Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PUTRISYA menyarung cermin mata hitamnya. Terasa sudah lama dia menunggu. Dia perlu menyedarkan sahabatnya tentang keadaan itu. Dia tahu kawannya yang seorang ini boleh tahan berlama di situ jika tiada orang yang mengingatkannya. Lupa pada hujan dan panas yang menimpa.
"Sha, dah hampir dua jam lebih kita kat sini. Marilah kita balik."
Aisha menoleh ke sisinya dengan pandangan sayu.
"Maafkan aku, Putri.. sebab biarkan kau tunggu lama." Dia bersuara lemah.
Aisha hanya mendiamkan diri. Tetapi dia menutup surah Yasin yang sudah berulang kali dibacanya sejak tadi. Memerhatikan sejenak tanah di hadapannya. Kemudian menadah tangan memanjatkan doa buat sekian kalinya untuk seseorang yang kekal di ingatan.
MASING-masing melayan fikiran. Tidak kuasa untuk mengganggu ketenangan teman di sebelah. Hanya kedengaran suara dari corong radio kereta milik Putrisya.
Penat melayan fikiran, Aisha menoleh di sebelahnya. Hairan dengan sikap temannya yang agak pendiam dari hari-hari biasa. Jika selalu pantang saja dirinya berdiam, pasti temannya itu berusaha mengajaknya bercerita.
Putrisya memang sudah menjadi sahabatnya semenjak dari alam persekolahan. Putrisya bernasib baik kerana hidup dalam suasana keluarga yang serba sempurna. Sedangkan Aisha hanya dibesarkan oleh ibunya sahaja.
Bagaimana pun bila timbul soal percintaan, nasib lebih menyebelahi Aisha. Dari mula perkenalan sehingga kekal menjadi kekasih, bagi Aisha dan pasangan, itulah satu-satunya tiada pengganti. Manakala Putrisya sudah berapa kali gagal dalam percintaan. Yang terakhir ini, dia gagal dua kali setelah bercinta dengan orang yang sama.
Dari sudut tepi, Aisha memerhati wajah Putrisya. Gadis itu mempunyai wajah putih bersih dan berdagu lekuk. Sangat ayu bila bertudung. Dia juga gadis yang lembut. Aisha hairan bagaimana gadis selembut Putrisya boleh dikecewakan oleh teman-teman lelakinya.
Kadang-kadang timbul iri di hati Aisha terhadap ketenangan temannya apabila menghadapi tiap kegagalan. Putrisya tidak pernah menggelabah walaupun kegagalan yang beberapa kali.
Tiba-tiba Aisha sebak bila mengenangkan dirinya sendiri. Mengapa dia tidak boleh seperti Putrisya? Kenapa dia tidak dapat menerima kehancuran hidupnya, walaupun ini kali pertama terjadi? Satu keluhan diluahkan tanpa sedar.
"Tak baik mengeluh macam tu Sha."
Kedengaran suara lembut Putrisya. Tidak sangka dirinya sedang diperhatikan.
Aisha menoleh, tetapi Putrisya tekun menumpukan perhatiannya pada jalanraya di hadapan.
"Aku masih belum dapat jadi macam kau, Putri. Sentiasa tenang menghadapi masaalah." Luah Aisha.
Tercuit juga hati Putrisya mendengarnya. Dia cukup faham perasaan Aisha.
"Masaalah kita berbeza Sha. Aku faham kalau kau belum dapat terima ini semua. Cuma satu saja aku nak tanya. Sampai bila baru kau nak tamatkan penyiksaan kau terhadap diri sendiri? Kalau dia masih hidup... dia tentu tak suka lihat keadaan kau macam ni."
Aisha mengeluh lagi. Matanya tiba-tiba terasa hangat.
"Aku dah tak nak pandang masa depan lagi Putri. Aku rasa semangatku dah dibawa bersamanya. Dan dia bagai menuntut janji supaya aku sehidup semati dengannya…"
"Astaghafirullahalazim..! Mengucap Sha. Tak baik kata macam tu. Di luar kuasa kita menentukan nasib diri sendiri."
Aisha menutup mata menyesali kata-kata yang terluah tadi. Dia faham benar Putrisya tidak suka jika dia bersikap lemah begitu. Selama ini hanya Putrisya seorang sahaja sahabatnya yang setia dan tidak jemu-jemu memberinya semangat. Sehinggalah dia kembali menjadi Aisha yang sekarang ini.
* * *
"SYA!!" Terdengar jeritan ibu di luar bilik.
"Ya bu...!" Segera Putrisya berlari membuka pintu.
"Cuba lihat siapa yang datang ni?" Kata ibu sebaik sahaja pintu terbuka.
"Aisha!!" Terjerit Putrisya bila melihat kawannya berdiri di belakang ibu.
"Kenapa kau datang ni?" Tanyanya lagi.
"Kau tak suka aku datang ke Putri?" Tanya Aisha dengan nada sedih.
"Tak lah... tapi beritahulah nak datang. Jadi aku boleh ambil kau." Terang Putrisya menghapuskan salah faham sahabatnya.
"Walaupun aku macam ni tapi aku masih ingat jalan nak tuju rumah kau." Aisha tersenyum.
"Aisha, bahaya di mana-mana kalau kau berseorangan. Kau tu tak berapa sihat."
Aisha mengeluh.
"Kau sendiri tak mahu aku jadi lemah. Tapi dalam masa yang sama... kau pun tak percaya keupayaan aku."
Putrisya menarik sahabatnya ke dalam pelukan.
"Maafkan aku, Sha. Aku tak bermaksud begitu."
Aisha membalas dakapan itu dan menepuk belakang Putrisya.
"Aku tahu Putri. Kau memang sahabat yang prihatin."
"Sya..."
Suara ibu tiba-tiba menyedarkan mereka. Lupa di antara mereka masih ada seseorang di situ. Serentak mereka menyahut dan menoleh. Kemudian serentak pula mereka tertawa.
"Tu lah kalau dah sama nama. Bila panggil dua-dua menyahut." Kata ibu tersenyum.
"Sebab tu Sha suka panggil dia, Putri.. cik." Balas Aisha.
"Dari kecil kami panggil Putri juga. Dah besar-besar ni dia tak mahu pula."
"Aisha saja yang ungkal bu. Masih nak panggil Sya dengan panggilan Putri." Adu Putrisya pada ibu.
"Eh! Dah nama kau tu Putri, nak buat macammana? Lagipun aku memang suka nama Putri tu."
Putrisya hanya menunduk. Ada sesuatu yang sahabatnya tidak tahu kenapa dia tidak suka dengan panggilan itu.
"Dah lah tu... mak cik ada kerja ya Sha. Kalian berbuallah dulu." Kata ibu di hujung tawanya.
Setelah ibunya berlalu, Putrisya menarik tangan Aisha masuk ke biliknya.
"Kita berbual di dalam lah ya."
Aisha hanya mengangguk dan menurut.
Rupanya Putrisya sedang menghadap komputernya. Terdapat banyak fail-fail dan kertas-kertas yang berserekan di atas meja.
Aisha tersenyum dan menggelengkan kepala. Sejak dahulu Putrisya tidak berubah. Minatnya pada sastera masih ketara. Tidak hairanlah sikap dan kata-katanya begitu lembut.
Aisha duduk di sisi meja dan mencapai sebuah fail yang memang sudah sedia terbuka. Matanya menjeling sekilas ke arah temannya kalau-kalau ada bantahan. Tetapi Putrisya sibuk mengumpulkan kertas-kertas yang berserakan.
"Hem... cerita baru nampaknya." Kata Aisha setelah lebih dahulu membaca serba ringkas tulisan tangan Putrisya. Kertas-kertas yang terkumpul dalam fail tadi diselak satu persatu. Semuanya bertulis tangan dengan gaya tulisan yang tidak menentu.
Putrisya menoleh. Memandang fail yang berada di tangan sahabatnya. Kemudian baru mengiakan bila sudah mengetahui maksud pertanyaan Aisha.
"Baru rangkanya saja Sha. Tajuknya pun belum ada." Katanya sambil menyambung mengemas. Malu pada tetamu dengan keadaan mejanya.
"Kau boleh kasi idea untuk tajuknya tak?" Tiba-tiba Putrisya bertanya.
Aisha mengambil masa yang lama untuk menjawap. Rupanya dia sedang tekun membaca salah satu perenggan cerita itu.
"Berapa lama kau nak ambil masa untuk siapkan cerita kau ni Putri?"
Putrisya duduk di hadapan Aisha. Tergelak kecil dia bila mendengar pertanyaan itu.
"Aku belum sempat taip apa-apa pun kat folder. Semuanya baru perangkaan. Tapi... kenapa kau tanya?"
"Ceritanya menarik. Ada misteri sikit. Aku takut tak sempat nak membacanya sampai habis."
Putrisya ingin mencapai tetikus yang berada di tepi komputer, untuk sign out hotmail massengernya, terhenti pergerakannya bila mendengar kata-kata Aisha. Dia memandang Aisha dengan wajah serius.
"Kalau belum habis membaca, susahlah aku nak tolong carikan tajuk yang sesuai." Dalihnya.
Putrisya tidak menyangkal. Tiba-tiba dia rasa sedih. Sia-sialah semangat yang diberi selama ini, jika Aisha tetap bagaikan orang yang berputus asa. Untuk menghilangkan rasa sedih, Putrisya berdiri sambil bersuara lemah.
"Aku ke dapur dulu ambilkan air untuk kau ya." Dia terus berlalu dari situ.
Setelah Putrisya menghilang, Aisha termenung memikirkan kata-katanya sendiri. Dia tahu Putrisya paling tidak suka dengan kata-kata begitu. Tetapi Aisha sendiri tidak tahu mengapa dia tidak dapat memesongkan fikirannya dari memikirkan hal yang sama.
Sambil melepaskan keluhan yang berat, mata Aisha mengawasi skrin komputer. Rupanya Putrisya sedang menyemak e-mel.
Mata Aisha meneliti barisan nama-nama yang terpapar . Tiba-tiba matanya terhenti pada satu nama. Nama yang sentiasa terukir di bibir Putrisya sedikit masa dahulu. Nama yang sering diagung-agungkan keperibadiannya. Nama itu jugalah yang membuat sahabatnya gagal dua kali dalam bercinta.
Putrisya memang gadis misteri. Apa sahaja yang bersangkutan dengan peribadinya adalah rahsia. Biarpun pada sahabatnya sendiri, Putrisya tidak mudah meluahkan kelukaan yang dialami. Sehingga kini siapa dan bagaimana rupa orang yang dipuja Putrisya, masih belum Aisha kenali.
Digoda rasa ingin tahu, Aisha berkira-kira untuk membuka e-mel dari pemuda itu. E-mel bertarikh dua minggu lepas. Apakah Putrisya sudah berbaik dengan pemuda itu lagi? ‘Putri.. Putri, perhubungan kalian juga pelik dan misteri.’ Itulah bisik hati Aisha.
Sebaik sahaja e-mel itu dibuka, terpapar beberapa barisan ayat yang mampu membuat Aisha tersenyum. Apa yang menjadi persoalan, jawapannya sudah ada di hadapan mata. Kerana jawapan itu harus segera diketahui, Aishah tidak berlengah membuka attachment itu.
Wajah seorang anak muda yang tampan. Bujur sireh, berkulit cerah, berhidung mancung, berbibir nipis dan beralis lebat hampir bercantum. Mata yang seakan sedang merenung... Mata itu... Ya Allah..!
Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :
Malindo Publications Sdn Bhd No 88, Batu 5 Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Tel : 03-4024 7159 Faks : 03-4024 8159 Emel : malindopublications@yahoo.com malindopublications@hotmail.com www.malindopublications.com
tahniah2.. citer yg bgus.. penulisan yang baik.. saya suke cara putri lily.. congrates!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
suspennyer..x sbr nk tnggu sambungan...