Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
BAB TIGA Perlukah setia menanti bagai pungguk yang setia rindukan bulan?
Aku mengambil peluang menghabiskan baki cuti semester di kampung halaman di Pantai Remis, Perak. Datuk dan nenek memang suka menerima kedatangan cucu kesayangan mereka ini. Aku tiba petang Khamis semalam dengan menaiki kereta Kancil, hadiah dari Kak Wawa kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Aku juga seronok pulang ke kampung. Di sini udaranya nyaman dan tenang. Tiada hiruk-pikuk seperti di bandar. Hanya kedengaran siulan beburung dan kokokan ayam. Selepas berehat setengah jam, melepaskan penat memandu, aku meminta izin untuk keluar berjalan menikmati angin petang. Basikal tua kepunyaan datuk kuambil di bawah rumah. Sudah lama juga aku tidak mengayuh basikal. Kecil-kecil dulu datuk selalu membawaku bersiar-siar dengan basikal tua itu. Basikal tua itu kukayuh perlahan-lahan sambil mataku liar memerhati sekeliling. Tidak banyak yang berubah semenjak aku kecil sehinggalah berumur dua puluh tahun. Pemandangan masih diselubungi kehijauan pepohon yang tumbuh subur. Sawah masih digenangi air. Tidak lama lagi, musim membajak akan tiba. Anak-anak padi yang baru akan ditanam semula. Aku terasa rindu dengan pengalaman semasa kanak-kanak dahulu. Melihat petani menyemai dan menuai padi, membuatkan hatiku girang. Apatah lagi apabila melihat anak-anak sempilai dan haruan berenang bebas di tali air. Aku mengeluarkan telefon bimbit berkamera dari saku seluar. Beberapa keping gambar ditangkap. Aku harus abadikan pemandangan indah ini sementara belum dicemar. Kayuhan diteruskan. Waktu petang begini, ramai yang bersiar-siar sepertinya. Anak-anak dara kampung manis berbaju kurung. Anak-anak kecil pula riang bermain kejar-mengejar. Tidak kurang juga yang sedang bermain layang-layang. Seketika, hatiku tersentuh. Imbasan kenangan menjengah mindaku. Suatu ketika dahulu aku pernah bersama-sama Hafsizul bermain layang-layang berdua. Hafiszul mengajakku membuat layang-layang dan kami bermain di tepi Pantai Bagan Pinang. Hatiku terhibur melihat layang-layang yang terbang tinggi membelah awan. Hafiszul menyerahkan benang yang mengawal layang-layang tersebut kepadaku. Namun, beberapa minit kemudian, layang-layang yang kupegang terputus benangnya. Serentak itu, ada gemuruh melanda jiwaku. Segera dimatikan perasaan kurang enak yang menjalar di hati waktu itu. Hafiszul hanya tergelak melihat wajahku yang muram. Lelaki itu memang jarang bersedih. Selalu ketawa dan ceria. "Oh, mak kau!" jeritku apabila tayar basikal tersadung batu yang agak besar. Mujur aku dapat mengawal basikal. Kalau jatuh tadi, segan rasanya. Itulah, mengelamun lagi...
BANGLO IMPIANA senyap-sunyi. Bukan petang itu sahaja malah setiap hari pun kesunyian bermaharajalela di banglo itu. Yang menjadi penghuni banglo itu hanya lima orang sahaja tidak termasuk orang gaji. Tan Sri Ahmad Ariff seorang ahli perniagaan beribu pejabat di Seremban. Keluar pagi dan balik malam. Isterinya, Puan Sri Kartika adalah pengerusi persatuan wanita syarikat suaminya. Tentu sekali sibuk dengan tugas-tugas bagi membolehkan persatuannya bergerak lancar. Fared Mustapha dan Ana Maria merupakan anak hasil hubungan Puan Sri Kartika dengan suami pertamanya setelah mereka bercerai dua tahun yang lalu. Perkahwinannya dengan Tan Sri Ahmad Ariff adalah satu kebetulan. Ketika itu, Tan Sri Ahmad Ariff telah kehilangan isteri akibat kanser rahim. Dia hadir tatkala Tan Sri Ahmad Ariff perlukan belaian dan kasih seorang isteri. Salina, isteri Tan Sri Ahmad Ariff adalah kawan baiknya. Maka, sejurus Salina meninggal dunia, Puan Sri Kartika mengambil tempat Salina sebagai suri dalam hidup Tan Sri Ahmad Ariff. Hafiszul adalah satu-satunya zuriat dari darah-daging Tan Sri Ahmad Ariff dengan Salina. Mulanya Puan Sri Kartika agak risau dengan penerimaan Hafiszul namun kerisauannya terurai apabila Hafiszul dengan senang hati menerima kehadirannya dalam keluarga mereka. Mungkin kerana Hafiszul sudah besar panjang. Tahu apa yang terbaik untuk papanya. "Tan Sri sudah pulang Zul," ujar bibik menyentak lamunan Hafiszul. Hafiszul segera menutup siaran televisyen lalu bangun dari sofa berwarna pic itu. Dia membuka pintu menanti papanya keluar dari kereta. "Hai, tak keluar petang ni Zul?" sapa Tan Sri Ahmad Ariff. "Malaslah papa. Zul baru lepas kemas barang. Tak lama lagi dah nak balik ke universiti semula," jawab Hafiszul lalu mengambil beg bimbit dari tangan papanya. "Oh, papa terlupa. Sekejap je kamu dah habis cuti ya. Mama ada?" "Mama kat atas. Tidur agaknya," jawab Hafiszul. Tan Sri Ahmad Ariff mengeluh. Petang-petang begini masih tidur? Entah apalah yang dibuatnya sehari-suntuk di rumah. Tan Sri Ahmad Ariff tidak masuk ke dalam tetapi terus melangkah ke taman mini yang dipenuhi dengan pokok orkid pelbagai jenis dan warna. Dia melepaskan penat dibangku kayu sambil menarik nafas panjang. Tali leher dilonggarkan. "Papa, boleh Zul minta something?" tanya Hafiszul yang turut sama mengambil tempat di sebelah papanya. "Hmm... apa dia?" "Zul ingat nak bawa keretalah ke univerisiti. Senang nak keluar dan balik ke rumah bila hujung minggu. Tak payahlah nak naik bas. Lecehlah..." Hafiszul memberitahu hasrat hatinya. "Hmm... bawalah. Tapi dengan syarat Zul jangan bawa laju-laju. Kalau papa dapat tahu Zul buat salah, papa tarik balik kereta tu," ujar Tan Sri Ahmad Ariff. "Betul ni papa? Yes! Thanks papa! Zul janji! Zul akan bawa hati-hati! Thanks!" balas Hafiszul ceria. "Airnya tuan..." ujar bibik yang menatang dulang berisi seteko teh dan dua biji cawan. Hafiszul sudah terbayang-bayang keadaannya semasa di univeristi nanti. Dengan adanya kereta, senanglah dia membawa Laily, gadis yang telah berjaya memikat hatinya untuk keluar ke bandar berdua. Oh, tak sabarnya hendak memulakan semester baru ini. Cepatlah datang hari Ahad! Cepatlah!
KERDIPAN bintang-bintang yang menghiasi langit malam terasa begitu mengasyikkan. Bulan tetap bersinar terang berteman bayu yang bertiup yang mendinginkan suasana. Aku duduk dipangkin merenung langit yang hitam pekat. Sengaja mengimbas semula memori tatkala kali pertama berkenalan dengan Hafiszul sewaktu pertandingan sukan antara kolej berlangsung ketika aku berada di dalam semester kedua. Aku mewakili kolej kediamanku iaitu Sempena Alam Buana dalam acara badminton perseorangan dan lawanku ketika itu adalah pelajar perempuan dari Kolej Intan. Selesai pertandingan, aku menerima sehelai nota kecil dari Hafiszul yang tertera nombor telefon milik lelaki itu. Mulanya aku tidak mengendahkan nota tersebut namun melihat kesungguhan Hafiszul untuk mengenali diri ini membuatkan hatiku cair. Kami mengikat tali persahabatan dan dua bulan kemudian, Hafiszul melamarku untuk menjadi kekasih hati sehinggalah hubungan kami menemui penghujungnya dalam semester empat ini. Tidak sampai setahun hubungan ini terjalin namun sudah banyak kisah suka-duka yang dilakar sewaktu kami bersama-sama. Kini, aku sedang cuba mengemaskan perasaanku. Aku tahu, selepas ini, hidupku akan berubah. Api cinta yang bernyala di hati untuk Hafiszul harus kupadamkan. Aku perlu menerima hakikat bahawa antara kami tiada lagi hubungan istimewa. Segala-galanya akan kembali semula seperti aku berada di dalam semester pertama dahulu. Hidup tanpa bayang-bayang lelaki itu. Walau bagaimana pedihnya rasa di hati, hidup tetap perlu diteruskan. Masih ada banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul dari terus-terusan memikirkan soal hati yang tiada kesudahannnya ini. Biarlah aku bersendirian buat masa ini. Mungkin, untuk menerima cinta, aku sudah serik. Pintu hatiku sudah tertutup rapat. Sudah dibuang kuncinya jauh-jauh. Tunggulah, sampai masanya, putera yang dinanti akan membawa kunci tersebut untuk membuka kembali pintu hatiku demi sebuah cinta yang tulus!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Hmm... cerita seterusnya ya... ~fiz~