cikgu Hawa menyuruh kami mengeluarkannya, pisang itu sudah pun busuk. Semuanya pakat menutup hidung secara berjemaah. Lucu juga bila diingat kembali. Tapi pengajaran di sebalik cerita itu begitu besar. Kata Cikgu Hawa, pisang itu diibaratkan hati yang penuh dengan benci dan dendam. Kerana terlalu lama menyimpan dendam, hati akan mula menjadi busuk,lebih busuk daripada pisang itu! Apakah aku berdendam pada lelaki di hadapanku kini? Apakah hati aku seperti pisang di dalam beg itu? Masya-Allah...
" Tuah sedarkan awak?" Perlahan dia mengangguk, wajahnya tampak ikhlas.
" Dia kata saya tak patut buat awak macam tu. Awak dah jadi kawan sejati dia. Siapa yang lukakan hati awak, dia cuba nak main api dengan Tuah Iskandar." Nada suaranya bersungguh. Wah, dia hafal betul dialog Tuah Iskandar!
" Saya...kawan sejati Tuah?" Terasa tawaku ingin meledak. Bila masa pulak aku jadi kawan sejati dia? Atau semua ini berlaku di luar pengetahuanku? Sejak bila aku dilantik menjadi kawan sejati Tuah? Hai, banyaknya soalan-soalan tercetus di mindaku. Tuah boleh buat aku pening!
Aku...budak pelik SMKPT merangkap budak unik pada kaca mata Tuah Iskandar. Aku masih ingat lagi, saat gelaran itu dilontarkan padaku sehingga menjadi kemestian. Aku yang pelik ni...kawan sejati tuah Iskandar?
Di kelas Sejarah Cikgu Bibah.... Tingkatan 1 Beta 2
Cikgu Bibah: Kita bertuah ada pahlawan-pahlawan yang sanggup mempertahankan negara kita. Sebab tu kita capai kemerdekaan sekarang ni.
MatSyah : Pahlawan tu semua dah tak ada kan cikgu?
Cikgu Bibah: Ya...awak ingat diorang semua tu ada lagi, saya pun masih kecil lagi masa tu.
Zakri : Ha...dengar tu Mat. Semua dah mampus.....dah gol. Kalau ada pun hantu dia datang cekik ko malam ni. (sambil ketawa besar diikuti yang lain)
Rasa geram membungkal di hati, beraninya mereka menjadikan pahlawan-pahlawan kebanggaanku sebagai bahan jenaka. Spontan, aku bingkas bangun. Kalau dibiar lama lagi, dadaku boleh pecah dek menahan amarah!
Aku: Siapa kata mereka tak ada..mereka tetap hidup.
Matsyah: Hantu diorang ke yang datang kat ko malam tadi? ( sambil ketawa) Aku : Mereka yang awak kata hantu tulah beri hidup yang aman pada kita sekarang. Kalau tak, awak tak boleh cakap banyak macam sekarang ni. Saya pun sama.
Naimah : Cikgu kan dah cakap, diorang semua dah tak ada. Apa yang awak mengarut ni?
Aku : Diorang masih hidup....di hati kita. Di hati saya. Sebab tu kita bercakap tentang diorang sampai hari ni. Semangat diorang ada kat mana-mana. Tok Janggut, Dato Bahaman, Rentap.
Cikgu Bibah tersenyum. Aku masih ingat dia bertepuk tangan. Namun seisi kelas senyap sunyi seperti dilanda garuda. Tiada reaksi. Semuanya memandang aku lain macam saja. Rentetan daripada situlah, mereka mula melabelkan aku manusia pelik. Apa yang aku buat jadi perhatian...tapi tak apalah, sekurang-kurangnya mereka beri perhatian padaku!
salam semua.... saya tinggal di sabah, internet tak ada. Baru sekarang saya balik ke kl. Maaf semua. Saya akan cuba update ya. Doakan saya dapat sambung master di uia ya. Ameen....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah ada n3 br...tp pendek sgt..tgu pun lme..apa pun teruskan lagi ye..saya sntiasa menyokong dan menunggu setiap smbungannya..