BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Februari 04, 2009
Cerpen : Jiwa Yang Pulang
Nama Pena : Farahiyah

Hari ini hari Sabtu. Sudah agak seminggu aku bercuti. Cuti dari timbunan tugas yang menghambat dan luka yang merelung. Ya, jasadku tidak kuat dibebani semua ini tetapi hatiku lebih letih daripada itu.

"Betul awak nak ambik cuti ni? Tanpa gaji?" Suara bosku seakan tidak percaya.

"Saya nak pulang ke kampung 2 minggu. Sudah lama tak jenguk mak dan adik kat sana," ujarku tawar dan tidak bersungguh.

"Pulang ke sini bawa restu dan semangat dari kampung. Selamat bercuti Alya," balasnya sambil tersenyum penuh makna.

Terngiang-ngiang perbualanku dengan Tuan Kamal di pejabatnya minggu lalu. Tidak ku sangka aku masih di sini dan memeruk diri yang keresahan di kondo. Apa yang aku sedihkan? Aku datang ke kota metropolitan ini selepas bertahun-tahun belajar untuk mendapatkan sekeping ijazah. Dengan pendapatan sebanyak 5 angka sebulan, hidupku mampu berbelanja mewah dan memiliki apa yang setiap wanita inginkan; barang kemas, kereta sport dan kondo mewah. Tetapi mengapa aku masih kesepian dan kekosongan?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." Surah Al-Imran ayat 139

******************************************

'Kenapa la banyak sangat daun yang gugur nih,' gerutu hati kecilku, rimas dengan longgokan daun yang ditiup hujan ribut malam tadi. Terbongkok-bongkok badanku menyapu dedaun itu ke satu tempat untuk dikumpulkan. Hendak disuruh si Dina pun kelibatnya sendiri tidak kulihat sejak pagi tadi, ke sekolah hadiri ko-kurikulum barangkali. Sayup-sayup gegendang telingaku menangkap bunyi hon motosikal dari jalan sebelah kanan rumah. Tiba-tiba hatiku berdebar.

"Alya! Oo Alya!" Ku dengan cepat mengecam suara itu. Lantas dengan segera ku sandarkan penyapu lidi itu di tiang rumah kampungku yang berusia hampir dua dekad. Berlari-lari anak aku ke tepi rumah mendekati Pak Hamid, posmen yang ku tunggu dengan sabar setiap hari. Dengan muka penuh ceria dan pipi yang hampir kemerahan kerana kepanasan, ku sambut sampul surat bersaiz A4 yang dihulurkan Pak Hamid.

"Agaknya surat ini yang kamu tunggu tiap hari ya Alya? Lepas ni tak ada la kamu buat pak cik serba salah lalu di lorong ni tanpa surat kamu," ujar Pak Hamid sambil mengelap keringat tua yang mengalir di dahinya dengan sehelai sapu tangan.

"Iya, yang inilah. Terima kasih ya Pak Hamid!" Jelas terpancar warna keriangan di riak wajahku apabila melihat pengirim surat itu. Tidak sabar untuk membaca isi surat yang kuterima, terus ku buka dengan tergesa-gesa tetapi masih teliti agar tidak merosakkan bahagian penting pada surat itu. Punggungku dilabuhkan di atas tangga usang yang letaknya di bahagian hadapan rumah dan anak mataku mencari tajuk utama surat rasmi tersebut. Ah! Apakah aku berhalusinasi? Lantas ku bacanya buat kali kedua untuk memastikan bahawa penglihatanku masih sempurna. Jantungku seakan berhenti berdegup. Seperti tindakan refleks, aku melompat kegembiraan dan memeluk kepingan kertas yang membawaku berita bahagia.

"Alhamdulillah. Thank you Allah," lancar ayat itu keluar dari bibir tanpa ku sedari. Senyum ku melirik hingga ke telinga.

******************************************

Malam masih muda dan bulan di luar jendela pula seolah tersenyum melengkung kepadaku yang setia duduk di kerusi rotan. Malam yang sungguh nyaman, senyaman hatiku yang tidak putus-putus bersyukur dari pagi sudah. Langsir ungu jahitan emak kelihatan terbuai-buai dielus angin lembut. Sedang jariku menetas jahitan jelujur pada kain, mataku asyik merenung susuk tubuh emak yang sedang tekun menjahit. Tangan tua itu tidak pernah kenal erti jerih, tangan yang berurat dan kasar yang bekerja saban hari untuk sesuap nasi kami tiga beranak. Ketika terang-terang tanah emak sudah turun ke ladang getah mengambil upah menoreh hingga ke lewat sore. Sebelah malam pula menyiapkan tempahan menjahit baju kurung ditemani mesin jahit antik walaupun anak-anaknya sudah hanyut dalam tidur yang lena. Alangkah bagusnya jikalau ayah masih hidup dan menjadi pembela keluarga. Tidaklah emak menyiksa jiwaku dan Dina dengan bebanan yang memberat di pundaknya. Hatiku lirih. Jikalau ku mampu beri segunung emas, ah tidak. Mungkin bukan emas, tetapi sejumlah wang; akan ku hantar emak mengikuti kelas jahitan yang sejak dahulu menjadi minatnya agar emak mampu hasilkan baju yang pelbagai. Semoga dengan itu pintu rezeki kami bertambah luas. Bagaimana harus ku khabarkan berita ini padanya? Ku kira emak juga pasti ikut terhibur dengan rezeki yang jatuh dari langit, daripada Allah.

"Aduh!" Tiba-tiba aku terjerit kecil.

"Al, kenapa tu? Kamu tercucuk jari dengan penetas tu ya?" Pandangan emak masih lekat pada kain jahitannya.

"Em, a'a. Tak perasan, tercucuk pulak," balasku menipu.

"Iyalah tu Al. Mak tahu kamu tengah leka. Kamu pandang emak dari tadi lagi kan? Ada apa Al?" Emak memusingkan badannya dan mengadapku.

Aku tergumam. Masakan emak dapat melihat gelagatku dengan ekor matanya? Aku tergelak kecil, kelakar dengan situasi pelik tadi. Ku angkat punggungku dari duduk yang selesa dan memeluk tengkuk emak dari belakangnya. Ku merasakan kasih sayang seorang ibu yang meruah terhadap anak sulungnya. Berbanding Dina, aku lebih rapat dengan emak. Ku rasa apa yang emak rasa. Ku kongsi setiap pengalaman dan perasaanku dengannya. Jika emak dijelmakan dalam keadaan fizikal seorang lelaki, sudah pasti kami disalah anggap seperti belangkas.

"Ha, ni manja-manja mesti ada udang di sebalik mee kan?" emak bergurau sambil mencubit pipi tembamku. Aku mencebik dan menggosok pipi yang tidak sakit. Hanya emak sahaja yang dibenarkan mencubit pipiku tanpa perlu ku balas kembali.

"Mak, Al ada dua berita untuk mak. Nak dengar yang mana satu dulu? Berita baik ke berita buruk?" ujarku memancing perhatian emak.

"Berita buruk dulu. Benda baik mak nak dengar akhir sekali," balasnya tanpa ragu-ragu.

"Berita buruknya, pipi yang dicubit banyak kali lama-lama jadi gelibir nanti. Haha. Em, berita baik pulak Al dapat tawaran sambung belajar kat UK," terangku dengan lagak tenang.

"Apa dia? UK?" Emak seakan tidak mengambil perhatian terhadap loyar burukku tadi.

"A'a. UK, United Kingdom. Jurusan Business Management, program ijazah 4 tahun. Pagi tadi surat tu sampai," aku beria membalas. Segera ku capai surat tawaran tersebut di atas meja kopi dan ku tunjukkan kepada emak betapa anaknya mampu pergi sejauh ini. Aku mahu emak bangga dengan pencapaianku.

Akan tetapi entah mengapa air muka emak tidak seperti yang aku bayangkan. Reaksinya. Senyumannya. Tawar dan hambar. Aku dapat rasakan getar luluh di segenap penjuru tubuhku. Emak..


******************************************

"Tit..tit.." Lamunanku terhenti. Aku capai telefon bimbit Nokia yang terselit di celah sofa. Lelaki itu lagi. Tidak pernah berputus asa mengirimku mesej setiap hari. Muhammad Amirul Syah Ridzuan. Menghairankan. Walaupun aku tidak pernah mengambil perhatian padanya tetapi nama penuhnya sudah terhafal dalam memori kekalku.

'Awk x dtg keje dh smggu. x sht ke? - Muhammad Amirul Syah Ridzuan.. :('

Mesej itu ku padam serta-merta. Sepanjang hayatku, tidak pernah sekali pun ku balas mesejnya. Ku akui dia terlalu mengambil berat terhadapku dan menghormati pendirianku. Jika dikira-kira, dia mampu bertemankan perempuan lain yang lebih layak daripadaku. Orangnya tinggi, berkulit sawo matang dan menyejukkan mata yang memandang. Bagiku hubungan kami hanya setakat rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu. Fiilnya tidak pernah menjengkelkan dan aku sendiri tidak pernah menerima pengakuan cinta daripadanya. Hatiku telah menjadi sekeras batu sejak pemergianku dulu. Tidak dapat memberi dan menerima cinta lagi. Syah mengingatkan ku kepada emak di kampung. Sentiasa bimbang tentang makan, pakai dan tidurku. Kolam air mataku bertakung lagi.


******************************************

"Tapi kan Al dapat biasiswa mak. Mak tak usah risau tentang perbelanjaan Al kat sana nanti," aku memujuk emak dengan bersungguh-sungguh.

"Tapi Al, siapa nak tolong mak jual kuih setiap pagi nanti? Adik Al kan tak habis sekolah lagi, yuran dia pun tak tertanggung. Tak boleh ke Al tunggu dulu?" Kata-kata emak membuat hatiku semakin sayu.

"Emak tak mau ke lihat Al berjaya macam orang lain? Al nak buktikan pada emak dan orang kampung yang Al boleh tampung keluarga kita suatu hari nanti, lepas Al tamat belajar, " ku genggam tangan emak kemas-kemas.

"Siapa nak jengukkan emak dengan Dina bila Al tak ada nanti? Sakit? Makan?" Suara emak semakin kurang jelas di corong telingaku. Aku tahu emak tidak sanggup melepaskan aku jauh dari matanya. Aku anak emas emak.

"Pak Hamid kan ada? Mak Kiah sebelah rumah pun rapat dengan keluarga kita. Al akan tulis surat selalu. Al tak nak kita selamanya hidup susah mak. Al nak kita hidup senang macam orang lain. Mak tak perlu buat kerja berat lagi. Tu janji Al," air mataku menitis juga.

"Jadi selama ni Al rasa kita tak bahagia hidup macam ni? Al rasa rendah diri dengan kehidupan kita sekarang?" Emak memandangku dengan kesedihan yang tidak terbendung. "Kalau macam tu pergilah Al, mak tak akan halang Al," Emak meninggalkan ku keseorangan menangis berteleku di ruang tamu.


******************************************

Kepergian pertamaku dari kampung menuju ke bumi orang hanya disusuli Dina dan Pak Hamid. Sejuknya rasa hati ini, tiada hangatnya lagi. Emak sudah berminggu-minggu tidak bercakap denganku. Hanya Dina yang menolongku mengemas barang untuk dibawa ke UK. Adakah ini digelar ketamakan? Atau adakah ini satu ego seorang anak terhadap ibunya? Tetapi niat asalku hanya untuk membela nasib kami bertiga. 'Emak, kenapa tak memahami perasaan Al?' Rintih hati kecilku yang menangis. Dina menyeka air mataku yang tumpah membasahi pipi.

"Dina faham. Emak mesti faham jugak. Cuma hati emak degil. Emak mesti doakan akak. Percayalah," Dina memujukku.

"Dina jangan ponteng sekolah ya. Janji dengan akak. Jaga emak baik-baik," ujarku sambil memeluknya. Dina hanya mengangguk dan membalas pelukanku. Terasa basah bahuku dengan tangisannya. 4 tahun, satu jangka masa yang bukan singkat. Aku cuma anak kampung, mana mungkin mampu pulang ke tanah air dengan kerap.

"Tulis surat ya Al. Pak Hamid pun nak tau perkembangan kamu jugak," Pak Hamid mencelah dengan senyuman mesra seperti seorang ayah.

Dan terbanglah aku ke destinasi anganku yang menjanjikan seribu cita-cita dan impian. Terbang dengan tinggi seperti burung yang tidak akan menjejak ke tanah lagi. Maafkan Al mak..


******************************************

"Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti.."


Entah mengapa bait-bait lagu 'Tanpa' nyanyian Sixth Sense begitu menuntun hatiku. Seperti menambah penyesalanku hingga berguni-guni. Alya..tidak sedarkah kau masih tersiksa walaupun hidupmu tidak ubah seperti permaisuri sekarang? Tidak, aku telah merasakan kesepian itu sejak awalan lagi. Meski ku tahu aku akan kesepian, namun aku tidak mampu menoleh ke belakang lagi. Aku tekad. Merenung segenap ceruk isi rumahku yang kosong, kerajaan hatiku runtuh. Hati yang dulunya seteguh tembok besar Cina, kini sudah tidak larat untuk berdiri lagi. Aku keseorangan. Saat manis bersama Dina dan emak berputar laju di depan mataku. Kepulanganku setelah tamat pembelajaran tidak disambut mesra oleh emak, malah sedingin ais yang keras dan dingin. Hanya Dina dan Pak Hamid yang mengerti jiwa anak yang dihalau dari hati ibunya sendiri. Ku seka air mata yang entah berapa kali gugur hari ini.

Bukan tidak pernah ku cuba memujuk emak, tetapi akhirnya hatiku sendiri yang terluka dengan layanan emak yang endah tak endah terhadapku. Aku putus asa. Begitu bencikah emak kepadaku? Apa salah besar yang ku lakukan? Ego seorang anak sulung sepertiku terus menebal dan meninggalkan kampung seolah aku tidak akan pulang lagi. Emak diam tanpa kata-kata, merelakan kepergianku buat kali kedua. Meski aku jauh di kota ini, aku tidak pernah lupa dari mana usulku. Dihinggapi rasa bersalah, aku kerap mengirim duit belanja ke kampung. Setiap kali itu juga aku menerimanya kembali ke tanganku. Serasa seperti mahu ku putar semula masa balik pada zaman lalu. Letihnya jiwa ini. Ku mengatur langkah perlahan ke birai katil. Menekup mukaku dengan bantal dan menangis semahunya.


******************************************

Aku lihat emak melewatiku dengan gembira dan mendukung seorang bayi perempuan yang sangat comel. Tidak pernah tercermin keceriaan itu di depanku selama ini. Emak mendukungnya dengan lembut dan membuat mimik muka yang melucukan. Bayi itu ketawa. Aku juga tersenyum kegelian. Tiba-tiba terdengar bunyi enjin motor yang masuk ke halaman rumah. Aku seperti mengenali lelaki itu, susuknya tinggi dan kurus. Berkumis halus dan bercermin mata. Mataku berkaca-kaca. Emak dengan segera menuruni tangga sambil mendukung bayi itu di pelukan. Lelaki itu disambut dengan kucupan hangat di tangannya.

"Baru pulang bang?" Emak bersuara.

"Iya. Alya kita macam mana? Makin comel tiap hari," lelaki itu tersenyum dan satu ciuman kebapaan hinggap di pipi bayi itu.

Aku terharu. Itu ayah. Lelaki yang selama ini aku rindui. Ingin ku gapai lengannya tetapi tidak sampai. Ku cuba lagi tetapi hampa. Ku pegang tangan emak tetapi tidak diendahkan. Sepertinya aku tidak wujud di antara mereka.

"Mak ni Alya mak..Pandanglah Alya.." aku menangis sambil menarik-narik tangannya. "Mak...Mak.." Aku terus merintih menagih perhatiannya.

Tiba-tiba duniaku gelap dan aku rasa bagai sedang terjatuh dari bangunan yang tinggi. Aku tersentak. Astaghfirullah, aku bermimpi rupanya. Ku bangun dari katil dan tersedar ada sisa tangisan di kedua belah pipiku. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Hati aku tergerak untuk mengambil air wudhu' dan menenangkan diri dengan solat malam yang sudah lama kutinggalkan. Ku capai telekung putih yang tersidai di almari. Pagi yang hening itu aku tenggalam dalam sujud yang panjang. Hati aku tidak putus-putus berdoa, " Ya Allah, hanya engkau tahu kesedihan hamba-Mu, betapa aku rindukan kasih sayang seorang ibu dan aku merayu kemaafannya. Ya Tuhan, berikan aku segenap kekuatan untuk menatapnya semula sebelum maut dan takdir memisahkan kami. Kau permudahkanlah urusan hamba-Mu.."

Air mataku menitis dalam tadahan doa. Ku puputkan keyakinan bahawa masih ada ruang untukku dalam hati emak. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

"Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikan) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." Surah Al-Luqman: 14


******************************************

Jam berdenting. Jarum pendek menunjukkan tepat pukul 6 pagi. Sesudah menunaikan solat Subuh aku terasa bagai ada satu kekuatan untuk pulang ke kampung. Aku tidak peduli sedalam mana hatiku terluka dan seteruk mana reaksi emak bila melihatku nanti. Aku hanya mahu melihatnya dan memastikannya sihat. Cukuplah keegoanku membataskan hubungan kami. Emak mungkin degil, tetapi selama mana hatinya akan keras begitu. Aku percaya emak pasti akan memaafkan aku jua. Lantas ku capai 3 helai baju dan segala keperluan. "Tit...Tit.." Telefon bimbitku berbunyi. Ku buka dan ku baca mesej yang ku terima di dinihari itu. Sangkaan ku mengena kerana pengirimnya adalah Syah. Dia tidak pernah lupa mengejutku untuk solat Subuh setiap pagi. Buat kesekian kalinya aku menekan butang-butang di telefon bimbitku, bukan untuk memadam mesej itu, tetapi membalasnya. Iya, membalasnya. "Tq, smoga hari ini ceria buat awk.." Aku tersenyum.

Ku humbankan beg ke dalam tempat duduk belakang dan memanaskan enjin kereta. 'Emak, Alya pulang mak..' bisik hati kecilku. Pagi itu sinar matahari terasa lebih hangat daripada biasa. Aku tenang, bersama jiwa yang pulang..

TAMAT
posted by Penulisan2u @ 2:09 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 4/2/09 1:34 PTG, Blogger Qzeqs82 said…

    hhmm...best gak citer ni...
    susunan citer pon teratur..
    teruskan brkarya ok..

     

  • At 4/2/09 6:20 PTG, Blogger Anis Mohd said…

    urm..
    ok la..
    agak cool..
    asyik2 kisah cinta je kan...

     

  • At 5/2/09 3:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ringkas sangat laa..
    mesej ada..
    cuma huraian kurang berkesan..
    mantapkan lagi penulisan..=)
    ~kumisnipis~

     

  • At 5/2/09 7:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita nie sangat best
    sebab berkaitan dengan hati seorang anak dengan ibunya
    lebih2 lagi anak sulong cam saya
    hehe
    saya harap penulis dapat sambung cerita nie
    bagaimana penerimaan ibunya kelak
    all the best!!!
    ::secretive::

     

  • At 15/2/09 1:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg best cte ni..saya suka membacanya..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group