Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Reunion?" ulangku semula semasa berbual dengan Natasha di telefon. "Nak kata reunion tu tidaklah. Buat picnic je. Tak perlu bayar, just bawa makanan ringan," beritahu Natasha. "Ramai ke yang datang?" "Aku jemput semua budak-budak kelas kita dulu. Tapi, macam biasalah, tak semua dapat datang. Ada kakak kahwinlah, buat short-course lah. Eh, kau datang tau! Lama tak jumpa kau," ujar Natasha. "Insyaallah, kalau tak ada aral melintang, sampailah aku... pukul sepuluh, kan?" "Ha’ah. Oh, kau nak tahu, tentang si Reza," ujar Natasha. "Kenapa dengan dia?" "Kau tahulah, yang picnic ni sepatutnya buat hari Sabtu tapi kemudian tukar Ahad sebab ramai yang tak dapat datang Sabtu tu. Aku informlah kat Reza. Kau nak tahu apa dia balas?" "Apa dia?" tanyaku, teruja. "Dia boleh cakap, kalau tak mampu organised, tak payahlah buat. Itulah, tak nak ajak aku masa bincang. Aku tahulah korang budak U..." Wah, statement... meletup! Aku cuba membayangkan wajah Reza, pelajar lelaki hitam manis yang agak nakal itu. Masih tak berubah mulut laser dia lagi ya... "Ish, kenapa dia cakap macam tu?" tanyaku. "Ala, kau macam tak kenal dia pula. Takkan kau tak tahu dia tu budak kolej, baru dapat sijil. Sebab tu dia macam rendah diri. Tapi, aku tak faham kenapalah dia fikir macam tu? Bukannya kitaorang pandang rendah kat dia pun," jelas Natasha. "Ada, ada aku dengar tentang dia. Tak patut juga dia cakap macam tu. Hah, kau balas apa?" "Aku apalagi... tahulah bila telinga aku ni dah berdesing, angin satu badanlah aku. Aku balas balik mesej dia. Speaking London lagi. Aku cakaplah yang ni bukannya majlis rasmi nak organised elok-elok. Just idea spontan. Saja nak jumpa bertukar-tukar cerita. Nasib baik dia hantar sms, kalau dia kat depan aku time tu, memang kena makan tapak tangan aku ni!" ujar Natasha. Amboi, ganas juga kawan aku ni. Dulu kat sekolah bukan main ayu lagi. Yalah, sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula manusia biasa. "Then, dia balas semula?" "Si Reza tu kan, pantang dilawan. Dia kata, kalau setakat makanan ringan, baik dia pergi pantai, beli keropok, makan sorang-sorang. Eii... geramnya aku!!" luah Natasha. Aku tergelak kecil mendengar intonasi suara Natasha. Aku memahami perasaannya. Reza dan Natasha sama sahaja. Dua-dua keras kepala. "Kau balas apa?" tanyaku lagi. "Aku tak balas. Malas nak layan. Membazir kredit aku je. Kalau dia datang nanti, siaplah!" "Tak sabar pula aku nak pergi. Jangan kau orang bergusti macam kat WWF tu dahlah ya," aku mengusik. "Amboi, kau... tak adalah sampai macam tu. Em, okeylah, aku nak beritahu budak-budak lain ni. Minta diri dulu. Daaa..." ujar Natasha lalu segera mematikan talian sebelum sempat aku membalas kata-katanya. Telefon bimbit yang kupegang diletakkan di atas meja. Picnic hari Ahad ni pukul sepuluh pagi. Bila dikenangkan semula, hampir tiga tahun juga aku tidak berjumpa dengan kawan-kawan sekelas sewaktu belajar di sekolah menengah dulu. Pasti ramai yang berubah. Tak sabar pula rasanya menanti Ahad tiba.
GELANGGANG tenis di Taman Komuniti Awam disinggahi Hafiszul dan abangnya Fared Mustapha petang Khamis itu. Selalu juga mereka bermain tenis apabila Hafiszul pulang ke rumah. Lima belas minit bermain, mereka berehat sebentar. Peluh yang merenik diseka dengan tuala kecil. Fared Mustapha meneguk air mineral dengan penuh rakus. "Dah lama Zul tak main ni, cepat pula pancit," ujar Hafiszul termengah-mengah. "Biasalah. Tapi kau kira hebat juga dapat kalahkan aku walau dah lama tak main," balas Fared Mustapha. "Nasib je tu. Zul menang pun sipi-sipi," Bunyi deringan telefon bimbit milik Hafiszul mematikan perbualan mereka. Pantas Hafiszul mencapai beg galasnya lalu mengeluarkan telefon bimbit berjenama Nokia itu. Skrin telefon dilihat. Tertera nama Laily di situ. "Hello," ucap Hafiszul. "Hai, sayang... tengah buat apa tu?" tanya Laily dengan suara menggoda. "I tengah main tenis. Ada apa you call I ni?" "Saja je. Rindulah. You tak rindukan I ke?" "Apa-apalah you ni. Tentulah I rindukan you," Terdengar gelakan manja Laily di talian sebelah sana. Fared Mustapha yang duduk berhampiran hanya tersengih. Pasti adiknya menerima panggilan dari teman wanitanya. "Bila you nak balik Segamat?" tanya Laily. "Sabtu. Oh ya, I bawa kereta nanti," "Really? Oh, that’s great! Bolehlah kita dating kat bandar bila hujung minggu," balas Laily. Hafiszul hanya tergelak. Beberapa minit berbual, akhirnya panggilan ditamatkan. Hafiszul mencapai botol air mineral di sebelahnya lalu diteguk sehingga tinggal separuh. "Kali ni, awek yang mana?" soal Fared Mustapha. "Awek baru. Baik punya..." balas Hafiszul. "Awek lama macam mana?" Hafiszul bungkam. Mindanya dijengah raut wajah Durar. Namun segera disingkirkan. Mengapa di harus mengingati gadis itu lagi? "Awek lama dah putus. Kitaorang tak sesuai, tak ada keserasian," jawab Hafiszul. "Apa-apa ajelah kau ni. Dahlah, jom sambung balik," ajak Fared Mustapha. Hafiszul bangun dari duduknya sebentar tadi. Dia mula memasuki gelanggang. "Kali ni, sapa kalah, dia kena isi minyak kereta sampai penuh!" ujar Fared Mustapha. "Okey, jangan menyesal ya," balas Hafiszul. Fared Mustapha memulakan servis. Langit mula disimbahi cahaya kemerahan sedikit demi sedikit. Beburung mula terbang berkawan pulang ke sarang.
ada masa, sila lawati blog saya. terima kasih... =)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ok la 2...
nk tau jgak sambungnnyer..