Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kehilangan Amani, sikap dingin kak najwa dan umi, pandangan kesal athirah benar-benar membuatkan aku hilang arah. Banyak urusan kerjaku menjadi tergendala kerana semua masalah itu. Dan pagi ini, buat pertama kalinya dalam sejarah karierku, aku di tegur Datuk Mansur gara-gara aku terlupa temujanji dengan pelanggan kami. Mujur saja kecuaianku itu tidak menyebabkan syarikat ini kehilangan projek 2 juta itu! Pelan yang di atas meja ku pandang sepi. Namun sedikit pun aku tidak dapat memahami apa yang tertera. Kosong. Hanya bayangan amani yang bermain di fikiranku. Senyumannya, gelak tawanya. Akhirnya aku bangkit menuju ke tingkap, bidai yang menutupi ku tarik. Pemandangan yang sibuk dengan kereta dan orang ramai tetap tidak dapat menghapuskan bayangan isteriku itu. Amani, abang betul-betul merinduimu. Cinta itu tetap berdenyut di segenap ruang hatiku tika ini. Mengapa dia tak mengerti tentang perasaanku ini? Atau aku yang terlalu mementingkan diri sehingga tidak mempedulikan perasaannya? Ya Allah, bantulah aku menemui jalan penyelesaian bagi kebuntuan yang ku hadapi ini. Kocek seluar ku seluk. Surat yang di tinggalkan amani ku tatap entah kali yang ke berapa. Surat itu ku temui di meja sisi katil di bilik tidur kami.
Abang,
Terlalu banyak rasanya yang berlaku dalam hidup kita sejak akhir-akhir ini hingga tidak tertanggung oleh Amani. Amani sayangkan abang tapi amani tak mampu untuk berkongsi kasih sayang seorang suami dengan perempuan lain. Biarlah amani di katakan tamak tp amani tak mahu mengatakan kesanggupan pada perkara yang amani tidak mampu. Abang, jika perkahwinan abang dan dia di teruskan, lepaskan amani dari kehidupan abang. Amani tak mahu terus mendendami abang jika kita terus bersama. Amani pergi bukan untuk lari dari masalah yang kita hadapi tapi biarlah berjauhan begini memberikan ruang untuk kita berfikir. Mungkin juga untuk kita mula belajar hidup tanpa diri masing-masing.
Tidakkah dirinya tahu aku terlalu dalam kehilangan tanpa dirinya di sisiku. Tidakkah isteriku itu tahu aku sedang merinduinya separuh mati. Tidakkah dia tahu yang dia adalah nyawa kehidupanku. "Kau termenung macam tu, amani takkan muncul tiba-tiba depan mata kau,"suara aizad menyedarkan di mana aku berada sekarang. Tidak ku tahu sejak bila sahabatku itu memerhatikan gerak geriku. "Bila kau masuk?"aku duduk di kerusiku. "Aku dah tercongok kat sini dekat 10 minit. Boleh kau tanya bila aku masuk,"jawabnya separuh menyindir. Sejak kehilangan amani, aizad yang banyak membantuku untuk mencarinya, tapi dalam pertolongannya itu, kerap juga aku terpaksa menadah telinga mendengar sindirannya. Aizad, dalam sifat memahaminya sebagai seorang sahabat, adakala kata-kata yang keluar dari mulutnya boleh memedihkan hati. Ah, kalau aku tidak melakukan salah, takkan aku berhadapan dengan semua ini. Tapi salahkah aku menolong seorang sahabat yang pernah aku cintai, seorang insan yang selalu berkorban hati dan perasaannya untuk aku? Amir, amir..pertolongan yang terlalu banyak melukakan hati, itu kau kata tidak salah?Kau ingin menarik rambut dalam tepung, tapi tengoklah akibatnya.. Rambut terputus, tepung berselerak. "Come on, mir. Aku depan mata kau pun, kau boleh mengelamun lagi. Tadi aku dengar dato jumpa kau, kenapa?" isteri aku lari, zad.. "Dato suruh aku bercuti,"mungkin juga ada baiknya. "Aku setuju dengan saranan dato. Kau datang kerja pun tak guna kalau satu kerja pun tak dapat nak buat,"saat ini, aku hanya memikirkan tentang amani. Sihatkah dia?gembirakah dia? Bagaimana dengan bayi kami? Hanya itu. "Kau masih nak teruskan perkahwinan kau dengan ain tu?" soalan aizad membuatkan aku terkedu. Aku langsung tidak memikirkan itu. Teruskan dalam keadaan macam ini? Memang gila. "Ain dah banyak kali tanya aku kenapa aku tak bawa dia jumpa umi. boleh gila aku kalau hari-hari macam ni,"bawa dia jumpa umi? umi dah lancarkan perang dinginnya pada aku. Langsung tidak mahu mendengar penjelasanku. Aku tahu Ain dah mula merasa ada yang tidak kena, kami bertunang tapi tidak sekali pun dia bertemu dengan umi. kak najwa hanya muncul pada majlis pertunangan. Itupun atas dasar terpaksa. Athirah mungkin lebih baik tapi aku yakin ain dapat mengesan rasa ketidakselesaan adikku itu apabila berbual dengannya. "terpulang pada kau, mir. Cuma kalau kau terima Ain, kau kehilangan amani. Tanya pada diri kau, apa yang kau nak," Amani? Kehilangan? Mana mungkin aku mampu menerimanya.
*****************************
Aku menemani Ain ke butik pengantin Seri Ayu. Dia yang beria-ia mengajakku ke situ. Katanya untuk membuat persiapan lebih awal, takut nanti tidak sempat. Aku bingung. Aku tidak tahu apa ertinya perkahwinan ini kepadaku nanti. Sedangkan dalam hatiku langsung tiada walau secebis pun rasa cinta pada ain. Yang ada hanya rasa sayang seorang sahabat. Pernah aku berbincang pada abang anuar, untuk berterus terang pada ain dan membatalkan semua kerja gila ini tapi abang anuar tidak bersetuju. Ah, perkahwinan ini satu pembohongan. Aku tahu jika ain tahu apa yang sebenarnya berlaku, yang arwah razman suaminya dan hakikat hubungan kami pasti dia orang pertama yang menolak semua ini. "Mir, lawa tak?"soalan itu mengingatkan aku pada kenangan lama. Kenangan di mana pertemuan pertamaku dan amani. Aku memandang ain tapi aku seperti melihat amani di situ. Wajah amani yang kemerahan menahan malu, apabila menyedari aku merenungnya. "Mir,"panggilan itu menyedarkan aku. Aku melihat ain bukan amani.Aku mengganggukkan kepala, mengiakan, bersetuju dengan pilihannya. Aku tiada hati dengan semua ini. Selesai urusan kami di situ, kami menuju restoran yang berdekatan. Lapar tetapi seleraku langsung tiada. Akhirnya aku hanya memesan jus epal. Melihat lauk ayam masak merah yang menjadi pilihan ain, aku teringatkan isteriku. Itu lauk kegemarannya. Rasa rindu membuak-buak tapi bagaimana? Sudah makankah isteriku itu? Bagaimana keadaannya hari ini? Bagaimana dengan tidurnya? Lenakah dia tanpa berada dalam pelukanku? Atau dia seperti aku, setiap malam pasti terjaga. "Kenapa dengan you,mir? U dah lain sangat sekarang ni,"aku tersentak. Lupa yang aku kini tidak sendirian. Ada ain di depanku. "i ok. Maybe penat sangat,"aku tahu ain tidak puas hati dengan jawapanku tapi dia hanya diam mendengarnya. Dalam masa yang sama, rasa bersalah padanya terlalu banyak. Ain tidak tahu apa-apa. Dia menjadi mangsa keadaan yang dia sendiri tidak mengerti. "Rasanya banyak perkara yang ain tertinggal di belakang sejak ain kemalangan. Semua orang seperti nak menjaga hati ain, macam ain ni perlu di jaga setiap masa. U pun sama, mir. Terlalu berahsia dengan ain,"aku diam, menanti bicara ain yang seterusnya. "Ain dapat rasakan yang hidup ain seperti dalam kepuraan-puraan. Ain rasa ain kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup ain, tapi ain tak tahu apa,"ada airmata yang bergenang di kelopak matanya. Ain menangis. "Mir tak ada jawapan untuk itu,"sekali lagi aku menipu dalam hidupku. Menipu insan yang ikhlas terhadapku selama ini. Ain memandangku seolah dia tahu yang aku sedang menipunya. Ah, ain..masih tetap seperti dulu. Katanya, aku begitu senang dapat di baca apa yang tergambar di dalam hatiku lebih-lebih lagi jika ada perkara yang meresahkan aku. Amani juga pernah memberitahuku begitu, katanya aku tidak pandai berpura-pura gembira jika aku sedang bersedih. Ain, seandainya aku mampu untuk berterus-terang apa yang sebenarnya berlaku, apa yang sebenarnya terjadi terhadap dirimu, aku pasti melakukannya. Tapi aku takut ain kalau aku meluahkannya, ada sesuatu yang buruk berlaku padamu. Aku rela di tuduh sebagai pengecut tapi aku takut untuk mengambil risiko itu.
bagi aku amir ni dayus...die nak jaga hati seorg tapi xPK telah memusnahkan harapan org sekelilingnya terhadapnya... Amir ko nak taw, esok2 jika amani kembali jua padamu, kasihnya tidak akan seutuh dulu, begitu la hati wanita jikan diusik tatkala kasih dia beriakan sepenuuhnya..tetap akan meninggalkan parut jua..
amir tak salah... Islam membenarkan poligami... apa yang dilakukan oleh amir untuk membantu wanita lain... Amani perlu sedar... andai takdir Ilahi... dia bakal bermadu... dia perlu redha... poligami itu halal... hukum dari Ilahi... jangan mengharamkan yang halal... saya juga seorang wanita... ikhlaskan diri... fahamilah erti sebuah perkahwinan dari konteks Islam sebenar... InsyaAllah kita akan dapat menerimanya... namun saya akui... jauh di sudut hati... saya terluka... tapi seorang suami berhak berkahwin lagi jika dia mampu...
well.. amir x slah..ain lg arr..mgsa keadaan..amani pown sme.. so spe slh?? takdir dierowg?? ngee.. kte xde kt tmpt amir so xtw pe yg dier rs..ssh nk wat kptsn ble dtelan mati mak n dluah mati bpak.. tp amir pown..dier sndri kte yg dier x sggop idop without amani so watpe trozkn..
btui2..benci ngan amir tp beribu kali benci ngan anuar..eei.......benci dorg 2
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
benci tol ngn amir tuh!!!!
benci benci benci!!!!!
cptla upload n3 bru erk...:)
>mya nuryana<