Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Adik, jangan lari! Tunggu!" Seorang remaja lelaki mengejar seorang kanak-kanak perempuan di halaman sebuah rumah yang indah tersergam. Namun, panggilan remaja tersebut tak diendahkan. Larian diteruskan tanpa ragu-ragu.
"Adik! Pulangkan buku tu!" Sekali lagi kedengaran laungan remaja lelaki tersebut. Kanak-kanak perempuan itu pula sudah tiba betul-betul di hadapan sebuah kolam renang. Langkahnya dipercepatkan tetapi, entah di mana silapnya, dia tergelincir. Kepalanya terhantuk kuat di tangga besi kolam renang tersebut lalu, dirinya terjatuh ke dalam air yang bagaikan memanggil-manggil dirinya. Darah di kepala mengalir laju, pedih, sakit yang teramat sangat semakin terasa. Sayup-sayup kedengaran suara memanggilnya. Pandangan matanya semakin kabur. Muka remaja lelaki tadi yang kini tiba di tepi kolam tak jelas di pandangan mata. Matanya seolah-olah berat untuk dibuka. Dirinya bagaikan ditarik di dasar kolam.
Cepat-cepat mataku buka. Peluh memercik di seluruh tubuhku. Kepalaku masih berat terasa. Mimpikah aku? Rumah yang berada dalam mimpi itu merupakan rumah aku. Siapakah kanak-kanak yang lemas di dalam kolam itu? Siapa pula remaja lelaki tadi? Pelbagai soalan muncul di benak fikiran. Aku keliru.
"Risya, are you okay dear? Kenapa dengan anak daddy neh?" Suara seorang lelaki yang amat kukenali kedengaran dekat di sebelahku. Lantas ku tolehkan kepala mengadapnya. Kepalaku gelengkan.
"I\'m okay, daddy. It was just a dream. A strange one." Suaraku serak-serak kedengaran.
"Tak nak kongsi dengan daddy pasal mimpi Risya tu?" Pelik Tan Sri Abdul Aziz dibuatnya. Mimpi apakah yang dialami oleh anak bongsunya itu?
"Later, okay?" Kepalaku geleng sekali lagi. Teringatkan sesuatu, mataku pula melilau mencari. What?! Sudah pukul 2.43 petang? Patutla perutku bernyanyi rentak rap minta diisi. Sudah lama rupanya aku tertidur tadi.
Hairan dilihat reaksi anaknya itu. Sekejap kepala digelengkan, sekejap matanya melilau bagaikan mencari sesuatu, sekejap terkejut. Ikutkan hati mahu saja soalan yang terbuku di hati diutarakan, namun kata-kata yang terlahir di bibir merah anaknya membuatkan dia terdiam.
"Daddy, dah lama ke Risya tidur? Ya Allah, Risya tidur pakai jeans! Tapi, bila masa pula Risya keluar?" Aku bingung. Kenapa aku memakai jeans? Aku cium ketiak. Macam tak mandi lagi, kalau tak mesti macam-macam bau melekat kat diriku.
"Risya tak ingat?" Soalnya inginkan kepastian. Melihatkan kepala Risya digeleng-geleng lagi, dia mengerti sendiri. Sah! Penyakit lamanya kembali. Begitulah perangainya setiap kali tersedar setelah mengambil ubat yang diberikan oleh doktor peribadi keluarganya. Pasti ada saja perkara yang akan hilang dari ingatannya. Tetapi, kali ini dikirakan bernasib baik juga kerana dirinya masih dikenali. Dia bersyukur kerana Risya masih memanggilnya daddy. Risau juga kalau perkara lebih sepuluh tahun dulu berulang kembali.
"Daddy, Risya lapar la. Daddy dah makan?" Malas untuk bertanyakan maksud daddy. Perutku usap-usap perlahan. Laparnya! Sejak bila la aku tak makan neh?
"Belum, sayang. Risya pergi basuh muka dan tukar baju dulu. Daddy tunggu Risya, lepas itu, kita makan sama-sama. Okay?" Tan Sri Abdul Aziz bangun dan bergerak menuju ke pintu.
"Risya dah sedar bang?" Puan Sri Zulaikha yang entah dari mana tiba-tiba muncul di hadapan bersuara. Kus semangat! Nasib baik la jantungnya masih mampu menerima kejutan sedemikian.
"Ikha neh, terkejut abang. Nasib baik abang neh takde lemah jantung. Kalau tak, dah lama agaknya abang masuk kubur." Getus Tan Sri Abdul Aziz.
"Abang tu yang asyik sangat berkhayal. Entah sampai mana agaknya. Ikha tanya tadi, Risya dah sedar ke?" Sekali lagi soalannya diulang. Tan Sri Abdul Aziz sekadar menganggukkan kepala. Fikirannya masih melayang teringatkan perbualannya dengan Arisya. Pergerakan kakinya diarahkan ke meja makan. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Dia diam.
"Pelik tak habis-habis lagi ke suami aku neh? Tapi kali neh bukan setakat pelik, malah, pelik bin hairan bin aneh bin ajaib! Dah bertambah salasilah keluarga pelik." Ngomel Puan Sri Zulaikha sendiri.
"Risya tak ingat langsung apa yang terjadi pagi tadi. Dia siap tanya abang kenapa dia pakai jeans semasa tidur. Lepas itu, dia cakap, dia bermimpi tadi, mimpi pelik. Berpeluh-peluh juga abang tengok." Tiba-tiba Tan Sri Abdul Aziz bersuara bagaikan terdengar rungutan isterinya.
"Tapi dia masih kenal abang kan?" Persoalan yang acap kali terlintas di benak fikirannya setiap kali Risya diserang penyakit tersebut. Dia mengeluh lega tatkala suaminya menggangukkan kepala.
"Alhamdulillah. Kalau dibuatnya dia tak kenal kita semua macam dulu, tak haru pula saya dibuatnya. Tak lama lagi dia ingat semula la pasal Zackri tu. Nanti soalan yang sama pasti diajukan. Apa kita nak jawab?" Puan Sri Zulaikha menyambung.
"Entah la. Abang rasa, kita patut berterus-terang saja. Harap-harap dia dapat terima dengan redha. Abang dah tak sanggup tengok dia sakit-sakit macam tu apabila cuba mengingatkan kembali peristiwa lama yang dah menjadi sejarah. Kalau dia tahu, takde lagi dia nak paksa-paksa dirinya. Takde la nak sakit-sakit. Abang pun tak suka tengok dia makan ubat-ubat tu semua. Benda yang boleh dielak, kita elakkan. Bukannya Ikha tak tahu kesan ubat tu. Sekarang tak mengapa la, Risya pun belum bekerja. Buatnya tengah bekerja dia tension lepas tu pengsan, tak ke haru dibuatnya." Panjang lebar Tan Sri Abdul Aziz menyuarakan pendapatnya. Puan Sri Zulaikha terdiam mendengar kata-kata yang lahir dari mulut suaminya itu. Dia serba salah. Nak cakap salah, tak cakap pun salah. Lantas kakinya dihalakan ke dapur menyuruh Mak Mah menghidangkan makanan. Orang lain sudah lama selesai makan tengah hari, mereka anak-beranak, pukul 3 petang baru nak makan. Perutnya dari tadi berkeroncong tapi ditahan. Niatnya hanya satu, makan bersama-sama anaknya yang baru pulang dari luar negara.
"Nanti jangan lupa jemput kawan-kawan Risya datang rumah malam esok. Daddy dan mummy buat kenduri sikit sempena kepulangan Risya." Tan Sri Abdul Aziz memandang Arisya yang sadang kusyuk menikmati hidangan tengah hari. Pelbagai jenis lauk kesukaan anaknya itu terhidang di atas meja. Berselera benar Arisya. Mana taknya, ayam masak madu, sambal udang, sotong kangkung dan sayur campur yang terhidang. Setiap kali dia pulang ke rumah, pasti itu yang menjadi hidangan yang dipintanya.
"Oh, Risya lupa. Risya baru balik ya, tadi? Sebab tu Risya pakai jeans? Maybe Risya penat sangat tadi sampai tak sempat nak tukar baju. Hmm... okay. Nanti Risya call kawan-kawan Risya. Tapi jangan masak banyak-banyak. Risya takde ramai kawan. Semua dah menghilangkan diri selepas SPM." Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengerti. Patut la... aku kan lebih selesa memakai seluar paras lutut dan t-shirt biasa di rumah.
Selesai makan, aku terkocoh-kocoh mencuci tangan dan terus berlari ke tangga. Mummy dan daddy memandangku pelik. Sepatah kata pun tak ku khabarkan, tiba-tiba saja terus berlari naik ke atas. Angah hanya membuat muka slumbernya.
"Risya, jatuh nanti! Kenapa kalut sangat neh?" Puan Sri Zulaikha menegur kelakuan anak daranya itu.
"Risya belum solat zohor lagi la mummy! Nanti tak sempat." Laungku dari atas. Cepat-cepat arah dihalakan ke bilik air yang terletak di dalam kamar tidurku. Dah pukul 3.45! Tak lama lagi sudah nak masuk waktu asar. Baik aku cepat. Usai menunaikan solat zohor, aku mencapai handset di tepi katil. Nombor Zalia ku tekan. Hish... mana pulak minah neh? Angkat la!
"Haa Risya! Berpuluh-puluh sms aku hantar, satu pun kau tak reply." Isk, tak reti-reti nak bagi salam, main serbu je.
"Assalamualaikum cik kak! Aku tidur la tadi. Tak sedar pun. Kalau ye pun kau nak marah aku, bagi la salam dulu. Ingatkan aku tersilap call rumah nyonya mana la tadi." Perli aku.
"Erm...erm... waalaikummussalam. Hehe... jangan la marah. Best betul kau membuta ek? So, kau baca tak sms aku?" Zalia termalu sendiri. Selalunya dia yang menegur Risya, sekarang dah terbalik.
"Tak. Kau cakap je la sekarang. Senang. Anyway, aku nak jemput kau datang rumah aku malam esok. Ada majlis kesyukuran sikit." Aku menyatakan tujuan panggilanku kepada Zalia.
"Okay, no problem. Tapi, aku kena pakai baju kurung ke dress?" Eh, eh... boleh pulak dia tanya.
"Baju kurung la ngok! Kenapa la kau neh lembab sangat? Dah nama pun majlis kesyukuran. Ala-ala kenduri doa selamat la. Takkan nak pakai dress pula." Ceh, budak neh. Aku sekeh kepala kang.
"Mana la tau kan. Orang-orang berada neh suka buat party bukannya kenduri doa selamat." Sempat Zalia mencari alasan menutup kebodohan diri.
"Amboi, amboi... Sedap betul kau mengata kaum kerabat aku ek? Bukan semua orang macam tu la. Aku tau la aku tak pakai tudung litup macam korang, tapi, budaya timur masih kukuh tersemat di dada tau! Party untuk majlis-majlis tertentu saja la. So, kau nak datang tak?" Aku membidas segala tanggapan Zalia terhadap orang berada. Tak semua macam tu. Tak dinafikan, memang ramai kenalan daddy yang lebih suka mengadakan party untuk meraikan sesuatu, dan etika pemakaiannya, sudah tentu la dress bagi kaum wanita.
"InsyaAllah, aku pergi dengan family aku boleh?" Soal Zalia.
"Boleh, jemput-jemput la datang. The more the merrier. Okay la. Jangan lupa, lepas maghrib, pukul 8.00 malam. Bye." Talian ku tamatkan. Beberapa nombor lain aku dail. Teringat beberapa kenalan lamaku ketika di sekolah dahulu. Dua daripada teman rapatku kini masih berada di luar negara menyambung pelajaran masing-masing. Jadi, tak dapat la aku menjemput diorang. ----------------------------------------------------------------------------------------
Kesibukan mengemas rumah untuk majlis malam nanti telah membuatkan ku lupa pada persoalan yang sering bermain di fikiranku tentang kehadiran Zackri dalam hidupku dulu. Tambahan pula, setelah sedar semalam, sebesar zarah sekalipun ingatan tentangnya tak wujud.
Sewaktu aku sedang bersenang-lenang di atas sofa melepaskan lelah, mummy datang membawa sepasang baju kurung moden yang cantik corak dan potongannya.
"Baju neh mummy tempah khas buat Risya. Malam neh Risya pakai baju neh ye?" Baju itu bertukar tangan. Aku memeluk mummy. Bestnya dapat baju baru, cantik!
"Thanks, mummy. I love you. Mummy la ibu paling best di dunia!" Kata-kata bodek terkeluar dari mulutku. Tapi memang betul pun, mummy la insan yang paling memahami kehendakku. Mummy hanya tersenyum.
"Tak nak cuba dulu? Mana la tau, mungkin ada yang terlebih ketat atau terlebih longgar?" Tanya Puan Sri Zulaikha.
"Tak perlu la. You know me the best! So, Risya percaya, baju neh tentu padan 100% dengan Risya." Aku menolak pelawaan mummy. Paham benar dengan soalan mummy yang berbaur usikan itu. Potongan badanku sentiasa maintain. Kalau benarla mummy yang menempahnya, sudah tentu potongan baju tersebut mengikut mana-mana potongan baju kurung yang terdapat di dalam almariku.
Para tetamu sedang sibuk menjamu selera. Kaum adam makan di kerusi yang disediakan di luar manakala kaum hawa makan di dalam rumah. Namun, ada juga beberapa orang wanita berada di luar berbual. Mungkin diorang sudah selesai makan. Aku melangkah keluar menemui daddy. Mummy pula sibuk melayan tetamu di dalam. Rakan-rakanku pula masih asyik menikmati hidangan.
"Ramai juga kenalan yang daddy jemput malam neh, ya." Aku memulakan bicara.
"Takde la. Kenalan-kenalan rapat dan pekerja-pekerja daddy je. Mana kawan-kawan Risya?" Daddy memalingkan muka menghadapku.
"Ada, sedang makan. Kejap lagi Risya pergi la berbual dengan diorang, okay? Daddy, siapa tu?" Aku menunjukkan jari ke arah seorang pemuda yang agak tampan yang berjalan menuju ke arah kitorang. Not bad! Kemeja batik berwarna biru muda itu amat sesuai dengan kulitnya yang agak cerah. Pekerja daddy ke?Daddy pula sekadar tersenyum menanti kehadirannya. Bukannya nak jawab soalan aku.
"Risya, kenalkan pengurus bahagian pemasaran syarikat daddy, Fadzli. Fadzli, neh la anak bongsu saya, Arisya Zureena." Daddy memperkenalkan kitorang berdua.
"Hi, cik Arisya. Nice to meet you." Ujar Fadzli sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku hanya tersenyum. Tak nak la salam di majlis seumpama ini. Banyak mata yang memandang nanti. Tangannya tak kusambut namun segera kubalas tegurannya, tanda menghormati tetamu.
Dari jauh, Zackri hanya memandang Arisya. Entah mengapa, timbul rasa cemburu melihatkan Arisya berbual mesra dengan seorang pemuda. Bergelak ketawa. Apabila berhadapan dengannya, hanya kata-kata sinis dan berunsurkan pergaduhan yang terbit dari bibir merah itu. Walaupun Tan Sri Abdul Aziz masih berada di sisi gadis tersebut, perasaan cemburunya masih tak dapat dihapuskan. Dia mengeluh kecil. Kenapa la Arisya sentiasa bersikap begitu dengannya? Jika diorang masih dapat berbual seperti biasa, dia sudah berasa bersyukur. Namun, jelingan mata Arisya terhadapnya membuatkan dia sedikit terasa. Tak sudikah Arisya berkawan dengannya?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan