Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pada suatu hari, Sang Kancil dan Sang Kura-kura bersetuju untuk berlumba siapa yang paling cepat sampai ke garisan penamat.Sang Kancil memperlekeh-lekeh Sang Kura-kura dengan mengatakan bahawa harapan untuk Sang Kura-kura menang amat tipis kerana Sang Kura-kura adalah sememangnya seekor haiwan yang lembab! Namun…
'Buuussshhh!' arrrghhh!! Bagaikan dilanda ombak ganas, serta merta Shasha terjaga dari tidurnya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya laju. Habis basah kuyup. HAHAHA! Mimi ketawa besar sambil memegang baldi kosong. Bahagia yang teramat dapat membalas dendam atas segala perbuatan 'jahat' Shasha selama ini. Ambik kau! Selama ni kau simbah aku! Rasakan!
"Cinabeng lu!!" PAP! Satu tamparan maha hebat hinggap di bahu Mimi. Arrghh!! Pedih yang teramat sangat. Sudahlah dia sekadar berT-shirt tanpa lengan. Kali ini giliran Shasha ketawa besar. Mimi pula menyeringai kesakitan. Dia mengusap-usap bahunya. Namun, dia tidak mahu mengalah, demi mempertahankan haknya, DUSH! Kali ini belakang Shasha pula jadi sasaran. Tumbukan padu Mimi membuatkan Shasha terbatuk-batuk. Shasha geram, lahabau betul budak ni! Jaga kau! Maka berlangsunglah sesi peperangan antara mereka. Huru-hara suasana bilik ketika itu.
"WOI!!" Mahaguru sudah bercekak pinggang di muka pintu. Erkh? Terpinga-pinga Shasha melepaskan Mimi. Mereka serentak menelan air liur. Pahit. Manakan tidak, gigi tak gosok lagi. Masing-masing tercengang melihat ke arah Shareena yang merenung tajam ke arah mereka. Shareena bengang.
"wah! wah! Sesedap rasa je korang berasmaradana dalam ni kan?? Penat aku kemas bilik ni…korang tau tak??!!" Shareena mengecilkan anak matanya. Merenung Shasha dan Mimi. Shasha menunduk. Mimi menoleh sekilas ke arah Shasha. Lengan Shasha ditamparnya.
"Kau la punya pasal!" PAP! Mereka berbalas tamparan. "apa aku pulak? Kau yang carik pasal dulu!" PAP lagi! Shareena tambah menyinga. Taringnya mula naik. "Woi,mangkuk jamban!!" jeritnya. Sekali lagi Shasha dan Mimi terkedu. Kedua-duanya menunduk. Bukan mereka tak tahu, bila Shareena dah naik hantu tak mustahil kepala mereka kena sembelih hari itu.
Sejam kemudian…
Errkkh! "Bengkok pinggang aku dibuatnya!" Shasha menegakkan badannya sambil menumbuk-numbuk pinggangnya yang lenguh.Petang itu mereka didenda membersihkan halaman rumah. Mimi pula asyik menggulung paip sesudah selesai menyiram pokok bunga.
"Ini semua kau punya pasal!" Shasha masih tak mahu mengalah. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Mimi segera berpaling memandang Shasha. Tidak puas hati
"apa aku pulak? Kau yang debik aku tadi!" Mereka berbalas debat. "kalau kau tak simbah aku, takkan lah aku nak debik kau!" Shahsha menjeling Mimi. Mimi tersengih mengenangkan betapa lucunya wajah Shasha sewaktu tercungap-cungap akibat disimbah dengan sebaldi air pagi tadi. "Kau tu apsal tidur sampai tengah hari? Dah lah tak sembahyang subuh! Nak jadi apa tah!" Herdik Mimi. "Aku mana boleh sembahyang subuh! Tuhan bagi aku MC..ngok!" Mimi menekup mulut. Kali ini dia mengaku salah. "Tapi selalunya kau bangun awal…" Tambah Mimi. "Aku mimpi…" Mimi hairan. Mimpi? Aku pon mimpi jugak.Tapi tak lah sampai tengah hari baru nak bangun. "Mimpi kena pinang dengan Dukuk Sabib ke? Hahaha" Mimi ketawa mengejek. Shasha menjeling geram. "Bukanlah! Aku mimpi kau jadi Kura-kura! Lembab! Hahahaha" Shasha pula ketawa besar. Terkedu Mimi mendengar kata-kata shasha. "aku pula sang kancil..si pantas yang cerdik!" Tambah Shasha lagi. Dia ketawa besar. Mimi bertambah hairan. "Mimpi orang bodoh…" sindir Mimi perlahan. Shasha terdiam. Dia dapat mendengar ucapan Mimi sebentar tadi. "bodoh kau kata? Baiklah! Kalau begitu…apa kata kita bertanding?" cadang Shasha. Mimi yang mendengarnya tidak memberi sebarang reaksi. Malas dia hendak melayan karenah sepupunya itu. Kalau merepek serah saja padanya. Shasha geram melihat tiada sebarang respon dari Mimi. "woi,kura-kura! Buktikan yang diri kau bukan lembab macam kura-kura dalam mimpi aku tu!" cabar Shasha. Mimi sedikit terkedu. Namun dalam diam semangatnya tercabar. Apa pula yang Shasha nak buat kali ini? "Begini, esok siapa yang bangun paling lambat…dia akan didenda mengemas bilik dan rumah selama seminggu! Macam mana, setuju?" Shasha menghulurkan tangannya kepada Mimi sebagai tanda dia sudah sedia untuk bertanding. Mimi geram melihat wajah Shasha yang dianggap sengaja membakar semangatnya itu.
"Hoi kura-kura,takut ke?" Shasha sengaja mencabar Mimi. Mimi geram. Jari-jemari Shasha disambut dan digenggam sekuat-kuatnya. ARRGH! Shasha menjerit kesakitan akibat genggaman yang kuat dari Shasha. Belum apa-apa dah jerit..hahahaha! Mimi ketawa sambil meninggalkan Shasha di halaman rumah. Shasha geram. Dia mengurut-urut tangannya yang kebas. Siap kau esok!
Malam itu, Shasha tekad yang dia tidak akan tidur. Tepat jam enam pagi dia akan mengejutkan Mimi untuk mengumumkan kemenangannya. Berbanding Mimi, gadis itu sudah lebih awal tidur agar tidak terlewat bangun keesokan harinya. Shasha terkebil-kebil dalam kegelapan. Dia tak akan tidur! Dia tersenyum sendiri. Membayangkan wajah si lembab Mimi mencuci pakaiannya, mengemas katilnya, mengemas rumah dan bilik kakak mereka, Shareena.Lebih seronok apabila dia akan sekali lagi membalas serangan air baldi kepada Mimi. Hohohoho… Shasha ketawa sendiri.
Namun,dalam keadaan yang semakin kelam… pandangan yang semakin kabur… akhirnya seawal jam 5.10 pagi Shasha terlelap dek kerana ngantuk yang tersangat amat. Tambahan pula berteleku di dalam kegelapan selama hampir beberapa jam. Akhirnye dia tewas. Terbungkang dia di katilnya. Memeluk bantal busuknya. Sehinggalah naiknya fajar… menyinsingnya mentari pagi...
Mimi memegang baldi berisi air dengan senyuman jahat yang menggoda. Shareena di hujung katil memberi isyarat dengan senyuman yang penuh bermakna.Mereka bersedia mengenakan Shasha yang lena dengan air liur basinya.Seminit berlalu…
BUUSSSHHH!!
GIVE ME FIVEE!! Mimi dan Shareena ketawa sebesar-besarnya… Shasha yang terkumat-kamit mengelap seluruh badannya yang sudah basah kuyup.
Arrrggghhh!!
Dia menumbuk bantal! Geram dan bengang! Dia persis sang kancil di dalam cerita dongeng. Si angkuh yang berjaya dikalahkan oleh si lembab kura-kura. Dia tewas di saat-saat akhir. Hanya beberapa minit sahaja lagi jam mencecah enam pagi, hanya selama itu dia tidak bisa bertahan. Padahnya, dia sendiri yang terkena. Dia yang didenda dengan kata-kata dan cabaran yang dia sendiri cipta. Shareena yang mendengar cerita dari Mimi turut menyokong Mimi kerana dia turut geram dengan sikap angkuh Shasha. Akhirnya, kata-kata sendiri memakan diri.
hahaa,padan muka dia.....rajin sangat tak nak tidur malam....best lah...ayat tak berserabut senang dibaca dan cerpen yang ringkas..nice try..keep it up a good work..ganbate
wawawawawa! padan muka dak tu kan. kesian.. kesian.. best lar citer ni. de something different. yelah.. asyik-asyik cite cinte je.. bosan jugak kan.. sesekali tukar la mood sikit. teruskan usaha!! cume,kalo dlm story ni diselitkan pulak kisah cinta selepas cite lucu ni, mungkin menarik. macam mana penulis?
cerita ni lebih kurang la macam cerita dongeng CINDERELLA yang didrama atau difilemkan oleh banyak orang.. so takde masalah utk penulis buat sesuatu kelainan... cinderella.. barbie.. snow white.. almost about love story.. then writer try to do something different. cerita dongeng melayu pulak digunakan utk dijadikan satu jalan cerita. nice!! ade lesson kt sini.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
gaya bahasa dah sedap. ada mesej cuba nak disampaikan tapi macam tiada hujung pangkal.
anyway,nice try.=)