Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Fuyoooh! Cantik giler awek tu. Muka dia punya la cute. Kulit putih gebu, senyuman dia mampu buat iman aku goyah dan rambut dia yang ikal tu dilepaskan melepasi bahu menonjolkan lagi seri muka dia yang bersinar-sinar tu. Badan pun boleh tahan, sampai terliur aku. Bila aku tengok muka dia, aku rasa tak nak dah pejam mata ni dan nak terus merenung wajah awek tu. Aku rasa tak puas tengok muka dia walaupun dah hampir sejam aku merenung tepat kat dia. Dan mulalah aku berangan kalaulah aku dapat awek tu, alangkah beruntungnya aku. Confirm aku tak cari lain dah. Ayat ni mesti korang dah biasa dengar. Itulah ayat yang biasa lelaki ucapkan untuk pancing perempuan. Tapi macam aku ni, boleh dipercayai. Aku jenis setia. Itu yang aku pernah baca dalam satu majalah entah tahun bila aku pun tak ingat, tapi dalam majalah tu tulis yang aku tergolong dalam golongan lelaki yang setia. Mula-mula tu aku fikir-fikir juga, betul ke aku ni boleh setia? Sampai sekarang pun aku masih tak ada jawapan sebab pertamanya aku tak pernah bercinta. Keduanya perempuan yang pernah minat aku pun semuanya tak menepati citarasa aku. Ada yang cakap aku ni memilih, ada cakap aku takut perempuan dan ada juga yang cakap aku fikir bagus dan perasan hensem. Orang boleh cakap apa mereka suka, tapi aku percaya mungkin belum sampai masanya walaupun sekarang umur dah menjejak 26 tahun. Dah selayaknya aku kahwin dan jadi bapa budak. Wajah awek tu masih lagi memenuhi ruang pandangan aku. Cantiknya. 'Hoi Fiz! Berapa lama lagi kau nak pause cd tu dan tilik setiap satu inci muka perempuan tu? Aku ni dah sejam menunggu. Kalau kau setakat nak tengok muka perempuan tu je, kau tengok lain kali. Aku nak habiskan tengok cerita ni. Cepat tekan start balik!' 'Siot kau Zarul. Aku baru nak layan blues tengok muka awek ni. Cun giler!' 'Baru pe benda? Dah sejam tau kau pause kan cerita tu. Tak puas lagi ke? Sudah-sudahlah. Esok-esok kau boleh renung lagi. Kau nak tengok beratus kali pun lepas ni tak ada sape nak marah.' 'Kau ni suke membebellah Zarul. Mengalahkan mak dan nenek aku. Kau tak ada perasaan ke bila tengok awek ni?' 'Hantu kau Fiz. Aku tak kasi kau tengok cd ni baru kau tahu. Pe barang awek ni? Awek aku si Sue tu lagi cantik lagi cun.' 'Argh kau! Bad taste. Taste aku cam awek ni la, baru padan dengan aku yang hensem lagi macho ni. Hahaha.' 'Kau nak perasan berbakul-bakul pun aku tak kisah.' Butang start ditekan oleh Zarul. 'Apa ek nama awek ni? Kau tahu tak?' 'Aku pun tak sure. Kau tengok je la bila nama pelakon-pelakon keluar bila dah habis nanti. Pe susah.' 'I'm not Single. Aku bukan bujang.' Sepanjang cerita tu, aku bukan peduli sangat jalan cerita tu dan lakonan pelakon lain dalam cerita tu. Mata aku hanya tertumpu pada lakonan awek tu. Dengan suara dia yang agak kasar tapi dia masih kelihatan ayu. Lisa Surihani. Lisa Surihani. Aku dah mula minat kat dia. Tapi realitinya, mustahil aku boleh dapat dia. Berpijak di bumi nyata. Tak mustahil gadis secantik tu ada yang memiliki. Mesti ramai yang tengah tunggu peluang je nak tackle. Best man win. Kalau nak berangan berdampingan dengan Lisa Surihani tu sampai raya tahun depan pun tak akan habis. Dunia realiti aku sekarang ni yang paling penting. Hidup dan komitmen baru yang perlu aku tumpukan. Baru je sebulan aku kerja kat jabatan ni. Bergantung kepada zero pengalaman bekerja dalam bidang kerja ni buat life aku totally different. Jadi pegawai tadbir diplomatik tak pernah terimaginasi dalam kepala ni. Masa keluar dari universiti dulu aku hanya terfikir nak kerja jadi penulis atau pun jadi pelukis grafik je. Tiba-tiba pula aku tercampak kat sini bila JPA tawarkan aku jawatan ni lepas aku lulus temuduga. Itupun sebab aku pemegang biasiswa dan perlu berkhidmat pada kerajaan bila ditawarkan. Orang berbudi kita berbahasa. Mengenangkan jasa duit scholar yang aku guna buat bayar yuran, makan dan beli buku plus isi minyak motor buat aku redha dan bersyukur dengan kerjaya sekarang. Beberapa kenalan cakap aku sangat beruntung menjawat jawatan sebagai pegawai yang dikategorikan sebagai high class position dalam sektor awam ni. Tercampak dalam dunia yang secara ringkasnya boleh dikatakan skema ni langsung tak masuk dengan jiwa aku. Tapi aku terima dengan optimis. 'En. Hafizhyrie, ini senarai ext. staf. Encik punya sambungan yang ni, 4213.' 'Ok, terima kasih.' Selepas je kerani tu beredar keluar dari bilik, aku menatap seketika sehelai kertas yang diberikan tadi. Kemudian baru aku sedar yang aku tak tanya pun nama kerani tu tadi. Mungkin lepas ni dia akan jumpa aku lagi so bolehlah aku tanya nama dia personally. Muka dia yang putih dan bujur sirih tu aku akan sematkan kuat-kuat supaya tak lupa nanti. 'Rina, saya nak fail projek Selayang ye?' 'Ok. En. Hafizhyrie.' 'Oh, Rina! Sebelum saya terlupa, tolong fotostatkan sekali pekeliling ni saya nak lagi satu copy. Ok, terima kasih.' Aku menyerahkan pekeliling yang aku maksudkan tadi.
'Boleh percaya ke kau ni Zarul, biar betul?' 'Apa yang tak betulnya? Buat apa aku nak tipu kau, tak ada faedahnya pun. Bukan aku boleh jadi kaya dengan tipu kau.' 'Ha, iyelah. Mana tau ko nak kenakan aku ke?' Tok tok! Pintu diketuk. Aku menoleh melihat siapa. Kerani yang semalam tu rupanya. 'K la Zarul. Ada awek cun nak jumpa aku ni. Nanti aku call kau balik.' Lantas aku meletakkan ganggang telefon. 'Aik, nape berdiri kat situ, tak masuk? Ya, ada apa?' 'Ni fail Selayang yang encik nak tu.' Tiga fail yang tebal-tebal semuanya diletakkan di atas meja aku. 'Kenapa tak Rina yang hantar fail ni?' 'En. Suhaimi panggil nak jumpa dia tadi. Jadi saya tolong hantarkan fail ni.' 'Owh, tak pe la kalau macam tu.' Melihatkan kerani tu macam nak beredar, aku cepat-cepat bertanya soalan yang dari semalam aku dah prepare. 'Saya tak tahu lagi nama awak.' 'Owh, saya Hani. Kerani fail.' 'Hani. Ok Hani, terima kasih.' Hani, Hani. Simple and nice. Aku tak akan lupa nama tu dengan muka dia sekali. Macam mana aku nak lupa kalau hati ni dah asyik ingat kat dia je. Cinta pandang pertama ke aku ni? Hopefully lepas ni semua pintu akan terbuka dan jalan semakin luas untuk aku lebih mengenali Hani.
Disebabkan aku dah kenyang dapat makan free lepas meeting tadi, time lunch hour aku tak keluar makan. Aku duduk dalam office senyap-senyap sambil check inbox email aku. Tiba-tiba Hani muncul depan pintu bilik aku. 'Tak keluar makan ke En. Hafizhyrie?' 'Owh Hani. Saya dah makan lepas meeting tadi. Awak pula tak makan ke?' 'Saya dah makan tadi sambil tengok tv dalam bilik tu.' Tangan Hani menuding pada pantri yang berhampiran. 'Oh, saya tak tahu pun dalam tu ada tv. Duduklah, penat berdiri nanti.' 'Tak pe la. Kejap je ni, nak gi toilet kejap lagi.' Dalam hati aku terdetik kalaulah dia dapat borak dengan aku lama-lama kat sini kan bagus. 'Awak dari mana ye?' 'Sabah.' 'Oh, saya belajar kat Sabah dulu. UMS.' Dalam masa yang singkat tu, aku mula tahu sedikit tentang diri Hani. Lebih muda empat tahun dari aku dan berasal dari daerah Menumbok di Sabah.
Perhimpunan bulanan jabatan aku pagi ni mencipta lagi satu sejarah dalam hidup aku. Aku dijemput naik ke atas pentas dan diperkenalkan sebagai pegawai baru. Tapi bukan itu sebenarnya sejarah yang aku maksudkan. Selepas dari perhimpunan tu ada disediakan makanan free yang sudah siap dibungkus. Melihat ramai sangat yang beratur mengambil makanan, aku malas nak menyertai dan beredar untuk pulang ke bilik. 'Tak nak ambil makanan ke?' Tiba-tiba suara Hani menegur. Baru aku perasan yang dia rupanya beratur berdekatan dengan tempat aku berdiri. 'Tak. Malas.' Jawab aku ringkas dan beredar dengan senyuman. Belum sempat aku membuka fail projek yang bakal aku hadiri mesyuarat tapaknya hari ini, Hani masuk ke dalam bilik aku dengan sebungkus makanan dan air mineral. 'Nah, saya ambilkan untuk En. Hafizhyrie.' Makanan itu lantas dihulurkan kepada aku. 'Buat susah je. Terima kasih.' Makanan sudah di tangan. Hani terus saja beredar selepas aku menghabiskan ayat itu. Tak sangka pula Hani akan ambilkan untuk aku. Langsung tak terlintas dalam kepala ni. Aku fikir memang tak nak je makan tapi dah rezeki. Mulalah aku tak senang duduk dalam office ni bila asyik fikirkan, Hani ada perasaan kat aku ke? Dia perasan ke perasaan aku ni yang dah makin suka dekat dia? Mesyuarat tapak dah selesai, dan semua ahli mesyuarat yang hadir dijemput makan di restoran yang berhampiran oleh kontraktor. Aku pun memang tengah lapar waktu tu. Sampai je kat ofis lunch time pun dah habis. Aku tengok bungkusan makanan yang Hani bagi tadi masih tak dimakan. Rasa sayang pula nak buang. Nak makan sekarang, masih kenyang. Nak pulangkan balik, nanti apa kata Hani. Nak bawa balik lepas waktu kerja nanti, boleh makan lagi ke? Aku tawakal je la bila sampai rumah, aku terus menjamah makanan dalam bungkusan tu. Sampai kat tekak, aku rasa macam ok je lagi. So aku pun habiskan makanan tu tanpa tinggal sisa pun. Dalam hati aku kata, ini belum Hani sendiri yang masak. 'Lapar sangat ke Fiz? Licin aku tengok.' 'Ada awek kasi aku mee hoon ni. Sayang pula kalau tak makan.' 'Awek mana pula ni? Kau dah jumpa ratu hati ke?' 'Kau jangan nak memperlekehkan aku Zarul. Dah orang kasi, aku makan la. Rezki. Bukan apa pun.' 'Nak mengelat la tu? Kalau dah confirm jangan plak lupa kenalkan kat aku. Tak sabar aku nak tengok awek pertama kawan baik aku ni. Macam Lisa Surihani ke? Hahahaha.' 'Siot kau Zarul. Kalau confirm, bukan kau je. Dengan mak bapak aku sekali aku kasi tunjuk.' Aku lantas bangun dan melangkah pergi. 'Ei, kau nak gi mana tu. Ni dah habis makan tak reti nak angkat?' 'Aku nak mandi. Kau je la yang tolong buangkan.' Pintu bilik aku hempas perlahan. 'Biar buncit perut kau tu nanti, sorang perempuan pun tak nak! Lepas makan terus mandi!' Suara jeritan Zarul dari luar masih jelas aku dengari. 'Cepatlah kau kahwin Zarul, biar bini kau pula yang dengar kau membebel.' Rungutan aku sekadar didengari oleh diri sendiri.
'Hari ni ada pasar kat Dataran Astana. Tiap-tiap hari Rabu dan Jumaat ada buka.' 'Owh, yeke. Patut la pun saya pernah nampak on the way balik kerja.' 'En. Hafizhyrie tak pernah pergi ke?' 'Tak. Tengok dari jauh je. Pergi sorang tak ada teman tak best la.' 'Saya pernah pergi tapi jarang. Jauh gak kalau nak jalan kaki.' 'Kalau macam tu boleh lah saya ajak Hani teman.' Aku sekadar mengusik dan melemparkan senyuman ke arahnya. 'Kalau En. Hafizhyrie ajak, saya boleh pertimbangkan.' Senyuman yang paling manis dilemparkan.
Aku melihat-lihat senarai ext. yang terlekat di dinding. Hani...Hani Ilyana. Pantas jari menekan nombor 4322. 'Hello, ni Hani ea?' 'Ya, Hani. Tapi ni siapa?' 'Ni Hani yang....' Belum sempat aku menghabiskan ayat aku. 'Kat sini ada dua Hani. Nak cakap pasal apa?' 'Owh, mungkin saya salah orang. Takpe la.' Aku lantas meletakkan ganggang. Buat malu aku je. Hope dia tak tahu aku yang cakap tadi. Aku melihat kembali senarai ext. tu. Selepas menilik senarai tu beberapa saat, aku pun nampak nama Nur Hanihafizah Bt Husin. Ext. 4223. Tapi aku hilang keberanian nak mendial. 'Hello, Rina. Saya nak satu fail untuk saya simpan surat-surat edaran.' 'Ok, nanti saya beri sampul kecil warna kuning tu kat En. Hafizhyrie. Boleh kan?' 'Sebelum saya lupa, Hani yang sebelah meja awak tu apa eh nama penuh dia? Sebab dalam senarai dekat saya ni ada dua orang Hani la.' 'Owh, nama dia Hanihafizah kalau saya tak silap.' 'Ok. Fail tu jangan lupa eh?' Ganggang telefon terus aku letak. Berjaya juga plan aku. Kalau direct tanya nama Hani, kantoi la aku nanti.
Sayup dari dalam bilik yang aku buka pintu luas-luas, aku terdengar suara Rina. 'Hani, nama Hani, Hanihafizah kan?' 'Aah.' Suara Hani menjawab ringkas. Jari menekan butang 4223. 'Hello.' 'Hani, saya nak kacau jap. Free tak?' 'Ni siapa ye?' Sengal pula aku ni. Nervous sampai lupa nak bagitahu nama. 'Owh, lupa. Ni En. Hafizhyrie. Saya ingat nak ajak awak teman saya gi pasar kat dataran tu petang ni. Awak nak balik cepat ke?' 'Saya tak kisah, tapi En. Hafizhyrie nak pergi pukul berapa ye?' 'Pukul 5.' Lepas je ganggang diletak, punya legalah aku rasa. Jam di dinding dijeling. Tinggal lagi 1 jam setengah sebelum aku dan Hani berjumpa.
Berdua berjalan beriringan membuatkan aku rasa seperti kami berdua je yang berada di situ dalam kepadatan orang yang aku rasa seperti tak wujud. Setiap tutur kata Hani aku dengar satu persatu. Melalui penerangan dia kadang-kadang aku rasa macam dia jadi tourist guide aku pula memandangkan ni kali pertama aku jalan-jalan di dataran ni. Tapi ok gak daripada tak ada isu untuk kami bualkan. 'Saya suka jagung ni kalau campur dengan mayonis. En. Hafizhyrie suka yang campur mayonis ke yang campur majerin macam ni?' 'Saya tak biasa makan benda-benda macam ni.' 'Owh, yeke?' Abang yang sedang membungkus jagung cawan depan kami terkial-kial membuka plastik. 'Lagi satu eh?' Aku memberitahu abang tu. 'Terasa nak makan pula bila tengok Hani beli. Saya belanja awak la.' 'Eh, takpe la.' 'Tak pe, sebab awak temankan saya.' Bila abang tu hulurkan jagung, cepat-cepat aku hulurkan duit padanya sedangkan Hani sudah menghulurkan duit di tangannya. 'Sekali je bang.' Duit di tangan aku diterima. Aku menghantar Hani pulang. So aku dah tahu kat mana Hani tinggal. Senanglah lepas ni kalau aku nak mengatur dengan sengaja pertemuan kami.
'Hani, bawakan saya fail Kedah.' Ganggang diletak. Sebentar kemudian Hani datang bersama fail yang aku minta tadi. 'Saya nak call Hani nanti macam mana eh kalau tak ada nombor telefon?' Aku bertanyakan kepadanya soalan yang sebenarnya aku mahu dan bukanlah fail Kedah seperti yang aku minta tadi. 'Call saya? Bukan tadi En. yang call saya ke?' Wajah Hani kehairanan. Comel la pula. 'Owh, bukan. Nombor handphone.' 'Nak buat apa?' Takkan la aku nak jawab yang aku nak tackle dia dan aku suka kat dia. Apa aku nak jawab ni? Terpaksalah aku jawab dengan jawapan bodoh ni. 'Mana la tahu kalau-kalau saya jumpa kat mana-mana jagung rebus mayonis, boleh saya hantar kat awak.' Apa punya jawapan la aku bagi ni. 'Jagung rebus mayonis. Erm...ok gak!' Tiba-tiba Hani keluar dari bilik aku tanpa sebarang kata hingga aku tergamam dan tak sempat menahannya. Adush, kenapa dia tetiba pergi ni? Aku tersalah cakap ke? Tadi aku tengok muka dia ok je bila aku cakap pasal jagung tu. Kalau iye pun malu ke marah ke, jangan la blah camtu je. Kasi la dulu nombor. Macam mana lagi ni aku nak buat nak dapatkan nombor telefon dia? Tiba-tiba Hani sudah tercongok depan aku sedangkan aku sendiri tak sedar bila dia masuk. 'Ni nombor telefon.' Hani menyerahkan sekeping stick note berwarna hijau. 'Ok, thanks. Nanti jangan terperanjat lak kalau tetiba saya call?' Aku mengambil kertas yang dihulurkan. Cepat-cepat aku save dalam PDA sebelum kertas hijau tu bakal hilang. Nanti aku gak yang susah-susah nak minta balik.
'Awak cuti balik Sabah minggu depan kan?' 'Aah, mana encik tahu?' 'Saya tahu kalau awak tak cakap sekalipun.' 'Encik Hafizhyrie ni ada ilmu ke sampai boleh tahu ni? Takutlah saya nak dekat dengan encik lagi lepas ni. Hehehe.' 'Jangan la macam tu? Saya teka je. Lagipun kalau awak cuti lama-lama tu nak buat apa kalau tak balik kampung, betul tak?' Aku sentiasa berharap agar aku akan selalu dapat mendekati kau Hani. Semoga aku dapat menghapuskan segala ketakutan yang mungkin hadir antara kita. Dan biarlah hati ini yang sudah mula terpaut pada kau Hani terus dengan bait kata-kata indah untuk memiliki cintamu Hani. 'Encik Hafizhyrie nak kirim apa-apa ke?' 'Takpe la, buat susah-susah awak je nanti. Tapi lama gak saya tak makan Bambangan sejak belajar di UMS dulu.' Buat-buat jual mahal tapi oder gak. Kalau dia concern mesti dia faham. Tapi aku pun tak mengharap sangat.
Lepas je lunch, aku terus naik ofis. Aku tengok Hani ada di meja dia. Mesti dia lunch sorang-sorang ni, aku teka. Aku pun menghampiri meja Hani lalu menegur. 'Ha, buat aper tu?' Aku tengok Hani tengah online mengadap email. 'Ada email ke? Boleh bagi saya.' Aku bertanya lagi. 'Ada.' Hani mengeluarkan sekeping kertas dan menulis di atasnya. Hani_fiza223@yahoo.com. 'Ok, thanks.' Aku lalu beredar selepas mengambil kertas yang dihulurkan oleh Hani. Yang bestnya, lepas tu aku selalu on komputer untuk tengok kalau-kalau Hani tengah online. Lepas tu aku pun usha dia kat messenger. Lagi best sebab dia balas dan kami chat waktu tak ada kerja. Dan setiap pagi bila masuk kerja aku akan hantar email pada Hani wish 'Have a nice day! Semoga kekal dengan senyuman. =)'.
Aku keluar pejabat lewat petang itu. Ada kerja yang perlu aku selesaikan untuk minggu depan. Hani keluar awal bila aku telefon tiada berjawab, hanya bunyi telefon di mejanya yang aku dengar dari dalam bilik aku. Selepas beberapa ratus meter jauhnya dari bangunan pejabat, aku menghantar mesej pada Hani. Hani memberitahu yang dia berada di pasar Dataran Astana. Kemudian aku pun segera ke pasar dan mencari-cari kelibat Hani sehingga jumpa. 'Secara kebetulan ke atau memang cari saya kat sini ni?' Soal Hani. Slumber je dia tanya aku, ke memang dia dah tahu? 'Tak lah. Saya ada benda nak cari. Mula-mula memang nak ajak Hani tapi lupa sebab nak siapkan sikit kerja. Tu yang keluar ofis pun lewat. Nasib baik juga Hani still ada kat sini. Hehe.' 'Nak cari benda apa tu?' 'Ada la, rahsia.' Aku senyum bermakna. Aku cari kau Hani.Kalau boleh aku nak setiap saat kau berada depan mata aku, dekat dengan aku,barulah aku rasa jiwa aku terisi dan hidup aku bermakna. Aku menghantar Hani pulang dan bermula dari petang itu, aku tak dapat berjumpa dengan Hani buat beberapa hari sementara Hani pulang ke kampungnya.
Betapa rindunya aku pada Hani. Bila dalam ofis aku rasa sunyi tak mendengar suara Hani mengangkat panggilan telefon dan berbual dengan staf yang lain. Mujurlah ada kerja melambak atas meja, dapatlah aku melupakan sekejap kerinduan aku yang teramat sangat pada Hani. Ada juga sekali-sekala aku menghantar sms pada Hani tapi semuanya berbau bersahaja. Aku belum bersedia untuk memberitahu Hani perasaan aku yang sebenar. 'Hei Fiz! Apahal monyok macam ayam berak kapur plus tikus mondok ni? Awek dah lari ke? Hahaha!' 'Kau boleh senyap tak Zarul? Ada yang kena tendangan aku ni kang.' 'Relax la bro. Jangan emo sangat. Apa masalah kau ni? Bagitahu aku, aku sanggup menyumbang idea, tenaga tapi bukan wang ringgit untuk kau wahai member baik aku. Hehehe.' 'Ha iyela? Kalau kau baik hati sangat aku nak suruh kau buat satu benda.' 'Apa dia?' Mata Zarul bulat memandang ke arah aku penuh pertanyaan. Aku berbisik pada Zarul. 'Kau gila per? Waras ke tak kawan aku ni? Sebab angau ke kau macam ni Fiz?' 'Kau gak yang ofer diri tadi kan? Kau beli je, nanti aku kasi duit. Pastu kau tolong aku masak sekali, jangan kau nak lari plak ea?' Dalam fikiran aku sedang merancang sesuatu untuk Hani.
'Hello, Hani. Saya nak jumpa awak la.' 'Nak jumpa? Saya dekat rumah ni, tak ready apa pun.' 'Tak pe, saya tunggu awak.' 'Awak kat mana ni?' 'Saya dah kat bawah ni. Tak pe,saya tunggu.' 'Kat bawah? Alamak, kelam kabut la saya macam ni.' 'Takes your time, saya sanggup tunggu. Nanti awak turun je bila dah siap.' 'Ok, awak tunggu ye?' Dua puluh minit kemudian Hani muncul. Dengan blaus biru menghiasi tubuh. Wajah yang aku rindu setelah dua minggu hanya sekadar terbayang dalam fikiran kini benar-benar muncul di depan mata. 'Kita nak pergi mana ni?' 'Awak ikut je.' Selang beberapa minit perjalanan kini sampai ke tempat tujuan seperti dalam perancangan. Cahaya yang melimpah di setiap sudut jambatan dan tasik begitu indah. 'Sejak bila kat sini ada buka gerai malam-malam? Saya tak pernah tahu pun.' 'Mesti Hani tak pernah datang sini waktu malam kan?' 'Pernah sebelum ni tapi tak de pun gerai ni.' 'Baru je hari ni buka, tu yang saya bawa Hani ke sini malam ni. Kira kita ni first customer la.' Aku rasa macam nak tergelak je time tu tapi aku tahan gak. Takut terkantoi. 'Bro, ada jual apa kat sini?' Aku bertanya pada penjual yang amat aku kenali itu. 'Ada jual jagung rebus je bang. Lain tak de. Jagung rebus dengan mayonis. Nampak cik adik tu macam suke je? Cik adik belilah, suruh abang hensem tu belanja.' 'Confirm sedap ke ni bro? Kalau tak sedap saya tak confident nak beli.' 'Confirm bang sedap. Saya buat special punya untuk cik adik manis tu. Cakap je nak berapa.' 'Hani duduk dulu kat sana ea, saya oder kat bro ni kejap.' Hani beredar. 'Manisnye ayat kau, cik adik manis la? Saja je nak pekena aku eh?' 'Kalau aku tak tolong kau, tak jadi gak plan kau ni kang.' 'Ok ok, kau buat je sedap-sedap Zarul. Jangan lupa masukkan benda tu sekali.' 'Ok bos, beres!!' Aku menghampiri Hani. 'Dah siap dah, ni untuk awak.' Aku lantas menghulurkan cup besar jagung rebus bercampur mayonis tu. 'Sedap!' Muka Hani bersungguh-sungguh memaksudkan kata-katanya itu. Aku sekadar tersenyum penuh debaran. 'Eh, apa ni?' Hani menguis sesuatu dalam cawan itu dengan sudu di tangannya. Sebentuk cincin di atas sudu plastik itu dan ditunjukkan kepada aku. Aku lantas mengambil cincin itu dan sehelai tisu yang sudah sedia di tangan, aku gunakan untuk membersihkan cincin itu. 'Untuk awak Hani. Sudikah awak menjadi suri di hati saya?' Dengan pandangan tepat ke arah mata Hani aku melafazkan kata-kata itu. Hani sedikit terkedu tetapi senyuman yang lahir di bibir manisnya selepas itu membuatkan aku lega. Cincin itu aku sarungkan ke jari manisnya sempena cinta aku yang disambut mesra olehnya. Saat manis yang tak mampu aku lupakan buat Hani suri hatiku dan jagung rebus mayonis. TAMAT
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm..bese je..gud luck!
~aKu~