Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"No komen," hanya itu jawapan yang diberikan oleh Farizat dan rakan-rakan yang lain mengenai hubungan Rezza dengan Nazrul. Puas juga Nurul bertanyakan pelbagai soalan berkenaan dengan Rezza dan Nazrul tapi tiada seorang pun yang mahu menjawabnya dengan jujur. Mereka seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu rahsia yang besar dari pengetahuannya.
Malah, apa yang lagi pelik, mereka semua kelihatan bersetongkol untuk memberi jawapan yang sama. Entah rahsia besar apa yang mereka simpan sehingga tiada sesiapa pun yang sanggup membuka mulut. Mungkin ada benarnya apa yang difikirnya selama ini, Rezza dan Nazrul adalah pasangan kekasih.
"Jangan fikir apa-apa lagi," sebuah buku latihan hinggap di atas kepalanya membuatnya tersentak dari lamunan.
"Sakitlah!" Nurul mencebik marah kepada Sofea yang duduk di hadapannya. Gadis itu hanya menggeleng saja. Dia tahu apa yang sedang di fikir oleh kawannya itu, tak lain tak bukan mesti pasal hubungan Rezza dan Nazrul.
"Sudahlah tu. Aku dah cakap, diorang berdua tu adalah kawan baik sejak kecil lagi. Tak mustahillah diorang berdua tu rapat macam belangkas. Tak payahlah kau nak korek rahsia ni sampai ke lubang cacing. Cacing pun dah naik rimas kalau kau asyik nak ceroboh lubang dia," kata Sofea.
"Tapi kalaulah diorang tu setakat kawan biasa saja kenapa aku tanya pemain bola sepak semua macam nak melarikan diri saja. Kau tak terfikir ke maybe diorang ada simpan rahsia besar yang hanya Kelab Bola Sepak saja yang tahu pasal benda ni," balas Nurul cuba menyakinkan Sofea lagi.
"Semua orang ada rahsia, Nurul. Aku pun ada rahsia yang aku tak pernah bagitahu kau dan maybe kau pun ada rahsia yang takkan beritahu aku. So, tak de alasan la buat seseorang tu simpan rahsia."
"Tapi rahsia ni rahsia besar-besaran. Semua orang dalam Kelab Bola Sepak tahu dan hanya aku seorang saja tak tahu. Kau boleh bayangkan tak macam mana aku nak terima kalau aku sebagai pengurus tak tahu apa masalah diorang?"
"Kalau diorang tak nak bagitahu kau redha je la. Bukannya masalah kau kalau diorang tak beritahu rahsia besar tu. Dahlah. Hentikan niat kau tu nak sebarkan gossip tentang Nazrul dan Rezza tu. Diorang tu kawan karib sejak kecil. Memang patut pun diorang tu berkawan rapat."
"Aku tak kira. Kalau aku nak tahu, aku akan cari juga jawapannya. Tak kiralah walauapa pun yang berlaku!" tegas Nurul.
"Lantaklah. Yang penting aku tak nak masuk campur," Sofea kembali mengadap buku-buku latihan di hadapannya tanpa memperdulikan Nurul yang sengaja mendera otaknya memikirkan hubungan Nazrul dan Rezza.
"Eh," matanya terpandang kelibat seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam perpustakaan sekolahnya itu.
"Kenapa?"
"Budak tu… dia yang suruh bagi surat kat Nazrul," beritahu Nurul sambil menunjuk ke arah Normaya yang sedang memulangkan buku yang dipinjamnya di kuanter pemulangan.
"Normaya? Emm… peliklah."
"Memang pelik pun. Kalau dia bagi surat cinta kat Rezza ataupun Fiq, tak pelah tapi dia bagi kat Nazrul!" "Bukan sebab tu…"
"Habis tu sebab apa?"
"Dia kan dah ada boyfriend."
"Hah?!"
"Aku dengar boyfriend dia tu pelajar UiTM. Memang ramai yang juga sangkut kat minah ni tapi semuanya dia tak layan. Tapi pelik juga sebab dia bagi surat kat Nazrul. Kau pasti ke dia bagi kat Nazrul?" "Kenapa kau tanya soalan yang sama?"
"Hah?"
"Nazrul juga tanya kat aku masa hari tu. Dia tanya, aku pasti ke yang surat tu untuk dia," ujar Nurul sedikit pelik.
"Kau jawab apa?"
"Dah nama atas sampul surat tu nama Nazrul, takkanlah untuk puntianak kat belakang sekolah tu," jawab Nurul sedikit marah bila teringatkan kejadian kemarin. Itulah kali pertama dia bertekak dengan Nazrul dan itu jugalah kali pertama dia melihat Nazrul marah.
"Kenapa Nazrul tanya kau macam tu?"
"Manalah aku tahu. Tiba-tiba aku rasa macam dia tu ada krisis dengan namanya sendiri la. Nama sendiri pun tak tahu."
"Sabar je la."
"Kalau dengan orang lain aku boleh sabar tapi kalau dengan Nazrul aku tak boleh nak sabar. Aku rasa macam nak sepak je si Nazrul tu. Menyusahkan!"
"Kenapa kau anti sangat dengan Nazrul tu. Aku rasa dia tu tak delah kacau orang sangat. Kerja dia pun asyik tidur saja memanjang."
"Kau tak faham. Memanglah dia tak kacau orang tapi aku tetap rasa geram dengan dia. Lagi satu, aku benci tengok orang yang asyik tidur 24 jam."
"Kau sukakan dia ke?" tanya Sofea.
"Gila!
"Nazrul dan Rezza adalah pasangan gay?" tanya Kak Liya sekali lagi bertanya sambil menyediakan makanan tengah hari kepada Fiq yang baru sahaja pulang dari sekolah. Kemudian dia ketawa kelucuan. "Budak tu mesti seorang yang lucu. Kalau tidak takkanlah kamu boleh cerita hari-hari tentang dia pada akak."
"Ya. Dia seorang yang lucu dan mungkin sebab tu kelab kami lebih meriah berbanding sebelumnya," ujar Fiq yang turut merasai kemeriahan Kelab Bola Sepak sejak Nurul dilantik menjadi pengurus pasukan.
"Cemburunya," ujar Liyana sambil menghulur sepinggan nasi kepada Fiq.
"Tapi Nurul tu banyak berfikir sangat," kata Fiq lagi kemudian tersenyum ke arah Kak Liya yang duduk di sebelahnya.
"Perempuan memang macam tu. Selalu fikir yang bukan-bukan. Macam akak dengan Abang Zarul, sekarang ni akak mula fikir yang dia tu ada perempuan lain."
"Ah, perempuan suka fikir macam tu," Fiq menarik nafas lemah.
"Mungkin juga tapi entah kenapa akak tetap fikir yang dia ada perempuan lain," ujar Liyana lagi. "Mungkin sebab tahap cemburu akak dah sampai ke tahap yang tidak boleh dibendung lagi."
"Jangan meletup lagi dah la ye."
"Mungkin akan meletup bila-bila masa," jawab Liyana acuh tak acuh.
"Kalau macam tu jangan libatkan Fiq lagi."
"Haaa," Liyana merungut manja.
"Sebab kalau korang bergaduh mesti nak melibatkan Fiq. Kali ni kalau nak bergaduh jangan suruh Fiq libatkan diri lagi. Malas nak berdepan dengan tunang akak tu."
"Fiq takut dengan dia ke?"
"Bukan takut tapi Fiq memang dah berperang dengan dia. Tak tahulah macam mana kalau dia kahwin dengan Kak Liya nanti."
"Berperang? Berperang pasal apa?"
"Pasal hal orang-orang lelaki. Perempuan tak patut masuk campur," ujar Fiq yang tidak berselera hendak menjamah sedikit pun. Dia hanya menyuap beberapa sudu sahaja ke dalam mulut itupun terpaksa. Terpaksa menelan makanan yang dibuat oleh Kak Liya yang ternyata memang tidak reti memasak tapi disebabkan mahu mendirikan rumah tangga akhir tahun ini, Kak Liya telah menggunakan dia untuk merasai makanan yang dimasaknya. Dan ternyata ianya TIDAK SEDAP!
"Kenapa? Tak sedap?"
"Saya lebih sanggup makan kat gerai mamak," ujar Fiq dengan nada memerli.
"Kenapa? Kurang gula ataupun garam?"
"Kurang kepakaran," jawab Fiq sebetulnya. Dia memang jenis yang suka bercakap apa yang dia rasa benar. Mujurlah Kak Liya sudah kenal benar dengan sikapnya yang suka bercakap benar kalau tidak lagi satu masalah hendak memujuk Kak Liya.
"So, apa yang akak perlu buat?"
"Senang saja, Kak Liya tak de kepakaran dalam memasak. Bukan semua perempuan dalam dunia ni pandai memasak so, cakap saja kat tunang Kak Liya tu, kahwin nanti cari orang gaji," cadang Fiq.
"Emm… akak dah beritahu dia pasal ni tapi dia tak nak. Dia nak akak sendiri yang masak. Macam mana akak nak masak sedangkan akak memang tak minat memasak."
"Perdulikannya."
"Hah?"
Fiq menghela nafas lemah. Kadang-kadang dia kesian juga dengan Kak Liya yang asyik mengikut kehendak tunangnya itu. Sudah tahu Kak Liya adalah anak bongsu yang dimanjakan keluarga, bertolak ansurlah sedikit. Ini tidak, asyik hendak memaksa sahaja Kak Liya buat sesuatu yang Kak Liya tak pandai. Memanglah lambat laut Kak Liya akan pandai tapi kalau hati memang tak suka buat sesuatu kerja, janganlah dipaksa. Lambat laut Kak Liya yang tak pandai memasak itu akan reti juga. Bukannya setiap orang boleh belajar memasak dengan sempurna dalam masa satu hari.
Nasib baiklah Kak Liya ini jenis yang suka menurut perintah orang. Walaupun datang dari keluarga yang manja tapi segala perintah orang dituruti. Tidaklah macam sesetengah kawan-kawan Kak Liya yang keras kepala. Suruh basuh baju dalam mesin pun pemalas.
"Kak, janganlah paksa diri buat semua ni. Kak Liya mana boleh jadi sempurna dalam masa yang singkat ni. Beritahu dia."
"Tapi Abang Zarul minta akak masak sesuatu masa pergi melawat ibu dia nanti. Takkanlah akak nak tarik diri."
"Beritahu dia, akak tak boleh buat semua ni."
"Tapi kalau dia marah?"
"Kak Liya marah dia balik."
"Hah?!"
"Kau ada dengar gosip terbaru tak?" tanya Rezza kepada Nazrul sebaik sahaja kawannya itu membuka pintu rumahnya membenarkan dia masuk. Nazrul kelihatan seperti baru sahaja bangun dari tidur.
"Kau ni masuk saja rumah aku terus nak bercerita pasal gosip. Ceritalah pasal bola ke, ayam golek ke ada juga semangat aku nak dengar," balas Nazrul dan kembali ke ruang tamu yang telah dibentang tilam Toto di tengah-tengahnya. Nazrul memang suka tidur di ruang tamu berbanding di dalam bilik kerana biliknya berbahang sehingga tidak boleh bernafas pada waktu malam. Lagipun di ruang tamu boleh tengok televisyen sampai lewat malam.
"Ini pasal kita."
"Kalau kau nak cakap yang kita digosipkan bersama, benarkan aku tidur dulu," ujar Nazrul kembali meletak kepalanya di atas bantal.
"Aku ingat kau tak tahu lagi," kata Rezza yang menyangkakan Nazrul tidak tahu pasal gosip terbaru diantara mereka berdua.
"Aku tahu semua yang terjadi kat sekolah tu tapi malas nak ambil tahu. Dari aku ambil tahu baik aku tidur, ada juga faedahnya."
"Kau dah satu hari tidur hari ni, itupun nak tidur lagi ke?"
"Habis, dah malam buta. Nak dekat jam 12 tengah malam, apa lagi nak buat selain tidur? Kau saja yang tak kenal malam dengan siang dah. Ketuk pintu rumah orang macam ada raksasa menyerang bumi. Macam manalah kita berdua tak digosipkan bersama?" Nazrul sudah mula membebel. Begitulah perangainya bila ada saja orang yang orang yang mengacau tidurnya.
"Aku nak pesan sesuatu ni," kata Rezza. Terus Nazrul membulatkan mata memandang Rezza. Kemudian keluhan berat dari Rezza. "Aku rasa macam dah jadi postmen dah kena sampaikan pesanan. Ini baru satu, kalaulah aku ditugaskan hantar surat cinta seperti Nurul tu aku tak tahu nak buat macam mana." "Jangan nak merepek lagi. Cakap je la apa pesanan tu," kata Nazrul seakan tidak bersabar lagi hendak mendengarnya.
"Dia pesan… kalau kau senang…."
"Ah, aku tak senang," pantas Nazrul membalas sebelum Rezza menghabiskan ayatnya lagi.
"Hey, aku belum habis cakap lagi."
"Aku tahulah. Dia suruh aku selesaikan pasal ‘surat cinta’ tu."
"Mana kau tahu?"
Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Rezza. Hisy, takkan tak faham-faham lagi. Kemudian Rezza mengangguk faham.
"So, kau nak tolong tak?"
"Malas! Biar dia yang selesaikan. Siapa suruh dia gatal-gatal berkenalan dengan budak perempuan tu. Hah, tanggunglah sendiri. Kalau aku pergi pun aku bukannya tahu masalah diorang."
Rezza hanya menggeleng.
"Kalau kau tak pergi aku pergi," ujar Rezza. Terus Nazrul bangun dari baringannya. Dia memandang Rezza yang ternyata serius ingin lakukannya juga. "Actually, aku dah fikir lama dah sebab benda ni berpunca dari aku sendiri."
"Ah, dia ni tahu sangat guna kelemahan aku. Yelah! Aku pergi jumpa budak tu nanti. Menyusahkan! Selagi aku tak jumpa selagi tulah aku tak dapat tidur dengan aman. Lepas ni pesan kat dia, aku nak tidur puas-puas satu hari! Dan pesan kat dia lagi, jangan gatal-gatal pikat perempuan lagi. Kan dah mengganggu masa tidur aku," Nazrul mendengus geram dan kembali berbaring di bantalnya.
Rezza hanya tersenyum menggeleng.
"Budak ni, tidur lebih penting dari segala-galanya," ujarnya perlahan.
"Kak Nurul," panggil Nurmaya dari jauh dengan senyuman manisnya yang tidak pernah lekang di bibir. Memang patut pun gadis kecil molek itu menjadi ramai rebutan lelaki-lelaki macho dan perasan macho di sekolahnya itu.
"Hai," balas Nurul mesra. "Err… sebelum Maya cakap apa-apa, baik akak berterus terang dengan Maya tentang…."
"Tak pe. Saya dah tahu. Mesti Nazrul tak baca surat saya kan?" tekanya tapi langsung tidak nampak sedikit pun terkilan dari raut wajahnya. Masih lagi senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Nurmaya memang gadis yang tabah dan cekal, bisik hatinya yang tidak menyangka gadis itu begitu matang dalam hal begini. Tidak seperti gadis-gadis lain bayanya yang terlalu mengikut perasaan bila berhadapan dengan hal percintaan. Jika cinta tidak dapat dimiliki mulalah menangis tidak tentu pasal macamlah tiada lagi cinta sejati. Itulah pelajar sekolah sekarang.
"Saya dah agak sebab surat-surat yang saya bagi selama ni dia langsung tidak baca. Mungkin ada sebab dia tak nak baca surat tu tapi saya tak salahkan dia. Tak baik kita memaksa seseorang bukan? Terutamanya dalam soal perasaan," dia masih tersenyum.
Nurul hanya sekadar mengangguk dan mengiyakan saja walaupun jauh pada dasar hatinya, dia berasa bersalah kerana memaksa Nazrul membaca surat itu. Memang dia kesal atas apa yang berlaku. Tak tahulah macam mana dia boleh berkasar suara dengan Nazrul memaksanya membaca surat itu walaupun ianya hak peribadi Nazrul dan siapalah dia hendak memaksa Nazrul.
"Dan saya datang ni sebab nak jemput Kak Nurul ke café yang abang saya baru buka," ujarnya sambil menghulurkan beberapa keping kupon yang tertulis The Café di atasnya.
"Oh ya ke?" Nurul menyambutnya. Untung juga jadi pengurus Kelab Bola Sepak. Dapat kupon percuma lagi. "Kak Nurul bolehlah bawa sesiapa untuk ke majlis pembukaan café tu. Walaupun ala-ala café biasa tapi saya harap Kak Nurul dapat hadir sebab saya akan buat persembahan juga."
"Persembahan?"
"Karaoke ye. Abang yang paksa buat persembahan sebab abang kata kalau nak jemput artis mau beribu-ribu duit keluar. Lebih baik jemput kawan-kawan dan saudara-mara menyanyi kat depan tu."
"Oh... so, kalau akak ajak Nazrul pergi sekali Maya tak kisahkan?" sengaja Nurul mengajukan soalan tapi pada hakikatnya, boleh ke dia heret Nazrul datang sekali. Sudahlah hubungannya dengan Nazrul tidak beberapa baik dalam beberapa hari ini.
Pantas gadis itu menggeleng.
"Saya ada jemput dia juga tapi tak tahulah Nazrul nak pergi ke tak."
‘Okey, mungkin aku patut siasat apa yang ada pada Nazrul sampai budak ni pun boleh jatuh lentok dengan Nazrul,’ detis hatinya.
SUASANA di The Café yang terletak hanya 100 meter dari sekolahnya begitu meriah dengan kehadiran para pengunjung pertama yang datang untuk menyaksikan perasmian café yang diusahakan oleh anak muda itu. Kebanyakkan yang hadir adalah pelajar-pelajar sekolah dan juga kawan-kawan rapat. Ada juga yang kebetulan lalu di kawasan itu dan turut tumpang sekaki mencuba pelbagai jenis hidangan yang di sediakan.
Nurul juga turut tidak ketinggalan untuk menyertai hari perasmian itu bersama-sama dengan Sofea. Pada mulanya memang dia hanya mahu mengajak Sofea tapi apabila perbualannya dengan Sofea di dengar oleh Hayrul dan Farizat, mereka berdua bagaikan anak-anak kecil mahu mengikut. Memandangkan dia banyak dapat kupon, dia sedekahlah pada ahli kelab yang juga teruja dengan ‘kupon percuma’.
"Terima kasih sebab sudi datang," ujar Nurmaya kepada Nurul yang duduk berkumpulan dengan Hayrul, Farizat, Rezza dan Zaki. Fiq tidak dapat datang kerana ada program lain yang tidak dapat dielak. "Aku hanya datang sebab ada kopi free," ujar Hayrul perlahan. Nurul yang mendengarnya sempat lagi menendang kaki Hayrul menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan.
"Wei, kalau kau nak tendang pun jangan attact lutut aku. Lutut ni berharga buat pemain bola seperti aku ni tau," balas Hayrul. "Dahlah surat cinta tak dapat-dapat lagi nanti lutut aku cedera siapa yang nak bagi surat cinta kat aku lagi?"
"Ada aku perduli ke?" balas Nurul walaupun dia malas hendak bergaduh dengan Hayrul tapi entah kenapa dia rasa macam tidak puas hati. Rasanya semuanya okey, kopi yang diminumnya pun sedap. Cheese Cake yang tidak pernah dimakannya sebelum ini juga sedap di makan. Semuanya okey tapi rasanya ada satu yang kurang. Mungkin sebab Fiq tiada di situ.
"Okey! Lepas ni kita akan jemput penyanyi yang aku import dari negara Jepun sebab dia ni lahir di Jepun tapi dibesarkan kat Malaysia. Suara dia memang power. Bayangkanlah hari-hari dia berlatih menyanyi kat dalam bilik air pagi-pagi buta sampai aku nak tidur pun dah taubat nak tidur lagi. Di persilakan, penyanyi yang akan popular suatu hari nanti Nurmaya!" ujar Idham yang juga pemilik café itu yang juga abang kepada Nurmaya. Orangnya hitam manis tidak seperti adiknya yang putih melepak, peramah, gila-gila pun ada dan sikapnya di senangi hampir semua pengunjung yang datang.
Sebaik sahaja nama Nurmaya dipanggil para pengunjung yang kebanyakkan dari kawan-kawan abangnya bersorak gembira menggamatkan lagi café tersebut.
"Wei, korang jangan main mata dengan adik aku. Kalau nak main kena belanja abang dia ni makan setahun kat hotel lima bintang," sempat lagi Idham melawak di hadapan. "Dan lagi, korang semua ada bawak payung tak? Aku tak jamin kalau kejap lagi korang balik dengan baju yang basah."
The Café gamat lagi bila Idham asyik menyakat adik perempuannya itu. Nurmaya yang sudah bersedia dihadapan pentas duduk di sebuah bangku yang telah di sediakan bersama dengan gitarnya.
"Terima kasih kepada semua yang hadir di majlis perasmian The Café. Saya Nurmaya akan mendendangkan sebuah lagu yang bermakna bagi saya sebab kerana inilah saya kenal diri saya. Dan lagu ini saya tujukan kepada seseorang yang pernah menolong saya bangkit semula dari hidup ini. Saya berharap sangat dia datang dan mendengar nyanyian saya yang tak sebeberapa ini," Nurmaya memberi beberapa patah kata sambil memandang sekeliling.
Nurul tahu orang yang dimaksudkan itu adalah Nazrul. Seperti Nurmaya dia juga memandang sekeliling melihat kelibat Nazrul tapi hampa. Bayang Nazrul langsung tidak kelihatan.
"Terimalah… Katakan Dengan Indah," Nurmaya mula memetik gitar dengan lancar. The Café yang gamat tadi menjadi sunyi seketika apabila masing-masing tertumpu kepada petikan gitar Nurmaya.
Ku katakan dengan indah, dengan terbuka, hati ku hampa Sepertinya luka, Menghampirinya Kau beri rasa, yang berbeda, mungkin ku salah, mengartikannya, yang ku rasa cinta
Dia memandang ke arah pintu. Dan kemudiannya dia tersenyum. Nurul turut perasan akan senyuman di bibir Nurmaya dan turut memandang ke arah pintu dan mendapati Nazrul terdiri bersama-sama dengan beberapa pelanggan lain yang bersandar di tepi dinding. Matanya tidak berkelip memandang Nurmaya yang masih lagi membuat persembahan.
Tetapi hati ku, selalu meninggikan mu, terlalu meninggikan mu, selalu meninggikan mu Kau hancurkan hati ku, hancurkan lagi Kau hancurkan hati ku, ‘tuk melihat mu Kau terangi jiwa ku, kau redupkan lagi Kau hancurkan, hati ku, ‘tuk melihat mu
Lagu masih lagi diteruskan tapi dari jauh dia asyik memerhati mata Nurmaya yang sesekali asyik memandang ke arah Nazrul. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman. Bagaikan satu kuasa, suara Nurmaya dapat membuat para pengunjung menghayati lagu yang dinyanyikannya walaupun hanya dengan petikan gitar. Mungkin ada di antara mereka tidak percaya gadis yang baru di Tingkatan 2 itu pandai memetik gitar dengan baik malah menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.
Kau buat) ku terjatuh dan terjatuh lagi Kau buat) ku merasakan yang t’lah terjadi Semua yang terbaik dan yang terlewati Semua yang terhenti tanpa ku akhiri(x2) Kau hancurkan hati ku, tak tertahan lagi Kau hancurkan hati ku, ‘tuk melihat mu Kau terangi jiwa ku, kau redupkan lagi Kau hancurkan hati ku, ‘tuk melihat mu Melihatmu…
Satu tepukkan dan sorakkan yang kuat dihadiahkan sebaik sahaja Nurmaya habis menyanyi. Suaranya memang begitu memukau bagi sesiapa yang mendengarnya tadi. Dia beberapa kali membongkokkan badan tanda hormat. Ada diantara mereka yang mahu dia menyanyikan lagu itu semula kerana tidak puas hati barangkali tidak percaya bahawa yang menyanyikan lagu itu dengan baik adalah Nurmaya. Ada juga yang memberi komen seperti Fauziah Ahmad Daud di Akademi Fantasia.
Namun, sebaik sahaja dia cuba melarikan diri dari sorakan kawan-kawan abangnya yang suka mengusik, pandangan matanya tidak dapat mengesan kehadiran Nazrul lagi. Pantas dia melangkah keluar dari café itu untuk mencari Nazrul.
"Nazrul!" panggilnya apabila melihat kelibat Nazrul yang menghampiri sebuah motor Honda yang berada tidak jauh dari The Café.
Nazrul tiba-tiba berhenti melangkah. Dia kemudiannya berpaling memandang Nurmaya yang semakin menghampirinya.
"Terima kasih kerana sudi datang," ucapnya sambil mengukir senyuman manis.
"Aku datang sebab amanat seseorang," jawab Nazrul.
"Aku tahu," gadis itu mengangguk. "Aku dah tahu semuanya. Kalau kau jumpa dia boleh tak kau ucapkan terima kasih kepadanya. Sebab tanpa dia, aku tak mungkin hidup seperti sekarang." Nazrul hanya mengangguk.
"Terima kasih. Pesan pada dia lagi, aku akan hidup dengan gembira seperti selalu," ujarnya Nurmaya lagi cuba menahan sebak. Nazrul hanya sekadar menganguk. "Jumpa lagi," dia berlalu pergi dengan hati yang gembira.
"Kenapa aku pula yang jadi postmen?" katanya sambil menghela nafas panjang. "Lepas ni bolehlah aku tidur dengan aman dan damai. Aku nak tidur satu hari," ujar Nazrul lagi dan berlalu mendapatkan motornya.
ermmm..penulis banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa..cnthnya..lambat laun bukan lambat laut..jln cite maintain best cume kalo kerap kesalahan seumpama ini mungking akn mengganggu gugat keseronokkan membaca..harap dapat perbaiki n keep on menulis
ALA ! tak kesahlah psl slh eja tu ! DON"T CARE ABOUT IT !! yup! memang Nazrul my favourite ade split personality ! sy dah pernah bace novel ni smapai abissss ! BEST GILER2!!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestnya cite ni........ mana sambungannya.... ?????