Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mana?" aku menyoal kembali untuk mendapatkan kepastian.
"Cafelah. Mana lagi cheq nak ajak hang pi. Hang puasa ka? Tak nak makan...? atau hang tak lapaq, noh?" Tanpa banyak bicara, aku mengekorinya. Kalau tak macam-macam si Ghani ni akan tanya. Kadang-kadang tu menyakitkan hati pun ada. Tapi, aku tak pernah marah atau tersinggung. Kerana aku tahu Ghani hanya sekadar bergurau. Bukan itu sahaja, Ghani ni seorang yang bertimbang rasa dan suka mengambil berat terhadap sahabat disekelilingnya. Walaupun kami baru 3 tahun kenal, namun kami saling faham-memahami antara satu sama lain. Biasanya, selepas makan aku akan lepak, berborak-borak dan bergurau-senda dengan member-memberku di cafe; tetapi hari ini aku beredar sejurus nasi di pinggan aku lahap sehabis-habisnya. Aku tak tahu apa yang menganggu aku sampai aku mula lupa diri dan kawan-kawanku. Sebelum ni aku elok je... Cuma sejak 2-3 bulan lepas semacam perasaan mula wujud menusuk-nusuk dada bidangku. Sekembalinya aku ke bilik, fikiranku melayang semula sehinggakan kehadiran Mat tidak aku sedari. Aku ditenunginya. Lama juga. Cuitannya akhirnya membuat aku tersedar. Aku segera menghadiahkan senyuman buat Mat. Ikhlas....!
"Sham, tanya sikit boleh? Jangan marah ya." Begitulah kawan baik aku memulakan bicara tak romatisnya. Dia memang selalunya banyak pertanyaan; yang pelik-pelik pula tu. Biasanya aku kurang faham dengan persoalannya sehingga menyebabkan aku terpaksa bertanya kembali. Dah banyak kali juga aku nasihatkan dia supaya jangan tanya benda yang bukan-bukan. Tapi jawapannya membuat aku tertunduk. Mudah saja madahnya, " malu bertanya sesat jalan". Padahal tak ada kena-mengena ungkapan tersebut dengan apa yang aku kata. Kawan aku pun macam aku juga. Otak tak betul. Kenalah sekali-sekala aku mengaku juga perkara yang sebenarnya.
"What’s up? Bila masa pula aku pernah marah kat kau. Come on. You are my best friend. Kau boleh soal aku, marah aku… because you have the rights. Tapi janganlah sampai kau belasah aku pula. Tak tahan badan beb," aku menjelaskan kepadanya. Mat kawan baikku sejak form 5. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Sampai ke situ pula kau ni. Aku just nak tanya kau, kenapa dengan kau?"
"Kenapa apa pula?" tanyaku balik. Pelik dengan soalan Mat. Cara pandangan matanya juga berbeza dari sebelum ni. Pelik! Pelik! Macam ada yang tak kena je. Aku ada buat salah ke? Setahu aku taklah pula.
"Kau ada problem ke? Sejak kebelakangan ni aku tengok kau suka sangat duduk bersendirian. Kau tak pernah macam ni. Demi Allah... aku risau tengok kau. Yalah, takut kawan aku ni kena sampuk orang bunian pula... Aku tak kisah kalau kau nak share problem kau dengan aku. Yalah kan... kalau ada mana-mana yang boleh aku bantu, Insya-Allah akan aku tolong. Kau tu aku kenal bukan sehari dua. Dah lama juga," luah Mat semata-mata untuk meyakinkan aku bahawa dia sentiasa bersedia membantu aku sekiranya aku memerlukannya.
Ingatkan apa benda. Rupanya nak tanya masalah aku. "Terima kasih Mat. Kaulah sahabat aku hingga akhirat. Aku sebenarnya tak apa-apa. Maaf sebab kelakuanku menyebabkan kau risau. Mungkin rindu kat umi," bohongku. Sebenarnya, aku sendiri pun tidak pasti apa puncanya aku jadi begini. Kesianlah pula sahabatku yang seorang ni, buat dia risau tak tentu pasal aja. Yalah, perubahan aku ni pun ketara sangat. Dah cuba sorok tapi tak dapat. Macam tulah orang sakit jiwa. Tak senang duduk. Punggung macam ada bisul aja.
"Kalau dah rindu kenapa tak call je," ternyata Mat kurang yakin dengan penjelasan yang aku berikan sebentar tadi. Nampak sangatlah tu aku menipu. Tipu sunat. Kadang-kadang apa salahnya. Bukannya aku berniat jahat.
"Tak kan kau lupa kot. Telefon rumah aku kan rosak. Macam mana nak call?" alasan yang cukup munasabah. Terpaksa aku gunakan untuk selamatkan diri daripada tembakkan pertanyaan bertubi-tubi oleh Mat. Tak mampu aku nak jawab. Dia tu pandai korek rahsia. Sama je perangai macam umi aku.
"Kau kan ada handset. Kenapa mak kau tak call kau...?
"Sebenarnya aku yang pesan kat umi dulu, jangan call aku."
"Ahhh... Kenapa pula?" kembali bertanya kepadaku.
"Busy punya pasal."
"Busy? Kau ni macam-macamlah." Aku tersengeh meleret sebelum meneruskan kata-kataku.
"Ya. Biasanya aku just buat macam two second call. Then, umi akan call aku balik. Sebabnya, dapatlah aku jimatkan sikit credit dalam phone aku. So, sekarang ni macam mana umi nak tahu yang aku free ke tak?" panjang lebar aku memberi penerangan. Entah betul entah tidak apa yang aku terangkan.
"Kau tak de alternatif lain ke Sham? Mana tau kau boleh hubungi jiran terdekat ke? Atau tak pun may be boleh call office mak kau."
"Tak nak susahkan orang lainlah, Mat. Tak baik. Lagipun jiran aku tu busy memanjang. Maklumlah usahawan yang baru nak menempah nama. Takkan aku nak sibukkan lagi mereka tu. Berkenaan ngan office umi... Lagilah dua kali lima. Busy gak. Kalau tak mesti aku dah call." Fuh! Dapat juga alasan.
"Emmm.... Hah! Aku ada idea. Why not kau tulis surat je. Warkah buat bonda tersayang. Sekali sekala mesti seronok umi kau terima surat kan...," Mat memberi cadangan yang bernas juga aku kira. Boleh pakai juga idea budak ni... Otak dia taklah lembab mana. Apa punya kawanlah aku ni. Sanggup mengata dia. Daripada layan si Mat ni, ada baiknya kalau aku memulakan mengarang surat.
"Good idea my friend. Biar aku duk tulis surat dulu. Nanti kita sembang."
Zamarul Hisham, USM.
Kehadapan bonda yang dirindui, dikasihi dan disanjung tinggi; apa khabar bonda di sana? Semoga bonda sihat sejahtera. Alhamdullilah, anakanda disini sihat walafiat tanpa sebarang cacat celanya. Terlebih dahulu anakanda ingin memohon keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana tidak pernah pulang kepangkuan bonda semenjak tiga tahun pengajian anakanda di sini.
Bonda kan sudah sedia maklum bahawa anakanda terpaksa bekerja sepanjang cuti semester. Ini bukanlah kerana anakanda kekurangan wang tetapi sebaliknya anakanda ingin membeli bahan rujukkan tambahan. Bonda tidak perlu risau kerana segala-galanya disini terancang dengan rapi. Bonda juga janganlah susahkan diri untuk mencari wang buat bekalan anakanda. Izinkanlah anakanda berdikari sedikit. Dah besar panjang pun. Tak kan masih nak mengharapkan bonda seorang. Lagipun bonda juga yang mengajar anakanda untuk tidak mengharapkan bantuan kewangan daripada sesiapa pun termasuk saudara terdekat. Jangan marah ya bonda. Anakanda tahu bonda mesti gembira mendengar anakanda masih berpegang kepada janji. Lagipun kerja anakanda disini taklah berat sangat. Hanya bertugas sebagai pembantu makmal komputer. Sekurang-kurangnya kelapangan anakanda terisi dengan kerja-kerja yang berfaedah.
Bonda, para pensyarah anakanda juga baik-baik belaka. Mereka sering membimbing anakanda ke jalan yang benar, yang diberkati Allah. Jadi, bonda usahlah khuatir dan doakanlah kejayaan anakanda agar anakanda berjaya menjadi seorang Doktor lepas tamat pengajian nanti. Ini bukan sahaja cita-cita anakanda tetapi juga impian ayahanda. Tak sanggup anakanda memusnahkan impian ayahanda. Doa-doakanlah ya bonda. Dan bonda jangan lupa pula janji bonda pada anakanda ni. Ingat lagi kan bonda? Bonda janji untuk menunaikan umrah bersama dengan anakanda. Jadi nantikanlah kedatangan anakanda ya.
Bonda, anakanda rindu teramat sangat pada bonda. Macam mana agaknya bonda sekarang ya? Mesti bertambah anggun. Bonda memang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Bonda tetap yang teristimewa. Jagalah diri bonda baik-baik. Kesihatan bonda lebih penting buat anakanda. Anakanda sentiasa ingin melihat bonda tersenyum manis. Bukan itu sahaja, malahan anakanda ingin berkongsi saat kegembiraan anakanda bersama bonda kerana hanya bonda seorang sahajalah tempat untuk anakanda bermesra. Tiada pertalian lain. Sebab itulah anakanda katakan yang bonda tetap merupakan insan yang teristimewa buat anakanda.
Baiklah bonda, sampai sini sahajalah yang dapat anakanda coretkan buat tatapan bonda. Sehingga berjumpa lagi secepat mungkin. Bonda, sekiranya talian telah pulih seperti sedia kala jangan lupa untuk maklumkan pada anakanda. Sayang bonda. Wassalam.
p/s: Umi, tolong jaga diri umi untuk Sham ya. Makan ikut waktu. Jangan ponteng pula. Umi, ambil makanan yang berkhasiat. Umi mesti kena jadi wanita paling anggun ok. Janji ya umi... Love you umi!!! Miss you umi!!! Ummaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh.... Rindu umi....
yg korang kat atas ni pun ngok sangat apesaL??? ni ovel la sengal, bkn cerpen... mestila akan ader smbgn yg penulis 2 akn wat.. korg ni baru 1st tym nak membaca ker apa???? ish3....
hehehehehe... sabo2 jgn ngamuk.... yg ni kan novel.. ikut suke mereka lah nk stop kat mne. kot2 ler idea dia kuar smpai takat itu saja. rasa mcm nk bace yg xdak smbung2 tuh, boley aje bace yang cerpen... tp x tahu lah pulak klo cerpen pun ada yg nk buat smbung kan... :p
Penulisan Novel memang macam ni...biasalah....bergantung pada isi & jalan ceritanya....cuma kalau novel lagi banyak dialog lagi best...walau macam manapun..teruskan berkarya..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
x phm ak..cte ape gni kalo nk tulis surat je..