Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ziyad melangkah.Mendekati buah hatinya yang sudah menunggu.Entah berapa lama,dia tidak pasti.Dia duduk lalu tersenyum kepada kekasihnya yang sedang merenungnya tidak berkelip. "Lama tunggu?"soal Ziyad sambil tersenyum lebar.Qistina mencebik.Memandang geram kepada Ziyad. "Awak ni kata nak nak datang pukul 2.Sekarang dah pukul berapa?Dah nak dekat pukul 4 tahu!" Ziyad tersengih.Melihat wajah Qistina yang nampak keruh,dia memandang tepat pada wajah itu.Merenung sehingga gadis itu kelemasan. "Hei,apa ni?Pandang orang macam nak makan je.Ziyad…awak dah buat salah,so janganlah nak buat saya geram lagi pada awak." Suara itu itu tidak menengking.Sekadar dalam nada yang biasa namun Ziyad tahu,dalam ketenangan Qistina bersuara,dia tahu kekasihnya itu sedang geram padanya. "Sorry sayang…awak tahu tak,saya nak jumpa awak ni,banyak halangan tau.Saya tersekat dalam jammed,saya kena…" "Okey,okey.Saya dah malas nak dengar alasan-alasan awak tu lagi.Awak ni nak kena piat telinga agaknya.Dahlah,kita pesan makanan dulu.Nasib baik saya tak mati kering tunggu awak tau.Tengok ni ha,saya minum air kosong je tau,"ujar Qistina lalu menunjuk pada segelas air kosong yang sudah tinggal separuh. "Okey.Hari ni saya belanja.Hari ni awak nak makan berapa banyak pun,awak makanlah.Tapi…Sorry Qis…saya try berubah,ye?" Qistina menjeling lalu bibirnya tersenyum.Begitulah Ziyad,lelaki yang telah menghuni hatinya hampir 7 tahun. Ziyad lega.Lalu dia melambai pada pelayan restoren yang kebetulan lalu di hadapan mereka,memanggil untuk memesan makanan.
Pagi Sabtu yang cerah.Ziyad memandu tenang pulang ke kampungnya.Baru sebentar tadi dia mengkhabarkan kepulangannya ke kampung pada Qistina dan ibunya.Rasanya,sudah tiba masanya untuk memperkenalkan Qistina pada ibunya sementelah bapanya telah lama meninggal dunia. Melihat rumahnya bertutup,Ziyad pasti ibunya ada di kedai.Kedai Kek dan Pastri yang hampir 2 tahun diusahakan oleh ibunya selepas pencen daripada berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah rendah sekitar kawasan perumahan mereka. "Assalamualaikum.Ibu!" Ziyad membuka kasutnya lalu masuk ke dalam kedai.Terus dia berjalan ke dapur. "La…Ayad!Dah sampai pun." Terus Ziyad mendapatkan ibunya.Tangan itu disalami hormat.Tergambar riak ceria pada wajah ibunya.2 orang pekerja ibunya yang sedang sibuk membuat kerja masing-masing mengerling ke arah dua beranak itu. "Ayad sihat,nak?Dah kurus sikit ni ibu tengok ni?" Ziyad tersengih. ‘Awak dah gemuklah Ziyad…susah saya nak peluk nanti…’ Teringat teguran kekasihnya.Teguran selamba daripada Qistina itulah membuatkan Ziyad menjadi pengunjung tetap gim.Hasilnya,memang memuaskan.Dia sudah sedikit kurus dan badannya lebih berotot.Sasa begitu. "Sihat,bu.Tak ada sakit apa pun.Demam pun tak ada.Ibu pulak,sihat?" Ibunya mengangguk.Ziyad tersenyum puas. "Baguslah kalau macam tu.Kalau ibu sakit ke apa ke,ibu telefon Ayad tau.Kedai ni ibu tak payahlah risau.Nanti kan Acik Rosnah boleh tolong tengokkan…" Teringat ibu saudaranya. Puan Zainah mengangguk lagi.Rambut anaknya diusap mesra. "Ayad dah makan?Kita balik rumah dulu nak,ibu ada masakkan nasi lemak yang Ayad suka tu." "Sempat ibu masak?Kan Ayad baru telefon ibu pagi tadi.Itupun Ayad dah setengah jalan." Ziyad memandang ibunya tidak percaya.Puan Zainah tersenyum.Sebelum Ziyad menelefonnya untuk memaklumkan kepulangan mereka,dia tergerak untuk memasak nasi lemak kegemaran anaknya itu. "Tak adelah,Ayad.Ibu tergerak nak masak nasi lemak tu pagi tadi.Ada lagi,banyak jugak ibu masak.Tak sangka pulak Ayad nak balik." Puan Zainah senang bila melihat Ziyad yang tersenyum ceria.Anak tunggalnya itulah yang banyak mengubat kesepian hatinya tatkala suaminya meninggal dunia 9 tahun lalu.Dia bersyukur sangat bila anaknya itu sudah berjaya kini.Seorang jurutera petroleum.
Malam menjelang tiba.Ziyad leka menghadap komputer ribanya.Sesekali dia menjeling ke arah telefon bimbit di sisinya,menanti mesej masuk daripada Qistina.Bila ibunya duduk di sofa berdekatan dengannya,terus dia menoleh.Segaris senyuman dihulurkan buat si ibu. "Ayad,kebetulan kamu dah balik ni,ibu nak tanyalah.Kamu ni makin hari,bukan main muda.Ibu ni pun entah esok-lusa dah tak ada lagi.Bila nak bawak calon menantu untuk ibu?" Ziyad tersentak.Terus fikirannya teringatkan Qistina.Dia tersenyum. "Ala bu…lambat lagilah,bu.Ayad ni baru je kerja.Tak sampai 5 tahun pun.Budi ibu pun tak terbalas lagi bu…" Puan Zainah memandang anak terunanya.Ziyad menutup komputer ribanya. "Cukup le Ayad.Dulu modal nak bukak kedai dah hulur,sewa kedai,bil semua Ayad yang bayar.Ayad beli lagi rumah untuk ibu.Tiap-tiap bulan hulur lagi duit tu.Apa yang tak terbalas lagi?" Ziyad menggaru kepalanya.Dahinya berkerut,tidak senang mendengar bicara ibunya. "Duit yang Ayad bagi tu bu,belum cukup lagi.Banyak lagi bu.Tak terbalas pun." Puan Zainah tersenyum.Memang sejuk perutnya kerana mengandungkan Ziyad. "Yelah,Ayad.Ni ha,ibu tanya tadi Ayad tak jawab lagi.Bila lagi Ayad nak bawak menantu untuk ibu?Kamu tak ada calon ke?" Ziyad tergelak perlahan.Kemudian tersengih memandang ibunya. "Menantu untuk ibu?" "Yelah..ibu ni teringin nak timang cucu dah.Semua kawan-kawan ibu dan berderet dah cucu.Semua dah kahwinkan anak.Kamu bila lagi,Yad?Tak ada calon ke?" Ziyad terdiam.Tapi bibirnya tersenyum.Terus dia teringatkan Qistina. "Yad,bila nak pilih isteri,biarlah nak, sederhana je.Tak cantik,tak ape.Yang penting,dia sayangkan Ayad sepenuh hati.Ikhlas." Belum sempat Ziyad membuka mulut,ibunya sudah berkata terlebih dahulu. "Lagi satu Ayad,jangan cari isteri yang tak pandai masak.Esok-esok kalau dia tak tahu masak,kamu pun tak tahu masak,nak makan apa?Takkan hari-hari nak makan kedai?Biar isteri tu tahu semua kerja orang perempuan ni.Memasak,menjahit,jaga anak.Semualah,penting tu." Ziyad hanya tersenyum.Menadah telinganya. "Iya,bu."Ziyad mengangguk. "Ayad ingat pesan ibu ni.Jangan cari isteri yang jaga penampilan sangat.Jaga badan.Tak berzuriat kamu nanti." Ziyad pelik. "Kenapa pulak,bu?" "Iyelah…dia nak jaga badan dia.Mestilah dia tak nak mengandung.Kan selalu orang yang mengandung ni banyak dah longgar sana sini.Ayad,satu lagi.Ibu pesan ni.Kamu kalau nak cari isteri,biarlah sekufu dengan kita,nak.Tak adelah esok-esok,bertengkar mulalah ungkit-ungkit pasal keturunan.Pasal darjat.Ayad kalau cari orang kampung,lagi ibu suka." Ziyad tertawa hambar.Hatinya mula resah dengan apa yang dipesan ibunya.Pandai memasak dan menjahit.Tak jaga penampilan sangat…sekufu.Orang kampung? "Kalau Ayad tak ada calon…ibu dah ada.Elok pekertinya,baik budi bahasanya.Orangnya pun manis.Tak adalah lawa macam Supermodel tu…tapi sedaplah mata ni memandang.Orang kampung je Yad…tinggal dekat sebelah taman perumahan ni.Sakinah namanya.Cikgu sekolah rendah dekat sini jugak.Pandai masak,pandai menjahit…" Ziyad yang mendengar tersedak.Dadanya ditepuk-tepuk perlahan.Tadi ibunya bertanya sama ada dia mempunyai calon isteri atau tidak.Belum sempat dia menjawab,ibunya sudah membuka mulut mengenai ciri-ciri isteri yang perlu dipilih.Kemudian mengatakan ibunya sudah ada calon buatnya. Kepalanya terasa berat.Bila memandang wajah si ibu,begitu mengharap.Ziyad mengeluh. "Kenapa,Ayad?"tanya Puan Zainah bila mendengar anak bujangnya tersedak. Segera Ziyad menggeleng.Mengisyaratkan dia tidak apa-apa.
Ziyad tidak boleh lena.Dia resah sendiri di atas katilnya.Tak selesa,terus telefon bimbitnya dicapai.Nombor telefon Qistina didail terus.Menanti lama namun tiada jawapan.Cuba lagi.Ziyad lega bila panggilannya berjawab. "Ziyad…ada apa ni?Awak tahu tak dah pukul berapa?Saya tengah tidurlah…Kita cakap esok,ye?" "Eh,Qis!Qis!Kejap!Ada hal penting Ziyad nak cakap ni!" Ziyad menghela nafas lega bila mendengar helaan nafas Qistina di hujung talian. "Apa dia?Cakaplah cepat…" Ziyad menghela nafasnya. "Qis…kita ada masalah besar ni!"
Qistina melemparkan pandangannya ke arah tasik.Hatinya resah,sebagaimana resahnya hati Ziyad di sebelahnya. "Habis macam mana,Ziyad?Saya tak tahu buat semua benda tu…"lemah Qistina bersuara.Ziyad menoleh.Memandang wajah Qistina yang muram.Seperti hendak menangis sahaja lagaknya. "Qis…memasak?" Qistina menggeleng. "Menjahit?" "Lagilah…"Qistina geleng juga. "Emm…awak pentingkan kecantikan?" "Ziyad…"tekan Qistina sedikit.Matanya dikecilkan. "Sayakan perempuan,mestilah kecantikan tu aset saya,awak.Lagipun kerja kita ni kan,selalu kena pergi majlis rasmi?" Ziyad mengeluh.Tengkuk diusap perlahan. "Qis…dahtu macam mana ni?" Ziyad resah.Banyak kali Qistina mendengar lelaki itu mengeluh. "Manalah saya tahu.Awak pujuklah ibu awak tu…" Ziyad terdiam.Teringat lagi ciri-ciri yang disebutkan ibunya.Orang kampung?Tidak…Qistina bukanlah gadis kampung.Gadis metropolitan.Sekufu? Sememangnya tidak.Ayah dan ibu Qistina orang berkedudukan.Orang berada.Sedangkan dia dan ibunya Cuma orang biasa.Ziyad buntu! Kenapa semua ciri-ciri yang ditetapkan ibunya tidak ada pada Qistina,buah hatinya itu? "Ziyad,saya rasa baik kita balik rumah,dan fikirkan caranya,okey?Kalau macam ni,sampai esok pun tak dapat jalan penyelesaiannya jugak.And jangan lupa,Sabtu minggu depan,mama jemput lunch dekat rumah.Awak jangan lupa pulak,"ujar Qistina perlahan.Ziyad memandangnya.Suram wajah itu. "Okey.Ingatkan saya sehari sebelum.Baik-baik memandu.Assalamualaikum." Qistina mengangguk seraya tersenyum.Tapi tawar dan hambar.Bibirnya bergerak perlahan,menjawab salam lelaki itu.Perlahan-lahan dia berpaling dan melangkah ke arah Honda Jazz yang diparkir di bawah sepohon pokok yang rendang.
Hari itu Ziyad terpaksa mengambil cuti.Ibunya menelefon dan menyuruhnya pulang ke kampung.Tergesa-gesa dia.Fikirnya mungkin ada sesautu yang tidak diingini berlaku kepada ibunya atau saudara-maranya.Namun ketika sampai di rumah ibunya,wanita itu tersenyum panjang. "Ibu,ada apa bu?"tanya Ziyad tidak sabar.Puan Zainah tersenyum. "Yad..masuk dulu.Duduk,ibu ada benda nak bagitahu dengan Ayad ni." Terpaksa juga dituruti langkah ibunya. "Apa yang ibu nak bagitahu ni?" Ziyad resah.Tidak sabar.Puan Zainah Cuma tersenyum. "Kalau iya pun,kejaplah ibu buatkan air dulu.Ayad,kan baru sampai…?" Terpaksalah Ziyad menanti ibunya menghidangkan minuman buatnya.Bila bibirnya menyentuh air milo yang hangat itu,terus dia meletakkan semula.Ibunya dipandangnya. "Apa bendanya,bu.Cakaplah bu…penat Ayad tunggu ni." "Ni ha Ayad,ibu dah merisik si Sakinah.Dan minggu depan pulak…ibu ingat nak hantar rombongan meminang.Kamu setuju tak?" "Hah?Pe dia bu?Meminang?" Runtuh rasa dunia Ziyad.Melihat anggukan dan senyuman di bibir ibunya,hatinya tambah gelisah. "Iyalah…ibu dah berkenan dengan Sakinah tu.Pak Long dengan Pak Ngah pun dah tengok budak tu.Berkenan jugak diaorang.Ayad setuju,kan? Lagipun Ayad…ibu yakin kalau Sakinah jadi isteri Ayad,hidup korang memang aman damai je,nak." Yakin Puan Zainah hanya membuatkan Ziyad terdiam.Qistina!Dia teringatkan gadis itu. "Ayad?Macam mana?" Ziyad memandang ibunya.Seorang insan yang telah banyak menabur jasa kepadanya. Melahir,mendidik,dan juga membesarkannya.Wajah itu begitu mengharap.Entah kuasa apa yang dia ada,dia mengangguk lemah. "Kalau ibu dah berkenan pada dia,Ayad tak kisah.Baik pada ibu,baik jugaklah pada Ayad." Melihat senyuman lebar ibunya,hati Ziyad menjadi pilu.Pilu bila terlintas nama dan wajah Qistina di matanya.Sayu dan gembira bercampur bila melihat senyuman ibunya.Mungkin ini salah satu cara untuk mebalas budi ibunya selama ini.
Makan tengahari bersama keluarga Qistina terpaksa dibatalkan semata-mata menolong ibunya mencarikan barang hantaran.Memikirkan perkara itu,Ziyad merasakan dia benar-benar gila.Gila kerana bersetuju sahaja dengan kehendak ibunya yang inginkan Sakinah menjadi isterinya.Kalaulah Qistina tahu… Ziyad terbayangkan wajah kecewa Qistina.Pasti gadis kesayangannya itu terluka.Ziyad mengeluh lagi.Dia sudah terlambat.Persiapan semua sudah dibuat.Mustahil persetujuaannya boleh ditarik kini.
"Qistina,kita nikah!" Qistina terus menoleh.Memandang wajah Ziyad yang serius.Dahinya berkerut.Bila nampak wajah leaki itu yang begitu serius,Qistina tergelak. "Ziyad…Ziyad…" Dia menggeleng perlahan.Masih ada sisa tawanya. "Qis,saya tak bergurau ni.Kita nikah ya." "Hei!Ziyad…jangan main-mainlah.Kenapa dengan awak ni?"soal Qistina tidak senang. "Saya tak main-main.Saya serius ni.Kita nikah,okey?Awak setuju,kan?" Bila nampak wajah Ziyad yang bersungguh,Qistina mati kutu.Tawanya terhenti. "Awak okey ke tak ni?Saya ni belum ada satu ciri pun lagi menantu pilihan ibu awak tau!Saya ni kan tak tahu masak.Tak tahu menjahit…" "Qis,saya tak kisah semua tu!Awak dah cukup lengkap.Please...setuju,"pinta Ziyad perlahan.Qistina terdiam. "Awak dah cukup ke duit untuk hantaran?Saya tak tahu berapa ayah nak letak nanti…" "Cukup.InsyaALLAH,tak ada masalah nanti.Selama ni saya menabung untuk awak tau." "Kalau macam tu…saya setuju…" "Yes!!!"jerit Ziyad girang. "But wait…tunggu sampai saya pandai memasak dulu.Saya masuk kelas nanti…" Wajah Ziyad berubah. "Tak sempat,sayang!Saya nak kita menikah minggu ni jugak!" "Huh?!Gila!"
"Bell!" Qistina menutup telinganya.Pekak mendengar jeritan sahabat baiknya.Wajah terkejut Adibah dipandang geram. "Tolonglah jangan jerit dekat aku.Please…aku boleh pekak tau,"ujar Qistina geram. "Nabielah Qistina…aku macam tak percaya.Kau biar betul?Ziyad cakap macam tu?Minggu ni?" Qistina mendengus. "Iyelah…dia yang cakap macam tu.Aku pun susah jugak nak percaya,tapi muka dia tu.Muka dia tu serius sangat.Diba,apa aku nak buat lagi ni?" Qistina menongkat kepalanya.Sebelah lagi tangannya mengacau minumannya dengan penyedut minuman. "Kahwin jelah!" "Kahwin jelah?Woit,aku tengah sesak sangat ni.Kau boleh cakap macam tu je?"soal Qistina geram.Adibah tertawa halus. "Bell,kau fikirlah baik-baik.Pelik aku,kenapa Ziyad ajak kau nikah tergesa-gesa ni?"Dahi Adibah berkerut hairan.Kemudian dia mendekatkan wajahnya kepada wajah sahabatnya, "Atau antara korang dah jadi apa-apa ni?"serkapnya.Qistina menjeling. "Kau ni!Gilalah!Aku dengan Ziyad,macam biasa jelah.Tak ada apa-apa pun yang jadi.Tolonglah Diba…jangan sesakkan fikiran aku lagi." Dalam rasa hendak ketawa,simpati juga Adibah melihat sahabatnya yang keresahan. "Mak ayah kau dah tahu?" "Entahlah.Aku kat sini pun sebab Ziyad pergi jumpa dengan mak ayah aku dekat rumah.Tak tahulah ape cerita."lemah Qistina bersuara. "Sekarang dah hari Selasa…so…?" "So what?" "Selamat pengantin baru,Bell.Hahaha…"Adibah tertawa ceria. Qistina menepuk lengan sahabatnya.Namun tawa Adibah terhenti bila telefon bimbit Qistina berbunyi minta diangkat. "Oh my God…" Teragak-agak Qistina menjawab panggilan itu.Adibah mengangkat keningnya. "Assalamualaikum,ayah…"perlahan Qistina menyapa.Diam sebelum dia mematikan panggilan. "Diba,aku kena balik.Ayah aku suruh balik,"beritahu Qistina dalam debaran.Adibah tersenyum. "Good luck,Bell…Tapi apapun Bell,kau fikir baik-baik tau.Apa pun keputusan kau,aku sokong!" Kedua-dua ibu jarinya diangkat.Qistina tersenyum hambar.
"Ayah nak kamu berdua fikir masak-masak.Ingat kahwin ni perkara mudah ke?Ziyad…kamu fikir dulu betul-betul.Kamu pun Nabielah,fikir masak-masak.Fikir dulu suka duka pahit manis alam perkahwinan ni.Kamu ingat senang ke?Hari ni baru cakap dengan ayah,hujung minggu dah nak menikah?"tegas Tuan Raifi,ayah Qistina bersuara. Qistina menunduk.Ziyad juga.Namun perlahan-lahan Ziyad mendekati Tuan Raifi,kemudian tiba-tiba lelaki itu menyentuh hujung kaki Tuan Raifi.Qistina tersentak.Ibunya,Puan Qamariah juga terkejut.Begitu juga dengan Tuan Raifi.Kelakuan Ziyad tidak dapat diduga. "Pak cik,saya mohon pak cik.Saya merayu pada pak cik…saya sayang sangat dengan Qistina ni pak cik.Saya nak ambil dia jadi suri hidup saya.Tolong pak cik…restuilah kami…"rayu Ziyad perlahan.Qistina memandang ayahnya. "Ayah…" Qistina mengharapkan persetujuan ayahnya.Walaupun semua ini dirasakan terlalu tergesa-gesa,dia tidak sampai hati mengecewakan Ziyad. "Pak cik,perkahwinan kan boleh menghalang maksiat daripada berlaku.Saya tak mahu antara saya dan Qistina nanti,tersasar daripada landasan yang sebenarnya.Saya mohon pak cik…restuilah kami." Tuan Raifi diam. "Bangun Ziyad.Kamu hantar rombongan meminang lusa.Pak cik bagi jawapannya lusa,"putus Tuan Raifi.Dalam keresahan,ada juga senyuman yang terukir pada bibir Ziyad.
Terpaksa.Ziyad terpaksa meminta rakan sekerjanya yang agak-agak sebaya dengan ibunya untuk menjadi wakil menghantar peminangan ke rumah Tuan Raifi.Sebentuk cincin emas putih dibawa bersama.Resahnya,berkali-kali dia berdoa agar peminangannya tidak ditolak.Lagipun,dia tidak ikut bersama dalam rombongan tersebut. Bila telefon bimbitnya berbunyi,segera kocek seluarnya diseluk.Melihat nama Qistina,terus dia menjawab. "Ziyad!Apa awak buat ni?" Ziyad yang tidak mengerti berasa pelik.Hairan juga.Belum sempat dia mengucapkan salam,terdengar suara Qistina yang marah-marah. "Qis,kenapa?Apa yang saya dah buat?" "Awak tanya kenapa?Ni…kenapa awak hantar staf bawahan semua?Ibu awak mana?Pak sedara awak mana?Saudara-mara awak?Mana semuanya,sorang pun tak ada?" Ziyad menggigit bibir.Terlupa Qistina satu tempat kerja dan jawatan dengannya. "Qistina…listen.Ibu tak dapat tak datang.Bapak sedara saya semua tengah sibuk dengan urusan masing-masing.Tolong faham,please…kita tak ada masa lagi.Sebab tu saya mintak tolong staf bawahan wakilkan…" Hakikatnya tidak begitu.Saudara-maranya termasuklah ibunya tidak tahu pun mengenai peminangan dan pernikahan ini. "Ziyad…saya tak tahu…" Tiba-tiba dia mendengar tangisan Qistina.Hatinya cemas. "Qis,kenapa ni?Kenapa awak nangis ni?Apa yang awak tak tahu?" "Saya tak tahu nak terima atau tak peminangan ni.Semuanya tiba-tiba awak,dan saya rasa macam…ada sesuatu yang tak kena." Ziyad terdiam.Tak kena?Ya..memang ada yang tak kena.Ibu dan bapa saudaranya di kampung sibuk mengaturkan pertunangannya dengan Sakinah dan dia di sini pula sibuk mengatur peminangannya sendiri bersama Qistina. "Qis...awak mesti yakin dengan saya.Please…kita dah kesuntukan masa." "Tapi kenapa minggu ni jugak?" "Saya minta maaf,tapi saya terdesak sangat sekarang.Saya sayang awak.Tolong faham Qis…"
"Sah?" "Sah!" "Sah!" Ziyad menghela nafas lega.Dia menadah tangan,bila doa mula dibacakan.Majlis pernikahannya sederhana sahaja di masjid.Bila selesai doa dibacakan,tangannya diraup ke wajah.Kemudian,dia bangun penuh tertib dan mendekati Qistina yang bersimpuh ayu. Dia tersenyum manis buat isterinya.Mengeluarkan cincin pernikahan mereka dan menyarungkan pada jari manis Qistina.Kemudian dia mengucup syahdu dahi gadis kesayangannya itu. Seperti yang dipersetujui,majlis persandingan akan dilakukan kelak.Ketika ini,hanya pernikahan sahaja.Seperti yang dipersetujui juga,wang hantaran sebanyak RM 25,000 beserta 7 dulang hantaran telah diserahkan kepada keluarga Qistina.
Ziyad tersenyum senang.Kini Qistina miliknya.Tiada apa lagi pun yang dapat memisahkan mereka berdua,selain maut.Meskipun pernikahan mereka tergesa-gesa,namun bilik pengantin yang juga merupakan kamar beradu isterinya itu tetap terhias indah. "Ziyad…"panggil Qistina perlahan.Ziyad menoleh.Kemudian tersenyum. "Ada apa,sayang?"tanya Ziyad lembut.Dia menarik tangan halus Qistina,mengisyaratkan supaya mendekatinya.Bila Qistina sudah tersandar selesa di bahunya,barulah gadis itu membuka mulut. "Qis nak tahu,kenapa masa pernikahan kita tadi ibu Ziyad tak ada pun?Tak nampak pun sorang pun saudara-mara Ziyad?" Ziyad terdiam.Mencari alasan buat si isteri.Perlahan-lahan,tangannya dilingkarkan pada pinggang Qistina. "Sebenarnya,ibu dah restu kita belum ni?"serkap Qistina tiba-tiba.Ziyad tersentak namun cepat-cepat dia tersenyum. "Qistina…nikan first night kita.Jangan cakap apa-apa lagi ya,sayang?"
Baru dua hari dia menjadi isteri kepada Ziyad.Qistina mencapai telefon bimbitnya.1 mesej diterima.Lantas dia membaca mesej daripada Ziyad yang mengatakan lelaki itu terpaksa terbang ke Terengganu kerana ada urusan kerja di pelantar. Kini dia tinggal bersama Ziyad di rumah lelaki itu.Tidak tinggal lagi bersama keluarganya.Cutinya tinggal 5 hari sahaja lagi.Bila sendirian di rumah,dia berasa bosan pula.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar membeli-belah.
Ziyad melabuhkan punggung di hadapan ibunya.Rasa bersalah masih terbit di jiwanya.Pada ibunya,kerana merahsiakan pernikahannya dengan Qistina.Pada Qistina,kerana berbohong kononnya dia ada urusan kerja di pelantar. "Ayad,hari ni kamu dah jadi tunangan orang.Mak dengan ayah Sakinah tetapkan duit hantaran 9 ribu ringgit.Kita pun dah setuju.Cukup 2 bulan lagi,kamu menikahlah." Ziyad terkejut. "Apa dia,bu?2 bulan?Cepatnya!" Puan Zainah tersenyum. "Perkara baik Yad…tak elok dilengahkan.Lagipun kamu tu bukannya makin muda lagi.Sakinah tu pun muda 2 tahun je dari kamu." Ziyad mengeluh.2 bulan…sepatutnya dia masih berada dalam suasana bulan madu lagi bersama Qistina.Dua bulan lagi,dia akan menikah lagi.Kalaulah Qistina tahu,pasti dia terluka.Perkara ini akan dirahsiakan. Terpaksa juga Ziyad menurut.Malam ini juga dia akan pulang semula ke Kuala Lumpur.Rindu pada Qistina.
"Hai sayang…" Qistina menoleh.Lantas dia bangun dan mendapatkan suaminya yang nampak keletihan.Ziyad memandang sayu wajah isterinya.Senyum tapi hambar.Bila Qistina berdiri di hadapannya,pipi gadis itu dipegang.Diusap perlahan sebelum tubuh langsing Qistina dipeluk erat. Menghuraikan rasa rindu dan bersalahnya.Qistina pula terpinga-pinga.Kejap terasa pelukan Ziyad itu. "Ziyad…Awak kenapa ni?Ziyad?" Bila Ziyad melepaskan pelukan,terus wajah lelaki itu dibelek penuh bimbang. "Tak ada apalah,Qis." Ziyad pura-pura ceria.Tapi Qistina nampak kemuraman pada ceria yang dibuat-buat itu.Bukan seminggu dua dia mengenali lelaki itu.Dia dapat membaca keresahan suaminya. "Awak ada masalah,kan?Jangan sorok daripada saya.Bagitahu jelah…mana tahu kalau saya boleh tolong?" Ziyad tersenyum lalu menggeleng.Dia mencari tangan Qistina lalu digenggam erat.Meyakinkan gadis itu bahawa dia tidak apa-apa. "Qis pergi siapkan baju.Esok kita pergi Pangkor,ya?"
Percutian mereka tidak lama.Hanya selama 4 hari sahaja.Walaupun Ziyad resah memikirkan pernikahannya sekali lagi,namun tetap juga cuba dipamerkan wajah cerianya pada Qistina.Tetap juga dia melayan kemanjaan isterinya itu walaupun kadang-kadang dia lemas dengan masalah yang diciptanya sendiri. Suatu malam selepas mereka berdua selesai menikmati makan malam,Ziyad mengajak Qistina untuk berjalan di pantai.Tanpa banyak soal,gadis itu menurut sahaja.Tersenyum sahaja dia. Penat bermain di gigi air,Ziyad duduk di atas pasir.Memerhatikan sahaja tingkah Qistina dan mendengar gelak isterinya itu.Dia senang.Terusir seketika masalahnya. "Jom!" Ziyad mengangkat wajahnya.Memandang pada tangan yang dihulurkan Qistina. "Pergi mana?" "Jalan-jalan,"jawab Qistina sambil tersenyum lebar,Ziyad membalas lantas menyambut huluran tangan itu. Mereka beriringan ke gigi air.Bila sampai sahaja,terus Qistina menariknya jatuh ke dalam air.Ziyad yang tidak bersedia terus jatuh.Habis basah bajunya bila ombak menghempas pantai.Dia mendengar ketawa riang Qistina namun akhirnya dia turut tertawa juga. "Qistina!Habis basah baju saya.Awak ni nak kena piat agaknya telinga tu…" Ziyad bingkas dan mula mengejar isterinya yang sudah berlari anak.Ingin membalas semula perbuatan gadis itu sebentar tadi. "Kejarlah kalau dapat,Ziyad…" "Okey.Awak siaplah!" Bila dia berjaya mencapai lengan Qistina,terus ditariknya Qistina jatuh ke air.Kali ini dia pula ketawa besar melihat Qistina yang kebasahan. "Jahat!Baju saya dah basah!" Ziyad ketawa lagi.perlahan-lahan dia menarik lengan Qistina,membantu gadis itu bangun.Kemudian dia mencangkung.Belum sempat dia menyuruh,Qistina sudah memanjat tubuhnya.Kaki isterinya dipegang erat dan Ziyad melangkah bila kedua-dua tangan Qistina melingkar pada lehernya. "Saya tak berat ke?"soal Qistina sambil tersenyum lebar.Ziyad juga senyum namun perlahan-lahan lelaki itu menggeleng.
Dua bulan,sekejap sahaja tempoh itu tiba.Qistina dan Ziyad…masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.Jika Qistina ditugaskan ke Port Dickson,Ziyad pula di Terengganu. "Sayang,tolong siapkan baju Ziyad untuk 5 hari.Esok nak pergi Terengganu lagi,"pinta Ziyad namun dia berbohong.Bukan untuk ke Terengganu,tapi sebaliknya pulang ke kampung.Pulang untuk menikahi Sakinah,menantu pilihan ibunya pula, Tanpa kata,Qistina menyediakan sahaja pakaian suaminya.Tapi dia agak kehairanan hari itu.Ziyad seakan tidak mahu berenggang dengannya.Kebetulan hari itu mereka berdua cuti.Jika dia di ruang tamu,Ziyad di situ.Bila dia ke dapur untuk mengambil segelas air,Ziyad mengekorinya.Ke mana sahaja dia melangkah,pasti Ziyad mengekorinya. Bila dia menyediakan beg pakaian lelaki itu,Ziyad juga duduk bersila di sebelahnya.Rimas juga namun tidak terluah.Takut lelaki itu berkecil hati pula. "Ziyad…awak ni kenapa?Awak okey tak?" "I’ll miss you,sayang." Qistina tersenyum kecil.Memandang sahaja wajah gusar Ziyad. "Macam tak pernah berpisah pulak.Ziyad…kan dah selalu sangat awak pergi Terengganu?Apa nak kisah,kan?Sebelum ni tak pernah pun nak rindu kat saya?" "Rindu!Siapa kata tak rindu?Hari-hari Ziyad rindu pada Qis tau.Entah-entah Qis suka tak Ziyad tak ada ni?" Mendengar kata-kata itu,Qistina tergelak kecil. "Ala…Ziyad,kan nak pergi kerja.Qis pun nanti kena pergi Sarawak,tapi tak tahulah bila.Nak kata rindu tu…adalah jugak.Setiap minit tau." Qistina tergelak halus.Ziyad yang mendengar berasa senang hati.Qistina…maaf.Ziyad bohong lagi pada Qis!
Ziyad menoleh bila pintu kamar pengantin di rumahnya terkuak.Dua hari lepas,dia menikah seorang lagi.Sakinah,tidak secantik Qistina namun wajah itu tergambar kelembutan yang bukan sedikit.Bila dia melihat Sakinah,dia tidak punya apa-apa pun perasaan terhadap gadis itu.Setiap kali dia terpandang wajah Sakinah,cuma sebaris nama yang terlayar di mindanya iaitu Qistina. Sudah dua hari tidak menghubungi isterinya itu.Dua hari kebelakangan ini,dia memang sibuk.Selesai majlis persandingan di rumah orang tua Sakinah,kemudian di rumah ibunya pula.Majlis baru selesai hari ini.Tubuhnya keletihan. "Dah lewat,kenapa abang tak tidur lagi?" Ziyad membisu.Abang,panggilan Sakinah untuknya. "Sini kejap Kina,abang ada benda nak bagitahu." Hatinya resah.Berdebar bila Sakinah mendekatinya lalu duduk di sebelahnya.Ziyad masih diam,mencari ayat yang sesuai. "Kina,abang harap Kina tak marah dengan apa yang abang nak cakapkan ni." "Abang nak cakap apa ni?Abang ni…macam ada sesuatu je.Cakaplah,Kina nak tahu." Ziyad memandang isteri keduanya itu.Tidak bersalah dan tersepit dengan kesalahannya.Wajah Qistina dan Sakinah silih berganti.Seorang cintanya dan seorang lagi dia terpaksa.Keluhannya terlepas. "Kina,sebelum abang nikah dengan Kina,abang dah ada isteri." Terluah juga.Berat tapi dia nampak wajah Sakinah yang tergamam.Nampak mata Sakinah yang mula berkaca.Perlahan-lahan,tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.Cuba mententeramkan sekeping hati milik Sakinah. "Tapi kenapa abang nikah jugak dengan Kina?Kita tak pernah kenal pun sebelum ni,kenapa abang tetap jugak nak kahwin dengan Kina?" Sakinah menyoal sayu.Bila dalam pelukan Ziyad,dia bukan selesa malah makin rimas.Tapi pelukan itu terlalu kejap,dan dia tak mampu meleraikannya. "Maaf.Abang terpaksa,abang tak sampai hati nak tolak harapan ibu." "Ibu tak tahu abang dah kahwin ke?"soal Sakinah sebaik sahaja Ziyad meleraikan pelukan.Hancur luluh hatinya.Sememangnya dia tidak menyangka pengakuan itu keluar daripada mulut Ziyad malam itu.Malam pengantin baru seperti mereka.Kenapa tidak dari dulu lagi? Ziyad menggeleng. "Isteri abang bukan macam Kina.Dia gadis kota,tak sama dengan citarasa ibu.Abang minta maaf,Kina." Sakinah diam.Merenung tanpa hati wajah bersalah Ziyad. "Habis tu,isteri abang tahu tak kita nikah ni?" Gelengan Ziyad membuatkan dia lemah.Tertipukah dia dengan lelaki itu? "Abang tak sanggup nak bagitahu dia.Abang mintak tolong sangat dengan Kina,tolong rahsiakan perkara ni.Daripada ibu dan sesiapa pun.Tolong abang Kina…please."
Sakinah tunduk,menyalami tangan suaminya.Hatinya perit.Namun dipendamkan sahaja.Hari ini,Ziyad akan pulang semula ke Kuala Lumpur.Dirinya tetap di sini,sementara menanti surat jawapan pertukaran tempat kerjanya.Namun kini,dia merasakan lebih baik dia terus di sini.Tak perlu pindah ke Kuala Lumpur mengikut Ziyad. "Kina janji dengan abang,janji itu rahsia kita berdua je.Ya?" Terpaksa,dia mengangguk.Ziyad lega.Kemudian dia mengangkat beg bajunya.Berjalan ke arah keretanya.Tersenyum kepada ibu dan isterinya.Terbayang wajah manja Qistina.Cepat-cepat dia membolos ke dalam kereta.Di sini,cintanya tiada.
Bila sampai di rumah,Qistina tiada.Belum pulang lagi dari tempat kerja agaknya.Ziyad melepaskan lelahnya di sofa.Kemudian dia menelefon Sakinah,sekadar memaklumkan kepada gadis itu dia telah selamat sampai di rumah.Baru jam 6.Ziyad melelapkan matanya. Dia terjaga bila terasa pipinya dicium.Terus matanya dibuka.Pandangannya menyapa pada wajah Qistina yang ceria.Dia senyum juga.Terus menarik Qistina ke dalam pelukannya,melepaskan rindu kepada isterinya itu. "Bila Ziyad balik ni?Tak telefon,tak bagitahu Qis pun?Kata 5 hari?Baru 4 hari dah balik?"tanya Qistina ceria.Ziyad melepaskan pelukannya.Membelek wajah Qistina. "Tak suka ke Ziyad balik awal?" Qistina tergelak namun dia menggeleng.Menidakkan tekaan lelaki itu. "Suka.Apa pulak tak suka.Kalau Ziyad bagitahu nak balik hari ni,mesti Qis dah balik awal.Tengok,alih-alih dah sampai je.Lama dah ke sampai?" Ziyad mengerling pada jam di dinding.Sudah pukul 8 malam.Qistina baru pulang agaknya.Melihat kepada isterinya masih berblaus berwarna merah jambu dan berselaur slack hitam. "Dah 2 jam.Penat,Ziyad tertidur.Tak perasan pun bila Qis balik.Dah makan?" Qistina menggeleng.Tangan Ziyad digenggam. "Kita makan luar boleh tak?Qis tak tahu masak lagi…" Ziyad tersenyum.Memandang wajah Qistina yang nampak serba-salah. "Okey.Tapi Qis kena belanjalah." "Tak de hal lah!"
Qistina perasan.Sejak akhir-akhir ini Ziyad nampak resah.Bila bersamanya,fikiran lelaki itu seakan menerawang.Kadang-kadang,beberapa kali dia memanggil baru Ziyad menyahut.Bila ditanya mengapa,lelaki itu pura-pura ceria. Dan suaminya itu,semakin kerap keluar daerah.Bila difikirkan semula,setiap hujung minggu pasti Ziyad akan memberitahunya untuk ke luar daerah.Ke Terengganulah,ke Tangga Batulah.Kadang-kadang dia pelik juga,tingkah Ziyad berlainan sekali. Dan yang paling menghairankannya,setiap kali dia meminta Ziyad membawanya untuk berjumpa dengan ibu lelaki itu,ada sahaja alasannya.Sampai Qistina bosan untuk meminta lagi.
Ziyad meraup wajahnya beberapa kali.Sejak menikahi Sakinah,tiap hujung minggu dia perlu pulang ke kampung.Kata Sakinah,dia tidak dapat tukar ke Kuala Lumpur.Jadi isteri keduanya itu akan terus menetap di situ.Terpaksalah dia berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka.Dia perlu pulang melawat Sakinah,semata-mata kerana ibunya.Kerana ibunya tinggal berdekatan dengan Sakinah. Makin banyak kali dia membohongi Qistina.Kadang-kadang dia jadi tidak sampai hati.Tapi dia terpaksa.Malah dia juga terpaksa berlakon bahagia bersama Sakinah di hadapan ibunya. "Qis,malam Sabtu nanti kita pergi shopping sama-sama nak?"cadang Ziyad sewaktu Qistina baru hendak menarik comforter di hujung katil. "Malam Sabtu?Ziyad tak kena outstation lagi ke?" Ziyad menggeleng.Fikirnya minggu ini tidak mahu pulang ke kampung.Dia mahu lebih banyak masa dengan Qistina. "Nak ke tak?" "Qis okey je.Singgah rumah ayah sekali eh,hari tu Qis balik,diaorang tanyakan Ziyad."
Ziyad tahu Qistina kecewa.Merajuk ketika dia membatalkan rancangan mereka untuk keluar membeli-belah bersama.Apakan daya,ibunya menelefon dan menyuruhnya pulang minggu itu.Melawat Sakinah. Tak sampai hati hendak menghampakan si ibu.Pun terpaksa juga menghampakan Qistina.Dibiarkan sahaja Qistina melayan rajuk.Nanti akan dipujuk. Malam itu,bila Ziyad merebahkan tubuhnya di katil bersebelahan Qistina,terus gadis itu membelakangkannya.Terus menyelubung di dalam comforter.Ziyad mengeluh. Comforter ditarik.Membuka selubung itu.Kemudian bahu isterinya disentuh lembut.Ziyad mendekat,memeluk Qistina dari belakang. "Tepilah…"degus Qistina. Ziyad tersenyum.Merajuk benar isterinya. "Nak peluk jugak.Kalau Qis tak nak pandang Ziyad,tak nak lepas." Ziyad tetap memeluk dan Qistina pula terus membelakangkan suaminya.Dia mengetap bibir bila Ziyad tidak mahu mengalah.Akhirnya dia memusingkan tubuh,menghadap Ziyad yang sudah tersenyum lebar. "Pandang pun.Jangan merajuk please…Ziyad tak sengaja.Nak buat macam mana,sayang?Ziyad kena kerja,untuk masa depan kita berdua jugak,kan?Qis tolong faham,okey?"lembut bicara Ziyad. Qistina memuncung.Kemudian dia bingkas dan duduk.Ziyad ikut duduk.Bila Qistina memeluk tubuh,dia memeluk tubuh juga.Bila Qistina memandang tajam,dia merenung tajam pula wajah isterinya.Setiap apa yang dilakukan Qistina,pasti ditiru Ziyad.` "Tapi dah selalu sangat.Ziyad ni,mesti tolong buatkan kerja orang lain?Betul tak?Qis pun kerja jugak,sama jugak macam Ziyad,tapi tak adelah selalu sangat kene outstation.Hari Ahad pun kena jugak." Ziyad tertawa kecil.Dia tahu Qistina tidak berpuas hati. "Sorry,okey?Lain kali…Ziyad cuba elak-elak outstation ni.Sekarang ni,kita tidur.Esok Ziyad dah pergi.Ziyad rindukan Qis tau." Ziyad tersenyum senang bila mendengar tawa halus Qistina.Kiranya merajuk isterinya sudah terusir. "Rindu kat Qis tak apelah,jangan rindu orang lain…" Bicara itu tak mengandung niat apa-apa.Tapi Ziyad,kelu tiba-tiba. "Tak…Ziyad rindu Qis sorang je,"perlahan kata-kata itu dibisikkan pada telinga Qistina.Bila melihat senyum Qistina,hatinya lapang.Melihat wajah polos Qistina pula,hatinya dibelenggu rasa bersalah.Ubun-ubun Qistina diusap perlahan.
Ziyad tidak selesa.Bila dia serumah dengan Sakinah,dia jadi seperti cacing yang kepanasan.Dia dan Sakinah,bagaikan dua orang asing yang tinggal serumah.Berbicara bila perlu.Bila malam menampakkan diri,Sakinah di bilik dan dia di ruang tamu. Biar dengan Sakinah,hatinya tetap menyebut nama Qistina.Saban malam dia bermain mesej dengan Qistina dan kadang-kadang berbual lama.Bila siang hari,dia akan membantu ibunya di kedai.Sakinah pula hanya akan duduk memerap di rumah.Mengemas dan memasak. "Ayad,kamu kenalah selalu balik ke sini.Kesian Sakinah tu,diakan isteri kamu.Dia tak dapat tukar,jadi kamulah yang kena ke sini selalu.Dalam seminggu dua hari je Yad,kamu boleh jumpa dia.Hari lain dah sibuk bekerja." Itulah yang selalu diingatkan Puan Zainah kepada Ziyad.Tapi Ziyad tahu Sakinah tidak kisah jika dia tiada.Dia yakin gadis itu mengerti.Cintanya hanya untuk Qistina seorang. "Abang,boleh Kina tanya?" Ziyad menoleh.Memandang sahaja Sakinah yang duduk di hadapannya. "Nak tanya ape?" "Pasal isteri abang.Macam mana?Perkahwinan kita dah lebih 3 bulan.Abang dah bagitahu dia?" Ziyad mengeluh.Memandang tidak senang ke arah Sakinah. "Belum lagi.Ibu pun tak tahu lagi pasal kami.Abang nak rahsiakan hal ni.Abang takut Qistina merajuk nanti dengan abang,"perlahan Ziyad berkata.Sakinah cuma diam.Dia nampak cinta Ziyad yang begitu mendalam pada madunya.Walaupun dia tidak pernah mengenali siapa isteri suaminya seorang lagi,dia dapat melihat betapa dalamnya cinta Ziyad buat wanita itu. "Jadi nama dia Qistina?" Ziyad angguk. "Nabielah Qistina.Dia sebaya dengan abang." Sakinah tidak bereaksi.Sedap nama madunya. "Dah lama ke abang kahwin dengan dia?" Ziyad menggeleng. "Abang kahwin dengan dia 2 bulan sebelum kita nikah.Abang sayangkan dia,dia seorang aje cinta abang.Kina kena tolong abang,jangan dedahkan rahsia ni.Kina tolong ya?" Sakinah cuma memandang Ziyad yang begitu mengharap.Dia tersenyum hambar dan mengangguk.Perit hatinya.Biarpun Ziyad belum ada lagi di hatinya,namun bila suaminya mengucapkan kata sayang buat madunya di hadapan dia sendiri,hatinya tetap terluka.Tetap perit. "Abang jangan risau.Kina akan jaga rahsia abang ni elok-elok.Abang tak payahlah selalu sangat balik ke sini,Kak Qistina pun perlukan abang.Dia lebih perlukan abang daripada Kina.Abang pun macam tu jugak,kan?" Ziyad tersenyum.Mujur Sakinah mengerti.Tapi tetap tidak boleh dia berbuat demikian,setiap kali hujung minggu menjenguk tiba,walaupun dia tidak bermalam di Melaka,pasti ibunya akan menelefon dan menyuruhnya pulang.
Perkahwinannya dengan Qistina sudah memasuki bulan ke 6.Dengan Sakinah pula,sudah memasuki bulan keempat.Pun begitu,dia belum ada lagi kekuatan untuk memberitahu kepada Qistina hal yang sebenar.Dia tidak sampai hati.Selama enam bulan perkongsian hidup mereka,dia bahagia dengan Qistina.Walaupun kekasih hatinya itu kuat merajuk,Ziyad tetap bahagia. Kadang-kadang dia terfikir,sampai bila dia harus begini.Terpaksa berlakon dengan semua orang?Terpaksa membohongi Qistina dan ibunya?Dia rasa bersalah,namun belum ada kekuatan untuk dia luahkan semuanya.Dia lelah begini.
"Hachumm!!" Qistina menggosok hidungnya.Sekilas dia memandang cermin.Hidungnya sudah merah dan berair.Sekejap-sekejap,dia bersin.Tak tahan namun dia terpaksa.Bilik kerja Ziyad itu sudah terlalu bersepah dan berhabuk.Hairan juga dia kerana lelaki itu okey sahaja bila masuk ke bilik itu.Sebaliknya pula dia. Semua kertas dan akhbar yang tidak digunakan dikumpulkan.Kertas-kertas bersaiz A4 yang bersepah di atas meja juga dikemaskan.Qistina memicit hidung,lalu bulu ayam ditangannya dihayun beberapa kali di atas meja itu,mengusir habuk yang semakin menebal. Kemudian dia melabuhkan punggung di kerusi.Satu persatu laci meja itu ditarik.Mengeluarkan semua kandungannya sebelum disusun kembali.Bila ada yang tidak digunakan lagi,terus dicampakkan sahaja ke dalam plastik sampah yang dibawanya. Selesai satu isi laci dikeluarkan,disusun dan juga dimasukkan semula.Kemudian dikeluarkan lagi isi laci kedua.Disusun dan kemudian dimasukkan semula.Begitu juga laci ketiga,iaitu laci terakhir.Segala isi laci itu dikeluarkan dan disusun. Sedang dia menyusun isi laci itu yang kebanyakkannya kertas-kertas A4,dia terpegangkan sehelai kertas.Bukan bersaiz A4.Qistina memusingkan kertas itu.Surat Akuan Pernikahan? Aturan nafasnya bagai terhenti.Saat dia membaca nama yang tertera pada surat itu,dunianya terasa gelita.Muhamad Ziyad dan Sakinah? Qistina lemah.Tersandar pada kerusi di hadapan laci yang terbuka itu.Ketika itu,murah sahaja air matanya.
Ziyad memanjat anak tangga bila Qistina tiada di tingkat bawah.Dia pasti isterinya ada di bilik.Senyuman terhias pada wajahnya yang ceria.Terus tombol pintu kamar beradunya dipulas dan daun pintu ditolak. "Get out!" Ziyad terpinga-pinga.Terkejut dengan jeritan Qistina.Senyumannya mati dan dia terus memandang wajah Qistina yang merah.Beralih pada mata isterinya yang basah. "Sayang,kenapa ni?" Ziyad mendekat.Cuba dipeluk Qistina yang nampak marah. "Ziyad penipu!Penipuuu!!!" Qistina menepis bila Ziyad cuba memeluknya.Tapi lelaki itu berjaya juga.Dia meronta tapi pelukan Ziyad tak terlepas. "Sayang,cuba cakap kenapa?Apa yang tak kena ni?" Ziyad melepaskan pelukan.Namun sebaik sahaja dia berbuat demikian,tubuhnya dipukul bertubi-tubi dengan bantal. "Qistina!"tengking Ziyad kuat.Qistina berhenti dan terus menangis.Bila begitu,Ziyad mendapatkan isterinya.Menarik juga isterinya itu ke dalam pelukannya.Cuba ditenteramkan hati gadis iu walaupun dia tidak tahu sebab apa Qistina begitu. "Kenapa Ziyad tipu Qis?Kenapa buat Qis macam ni?Ziyad kata Ziyad sayang Qis,tapi kenapa Ziyad buat macam ni?!"marah Qistina dalam tangisan. Ziyad meleraikan pelukan.Namun kali ini bahu Qistina dipegang kuat.Tak mahu Qistina bertindak seperti tadi. "Apa yang Ziyad dah buat?Sayang,bagitahu betul-betul.Ziyad tak faham ni…"lembut bicara Ziyad.Tangannya ditepis Qistina. "Jangan panggil Qis sayang lagi!Qis benci dengar tahu tak?!" Ziyad terdiam.Pegangannya pada bahu Qistina dilepaskan.Bila terlepas,Qistina terus berlalu ke almari.Dia mencari sesuatu.Bila jumpa,sekeping kertas dilayangkan di hadapan Ziyad. Ziyad tidak mengerti.Perlahan-lahan,dia menunduk dan mengutip kertas yang terdampar di lantai.Jantungnya berdetak kencang.Qistina sudah menjumpai surat nikahnya bersama Sakinah. "Qis,dengar dulu sayang,"pinta Ziyad perlahan.Dia tahu betapa remuknya hati Qistina.Dia tahu Qistina marah. "Dengar apa lagi?Tak cukup ke dah pergunakan Qis?Tipu Qis?Tak cukup ke?Ziyad nak apa sebenarnya?Apa,ada lagi yang Qis tak tahu?" Lantang Qistina bersuara.Air matanya dikesat kasar.Memandang tajam pada wajah Ziyad yang serba-salah. "I’m sorry…" "Sorry?Senangnya!Qis tahu Qis banyak kekurangan.Patutlah selalu sangat outstation.Pergi rumah bini muda rupanya!" Qistina mencebik.Ziyad terdiam.Terasa tertampar.Dia mendekati Qistina namun dia terhenti. "Ziyad terpaksa.Ziyad…" "Terpaksa?!Tak pernah ada orang kahwin lagi sebab terpaksa tau!Yang ada,sebab gatal nak menikah je!" Qistina bersuara sinis.Lupa siapa di hadapannya.Lupa kepada siapa dia memuntahkan marahnya. "Qis boleh cakap aje apa yang Qis nak cakap.Ziyad tahu Qis marah.Tapi sumpah,Sakinah jadi isteri Ziyad sebab terpaksa." Perlahan Ziyad mengungkapkan kata.Dia terdiam bila Qistina mendekat kepadanya secara tiba-tiba.Qistina nampak lebih marah daripada sebentar tadi. "Terpaksa?Kenapa?Ziyad dah terlanjur ke dengan dia,hah?"tanya Qistina kuat.Ziyad diam. "Cakaplah!Kenapa diam pulak?Betul kan?" Qistina menangis lagi.Gadis itu tersandar pada katil.Kedua-dua belah lututnya dipeluk dan wajahnya disembamkan di situ.Menangis semahunya. Ziyad mendekati isterinya.Dia duduk di sebelah isterinya dan memeluk tubuh itu. "Tak.Ziyad terpaksa,ibu yang nakkan dia jadi isteri Ziyad.Ziyad mintak maaf,Qis.Tapi sumpah,cuma Qis aje yang ada dalam hati ni,cuma Qis je yang benar-benar seorang isteri pada Ziyad.Ziyad janji.Ziyad tak akan sentuh dia pun.Selama ni pun Ziyad tak pernah sentuh dia. Ziyad terpaksa,sayang.Ziyad mintak maaf sebab sakitkan hati Qis…"
Ziyad tahu,biarpun Qistina diam,dia tahu isterinya masih marah.Masih merajuk dan kecewa.Sudah seminggu Qistina tidak mahu bercakap dengannya.Bila dia ingin tidur,dilihat selimut dan bantal sudah berada di luar bilik.Kamarnya pula ketat terkunci.Terpaksa,dilelapkan sahaja matanya di ruang tamu. Tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk memujuk Qistina.Setiap hari,ada sahaja benda yang dihantar ke pejabat isterinya.Bunga,coklat,dan kadang-kala CD penyanyi kegemaran isterinya.Namun Qistina tetap dingin dengannya. Bila dia mendekat,Qistina akan menjauh.Setiap kali dia cuba memujuk,cepat-cepat Qistina berlalu.Bila dia menelefon,panggilannya tidak berjawab.Akhirnya,dibiarkan sahaja Qistina terpujuk sendiri.
Peritnya hati bila tahu dia dimadukan.Dia sudah mendengar semua penjelasan suaminya.Patutlah permintaannya untuk bertemu dengan ibu mertuanya tidak dilayan.Ini rupanya.Enam bulan sudah dia menjadi isteri Ziyad,namun sayangnya ibu lelaki itu tidak tahu.Disangka anak hanya beristeri seorang,namun hakikatnya dua. Patutlah Ziyad begitu mendesak mereka bernikah segera dahulu.Tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan.Kata Ziyad,lelaki itu terpaksa kerana tak mahu hampakan ibunya. Bahagia…kenapalah sekejap cuma kau menjengah?Qistina mengeluh lemah.
Ziyad tidak mampu menolak bila ibunya menyuruhnya pulang ke kampung.Terpaksa dia melupakan rajuk Qistina seketika.Bila pulang nanti,dia akan mencuba memujuk lagi. Ziyad lelah dengan semua ini.Permainan ini menyesakkannya.Kini,tinggal ibu dan mertuanya sahaja yang tidak tahu dia beristeri dua.Saudara maranya juga. Bila dengan Sakinah,masih sesak mindanya memikirkan cara untuk memujuk Qistina.Kerana takut kehilangan gadis itu,dia rela terjebak dengan permainan bodoh ini.Bila kebenaran terbongkar,rajuk Qistina pula seakan tidak dapat dipujuk lagi. "Abang ada masalah ke?Kina tengok sejak sampai tadi abang diam aje,"tegur Sakinah.Ziyad tersenyum tawar. "Tak ada apalah.Abang teringatkan Qistina je,"jujur Ziyad meluahkan kata.Sakinah terdiam. "Call lah dia." Ziyad mengeluh.Tapi bibirnya tetap tersenyum hambar.Kalaupun dia menelefon saat ini,akan terjawabkah panggilannya nanti?
Qistina memandang sahaja Ziyad yang baru melangkah masuk ke rumah.Di tangan lelaki itu ada beg baju.Qistina tidak mahu bertanya ke mana lelaki itu,kerana dia tahu ke mana lelaki itu pergi.Pastilah ke rumah madunya. "Sayang.Sihat?"tegur Ziyad.Qistina diam.Kemudian terus melangkah ke dapur.Ziyad Cuma diam.Akhirnya dia berlalu sahaja ke bilik.Setiap hari dia memikirkan Qistina,namun isterinya itu seakan tidak sudi hendak memandang wajahnya. Ziyad kerinduaan.Dia kehausan dengan cinta Qistina seperti dulu.Rindu hendak melihat senyuman Qistina,hendak mendengar ketawa isterinya.Di sini dingin,di rumah Sakinah lagilah dingin.
"Qis." Qistina diam.Tidak pula menepis bila tangan kasar Ziyad mencapai jemarinya. "Ziyad kena tukar pergi Tangga Batu.Qis macam mana?" Qistina diam juga.Dia sudah dimaklumkan oleh pegawainya dengan pertukaran suaminya. "Baguslah.Dekat dengan Sakinah." Qistina terdiam kemudiannya.Tak sangka itu yang diucapkannya.Dikerling wajah Ziyad yang sudah berubah. Ziyad mengeluh.Semakin kerap nama Sakinah dibangkitkan Qistina. "Qistina…please.Jangan macam ni.Sampai bila,Qis?" "Sampai Qis tak kena share Ziyad dengan orang lain." Habis Qistina berkata,terus dia bangun.Tak sempat Ziyad hendak menghalang.Belum surut lagi rupanya rajuk Qistina.
Bila Ziyad bertukar ke Melaka.Qistina tidak menafikan hatinya sering diburu rasa cemburu.Sudahlah Sakinah tinggal di negeri Hang Tuah itu juga.Dia pasti Ziyad tidak mencari rumah lain.Biar sesibuk mana pun dia,tetap ada juga Ziyad di fikirannya. Dalam seminggu,boleh dikira hanya beberapa jam sahaja wajah Ziyad di hadapannya.Itupun kalau lelaki itu ada urusan di Kuala Lumpur. "Qis!" Qistina menoleh.Bila dia nampak Ziyad mengejar anak dirinya,terus dia melangkah laju.Pintu Honda Jazznya terus dibuka dan dia membolos masuk.Enjin kereta dihidupkan dan baru dia hendak menekan pedal minyak,Ziyad sudah membolos masuk ke dalam keretanya. "Qis…kenapa ni?Asyik nak lari aje daripada Ziyad ni?Tahu tak,Ziyad ambik cuti hari ni semata-mata nak jumpa dengan Qis?" Qistina merengus.Pedal minyak terus ditekan. "Buat ape?Tak tahu ke Qis kerja sekarang?Sakinah,kan ada?Buat apa cari Qis lagi?You’re wasting your time." Ziyad terdiam.Sudah sebulan dia berpindah ke Melaka.Dia rindukan Qistina,namun sukar hendak mencari peluang untuk berjumpa dengan gadis kesayangannya itu.Bila dia bercuti,ibunya pasti menyuruh dia dan Sakinah ke mana-mana berdua.Terpaksalah juga dibawa Sakinah berjalan-jalan.Kadang-kadang makan ikan bakar di Umbai,ataupun membeli-belah bersama di Dataran Pahlawan. Hari ini pun,dia memberi alasan dia mempunyai urusan di Kuala Lumpur.Urusan kerja. "Qistina…" "Dah makan tak?Qis nak pergi makan ni.Lepas makan,balik Melaka.Nanti Sakinah rindu pulak." Ziyad cuma mendiamkan diri.Membiarkan sahaja Qistina bersuara sinis kepadanya.Kalau itu yang boleh memuaskan hati Qistina.
Qistina menongkat dagu.Fikirannya melayang jauh.Teringatkan Ziyad dan kata-kata sinis yang dilemparkan kepada lelaki itu sewaktu lelaki itu datang berjumpanya di pejabat semalam.Dia rindu tapi rajuknya masih ada pada Ziyad. Bila terfikirkan Ziyad dan Sakinah,cemburunya membuak.Akhirnya dia yang akan menangis sendiri.Menanggung semuanya seorang diri.Sungguh,dia tidak rela berkongsi suami!
Minggu ini,genaplah 3 bulan Ziyad di Melaka.Hampir sebulan sudah Qistina tidak bertemu dengan lelaki itu.Bila Ziyad menelefon,dia biarkan sahaja operator yang menjawab.Bila dia tahu Ziyad ada urusan di Kuala Lumpur,segera dia keluar dari pejabat.Tak mahu bertembung dan berjumpa dengan lelaki itu.Bila Ziyad pulang ke rumah,dia akan ke tempat lain.Sehinggalah lelaki itu pergi. Dia sepi.Dia marah pada Ziyad,tapi hatinya rindu.Dia ego dengan Ziyad,tapi hatinya rindu.Dia cemburukan Sakinah,tapi tetap tak mahu beri peluang Ziyad memujuknya.Dikeraskan hatinya supaya lebih keras daripada granit! Dibiarkan Ziyad terluka dengannya,biarpun dia sendiri balik yang kecewa.Kalau malam,hanya air mata yang menemaninya.Dia benar-benar rasa terpinggir.Dulu,ada juga Ziyad menelefonnya.Tapi sengaja tidak dijawab.Sekarang,bila dihitung-hitung sudah lebih 2 minggu tiada panggilan daripada suaminya itu. Kalau Ziyad dah lupakan aku,macam mana?Kalau Ziyad dah penat nak layan rajuk ni? Tiba-tiba hati Qistina dilanda kebimbangan.Dia sedar,betapa marah pun dia pada perbuatan Ziyad itu,dia masih sayangkan lelaki itu.
Qistina menekup wajahnya dengan tangan.Hari ini dia bercuti.Tiada kerja lain,dia ke sini.Ke tempat reakreasi ini.Menenangkan fikirannya yang semak dengan nama Ziyad seorang.Perlahan-lahan air matanya menitis. Entah sudah berapa bulan dia ‘kehilangan’ Ziyadnya.Dia menyakitkan hati lelaki itu supaya jauh daripadanya.Bila Ziyad jauh,dia pula terluka.Qistina benci dengan perasaan itu! "Saudari.Maaf,boleh saya tumpang duduk di sini?" Qistina mengangkat wajahnya.Air matanya dikesat terus.Kemudian dia membalas senyuman pemuda yang meminta izin untuk duduk disebelahnya itu.Tinggi dan putih orangnya.Dia mengengsot sedikit.Memberikan pemuda itu ruang. "Duduklah." Pemuda itu duduk.Qistina diam.Melemparkan jauh pandangannya ke arah hadapan. "Tadi saya nampak saudari macam ada masalah je.Boleh saya tolong?" Qistina menoleh.Kemudian dia tersenyum tawar. "Panggil saya Bell aje.Kawan-kawan panggil saya Bell." Lelaki itu tersenyum. "Saya Iqram.Iqram bin Ahmad.Nama penuh Bell,kalau boleh saya tahu?" "Nabielah Qistina Raifi,"jawab Qistina dalam senyuman ikhlasnya. "Bell ada masalah ke?Tadi saya tengok Bell macam tengah frust dengan sesuatu.Ceritakan,kalau boleh saya tolong,saya akan tolong.Kalau bukan tolong menyelesaikannya,mungkin saya boleh tolong kurangkan bebanan perasaan Bell." Ikhlas Iqram berkata.Dia merenung mata bundar Qistina yang basah.Beralih pula pada lentiknya bulu mata Qistina yang lencun. Qistina diam.Teringatkan Ziyad. "Saya tak apa-apa.Saya cuma rasa kecewa dengan seseorang,Itu aje." Iqram mengangguk.Dia menarik nafasnya perlahan. "Bell,kitakan manusia.Tak pernah lepas daripada kesilapan.Kadang-kadang,kita kena saling belajar memaafkan.Bagi sesetengah orang,mungkin maaf bukan penebus segala kesalahan.Tapi percayalah,bila kita memaafkan seseorang tu,hati kita ni…" Iqram menunjukkan dadanya. "Hati kita akan jadi tenang.Bila kita simpan,ia akan menyakitkan. " Qistina mengangguk.Ada kebenaran dalam kata-kata Iqram itu. "Tapikan Iqram,andai kata awak ditipu.Boleh ke awak maafkan je kesalahan tu?" Iqram mengerutkan dahi.Kurang jelas dengan soalan itu namun dia tersenyum jua. "Ditipu?Tengok dulu pada keadaannya.Tapi yang paling penting,lambat atau cepat,kita kena maafkan juga.Lagi cepat,lagi bagus.Beban perasaan kita terlepas.Kalau saya ditipu…bergantung pada besar atau kecil penipuan itu.Sesakit mana pun hati ni,saya cuba juga forgive and forget.Supaya hati ni tak berdendam dengan sesiapa dan simpan sakit hati dengan sesiapa.Kita kalau simpan,kita balik yang sakit." Qistina diam.Memikirkan kata-kata Iqram itu.Dia menoleh bila telefon bimbit Iqram berbunyi.Lelaki itu terus menjawab panggilan tersebut. "Bell,maafkan saya.Saya ada hal.Saya minta diri dulu,"ujar Iqram sebaik sahaja memutuskan talian.Qistina turut bangun.Lelaki itu menyeluk saku seluarnya.Sekeping kad diserahkan pada Qistina. "Ini kad saya.Kalau Bell ada masalah,jangan segan-segan.Telefonlah.Saya sedia menolong.Saya pergi dulu,assalamualaikum."
Dr. Iqram bin Ahmad,Wad Psikatrik,Hospital Besar Kuala Lumpur. Perlahan-lahan Qistina menatap kad kecil berwarna putih itu.Rupanya,lelaki yang menasihatinya di taman dulu seorang doktor.Dia memasukkan nombor telefon bimbit lelaki itu di dalam direktori telefonnya.Supaya mudah dia menghubungi lelaki itu kelak. Qistina termenung lagi.Makin hari Ziyad makin jauh daripadanya.Dia ingin sekali menelefon lelaki itu,namun dia ego.Tetap mahu melayan rajuknya.
Qistina mencapai telefon bimbitnya.Hatinya keresahan.Teringatkan Iqram,terus dia menelefon lelaki itu. "Assalamualaikum.Iqram ke ni?" "Waalaikumsalam.Iye saya.Bell ke ni?" Qistina tersentak tapi dia tersenyum jua. "Macam mana tahu saya yang telefon ni?Saya tak pernah lagi telefon awak sebelum ni." Qistina mendengar tawa lelaki itu. "Saya ingat suara Bell."
Ziyad menyuap nasi perlahan.Sakinah cuma memerhatikan sahaja kelesuan suaminya itu. "Abang,kenapa lagi ni?Tak sedap ke nasi tu?"tegur Sakinah.Ziyad menggeleng. "Tak adalah.Abang tak lalu nak makan je.Kina makanlah." "Abang dah lama tak balik KL?Kak Qistina macam mana?" Mendengar nama Qistina,hati Ziyad jadi sayu.Dia toleh pada Sakinah. "Nanti abang baliklah sana.Dahlah,makan je.Kalau abang ada selera nanti,abang makan." Ziyad menolak pinggan di hadapannya.Dia bangun dan terus ke sinki.Sakinah cuma terkebil-kebil memerhati. Semakin tidak faham dengan kelakuan lelaki itu.Sudah lama tidak nampak senyuman Ziyad.Bila di hadapan ibu mertuanya sahaja,Ziyad tersenyum.Itupun entahkan ikhlas entahkan tidak.
Qistina tersenyum.Iqram…setiap kali hatinya keresahan,pasti dia mencari lelaki itu.Dia suka mendengar setiap bait kata nasihat yang lahir daripada lelaki itu.Lelaki itu penuh falsafah.Hidupnya penuh semangat.Sedangkan dia? Dia menghitung berapa lama sudah perkenalan mereka.Hampir sebulan rasanya.Dia senang dengan lelaki itu.Lelaki yang boleh membuatkan dia tersenyum semula bila mana dia menangis.
Ziyad memutar anak kunci.Perlahan dia melangkah masuk.Gelap.Dengan bantuan cahaya daripada telefon bimbitnya,dia memanjat anak tangga seusai pintu dikunci semula.Tombol pintu biliknya dipulas perlahan. Suis lampu dipetik.Matanya menyapa pada sekujur tubuh yang lena di katil.Rindunya menggebu.Dia mendekati Qistina yang lena.Memerhatikan setiap inci tubuh itu. "Qis…"serunya perlahan.
Qistina membuka mata.Bila melihat wajah Ziyad yang hampir dengan wajahnya,terus ditolak tubuh lelaki itu jauh daripadanya.Dia bangkit daripada baringan.Dia menarik nafas seketika,cuba mengawal rasa terkejutnya. "Ziyad?" Qistina terpinga-pinga.Ziyad kembali mendekat.Membelai wajah Qistina. "Ziyad rindu…" Qistina diam.Melemparkan pandangannya ke tempat lain.Tadi dia tidur.Terasa ada sesuatu,dia membuka mata.Alih-alih Ziyad ada di hadapannya.Larut malam begini…entah bila lelaki itu pulang,dia tak sedar. "Ziyad buat apa dekat sini?Dah pukul 3 pagi ni!"marah Qistina.Sempat dia mengerling pada jam di dinding. "Ziyad nak jumpa Qis la…Ziyad rindu,Qis tak rindu ke?" Qistina membisu.Comforter terus ditarik dan dia menyelimutkan tubuhnya.Dia baring semula.Malas mahu melayan lelaki itu.Tiba-tiba sahaja muncul.Nasib baik dia tidak mati terkejut! Bila dia memejamkan mata,terasa tubuhnya dipeluk.Qistina rimas. "Tak naklah,Ziyad!Tolonglah…Qis nak tidur ni!Esok kerjalah!" Qistina sedaya-upaya menolak tubuh lelaki itu jauh daripadanya.Tapi tenaganya tak setanding dengan tenaga lelaki itu. "Penat-penat Ziyad datang sini,nak jumpa dengan Qis.Kalau datang siang,asyik mengelak je.Kenapa sayang buat macam ni?Tak kesian ke pada Ziyad?" Mendengar kata-kata itu,terus Qistina mengetap bibir.Dia menolak kasar tubuh suaminya.Kemudian dia menyelak comforter dan terus bangun.Baru hendak melangkah,lengannya dicapai Ziyad. "Apa lagi ni?"tanyanya kasar. "Kenapa buat macam ni?Qis nak pergi mana ni,sayang?" Masih lembut bicara lelaki itu.Qistina mendengus. "Ziyad cakap Qis tak kesian pada Ziyad.Ziyad pernah kesian tak pada Qis bila tipu Qis macam ni?Bohong dengan Qis macam ni?Tak kesian pulak,kan?Ada tak?Tak ada,kan?" Ziyad terdiam.Berbulan sudah berlalu,namun rajuk Qistina masih ada. "Cakaplah Qistina.Apa yang Ziyad boleh buat supaya Qis maafkan Ziyad ni?" Qistina tertawa.Tapi sinis.Dia memandang ke arah suaminya. "Ingat satu benda ni pun cukuplah!I hate sharing!"
Qistina tidak berkata apa-apa.Tidak rela namun itu tanggungjawabnya.Tiada senyuman buat Ziyad.Cepat-cepat dia menyingkir ke bilik air.Bila air pancuran dibuka,diletakkan dirinya di bawah air tersebut.Dia menangis lagi.Air matanya bersatu dengan air pancuran tersebut. Tahu berdosa jika dia menolak.Tapi hatinya tidak rela.Dia menangis semahu-mahunya.Sampai dia teresak-esak sendirian di situ.
Iqram memusing-musingkan pen yang disepit antara jari telunjuk dan ibu jari kanannya.Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Qistina.Bibirnya tersenyum.Terbayang wajah manja itu di matanya.Rasanya semakin kerap Qistina menelefonnya.Kadang-kala meminta pendapat dan kadang-kala meminta bantuannya untuk menenangkan hati yang keresahan. Dia tidak pernah kisah pukul berapa sekalipun Qistina menelefonnya.Walaupun semasa bertugas,tetap juga dia mencari masa untuk memberi ketenangan untuk gadis itu. Rasanya hati dia telah terpaut dengan gadis itu.Tidurnya selalu termimpikan Qistina. Iqram mencapai telefon bimbitnya.Mendail nombor telefon Qistina.Ingin mengajak gadis itu makan tengahari bersama.
Ziyad tahu,rajuk Qistina masih ada.Dia tidak akan pulang semula ke Melaka selagi Qistina belum berjaya dipujuk.Teringat layanan dingin isterinya.Kerana itulah,dia terpaksa bermalam di hotel sahaja. Lapar pula terasa perutnya.Ziyad memandu tenang,mencari restoren untuk dia mengisi perutnya.Terpandangkan sebuah restoren yang nampak unik dan menarik,terus sahaja dia menyinggah.
Qistina tertawa ceria.Iqram yang melihat juga tersenyum senang.Gembira bila melihat gadis yang sudah mula menghuni hatinya tersenyum riang.Wajah itu tambah memikat,bila ada lesung pipi yang menghias setiap kali Qistina tersenyum. "Bell,awak makanlah berapa banyak pun awak nak,saya belanja hari ni." "Eii..tak naklah.Saya gemuk nanti.Saya ni malas nak bersenam,"balas Qistina bersahaja.Iqram tersenyum. "Tak adalah!Makan untuk hari ni je banyak-banyak…"
Langkah Ziyad terhenti.Matanya terpaku pada pasangan yang duduk di sudut restoren itu.Qistina!Betulkah isterinya itu?Tapi dengan siapa? Tak sedar,Ziyad menggenggam erat kunci kereta di tangannya.Qistina dan lelaki itu nampak ceria sekali.Matanya tajam memerhati pada senyuman di bibir isterinya.Yakin itu ialah Qistina. Ziyad berpaling.Tidak jadi terus hendak mengisi perutnya.Mata dan hatinya sakit melihat kemesraan mereka berdua!
"Ziyad?Ada lagi dekat KL?Kenapa tak balik Melaka lagi?Ingatkan semalam dah balik…" Qistina mengunci keretanya.Selamba sahaja dia melangkah dan membuka pintu gril.Ziyad yang mulanya hanya bersandar di kereta terus menghampiri Qistina. "Kenapa?Sukalah kalau saya tak ada dekat sini?Sukalah kalau saya sibuk dekat Melaka tu?" Kasar suara Ziyad.Qistina mengerutkan dahi.Mengerling pada wajah tegang Ziyad.Baru sebentar tadi dia ketawa ceria dengan Iqram,bila pulang ke rumah,Ziyad menantinya.Dan kini,seperti mengajak bergaduh pula. Bila pintu rumah terbuka,Qistina terus masuk tanpa mempedulikan suaminya. Bangg!! Qistina terkejut.Dadanya diurut perlahan.Seketika kemudian dia menoleh ke arah Ziyad dan pada pintu yang telah tertutup rapat. "Kenapa dengan Ziyad ni?Hempas-hempas pintu pulak.Bisinglah!" Bila Qistina hendak melangkah ke bilik,Ziyad menghalang. "Apa lagi ni Ziyad?Penat ni tau tak?"tanya Qistina malas. "Huh,penat?Penat menggoda lelaki lain ya?"tanya Ziyad sinis.Qistina memandang tajam wajah Ziyad.Mencari maksud kat-kata itu. "Nonsense!" "Apa nonsense?Ziyad nampak sendiri tahu tak?Siapa lelaki yang makan dengan Qis tadi?Kekasih ke?" Qistina melepaskan nafasnya perlahan.Meskipun dia terkejut,tapi dia berlagak biasa. "Kalau kekasih pun,Ziyad kisah ke?" "Qistina!" "Betullah…Ziyad tak kisah,kan?Iyelah…Qis ni bukan siapa-siapa pun pada Ziyad." Ziyad mengetap bibirnya geram.Pergelangan tangan Qistina lalu digenggam kuat olehnya. "Sakitlah!" Qistina cuba membebaskan tangannya daripada pegangan lelaki itu tetapi gagal. "Biar!Biar sakit!Qis nak tahu tak,Sakinah tu 1000 kali lebih baik daripada Qis tau!Dia tak curang macam Qis!Tak keluar dengan lelaki lain macam Qis!" Qistina tersentap.Dia memandang geram wajah Ziyad.Cemburunya membuak bila dia dibandingkan dengan madunya. "Apa yang cuba Ziyad nak cakap ni?" "You’re really annoying Qistina!Buang masa je hidup dengan perempuan macam ni!Satu sen pun tak guna!Harap gaji je besar!Sakinah tu,walaupun gaji dia tak besar macam Qis,seorang jurutera petroleum ni,dia taklah sehina Qis!Dia tahu jaga maruah sendiri.Tahu apa yang seorang isteri perlu buat!Qis,tahu semua tu?Tahu ke?" Suara Ziyad melengking kuat.Pegangannya pun sudah terlepas. Qistina terdiam.Langsung tidak menduga kata-kata kesat yang terbit daripada bibir suaminya itu.Hanya kerana dia keluar makan bersama seorang lelaki yang dianggap sebagai sahabat,dia menjadi sebegitu teruk di mata lelaki itu?Hatinya hancur. "Memang Qis tak sama macam Sakinah,tapi…" "Yes!Memang korang berbeza!Dia lagi baik daipada perempuan macam kau ni!Murah!" Perit.Ziyad terdiam.Meraba pada pipinya yang terasa perit.Kemudian dia memandang pula pada Qistina.Mata isterinya itu berkaca. "Memang Qis tak selengkap Sakinah.Qis tak tahu memasak,tak tahu buat semua benda yang orang perempuan patut tahu!Menjadi satu kesalahan ke bila keluar makan dengan kawan sendiri?Teruk sangatkan Qis ni pada mata Ziyad?" "Memang kau teruk!"tengking Ziyad lagi.Tercabar egonya bila ditampar Qistina.Terus tubuh itu ditolak sehingga terduduk di lantai.Seakan tiada tinggal sisa pun kasihnya buat Qistina. Qistina membisu.Punggungnya sakit.Berusaha juga untuk bangun. "Ikut suka Ziyadlah.Tapi kalau salah Qis pergi makan dengan kawan sendiri,Qis mintak maaf.Ziyad nampak salah Qis je.Ziyad tak pernah ternampak pun kan salah sendiri?" Ziyad diam.Mengerti maksud Qistina itu.Hatinya masih mendidih. "Kau nak pergi mana tu?"tanya Ziyad kasar bila melihat Qistina mula melangkah ke pintu. "Buat apa nak tahu?" "Hei,kau dengar ni.Kau jangan lupa hakikat ni.Sakinah lagi baik dan bagus daripada kau!Sekarang dia tengah mengandungkan anak aku tahu!" Qistina tersentap.Lambat-lambat dia menoleh,mencari wajah Ziyad.Benarkah apa yang didengarnya sebentar tadi? "Ziyad?Ziyad mungkir janji!Ziyad kata Ziyad takkan sentuh dia!" Air matanya terus menitis laju.Ziyad tersenyum sinis. "Sakinah isteri aku!Kau tak ada hak nak halang aku…" Akhirnya Qistina melangkah keluar juga daripada rumah itu dengan hati yang penuh luka.6 minit dia memandu,akhirnya diberhentikan keretanya di bahu jalan.Dahinya diletakkan di stereng kereta dan di situ dia menangis semahu-mahunya.Sampai dia teresak-esak,menahan perit kenyataan yang diucapkan Ziyad tadi.
Ziyad terduduk lesu si sofa.Dia memegang kepala.Bingung bila memikirkan apa yang baru diucapkan kepada Qistina sebentar tadi.Sumpah,dia hanya mengikut sahaja hatinya yang cemburu dan marah. Ziyad buntu.Tidak tahu perlu di mana dia mencari Qistina kini.Sungguh,janji yang pernah dia lafazkan dulu tak pernah dimungkiri.Dia tidak pernah pun menunaikan haknya ke atas Sakinah.Tadi dia cuma ingin memancing marah dan cemburu Qistina.Tapi… Makin Qistina cuba dipujuk,makin dia membuatkan kekasih hatinya itu merajuk.Ziyad mengeluh lagi.
Seminggu Qistina di hotel.Dia tahu Ziyad masih di rumah.Dia terlalu sakit dengan lelaki itu.Bila telefon bimbitnya berbunyi,Qistina menoleh.Melihat nama Adibah yang tertera di skrin telefon bimbitnya,terus dia menjawab. "Bell..adoi..susahnye nak jumpa kau sekarang." "Oit Cik Diba…assalamualaikum…" "Walaikumsalam.Hehe…kau sihat,Bell?Lama dah tak dengar khabar kau.Maklumlah,nak ajak lepak-lepak,kau dah ada cik abang." Tahu siapa yang dimaksudkan,Qistina cuma membisu. "Ada apa kau telefon aku ni?" Cepat-cepat dia mengalih tajuk. "Ni ha…bulan depan aku dah nak menikah dah.Kau datanglah…jadi pengapit aku.Okey tak?" Dia mendengar ketawa Adibah.Qistina terkejut namun dia gembira. "Iya?Alhamdulillah…dengan siapa?" "Ala…bukan kau kenal pun.Nama dia Amir.Nanti aku kenalkan pada kau.Kau datanglah ek rumah aku dekat Batu Pahat.Majlis buat dekat sana.Ni ha,aku tengah dok sibuk pilih hantaran." "Bila kau bertunang ni?Tak cerita pun ye…" "Ala Bell,aku nak bagitahu kau.Tapi susah sangatlah.Ni ha,nasib baik aku telefon,dapat.Selalu operator je yang tolong jawabkan.Lagipun,kau kan sibuk.Eh,Ziyad.Dia macam mana?Sihat ke dia?" Qistina diam.Terluka lagi bila mendengar nama lelaki itu. "Dia okey je.Sekarang dia tak ada dekat KL,dia kena pindah Tangga Batu." "La…kesiannya kau.Sorang-sorang lah kat KL?Tak pe,tak pe…kalau macam tu,2 minggu sebelum majlis kau datang Batu Pahat ek?Nanti aku boleh bawak kau jalan-jalan,kita makan Nasi Beriyani Gam ke.Okey tak?" "Okey je.Tapi kau belanjalah…" Tawa Qistina terlepas bebas.Abidah ikut ketawa. "No hal.Bell,nanti kita cakap lagi ek.Ni ha,mak aku dah panggil tu.Okey,tata…" "Ye.Tata jugak…"
Qistina resah.Wajah doktor yang sedang meneliti sehelai kertas di hadapannya meresahkan hatinya.Rasanya sudah hampir dua bulan dia tidak datang bulan.Risau juga,manalah tahu kalau-kalau dia ada masalah kesihatan yang dia tidak tahu. "Macam mana,doc?Saya ada masalah kesihatan ke?"tanya Qistina gusar. "Tak ada masalah apa-apa.Awak okey je.Puan,tahniah ye.Awak hamil.Berdasarkan jadual menstruation awak,kandungan dah berusia dalam 7 minggu." Doktor wanita itu tersenyum kepada Qistina.Qistina pula terpinga-pinga.Terus dia teringatkan Ziyad.Tapi hatinya bercelaru.
Puan Qamariah memandang anak perempuannya.Daripada tadi asyik termenung sahaja.Sebagai ibu,dia risau melihat keadaan anaknya itu.Tadi sewaktu Qistina sampai di rumahnya,dia bertanya juga ke mana Ziyad.Tapi kata anak itu,lelaki itu ada tugas di Tangga Batu. "Nabielah,jauhnya menung.Ingat apa?" Qistina menoleh.Tapi kemudian dia tersenyum. "Mama.Tak de apelah,ma.Ayah mana?Abang Naim dengan Nazrul tak balik ke mama?"tanya Nabilah mengenai saudara lelakinya.Ibunya tersenyum lalu duduk di sebelah anaknya.Rambut Qistina diusap lembut. "Masing-masing sibuk.Diaorang tak balik agaknya minggu ni.Nabielah,mama tengok Nabielah dah kurus.Muka ni,dah cengkung je.Kenapa?" Cepat-cepat Qistina menggeleng. "Tak delah,ma.Nabielah okey je.Banyak kerjalah mama,"dalih Qistina. "Janganlah teruk sangat bekerja,nak.Nanti jatuh sakit,susah.Ziyad selalu tak balik jumpa Nabielah?" Qistina angguk.Berbohong.Dia tidak mahu ibunya risau tentangnya. "Mama jangan risaulah.Nabielah jaga diri nanti.Mama pun jagalah diri.Kadang-kadang Nabielah ni sibuk sangat,tak sempat nak balik jumpa dengan mama dan ayah." Puan Qamariah tersenyum. "Mama tak payahlah Nabielah risaukan.Ayah ada,dia jagalah mama." Senang hati Qistina mendengar kata-kata itu.Kalaulah Ziyad ada untuk menjaganya…
Fikir Tuan Raifi,anak perempuannya cuma pulang sehari dua sahaja.Rupa-rupanya dua minggu berada di rumahnya.Empat hari bercuti manakala sepuluh hari lagi Qistina berulang-alik dari rumah itu ke pejabat. Ketika anaknya itu sedang menonton berita di kaca televisyen,Tuan Raifi menyapa. "Nabielah." Qistina menoleh.Dia tersenyum. "Duduklah ayah." "Kenapa tak balik rumah Ziyad?Kan jauh ulang-alik ke pejabat dari sini?"tanya Tuan Raifi sebaik sahaja dia duduk.Qistina diam.Wajahnya berubah dan dia tidak sedar,ayahnya menyedari perubahan wajahnya itu. "Tak pelah,ayah.Nabielah tak kisah jauh pun.Lagipun Ziyad bukannya ada dekat situ.Dia dekat Melaka sekarang ni." Qistina berdalih.Tuan Raifi memerhatikan pula tubuh anaknya.Sudah semakin kurus. "Nabielah,sini kejap,"panggil Tuan Raifi.Walaupun teragak-agak,Qistina bangun dan menghampiri ayahnya.Berdiri betul-betul di hadapan ayahnya. "Kenapa ayah?"tanya Qistina bila mata ayahnya seakan menelanjangi tubuhnya.Dibelek-belek begitu buatkan dia rasa tidak selesa pula. "Dah kurus sangat dah anak ayah ni.Kenapa?Nabielah ada masalah ke?" Qistina diam.Ibu bapanya sudah menegur keadaan dirinya.Kepala digeleng perlahan. "Tak ade ayah.Nabielah okey je." "Jangan tipu.Berdosa berbohong dengan mak bapak.Cakap betul-betul dengan ayah.Nabielah dah kurus sangat ni.Baju ni,dulu okey je kalau Nabielah pakai.Sekarang tengok,dah longgar sangat.Apa yang Nabielah sorokkan ni,apa yang ayah dengan mama tak tahu?" Qistina memandang baju t-shirt lengan panjangnya itu.Memang sudah terlalu longgar di badannya. "Betul ayah,tak ada apa…" Tiba-tiba,dia teringatkan Ziyad.Tidak tahu khabar lelaki itu.Tidak semena-mena,dia menangis.Tuan Raifi mengeluh.Wajah sendu anaknya dipandang. "Cakap dengan ayah kenapa,Nabielah…" Tapi Qistina diam juga.Cuma tangisannya dilepaskan di pangkuan ayahnya.Melepaskan semua rasa yang terhimpun di dadanya.
"Awak jaga makan dia,Mar.Saya tak nak Nabielah sakit.Semalam beria-ia nangis dekat saya.Bila ditanya,tak nak cerita pulak.Bila dia bangun nanti,suruh dia makan bubur ayam tu." Puan Qamariah mengangguk,tanda mengerti dengan arahan suaminya.Dia memerhatikan sahaja lena Qistina.Bila Tuan Raifi pergi,dia mengusap ubun-ubun anaknya.Dia merasa dahi anaknya.Panas.Dia merasa pipi dan lengan Qistina pula.Panas juga.Leher Qistina juga panas.Membahang. Puan Qamariah bangun.Dia mendapatkan Tuan Raifi yang baru hendak meneguk air di dapur. "Abang,badan Nabielah panas.Demam,"beritahu Puan Qamariah. "Demam?"
Puan Qamariah menepuk lembut belakang Qistina.Kemudian mengusap-usap lembut.Qistina terbatuk kecil.Mulutnya dikumur lagi.Tubuhnya lemah.Tadi ibunya baru menyuapkan bubur ayam,tidak lama kemudian dia muntah-muntah pula. "Kita pergi klinik,ye?" Qistina menggeleng. "Tak usahlah mama.Sikit je ni.Lepas tidur nanti,Nabielah okey.Nabielah tak apa-apa pun,mama." Puan Qamariah gusar. "Tak bolehlah macam tu.Nabielah demam ni.Ayah suruh pergi klinik." "Tak payahlah…Nabielah okey.Mama jangan risau ya?"
Empat hari demam Qistina berlanjutan.Selama itu,selera makannya benar-benar tiada.Tapi dia terpaksa juga menelan segala apa yang disuapkan ibunya.Kalau ikutkan hati,dia tidak mahu.Tapi mengenangkan anak yang dikandungnya,ditelan juga.Anak yang kehadirannya masih menjadi rahsia. Bila sudah sihat kembali,dia memohon cuti untuk ke Batu Pahat pula. "Nabielah betul nak pergi sendiri?Ayah suruh Pak Mail hantarlah.Jauh tu." Qistina tersenyum.Dia menggeleng. "Nabielah drive sendiri.Bukan tak biasa ayah.Lagipun Nabielah selalu kena pergi PD.Batu Pahat tu,depan sikit je dari PD.Tak ada apa lah,yah…" Banyak kali dia meyakinkah ayahnya.Tuan Raifi terpaksa mengikut kehendak anaknya.Qistina tahu,ibu dan ayahnya risau tentang dirinya.Cuma dia tidak mahu menyusahkan kedua-duanya. "Kalau jumpa Ziyad,kirim salam pada dia.Cakap dengan dia,ayah pesan suruh jaga Nabielah baik-baik." Tersenyum nipis Qistina mendengar kata-kata ayahnya itu. "InsyaALLAH,ayah.Nabielah pergi dulu." Qistina tunduk,menyalami tangan Tuan Raifi.Kemudian beralih pula pada ibunya.Selepas tangan ibunya dicium hormat,sekilas bibirnya diletakkan pada kedua-dua belah pipi ibunya.
Kedatangannya disambut ceria oleh Adibah.Qistina nampak,betapa berserinya wajah sahabatnya itu.Maklumlah bakal pengantin baru. "Bell…wahh…rindunya aku dengan kau…" Adibah terus memeluk tubuh Qistina.Namun dia perasan sesuatu.Bila dia melepaskan pelukan,matanya terus membelek tubuh Qistina. "Ha,kau ni kenapa pulak,Diba?"tanya Qistina yang perasan ke arah mana pandangan mata sahabatnya.Adibah tersengih. "Kau diet ek?Makin kurus je ni?Tadi aku peluk kau,rasa macam peluk tulang je." Qistina tersenyum pendek.Rimas juga dia bila semua menegur dia sudah semakin kurus. "Mana pulak diet.Tak ada kerja!Aku makin banyak sibuk sekarang ni…maklumlah masalah minyak makin menjadi-jadi sekarang.Sebab tulah aku jadi macam ni.Hahaha…" "Pandai je kau!Jom masuk Bell,kau mesti lapar,kan?Aku dah masak sedap-sedap nak sambut kau datang ni…"
Selesai sahaja Qistina menghabiskan nasi di dalam pinggannya,dia terus meminta izin untuk berlalu.Mulanya langkahnya biasa sahaja ke bilik air namun kemudian dia berlari anak.Pintu bilik air ditolak sebelum dikunci segera dan dia memuntahkan segala makanan yang baru ditelannya tadi. "Bell!" Qistina mengumur mulutnya.Pintu bilik air diketuk dan dia mendengar suara Adibah. "Iya?"sahut Qistina. "Kenapa dengan kau?Muntah ye?" "A’ahlah,Diba.Perut aku sakit.Kau nak guna bilik air ek?Kejap ye." Setelah memastikan dia benar-benar lega,barulah Qistina melangkah keluar.Di tepi dinding,Adibah menantinya. "Kau okey tak ni?"soal Adibah bila melihat Qistina yang pucat. "Okey.Sikit je.Tadi kau nak guna bilik air kan,gunalah…" "Siapa cakap aku nak guna?Aku nampak kau berlari ke bilik air tadi.Aku risau,lepas tu aku dengar kau muntah.Dah okey belum perut kau?" Qistina mengangguk.Dia perasan mata Adibah yang terarah pada perutnya.Mujurlah kandungannya masih tidak kelihatan.
Dua hari selepas Qistina sampai di Batu Pahat,mulanya Adibah ingin membawanya makan Nasi Berayani Gam yang sememangnya terkenal di daerah itu.Namun kerana kepalanya yang pening,akhirnya Adibah hanya membeli sendiri dan kemudian membawa pulang untuk dirinya. Berselera dia makan.Habis sebungkus walaupun sebungkus itu boleh dibahagikan untuk dua orang.Nasib baiklah tekaknya tidak loya lagi.
Qistina terkebil-kebil menghadap siling bilik tetamu itu.Bilik yang sudah seminggu dihuninya.di rumah keluarga Adibah itu.Dia teringatkan Ziyad tiba-tiba. Keluhannya terlepas.Sakinah mengandungkan anak Ziyad.Dan dia juga mengandungkan anak lelaki itu.Dia tak sanggup berkongsi.Rasanya lebih baik kalau dia sahaja yang mengundurkan diri.Sakinah dan anaknya lebih memerlukan Ziyad berbanding dirinya. Lagipun,tiada siapa tahu akan kehamilannya.Tapi…seksanya hendak melepaskan Ziyad daripada hatinya.
Semakin dekat hari perkahwinan Adibah.Qistina menolong apa yang patut.Pelamin sudah siap.Memandang pelamin bertemakan warna biru itu,hati Qistina diterpa rasa sayu.Dulu,perkahwinannya hanya ada akad sahaja.Tidak sempat untuk bersanding atau membuat majlis pun. Tadi dia mengubah hantaran.Bila dia siap mengubah,dia menolong Adibah mencucuk langsir pulak. "Aiman!Aiman!Tolong akak pasangkan langsir!"panggil Adibah kuat kepada adik bongsunya.Namun remaja berusia 15 tahun itu tidak muncul juga. "Mana pulak budak ni?" Baru Adibah hendak bangun,Qistina menghalang. "Tak payahlah Diba,dia ada kerja dekat belakang agaknya.Biar aku jelah yang panjat." Adibah duduk kembali.Dia tersengih. "Kau tahu ke?Kau ni Bell,manalah kau pernah pasang langsir sebelum ni.Dah,tak payah.Aku suruh adik aku je.Dia lelaki,kerja panjat-memanjat ni sesuai untuk orang lelaki je la…" Qistina menepuk lengan sahabatnya perlahan. "Menyindir ye?Kau tengoklah kejap lagi.Aku pasanglah…bukannya susah pun.Besi ni masukkan dalam benda bulat-bulat dekat rel langsir tu,kan?Ala…kerja senang je la!" Adibah mengangguk.Qistina tersenyum Sehelai langsir yang telah sedia untuk dicapai diambil.Kemudian dia menarik sebuah kerusi yang agak tinggi sedikit. "Baik-baik Bell…"pesan Adibah. "Okey,my friend." Qistina memanjat kerusi tersebut.Bermula dari hujung sebelah kiri,satu persatu disangkut besi itu pada rel langsir di atas tingkap itu. Bila sampai di hujung sebelah kanan,tangannya tidak sampai pula.Dijingkitkan kakinya sedikit dan kali ini dia berdiri betul-betul di tepi atas kerusi tersebut.Namun sebaik sahaja tangannya berjaya menyangkut langsir tersebut,tubuhnya gagal diimbang.Qistina terjatuh!
Adibah menoleh bila mendengar bunyi kerusi jatuh.Matanya membesar dan segera dia mendapatkan Qistina yang tidak sedarkan diri.Adibah cemas.Beberapa kali pipi sahabatnya ditepuk.Kemudian tubuh itu digoyangkan. "Ya ALLAH!Bell?Bell,bangun Bell!Kau jangan takutkan aku.Bell?" Adibah yang cemas terus berdiri.Melihat kerusi yang sudah terjatuh itu,dia bertambah bimbang.Sudahlah kerusi itu agak tinggi.Baru dia ingin mengambil air untuk menyedarkan Qistina,dia terpandangkan sesuatu di celah tracksuit yang dipakai sahabatnya. Kaki seluar tracksuit itu disinsingkan sedikit.Adibah tersentak.Darah? "Abah!Abah,tolong bah!Nabielah abah,Nabielah!"jerit Adibah kelam-kabut.
Ziyad membiarkan sahaja angin petang menyapa tubuhnya.Hatinya tidak tenang tiba-tiba.Bila telefon bimbitnya bernada,dia segera menyeluk kocek seluarnya.Melihat nombor asing di situ,dia terus sahaja menjawab. "Helo?Ziyad,aku ni.Diba,kawan Bell.Kau datang Hospital Pantai Batu Pahat sekarang ek.Bell pengsan.Cepat ya Ziyad." Tut…tut… Ziyad terpinga-pinga.Diba?Kawan Bell?Ah,baru dia teringat.Bell panggilan lain untuk Qistina.Diba,kawan baik Qistina semasa menuntut di universiti.Pengsan? Hati Ziyad jadi tidak keruan.Dia terus mencapai kunci kereta.Tanpa memaklumkan kepada Sakinah terlebih dahulu,terus dia memboloskan diri ke dalam kereta.Hatinya tertanya,mengapa hospital di Batu Pahat pula? Kakinya menekan pedal minyak.Kelajuan keretanya bertambah.Hatinya resah,ingin segera sampai di hospital yang baru dimaklumkan Adibah sebentar tadi.Apa yang telah terjadi kepada isterinya?
Ziyad berlari anak bila saja matanya terpandangkan Adibah.Terus dia mendapatkan sahabat baik isterinya itu.Ziyad tercungap-cungap,dahinya dibasahi peluh. "Qistina mana?Kenapa dengan dia?" Ziyad memandang cemas pada wajah Adibah yang basah.Gadis itu nampak takut.Bahu Adibah digoyang kuat bila gadis itu diam sahaja. "Bell…Ziyad.Bell,dia jatuh and dia keguguran.Aku tak sengaja Ziyad,kalau aku tahu dia mengandung,aku takkan bagi dia pasangkan langsir.Aku minta maaf…" Terketar-ketar Adibah bersuara.Takut kemarahan Ziyad singgah pada dirinya.Tapi lelaki itu nampak tergamam. "Qistina keguguran?"soalnya lemah.Tangannya dilepaskan daripada bahu Adibah.Ziyad memejamkan matanya rapat dan wajahnya diraup keras.Kemudian dia mengeluh keras.Dia celik semula matanya. "Sekarang dia macam mana?" "Doktor...doktor tengah cuci rahim dia.Aku mintak maaf Ziyad,aku tak sengaja…" Ziyad diam.Tiba-tiba,dia dihimpit rasa bersalah yang bukan sedikit.
Qistina diam.Tiada senyuman pada wajah pucatnya.Adibah resah.Tangannya menyentuh jemari sahabatnya yang sejuk. "Bell…aku betul-betul minta maaf.Patutnya aku tak biarkan kau yang pasang langsir…" Qistina mendongak.Memandang wajah sendu Adibah.Dia menggenggam tangan sahabatnya.Cuba tersenyum tapi hambar segala. "Kau tak salah.Semua ni kan sebab aku sendiri,aku yang degil.Cuai!Dahlah Diba,semuanya dah berlalu.Buangkan je rasa bersalah kau tu,kau tak salah apa-apa.Nak buat macam mana,benda dah jadi." Qistina bersuara perlahan.Menyedapkan hati sahabatnya. "Bell,aku dah telefon Ziyad.Dia dah sampai.Tadi masa kau baru sedar,dia pergi sembahyang kejap.Mungkin kejap lagi dia datang kot,"beritahu Adibah.Hati Qistina tersentak sebaik sahja mendengar nama suaminya. "Kau telefon dia?"` Adibah mengangguk.Tapi hairan melihat wajah keruh sahabatnya. "Kenapa?" Qistina menggeleng. "Aku nak balik rumah kejap.Kau nak makan apa?Aku masakkan…" Qistina diam seketika.Kemudian bibirnya yang pucat meleretkan senyuman. "Nasi goreng Cina.Tu je." Adibah tersenyum lalu tangan sahabatnya digenggam. "Aku buatkan nanti."
Ziyad melangkah berhati-hati ke arah Qistina yang sedang memejamkan mata.Memikirkan isterinya sedang tidur,dia tidak ingin derap kakinya mengejutkan Qistina.Sebakul buah-buahan diletakkan di atas meja di sisi katil Qistina.Dia duduk menghadap gadis itu. Memerhatikan setiap inci tubuh itu.Semakin kurus.Matanya terhenti lama pada perut Qistina yang mendatar.Kesalnya bertandang.Kehamilan Qistina tidak pernah dia tahu dan yang paling memeritkan bila dia hanya tahu tiba-tiba sahaja isterinya keguguran. Teringat pertengkarannya dengan Qistina beberapa minggu sebelum ini.Dia membandingkan Qistina dengan Sakinah.Dia menghina wanita kesayangannya itu.Dia melukakan hati yang sepatutnya dia jaga penuh hati-hati. Tangan Qistina dicapai.Digenggam erat dan dicium lembut.Bila memandang wajah pucat isterinya,air mata lelakinya menitis.
Qistina membuka mata bila terasa tangannya basah dengan air yang hangat.Dia menoleh.Memandang sahaja Ziyad yang sedang menangis.Terus tangannya ditarik daripada pegangan lelaki itu. Ziyad terkejut.Terus menoleh pada Qistina yang nampak marah. "Ziyad buat apa lagi dekat sini?" "Qis…" "Keluarlah.Buang air mata je menangis untuk perempuan murah macam Qis ni!" Ziyad tersentap.Dia nampak mata Qistina yang sayu.Dalam masa yang sama,tetap ada juga kemarahan. "Jangan macam tu,sayang.Ziyad tak anggap pun Qis macam tu." Qistina mencebik. "You’re wasting your time,Ziyad.Dahlah,buat apa dekat sini lagi?Sakinah tu,dekat rumah siapa nak jaga?Ziyad dah hilang anak dengan Qis,nak jugak ke hilang anak dengan Sakinah?Go back to your wife!" Qistina terus bangkit dari baringan.Kemudian menunjuk pula pada pintu. "Qis,hari tu Ziyad Cuma ikut rasa marah je.Qis pun isteri Ziyad jugak.Kekasih Ziyad.Ziyad pegang janji Ziyad pada Qis dulu.Sakinah tak akan mengandung anak Ziyad." Mendengar kata-kata itu,hati Qistina mendidih tiba-tiba.Dia melemparkan pandangan benci buat suaminya. "Memang dasar jantan pembohong!Dah,get out!Qis tak nak tengok lagi muka Ziyad!"tengking Qistina.Ziyad bangun dan cuba memeluk Qistina tapi tubuhnya ditepis. "Qistina,jangan macam ni,sayang.Sumpah,Ziyad tak mungkir janji.Ziyad…" "Tak faham ke?Keluarlah!Qis tak nak tengok muka Ziyad lagi!"
Sebaik sahaja Ziyad berlalu keluar daripada bilik itu,Qistina menangis sendiri.Teresak-esak di atas katil itu. Dia mengangkat wajah bila terasa bahunya disentuh lembut. "Bell…" "Diba!" Terus sahaja tubuh sahabatnya dipeluk.Erat dan dia melepaskan tangisannya pada bahu teman baiknya itu.Adibah membisu.Membalas pelukan Qistina.Tadi dia baru sahaja tiba dari rumah,belum sempat dia masuk untuk bertemu dengan Qistina,dia mendengar suara lantang sahabatnya.Mendengar suara Qistina marah-marah. Kemudian sebentar tadi Ziyad melangkah keluar dengan wajah yang keruh.Lesu sahaja langkah kaki lelaki itu.Mujurlah Ziyad tidak perasankan kehadirannya. "Kenapa Bell?Aku dengar kau marah-marah pada Ziyad tadi?"tanya Adibah perlahan.Berhati-hati. "Jangan biarkan lagi Ziyad nampakkan muka dia depan aku lagi,Diba.Tolong,aku tak nak tengok lagi muka dia." Adibah diam.Mengawal rasa hairan dan ingin tahunya. "Kenapa?Dia kan suami kau?Dengan keadaan kau macam ni,kau lebih perlukan dia sekarang,Bell." "Aku tak perlukan dia,macam mana dia tak perlukan aku.Kau faham,tak?Aku tak nak jumpa dia lagi!Aku benci!!"luah Qistina marah. "Bell!"tegur Adibah.
"Dia dah musnahkan hidup aku!Aku bodoh,sebab setuju je bila dia ajak aku kahwin.Perkahwinan ni satu kesilapan,Diba.Dia pergunakan aku.Kau tahu,lepas dua bulan dia nikah dengan aku,dia nikah lagi satu.Kalau kau dekat tempat aku,apa kau rasa? Aku sakit hati tau tak?Dia buat aku macam aku tak ada perasaan!Lepas tu,senang-senang je mintak maaf.Pujuk aku.Sekarang,isteri muda dia tengah mengandung.Dah berapa bulan,aku tak ambik tahu pulak,"luah Qistina pedih. Adibah terdiam. "Kenapa kau pendamkan semua ni sorang-sorang?Kau tak pernah cerita pada siapa-siapa pun?" Qistina menggeleng. "Hati aku pedih,Diba.Hari tu bila aku gaduh dengan dia,dia cakap aku macam-macam.Macam aku ni tak ada harga sesen pun bagi dia.Dia bandingkan aku dengan isteri muda dia.Hari ni,senang-senang je dia datang nak pujuk aku.Aku takkan semudah tu untuk terima maaf dia." Adibah mengerti luka temannya.Dia merenung wajah sendu Qistina. "Patutlah kau kurus sangat,Bell.Kau terseksa rupanya.Ziyad tak tahu ye kau pregnant?" "Biarlah Diba.Anak tu pun dah tak ada.Kalau aku bagitahu dia pun,kau rasa dia peduli ke?Sekarang anak ni dah pergi,aku rasa tak ada sebab lagi kenapa aku perlu jadi isteri dia lagi.Dia akan jadi ayah pada anak isteri muda dia." "Kau tak sayang Ziyad lagi ke,Bell?Aku sedih,korang dulu masa dekat U,macam belangkas.Kerja pun di tempat yang sama.Loving couple!Tapi kenapa bila dah menikah,macam ni jadinya?" "Itu aku tak tahu.Kau tanyalah Ziyad,kenapa dia buat aku macam ni.Dia kata dengan aku,dia terpaksa.Mak dia yang suruh.Kau fikir Diba,kitorang kahwin ni pun,mak dia tak tahu tau.Aku dah mengandung,sampai dah gugur,aku rasa mak dia tak tahu lagi tau." "Kau sabarlah,Bell.Aku tetap kat sini,sokong kau." "Diba,aku memang cintakan Ziyad.Tapi rasa tu dah terhakis bila dia buat aku macam ni."
"Kina!"Ziyad berlari masuk ke rumah.Mencari kelibat Sakinah.Dadanya berombak besar.Bila dia mendapati Sakinah di dapur,terus dia berlari mendapatkan gadis itu.Sakinah terpinga-pinga melihat Ziyad yang kelam-kabut.Melihat pada bahagian dada lelaki itu yang basah dengan peluh. "Abang,kenapa ni?" "Kina kena tolong abang!Kina tolong pujuk Qistina,ya?Tolong abang Kina,abang tak sanggup nak hilang dia." Sakinah terdiam.Dia memandang wajah Ziyad.Wajah mengharap suaminya.Tidak mengerti. "Kenapa Kina nak kena pujuk Kak Qistina?Abang gaduh dengan dia ke?"tanya Sakinah pelik.Ziyad mencapai tangannya. "Abang rayu pada Kina,tolonglah.Lepas ni kalau Kina nak mintak apa je,abang sanggup tunaikan asalkan Qistina sanggup terima abang balik.Please Kina…"
"Kenapa kita pergi sini?Siapa yang sakit,bang?" tanya Sakinah sewaktu menuruti langkah Ziyad masuk ke dalam hospital swasta itu.Hatinya kehairanan bila Ziyad membawanya jauh ke Batu Pahat ini. "Qistina.Nanti bila jumpa dengan dia kejap lagi,Kina tolong tau." "Abang nak Kina cakap apa pada Kak Qistina?" "Kina cakap pasal kita.Kina cakap hakikat sebenar perkahwinan kita.Kina jangan sorokkan satu pun." Sakinah mengangguk meskipun dia kurang faham dengan permintaan suaminya.Entah apa yang perlu dia ucapkan pada madunya yang belum pernah sekalipun melihat gambar apatah lagi bertentang wajah.
"Assalamualaikum." Qistina menoleh.Dia berpandangan dengan si pemberi salam itu.Mulutnya menjawab perlahan salam itu.Dahinya berkerut sedikit.Rasanya dia tidak kenal dengan gadis manis berbaju kurung yang lebih kurang sebaya dengannya itu. "Siapa ya?"tanya Qistina lembut. Sakinah tersenyum.Hatinya berdebar.Inilah kali pertama dia berjumpa dengan madunya.Dia akui,bila melihat wajah Qistina,dia terpaku.Hatinya terjentik juga rasa cemburu.Qistina,dalam pucat wajah itu masih tetap kelihatan cantik. "Saya Sakinah." Qistina tersentak.Dia ingat sebaris nama itu.Sebaris nama yang tertera pada surat pernikahan suaminya.Nama madunya.Tapi… "Sakinah?Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" Masih lembut bicara Qistina.Tidak mahu bersangka buruk pada gadis yang tidak dikenalinya itu.Yang tahu dia bermadu,cumalah teman baiknya,Adibah. Sakinah menggeleng.Dia datang hampir pada Qistina.Menghulurkan tangan,berjabat seketika.Dia tersenyum. "Kita belum pernah jumpa lagi.Sayalah Sakinah,isteri kedua abang Ziyad.Madu akak." Qistina tersentak.Wajahnya berubah.Hatinya sakit tiba-tiba.Bila melihat pada wajah manis Sakinah,ada perasaan kurang enak terbit di hatinya.Cemburu.
"Keluar!Aku tak nak tengok muka korang lagi!Korang tahu tak,pasal korang hati aku sakit!Pasal korang,hidup aku tak menentu!Sekarang pergi!Aku tak nak tengok muka korang lagi!"jerit Qistina marah.Bantal di atas katilnya dicampak ke arah Ziyad. Sakinah cuma menunduk.Sebaik sahaja dia memperkenalkan diri sebagai isteri Ziyad kepada Qistina sebentar tadi,habis gadis itu mengamuk.Nasib baik Ziyad muncul.Bila nampak Ziyad,marah Qistina makin menjadi-jadi. "Sayang…jangan buat macam ni.Qis sabar dulu.Qistina…" Ziyad mendekat.Tubuh isterinya terus dipeluk meskipun Qistina menepis dan cuba menolak jauh-jauh tubuhnya. "Ziyad pergilah!Semalam kan Qis dah kata tak nak tengok muka Ziyad lagi?Kenapa datang lagi?" Qistina menangis.Ziyad sayu.Makin erat pelukannya. "Ziyad takkan tinggalkan Qis." Qistina cuba lagi menolak tubuh Ziyad jauh daripadanya.Semalam dia marah dengan Ziyad.Hari ini dia bertambah marah bila lelaki itu membawa madunya bersama pula. "Tinggalkan aje perempuan macam Qis ni!Pergilah dengan Sakinah!Dia seribu kali lebih baik daripada Qis!Jangan buang masa dengan perempuan yang tak guna sesen pun macam Qis ni!" Ziyad tertunduk.Hari ini Qistina luahkan semula kata-kata hinaan yang pernah dia muntahkan dulu.Sakinah yang mendengar pula terpinga-pinga.Hairan juga mendengar Qistina berkata demikian.Tak sangka,pertemuan kali pertamanya dengan isteri pertama suaminya begini jadinya. "Qistina…Ziyad tak pernah anggap Qis macam tu pun.Ziyad terlepas cakap,hari tu Ziyad ikut rasa marah je.Ziyad sayangkan Qis,Ziyad pegang janji Ziyad.Kalau Qis tak percaya,Qis boleh tanya dengan Sakinah…"lembut Ziyad memujuk.Qistina berhenti meronta.Kali ini dia teresak pula dalam pelukan Ziyad. "Ziyad pergilah…jangan peduli lagi pada Qis!Ziyad pergilah pada Sakinah.Qis lepaskan Ziyad pada dia,dia lebih berhak pada Ziyad,"lemah Qistina mengungkapkan kata.Ziyad terdiam.Kali ini Qistina nampak tenang. "Kenapa Kak Qistina cakap macam tu?Akak lebih perlukan abang Ziyad berbanding saya,kak." Sakinah pula bersuara.Qistina menggeleng. "Ziyad pergilah,Ziyad.Qis tak kejam untuk rampas ayah daripada anaknya.Anak Sakinah nanti perlukan ayahnya.Ziyad pergilah…" Sakinah tersentak.Ziyad memejamkan matanya,kesal. "Kak Qistina,saya tak mengandungkan anak abang Ziyad.Saya tak pernah mengandung pun.Antara kami tak pernah berlaku apa-apa pun,kak." Perlahan Sakinah berkata.Agaknya inilah yang Ziyad perlukan benar pertolongannya. "Qis dengar tu.Ziyad pegang janji Ziyad,sayang.Atas nama ALLAH!Ziyad sayang Qis sorang je!" Sakinah yang mendengar cuma diam.Memandang pada suami dan madunya.Bibirnya tersenyum nipis.Sudah tiba masanya dia perlu mengundurkan diri.Dia tidak mahu menjadi lagi orang ketiga antara sepasang kekasih itu.Cinta Ziyad hanya untuk Qistina seorang.
Ziyad tersenyum panjang.Menggenggam erat jemari Qistina.Isterinya nampak pucat.Ziyad tahu resah di hati Qistina.Seminggu sudah berlalu selepas penceraiannya dengan Sakinah disahkan oleh pihak mahkamah.Qistina juga sudah sihat. Hari ini,dia akan membawa Qistina pulang ke kampung.Bertemu dengan ibunya.Qistina cuti seminggu,sepanjang cuti itu dia akan cuba mendekatkan isteri dengan ibunya.Dia tahu ibunya merajuk dan marah bila dia mengkhabarkan berita penceraiannya dengan Sakinah. Namun Ziyad tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku hari ini.Lima hari lalu dia memberi khabar kepada ibunya tentang penceraiannya dengan Sakinah dan hari ini dia akan memperkenalkan isteri pula kepada ibunya. Dalam tenangnya,dia gelisah.Tapi itu semua tidak boleh ditunjukkan kepada Qistina. "Sayang jangan risaulah.Ibu okey je.Nanti Bie cuba pujuk dia.Kalau tak,sampai bila,kan?" Qistina tersenyum paksa.Dia membalas genggaman Ziyad.Dalam gelisah dia,dia senang mendengar bila Ziyad membahasakan diri kepadanya dan memanggilnya. "Tapi kalau ibu tak dapat terima sayang,macam mana Bie?"duga Qistina.Ziyad mengerutkan dahi. "Optimis!Sayang jangan takut ye…"
Senyuman Puan Zainah terus mati.Tadi hatinya gembira mendengar salam anaknya walaupun hatinya masih terasa mengenai berita penceraian Ziyad dan Sakinah.Tapi selepas melihat Ziyad pulang bersama seorang wanita cantik yang berbaju kurung,terus mati senyumannya. Pandangannya jatuh pada tangan mereka berdua yang saling berpegangan.Huluran tangan Ziyad disambut.Dan huluran gadis di sisi anaknya itu disambut juga walaupun dia tertanya-tanya. "Siapa ni Ayad?Baru bercerai dah cari yang baru ke?"sinis suara Puan Zainah.Ziyad terdiam.Terus dia menoleh pada Qistina yang tertunduk.Wajah isterinya berubah. "Ibu…kenapa cakap macam tu pulak?Ni Qistina.Sayang,ni ibu Bie." Puan Zainah menjeling.Tidak senang.Mendengar panggilan anaknya buat gadis itu,hatinya mendidih pula. "Ibu,Ayad ada benda penting nak bagitahu ni.Qistina ni sebenarnya isteri Ayad,bu."
"Ibu tak setuju!Kamu degil ya,Ziyad?Nak jadi anak apa ni?Kamu tak dengar pesan ibu!Kamu lepaskan Sakinah sebab perempuan tu?Kamu ni buta ke nak tengok yang mana permata?Yang mana kaca?" Marah ibunya berapi.Ziyad yang mendengar panas telinga. "Ibu…Qistina tu tak salah,bu.Pasal Sakinah pulak,dia yang mintak Ayad lepaskan dia.Lagipun bu,Ayad nikah dengan Qistina dulu sebelum nikah dengan Sakinah.Ibu janganlah cakap macam ni.Kalau Qistina dengar nanti,sedih hati dia,bu." Perlahan Ziyad berkata.Dia berharap benar Qistina sudah lena di saat ini. "Kamu rahsiakan perkara ni dari ibu,Ayad?Kamu kahwin tak bagitahu ibu?Dah berapa lama dah?Ayad,kamu tak fikir ke?Mana nak letak muka ni kalau esok-esok semua orang bercerita kamu kahwin senyap-senyap?Kenapa,kamu dah buntingkan anak orang ke?Kamu dah buntingkan perempuan tu sebelum nikah?" Ziyad mengeluh. "Astghfirullah…ibu.Qistina tu,dia ada nama.Janganlah panggil kasar macam tu.Susah sangat nak panggil Qistina,ibu boleh panggil je dia Nabielah.Nabielah Qistina.Ayad tak buat perkara tak elok tu,bu.Kalau betul Ayad buat benda tu semua,Ayad dah bawak balik anak tu.Qistina tu orang baik,keluarganya pun orang baik-baik.Ibu salahkanlah Ayad,Ayad yang paksa dia nikah cepat-cepat dengan Ayad."
Qistina terdiam.Jelas telinganya mendengar pertelingkahan antara suami dan ibu mertuanya.Hatinya pedih namun tidak terluah.Dia tahu ibu mertuanya tidak akan menerimanya semudah itu sahaja.Kalau hendak dihitung-hitung,rasanya sudah hampir setahun usia perkahwinannnya dengan Ziyad. Qistina segera membaringkan tubuh sebaik sahaja mendengar tombol pintu bilik Ziyad dipulas.Dia pasti itu Ziyad kerana dia sudah tidak mendengar lagi suara suami dan ibu mertuanya bertelingkah.Qistina pejam mata rapat-rapat. Ziyad memandang sekujur tubuh lena Qistina.Hatinya sayu.Bersyukur benar dia kerana Qistina nampak lena.Pasti tidak mendengar bicara dia dan ibunya. Ziyad mendekat.Rambut panjang Qistina diusap perlahan.Kemudian pipi itu dicium sekilas.Selimut isterinya dibetulkan.Ziyad bangun semula.Memetik suis lampu.Gelap. Tubuhnya dibaringkan bersebelahan dengan Qistina bersama keluhan.Kesal bila teringatkan kembali kata-kata ibunya.Dia menatap wajah Qistina dalam suram bilik itu.Diusap mesra. "Ibu marah Bie ya?" Perlahan suara Qistina bertanya.Ziyad tersentak. "Sayang tak tidur lagi?" "Belum.Tadi sayang dengar Bie cakap dengan ibu.Bukan pasang telinga,terdengar." Ziyad mengeluh.Dia memeluk tubuh isterinya. "Jangan ambik hati,sayang.Ibu cakap macam tu sebab marah.Dia bukan benci dengan sayang.Dia perlukan masa,kita slow-slow ya?" Ziyad bersuara lembut memujuk.Dia takut Qistina terluka.Dulu,puas dia melukakan sekeping hati itu.Nasib baik Qistina terpujuk. "Macam mana Bie?Sayang ni tak tahu masak,tak tahu apa-apa.Mesti ibu lagi marah kalau tahu…" "Biarlah.Dekat Malaysia ni,bukan sayang sorang je yang tak tahu masak.Ramai lagi…Sayang jangan risaulah.Bie kan ada,nanti Bie tolong defend.Tidur ya,kita jangan fikir lagi.Seminggu ni,kita cuba ambik hati ibu,okey?" Ziyad nampak anggukan kepala Qistina.Dia tersenyum jua.
Pagi hari Qistina sudah bangun.Ziyad masih lena lagi.Menyambung tidur selepas solat Subuh tadiDia ke dapur.Masih kosong,tidak berorang.Cadangnya ingin mengemas,tapi nampaknya rumah ibu mertuanya ini sudah terkemas.Sinki kosong.Barang-barang di atas para pun tersusun. Tidak tahu apa yang perlu dibuat,akhirnya dia menjerang air.Takut-takut kerana sebelum ini belum pernah dia memasak air menggunakan dapur gas.Rumah orang tuanya pun menggunakan dapur elektrik. Selepas menjerang air,Qistina masuk semula ke bilik Ziyad.Dia ingin mandi.Tidak manis pula jika ibu Ziyad bangun nanti,dia belum mandi. Terketar-ketar Qistina di dalam bilik air.Memijak lantai bilik air pun sudah terasa sejuk.Dia menadah air di dalam baldi. Baru segayung dicurahkan di atas kepala,Qistina kesejukan.Nasiblah kerana rumah ibu mertuanya ini tidak mempunyai pancuran air panas. Bila selesai,tubuhnya dibalut dengan tuala.Cepat-cepat dia menyingkir daripada bilik air itu.Bila dia membuka pintu,Ziyad sudah tercegat di hadapannya. "La…kenapa ni?Dah biru muka ni?Sejuk?" Qistina mengangguk.Dia nampak sengih Ziyad. "Tepilah,Bie.Nak pakai baju ni.Sejuk!" Ziyad tersengih.Kemudian memegang pipi Qistina. "Uishh…sejuknya!Kenapa sayang mandi pagi-pagi ni?Baru pukul 6.50?Kat rumah tak pernah pun mandi awal macam ni?Dahlah mandi air sejuk pulak tu." Qistina menjeling manja.Tahu dia disindir.Tubuh Ziyad ditolak lembut. "Tepilah…nak lalu ni.Dah nak mati beku dah!"
"Ya ALLAH,siapa yang jerang air ni?Nak tunggu kering ke?Nak kasi meletup ke dapur aku ni?" Qistina tersentak.Tawanya mati.Dia berpandangan seketika dengan Ziyad. "Sayang masak air ke?"tanya Ziyad.Qistina menggigit bibir.Cepat-cepat dia mengelap rambutnya dengan tuala sebelum dibalut dengan tuala itu. "Alamak…lupalah,Bie!Kejap ek!" Kelam-kabut Qistina berlari keluar ke dapur.Ziyad tersenyum.Kemudian dia melangkah keluar,ingin ke dapur. "Kamu ni Nabielah!Cuai!Kalau meletup gas ni,kan ke menyusahkan?" Langkah Ziyad terhenti.Dahinya berkerut bila telinganya ditunjal dengan suara kasar ibunya.Terus dia berjalan pantas ke dapur.Di situ ibunya sudah menjeling geram pada Qistina sementara isterinya pula sudah terkulat-kulat. "Ibu?"sapa Ziyad.Puan Zainah menoleh.Ziyad terus berjalan menghampiri Qistina.Menarik tangan isterinya yang sudah berkaca matanya. "Ibu,Qistina tak sengajalah.Janganlah marah-marah dia macam ni,bu.Dia terlupa." Ziyad menggeleng perlahan. "Kamu ni Ayad,sebelahkan jelah isteri tu!Dia pijak nanti kepala kamu baru tahu.Malaslah ibu nak cakap dengan kamu berdua ni!" "Ibu."panggil Qistina pantas bila Puan Zainah ingin meninggalkan ruang dapur itu. "Nabielah minta maaf,bu.Lain kali Nabielah lebih berhati-hati,"ujar Qistina perlahan.Namun Puan Zainah buat tidak endah sahaja.Akhirnya dia mengeluh lemah. "Jangan ambik hati,Qistina." Qistina tersenyum dan menggelengkan kepalanya.Dia akan berusaha supaya suatu hari nanti dirinya akan diterima seadanya oleh ibu mertuanya itu.
"Jangan potong bawang begini!Nak buat bawang goreng,tak garing nanti.Nipis lagi." Ziyad cuma memerhati.Kemudian memandang simpati pada isterinya Mata sudah berair.Dia ingin menolong tapi isterinya tidak mahu. "Sayang nak Bie tolong tak?Pedih dah mata tu…" Qistina menggeleng. "Janganlah.Nanti ibu lagi marah.Dahlah tak tahu masak,mintak tolong Bie lagi.Eii..tak naklah…" Cepat-cepat Qistina menggeleng.Ziyad diam. "Nanti kalau nak,panggil je tau." "Iya.Anyway,thanks…"
"Nabielah,api jangan kuat!Hangus nanti." "Nabielah…tumbuk lumat sikit bawang tu." "Nabielah… biar cili yang garing dulu.Baru masuk bawang." "Nabielah…jangan lupa masuk belacan.Pedas sangat nanti!" Nabielah itu…Nabielah ini.Kelam-kabut Qistina di dapur.Ziyad ingin membantu tapi dia mengerti pandangan amaran Qistina dan ibunya.Kedua-duanya tidak mahu dia menolong.
Qistina keletihan.Dia berdua dengan ibu mertuanya di dapur,tapi yang melakukan semua kerja dia seorang.Ibu Ziyad itu cuma memberikan arahan sahaja.Langkahnya diatur lemah pada Ziyad yang sedang menonton televisyen.Dia baru sahaja selesai mengemas kembali dapur.Sedang menanti nasi masak. Nasib baik pakai periuk nasi elektrik.Itupun tadi ditadah sahaja telinganya mendengar bebelan ibu mertuanya.Sekejap kurang air,sekejap terlebih pula. "Tumpang peha,"ujarnya lalu meletakkan kepalanya di atas sila Ziyad.Berbaring di situ. "Penat ke?" "Penat jugaklah.Penat tangan,penat kaki,penat telinga pun ada.,"jawab Qistina dengan mata yang terpejam. "Kenapa penat telinga?" "Kena marah.Kena bebel lagi.Bie,nak tidur kejap.Dah Zohor nanti,tolong kejut ya." "Okey."
Puan Zainah memerhati dari kejauhan.Tidak sedar,bibirnya menguntum senyuman.Tidak dinafikan,dia senang melihat kemesraan itu. Semasa Ziyad dan Sakinah,tidak pernah sekalipun dia melihat Ziyad memegang tangan Sakinah.Tapi bila Ziyad dengan Qistina,anak lelakinya itu terlalu romantik dirasakan.Sekarang,di depan matanya Qistina melelapkan mata di atas pangkuan Ziyad. Dia akui,dia suka melihat menantunya itu.Cantik orangnya.Lembut tapi masih banyak yang perlu diajarkan kepada Qistina itu. Tadi bukan dia tidak simpati melihat Qistina.Dia tahu Qistina anak orang berada.Dibiarkan sahaja menantunya membuat semua kerja dan dia cuma memberikan arahan sahaja.Dia ingin Qistina belajar.
"Rasa kuah asam pedas ni cepat,"arah Puan Zainah.Ziyad menurut.Qistina di sebelah cuma terkebil-kebil.Macam dalam pertandingan memasak pula.Ziyad menjadi juri yang merasa setiap masakannya. "Okey je ibu,"jawab Ziyad perlahan.Qistina lega.Namun Puan Zainah terus mencapai sudu dan menyeduk sedikit kuah tersebut.Mencicip di hujung lidahnya. "Tak cukup garing cilinya.Belacan tak bakar dulu ni." Qistina berpandangan dengan Ziyad.Suaminya menjungkitkan bahu. "Ikan goreng ni,Yad.Cubit sikit." "Ikan goreng pun nak kena rasa ke?" "Rasa jelah…" Ziyad menurut.Dicubit sedikit isi ikan kembung itu.Dia mengangguk.Kemudian dicubit lagi.Qistina menyiku lelaki itu. "Oh…okey.Cukup je timbangan garam dengan kunyit,"komen Ziyad.Qistina menanti pula Puan Zainah yang merasa.Dadanya berdebar. "Macam mana tekak kamu ni,Ayad?Masin ni.Kunyit pun tak cukup.Ikan tak berapa nak kuning." Qistina diam.Dia mendekatkan bibir pada telinga Ziyad. "Masin ke Bie?" "Sikitlah.Tapi kalau dah makan dengan nasi,tak rasa…" Ziyad tersengih.Qistina menepuk peha lelaki itu.Tak jujur memberi komen. "Bisik-bisik apa tu?"sergah Puan Zainah.Ziyad dan Qistina terperanjat. "Tak ada apa,ibu." "Ni,kuah…" "Bu,cukuplah bu.Asyik merasa je,Ayad dah lapar ni.Kita makan dulu boleh tak?Merasa jugak tu…" Ziyad tersengih-sengih.Qistina tidak berani hendak membuka mulut.Puan Zainah menjeling. "Nabielah,sendukkan suami kamu nasi."
"Mana Nabielah?"tanya Puan Zainah ketika terlihat anaknya yang sedang menonton berita.Dia memandang jam sekilas.Sudah pukul 8.47 malam. "Dalam bilik.Dah tidur,penat sangat kot." "Baru memasak dah penat?" Ziyad diam.Bila ibunya duduk di sebelahnya,fokusnya pada berita yang sedang disampaikan terus hilang.Dia memandang Puan Zainah. "Ibu ni…kesianlah bu dekat Qistina tu.Dia manalah pernah buat kerja-kerja macam ni.Slow-slowlah bu…" "Kamu manjakan sangat dia.Macam nilah jadinya.Nabielah tu kena dibiasakan dengan semua ni…" "Ala ibu ni,dia tu sibuklah bu.Dia macam Ayad jugak.Mana ada masa dia nak memasak…" "Habis bila cuti,tak payah memasak ke?" Ziyad tersengih. "Makan kat luar jelah…" Puan Zainah diam.Malas hendak berlawan kata dengan anaknya itu. "Dah lama kamu kahwin dengan dia?"tiba-tiba Puan Zainah menyoal. "Apa dia,ibu?" "Ibu tanya,dah lama ke Nabielah jadi isteri kamu?" Ziyad diam.Menghitung. "Dah nak dekat setahun jugaklah.Kenapa bu?" "Kamu kahwin dengan Sakinah dulu,dia tahu?" Ziyad diam. "Ayad tak bagitahu dia,dia terjumpa surat nikah Ayad dengan Sakinah." "Habis tu?Tak marah ke dia?" "Maunya tak?Marah dengan merajuk sekali.Ayad ni pun ibu,baru je berbaik dengan dia.Ibu janganlah layan dia macam tu,Ayad takut dia terasa." "Maksud kamu?" "Dulu Ayad kahwin dengan Sakinah,Ayad banyak lukakan hati dia.Ni baru je nak berbaik.Kalau ibu layan dia macam ni,nanti dia terluka lagi.Ayad mintak tolong pada ibu,ibu janganlah salahkan Qistina.Semua ni Ayad yang punya salah." "Kamu dengan dia,tak merancang?" Ziyad memandang ibunya.Tidak mengerti. "Merancang apa pulak?" "Merancang keluargalah.Ke Nabielah tu jenis yang jaga badan?Ibu tengok elok je langsing dia?" "Ehh…mana pulak,bu.Tak adalah kami merancang.Qistina tu okey je.Dia kalau rasa nak makan,dia belasah je.Kenapa ibu tanya ni?" "Kamu tak merancang.Nabielah pun bukan jenis yang jaga badan.Kamu tak pergi check doktor ke?Nabielah tu…patutnya dah bagi ibu cucu sekarang." Ziyad tersentak.Tapi kemudian dia tersenyum.Gembira bila mendengar ibunya berkata Qistina patutnya sudah memberikan cucu.Itu maknanya
Citer nih memang menarik sampai menitis airmataku ini. Walaupun panjang tapi menarik sepanjang aku baca citer nih. Good job penulis. Ada sambungan ker mcam tergantung jek...
awk thu x...tu ceta mcm kisah hidup saya...sedih wak...hanya tuhan je yg thu...bila bkongsi ksh pada seseorg tanpa kita sedari...di tipu hidup2...seksa jiwa dn raga...
punye penat bace panjang2...... tergantung??? aduh... kepada penulis, berusaha lagi. kalau boleh cerita tu janganlah tergantung... ia mengundang kemarahan pada pembaca2 yang lain. lagipun, cerita ni terlalu panjang. walaupun jalan cerita dia menarik, tetapi kalau dh pnjang boleh mnyebabkan ada sesetengah pembaca akan cepat bosan....
berusaha lagi untuk karya yang lain agar boleh menambat hati pembace.... good luck yeahh.....
opss.. alamak...sorry2.... x perasan x habis copy sorryla yea pd semua yg dh bace..hari tu hntr nk cepat x perasan x hbs copy...sorry2..ana asifatun.. -missao-
to missao its ok.. pe kata paste jek kat tpt komen nih sambungannya.. atleast org leh gak baca sambungan nya.. lea kira sambungan tu sikit je lg kan? sekurang2nya kemarahan org leh berkurangan sbb dpt gak tau endingya.. :D
try ur best ek! pape pun.. all d best..lea tunggu next citer dr missao
cerita ni panjang.. seronok pun ada.. tapi sy suka cerita ni tergantung.. sy anggap itu endingnya sajalah.. (panjang sgt) hehe tentang qistina & iqram, apa jadi?
kenapa meti qistina? nama yang sangat kerap dlm cerpen n novel.. banyak lagi nama pompuan lain.. senah..joyah..melati..kuntum.. nama laki boleh pulak lain-lain.. kecuali nama daniel@danish.. sangat kerap nama-nama ni digunakan..
betol la..arini je dh bace 2 citer guna name qistina.. ape kata guna name sy je..sharifah..sng n mudah..hehe.. tp oleh kerana watak pompuan tu org bandar, ubah jd sherry ke..=P
citer ni ok la biarpun agak panjang..n nyampah ngn watak ziyad tu. kunon nk jd anak yg baik,ikut kata mak kawen ngn sakinah. tp dier x mmpu nk jd suami yg adil yg dpt bahagiakan dua2 istri dier tu...
ciannye kat sakinah, tetiba jadi mngsa ziyad yg xbrape nak bijak tu, kate anak baek, tapi blakangkan mak gak, huhh, laki coward best cerpen ni, ble wat sy jadk emo well done
kpd pembaca sekalian...sorry again n thanks coz sudi gak bce walaupun x sempurna...
ni sambungan yg terputus tu
Itu maknanya Qistina semakin boleh diterima oleh Puan Zainah. “Tak ada rezeki,bu.Dalam 3 minggu lepas,dia baru je gugur.Gugur kali pertama.Jatuh,”ujar Ziyad sayu.Puan Zainah terdiam.Hatinya terasa sayu. “Macam mana boleh jatuh,Ayad?Ayad tak tengok-tengokkan dia ke?” Ibu…dia mengandung pun Ayad tak tahu.Alih-alih tahu dah keguguran je,bisik hati Ziyad penuh rasa kesal.
Qistina diterpa rasa hairan.Hari ini tidak sekali pun dia mendengar bebelan ibu mertuanya.Semua kesalahannya ditegur dengan lembut.Kalau salah cara pemotongan bawangnya,ditegur secara baik.Kalau silap cara dia memasak,ditegur juga dengan lembut. Tiada lagi bebelan yang menjadi halwa telinganya selama tiga hari berturut-turut dia di rumah itu.Hari keempat yang indah. “Bie,nak tahu tak hari nikan sayang rasa macam besttt.. sangat,”ujar Qistina ketika hanya tinggal dia dan Ziyad di dapur.Seusai makan tengahari. “Iye?Kenapa?” “Hari ni,kalau sayang buat salah,ibu tak marah pun.Ibu tegur cara baik je.Tak kena bebel,tak kena marah pun hari ni.Seronok!Selalunya kan Bie…kalau sayang lupa nak tutup api kuah lepas mendidih,’Nabielah…kamu nak bagi kering ke kuah tu?!’Tapi tadi pun masa sayang lupa lagi nak tutup api,ibu just cakap ‘api jangan lupa tutup,kering nanti kuahnya’…” Ziyad tertawa ceria melihat wajah Qistina yang ceria.Rasanya dia tahu mengapa.Mungkin ibunya tersentuh bila mendengar tentang keguguran Qistina daripadanya.Dia perasan wajah ibunya yang sedih malam tadi. “Ibu dah jatuh sayang dekat Qis lah tu…” “Iye ke?Takkanlah kot…baru empat hari.Tapikan Bie,tiba-tiba aje ibu baik sangat dengan sayang hari ni.Kan seronok kalau selamanya macam ni.Tak payah sayang kena marah hari-hari.Jenuh!” “Iyalah.Sayang tu degil,keras kepala.Kuat merajuk,dahlah tu susah pulak nak pujuk.Eloklah kena marah hari-hari,tapi sayang nak tahu tak,Bie lagi suka kalau ibu brainwash sayang.Dah pernah kena?” “Agak-agaklah kalau nak ngutuk pun…” Qistina sudah menarik muncung.Ziyad ketawa besar.
Qistina tunduk.Menyalami tangan Puan Zainah.Hari ini,cutinya yang akhir.Esok dia akan kembali bekerja. “Ibu,Nabielah balik dulu ya.Nanti kalau Nabielah cuti,Nabielah balik sini lagi.Itupun kalau ibu naklah…” Qistina terdiam.Terlepas pula.Dia mencuri pandang wajah ibu mertuanya.Ada senyuman di situ.Tunggu-tunggu juga kalau-kalau dia akan dimarahi lagi. “Takkanlah ibu tak nak.Nabielah kena balik sini setiap kali cuti.Lagipun Ayad,kan ada dekat sini?Kena selalulah balik sini.” Qistina mengangguk.Tapi kemudian dia tergamam bila tubuhnya dipeluk erat Puan Zainah.Tambah terharu bila terasa dahi dan pipinya dicium.Bila pelukan terungkai,dia nampak mata ibu mertuanya yang berkaca. “Ibu?Kenapa ni?” “Ibu minta maaf sebab layan Nabielah teruk sangat masa mula-mula Ayad bawak Nabielah balik.Nabielah jangan serik pulak nak datang sini.Jangan ambil hati,ye nak?” “Tak delah,bu.Nabielah tak simpan pun dalam hati ni.Bila Nabielah cuti lagi,Nabielah baliklah sini.Dah lambat dah ni.Pergi dulu,bu.” Kali ini dia pula membalas apa yang dilakukan ibu mertuanya sebentar tadi.
Dua bulan berlalu.Qistina leka menghadap komputer ribanya.Rasanya selepas seminggu dia menghabiskan cuti di rumah ibu mertuanya,baru 3 kali dia berkesempatan untuk pulang semula ke Melaka.Tiba-tiba,tergerak pula hatinya ingin menelefon suaminya. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja dicapai.Menekan nombor telefon Ziyad.Seketika dia menanti,panggilannya berjawab. “Hai Bie…buat apa?Dah makan?”sapa Qistina. “Hai…tengok tv kejap.Baru lepas makan.Sayang dah makan?Makan apa?” Qistina terdiam sebentar.Suara Ziyad kedengaran serak. “Dah makan,nasi goreng je.” “Belilah tu…” “Tak delah.Sendiri bikin tau.Bie,lusakan sayang kena pergi Sarawak.Nak pesan?” “Berapa lama?Tak balik Melaka ke minggu ni?” “Tak lama,3 hari je kot.Tengoklah dulu…kalau penat,tak baliklah.Nak pesan apa-apa tak?” “Pesan?Kek Sarawak 10 kilo.Hahaha…” “Mak uih,banyaknya!Bankrup la macam ni…gaji lambat lagi nak masuk tau.Nak kek Sarawak ye?Yelah,nanti beli.Ibu macam mana?Sihat?” “Ibu…okey je.Dia dah rindu menantu dia dah ni.Asyik-asyik tanya bila nak balik.” Qistina ketawa.Tapi terhenti bila dia mendengar Ziyad terbatuk-batuk.Bukan batuk biasa.Teruk juga kedengaran. “Bie tak sihat ke?”tanyanya prihatin. “Tak adelah,okey je.Batuk sikit je ni ha.Hari tu main hujanlah,sayang.Tu yang suara pun rock sikit…” “Makan ubat ye?Bie,ni nak bagitahu ni.Tapi seganlah.” “La…segan apa pulak?Laki sendiri?Cakaplah.” “Period Qis lewatlah bulan ni.Sekarang pun tak sampai lagi.” “Pergi doktor la…” “Tak payah kot.Lewat sebab sayang sekarang selalu tension agaknya.Banyak kerja sangat…” “Janganlah macam tu.Kesihatan kena jaga…” “Ingatkan orang,dia pun sama.Jaga jugak kesihatan tu.Dah batuk-batuk.Tengok macam mana nanti,kalau sempat sayang baliklah.Nanti kirim salam pada ibu ye?Assalamualaikum…” “Waalaikumsalam warahmatullah…” Talian pun diputuskan.
Hari Sabtu petang,barulah Qistina pulang dari Sarawak.Cadangnya malam nanti dia ingin pulang ke Melaka.Rindu pula kepada Ziyad.Rindu juga kepada ibu mertuanya.Sebelum dia pulang ke kampung,dia singgah sebentar di rumah ibu bapanya.
“Hei!Qistina?Balik jugak dia…rindu Bie ke?” Qistina tersenyum.Di tangannya memegang sebungkus besar beg plastik.Tangan Ziyad dicapai kemudian disalam hormat. Suara Ziyad masih serak lagi.Qistina menarik lengan lelaki itu,mengajak masuk ke rumah. “Ibu!Ibu!Nabielah balik ni ha!”jerit Ziyad dalam serak suaranya.
“Nak lagi ke kek tu?” Ziyad angguk.Mulutnya sedap mengunyah kek Sarawak yang dibeli Qistina.Yang sedang dimakannya sekarang ialah Kek Lapis India yang mempunyai lapisan coklat Cadbury. “Ada kat KL.Nak lagi,balik KL lah…” “Tak pe,nanti bila Bie cuti,Bie balik,okey.Jangan habiskan pulak kek tu…” Ziyad terhenti.Kemudian dia batuk lagi.Qistina yang kebetulan di sebelah lelaki itu terus mengusap dada Ziyad.Dahi Ziyad berkerut,menandakan perit setiap kali dia batuk. “Teruknya batuk.Esok kita pergi kliniklah,”cadang Qistina. “Tak naklah.Nanti dia bagi ubat batuk,kena makan.Tak sedap!”
Ziyad selesai mendapatkan ubatnya di kaunter.Bila Qistina mengajaknya pulang,dia menolak. “Jomlah balik.Ubatkan dah ambik?” “Kejaplah,sayang.Kita pergi check nak?” Qistina mengerutkan dahi.Tidak faham. “Nak check apa?” Tangan kanan Ziyad menyentuh perlahan perut Qistina.Gadis itu mencebik.Tersenyum lebar. “Tak payahlah…belum ada lagi la,Ziyad.Tak ada tanda-tanda pun…” “How about your mestruation?” Qistina diam.Qistina tidak mahu suaminya berharap dia mengandung lagi.Wajah Ziyad nampak kecewa tapi kemudian terpaksa juga kakinya diseret mengikut langkah kaki lelaki itu ke bilik doktor semula
Ziyad tersenyum panjang.Qistina tahu lelaki itu girang.Tadi kerana Ziyad mendesak,dia pergi juga membuat ujian air kencing.Tidak sangka pula keputusannya positif. “Syukur alhamdulillah.Kita cakap dengan ibu,mesti suka hati dia,”ujar Ziyad girang. “Sayang,”panggil Ziyad.Qistina menoleh.Ziyad tersenyum. “Kali ni,Ziyad akan jaga Qis betul-betul.Janji!” Qistina mengangkat bahu.Tapi dia tetap tersenyum juga.
8 bulan kemudian… “Ayad!Cepat nak oii!” Puan Zainah memanggil cemas.Ziyad kelam-kabut menuruni anak tangga.Menerpa mencari telefon dan segera menghubungi ambulans. “Sayang,sabar.Kejap lagi ambulans sampai.Kejap je.” Qistina mengalirkan air matanya.Dahinya berkerut menahan sakit yang kian terasa.Seluruh tubuhnya berpeluh. “Tak sempat ni Bie…” Lemah Qistina besuara. “Kita bawak Nabielah terus pergi hospital,Yad!”cadang Puan Zainah.Ziyad mengangguk setuju.Tapi baru dia hendak mencempung tubuh Qistina,isterinya menjerit kuat.
Ziyad ternganga.Segala rasa bercampur dalam dadanya.Terkejut,tergamam…semuanya ada.Di tangan ibunya,sekujur tubuh kecil penuh darah.Tangisan kecil itu memenuhi ruang tamu rumah ibunya. Kepala Qistina segera dipangku.Dicium ubun-ubun isterinya banyak kali.Qistina nampak letih sekali.Tangan sejuk Qistina digenggam. “Sayang,kita dapat anak perempuan.Kejap sayang,Bie bawakkan.” Seketika tubuh merah itu bertukar tangan.Berhati-hati tubuh kecil itu diletakkan di atas dada Qistina.Terlalu letih,tangannya pun tidak larat hendak diangkat. “Nak pegang dia…”lesu permintaan itu.Ziyad mencapai tangan Qistina lalu disentuhkan pada anak perempuan mereka.Dia melihat senyuman lesu Qistina.Dari jauh,telinganya menangkap bunyi siren ambulans…
ala...kiter pun nak tau gak pe prkmbgn skinah.. tau la yg qis n zyad je jd wtk utama, tp skinah tu camane? pepun.., citer ni memg bez,,, smpai tghri ,x jmah nasi sebijik pun semata2 nak hbskan baca ni...hehehe.. be the bez...
wow!!! best gle... tp penat le nak bace pjg2.... naik juling dh mate ni...ehehehe... igtkan cite ygantung je... nasib baik de sambungan, kalo tak, tak best le ending die... papepun... mesej yg nak dsampaikan mmg best.... tahniah kpd penulis...
bestla cite ni..mmg terkesan dihati..cite ni membuatkan diriku lebih menyayangi suamiku..biarla die org biase2 je yang penting hanya aku dihatinya..keep it up n gud luck!
mmg best..pa ka wak buat je novel...rumitkan lg keadaan dia..kan dr iqram tu suka kan qis...so pa kata u buat je novel,rumitkn keadaan dgn penermaan org sekeliling ziyad.kluarga sakinah,keluarga qis...i rasa ceta u bleh jual klu bt novel..best...i suggest je...by the way gud luck...teruskan berkarian..
pe citer mak bapak si qistina.....mcm dilupakan je wataknya. kut2 la kan kwn dia bgtau mak bapak si qistina citer sebenar si qistina tertipu, mau ngamuk sekampung, tak kan mak ziyad je tunjuk laku tak leh terima si qistina pada mulanya...amacam ziyad lak kena lak peh2....baru kena buku dgn ruas. sekadar nk merumitkan cerita la kan. endingnya best cuma bagus juga disambung lg buat novel atau drama bersiri dlm tv mcm 'tangisan bulan madu' kan....tahniah!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
eh,tgantung ke cter nih? huhhuhuuuu~
penat je bc pjg2...jenuh mate...