Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Senja sudah di perbatasannya. Berlabuh sampan perahu menandakan kepulangan sang bapa-bapa dari mencari rezeki. Ketika mereka yang bekerja di pejabat sedang menikmati masa terluang bersama rakan di kedai kopi; sembang kosong, ketika itu mereka masih menambat sampan perahu mereka.
Pak Mail melipatkan jala agar lebih kemas tersusun dan mudah untuk dibawa keesokan harinya; sudah menjadi rutin harian dia begitu. Ikutkan hati dia, memang ingin bersara. Akan tetapi inilah satu-satunya cara untuk dia mendapatkan wang untuk menyara keluarga; inilah yang menyara anak lelaki tunggalnya sehingga tamat pembelajaran di Universiti. Pun begitu, tiada sekelumit keluhan sesal pun. Pak Mail masih termenung. Ketika itulah dia sering mengenangkan ke manalah perginya anaknya itu – hilang tanpa sebarang khabar berita. "Entah apalah kerjanya sekarang ini? Pasti sudah berpangkat besar," hati kecilnya bersuara di dalam sedikit sebak; pun begitu dia masih lagi mendoakan anaknya itu.
***
"Ayah ayah! Aira takde atuk ke?" Spontan anak kecil itu bersuara sambil mata merenung mata ayahnya mengharapkan jawapan yang ringkas tetapi sukar untuk dijawab. Murshid masih mencari butir bicara yang sesuai dituturkan agar anak perempuannya itu tidak tersinggung. "Ada sayang... Cuma belum masanya lagi untuk Aira berjumpanya," soalan itu cuba dijawab dengan tersusun. "Kenapa ayah? Atuk garang ke? Atuk taknak jumpa Nini ke?" terkedu Murshid mendengarnya. "Nur Anfal Humairah sayang, pergi mandi cepat. Kata tadi nak pergi tengok Madagascar. Lambat, nanti orang tu tak bagi masuk pula," pantas Nur Aisyah mengubah topik. Dengan segera anak kecil berumur 5 tahun itu menurut perintah. "Pandai isteri abang ni ‘selamatkan’ abang ye?" bisik Murshid perlahan ke telinga Nur Aisyah. Sambil tersenyum Nur Aisyah berlalu meninggalkan suaminya itu berehat dan berfikir; menuju ke bilik Aira untuk membantu anak kecil itu bersiap. Murshid membuka kenangan.
***
"Aku bukan taknak bagi kau kahwin, tapi kau kan baru sahaja tamat belajar! Kerja pun takde lagi!" tengking Pak Mail memarahi Murshid. "Saya boleh cari kerja. Tapi bukan di sini. Saya nak ke Kuala Lumpur, ayah tak restui. Ayah kata di sini pun boleh kerja. Macam mana saya nak kumpul duit untuk kahwin kalau saya bekerja dengan ayah di sini?" balas Murshid mempertahankan dirinya. Dia menarik nafas sedikit. "Saya bukan nak melawan. Tapi saya sayangkan dia. Saya bukan nak derhaka pada ayah. Saya cuma nak usaha sendiri. Saya takkan minta duit ayah sesen pun untuk menikahi Aisyah, saya cuma inginkan restu ayah sahaja. Esok saya akan ke Kuala Lumpur. Saya sudah menerima tawaran bekerja di sana. Saya harap ayah restui pemergian saya," Murshid masih menyusun bahasanya. "Punyalah ramai perempuan di kampung ni, kau nakkan dia juga. Dia tu orang bijak-bijak. Mestilah keluarga dia akan letakkan hantaran tinggi. Nanti kau tu yang dipijaknya!" bentak Pak Mail membalas. "Ayah, Aisyah tu orang baik. Dia takkan buat macam tu. Tak baik ayah membuat tuduhan melulu begitu. Keluarga dia pun akan membantu kami serba sedikit. Tak baik ayah memburukkan keluarga orang," Murshid mempertahankan. Dia tidak suka orang menuduh orang lain yang bukan-bukan. Kalau nak marah, marahlah dia. Kalau nak tuduh, tuduhlah dia. Dia tidak suka sebab dia, orang memandang yang tidak baik kepada orang lain yang tidak sepatutnya dipersalahkan. "Atas sebab-sebab itu jugalah saya nak terima pelawaan pekerjaan ini demi mempermudahkan urusan perkahwinan kami nanti," Murshid menyambung penjelasan. Dia tahu ayahnya tidak mungkin mengambil peduli pun. "Suka hati kau lah. Kalau kau melangkah keluar dari rumah ini, jangan kau pulang-pulang lagi ke rumah ni. Tiada tempat untuk kau dan perempuan tu. ‘Pondok’ ni tak sesuai untuk kau dan dia!" seperti yang sudah dijangka Murshid, ayahnya itu terus berlalu meninggalkannya. Murshid ke biliknya untuk mengemas apa yang patut. Beliau nekad dengan keputusannya untuk ke Kuala Lumpur, menerima tawaran kerja dengan gaji yang agak lumayan itu, agar mudah untuknya mempercepatkan pernikahannya dengan Nur Aisyah. Buat apa lama-lama, tambah dosa sahaja.
***
Malam itu suasana agak sunyi. Aira sudah tidur dek kerana kepenatan setelah pergi ‘berjalan’ menonton wayang dan bersiar-siar. Murshid masih termenung di sofa ruang tamunya. "Sudahlah tu bang. Janganlah berfikir susah-susah lagi. Hujung minggu ni kita pergi jenguk ayah ya? Saya pun tak pernah jumpa ayah abang lagi," pujuk si isteri sambil menuangkan air kopi-o suam untuk minuman malam suami tercintanya itu. Murshid masih membisu sambil membalas dengan senyum tawar. Dia memang sukakan cadangan isterinya itu. Tetapi hatinya masih berbelah bagi. Nur Aisyah bersandar di bahu suami tercintanya itu sambil membelai lengan Murshid agar hati suaminya itu bertambah tenang. Murshid rasa sedikit lega sambil memeluk bahu isterinya itu dan mencium dahi Nur Aisyah dengan lembut tanda setuju. Hujung minggu ini, kampung halamannya menjadi destinasi pilihan. Malam itu Murshid sujud menghadap Illahi, berdoa memohon Allah melembutkan hati ayahnya itu. Dia pun sudah agak rindu dengan suasana kampungnya. Dari kecil Murshid sudah kehilangan kasih ibu, lantaran ibunya ‘pergi’ menghadap Illahi akibat jangkitan kuman di paru-paru yang serius. Sejak itulah Murshid mula mengharapkan kasih seorang ayah akan tetapi ayanhya sentiasa tiada di rumah. Dia tahu ayahnya keluar mencari nafkah untuk menyara kehidupan mereka berdua; menyara pembelajarannya. Tetapi hati kecilnya juga memerlukan kasih sayang. Murshid menghelakan sedikit nafas. Perasaan itu dibiarkan sahaja. "Jom tidur. Esok nak kerja," bingkas Murshid bangkit sambil memeluk isterinya itu dengan kasih sayang.
***
Pak Mail segera bangkit dari persandarannya di ‘kerusi malas’ itu tatkala mendengar bunyi deruman enjin kereta di halaman rumahnya. Wajahnya sedikit ceria apabila melihat lelaki yang keluar dari kereta tersebut; dia cukup kenal wajah itu. Dengan pantas, Murshid menuju ke arah Pak Mail. Terus menggapai tangan Pak Mail dan mengucupnya. "Ampunkan saya ayah. Saya bukan bermaksud untuk menderhakai ayah," Pak Mail hanya tersenyum. Air matanya mengalir tanda kemaafan. Begitu juga Murshid, air mata mengalir sambil mengucapkan syukur kerana ayahnya masih mahu menerimanya.
Kening Pak Mail sedikit kerut apabila melihat seorang wanita muda dan seorang kanak-kanak perempuan berdiri di belakang Murshid. Spontan dengan reaksi Pak Mail itu, lantas Murshid memperkenalkan isterinya Nur Aisyah dan anak perempuannya Nur Anfal Humairah. "Cantik isteri kau Shid. Sopan," tersenyum Murshid mengiyakannya. Kalaulah dari dulu ayahnya merestui segala yang dilakukannya, pasti ayahnya akan mempercayai apa yang pernah diperkatakannya dahulu. Seraya itu jugalah Pak Mail mendukung Nur Anfal Humairah dan menciumnya berkali-kali. Tersenyum riang anak kecil itu; bahagia kerana mendapat kasih sayang atuknya. Mereka melangkah masuk ke rumah.
"Maaf. Pondok buruk je," tegur Pak Mail apabila Nur Aisyah memandang sekeliling dalaman rumah tersebut. "Bukan yah. Saya pun bukannya orang senang. Saya dah biasa. Cuma saya kagum kerana rumah ini seperti ada ‘sentuhan’ wanita. Kemas," balas Nur Aisyah. Tersenyum Pak Mail dengan pujian ikhlas tersebut. Malam itu Pak Mail rancak melayan Nur Aisyah dan Nur Anfal Humairah yang banyak bertanya mengenai kehidupan Pak Mail dan latar belakang keluarga. Murshid hanya memerhatikan mereka dari beranda kayu rumah itu. Bahagia melihat penyatuan ‘keluarga’ yang sudah lama diimpikannya. Berbunga hatinya kerana ayahnya menerima isteri dan anaknya sebagai sebahagian dari keluarganya. Malam semakin larut. Masing-masing sudah tidur nyenyak. Tinggal Pak Mail dan Murshid sahaja bersembang ringan di atas pangkin luar rumah. Perbincangan mereka masih mesra seakan tiada konflik pernah berlaku. Hubungan itu masih erat. Air dicincang tidak akan putus. Setelah puas berborak. Masing-masing masuk ke dalam rumah untuk melelapkan mata. Malam dibiarkan berlabuh.
Pagi itu, Nur Aisyah menyediakan sarapan. Tak putus-putus Pak Mail memuji Nur Aisyah di hadapan Murshid. Bangga Murshid kerana memperisterikan Nur Aisyah yang sempurna sifat seorang wanita yang baik. Selesai sarapan, mereka berkemas dan bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mereka bersalaman. Pak Mail memeluk erat-erat Nur Anfal Humairah, tanda kasihnya terhadap satu-satunya cucunya itu. Berkali-kali diciumnya anak kecil itu sehingga Murshid dan Nur Aisyah tersenyum bahagia melihat gelagat orang tua itu. Kemudian, giliran Nur Aisyah pula bersalam dengan ayah mertuanya itu. Diciumnya tangan tua itu tanda hormat seorang anak menantu. Pak Mail merenung wajah Nur Aisyah sambil senyum. "Aku senang dengan kau nak. Aku restui kau sebagai menantuku, isteri kepada anakku. Aku yakin kau akan jadi teman kepada Murshid dan menjadi isteri yang taat," tersenyum Nur Aisyah sambil menitiskan air mata terharu. Kemudian, Murshid memeluk Pak Mail sekuat-kuatnya sambil meminta maaf. "Sudahlah tu Shid. Ayah ampunkan kau nak. Kau anak yang baik. Ayah je yang terlalu keras hati. Kau jagalah isteri dan anak kau baik-baik. Jagalah mereka sebaiknya. Jangan kau abaikan mereka. Sayangilah mereka. Ayah restui kau dan keluarga kau. Ayah ampunkan segala dosa kau. Kau pun maafkanlah ayah andai kata terdapat salah dan silap ayah selama ini. Aku gembira akhirnya dapat juga aku bertemu dengan kau dan keluarga yang kau bina," percakapannya terhenti di situ. Lantas Murshid memeluk tubuh tua ayahnya itu. Murshid menghulurkan sebuah telefon bimbit kepada Pak Mail. "Ayah ambillah ini untuk memudahkan perhubungan. Kalau ada apa-apa, ayah telefon je saya. Nombornya semua saya sudah sediakan di dalam itu," terang Murshid sambil mengajar ringkas cara menggunakan alatan itu. "Takpelah kalau ayah tak tahu sangat nanti ayah minta tolonglah siapa-siapa tolong telefonkan kau," tersenyum Murshid kerana ayahnya itu kelihatan gembira dan sudi menerima pemberiannya. Mudah sedikit untuk berhubung. Setelah selesai bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, mereka pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur meninggalkan Pak Mail. Pak Mail menghela nafas lega kerana tercapai juga hasratnya untuk melihat anaknya kembali bersama-sama keluarga yang dibinanya; sebelum terlambat.
***
Pagi ahad itu kelihatan tenang tanpa bunyi-bunyi riuh burung-burung. Sudah seminggu selepas Murshid berjumpa dengan ayahnya. Pelik juga dia memikirkan mengapa tiada langsung panggilan dari ayahnya itu. Mungkin ayahnya sedang sibuk atau mungkin ayahnya itu tidak jumpa orang yang boleh membantunya menggunakan telefon bimbit yang diberikannya itu. Sedikit tergelak Murshid memikirkannya. "Hai senyum nampak bang. Seronok lah tu lepas dapat jumpa ayah," perli si isteri. Tersenyum Murshid mengiyakan tekaan isterinya itu. "Bukan apa. Dah seminggu kita balik dari jumpa ayah tapi takde pula ayah call," bebel Murshid. "Aik? Dah rindu ke? Abang je lah yang call dia. Kan abang ada ajar ayah ‘accept’ call?" Nur Aisyah memberi cadangan. Murshid mengangguk tanda setuju.
Belum sempat pun Murshid mendail, tiba-tiba ada ‘panggilan masuk’. Tertera nama ayahnya. Sedikit gembira hati Murshid. Dengan senyuman beliau menekan butang ‘accept call’. "Hello," sapa Murshid. Suara di sana membalas. Murshid kelihatan terdiam dan wajahnya sedikit hambar. Agak lama juga keadaan dibiarkan begitu. Murshid ‘meletakkan’ panggilan. Si isteri bertanya kehairanan. Murshid menerangkan sesuatu. "Innalillahi wa inna ilaihi raji’un," balas Nur Aisyah tatkala mendengar berita sedih itu.
cerita bagus. err, tapi kenapa namakan watak budak tu anfal ye? maksudnya rampasan perang. nur anfal humairah --> cahaya rampasan perang yang kemerahan.
like their comment....best tp ringkas so usaha lg ek writer...:)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita yang sangat menarik tetapi terlampau pendek n street to the point