Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bab22 Perjalanan yang jauh membuatkan aku terasa agak lelah. Sesekali terasa tendangan dari perutku, seakan bayiku itu sedang memberontak. Sayang, apa tindakan mama ini salah? Sekali lagi aku mengeluh. Seakan timbul rasa kesal di hatiku kerana mengambil tindakan senekad ini. Sedangkan aku sudah berjanji untuk menjadi seorang isteri yang solehah tapi kini aku pergi tanpa izin dari seorang suami. Maafkan amani, abang. Ketukan di pintu mematikan lamunanku. Dengan rasa mengah, aku bangun membuka pintu. "Mari makan, amani,"aku mengekori mak ke meja makan. "nasi dagang, mak? Mesti sedapkan," sesenduk nasi aku letakkan di atas pinggan. Baunya mampu memikat sesiapa tapi seleraku masih tumpul. Aku cuma tidak mahu menghampakan mak. "Bila kak rin kamu telefon nak datang, mak terus cari ikan aya kat pasar, mujur ada lagi,"ibu kak rin ini memang baik orangnya. Walaupun hanya beberapa kali pertemuan kami, layanannya terhadapku seperti anak sendiri. Kedatanganku ke sini, langsung tidak ku rancang, kalau bukan kerana desakan kak rin supaya aku ke kampungnya, aku sendiri tak tahu ke mana destinasi aku sekarang. "sikit sangat amani makan tu, tambahlah lagi,"pelawa mak sambil menyuakan mangkuk yang berisi nasi dagang kepadaku. Kalau abang amir ada, sudah pasti 2, 3 kali dia bertambah makan. Nasi dagang, salah satu makanan kegemarannya. Ah, bagaimana aku mahu hidup tanpa dirinya sedangkan perpisahan yang tidak sampai 24 jam ini, aku sudah kerinduan yang amat sangat. Selesai membantu mak mengemas meja makan, aku keluar ke laman, melihat panorama sekeliling. Suasana petang yang redup, sedikit sebanyak membantuku melupakan kemelut yang melanda rumahtangga kami. "Melarikan diri bukan satu penyelesaian masalah, Qis. Tapi itu semua akan makin merumitkan keadaan,"itulah kata razin waktu aku melahirkan hasrat hatiku ingin pergi jauh dari insan yang mengenaliku. Aku bukan melarikan diri, zin, tapi aku cuma ingin mencari kekuatan dan ketenangan yang sudah hilang. Kau takkan faham, zin, kesakitan yang aku rasa sekarang. Aku sudah tak mampu untuk berkorban. "akak betul-betul tak setuju dengan apa yang amani nak buat ni. Masalah ni takkan selesai kalau amani pergi. Kita kena berhadapan dengan masalah, bukan melarikan diri," itu pula nasihat kak rin semalam. Waktu itu, aku seakan sudah nekad dengan keputusanku, tidak mampu di ganggu-gugat oleh apa dan sesiapa pun. Melihat aku diam, kak rin mengalah tapi dengan syarat aku ke kampungnya bukan ke tempat lain. Katannya, sekurang-kurangnya jika berlaku apa-apa, ada orang yang menjagaku dan boleh memberitahunya. Dua orang yang berbeza di dalam hidupku, mengingatkanku tentang hal yang sama tapi aku tetap memilih untuk menjadi pengecut, memilih untuk melarikan diri. "Amani,"sentuhan lembut di bahuku membuatkan aku mendongak. Di tangan mak besen berisi beberapa biji buah mangga muda. Melihat itu, kecur air liurku. Mak tersenyum melihat gelagatku mengunyah hirisan demi hirisan mangga muda. Apa tidaknya, lagakku seperti tak pernah makan buah ini sebelum ini. "tengok kamu, mak jadi teringat waktu rin mengandung dulu. Macam nilah gaya dia,"aku tersenyum. "Sedap,mak. Rasa mangga ni tak macam biasa buah yang amani beli," "buah ni baru je mak kait tadi, apa orang bandar kata, fresh lagi ha," aku tergelak kecil mendengar celoteh mak. "Rin baru je telefon tanyakan kamu. Dia cuba telefon hanset kamu tapi tak dapat katanya,"aku terdiam. Memang dari semalam lagi, aku sudah mematikan hansetku. Seketika aku terfikir tidakkah mak terasa hairan tujuanku ke sini bersendirian begini. "Mak tak nak tanya kenapa amani ke sini?"mak tersenyum mendengar soalanku. "Mak ni dah tua, pernah muda macam kamu jugak. Satu je mak nak ingatkan kamu, apapun dia tetap suami kamu, sekurang-kurangnya hubungi dia beritahu kamu selamat,"mak memegang tanganku. Aku terdiam mendengarnya. Hubungi amir? Bukankah tujuanku untuk menjauhkan diri daripadanya, untuk membiasakan diri jika suatu hari nanti dia meninggalkanku. Belaian mak pada rambutku mengingatkan aku pada umi. umi? aku beristighfar seketika di dalam hati. Bagaimana keadaan umi? sihatkah dia?
***************************
Sudah tiga hari aku di sini, tapi aku masih tiada kekuatan untuk menghubungi sesiapa di sana, cuma kak rin saja yang sentiasa menghubungiku. Bagaikan kemestian, tepat pukul 10 pagi pasti ada panggilan darinya. Tapi entah kenapa sedari subuh tadi lagi, ingatanku menjadi kuat pada umi. apa mungkin terjadi apa-apa pada mentuaku itu. Rasa ingin tahu terlalu mendesakku supaya menghubungi umi. hanset yang tidak pernah ku keluarkan dari tas tangan sejak berada di sini, ku tekan punat on. Seminit, dua minit, sudah ada 30 SMS yang masuk. Aku membuka ruangan inbox. ’you have (30) missed calls from 0132233311’ abang, hatiku menjadi rindu padanya. Aku membuka SMS yang lain. Ada dari amir, razin, athirah, dan juga fahrin.
Amir
’please pick up my phone, honey’ ’jgn buat abg mcm ni,abg rindukan amani & baby kita’
Rindu? Penipu, abang tak pernah merindukan amani!
’Abg mnt maaf dgn apa yang berlaku. Tp pcayalh itu semua xspt amani bygkn. Only u in my heart "
Hanya amani? Tp abang nak kahwin dengan ain. Aku jadi takut untuk membuka mesejnya lain. Aku takut terpujuk dengan kata-katanya. Aku takut untuk menaruh harapan lagi. Hatinya bukan milik kau, amani.
Razin
’where have u been, qis.? Semua org risaukan kau. Mana balqis aku yg dulu? Balqis yang kuat, yang tak pernah mengalah’ ’td amir dtg cari aku. Aku tkejut tgk dia. He missed u, qis.keadaan dia tak terurus. pepun, aku harap kau ok’
Athirah
’kenapa macam ni, kak? Umi risaukan akak, ati harap akak dapat hubungi dia. Ati sentiasa doakan akak walau di mana akak berada. Sayang akak.’
Membaca sms dari Athirah, cepat-cepat aku mendail no telefon rumah umi. "Hello" suara lemah umi yang menjawab membuatkan aku sebak. Maafkan amani, umi. maafkan amani. "Umi,"tiada balasan dari sana, seketika aku terdengar esakan umi. "Amani minta ampun, umi,"kali ini tangisanku turut berpadu dengan tangisan umi. "Amani ke mana,nak? Kenapa tak beritahu umi apa yang berlaku"umi bertanya setelah kami mula tenang. "Amani cuma nak bersendirian, umi. umi jangan risau amani selamat kat sini. Ada orang jaga amani kat sini,"walaupun begitu umi tetap mendesakku agar aku memberitahu di mana aku sekarang. Aku jadi serba salah. Aku bimbang jika aku memberitahu perkara sebenar, amir akan mendapat tahu. Tapi bila umi mengganggapku aku tidak menyayanginya jika tidak berterus-terang, aku mengalah. "Amani di terengganu," umi beristighfar panjang mendengar jawapanku. "Jauh tu, amani. Dengan siapa amani tinggal, kalau jadi apa-apa, siapa yang nak jaga amani," "Umi janganlah risau. Amani tinggal rumah kak Rin," "Maksud kamu dengan Zaleha? Ha, kalau macam tu umi nak bercakap dengan dia,"desak umi. ish, umi ni langsung tak berubah. Lebih kurang 10 minit kemudian, mak menyerahkan semula telefon kepadaku dengan senyuman terhias di bibirnya. Entah apalah yang umi pesan padanya. "Umi ingat nak ke sana lusa,"beritahu umi "tak perlulah, umi. umikan kurang sihat," ah, umi, tindakannya memang tak boleh di jangka. "Selagi umi tak lihat kamu, selagi itu umi takkan sihat, amani," suara umi yang tegas membuatkan aku terpaksa akur. Aku sempat berpesan pada umi sebelum menamatkan perbualan dengannya agar penyembunyianku ini di rahsiakan dari amir. Entahlah buat masa ini aku memang tidak ingin bertemu dengannya. Aku masih belum mampu untuk berhadapan dengannya. Tapi jawapan yang umi berikan membuatkan aku tertanya-tanya.
"Amani jangan risau. Umi sendiri merasa sakit dengan apa yang dia lakukan pada kamu. Takkan dia lupa bagaimana deritanya umi dulu. Kenapa dia nak lakukan kesilapan yang sama macam arwah abahnya,"
Apa maksud umi dengan kata-katanya. Bukankah amir pernah bercerita denganku umi dan arwah abahnya adalah pasangan bahagia. Tapi kata-kata umi tadi seperti dia menderita.
’Amani selamat di sini. Jangan risaukan amani. Cuma amani mohon abang merestui pemergian amani ini. Amani minta maaf kerana pergi tanpa izin dari abang Amani berharap selepas amani pulang nanti, abang sudah ada jawapannya’ Message sent. Hanset ku matikan. Aku cuma mampu berharap dia memaafkan kesilapanku ini. Walau sepedih manapun kelukaan yang di berikan padaku, dia tetap suamiku. Hakikat tetap hakikat. Aku tidak mahu di gelar isteri yang nusyuz. Ampunkan Amani, abang.
p/s: First of all, sy nak memohon maaf sambungan lambat di siarkan. terlalu banyak halangan. selain daripada itu, saya juga nak meminta maaf sekiranya ada yang berkecil hati dengan cerita yang saya paparkan ini. cerita ini hanya ini hanya khayalan saya semata-mata, sekadar mengisi masa terluang,tak pernah terniat di hati saya nak lukakan mana-mana pihak. Berhentikan cerita ini?saya minta pendapat dari anda sebagai pembaca. jika ramai yang meminta bingkisan kasih di berhentikan, mungkin hanya setakat ini saya siarkan di sini. selebihnya akan saya simpan sebagai koleksi peribadi saya. maaf sekali lagi.
please jgn stop citer ni..sya pminat stia citer ni sya nak ikuti perkembangan citer ni smpai abis..tlong ek.. nak tau sgt camne ksudahannya. wlaupn ada byk masalah n hlangan sya hrp awak tabah abihkan citer ni.
Thanks kpd yang mmberi sokongan pd bingkisan kasih. insyallah jika tiada aral melintang, akan ada sambungannya sehingga episod terakhir. tp, lately sy kekeringan idea utk menulis walaupun satu ayat:(..sori.harap sume dpt bersabar
apa2 pun tahniah kepada penulis..sbb cerita dia bt kita semua geram dgn watak2 yg ade..smpai ade yg suh stop cite ni...mcm klakar pun ade..tp tu maknanye penulis telah berjaya bt cerita dan watak ni menjadi..tahniah..blh bt buku ni...
yess..cite nie mmg btol2 gempak..watak2 sume idop..trutama ain 2..even dier bkn prampas tp tgk name ain 2 pown da wat aty sakit sgt.. tp 2 arr..bkn slh ain.. tbe2 rs cite nie cm kisah bnr lak..hehe..
to writer.. pe kte wat je ain ngan amir 2 btol2 kwin..but ble dier tw yg amani 2 istri amir,dier ngalah then cerai.. ok x?? cian gak kat ain nie,dier x slah..dier xtw pape..cbe kte dok kat tmpt dier..sdey 2.. tp amir pown x ley dslhkn..dier tsepit..juz need tyme tok dier btol2 pk an pe yg ptt dier wat..
jgn la stop...huhu..klu nk stop view kt sni,hope pnulis bleh bg adress blog.cite ni best sgt2 wlu pun sakit ht.mntk2 ain cpt ingt pe yg jd n biar amir n amani bhgia.
plzzzzzzzzzzzzz.... jgn stop kan citer nie. mmg layan abis citer nie... klu x nak sambung kat cni.. uat blog.. aku lah pengunjung utama nyer nanti.. jgn sia2kan bakat kurniaan ALLah s.w.t nie tau..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
x nak... jgn bentikan..
nak ag..
ade blog x???