BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Februari 23, 2009
Cerpen : Setulus Kasih Aisya
Nama Pena : maryam_aulia

Mungkin diriku tidak sesempurna insan lain. Tapi aku juga mempunyai hak untuk terus bernafas di bumi Allah ini selagi hayatku dikandung badan. Aku masih ada emak, ada ayah, ada adik Ila, ada adik Azzam, dan yang penting sekali ialah impianku untuk merubah nasib keluargaku. Ya, demi emak dan adik- adik! Aku akan pastikan yang tidak ada satu halangan pun yang dapat merobohkan impianku ini walaupun jalan yang terpaksa aku tempuh dilanda taufan dasyat yang menggulung sekalipun. Aku akan buktikan, yang aku juga mampu berjaya walaupun terpaksa terhenjut-henjut mengheret kakiku ini ke mana jua aku pergi. Biar orang mengeji, aku tidak peduli.

Namun sesekali timbul jua perasaan sayu di hati setiap kali aku terkenangkan sikap ayah, aku seolah-olah anak terbuang di matanya Kadang-kadang aku merasa betapa berdosanya aku sebagai anak apabila berprasangka sebegitu kepada ayahku sendiri. Tapi, lintasan jahat itu kadang-kadang kurasakan ada betulnya walaupun kehadirannya tidak pernah ku undang. Kadang-kadang ia datang bagai angin semilir yang menyapa lembut. Kadang-kadang pula seakan-akan ingin memecahkan pembuluh saraf. Mengapa aku selalu merasakan perasaan sedemikian? Argh! Aku sendiri tidak begitu pasti. Mungkin juga kerana aku sudah lali mendengar perkataan anak pungut yang selalu keluar dari mulut ayah apabila dia marah-marah padaku. Setiap kali ayah berkata begitu, hatiku bagaikan ditusuk belati yang tajam, luka berdarah. Mengapa ayah selalu membezakan aku dengan dua orang adikku yang lain? Adakah kerana aku ini cacat? Maka ayah malu untuk mengakui yang aku ini juga darah dagingnya sendiri. Dan kerana kecacatanku inilah, aku menjadi lambang sial oleh ayah. Aku sendiri tidak mengerti, mengapa sial sangat aku di pandangan ayah. Namun, biarlah apa yang ayah nak kata , sebagai anak sudah menjadi tanggungjawabku untuk taat kepadanya walaupun aku tidak suka mendengar perkataan itu.

Salah akukah jika aku dilahirkan tempang? Aku sekali-kali tidak pernah meminta dilahirkan dengan kaki kiri yang tempang. Jika diberi pilihan untuk memilih, tidak mungkin aku memilih untuk dilahirkan sebegini. Ya, aku ingin sekali dilahirkan seperti orang lain, dapat berjalan tegak dan dapat berlari-lari sesuka hati. Alangkah indah dan bahagianya jika aku mampu memilih. Tapi apalah kudrat yang aku ada untuk melawan qada dan qadar dari Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui hikmah di sebalik ciptaan-Nya. Menyedari hakikat itu, aku sedar walaupun aku tempang aku jauh lebih bertuah jika hendak dibandingkan dengan insan-insan malang lain yang langsung tidak mempunyai kaki. Memang benar kata ibu, "Lihatlah nasib insan yang lebih malang daripada kita, dengan itu kita akan merasa jauh lebih beruntung jika dibandingkan dengan mereka". Ungkapan keramat ibu itulah menyebabkan aku lebih berani untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Ibulah satu-satunya insan yang telah banyak mengajar aku erti bersyukur. Kerana itu, aku tidak mahu lagi melihat air mata ibu tumpah semata-mata keranaku. Bagiku, tidak ada perkara yang lebih penting dalam hidupku melainkan untuk melihat ibu bahagia. Setanding dengan kasih ibu padaku yang tidak pernah luak walaupun sekerat beras sekalipun.

" Along, macam mana dengan jualan kuih yang ibu minta Along letakkan di warung Mak Zainab hari ni. Habis tak? ". Tanya Mak Jarah kepada anaknya itu.

Soalan emaknya yang menyapa telinga mengejutkan Aisya dari lamunan. Dia melemparkan senyuman sambil mengangguk-anggukkan kepala.

" Ish budak ni, asyik termenung aje. Jangan jadi seperti Mat Jenin. Kan ibu selalu bagitahu, merenung itu pangkal susah. Kalau asyik termenung, satu kerja pun tak menjadi. Tengoklah tu, tangan pegang buku, fikiran melayang entah ke mana ". Tegur Mak Jarah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

* * *

Melihat anaknya senyap dan termenung begitu, Mak Jarah dapat merasakan gelodak perasaan anaknya ketika itu. Dia sedar, sikap Pak Jalal yang menengking-nengking Aisya ketika meminta wang dari anaknya itu sebelum keluar dari rumah tadi sedikit - sebanyak mengeruhkan riak ketenangan wajah mulus itu. Bukan sekali Pak Jalal berkelakuan begitu, terlalu kerap. Sehinggakan dia sendiri tidak dapat menahan tangis setiap kali melihat situasi begitu berlaku. Kenapa anak yang seharusnya sedang bergembira melayari alam remaja itu sering dihumban dengan kata-kata yang bisa meruntun jiwa? Tidakkah suaminya itu sedar yang Aisya bukan lagi kanak-kanak kecil seperti tiga tahun dahulu yang hanya mampu menelan setiap kata yang dilontarkannya? Sekarang anak itu sudah remaja, sudah mampu memikirkan apa yang didengarnya.
Salahnya juga, dia yang tidak membantah sekeras-kerasnya keputusan anak gadisnya itu yang membuat keputusan berpindah dari Maktab Rendah Sains Mara di Kuala Kubu Baru Selangor ke sekolah biasa iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung. Bukan dia tidak berusaha memujuk anak itu agar tidak berpindah ke sekolah yang terletak 2 kilometer dari rumahnya itu, tapi gadis itu terlalu nekad apabila melakukan sesuatu. Aisya rela mengetepikan kepentingan diri sendiri demi tidak mahu melihat dia bersusah-payah. Itulah yang membuatkan dia merasa begitu hiba. Dia sedar, anaknya seorang gadis yang pintar. Buktinya, Aisya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang didudukinya tiga tahun lepas. Masih jelas terbayang di ingatannya ketika Aisya pulang dari melihat keputusan UPSR di sekolah. Dengan langkah yang terhenjut-henjut anaknya itu berlari pulang. Tidak dapat dia gambarkan bagaimana cerianya sinar mata dan mekarnya senyuman di bibir Aisya dan hingga ke saat ini dia masih dapat merasakan betapa kejapnya pelukan Aisya ketika itu.

Selepas itu Aisya telah diterima masuk ke sekolah Berasrama Penuh di Kuala Lumpur. Ketika itu, dialah orang yang paling gembira apabila mendapat tahu Aisya berjaya memasuki MRSM di bandar. Malah, dia juga tidak pernah kisah jika Aisya jarang-jarang sekali pulang ke kampung. Kalau boleh, dia mahu Aisya tidak pulang langsung! Dengan itu, hatinya tidak lagi merintih pilu setiap kali melihat kanak-kanak yang malang itu selalu di caci-maki setiap hari. Ya, gadis sekecil itu tidak akan bisa untuk bertahan sekiranya selalu dilontarkan dengan caci-maki dan sepak-terajang setiap hari.

Betapa dia bersyukur, anaknya itu berjaya walaupun dalam serba kekurangan. Dia sedar yang Aisya dibesarkan dalam keluarga yang kurang harta, tapi yang paling menyedihkan anak itu juga ketandusan kasih seorang ayah. Paling menghibakan hatinya, dia tidak mampu memberi banyak benda kepada anaknya itu. Namun, dia tidak akan sekali-kali membiarkan anaknya itu kurang dengan didikan agama. Hanya itu yang dia mampu!

* * *

Tapi kini episod kesengsaraan kembali mengetuk pintu ketenangan hidup Aisya. Telah sebulan Aisya pulang ke kampung. Itupun setelah Aisya mengetahui yang sakit buah pinggangnya semakin teruk sehingga menyebabkan dia terpaksa berehat dari melakukan kerja-kerja berat. Kerana itu, Aisyalah yang setiap pagi terpaksa menghantar kuih ke warung Mak Zainab sebelum ke sekolah menggantikan tugasnya. Sememangnya Aisyalah yang banyak menggantikan urusannya seperti mengait daun pisang, memasak, menguruskan adik-adik dan mengemas rumah. Tapi Aisya anak yang baik, tidak sekali-kali anak itu merungut dengan tugas yang ditanggungnya walaupun dalam usia semuda itu. Bukan dia tidak membantu, tetapi Aisya sering menegahnya dengan mengatakan yang dia tidak sanggup melihat ibu tersiksa lagi. Sesungguhnya dia kasihan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Aisya. Hendak mengharapkan Pak Jalal, hatinya yang akan dipagut marah setiap kali mengenangkan sikap suaminya itu. Walaupun dia tidak suka dengan sikap suaminya itu, dia terpaksa bertahan demi anak-anaknya.

Mak Jarah terkenang kembali peristiwa di mana dia terpaksa berkahwin dengan Pak Jalal selepas dia menjadi janda kerana kematian suaminya, Jalaluddin akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu, dia masih dalam pantang selepas melahirkan Aisya. Ketika Aisya berumur lima bulan itulah, dia dilamar oleh Pak Jalal. Walaupun dia sebenarnya tidak suka dengan perangai Pak Jalal yang suka berjudi dan berfoya-foya, tapi desakan ibunya menyebabkan dia terpaksa menerima lamaran itu kerana ibunya bimbang jika dia akan dipandang serong oleh masyarakat kerana bergelar janda muda. Malah ibunya juga berharap agar Pak Jalal dapat memberikan perlindungan kepadanya dan anaknya Aisya yang masih kecil kerana Pak Jalal boleh dikatakan anak orang berada di kampungnya itu.

Namun sememangnya sikap Pak Jalal memang tidak dapat diubah dan dibentuk lagi. Bukannya dia tidak pernah mencuba untuk mengubah sikap suaminya itu agar mendekatkan diri dengan Allah. Di awal perkahwinan dulu, dia selalu membentangkan sejadah setiap kali masuk waktu solat untuk suaminya itu. Walaupun Pak Jalal sekalipun tidak pernah menjejakkan kaki di atas sejadah itu, dia tetap melakukannya dengan harapan Pak Jalal akan berubah. Tapi dia pula yang dimarahi dan dipukul kerana dikatakan hendak tunjuk alim. Setelah itu, dia tidak berani lagi melakukan tugas itu dan dia hanya mampu berdoa kepada Allah agar suatu hari nanti suaminya itu akan berubah menjadi suami, bapa dan hamba-Nya yang bertanggungjawab dengan amanah yang dipikul. Yang penting, tugasnya sebagai isteri telah dilaksanakan dan yang selebihnya dia serahkan sepenuhnya kepada Allah.





* * *
" Maryam, esok Maryam nak pergi pekan kan? Boleh tak Maryam tolong belikan jam tangan yang kita tengok dua minggu lepas di kedai Ah Seng kat pekan untuk Aisya?" tanya Aisya kepada teman baiknya itu.
" Ooo...jam hari tu ye. Tapi kenapa Aisya nak beli awal sangat? Kan hari lahir ayah Aisya lambat lagi? Nanti kan buruk pulak jam tu simpan lama-lama". Tanya Maryam dengan wajah yang pelik.
"Takpela Maryam, nanti kalau tak beli awal-awal, habis pulak duit yang Aisya simpan ni. Alamatnya tak dapatlah Aisya belikan jam tu untuk ayah tahun ni". Balas Aisya dengan senyuman.
"Emm..kalau macam tu Maryam belikan untuk Aisya. Tapi, apa salahnya kalau Aisya ikut Maryam sekali, kita kan pergi dengan mama Maryam? Jom lah ikut". Pelawa Maryam sambil berjalan beriringan dengan Aisya menuruni tangga.
"Takpelah Maryam, Aisya banyak kerja yang nak disiapkan. Balik ni Aisya nak pergi ambil kuih kat warung Mak Zainab tu dulu, lepas tu Aisya nak kaitkan daun pisang untuk ibu bungkus kuih lagi. Maryam beli je...janji yang hari tu. Aisya nak bagi kat sesorang yang Aisya sayang tu tau". Aisya menerangkan duduk letak yang sebenar dan mempamirkan senyuman yang mekar di bibir.
"Baiklah, nanti Aisya belikan. Emmm, bertuahlah siapa yang dapat jam tu kan. Apa tak nye... Aisya sanggup tak makan semata-mata nak kumpul wang untuk belikan jam tu". Ujar Maryam bila teringatkan Aisya yang rela berlapar bagi mengumpul wang untuk membeli jam itu.
"Memang, hadiah yang istimewa hanya untuk insan yang istimewa di hati Aisya. Walaupun Aisya tahu yang Aisya tak pernah istimewa di hati ayah". Wajah Aisya berubah menjadi keruh serta-merta selepas membayangkan betapa dia ketandusan kasih ayahnya itu.
Melihat kesugulan di wajah Aisya, Maryam menyampuk "Takpelah, sekurang-kurangnya Aisya ikhlas sayangkan ayah Aisya tu. Kitakan tak boleh mengharapkan balasan di atas sesuatu yang kita buat, tu tak ikhlas namanya"
"Betul tu, apa yang Aisya harapkan, semoga suatu hari nanti ayah akan sedar betapa Aisya sayangkan dia. Satu lagi, Maryam jangan bagitahu siapa-siapa tentang hadiah tu tau, walaupun pada ibu Aisya sekalipun. Maryam simpan dulu...kalau Aisya simpan nanti ibu dan adik-adik jumpa. Tak suprise la...sampai tarikh keramat tu, Aisya ambil dari Maryam"
" Ok la Tuan Puteri, patik menurut perintah Tuan Puteri. Esok jangan lupa yer Tuan Puteri, patik pergi rumah Tuan Puteri, kita belajar sama-sama. Peperiksaan pun dah dekat ni. Tuan Puteri kan bijak, patik mengundur diri dulu yer".
" Emm...ye la tuan hamba, beta sudi mencurahkan ilmu pada tuan hamba asalkan tuan hamba tidak jemu nak belajar".
"Baik Tuan Puteri.Jumpa esok! "

Sambil melambai-lambaikan tangan, Maryam berpisah dengan Aisya di pintu pagar sekolah.

* * *

Peperiksaan telah pun berakhir dan cuti sekolah telah sebulan bermula. Sepanjang cuti sekolah, Aisya hanya membantu ibunya menguruskan kerja membuat kuih. Malah, semua kerja rumah diuruskan sepenuhnya olehnya. Walaupun penat dia gembira kerana sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban ibunya. Yang penting, ibu dapat berehat secukupnya.

"Along, soalan Matematik ni susah la. Macam mana nak buat ye?". Tanya Ila sambil membaca soalan yang tidak difahaminya.
"Ooo...soalan ni senang je Ila, mari Along tunjukkan bagaimana formula untuk mengingatnya". Ila menghampiri kakaknya yang sedang bersandar keletihan di dinding rumah.

Belum sempat Ila menghampiri Aisya, ayahnya yang tiba- tiba keluar dari bilik terlebih dahulu menghantuk kepalanya ke dinding menyebabkan dia mengaduh kesakitan.

"Anak pungut, tak kenang budi! Susah payah aku besarkan kau, bagi makan minum, sekolahkan kau. Ni balasan kau pada aku ye? Tengking Pak Jalal sambil menarik-narik rambut Aisya."

Mak Jarah yang berada di dapur apabila mendengar tengkingan itu terus mengengsot-ngengsot keluar untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Memang dah takde kerja orang lain dah selain kau dalam rumah ni. Kau kan yang ambil duit aku yang aku taruk bawah bantal tu kan? Sebelum kau balik, tak pernah pun berlaku kecurian begini kat rumah kita ni. Dasar anak pungut! Kau tahu tak duit tu aku kumpul untuk apa? Aku simpan duit tu nak bayar hutang tahu! Hutang yang aku pinjam dengan Pak Badar tu, nak bayar sekolah kau jugak! Dasar budak tempang...dah la bawak sial dalam rumah ni, sekarang jadi pencuri pulak! Kalau aku tahu begini la perangai kau, dari kecil lagi aku tak sanggup nak pelihara kau. Aku letakkan saja kat rumah anak yatim! baru padan dengan muka kau"
"Abang...sudah la tu". Tangisan Mak Jarah bergema sambil memegang betis suaminya itu yang semakin ganas menyepak dan menampar Aisya.

Namun Pak Jalal tidak sedikitpun menghiraukan rayuan isterinya itu malah semakin rakus memukul dan meyepak Aisya yang sememangnya tidak berdaya untuk melawan.

"Kalau sekalipun Aisya tu bukan anak abang, tapi dia anak saya bang. Janganlah abang menghina dan memukul dia sedemikian di hadapan saya. Abang pukul saya bang! Biar saya saja yang jadi gantinya. Saya dah tak tahan tengok abang asyik mencaci dan menyiksa anak saya sedemikian. Dulu kenapa abang nak kahwin dengan saya walaupun abang dah tahu yang saya janda anak satu?". Marah Mak Jarah dalam tangisnya.
"Kau jangan nak menyibuk, nanti dengan kau pun kena sekali. Memang anak dengan mak sama saja. Jenis tak kenang budi!"

Pak Jalal kemudiannya mengheret Aisya yang terjelepuk di atas lantai ke tangga rumah.

"Kau keluar dari rumah ni...berambus dari rumah aku! Aku tak benarkan kau pijakkan kaki lagi dalam rumah ni. Keluar!". Tempik Pak Jalal dengan sekuat hati.
"Tapi yah, bukan Aisya yang curi duit ayah....". Dalam keadaan lemah tak berdaya Aisya cuba untuk mempertahankan dirinya.
"Argh....tak payah nak bertapi-tapi lagi. Keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Cepat berambus!". Ulang Pak Jalal tanpa rasa simpati terhadap Aisya yang tidak berdaya untuk bangun kerana dikerjakannya.

Dengan hati yang sayu dan air mata yang mengalir di pipi, Aisya menggagahkan diri untuk bangun dan dengan langkah longlai dia meninggalkan rumah itu. Puas di menangis mengenangkan nasibnya...ke mana dia harus pergi?

* * *

Sudah hampir sebulan Aisya tinggal di rumah Maryam. Ternyata keluarga Maryam iaitu Encik Munir dan Puan Hajar turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Aisya. Mereka sama sekali tidak mempercayai tuduhan itu kerana selama Aisya berkawan dengan anak mereka Aisya seorang anak yang baik, halus budi bahasa, rajin dan tidak kedekut ilmu. Walaupun dia gadis istimewa, sifatnya yang tulus dan luhur itu akan membuatkan sesiapa pun yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya tambahan pula dengan wajahnya yang bening seolah-olah begitu suci dari sebarang noda dunia.

Mereka selalu menjemput Aisya ke rumah untuk belajar bersama-sama Maryam. Apabila mereka menjemput Maryam dari sekolah mereka sering menumpangkan Aisya dan menghantarnya ke rumah selepas habis belajar. Mulanya Aisya tidak mahu, katanya tidak mahu menyusahkan mereka. Lagipun Aisya menyatakan yang dia takut ibunya bimbang bila dia pulang lewat. Tapi selepas Encik Munir berjanji akan memberitahu ibunya yang dia akan menjemput Maryam dan Aisya untuk belajar di rumah mereka kemudian akan menghantarnya pulang, Aisya akhirnya bersetuju.

Mereka juga mengambil Aisya sebagai anak angkat mereka. Sering kali juga Puan Hajar mahupun suaminya, Encik Munir menghulurkan wang belanja kepada Aisya, namun Aisya sekali-kali tidak pernah menerima huluran wang dari mereka. Katanya, dia sudah terbiasa hidup susah. Nanti kalau dibiasakan diri dengan kemewahan dia takut dia akan mula mengharapkan sesuatu yang ibunya tidak mampu berikan untuknya, jadi cukuplah sekadar dia dapat menumpang kasih dari keluarga itu.

Ketika sedang berehat-rehat di bangku di laman rumah. Aisya mengutarakan hasratnya kepada keluarga angkatnya itu.

"Pakcik...makcik, Aisya rasa, Aisya nak pulang la sekejap hari ni. Aisya rindu sangat nak jumpa ibu dengan adik-adik. Lagipun dah lama Aisya tak jumpa dengan mereka. Mesti ibu rindu dengan Aisya". katanya dengan wajah menunduk. Ada air jernih bertakung di tubir matanya.
"Eloklah macam tu, tapi nanti kalau ayah Aisya ada macam mana? Dipukulnya Aisya lagi. Apakata biar pakcik dan makcik temankan Aisya sekali?" Saran Encik Munir.
"Emm...takpelah pakcik, makcik. Aisya ingat nak balik sebelum Asar nanti. Biasanya ayah belum pulang dari kerja waktu tu. Lagipun Aisya nak bagitahu ibu tentang keputusan PMR ni. Tentu ibu gembira". Ucap Aisya dengan senyuman yang dipaksa-paksa.
"Mestilah ibu Aisya gembira, Aisya kan pelajar cemerlang. Pakcik pun turut bangga dengan kejayaan Aisya ni. Baiklah kalau dah itu yang Aisya mahu, cuma pakcik harap Aisya hati-hati yer. Jangan sampai berlaku perkara yang tak elok pulak. Biar pakcik hantarkan Aisya sampai depan rumah Aisya ye? Jauh kalau Aisya jalan. Nanti balik pun pakcik jemput, lepas Asar pakcik tunggu Aisya depan sekolah...kalau pakcik lewat, Aisya tunggu". Cadang Encik Munir bagi menyenangkan hati gadis malang di depannya itu.
"Terima kasih pakcik, makcik...hanya Allah yang dapat balas jasa dan budi pakcik dan makcik kepada Aisya". Balasnya hiba.

* * *

Ketika sampai di perkarangan rumahnya, Aisya mencari-cari kelibat ibunya. Dia sebenarnya bimbang jika terserempak dengan Pak Jalal.

"Assalamualaikum ibu...Aisya ni". Aisya memberi salam ketika sampai di muka pintu. Melihat ibunya, Aisya terus mendapatkan ibunya dan terus menyalaminya.
"Waalaikumussalam Along...Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Ibu rindu sangat pada Along. Balik jugak akhirnya Along". Tangis Mak Jarah sambil memeluk Aisya yang sudah juga turut menangis.
"Along minta maaf bu, bukan Along tak nak pulang...tapi Along takut ayah marah dan pukul Along lagi". Ucap Aisya dalam esak tangisnya.
"Ayah kamu tu memang tak berhati perut...ibu minta maaf nak. Ibu tahu ibu salah sebab tak menjelaskan pada Along yang selama ini Along bukan anak kandung ayah". Jelas Mak Jarah sambil menundukkan wajahnya.
"Takpelah bu, Along tahu ibu tak nak Along rasa sedih kan. Along tak pernah ambil hati. Sekurang-kurangnya ibu tetap sayangkan Along". Ucap Aisya sambil tersenyum.
"Baguslah kalau macam tu Along, ibu bangga ada anak macam Along". Balas Mak Jarah sambil menyeka air matanya.
"Emm....sebenarnya Aisya nak bagitahu ibu berita gembira ni. Aisya dapat 9A bu! Kejayaan ini mesti berkat doa ibu". Senyuman Aisya mekar di bibir.
"Betul Along? Oh....syukur Alhamdulillah. Ibu turut berbangga dengan Along".
"Takpelah bu...Along pergi dulu yer. Nanti ayah pulang, dipukulnya Aisya lagi. Aisya dah tak sanggup bu...sakit". Sambil itu matanya melilau-lilau memandang sekeliling.

Kata-kata Aisya menyebabkan Mak Jarah menangis kembali "Baiklah Along. Ada masa pulang lagi yer...ibu nak Along tahu, yang ibu tetap sayangkan Along".
"Baik bu...Along pun sayangkan ibu. Along mohon maaf dengan ibu, kalau selama Along hidup ni Along ada menyakiti hati ibu. Halalkan makan minum Along selama ni ye bu". Tangis Aisya sambil memeluk ibunya dengan kejap sekali.
"Aisya takde buat salah dengan ibu...kalau ada pun dah lama ibu maafkan". Balas Mak Jarah sambil mengusap-usap kepala Aisya.

Selepas menyalami dan mencium pipi ibunya, Aisya berundur untuk pergi.

"Ooo...budak sial ni memang tak dengar cakap aku! Kan aku dah bagi amaran supaya jangan balik. Kau ni memang cari nahas. Asyik nak sakitkan hati aku je!". Tempik Pak Jalal sambil mengheret Aisya ke muka pintu.
"Aisya minta maaf yah, jangan pukul Aisya lagi. Aisya memang dah nak pergi ni...Aisya janji takkan menyakitkan hati ayah lagi lepas ni". Rayu Aisya sambil memegang kaki Pak Jalal.
"Ah....kau memang reti cakap je. Lepas tu kau buat lagi...kali ni biar aku hantar kau sampai seberang jalan sana. Jangan berani lagi lintas jalan pijak rumah aku lagi lepas ni!". Pak Jalal mengheret tangan Aisya dan mengheretnya dengan kasar.
"Abang...sudahlah tu bang. Jangan disiksa lagi Aisya tu". Tangis Mak Jarah sayu.
"Kau diam Jarah!" .Tempik Pak Jalal.
"Abang memang binatang! Kejam!. Langsung tidak berperikemanusiaan! Kalau abang nak sangat siksa dia begitu, bunuh saya sekali bang...biar puas hati abang!"

Tanpa menghiraukan tangisan Mak Jarah, Pak Jalal dengan kuat menarik tangan Aisya sehingga sampai ke tangga.
"Ayah...Aisya minta maaf yah. Jangan buat Aisya macam ni. Kalau ayah tak halau pun memang Aisya dah nak pergi ni. Ayah...tolong yah". Rayu Aisya lagi.
Tanpa menghirau rayuan Aisya, Pak Jalal semakin kejap memegang pergelangan tangan anak kecil itu dan menyeretnya sehingga sampai di seberang jalan.

"Budak sial! Kau jangan jejakkan lagi kaki di rumah aku. Faham!". Tengking Pak Jalal sambil berundur ke atas jalan raya.
"Ayah...kereta yah!". Jerit Aisya sambil menarik Pak Jalal yang sudah memusingkan badannya dan melangkah untuk menyeberangi jalan. Malangnya, Aisya pula yang terdorong ke tengah jalan.
"Aisya...!". Pak Jalal menjerit kuat apabila melihat tubuh Aisya yang berlumuran darah berada di bawah perut kereta. Dia terus menerkam Aisya dan menariknya keluar dari bawah perut kereta tersebut.

Orang ramai sudah mengerumumi untuk melihat apa yang berlaku. Ketika itulah muncul Encik Munir yang sememangnya merasa tidak sedap hati kerana Aisya tidak muncul-muncul sehinggakan dia puas menunggu di sekolah.

"Masyaallah...Aisya! Cepat angkat dia. Kita bawa ke hospital". Ucap Encik Munir cemas.
"Aisya bertahan nak...kita pergi hospital". Tangis Pak Jalal sambil mencium dahi Aisya dan memangku kepala Aisya keribaannya.

Mulut Aisya terkumat-kamit seperti ingin menyatakan sesuatu kepada Pak Jalal. Akhirnya matanya yang semakin redup menatap wajah Pak Jalal itu perlahan-lahan terpejam rapat.

* * *

Pada malam kenduri tahlil di rumah Mak Jarah, Encik Munir sekeluarga datang. Selepas selesai majlis, Maryam menghampiri Pak Jalal yang duduk termenung di beranda.

"Pakcik, Maryam nak bagi sesuatu untuk pakcik". Ujar Maryam menyebabkan Pak Jalal kembali ke dunia nyata.
"Apa dia Maryam?". Tanya Pak Jalal selepas mengambil bungkusan yang dihulurkan Maryam kepadanya.
"Ni...esok kan hari lahir pakcik. Hadiah ni dari Aisya, dia yang suruh Maryam belikan dulu. Dia cakap kalau dia tak belikan waktu tu untuk pakcik, mungkin dia takkan berkesempatan lagi untuk membelinya. Malam sebelum dia kemalangan tu, Maryam tengok Aisya sibuk membalut hadiah ni. Tapi sayang, dia tak dapat bagi sendiri kepada pakcik. Pakcik ambillah yer...mesti Aisya gembira kalau pakcik terima hadiah dia ni".

Apabila melihat nama yang tertera di sampul surat itu...dia menangis hiba tambahan lagi apabila melihat tulisan yang tertera di sampul surat itu...untuk ayah tersayang. Perlahan-lahan dia mengoyakkan sampul surat berwarna biru itu. Dengan mata berkaca-kaca dia menumpukan matanya membaca tulisan comel itu

Assalamualaikum ayah...

Pertama sekali Aisya nak bagitahu ayah, bukan Aisya yang ambil duit ayah. Betul yah, demi Allah Aisya tak ambil. Aisya tahu Aisya tempang...tapi Aisya bukan pencuri yah! Ibu tak pernah ajar Aisya jadi pencuri. Aisya tak marah ayah halau Aisya, Aisya sedar siapa Aisya dalam hati ayah. Sebab Aisya hanya anak pungut kan yah? Dulu sewaktu sekolah rendah memang Aisya selalu tertanya-tanya kenapa ayah sering cakap Aisya anak pungut. Waktu tu Aisya sedih sangat, kenapa ayah tak sayang Aisya macam ayah sayang adik Ila dengan Adik Azzam? Sekarang baru Aisya tahu kedudukan Aisya dalam hati ayah. Aisya sedar sekarang...Aisya anak yatim, Aisya bukan anak ayah.

Air matanya bergenang. Memang bukan Aisya yang curi duitnya. Hanya dia yang lupa di mana dia menyimpan duit itu. Itupun dia tahu ketika dia mengambil kopiah yang dia selitkan di bawah lipatan kain tadi. Rupa-rupanya duit itu ada di situ...argh! betapa jauhnya dia dengan Tuhan sehinggakan dia tidak sempat untuk memakai kopiah itu sekiranya tidak ada majlis-majlis seperti ini. Dia kembali menyambung bacaannya.

Tapi yah, berilah peluang untuk Aisya mengecap kasih ayah walau sekejap. Tidak adakah walau sekelumit kasih ayah pada Aisya? Aisya tahu Aisya bukan anak kandung ayah...tapi Aisya nak ayah tahu yang Aisya sayangkan ayah, lebih dari nyawa Aisya sendiri.

Ayah, boleh tak? Aisya nak ayah tunaikan satu permintaan Aisya. Kali ni aje....Aisya janji, lain kali Aisya tak akan minta apa-apa lagi dengan ayah. Aisya tak pernah minta apa-apa dengan ayah selama ni kan? Sewaktu di sekolah di bandar dulu, Aisya sedih bila tengok ayah orang lain selalu hadir mesyuarat PIBG sedangkan Aisya terpaksa mencari pelbagai alasan kenapa ayah Aisya tak pernah datang untuk dikemukakan kepada cikgu. Sebenarnya Aisya sedih yah, tapi Aisya faham kita orang miskin...kita takde duit. Sebab tu Aisya tak pernah kisah kalau ayah tak datang. Tapi sekarang kalau jalan kaki pun dah sampai ke sekolah kan yah. Jadi, boleh tak ayah temankan Aisya pergi ke majlis menerima anugerah pelajar cemerlang hari Ahad nanti di sekolah? Bolehlah yah...Aisya nak sangat ayah temankan Aisya, tengok Aisya terima hadiah. Aisya tujukan kejayaan Aisya istimewa untuk ibu dan ayah. Tapi, ibu kan tak dapat berjalan...jadi Aisya harap sangat ayah pergi nanti. Pergi ye yah? Sebagai tanda ayah sayang Aisya....

Aisya janji, lepas ni Aisya akan ubah nasib keluarga kita. Ayah pun dah tua, tak payah kerja lagi....Aisya nak ayah rehat kat rumah, biar Aisya je yang kerja. Walaupun Aisya tempang, Aisya tak kisah yah, asal ayah selalu ada dengan Aisya...Aisya dah cukup bersemangat untuk teruskan hidup. Jadi, ayah selalulah doakan kejayaan Aisya ye yah! Biar Aisya berjaya dalam SPM akan datang dan dapat jadi doktor. Ustazah Masyitah cakap, redha Allah kepada seorang anak terletak pada redha ibu bapanya kepadanya. Aisya pun selalu doakan untuk ayah, supaya ayah bahagia di dunia dan akhirat. Semoga Allah bukakan hati ayah untuk sayangkan Aisya.

Emm, esok hari lahir ayah kan? Dah lama Aisya nak bagi sesuatu untuk ayah. Kali ni baru Aisya berkesempatan, ni pun Aisya simpan duit belanja sekolah yang ibu bagi untuk Aisya. Tapi, Aisya tak kisah, janji Aisya dapat beli hadiah untuk ayah. Sempena hari lahir ayah yang ke 45 ni, Aisya nak bagi ayah sesuatu. Puas Aisya fikir apa yang Aisya nak bagi ayah...tiba-tiba Aisya ingat yang ayah ada mintak duit dengan ibu nak beli jam, tapi ibu cakap nak gunakan duit untuk bayar peperiksaan Aisya...ayah cakap susah nak hidup takde jam kan? Tapi sampai sekarang Aisya tengok ayah tak pakai jam. Jadi, jam yang Aisya beli ni ayah pakailah ye! Aisya pun nak pakai jam, tapi takpelah...nanti Aisya belikan lain kali untuk Aisya. Cikgu Nabila selalu cakap, kita kena menghargai masa..cikgu kata masa yang bergerak tak dapat diputar kembali. Jadi, kita akan sedar dan insaf bahawa kita semua pasti akan mati. Satu lagi, nanti bila ayah tengok jam tu ayah akan ingat Aisya...mungkin hati ayah akan terbuka untuk sayang Aisya, sama macam Aisya sayang ayah....Setakat ini dahulu surat Aisya untuk ayah.

Sayang ayah selalu,
Aisya

Sambil melipat surat biru itu, air mata Pak Jalal mengalir laju. Tiada apa yang bersarang dalam hatinya melainkan penyesalan kerana merperlakukan gadis yang tidak berdosa itu sedemikian rupa. Betapa kejamnya dia terhadap anak itu selama ini sedangkan anak itu sanggup membayar nyawa demi harga secebis kasihnya. Dia berdosa, berdosa dengan anak itu. Cuma satu janjinya, dia akan berubah demi menunaikan permintaannya Aisya. Ya, semuanya kerana kasih Aisya. Aisya, betapa tulusnya kasihmu...

* * *

"Sekarang di jemput Encik Jalaluddin, ayah kepada allayarham Nurul Aisya untuk menerima Anugerah Pelajar Cemerlang PMR ke pentas. Kepada semua hadirin dan hadiran sekalian, arwah merupakan salah seorang pelajar yang mendapat 9A dalam PMR dan arwah juga pernah menyatakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan mahu merubah nasib keluarganya. Namun, Allah lebih sayangkan arwah kerana beliau telah meninggal dunia kerana dilanggar kereta seminggu lepas. Marilah kita bersama- sama menyedekahkan Al- Fatihah kepada arwah agar rohnya dicucuri rahmat"

Dengan linangan air mata, Pak Jalal naik ke pentas...apabila memegang hadiah dan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang tersebut, dia teringat surat Aisya. memang anak itu seolah-olah tahu yang dia akan pergi dahulu. Ya, sekarang sijil dan hadiah itu memang untuk dia. Dia mengucup segulung sijil milik Aisya. Sambil itu matanya memandang jam tangan hadiah dari Aisya yang dipakainya. Ya, masa yang berlalu tidak akan dapat diputar kembali...Aisya, ayah sayang padamu nak!





1.0 SINOPSIS

Ceritanya mengisahkan tentang seorang gadis cacat, Aisya yang begitu tekun belajar demi memastikan dia berjaya dalam pelajaran dan untuk mencapai cita-citanya sebagai doktor. Aisya bertekad dalam hatinya yang dia akan membuktikan kepada ayahnya dan orang lain yang dia juga boleh berjaya walaupun dia seorang gadis tempang. Aisya juga telah mengorbankan kepentingan dirinya sendiri di mana dia telah bertukar dari sekolah di bandar ke kampung semata-mata untuk membantu ibunya yang sakit buah pinggang.

Namun apa yang menyedihkan ialah apabila kepulangannya ke kampung membawa episod baru dalam hidupnya apabila ayahnya seringkali memukul dan mencaci-makinya tanpa belas kasihan. Dia merasa begitu sedih apabila ayahnya sering memperlakukan dirinya sedemikian rupa. Hal ini menyebabkan dia sering tertanya-tanya kenapa ayahnya tidak pernah menyanyanginya seperti mana ayahnya menyanyangi adiknya Ila dan Azzam.

Mak Jarah yang selalu melihat situasi Aisya itu turut merasa simpati dengan nasib yang menimpa Aisya. Namun dia tidak berkuasa menghalang sikap suaminya itu. Kadang- kadang Mak Jarah berasa menyesal berkahwin dengan Pak Jalal, namun apabila terkenangkan anak-anaknya, dia hanya mampu pasrah dengan apa yang berlaku.

Namun Aisya tidak pernah merasa putus asa untuk mendapatkan sekelumit kasih dari ayahnya. Pada hari lahir ayahnya yang ke-45, Aisya telah membeli jam tangan dengan duit belanja sekolahnya untuk dihadiahkan kepada ayahnya. Namun selepas itu, Aisya telah dihalau keluar dari rumah oleh Pak Jalal kerana dia menyangkakan yang Aisya telah mencuri duit simpanannya.

Aisya akhirnya berjaya dalam PMR apabila dia telah mendapat 9A dan akan menerima anugerah pelajar cemerlang. Dia pulang untuk memberitahu berita gembira itu kepada ibunya. Namun malangnya, Pak Jalal pulang ketika dia hendak mengundurkan diri. Pak Jalal telah mengheretnya sehingga ke seberang jalan. Aisya akhirnya meninggal dunia kerana menyelamatkan Pak Jalal yang nyaris-nyaris dilanggar kereta. Kerana kasihnya dia kepada Pak Jalal, dia rela mengorbankan nyawanya sebagai taruhan.

Pak Jalal akhirnya menyesal dengan perbuatannya selama ini. Tambah menyedihkan hatinya ialah apabila dia menerima hadiah sempena hari lahirnya dari Aisya yang diberikan oleh Maryam selepas kematian Aisya. Apabila dia membaca surat yang turut deselitkan bersama hadiah itu, dia menangis apabila Aisya menyatakan bahawa Aisya mahu dia menemankan Aisya untuk menerima anugerah pelajar cemerlang di sekolah. Dia sedih kerana Aisya tidak sempat untuk menerima anugerah di atas kejayaannya.

Akhirnya, Pak Jalal yang telah mewakili Aisya naik ke pentas untuk menerima Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang dan hadiah. Pak Jalal menangis sebak dan dia kemudiannya berjanji pada dirinya yang dia akan berubah.
posted by Penulisan2u @ 1:32 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 23/2/09 6:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    crita ni byk bri keinsafan...
    jgn dipandg hina insan yg sempurna sifatnta....
    tahniah kpd pnulis...
    smoga buat yang terbaik

     

  • At 23/2/09 8:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih sgt....isk..isk..

     

  • At 23/2/09 10:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya...meleleh airmata ku..uwaaaaaa

     

  • At 24/2/09 9:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kasih syg tidak pnh arap balasan..sedih cter.ayah..syg ayah...

     

  • At 24/2/09 1:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya.........
    menyentuh perasaan....
    penuh dengan pengajaran.....
    tahniah penulis.....

     

  • At 24/2/09 3:31 PTG, Blogger nadiah_abdllah said…

    sedih.....
    huhu....

     

  • At 25/2/09 4:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sebak bc cter nih..

     

  • At 26/2/09 9:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    uitt..
    menitis siot air mate akak..
    mmg sedih
    tersentuh habis
    nasib baik xde orang
    kalau x wat malujekk;;
    sob..sob..ishk...

     

  • At 8/3/09 6:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    menyentohkn hati ble bce cter nie,x smstinye insan yg cacat x bleh truskan kjyaan dn mse dpan.Jd sesiapa yg smpurna tu jgn pndg rendah kpd manusia yg x smpurna.

     

  • At 19/3/09 11:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cdey nye....huk..huk...huk...

     

  • At 1/11/09 1:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wawawawa....sedey nyer.....

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group