Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sayang.. dah siap?", tanya Fakrul sebaik sahaja memasuki bilik hotel yang dihuni mereka sejak majlis persandingan mereka berlangsung semalam.
"Jap.. Hanna tinggal nak pakai tudung je ni..", jawab Ezani sambil tangannya yang masih terkial-kial membetulkan letak tudungnya.
"Hmm.. kalau macam tu abang angkat beg dengan hadiah-hadiah ni semua masuk kereta dululah..", ujar Fakrul kepada isterinya. Beg pakaian serta hadiah-hadiah yang mereka terima sempena majlis persandingan mereka semalam turut diangkat bersama. Habis penuh tangannya.
Ezani ketawa melihat gaya suaminya yang sedang mengangkat barang-barang.
"Ya Allah.. apa yang angkat sampai penuh tangan macam tu bang?", kata Ezani sambil ketawa lucu.
Fakrul hanya tersengih mendengar teguran isterinya itu.
"Abang malas nak angkut dua tiga kali la sayang..", jawab Fakrul pula.
"Lah.. Sayang kan ada.. Nanti sayang tolong la abang angkat barang-barang ni semua..", kata Ezani pula. Senyuman masih lagi terhias dibibirnya. Bahagia sungguh rasa hatinya kini. Ucapan syukur tidak henti-henti dilafazkannya. Sungguh tidak disangka Allah akan menganugerahkan bahagia ini buat mereka. Sungguh pun perkahwinan mereka bukanlah atas dasar suka-sama-suka pada awalnya.
"Nope.. Hep..! Sayang jangan berani cuba-cuba angkat barang-barang ni semua.. Kalau berani sayang angkat la.. Memang nak kena la tu dengan abang..", Fakrul memberikan amaran. Nak angkat barang? No way man.. Jangan harap.. Bahaya.. No risc is allowed here..
Ezani mula tarik muka mendengarkan kata-kata Fakrul tadi.
"Alah abang ni.. Bosan betullah. Abang buat macam Hanna ni orang cacat tau.. Itu tak boleh, ini tak boleh. Balik-balik kena duduk rehat je.. Bosan tau..!", protes Ezani. Sejak Fakrul mengetahui bahawa dirinya berbadan dua, habis semuanya ditegah oleh Fakrul. Sehinggakan bilik tidur mereka telah dipindahkan Fakrul ke bawah. Itu nasib mak mentuanya tidak ada. Kalau tidak, makin terkongkonglah dirinya...
"Ha.. Melawan.. Bila orang cakap sikit dia mula nak melawan. Nanti abang cakap kat mak baru tahu..", ugut Fkarul lagi. Hah!! Kan dah kata dah..
Muncung Ezani makin panjang. Tiba-tiba kedengaran tawa Fakrul pecah. Ezani terpinga-pinga melihat suaminya yang galak ketawa. Kenapa?
"Abang ni tiba-tiba gelak sorang-sorang kenapa?", tanya Ezani pelik.
"Tak... Bila abang tengok sayang tarik muncung macam tu, tiba-tiba je abang terbayang macam mana kalau baby kita lahir nanti mulut dia memang macam tu.. wahaha.. macam moncong mama dia sekarang..", kata Fakrul bersama ketawanya yang masih galak.
Akhirnya Ezani juga turut tertawa. Tidak tahan mendengar tawa suaminya yang rancak itu.
"Ish.. ada ke macam tu..", kata Ezani sambil tersipu.
"Hmm.. oklah.. abang bawak barang-barang ni semua dulu.. Nanti abang naik semula..", kata Fakrul sebelum berlalu.
"Eh.. tak payah la bang. Abang tunggu Hanna kat lobi je ek.. Nanti Hanna turun..", balas Ezani sebelum Fakrul lepas jauh dari pintu bilik.
"Ok..", jawab Fakrul sepatah.
"Sayang..", panggil Fakrul tiba-tiba. Terkejut Ezani dibuatnya. Sangkanya suaminya sudah turun ke bawah bersama barang-barang tadi.
"Ya.. Aik.. Hanna ingat abang dah turun tadi..", kata Ezani sambil mengurut dada akibat terkejut disergah Fakrul tadi.
"Sayang, I love you..", kata Fakrul sambil tersenyum sebelum terus berlalu. Terkedu Ezani tiba-tiba. Aneh pula rasanya. Walaupun kata-kata itu bukanlah pertama kali diucapkan oleh Fakrul kepadanya. Ezani tersenyum sendiri.
Fakrul membelek jam ditangannya. Menantikan Ezani yang masih lagi belum kelihatan kelibatnya. Tiba-tiba bahu Fakrul ditepuk seseorang. Fakrul berpaling.
"Saudara Fakrul ke? Suami Puan Ezani..?", tanya lelaki yang tidak dikenalinya itu. Mendengarkan nama Ezani disebut, hati Fakrul terasa berdenyut. Sesuatu berlakukah?
"Ya.. saya.. Kenapa dengan isteri saya?", tanya Fakrul cemas.
"Kami jumpa isteri encik pengsan di hadapan hotel tadi. Sekarang dia dalam perjalanan ke hospital berdekatan", terang lelaki tersebut.
"Ya Allah..", kata Fakrul sambil menggigit bibir.
"Hospital mana..?", tanya Fakrul kalut. Kunci kereta yang berada di dalam poketnya pantas diseluk.
"Tak mengapa.. Encik ikut kami saja..", Fakrul yang tidak mampu berfikir apa-apa itu hanya bersetuju lantas mengikut lelaki tersebut menuju ke dalam sebuah van yang telah sedia menunggu dihadapan pintu utama hotel.
Sebaik sahaja Fakrul melangkah masuk ke dalam van tersebut, terasa seperti ada benda keras yang menghempap batang lehernya. Fakrul pengsan.
Ezani mundar-mandir diruang lobi. Sudah hampir tiga jam dia menantikan Fakrul disitu, namun bayang Fakrul tetap juga tidak kelihatan. Ezani mula risau. Tangannya dari tadi tidak putus-putus menghantarkan pesanan ringkas ke telefon bimbit suaminya. Pesanan-pesanan tersebut bukan sahaja tidak berbalas malah tidak sampai kepada suaminya juga. Mungkin telefon bimbit tersebut tidak diaktifkan atau talian perkhidmatan telefon bimbit mereka yang mempunyai masalah? Namun, entah mengapa hatinya seolah-olah tidak dapat menerima alasan sebab-musabab yang terpacul dibenaknya. Hatinya lebih berat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak elok sedang berlaku. Ya Allah Ya Tuhanku.. Selamatkanlah suamiku..
"Sayang.. I love you..", ucapan terakhir Fakrul sebelum mereka berpisah di bilik hotel mereka tadi kembali terngiang-ngiang ditelinganya. Tanpa semena-mena air mata Ezani luruh.
"Abang.. abang ke mana?"
Telefon bimbit Ezani tiba-tiba berbunyi. Tanpa melihat nama pemanggil, pantas Ezani menjawab.
"Abang.. Abang kat mana?", tanya Ezani sambil menangis.
"Nak.. Zani.. Zani kat mana tu? Kenapa Zani menangis? Ayul mana?", kedengaran suara Mak Cik Limah di corong telefon.
"Mak.. Mak.. Abang tak dak.. Abang hilang.. Dah tiga jam Zani tunggu abang kat sini tapi abang tak datang-datang pun..", adu Ezani pada emak mertuanya sambil menangis.
"Ya Allah.. Ayul ke mana?", tanya Mak Cik Limah.
"Zani tak tau mak.. Zani takut.. Zani risau kalau ada apa-apa terjadi pada abang..", ucap Ezani lagi. Hati Mak Cik Limah sendiri kini telah mula dipalu bimbang. Namun sedaya upaya dikawalnya. Bimbang menantunya itu nanti tidak dapat mengawal diri. Mak Cik Limah tahu, dalam riak lincah dan periang menantunya itu, Ezani sebenarnya seorang wanita yang lemah pada perasaannya. Tambahan pula dengan keadaannya yang sedang berbadan dua kini. Mak Cik Limah tidak mahu andai ada sesuatu yang buruk berlaku pada satu-satu menantunya itu.
"Macam nilah.. Zani balik rumah dulu naik teksi ya. Nanti kita sama-sama tunggu Ayul kat rumah. Mungkin Ayul tiba-tiba ada urusan penting tu..", pujuk Mak Cik Limah.
"Baiklah mak..", akur Ezani pada saranan mertuanya.
Kini sudah sebulan berlalu semenjak kehilangan Fakrul di hotel dahulu. Tangisan Ezani juga tidak henti-henti sejak sebulan yang lalu. Ezani merenung gambar persandingan mereka yang baru tiba petang tadi melalu perkhidmatan courier.
"Abang.. Abang ke mana? Kenapa abang tinggalkan Hanna? Abang dah bencikan Hanna ke? Mana abang menghilang tanpa berita? Dah sebulan abang tinggalkan Hanna.. Abang tak rindukan Hanna ke?", tanya Ezani pada gambar Fakrul yang berada ditangannya. Air mata yang sentiasa mengalir dipipinya dibiarkan sahaja. Serasanya sudah penat dirinya hendak mengelap air mata yang sentiasa menodai wajah cengkungnya kini.
"Abang.. kenapa abang tak jawab..? Jawablah bang.. Hanna rindu sangat dengan abang.. Baliklah bang.. Abang dah tak sayang Hanna lagi ke?", rayu Ezani pada gambar itu lagi.
"Abang tak sayang pada baby? Hari-hari baby tunggu papa dia balik.. Hari-hari baby tanya pada mama bila papa dia nak balik.. Baby pun rindu pada papa.. Papa tak rindu pada baby ke..?", ucap Ezani sambil mendekatkan gambar Fakrul itu ke perutnya yang sudah mula menampakkan bentuk.
"Abang.. Hanna rindukan abang.. Baliklah bang..", seru Ezani lagi bersama air mata yang tidak mampu ditahan lagi. Akhirnya, seperti hari-hari yang sebelumnya, Ezani terlena bersama tangisannya.
Ezani terjaga bila terasa seperti ada tangan yang sedang membelai rambutnya. Tarasa seperti ada suatu ciuman rindu yang terpahat diubun-ubunnya. Pantas Ezani membuka mata.
"Abang..", ucap Ezani. Pantas Ezani memeluk pinggang Fakrul. Buat sekian kalinya, air mata Ezani meleleh lagi.
"Ya, sayang..", jawab Fakrul sambil tersenyum.
"Abang ke mana? Kenapa abang tinggalkan Zani..? Abang dah tak sayangkan Zani lagi ke?", tanya Ezani bersama esakan yang makin menggila.
"Shh.. jangan menangis sayang..", pujuk Fakrul. Rambut Ezani masih lagi dibelainya.
"Mana mungkin abang tidak sayang pada Hanna. Hanna sentiasa berada di dalam jiwa abang. Selamanya.. ", ucap Fakrul pula.
"Dah tu kenapa abang tinggalkan sayang..?", Ezani masih lagi mendambakan penjelasan daripada suaminya. Perlahan-lahan Fakrul tunduk dan mencium lembut bibir isterinya. Ezani memejamkan mata. Ya Allah.. betapa rindunya aku pada belaian dan sentuhan suamiku ini..
"Shh.. sayang jangan menangis ya.. Sayang dengar apa yang abang nak katakan ni..", kata Fakrul untuk mendapatkan perhatian daripada isterinya. Ezani merenung dalam anak mata Fakrul.
"Sayang ingat lagi tak, apa yang sayang katakan pada abang sebulan yang lalu? Sekarang abang pula nak minta benda yang sama pada sayang. Tolonglah sayang.. Sayangilah diri sayang lebih dari sayang menyayangi abang.. Jangan terus menangis begini kerna hati abang tidak akan tenang selagi sayang begini. Ingatlah sayang, walau apa jua yang berlaku... Sayang saja yang abang cinta..", kata Fakrul sebelum bangun dan berlalu.
"Abang.. jangan pergi dulu.. Abang nak ke mana..?", jerit Ezani. Tidak rela Fakrul meninggalkannya sekali lagi.
"Abang.. tolong jangan pergi..", ucap Ezani sambil menangis lagi.
"Zani.. bangun nak.. Zani mengigau ni..", kata Mak Cik Limah sambil menggoyangkan sedikit tubuh menantunya itu. Sayu benar hatinya melihatkan keadaan menantunya itu. Ezani terjaga.
"Mak.. mana abang mak..? Kenapa abang tinggalkan Zani semula..? Abang ke mana mak..? Tadi abang ada dengan Zani kat sini..?", ngongoi Ezani pada mak mertuanya. Mengalir air mata Mak Cik Limah mendengarkan kata-kata Ezani itu.
"Ayul tak ada nak..", hanya kata itu yang mampu disebutnya.
"Ada mak.. ada.. Tadi abang ada dengan Zani kat sini.. Abang belai rambut Zani.. Abang cium wajah Zani.. Abang ada kat sini tadi mak.. percayalah.. Abang ada tadi..", Ezani masih lagi merayu agar mertuanya itu mempercayai kata-katanya.
"Sabarlah nak.. Ayul belum balik lagi..", akhirnya Mak Cik Limah turut sama-sama menangis bersama Ezani. Mak Cik Limah merangkul tubuh Ezani. Berharap agar Ezani mampu bertenang.
Salam buat semua yang mengikuti kisah Air Mata Hati ini,
Di sini Lea ingin memaklumkan bahawa sekarang ini AMH sedang dalam proses untuk diterbitkan. Sehubungan dengan itu, Lea tidak dapat lagi untuk pos new n3 bagi cerita ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong Lea selama ini. Sekian, terima kasih.
seandainya ingin membaca sambungan cerita ini sehingga ke Bab 18, silalah berkunjung ke blog lea. Hal ini kerana, cerita ini tidak lagi boleh diupload di mana-mana blog sambungannya.
sokongan daripada kengkawan semua amatlah lea harapkan. sekian, terima kasih.
assalamualaikum kak lea banyak perkara saya rasa nak cakap dekat akak ni.saya dah baca citer air mata hati ni.itupun tadi saya main tekan2 je last2 dpt citer ni nak tu pulak citer ni berunsurkan kawin paksa jadi saya pun layanlah.saya ni bukan ape tak kisahlah citer ni dah belambak kat pasaran ke, dah ade yang buat ke saya tetap jugak meminati jln cite yang macam tu bukan ape sebab saye merasakan yang bercinte selepas kawin ni satu perkara yang diredhai allah dan lepas tu tiada batas dalam pergaulan kan dan saya rasa inilah cerita yang paling best pernah saya bace dalam blog ni.lagi satu akak ni bagus la siap bagi blog lagi takyah susah2 nak mintak.satu hari ni saya baca citer ni dari episod satu sampai 18. agak sedih la sebab citer ni dah nak diterbitkan tak dapat lagi nak bace kisah selanjutnya tapi nanti kalau dah diterbitkan jgn lupa bagi tau insya allah saya akan beli.kesian hanna dalam citer ni.semua ni mesti kerja si jamilah kan.dia nak suruh fakrul kawin ngan nani tu agar nanti suami dia dah tak tercari2 nani tu lagi dan yang jadi mangsanya hannala dah la die tgh pregnant sekarang ni baru je kebahagiaan nak dtg dlm rumahtangga dia dah bala dtg menimpa.harap2 fakrul tu tak la kawin dgn nani tu kan.yang pasal dekat hospital tu pulak mesti lepas nani jatuh tu kandungan tu dah tak dapat nak diselamatkan dan kalau dia nak selamat die terpaksa mengambil risiko untuk melahirkannyakan sebab tu la die tak cakap dekat fakrulkan sebab nanti mesti fakrul tak bagi die lahirkan baby tu takut nanti akan kehilangan hanna.apa2 pun saya harap sangat citer ni happy ending dan nani tu akan berbaik balik dengan suami die dan jamilah pula akan terima padah di atas perbuatan die dan kebahagiaan akan menjadi milik fakrul, hanna dan anaknya suatu hari nanti.dikesempatan ini saya ingin memberitahu bahawa cerita suite 6019 tukan best sangat. saya asyik tergelak je bile baca citer tu dan bile saya buka blog akak baru saya perasan yang akak penulisnya.apa-apa pun semua citer akak saya suke sebab citernya semua best2 belaka.alamak terover pulak saya komen apa-apa pun inilah komen yang terpanjang pernah saya bagi dalam blog ni.lain kali akak buat la lagi byk2 citer macam niye nanti saye mesti baca punye ^_^
ek elle..x fhm2 ke..cta ne da xda smbungan daa kk lea nk trbitkn daa bkunye.. pe laah.. 2 pn xtaw ke..bca dkt atas 2 haa kk lea da bgtaw.. cta ne nak dterbtkan dah,hehe
harap maaf. Perancangan untuk menerbitkan novel ini terpaksa ditangguhkan memandangkan ada beberapa sebab yg xdpt dielakkan. Tmbahan pula Lea kini sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan tesis thn akhir.
salam..ada novel terbaru untuk tahun 2011 tak sebab yang lain nampaknya dah berusia lebih dari 2 atau 3 tahun....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
I Luv diz st0ry...
smbg cpat2 taw!!
hihihihihihi...=)
~EiLyNa BatRiSyA~