Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Lari, lari, lari, lari... Ugh! Trafik jam! Pon, pon! Haiyaku, haiyaku! Kecemasan, kecemasan! Sumimasen! Beri laluan, beri laluan! Tepi, tepi, tepi!" Yui berlari menongkah arus melalui susur gajah yang menghala ke stadium bola keranjang dan renang itu. Tergopah-gapah melepasi beberapa kumpulan pelajar yang nyata terkejut dengan gayanya yang macam lipas kudung. Kenapa semua orang buat halangan jalan raya ni? Aku dekat track lari lompat pagar ke?Arghhh!
"Kau lambat!" Sapaan seseorang memberhentikan langkahnya.
"Sangat-sangat lambat!" Wajah itu memasuki ruang pandang sebaik Yui berpaling ke belakang. Berjersey kuning hijau THUNDER, berpeluh lenjun dengan bola yang dicekak dipinggang, si dia serius.
"Daniel!" Yui melepaskan mengah. Segala aksi flying dan sliding mengelakkan halangan manusia sebentar tadi benar-benar membuat kilang peluhnya bekerja.
"Apa pasal teruk sangat kau ni? Baru balik daripada berkebun ke?" Tanya Daniel. Melangkah dari sandarnya pada dinding pintu masuk stadium bola keranjang itu, dia sudah menduga kedatangan Yui sejak awal lagi. Siapa yang tak dengar jeritan minah ni daripada jauh? Dengan slang Jepunnya, semua orang tahu kehadiran Yui Ito! Memang suka buat kecoh kawan aku yang seorang ni!
"Jangan tanya! You don’t wanna know. Err... Kau... Luq..." Yui memikir pertanyaan yang sesuai. Sunyi kedua-dua buah stadium itu mendatangkan kemusykilannya.
"Luqman dah lama balik hostel, tengah hari tadi lagi. Aku baru habis latihan." Belum sempat Yui menghabiskan soalannya, Daniel sudah menjawab. Tahu sangat dia, siapa lagi yang hendak dicari gadis itu melainkan rakan sebiliknya.
"Owh!" Kaku sebentar, wajah kecewanya tidak dapat disembunyikan. Patutlah! Baru aku tahu kenapa semua orang beredar daripada stadium ni. Daniel menggeleng, tersenyum sinis. Bermain-main dengan bolanya, dia melintas susur gajah itu menghala pada wakaf yang terletak berdepan dengan stadium tersebut.
"Kau kena buli dengan Taiko lagi?" Daniel sekadar meneka. Didatangi Malik ke kamarnya semalam, Kapten STORM itu bertanyakan Luqman hal cabutan balik kampung Yui. Kemudian mengucapkan kata selamat kembali ke arena sukan! Satu ayat yang tak dapat dilupakannya adalah; ‘Maaf sebab aku curi peminat nombor satu kau esok!’ Melihatkan keadaan Yui, dia dapat mengagak apa yang berlaku.
"Nampak sangat ke?" Muka yang comot cuba dibaiki. Makin terselerak lumpur kering dibuatnya. Sesuatu yang termasuk ke dalam mulut cuba di keluarkan. Apakah ini? Bukan cacingkan? Ya... Cacing! Yuks!
"Tak adalah sangat!" Daniel sarkastik, tersengih melihat gelagat Yui.. Obviously! Malik sahaja yag punya aura untuk buat orang disekeliling mengikut arahan gila tanpa banyak soal. Dia lahir untuk menjadi Taiko.
"So... Macam mana latihan kau hari ni?" Yui mengambil tempatnya. Sisa baki lumpur terusan disapu-kuis, cuba dinyahkan.
"Kau nak tahu latihan aku atau latihan Luqman?" Daniel menduga, mengangkat kening. Bola oren itu diputarkannya dihujung jari telunjuk kanan.
"Latihan kau, ringkas. Dan latihan Luqman, terperinci!" Sengih Yui tergelak kecil. Dia melabuh punggung pada kerusi kayu bertentangan Daniel. Pemuda itu tersengih, menggeleng lagi lalu membaling bola itu pada Yui, pantas.
"Hei! I will be in the basket ball team someday! Sabar O.K.!" Bola itu disambutnya cekap, lalu dilantunkan ke lantai.
"Yeah, right!... THUNDER ada perlawanan minggu depan jadi agak sibuk minggu ni. It’s really hectic! Banyak yang perlu dibaiki. Coach masih lagi pening-pening kepala sama ada nak masukkan aku antara lima pemain utama atau tidak. Kau tahu, aku masih tak dapat klik dengan budak-budak tu. Kau boleh agak kan, aku, aku... Susahlah masuk sekolah baru ni! Macam mana nak buat Yui?... Yui!" Dia cuba meluah apa yang terbuku di hati, meminta pandangan Yui yang memang macam tak ada masalah nak mengadaptasi diri dengan persekitaran. Sekejap! Kenapa aku nak minta pandangan dan ceritakan semuanya pada minah ni?!
"Ha? Owh! Baguslah kalau macam tu. Go Daniel!" Khayalannya terganggu. Terus bersorakkan Daniel si ahli THUNDER.
"Bagus? Kau tak dengar sebutir apapun yang aku cakap kan! Huh!" Daniel mengeluh pendek. Dan kenapa aku kisah sangat?! Otaknya serabut.
"What?! I’m being supportive here. Go Daniel!" Hehe! Sorry Daniel.
"Whatever!" Berapa banyak kali aku nak menggeleng?
"Emm... Kau tahu apa jadi dengan Luqman? Kenapa dia balik awal?" Yui kerut dahi, musykil amat. Bola bertukar tangan lagi, dipas kepada Daniel.
"Luke the Speeding Dolphin... He is not that fast at the moment. Dia gagal atasi masa penentu yang ditetapkan Coach Raju. Nampaknya Coach Raju tak semudah itu nak maafkan perangai dia dulu." Tutur lelaki itubersahaja. Siapa yang tak bengang? Sesuka hati dia je. Nak datang latihan, datang! Tak nak datang, tidur! Apa dia ingat sekolah ni bapak dia yang punya! Daniel membuat crossover, trick biasa basket.
"Sesuka hati dia saja nak buat macam tu dekat abang aku! Dah nasib baik Luqman nak berlatih semula! Coach Raju tak faham ke yang Luqman baru melepasi fasa yang teruk! Mak dia baru lepas meninggal. Tak boleh ke bagi sokongan? Berlembutlah sikit! Habis tu Luqman macam mana? Dia akan teruskan latihan bukan? Tak mungkin Coach Raju nak biarkan Luqman dengan perangai lama dia dulu. Dia tak boleh buat macam tu! Luqman tak punya banyak masa lagi! Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Swasta tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi. Daniel!..." Panik menyerang.
"STOP!" Daniel mara, tak sanggup nak dengar satu lagi perkataan daripada gadis itu. Mulut Yui ditonyoh dengan bola keranjang.
"Daniel!!!" Yui menepis sfera kesat tersebut. Melecet mulut aku!
"Apa yang kau cakap mula-mula tadi?" Mata Daniel masih lagi terjegil sejak mula Yui bersuara tadi.
"Apa yang aku cakap?" Dahi berkerut, memikir. I talk too much, didn’t I?
"Kau panggil Luqman ‘abang’..." Daniel menekankan nama panggilan itu.
"Errr... Takkk... Aku tak panggil Luqman abang." Wajah Yui dah berubah, bertambah kedut di dahi. Berpaling sejenak, dia menepuk mulut sendiri. Mulut tempayan!
"Aku tak pekak lagi. Aku dengar kau panggil dia ‘abang’! Dan boleh aku tahu kenapa yang kau kaget sangat ni? Risau sangat kau dengan Luqman!." Nada Daniel sudah lain macam. So I see. Kau betul-betul minat dekat mamat tu. Sampai panggil dia ‘abang’! Uwek!
"Memang patutpun aku kaget. Macam mana kalau Luqman batalkan niat dia untuk barlatih semula? Penat sahaja aku menang bet tu dulu." Yui serius. Daniel tak terkata apa. Sampai begitu sekali serius perasaan kau pada dia? Persoalan buat gadis itu dibiarkan menjadi tanda tanya. Hakikatnya, semua bagai sudah jelas. Aku cemburu? Tak mungkin! Cuma aku khuatir jika kau, Yui, akan terluka. Dan kenapa aku nak khuatir? Daniel tiada jawapan.
"Jangan risau, dia akan teruskan latihan. Aku dah warning Luqman awal-awal lagi. Kalau kali ini dia main-main dengan apa yang dia sendiri putuskan, aku tak teragak-agak nak lebamkan biji mata dia." Ujar Daniel juga serius.
"Dahsyatnya kau!" Yui agak kagum, tersengih.
"Tak sedahsyat kau! Aku tak pernah lagi jumpa peminat fanatik macam kau. Sampai panggil Luqman ‘abang’?" Daniel menyindir.
"Emmm..." Yui membuat muka, bertentang mata dengan Daniel semula. Lain macam saja bunyinya. Dia cuba menafsir apa yang telah diterjemah Daniel. O.K... Aku dah faham! Dia tersenyum nakal.
"Kau cemburu ya?" Yui mengenyit mata. Terus membuat Daniel mengambil dua langkah ke belakang.
"Perasan!" Pipi memerah. Yui dah bantai gelak.
"Kalau aku panggil dia "abang" pun, apa salahnya? Memang dia lebih tua daripada aku. Macam aku dengan kau! Boleh je kalau aku nak panggil kau abang. Betul tak, abang Danielllll?" Yui melembutkan suara, tersenyum ayu, menampakkan barisan gigi, mengedip-ngedipkan mata dan meliuk tubuh pelik, keras. Cuma kurang rambut panjang ikal mayang sahaja yang boleh dipintal-pintal dengan jari. Tak seksi langsung! Rahang Daniel jatuh, juga mengedip-ngedipkan mata, memandang Yui dengan perasaan ‘unbelievable’. Macam-macamlah minah ni! Dia spesis mana sebenarnya?
"Please stop it! Pelik aku dengar dan sakit mata aku tengok. Aku balik hostel dulu!" Mengutip bola yang jatuh dek ditepis Yui sebentar tadi, Daniel melangkah mahu meninggalkan situ.
"No, no, no, no! Matte! Tunggu! STOP! Kau tak habis lagi cerita pasal Luqman. Tak akan itu saja. Apa sebenarnya yang Coach Raju nak supaya Luqman boleh berlatih semula dibawah pasukan renang?" Tangan Yui pantas mencuri bola tersebut. Tebusan supaya Daniel membatalkan niatnya. Lelaki itu menarik nafas panjang, menghembus keluhan terpaksa. Yui membalas riak wajah tertekan Daniel dengan senyuman.
"Luqman tak akan jalani latihan intensif selagi dia tak dapat penuhi syarat Coach Raju. Coach Raju nak Luqman lepasi catatan masa 25.00 saat untuk 50 meter sebelum hari Jumaat ni kalau dia nak dipertimbangkan semula ke dalam pasukan renang Mahkota. Dia cuba untuk beberapa kali tapi masih ketinggalan berbanding ahli-ahli lain. Lepas itu dia kena halau dengan Coach Raju. Pasal itu dia balik awal!" Daniel mengalah, menjelaskan apa yang berlaku pagi tadi. Luqman bagai terpukul. Realitinya tidak semudah petikan jari untuk dia membuat comeback!
"25 saat? Itu Mustahil! Rekod itu setengah saat kurang daripada rekod dia dulu. Shin punya rekodpun hanya 25.96. Untuk dapatkan solid 25 dalam masa terdekat ni, Luqman kena kerja lebih keras berbanding setahun lepas. Coach Raju biar betul!" Bunyinya seperti pengkritik sukan ternama. Daniel mencerun melihat gadis didepannya. Jelas, Yui benar-benar tahu akan apa yang diperkatakannya.
"Siapa pula Shin?" Daniel ingin tahu.
"Shin?... Oops!" Yui menepuk lagi mulutnya. Semualah aku nak bagitahukan!
"Err.. Shin abang aku. Dia perenang juga." Yui ragu-ragu.
"Ooo... Yang itu! Aku tahu, kau ada cerita dulu." Ujar Daniel.
"Aku ada cerita pada kau? Bila? Ada ke?" Musykil. Kepala yang tidak gatal digaru. Aku memang banyak mulutlah!
"Apa yang ada dalam kepala kau Yui? Pelupa betul! Habis tu kau ada apa-apa cadangan berkenaan dengan hal Luqman. Sepertinya kau arif sangat dengan sukan renang ni." Tanya Daniel ingin menduga.
"Mestilah! Aku mengikut Papa coaching sejak daripada kecil lagi! Siapa yang tak kenal dengan Omarū-sama, coach renang paling bagus dekat Tokyo International School." Menitik noktah, mata Yui terbelalak mendengar apa yang dicakapkannya. Serentak dia memandang Daniel, menanti reaksi lelaki itu. Dalam hati doa dipanjat mohon rakannya itu tidak perasan akan kesamaan nama Papa dengan nama bapa Luqman. Sejurus diterima masuk ke Mahkota tempoh hari, seboleh-boleh dia mengelak menggunakan nama Melayunya. Dia hanya mahu di kenali sebagai Yui Ito. Bukan Yuhanis Omar.
"Jadi ayah kau Coach renang! Patutlah!" Daniel tertarik. Now it all make sense. No wonder dia boleh minat sangat dengan Luqman. Tapi pelik sangat nama ayah dia, Omarusama. Nama orang sana kot. Maknanya bapa dialah yang Jepun. Daniel mengalih perhatian semula pada Yui yang bermemek muka semacam, berpeluh dingin daripada gayanya.
"Kenapa kau Yui?" Tanya Daniel, tidak mengerti akan ekspresi gadis itu.
"Err... Tak ada apa-apa. Jumaat... Jumaat... lima hari lagi! Eh! Kita mula cuti lepas tu kan? Yes! Aku balik kampung dengan Luqman! Tapi dia kenalah lepaskan dulu syarat Coach Raju tu. Barulah boleh balik kampung. Kita kena buat sesuatu untuk Luqman ni!" Lekas-lekas dia menukar topik. Selagi tidak ditanya soal Papa kepadanya itu sudah cukup bagus! Sekarang soal Luqman yang lebih penting.
"Huh! Apa yang seronok sangat nak balik kampung dengan si Luqman tu?" Daniel berbisik, jelak.
"Apa kau cakap Daniel?" Tanya Yui yang sudah kembali ceria.
"Kau nak buat apa? Setakat ini, aku tahu Luqman nekad nak berenang semula. Aku yakin dia boleh bangkit kembali. Cuma masalahnya sekarang stamina mamat tu merosot lebih banyak berbanding yang dia sendiri andaikan." Daniel menyatakan pandangannya. Tercuri dengar kata janji Luqman pada gambar arwah Auntie Latifah malam tadi, dia positif akan perubahan sikap rakannya itu.
"Luqman O.K. ke dengan semua ini?" Yui risau.
"Ya, mungkin dia kecewa. Tapi sekurang-kurang dia agak serius kali ini. I hope! Kita tengok sajalah apa yang dia nak buat nanti." Daniel pasrah.
"Ha! Aku tahu. Apa yang diperlukan Luqman sekarang ini adalah pasukan sorak. Aku akan kumpulkan semua budak Mahkota supaya bagi sokongan pada dia. Aku jadi ketua kau jadi penolong. O.K. tak?" Senyum Yui, bersemangat seperti biasa.
"Pasukan sorak?" Daniel terbayang diri sendiri. Memakai skirt pendek, baju ketat dengan rambut kontot bertocang pokok kelapa dan muka putih tepung gomak bertepek make-up! Bersama-sama Yui dia memegang pom pom hijau kuning bersorak pada Luqman yang kelemasan di dalam kolam, tersedak air dek melihatkan persembahan mereka. Eeee... Meremangi bulu roma aku!
"Baik jangan!" Katanya serta merta, mematikan riak ceria Yui yang .juga sudah melayang jauh. Memanaskan tubuh, Luqman bergaya di podium perenang. Tersenyum pada dirinya yang bersemangat memberi sokongan, Luqman menggangguk yakin padanya. Terjun ke dalam kolam itu, aksi hebat yang lama tidak dipamerkan dahulu terserlah kembali. Luqman berjaya! Dia berjaya! Kemudian datang Daniel berkerut muka tak puas di depannya.
"Kenapa pula?" Yui tak puas hati.
"Daripada elok-elok dia boleh tumpukan perhatian, terus dia keluar daripada kolam tu dan blah!" Rasional Daniel. Deringan telefon kedengaran daripada kocek seluarnya.
"Ahhh... Tak de, takde. Aku nak buat juga!" Kata-kata Yui mati sejurus melihat kerut wajah Daniel yang berubah apabila membaca penama yang menghubunginya.
"Hello. Waalaikumsalam... Daniel tak tahu lagilah Auntie. Tengoklah macam mana nanti. Saya tak janji. O.K. Bye!" Ringkas bicara Daniel, mematikan talian.
"Siapa tu?" Tanya Yui, mengambil berat. Riak Daniel menimbulkan tanda tanya.
"Bukan sesiapa yang penting. Apa yang kau cakap tadi?" Daniel mengubah tajuk, mengerut dahi pada Yui. Fokusnya yang lari cuba dikutip semula.
"Aku nak pergi ko-op. Nak beli tali rafia untuk buat pom-pom. Nanti aku bagi satu pada kau ya!" Sengih Yui.
"No, thank you! Kau nak pom-pom, kau pinjam sajalah pada STAR. Raihan dengan kawan-kawan dia kan gimnas merangkap pasukan sorak Mahkota." Semakin pusing Daniel dengan perangai Yui. Tidak semena-mena gadis itu memetik jari di depan mukanya.
"Genius! Pandailah kau ni. Tapi the more the merrier kan." Dia mengenyit mata pula.
"O.K. lah aku pergi dulu. Terima kasih Daniel! Aku suka bercakap dengan kau. Banyak idea aku dapat!" Puji Yui lantas tangannya pantas memegang lengan Daniel.
"Jangan pe..." Tak sempat Yui dimarahi mulutnya sudah disondol dengan bola keranjang. Menggeleng-geleng gadis itu menatapnya. Nakal saja memek mukanya.
"Ish! Ish! Ish! Kau nak tahu pasal apa yang kau masih tak boleh klik dengan budak-budak THUNDER? Pasal kau tak nak terima orang lain dalam hidup kau. Mungkin kau boleh mulakan langkah pertama dengan memperkenalkan diri macam ni..." Lantas tangan Daniel dicapainya, bersalaman.
"Hai saya Daniel. Budak baru dekat sini. Harap tunjuk ajar daripada korang. Lepas tu senyummmm!" Yui mengubah suaranya, garau. Tangan dilepaskan.
"Ada faham? Janganlah serius sangat... Nah!" Bola ditolak ke dada si tinggi lampai.
"Aku chow dulu! Cakap dengan Luqman, ganbatte kudasai! Aku jumpa kau esok lepas sekolah dekat stadium renang O.K. Dapat tengok Luqman berenang sekejap pun jadilah! Bye, Daniel!" Senyum Yui, tulus. Kaki mula melangkah.
"Oh ya! Lupa pula... Jangan risau, aku yakin kau mesti terpilih untuk lima pemain utaman tu. Go Daniel! Assalamualaikum." Yui melayang penumbuknya ke atas menutur kata semangat buat lelaki itu. Berpaling, dia berlari pergi, meninggalkan Daniel termangu.
"Waalaikumsalam!" Tidak tahu hendak membuat memek muka gaya apa lagi. Telapak tangan yang disalami Yui tadi direnungnya, kemudian tergelak kecil. Kau dengar rupanya apa yang aku cakap tadi. Yui! Yui! Kepala menggeleng buat kesekian kali namun raut wajah berubah serius. Tidak semudah itu aku boleh terima kehadiran orang lain sedang selama aku hidup, yang aku alami hanya penolakan. Rejection!... Tapi kes kau ni lain sikit! Haha! Daniel tersengih kembali. Memutar bola di hujung jari di meninggalkan situ, disulami panggilan azan sebagai latarnya. Ya Allah beri petunjukMu padaku.
Salam buat semua pembaca SMT MAHKOTA, novel ini dalam penilaian dan insyaAllah akan diterbitkan. Bila? Masih tak dapat dipastikan. Yang pasti dengan sedihnya saya mengumumkan di sini yang posting novel ini di p2u sampai disini sahaja. Segala komen dan sokongan anda2 semua amat saya hargai. Dan mohon didoakan ya projek menerbitkan novel sulung saya ini berjalan lancar. Ianya adalah hadiah saya buat kalian semua yang tak jemu-jemu menjalan tulang belakang saya di dalam arena ini. Nantikan terbitannya nanti ya. Jikalau ada sebarang pendapat atau apa-apa sahaja komentar yang hendak diketengahkan silakan, amat saya alu-alukan. Moga ia dapat menjadi panduan buat saya membaiki gaya penulisan saya...
best+mashuik+mari+mantap+cool i lovin' it can wait 4 ur book
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
YESS..I FISRT...YAHOOO...BEST SGT CITE NI...TAHNIAH PENULIS... TERSENGIH2 SAYE BACE..HEHE...
CAYO2...SMILE...
-GURLZ_SINTOK HIGH SCHOOL-