Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Haikal.. tolong tengok adik tu.." jerit Fazureen dari dapur. Tangannya lincah mengacau serawa labu yang sedang menggelegak di atas dapur. Suara tingkah meningkah anak-anaknya masih lagi kedengaran.
"Haikal.. dengar tak apa yang mama cakap.." jerit Fazureen lagi apabila tidak mendapat respon daripada anaknya.
Terkedek-kedek Haikal berlari ke dapur.
"Mama, adik tak nak dengar cakap abang.. Diorang tak nak berhenti gaduh.." adu Haikal pada mamanya. Haikal menyapu saki baki losyen yang bertempek di wajahnya.
"Ya Allah, apa kena dengan muka abang ni?" tanya Fazureen. Dia mendekati anaknya lalu wajah anaknya dilap menggunakan apron yang tersangkut dipinggangnya.
"Adik ni, abang tak bagi diorang main losyen.. Habis diorang tenyeh kat muka abang.." adu Haikal lagi pada mamanya. Tersenyum Fazureen mendengar kata-kata anaknya.
"Lah.. abangkan lelaki. Takkan tak boleh nak lawan dengan adik?" soal Fazureen pula. Haikal menarik muka masam.
"Memang la abang lelaki tapi adik tu dua orang.. Bila abang tarik Fasha, Fisha gigit bontot abang.. Sakit tau mama.." ketawa Fazureen mendengar rungutan yang terbit dari bibir Haikal. Bukan pertama kali Haikal kalah pada adik-adiknya malah sudah acap kali sehinggakan seluar dalam Haikal juga pernah di’lobang’kan oleh adik-adiknya. Kenakalan Fisha dan Fasha sungguh berada di luar kawalan.
* * *
"Ya Allah.. Fisha.. apa yang anak mama buat ni?" jerit Fazureen sebaik sahaja tiba di muka pintu bilik si kembar. Fisha yang sedang enak menyuap losyen ke mulut, terhenti. Begitu juga dengan Fasha. Terhenti pergerakkannya yang asyik menekan kepala botol losyen. Bulat mata keduanya memandang wajah mama mereka. Haikal pula hanya menyorok di sebalik badan mamanya.
"Syedap mama.. syedap.." ucap Fasha sambil mengunjukkan tangannya yang penuh dengan losyen seolah-olah ingin menyuruh mamanya turut mencuba. Fazureen menggelengkan kepala.
"Kenapalah anak mama ni nakal sangat? Tengok ni, habis comot muka-muka semua. Losyen ni bukan untuk dimakan sayang.." tegur Fazureen pada si kembar. Fasha dan Fisha hanya buat muka tak tahu. Botol losyen digenggamnya erat tatkala Fazureen cuba untuk merampas botol itu daripada anak-anaknya.
"Fisha.. lepas botol ni.. Kalau tak mama babap nanti.." Fazureen mengugut anaknya sambil mengangkat tangan seolah-olah untuk memukul. Fisha yang takut dipukul pantas melepaskan botol losyen tersebut.
"Nah.. Ambil botol losyen ni gi simpan abang.." arah Fazureen pada Haikal. Haikal hanya akur tanpa sebarang kata.
"Lepas tu ambilkan mama pampers adik.. dah penuh ni.. hai.. manalah papa pergi ni.." arah Fazureen pada Haikal sambil merungut mengenai suaminya.
"Nah mama.."
Fazureen mengangkat Fisha lalu dibaringkan sebelum pampers anaknya ditukar. Kemudian, Fazureen mengambil Fasha pula untuk ditukarkan pampersnya.
Belum pun sesaat Fazureen mengalihkan perhatiannya buat Fasha, kedengaran Haikal menjerit pada adiknya.
"Adik.. tu buku abang.. Kenapa adik gunting..?"
Haikal mengutip ‘buku’nya yang sudah hilang rupa. Cuma yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kertas yang berbeza-beza saiz dan bentuk.
"Habislah buku abang.." ucap Haikal sayu. Begitulah Haikal apabila berhadapan dengan adik-adiknya yang nakal. Haikal hanya akan menempik tetapi tidak sampai untuk menaikkan tangan pada adik-adiknya. Haikal begitu sayang dan kadang-kadang terlalu lebih memanjakan adik-adiknya. Sering diturutkan segala kehendak si kembar.
Fisha merangkak ke arah cebisan-cebisan kertas yang direnung Haikal. Dia mengambil beberapa cebis kertas lalu diletakkan di tapak tangan Haikal.
"Amik.. amik.. antik.." sebut Fisha dengan pelat. Dia tersenyum ke arah Haikal. Haikal menggenggam cebisan kertas di tangannya manakala tangan kirinya pula menggosok kepala adiknya dengan penuh rasa kasih.
* * *
"Sayang.. abang dah balik ni.." laung Hakim dari pintu rumah. Fazureen yang mendengar laungan dari suaminya pantas berlari turun. Namun sempat juga dia berpesan pada Haikal untuk memerhatikan adik-adiknya.
"Nah.. ni barang yang sayang pesan tadi.." Hakim menghulurkan beberapa beg plastik kepada Fazureen. Pantas Fazureen menyambut huluran plastik tersebut dan terus berlalu ke dapur. Bahan-bahan mentah yang dibeli Hakim perlu dibersihkannya terlebih dahulu sebelum dia boleh memulakan proses memasak.
Satu-satu beg plastik dibukanya. Ternganga mulut Fazureen apabila melihat isi kandungan plastik yang berada dihadapannya.
"Ya Allah.. apa yang abang beli ni?" jerit Fazureen dari dapur. Hakim yang sedang berehat-rehat diruang tamu pantas ke dapur. Wajah tidak puas hati isterinya dipandang lama. Diwajahnya pula terpancar persoalan – kenapa?
Fazureen mengeluarkan satu-satu barang yang dibeli oleh suaminya. Ada peria, ulam pegaga, lada benggala dan ikan Cencaru yang hanya ada sebelah sahaja isinya. Hakim menjenguk barang-barang yang diatur oleh Fazureen di atas meja.
"Apa yang abang beli ni?" ulang Fazureen sekali lagi.
"Yang sayang suruh beli tadilah.." jawab Hakim selamba.
"Mana ada bang.. Reen suruh beli tadi benda lain la.." rungut Fazureen. Geram sungguh rasa hatinya pada Hakim ketika ini.
Erk.. Ye ke? Hakim menelan air liur. Salah beli lagi ke?
"Reen suruh abang beli sayur petola bukan peria.. Reen nak makan ulam raja la bang, bukan ulam pegaga.." ucap Fazureen sambil menggelengkan kepala.
Hakim menggigit bibir. Ye ke?
"Abang tak tulis ke waktu Reen pesan pada abang tadi?" soal Fazureen lagi. Takut-takut Hakim menggeleng.
Aduh!! Fazureen menepuk dahinya. Setiap minggu memang begini. Ada sajalah barang yang salah dibeli oleh Hakim.
"Tapi lada tu betulkan abang beli?" tanya Hakim, cuba untuk membela diri.
"Betul apanya bang.. Tu lada benggala, Reen pesan lada burung.." Hakim hanya mampu tersengih pada Fazureen.
"Tapi fasal ikan tu Reen memang tak boleh nak complain, penat tau abang pergi dari satu kedai ke satu kedai. Semuanya tak nak jual kalau abang nak beli ikan tu just sebelah je. Ni pun sebab abang dah puas pujuk mak cik tu, baru dia setuju nak jual ikan tu pada abang. Kenapa pelik pulak cara sayang nak beli ikan tu?" tanya Hakim bodoh-bodoh.
"Abang mintak nak beli ikan Cencaru sebelah je memang la tak ada orang nak jual. Reen bukan pesan ikan yang hanya sebelah tapi nama ikan tu Sebelah la bang.." terduduk Fazureen dihadapan bahan-bahan yang dibeli oleh Hakim. Apalah nasib aku.., rungut Fazureen di dalam hati. Hakim hanya tersengih lagi..
* * *
"Papa.." jerit Fasha dan Fisha sebaik sahaja mereka nampak kelibat Hakim melalui pintu bilik mereka yang agak terbuka.
"Hello anak papa.. main apa ni?" tanya Hakim sambil mencium kedua-dua belah pipi si kembar. Haikal hanya mencerlun matanya, cemburu. Hakim tersenyum melihat keletah Haikal.
"Abang sini.. meh papa nak peluk sikit.." pantas sahaja Haikal menghilangkan diri ke dalam pelukan papanya. Kemudian, pipi Haikal pula diciumnya.
"Jom, kita tengok tv dalam bilik papa.." ajak Hakim pada anak-anaknya. Anak-anaknya menggedik kesukaan. Bermain bersama papa mereka memang seronok. Ada sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh papa tapi apa yang pasti seringkali aktiviti-aktiviti mereka dihalang mama.
Hakim mendukung si kembar menggunakan kedua-dua belah tangannya manakala Haikal pula bergantung dilehernya dari belakang.
"Argh!! Anak-anak papa dah berat la.." ucap Hakim seraya meletakkan anak-anaknya di atas katil.
"Hari ni anak-anak papa nakal tak? Ada buat mama marah tak?" tanya Hakim pada Fisha dan Fasha. Fasha dan Fisha hanya ketawa mendengar soalan dari papa mereka. Hakim mengalihkan pandangannya ke arah Haikal. Keningnya diangkat beberapa kali.
"Ada papa.. tadi adik makan losyen.."
"Ya Allah.. apa nak jadi dengan anak-anak papa ni.." ucap Hakim pada si kembar.
"Papa.." panggil Haikal.
"Ye kenapa?" tanya Hakim pada anaknya.
"Tadi papa pun kena marah dengan mama ya?" tanya Haikal sambil ketawa.
Shhh!! Pantas Hakim meletakkan jarinya ke bibir. Sengihan kerang ditayangkan buat tatapan anak-anaknya. Si kembar ketawa apabila melihat gelagat papa mereka.
"Oklah.. abang main dengan adik dulu. Papa nak pergi toilet jap.." ucap Hakim pada anak-anaknya.
"Ok..!!" jawab ketiga-tiganya serentak.
* * *
Lima minit kemudian, Hakim keluar dari toilet. Kelihatan anak-anaknya sedang khusyuk mengerumuni sesuatu. Kedengaran suara Haikal berbisik-bisik dengan adik-adiknya.
"Adik.. dah la.. nanti mama marah.." perlahan saja Haikal berkata. Tangannya pula cuba merampas barang yang berada ditangan Fisha. Fasha pula dengan rela hati menolong kembarnya memegang barang tersebut daripada dirampas oleh abang mereka, Haikal.
"Korang buat apa ni?" tegur Hakim secara tiba-tiba. Pantas ketiga-tiga anaknya mendongak. Terkedu Hakim melihat wajah anak-anaknya. Wajah Haikal, Fisha dan Fasha comot dengan kesan lipstick mama mereka. Aduh!! Parah.. Mahu mengamuk Fazureen kejap lagi.
"Bangun.. bangun.. pergi basuh muka sekarang.. Cepat, sebelum mama nampak.." nampaknya Hakim terpaksa bersekongkol dengan anak-anaknya sekali lagi supaya telinga mereka selamat daripada leteran Fazureen yang panjang.
"Ya Allah.." terkedu Hakim buat sekian kalinya tatkala melihat telekung Fazureen yang berada di lantai. Telekung tersebut bukan sahaja comot dengan kesan lipstick tetapi juga berlubang-lubang akibat digunting oleh anak-anaknya.
"Habislah kita.." ucap Hakim pada anak-anaknya. Hakim panik. Telekung Fazureen dicapai sebelum mereka kelam kabut cuba untuk menyembunyikan telekung tersebut.
"Abang buat apa tu?" tegur Fazureen tiba-tiba.
Opss!! Pantas Hakim menyembunyikan telekung tersebut dibelakangnya.
"Apa tu?" tanya Fazureen. Curiga. Begitu juga dengan anak-anaknya, masing-masing berwajah suspen..
"Bak sini Reen tengok," pinta Fazureen pada suaminya. Hakim cuak. Perlahan sahaja Hakim mengeluarkan telekung Fazureen yang sudah hilang ‘rupa’nya.
Bulat mata Fazureen melihat hasil ‘seni’ anak-anaknya.
"Alahai.. pengsan aku.." ucap Fazureen sebelum rebah.
"Mama..!!"
\"Sayang..!!\"
Jerit mereka serentak apabila melihat Fazureen rebah begitu sahaja dihadapan mereka.
----------------------------------------
Salam buat semua..
semoga terus terhibur.. sekiranya terdapat komen atau teguran, lea sedia menerimanya.. terima kaish diucapkan buat semua yang terus menyokong lea..
hahahahahhah... sweet nye cite.... ksian btl ler fazureen tu dpt anak nakal dah tu husbend lak mcm tu. hehehehehe asyik dok tergelak aje...... nape x trus buat novel aje. mesti lg best cite ni klo buat novel
hado...pening nyer dpt anak cmni..dh la kembar, mmg x terlayan..huhu.. tp mmg kluarga yg sweet.best2...nmpaknyer suite 6019 dh jh novel bsiri dh ni..hehe..dah la no 6019 tu ade rupe2 no phone aku je..gud job lea!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wakakak... nakalnye anak2nye...
besh2 lea, keep on writing