Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Angin yang bertiup sayup-sayup diwajah Maria pagi ini bagai terasa seumpama suara dari sang suami memanggil namanya dikejauhan. Terpejam sejenak Maria, dengan disusuli titisan air yang jernih melinangan di pipi Maria sekaligus hatinya merasakan rindu yang begitu mencengkam perasaan. Pandangan jauh Maria penuh dengan khayalan membuatkan dia terpaku dengan imbasan saat-saat manis ketika bersama suaminya dahulu. Kenangan yang benar-benar terpahat dalam fikiran dan naluri hati Maria, membuatkan dia sukar untuk menerima hakikat, bahawa dia di madukan. Saat-saat bahagia bersama suaminya begitu mendalam. Hanya Maria saja yang boleh merasakan kebahagian ketika bersama dengan suaminya itu. Apapun yang terjadi, Maria terima ini sebagai suratan takdir yang harus di terimanya dari Allah S.w.t. Hanya bersujud pada Allah, agar memperolehi ketenangan dalam jiwa dan menjalani liku kehidupan dengan lebih sempurna. Apapun yang terjadi, Maria hadapi segalanya dengan penuh kesabaran. Hanya pedoman dalam diri dan semangat dari anak-anaknya membuatkan Maria bertambah kuat jalani kehidupan tanpa suami yang sekarang tiada lagi disisi seperti hari-hari yang sentiasa disamping bermesra dan ketawa bersama. Semuanya hilang sekelip mata. Perlahan-lahan kaki Maria menghampiri sisiran pantai..namun begitu, kenangan mengulit bersama suaminya dulu kembali terserlah dipandangannya membuatkan mata Maria sekali sekala berkaca. Dibiarkannya airmata berderai jatuh berlinangan dipipi pabila mengenangkan Cinta dan Kasih yang dibina selama 24 Tahun, hancur hanya disebabkan orang ke tiga. Mengenangkan dia yang bergelar suami dan yang masih lagi digelar KEKASIH HATI, adalah insan yang paling dihormati.Selama kehidupan Maria bersama suami tercinta, tidak pernah rasa ingin membatah walaupun ada perselisihanfaham antara mereka semuanya Maria tempuhi dengan sabar, Maria sering juga di pukul oleh suaminya, namun Maria hanya mampu tunduk dan tahan dengan linangan airmata. Maria mengalah, atas kerna kasih yang teramat sangat pada suaminya. Yang Maria mahukan kebahagian. Walaupun sebenarnya Maria merintihkan kebahagian zahir dan batin dari suaminya yang makin hari makin pudar, namun Maria terima semua kekurangan itu dengan iklas dan redha.
~~~~~~~~~~~~~~
KISAH...
1.1 hati seorang isteri
Seperti biasa, Maria bangun dari tidur, jam telahpun menunjukkan pukul 5.45 pagi. Kedengaran suara seorang lelaki yang sedang mengaji dengan penuh kusyuk di surau berdekatan tempat tinggal Maria dan suami serta anak-anak. "Allahu'akbar....Alhamdulillah...." perlahan-lahan suara Maria kedengaran subuh itu, atas kesyukuran kerna masih lagi Allah memberikannya nikmat dan Rahmat tentang kehidupan. Terlihat disisinya suami tercinta sedang nyenyak lagi tidur dan mungkin masih berada dialam fantasi lagi..Dengan senyuman Maria mengusap rambut suaminya dengan penuh mesra dan kasih sayang. Kemudian Maria berlalu pergi meninggalkan kamarnya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Selesai solat subuh, Maria ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi buat suami tercinta. Pagi ini Maria meyiapkan sarapan pagi dengan hidangan makanan kegemaran suaminya. Selesai Maria menghidangkan sarapan pagi, lalu kembali semula Maria ke kamarnya. Terlihat Maria di anjung pintu kamarnya, suami Maria masih belum bangun lagi. Apapun takut suaminya lewat ketempat kerja, Maria pun menghampiri suaminya. "Abang..abang..bangun.." lembut suara Maria membangunkan suaminya yang masih lagi lena di buai mimpi-mimpi. " Abang..dah hampir pukul 6.30pagi ni.." Melihat riaksi suaminya yang mengeliat malas, sekali lagi membuatkan Maria mengukirkan senyuman. "..Ermm...Mar..."..ditariknya tangan Mar, yang cuba menggoncangkan-goncongkan bahu suaminya. Tertuduk Maria seketika di tepi suaminya. Lantas, dikucup dahi Maria dan segera bingkas suaminya bangun, bila menyedari jam lonceng tepat pukul 6.30pagi bordering bising. Nampak laju suaminya ke kamar mandi, untuk membersihkan diri. Selesai mandi dan telah bersiap-siap, Maria sekali lagi, pergi ke kamar biliknya, memanggil suaminya untuk bersarapan bersama.
"Abang, jom sarapan. Maria ada sediakan Nasi Goreng Ikan Masin buat abang." Suaminya hanya mampu diam dan sepintas memandang jam di diding kamarnya. "Tak apa lah, abang sarapan diluar saja." Kecewa diraut wajah Maria begitu terserlah pagi itu. Apapun, Maria menyambut kata-kata suaminya itu dengan senyuman. "Ermm..baiklah bang.." Dihati Maria terfikir, biasa suaminya tidak begini. Lewat macam manapun, pasti suaminya menjamah hidangan pagi dengan Maria, walaupun hanya sempat minum air saja. Di anjung pintu depan ruang tamu, suaminya menyarungkan kasut dan nampak semacam kelam kabut sedikit menandakan dia benar-benar telah lewat. Walaupun masa itu, bagi Maria hari biasa Maria kejutkan dia dari tidur, tapi dihati Maria terasa lain pagi itu. Soalan demi soalan terdampar difikirannya. Tapi hanya doa Maria sentiasa mengiringi pemergian suaminya dan kembali suaminya dengan selamat. Tidak sedikitpun terlintas di fikiran Maria untuk memikirkan jauh apa yang terlintas difikiranya, walaupun selang beberapa hari sebelum itu, suaminya kerap duduk di ganggang telephone rumahnya, dan lama berbicara dengan seseorang bercampur gelak dan gurauan, tapi Maria tidak sekalipun ambil tahu. Bagi Maria, mungkin kawan sekerjanya.
"Abang, hari ni abang balik makan tau.." Maria cuba lagi mempelawa suaminya balik tengahari nanti, untuk makan bersama Maria dan anaknya yang kecil sekali yang sekarang berusia lingkungan 13 tahun.
"Insya'allah"..hanya kata-kata itu saja yang mampu suaminya sampaikan. Lalu, bersalamlah Maria pagi itu, dikucupnya dahi Maria. Tapi Maria terasa gelisah sangat pagi itu, umpama kucupan suaminya tidaklah sama seperti biasa. Apapun, tetap Maria cekalkan hatinya dengan fikiran yang positif. Bagi Maria, suaminya adalah seorang suami yang kasih pada keluarga.
Tepat jam 1:00 tengahari. Maria telah siap menghidangkan makan tengahari buat suami dan anak-anak. "Ermm...mane abang ni.."hati Maria berkata-kata sendiri. Tidak tahu mengapa tiba-tiba hatinya terasa berdebar-debar tengahari itu. Terduduk seketika Maria di bangku yang terletak di ruang tamu..
"ring...ringg...." kedengaran bunyi telephone dirumahnya. Maria cuba mengangkatnya. "Hello".. (hello).. assalamualaikum mak.." Suara yang menyahut ditalian, membuatkan hati Maria bertambah gelisah. "Waalaikumusalam..Oh..Azam.." Suara dari anak ke-2 Maria ditalian. "Kenapa Azam?" sekali lagi Maria bertanya. "Mak..abah kerja ke hari ini? " Hati Maria lagi tidak tenteram bila soalan dari anaknya itu. "Ermm..kerja.".. perlahan suara Maria membalas soalan dari anaknya itu. Azam adalah seorang anak yang benar-benar ambil berat tentang kepayahan keluarganya. Disebabkan pekerjaan Azam berselang seli dengan kerja seminggu siang dan seminggu malam, membuatkan Azam jarang ada dirumah. "Kenapa Azam??..bertanya lagi Maria kepada anaknya.. "Mak..pukul 10:30pagi tadi, Azam keluar pergi minum dengan kawan-kawan Azam. Dekat dengan tempat kerja abah. Azam ternampak kereta Abah lalu didepan kedai tempat Azam minum. Dalam kereta Abah, Azam ada nampak seorang perempuan duduk disebelah abah. Siapa mak?" cerita-cerita Azam tengahari itu, membuatkan secara tidak sengaja, telah mengalirkan airmata Maria. "Azam, betul ke itu abah?, tak mengapa lah Azam, itu mungkin kawan sekerja abah Azam agaknya." Terdengar di telinga Azam, suara maknya yang sedang berselindung di sebalik kebenaran. "mak..abah ada perempuan lain ke? Azam malu dengan kawan-kawan yang menegur Azam pagi itu. Azam malu mak.. Andai mak ada masalah, mak tolonglah bagitahu dengan Azam.." "Tak ada apa Azam. Azam jangan terlalu memikirkan hal abah Azam tu. Biar mak tanya dulu dengan abah." Maria cuba mengilap airmatanya yang sedang berlinangan tanpa henti, bila anaknya itu memberitahu perkara itu..terasa hancur dan retak hati Maria ketika itu. "Baiklah mak..ermmm..mak tak kerja ke hari ni?" "Mak cuti hari ni Azam.." "ok lah mak, Azam nak masuk kerja dah ni. Mak jangan tak makan." "Insya'allah Azam..Azam kerja elok-elok.." "baik mak...assalamualaikum..??" "Waalaikumusalam.." Maria membalas salam Azam itu, dengan nada-nada suara yang sendu.. Sesudah bercakap dengan anaknya, Maria cuba mendail no suaminya. Dihatinya terasa ingin tahu hakikat kata-kata dari anaknya itu. Dengan perlahan jari-jari Maria mendail no suaminya. Talian diangkat.. Maria : "Assalamualaikum bang" Suami : "Waalaikumusalam"..ermm Maria. Ada apa? Tersentak seketika Maria bila suaminya bertanya. Ingin rasanya Maria bertanyakan benarkah apa yang di ceritakan Azam tadi. Tapi semuanya Maria sematkan dalam hati. Perasaan yang tidak percaya, dan Sayang yang teramat sangat pada suaminya Maria putuskan agar Maria mampu memendamkan hatinya saja dengan cerita-cerita anaknya tadi. Bagi Maria, hanya kejujuran yang akan membuktikan segalanya. Maria : "Ermm...abang, dah pukul 1:30 tghari ni. Abang balik makan tak? Maria dah hidang makanan ni. Suami : "Maria, abang tak sempat nak balik rumah makan la.. Abang banyak kerja nak selesaikan ni. Maria makan lah sendiri ok.... Dengan penuh tekun, Maria mendengar sesekali suara perempuan di sebelahnya, kerna jelas dipendengarannya, seolah-alah suaminya sedang memalingkan talian. Dengan sepintas suara bertanya "siapa"... Sebak seketika hati Maria ketika itu, hanya Tuhan saja yang tahu...luluh..berkecai.. Maria : " Baiklah bang..Abang kerja elok-elok. Assalamualaikum.. Suami : " Insya'allah...waalaikumusalam." Talian diletakkan perlahan. Berdiri Maria di tepi jendela rumahnya, berserta dengan linangan airmata. "Ya Allah, andai ketentuan-Mu ini menguji lagi kesabaranku dalam hubungan aku dan suamiku, Engkau tunjukkan lah padaku, erti kebenaranMu ya Allah.." Lemah kaki Maria untuk melangkah perlahan ke dapur. Maria melabuhkan punggungnya keseorangan di meja makan bertemankan lagi airmata. Sesak sungguh dada Maria untuk berkata-kata. Yang mampu Maria lakukan hanya tawakal dalam hati, untuk ketenangan jiwa seketika. Sambil mengilap airmata, Maria mencapai pinggan untuk menjamah makanan sedikit. Untuk tidak mahu suaminya pulang nanti bertanya, kenapa tak makan. Maria cuba juga menelan nasi dengan hati yang benar-benar hiba, sehinggakan Maria makan bersulamkan airmata. Selesai makan, Maria ke kamar untuk menunaikan solat Zohor. Dengan jiwa yang kuat kerana Allah..Maria menunaikan sembahyang dengan yakin dan tekun.
1.2 pedih dengan kenyataan
Jam telahpun menunjukkan pukul 6.00ptg. Masih tidak kelihatan lagi suaminya pulang. Maria duduk di bangku luar rumah, dimana, terhidang sekali minuman petang buat suami tercinta. Apa yang Maria rasakan tengah hari tadi, dapat di tahan dengan kesabaran. Hanya yang tersirat didalam hatinya, kejujuran dan kebenaran dari Allah saja yang Maria nantikan. Hanya berserah pada Allah tempat Maria kuatkan lagi semangat untuk teruskan kehidupan. Hampir pukul 6.30ptg..kelihatan kereta Wira berwarna hitam kebiruan, datang menghala ke halaman rumah. Dengan senyuman Maria menyambut kedatangan suaminya pulang. Walaupun suaminya ada menyimpan sesuatu rahsia dari Maria, tapi di raut wajah suaminya penuh dengan lakonan. Hati Maria yang pilu, langsung suaminya tidak selam. Maria mencapai tangan suaminya untuk bersalam. Sambil berjalan, suami berkata "adoi..banyak betul kerja nak diselesaikan hari ni. Semuanya penting." "Maria, nanti tolong kemaskan baju abang ye.." sambil dihulurkan secawan kopi untuk diminum suaminya, sambil Maria terkedu dengan kata-kata suaminya itu. "Maria..Maria..dengar tak ni?"..Maria tersentak.. "Ermm..apa dia bang.." Maria cuba ingin tahu semula apa yang diperkatakan oleh suaminya tadi. "Abang suruh Maria kemaskan barang-barang abang. Malam ni abang kena kerja luar 3 hari." Jelas kata-kata yang dilafazkan suaminya pada Maria. "Ermmm..esokkan hari Sabtu? Maria cuba bertanya lagi. "Abang ditugaskan untuk tengok satu kilang di Johor yang tidak ada permit perniagaan. Sebab, kawan abang tak dapat nak pergi. Jadi abang kenalah selesaikan kes tu."
Sekali lagi hati Maria berkata-kata, bahawa adakah benar??..tapi disebabkan Maria tidak mahu membantah cakap suaminya, Maria merelakan juga suaminya ke Johor untuk urusan kerja. Tanpa bercerita tentang hal tengahari tadi, Maria turutkan kehendak suaminya itu. Selesai solat Magrib, Maria mengemaskan barang-barang keperluan suaminya untuk bertolak malam itu juga ke Johor.
"Abang..berapa hari abang kesana?" Maria cuba bertanya. "Ermm..mungkin hari Selasa Abang balik." Ternampak sedikit perubahan di raut wajah suaminya. Tapi Maria tidak mempedulikannya. Walaupun firasat Maria semakin mengatakan suaminya cuba membohonginya, tapi hanya disebabkan cinta dan sayang pada suaminya, Maria cuba padamkan perasaan syakwasangka terhadap suaminya. Biarlah Allah yang akan memberikan petunjuk pada hubungan antara Maria dan suaminya. Dianjung pintu rumahnya, Maria bersalaman dengan suaminya hanya pesanan hati-hati disepanjang perlajanan dan pesanan kasih dan cinta Maria pada suaminya, malam itu membuatkan hati Maria tiba-tiba hiba, tanpa disedari, airmata Maria berlinangan. "Maria..janganlah menangis. Abang pergi atas urusan kerja.". "ermm..ye bang..hati-hati.." lalu suaminya berlalu pergi dengan melambaikan tangan dikejauhan. Hanya doa dan restu yang mampu Maria sampaikan pada Allah agar dia dan suaminya akan terus kekal. Tak terdaya rasanya ingin berjauhan begini lagi.
"Mak..abah pergi mana?" kedengaran suara anak ke-3 Maria bersuara dibelakang Maria. "Ermm..abah kerja luar.." jawab Maria dengan nada yang tersekat-sekat. "Mengapa mak menangis?, Abah marah mak lagi ke?".. Anak Maria cuba bertanya lagi. "Tak sayang..mak cuma rindu dengan keluarga kita. Biasa Abah tak pernah meninggalkan kita begini. Tapi kali ni mak rasa sedih sangat. Sebab, tadi semasa mak kemas barang-barang abah, mak terjumpa tiket ke Thailand. Hati mak tak tenteram."..Maria cuba perjelaskan pada anak ke-3 nya itu, yang agak kurang faham tentang apa yang mak nya rasakan. Apapun Maria tidak mahu meneruskan lagi kata-kata itu. Maria tidak mahu anak-anaknya merasai apa yang Maria rasakan. Pelajaran adalah penting buat anaknya itu. Maria tidak mahu anaknya merasakan sesuatu kehilangan, kerna takut tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.. "Ermm..Aidil..buatlah kerja sekolah tu..tak ada apa yang berlakupun. Mungkin abah Aidil banyak urusan kerja yang nak diselesaikan agaknya." Kemudian, Aidil pun berlalu pergi meninggalkan maknya bersendirian di ruang tamu untuk masuk ke biliknya. Walaupun pedih hati Maria ketika itu, Maria dapat mengawal sedih itu supaya tidak diketahui oleh anak-anaknya. Bagi Maria, biarlah Kebenaran yang akan Maria perolehi nanti. Allah lebih mengetahui.. Malam yang penuh hening, Maria duduk termenung di balkoni di kamarnya. Sambil memegang album gambar-gambar mereka ketika bercuti di Pulau Pangkor bersama anak-anaknya. Masa tu begitu indah dan bahagia sekali. Semudah itu juga hati Maria terusik dengan matanya yang berkaca. "Hari ini hari Isnin. Esok suamiku pulang"..hati Maria berkata-kata sendirian. Selama pemergian suaminya, tidak pernah sekalipun Maria dihubungi. Pernah juga Maria cuba mendail no suaminya, tapi talian tidak dapat dihubungi. Ketika tu membuatkan hati dan perasaan Maria benar-benar terusik. Hanya berserah dan berdoa pada Allah, menguatkan lagi Maria untuk setia menanti kepulangan suami tercinta. Tersentak Maria pabila kedengaran deringan telephone rumahnya. Maria pun pantas berlalu mendapatkan talian itu. "Hello.." Maria : Assalamualaikum... Suami : Waalaikumusalam..hai Mar..abang ni. Mar, maafkan abang tak dapat nak call Mar. Abang ada hal yang penting di sini. Esok abang balik. Mungkin sampai dalam pukul 2.00 petang. Ada perkara yang ingin abang bicarakan pada Mar. Mar tunggu abang balik tau. Maria : Abang.. abang ada masalah ke disana? Suami : Tak ada masalah Mar. Cuma Mar perlu dengar apa yang akan abang terangkan nanti esok. Maria : Baiklah bang. Abang jaga diri baik-baik. Mar sentiasa nantikan kepulangan abang dengan selamat. Suami : Ok Mar..selamat malam. Maria : Selamat malam bang..assalamualaikum..bye.. Suami : Waalaikumusalam..bye. Kemudian talian terputus dari suaminya. Kedengaran semacam bergaung suara suaminya. Agaknya talian yang tidak berapa jelas disana. Tapi dimana suaminya sekarang, tidak sempat Maria bertanya. Semacam suara suaminya bercakap terlalu cepat dan tergesa-gesa. Malam tu Maria tidak dapat melelapkan mata. Hati Maria terasa benar-benar berdebar menunggu hari esok, apatahlagi suaminya kata, ada seperkara hendak disampaikan nanti. Dibenak fikiran Maria jelas telah memikirkan perkara yang negatif. Tapi biarlah esoknya menjadikan satu kebenaran. Maria akan tunggu. Fikiran Maria yang penuh dengan soalan akan terjawab esok. Bagi Maria, dia telah bersedia mendengar apa saja keterangan dari suaminya. Yang bakal di perdengarkan nanti setiba suaminya pulang ke rumah, akan Maria terima seadanya. Kerna naluri Maria begitu kuat untuk mendalami setiap gerak geri suaminya. Apatah lagi selang beberapa hari sebelum ni, Maria ada bermimpi sesuatu yang tidak elok tentang kehidupannya. Adakah ini yang Allah tunjukkan nanti?..Apapun, dihati Maria penuh dengan tawakal. Mengimbau kembali saat-saat pergaduhan yang paling besar dalam rumah tangga Maria, sewaktu Maria masih mempunyai anak dua orang. Waktu itu, mereka sering bertelingkahan mengenai kejujuran hati dan tanggungjawab masing-masing. Sehinggakan Maria pernah dipukul dengan tali pinggang bersalutkan besi. Sehingga bengkak-bengkak dan luka yang dalam. Anak-anak Maria yang baru nak mengenal erti kehidupan, sering menyaksikan pertelingkahan antara mak dan abah mereka. Apalah daya mereka untuk membantu maknya ketika itu. Sehinggalah umur anak Maria yang pertama menjangkau belasan tahun, abahnya sering memarahi maknya dan sekaligus menimbulkan rasa benci pada anak pertama Maria terhadap abahnya. Sehingga ke hari ini, anak pertama Maria yang kini telahpun berusia 24 tahun telahpun mendirikan rumah tangga dan tidak lagi duduk bersama dengan maknya, masih lagi rasa dendam pada abahnya masih lagi ada, walaupun sekarang abahnya telah banyak berubah, tapi hanya disebabkan kejadian yang lampau, membuatkan anak pertamanya sukar untuk menerima abahnya hadir dalam hidupnya seperti ayah-ayah yang lain. Hanya anak Maria yang kedua, yang masih mampu memaafkan abahnya, atas alasan, dia tidak mahu mak dan abahnya berpisah. Dan kini tiba masanya anak-anak pula yang menjaga keperitan hidup Maria sekaligus menjaga maruah Maria seadanya. Itulah kata-kata dari anak Maria yang ke dua. Itulah sebabnya, mengapa Maria boleh merasakan sesuatu perubahan dalam rumahtangganya. Dan kini, suami Maria banyak menghabiskan masa di luar, dari duduk dirumah. Terkadang membuatkan Maria terkilan dan kesunyian dengan sikap suaminya. Hanya disebabkan kenangan-kenangan yang lalu, yang menguatkan Maria untuk sentiasa sabar menjalani hidup sendirian, walaupun ada suami disisi, umpama terasa suaminya terlalu jauh. Keperitan perasaan zahir dan batin hanya Maria saja yang boleh rasakan. Tawakal dan doa dari Allah sahaja tempat Maria adukan rasa sedih yang teramat sangat. Bagi Maria mungkin ini ada hikmahnya. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ "Assalamualaikum.." terdengar Maria satu suara yang memberi salam di luar rumah. Dengan penuh menghayati suara itu, sekali lagi salam di luar kedengaran. "..waalaikumusalam.."..perlahan-lahan Maria melangkah meninggalkan ruang dapur yang tengah sibuk menyiapkan hidangan sarapan pagi buat anaknya yang ke tiga. "Laa..abang..".. bila dibuka pintu, rupanya suaminya yang memberi salam. Kerna suara suaminya tidak seperti hari-hari yang biasa. "..Mar ingatkan siapa..kenapa dengan suara abang?"..sambil tangan suaminya disalam. Lalu mereka pun masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur. Dengan mengukirkan senyuman, terlihat suaminya rasa serba salah terhadap Maria. Tapi demi mempertahankan maruah keluarganya, suaminya harus berterus terang juga pada Maria dan anak-anaknya. "Mar..hari ni tak kerja ke?".. suaminya memulakan soalan. "Mar minta cuti hari ni. Sebab nanti kalau Mar kerja, Abang balik nanti rumah tak ada sesiapa kan?"..kemudian merekapun tersenyum bersama. Sambil tangan Mar sibuk membaluti roti bakar berserta mentega untuk dihulurkan pada suaminya. "Mar..duduk sini sekejap.." ditariknya pergelangan tangan isterinya untuk duduk dibangku sebelah. "Mar, ada perkara nak abang bagitah pada Mar." terdengar perlahan suara suami Maria. Apapun yang bakal Maria dengar nanti, akan Maria terima ini seadanya. Walaupun, dihati Maria sudah merasainya terlebih dahulu, tapi Maria pendamkan juga. "Mar, empat bulan yang lepas, sewaktu abang ada kerja di luar Bandar, abang ada berkenalan dengan seorang wanita." Kelihatan Maria tertunduk mendengar penjelasan suaminya itu. Sesekali terlihat Maria cuba menarik nafas panjang menandakan Maria dah bersedia mendengar kata-kata seterusnya dari suaminya. "Mar, abang dah mengahwininya.." terdongak Maria mendengar penjelasan dari suaminya, seumpama semacam mimpi yang ngeri yang dialaminya. Dimata Maria tanjam memandang suaminya besertakan airmata yang tanpa henti-henti yang sebentar tadi, puas Maria menahannya. Akhirnya jatuh juga berlinangan. Sesak dada Maria semuanya dirasakan saat itu. Hatinya yang hancur, luluh..terkilan dengan penjelasan ini semua membuatkan Maria tidak mampu untuk berkata-kata.. "Sampai hati abang buat Mar begini..mengapa bang..apa salah Mar? Kenapa sedemikian rupa sikap abang pada Mar?.." tersekat-sekat suara Maria ketika itu. Lantas, Maria berlalu ke anjung tingkap di ruang tempat basuh pinggan mangkuk. Sambil tertunduk Maria dan menangis tanpa hentinya. Suaminya hanya mampu duduk dan diam melihat keadaan Maria yang terlalu sedih. Pagi itu, adalah hari yang paling menyedihkan Maria. "Mar..abang minta maaf tidak meminta izin dari Mar. Abang tahu abang silap. Abang akui semua ni Mar..tapi abang menyintai wanita tu. Dan abang juga menyintai Mar. "Diam bang! Diam..!"..terdengar begitu lantang suara Mar berbicara. "Sesungguhnya perit hati Mar nak mengizinkan lagi cinta Mar pada Abang. Selama kita hidup bersama, Mar terima segala kekurangan kita bang.. Mar terlalu menyanyangi abang, sehinggakan diri Mar sendiri di pukul, Mar tetap mahukan abang."... jelas Maria berbicara pagi itu. Dalam hubungan antara Maria dan suaminya, Maria banyak memendamkan rasa hatinya yang lara dan pedih saat-saat Maria disakiti. Yang Maria mahukan adalah cinta yang lahir dalam hati seorang suami yang setia pada yang satu. "Abang..kenapa mudah abang lafazkan cinta dari seseorang yang abang baru kenal? Kenapa bang..kenapa??. Kenapa ini yang bakal Mar terima bang..adil ke bang??...." berderai-derai airmata Maria bersemuka dengan suaminya itu yang hanya mampu tunduk membisu dengan soalan-soalan yang dilemparkan oleh isterinya. Maria cuba memaksa suaminya perjelaskan apa kekurangan Maria pada suaminya. Tapi tidak terdaya suaminya untuk bersuara. Terdiam seketika.... "Mar..memang abang menyintai wanita ni..lagipun abang dah terlanjur dengan dia Mar.."... sepantas mata Maria menoleh suaminya dengan pandangan yang penuh tajam.. "Ya Allah bang.....kenapa langsung abang tak mahu memikirkan dosa dan pahala, sehinggakan sanggup abang lakukan semua perkara ni tanpa abang memikirkan diri Mar dan anak-anak...." terpancar dimuka Maria benci yang teramat sangat dengan sikap suaminya itu. "Sebab cinta dan sayang abang pada perempuan tu, abang sanggup menduakan Mar??! .." rasa tidak puas hati yang teramat sangat dalam diri Maria jelas sekali. Tak mampu lagi Mar memandang raut wajah suaminya itu. "Kenapa sanggup abang singkirkan Mar dan anak-anak abang." Tertunduk Maria dengan disulami tangisan yang agak kuat kedengaran pagi itu. Mujurlah anak Maria yang ketiga telah pergi kesekolah. "Mar..walau apa pun terjadi, abang tidak akan melepaskan Mar dari abang. Abang tahu abang bersalah. Mar, izinkan abang dengan keputusan ini. "Abang, hati Mar benar-benar punah bang. Mar kecewa dengan sikap abang. Sanggup abang lakukan semua ni, tanpa abang berbincang perkara yang sebenarnya pada Mar. Mengapa bang??mengapa?.." pagi itu kelihatan Mar begitu pilu dengan kenyataan dari suaminya. Hati Maria benar-benar hancur. Maria semacam tidak mampu menerima hakikat bahawa Maria sedang dimadukan. Sekali nafas Maria berkata. "Bang, demi anak-anak dan demi masa depan mereka, dan demi kebahagian abang, Mar redha dengan ketentuan ini. Cuma Mar pinta pada abang, lepaskan Mar dari ikatan ini." Terpandang suami Maria dengan pandangan yang agak terkejut dengan kenyataan Maria.
"Mar, telah abang katakana tadi, abang tidak akan berpisah dengan Mar. Abang Cuma mahu Mar faham dengan situasi abang. Mar faham tak?!.. agak tegas juga kata-kata yang terkeluar dari mulut suami Maria. "Abang, selama hubungan kita, Mar setiasa memahami setiap tindak tanduk abang. Selama kita hidup bersama dan telah punyai 3 cahaya mata, hanya kerna kebahagian kita, Mar cuba pendamkan kesakitan hati Mar zahir dan batin bang. Mar tidak pernah terlintas untuk membenci abang. Malah Mar terima kekurangan itu dengan tabah bang. Hati Mar terusik sesekali abang pernah bergurau dengan Mar, bila abang kata abang ingin kawin lagi. Tapi sedikit pun Mar tidak pernah ingin menganggap itu semua benar. Dan kini, semua kata-kata gurauan abang itu telah menjadi kenyataan. Abang, Allah tahu apa yang kita fikirkan. Mar akui mungkin Mar ada kekuranganya. Malah Mar masih mampu berfikir, tidak mahu curang dalam hubungan kita bang."..sambil airmata Mar yang tidak henti-henti keluar membuatkan keadaan pagi itu sunyi umpama menghormati setiap percakapan Maria.
"Abang, maafkan Mar sebagai isteri abang. Mar mohon agar Mar dilepaskan saja. Mar redha bang. Biarlah hanya kenangan antara kita berdua sahaja yang Mar sematkan. Tapi untuk berkongsi kasih pada seorang yang juga bergelar wanita, Mar tidak mampu bang. Selama ni pun, Mar sendiri. Abang, Mar izinkan abang miliki ‘dia' dalam hidup abang." Terperasan Mar sejurus memandang di anjung pintu rumahnya, seseorang yang bertundung merah jambu, berdiri disitu. Sambil mengilap airmata, Mar pun pantas ke ruang tamu rumahnya itu. "Silalah masuk.." perlahan-lahan wanita itu masuk kedalam rumah Maria. "Silalah duduk.." Mar menjemput wanita itu duduk. Ditariknya tangan suaminya tadi, duduk sekali bersebelahan dengan wanita tersebut. Kemudian Mar cuba menjelaskan apa yang bakal wanita itu dengar. "Abang, Mar relakan abang bersama ‘dia'. Walaupun Mar rasa begitu kecewa dengan sikap abang, Mar redha dengan kenyataan ini bang. Cuma Mar tidak terdaya berkongsi kasih dengan ‘dia' bang. Mar Cuma nak abang salami hati Mar disaat ini." Airmata yang berkaca tadi di kelopak mata Mar, tidak dapat Mar kawalnya lagi. Mar ingin menyelesaikan masalah ini, tanpa ada rasa benci dihati. Mar cuba mengorbankan kasih dan cintanya pada suaminya. Mar terduduk kaku seketika pagi itu. Yang hanya mulut saja yang berkata. "Abang, demi kebahagia abang, Mar relakan abang pergi dalam hidup Mar. Mar dah tak mampu menerima abang dalam hidup Mar. Hati Mar hancur, terkilan dan kecewa bang. Maafkan Mar, tak mampu lagi Mar tenangkan hati Mar sekarang ni bang. Bukan sekali dua abang cuba nak lakukan situasi begini. Tapi semuanya Mar mampu tepis. Tapi kali ini, nasi sudah menjadi bubur. Abangpun telah terlanjur mencintai ‘dia' sehinggakan abang tak memikirkan dosa dan pahala. Mar tak mampu lagi untuk menghalang kehendak abang. Mungkin Mar tidak sehebat layanan ‘dia' pada abang. Mar tidaklah secantik dia. Mar akui Mar tidaklah seindah wanita-wanita yang pernah dulu abang kenal. Pergilah bang. Mar relakan semuanya ini bang. Mar izinkan bersama dengan ‘dia'.." kelihatan wanita itu hanya mampu tundukkan kepala. Dan suaminya kelihatan serba salah dengan keputusannya sendiri. Suami Maria tidak terdaya untuk berkata-kata lagi. "Adik..jagalah abang baik-baik. Jadilah seorang isteri yang tidak pernah membantah kata-kata suami. Cari erti kebahagian bersama abang. Jangan sesekali mungkiri kata-kata yang telah terpatri. Akak doakan kalian beroleh kebahagian. Untuk abang, maafkan Mar sekali lagi. Ini keputusan Mar. Izinkan Mar berlalu pergi. Mar tidak mampu berkongsi kasih bang. Fahamilah Mar bang. Lepaskan Mar. Walaupun mungkin ini kenyataan yang bakal Mar terima, Mar telah bersedia bang. Demi kebahagian abang. "Mar, maafkan abang. Abang tak mampu untuk menghalang kata-kata Mar. Andai ini yang Mar pohonkan dari abang, abang akan kotakan. Tapi, abang berjanji, abang tidak akan sisihkan Mar dan anak-anak dalam hidup abang. Abang akan sentiasa bertanyakan khabar Mar." Maria hanya mampu duduk dan tertunduk diam. Hakikatnya hati Mar meronta-ronta agar tidak terjadi perkara ini dalam hidupnya. Tapi untuk kebahagian suaminya, Mar terima seadanya dugaan yang terlalu besar dalam hidupnya. "Abang, tinggalkan Mar sendirian. Nanti kita jumpa di Mahkamah rendah. Mar akan sign surat persetujuan pernikahan abang bersama dengannya."..agak terkedu dengan kata-kata bersulamkan sebak didada Mar, membuatkan si wanita itu, menitiskan airmata. Seumpama terasa bersalah dalam diri mula terasa. Perlahan wanita itu menghampiri Maria. "Kakak, maafkan saya."..Mar tidak terdaya untuk berkata-kata. Dibiarkan saja wanita itu sendiri berkata-kata, tanpa Mar menoleh, lantas Mar pun bangun dari tempat duduknya, terus kemuka pintu rumahnya. "Abang, pergilah. Tinggalkan Mar sendiri. Esok kita jumpa di Mahkamah Rendah Syariah." Lantas, suami Mar pun bangun, tanpa berkata apa-apa. Mar hanya mampu tunduk dan diam. Bagi Mar tidak ada apa lagi untuk diceritakan. Semuanya telah terjadi. Cuma apa yang mampu Mar perkatakan, "biarkan Mar menjaga anak-anak kita. Mar akan ceritakan hal ini pada anak-anak kita. Esok Mar akan hadiri di Mahkamah dengan Azam. Abang tak perlu datang sini ambil Mar. " Suami Maria hanya mampu anggukkan kepala saja. Salam diberikan tanda perakhiran perjumpaan dirumahnya. "Ermm..lagi satu, Mar harap, selesai kes kita ni, mungkin Mar akan balik kekampung halaman Mar. Mar tahu, ini bukan rumah Mar lagi. Mar akan bawa anak-anak Mar sekali, Cuma Azam sahaja Mar tidak akan bawa. Abang, semoga abang perolehi kebahagia bersama ‘dia'. Airmata Maria sekali lagi jatuh berlinangan di pipi. Di ngilapnya perlahan-lahan. Dan memerhatikan mereka berlalu pergi. Dikejauhan, suami Maria terpandang sambil memegang kepala.
1.3 DI MAHKAMAH RENDAH
Ternampak Maria dan anak keduanya di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah. Begitu juga suaminya turut kelihatan. Didalam kereta suami Mar, ternampak wanita itu hanya duduk diam sahaja. Didalam pejabat Agama, Mar dan suaminya, sibuk menulis dan menandatangani surat pengesahan penceraian. Penceraian Maria dan suaminya disaksikan hakim rendah dan saksi-saksi dari pihak Maria di bilik Hakim. Selesailah sudah lafaz di sebutkan oleh suami Maria. Diluar Mahkamah, Azam cuba ingin mendampingi ayahnya, tapi dihalang oleh Maria. Maria tahu benar apa yang bakal terjadi nanti. Azam juga seorang yang panas baran. Tapi disebabkan ingin menghormati keputusan ibunya, Azam juga turut bersabar dengan kejadian yang terjadi dalam kehidupan ibunya. Yang bagi Azam, tidak adil. Kini, Maria telah hidup sendirian hanya bertemankan anak-anak untuk melepaskan rindu pada kenangan antara Maria dan suaminya. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kini hampir 3 bulan penceraian antara Maria dan suaminya. Selesai sahaja edah, Maria berangkatlah pulang kekampung halamannya di Sarawak. Bersama dengan anaknya yang ke3. Cuma Azam saja yang tidak ikut ibunya menetap di sana. Kerana Azam terikat dengan kerjanya di Kuala Lumpur. Apapun, Azam tidak akan leka dengan tanggungjawabnya pada ibu dan adiknya di kampung. "Semoga kau bahagia"..itulah kata-kata terakhir dimulut Maria buat suaminya.
1.4 Penutup kata
Di Lapangan terbang, Azam menghantar ibu dan adiknya. "Mak, jaga diri mak baik-baik disana. Andai ada kelapangan Azam akan balik kesana."..Insya'allah Azam. Azam pun sama, jaga diri baik-baik. Kalau duduk dengan kawan-kawan tu, jangan lupa solat. " Insya'allah mak." Kemudian merekapun berpelukkan dan terpancar diraut wajah Maria, kelukaan dihati masih terasa. Apa yang terjadi Maria redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi. "Ok Azam..masa penerbangan dah sampai ni. Azam kerja elok-elok. Oh ye, kirim salam Mak pada Azie tau." Azie adalah tunang kepada Azam. "Insya'allah mak." Berlalu Maria bersama anaknya yang ke3 ke area berlepas. Dikejauhan Maria melambaikan tangan tanda selamat jalan pada Azam. "Selamat tinggal anakku.." ternampak Maria mengilap pipinya, yang mungkin airmata yang masih mengalir. Bila Maria tidak lagi kelihatan, Azam pun berlalu pergi meninggalkan perkarangan lapangan terbang tersebut. Diluar pintu masuk lapangan terbang tersebut, Azam terserempak dengan bapanya bersama dengan wanita itu. "Eh..Azam, mana mak?" Azam seumpama tidak mampu nak berkata-kata, terasa macam sedikit benci pada bapanya mula terasa. Tapi hanya disebabkan pesanan ibunya, supaya jangan ada benci pada bapanya, Azam Cuma pejamkan mata dan berkata " Mak dah berlepas tadi dengan pesawat."..lantas, tanpa menghiraukan bapanya Azam pun berlalu pergi. Terpinga-pingalah bekas suami Maria di situ. Lantas, berlalulah dia dengan wanita itu, sambil matanya menoleh kebelakang, rasa tidak percaya, Maria akan pergi meninggalkan dia akhirnya.
knp lelaki begitu kejam pd wanita yg selalu setia pd mereka..? ini juga yg selalu tjadi dlm perkahwinan zaman skrg..kawin pastu cerai..jarang lelaki yg blh kahwin lebih dlm satu(kalau ikutkan syariat Islam la)..sbb klu kawin pun diorg x mampu bahagiakn pasgannya..lelaki klu nk kwin lebih mst ikut undang2 islam..kononnya blh kawin lebih dr satu..sedih bc cite ni..kdg2 wanita tkut nk kwin sbb benda ni..huhu...apepun nice story..ade moral di sini..
agk sdey cteni..hampir menangis..cuma ayat2 dlm cte cam skema sgt..kalo wat dlm bahasa yg lagi straight forward lg best.papepun cte ni bez!!keep it up!
lelaki mmg begitu..x pernah nk hargai pengorbanan isteri..xtahu hargai kasih sayang isteri..perempuan yg jadi org ketiga..sedarlah..andai kamu di tempat itu..kesakitan akan dibalas dengan kesakitan..TABAHLAH WAHAI WANITA..
sedih gak. harap2 diri x dpt lelaki mcm ni. atau jd mangsa lelaki mcm ni.... sedih giler.... lelaki mcm ni mmg x reti nk bersyukur. bengong pnye lelaki.
Se3dey....Dekat nak nangis dah. Lelaki memang selalu mcm ni kan...Dah jadi pun kat diri sendiri...Sakitnya hati tuhan je yang tahu. Sama mcm Tanpa Nama tu, cerita saya masih belum ada ending nya lagi.
sob3...jht la laki cmni..nmpak sgt suke ppuan lain sbb nafsu.bese kalo laki curang ni,akan slhkan bini dier x reti layan la,x pndai masak la.. ni dh dpt yg baik n sempurna pn msh lg nk 'makan' luar.
manusia mmg x pnh hargai sesuatu yg mereka miliki.malah mngejar sesuatu yg lain.tp bl yg mereka miliki itu pergi,baru mereka kesal..
ter'emosional' lak..huhu..gud job to writer.ksh ini mmg realiti zaman kini.ramai ppuan takut nk kawen sbb citer2 cmni la.bkn sbb ppuan2 kita tlalu jual mahal mcm yg dikatakan oleh sesetengah pihak tu..ehee..
sedih ceta ni...sy sendiri pun org ketiga..cuma bezanya kami bercinta jarak jauh...isteri pun kkdang bkan baik sgt, da jgk lelaki lain.. tp story ni mmg laki tu patut dipersalahkan... mmg patut diberi pengajaran...
wahai kaum adam..sesungguhnye ketahuilah kalian jika seorang wanita itu sudi menjadi suri dalam hidupmu, maka wanita itu telah pun menyerahkan seluruh hidupnya untuk kamu..hargailah pengorbanan mereka..jgnlah disia2kn pengorbanan mereka.!! buat kaum hawa..hormatilah hak orang lain.
wahai kaum adam..sesungguhnye ketahuilah kalian jika seorang wanita itu sudi menjadi suri dalam hidupmu, maka wanita itu telah pun menyerahkan seluruh hidupnya untuk kamu..hargailah pengorbanan mereka..jgnlah disia2kn pengorbanan mereka.!! buat kaum hawa..hormatilah hak orang lain.
wahai kaum adam..sesungguhnye ketahuilah kalian jika seorang wanita itu sudi menjadi suri dalam hidupmu, maka wanita itu telah pun menyerahkan seluruh hidupnya untuk kamu..hargailah pengorbanan mereka..jgnlah disia2kn pengorbanan mereka.!! buat kaum hawa..hormatilah hak orang lain.
hurmmm...sedey sgt cete nie.. pengorbanan seorg wanita utk isterinya.. tapi apa yg dia dpt? lelaki mmg kejam. xpatut buat mcm tu. inilah realiti yang berlaku now. sanggup melukakan hati isteri dan ank² demi wanita lain...arghh... kejam!!!
cerita ni sgt menarik..teruja saya membaca sampai habis..urm..memang kejamla lelaki tu buat isteri dia camtu! isteri abis2 sayang kat si suami..tapi si suami sanggup bpaling tadah suka kat pompuan lain..memangla pantang kalau jumpa laki yang kecewakan aty isterinya yang setia!..nak sekeh2 jerk!
cite ini mcm kisah idup saya.. cuma saya blm lg dtgglkan.. mengingatkan saya bgimane saya sering dtipu, dipukul.. sy memendam rasa.. perit rasanye.. demi anak2 sy kuatkan hati.. saya tau mcm mane rasa nye mengalami situasi begini.. jgn lah ada lg lelaki begini..
saat sy bc cita ni hdup sya dah mcm maria..cume bezanya kami belum kawen..sgalanya terbgkar semalam..sedihnye ya allah tuhan je yg thu..sy rs sy terpaksa wat pilihan tngal kan dia sebab dia pun dah terlanjur ngan pumpuan tu..takpe sy redha..smoga dia bhagia d atas kehancuran hati sy..kepada penulis..taniah..
maaf..sy bkn membntah komen anda..cube fikir sejenak.. tak ada siapa yg mahu bermadu atau di madukan.. jodoh di tgn Tuhan. lelaki dibenarkan berkahwin lebih dgn tujuan utk mmbntu, mengelakkn maksiat.. tp siape yg mmpu menghalang perasaan seorg wanita yg mencintai suami org.. diluah mati emak,di telan mati bapa..jika di pendam sendiri merana,jika diluah org lain terluka..kesilapan si suami di cerpen ini sudah terlnjur dan curang..
pengalaman sy... sy pernh mencintai suami org..kami saling mencintai.. tp sy ambil kptsn menarik dr krn baru tahu dia suami org.. isterinya sangup bermadu..namu tidak bg sy..isterinya cukup baik,tak mgkin sy bleh jd sbaiknya..jd say mnarik dr..hiduplah dia dgn isterinya bhgia hingga skrg..
sy? meneruskn khdup prti biasa..melakukn sesuatu yg boleh mmbggakan mak ayah,agama bangsa dan negara..pd ms yg sm berdoa supaya Allah temukan jodoh sy dgn lelki yg lebih baik...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Kejamnya lelaki tu sampai hati, sedih sungguh setelah pengorbanan isteri tidak dihargai