Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Omar tergamam. Lidahnya terasa kelu untuk bersuara. Apatah lagi bila melihatkan kesuraman wajah Zubaidah yang merenung tajam akan dirinya. "Anak itu adalah anak kau..!! Darah yang mengalir dalam tubuhnya juga terkandung darah kau..!! Sekarang dia sudah kaku Omar.. Kaku tidak bernyawa lagi..!!", Zubaidah menjerit. Keris di tangannya bergetar dengan kuat seakan tidak sabar untuk melahap-lapah tubuh Omar. Dalam suasana cemas itu, Omar dengan jelas dapat melihat ada linangan airmata yang mengalir di pipi Zubaidah. Lembaga hitam bertanduk itu pula ketawa dengan terbahak-bahak. "Bunuh dia Zubaidah..!! Dengan cara itu, perjanjian antara kita akan termeterai dan anak ini akan melihat dunia kembali.. Aku perlukan darah warisannya sebagai tanda sumpah..!! Kau tentu tak mahu menjadi galang gantinya bukan..?!", lembaga itu bersuara garau sambil menyeringai menampakkan barisan giginya yang berceracak di sana-sini. Zubaidah terkaku dengan nafas yang mencungap. Perasaannya berbelah bahagi. Antara nyawa anak dan cinta pertama, dia tidak mampu untuk memutuskan yang mana. Dia masih menyayangi Omar. Akan tetapi dia juga mahu lihat anaknya kembali bernafas. Tangisannya semakin laju menderu menjurai ke lantai. Tiba-tiba dia berlari dengan menghunus keris di tangannya ke arah Omar yang terpelangah. Zubaidah menjerit dengan kuat.
"Apa..?! Kau jangan main-main As..!! Betul ke apa yang kau nampak tadi..?! Entah-entah kau tersilap pandang agaknya..", Wan Saodah menbidas. Sahabatnya Asyura merengus geram. Rasa penat kerana berlari untuk bertemu dengan Wan Saodah masih belum hilang. "Aku penat ni kau tau tak..?! Buat apa aku nak bohong kau..?! Tak ada untungnya..!!", jerkah Asyura pada Wan Saodah dengan nafas yang masih mencungap kelelahan. Sukar untuk Wan Saodah menerima apa yang didengarinya sebentar tadi. Omar pergi ke rumah Zubaidah?. Untuk apa?. Dia kenal benar akan tingkah laku suaminya itu. Zubaidah sudahpun menjadi isteri orang. Tak mungkin dia akan pergi mencari perempuan itu lagi. Omar bukan lelaki sebegitu. "Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri ni Odah..!! Waktu aku lalu depan rumah Zubaidah, aku nampak suami kau tengah papah Zubaidah masuk ke dalam rumah..!! Mula-mula tu aku ingatkan suami dia.. Bila aku perhati betul-betul, rupanya si Omar..!! Kau kena cepat Odah..!! Entah apa yang mereka buat dalam rumah tu..", hasut Asyura dengan wajah bersungguh-sungguh. Wan Saodah meraup wajahnya yang dibasahi peluh. Jikalau benar apa yang dikhabarkan oleh rakannya itu, ini bermakna rumahtangganya yang baru sahaja dibina akan musnah. Dia tidak mahu perkara seperti itu berlaku. "Tapi tak sangka pula aku.. Omar tu kan baik orangnya..!! Takkan dia nak buat benda macam tu pula..?!", ujar Asyura. "Melainkan...", Wan Saodah bersuara perlahan.
Mata Omar tertutup rapat. Debar dalam dadanya menggila. Seluruh tubuhnya terasa sukar untuk digerakkan. Dia begitu pasti ini angkara lembaga hitam bertanduk tersebut. Nalurinya kuat mengatakan yang nyawanya pasti akan melayang di tangan bekas kekasihnya malam ini. Omar pasrah berserah kepada ketentuan Ilahi. Jika benar nyawanya putus malam ini, dia redha andainya itu adalah sebagai balasan baginya kerana telah melukakan hati seseorang. Sedikit demi sedikit bayangan kemungkaran berlalu datang dan pergi dalam fikirannya. Dia dan Zubaidah memang telah terlanjur jauh. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mencintai Zubaidah. Kasihnya pada Zubaidah begitu mendalam sekali. Hatinya hanya untuk Zubaidah seorang. Sehinggakan dia tidak terlawan oleh nafsu yang dikepalai bisikan syaitan. Zubaidah dan dirinya pernah berzina. Tapi dia tidak pernah menyangka yang anak dalam pangkuan lembaga tersebut adalah daripada benihnya sendiri. Ini bererti dia bukan sahaja telah mengecewakan hati Zubaidah, malah dia juga turut membuatkan wanita itu merana. Dia benar-benar menyesal. Malaikat maut sudah hampir datang menjemput. Tetapi entah mengapa, suasana yang libang-limbur itu bertukar hening. Tiada sebarang tusukan yang singgah pada tubuhnya. Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata.
Kedudukan bebola mata Omar hanya tinggal beberapa inci sahaja dari mata keris yang dihunus oleh Zubaidah. Hunusannya terhenti tiba-tiba. Zubaidah berdiri sambil menyeka airmata yang mengalir membasahi pipi. "Omar.. Ida minta maaf..!! Ida sayangkan Omar..", ujar Zubaidah dalam nada getar lantas menurunkan tangannya dari terus menghunus keris. "Kau tidak mahukan nyawa anak kau Zubaidah..?! Sudah aku katakan.. untuk menghidupkan semula anak ini, aku perlukan nyawa dari keturunannya..!! Bunuh saja dia Zubaidah..!! Lelaki ini telah menghancurkan hidupmu.. Lelaki ini telah menodaimu..!! Nyawa anak kau lebih penting dari segalanya.. Anak kecil ini tidak berdosa..!! Yang berdosa adalah Omar..!!", lembaga itu cuba menghasut Zubaidah. "Tidak..!! Aku masih menyintainya..!! Kau tak layak berbicara tentang dosa.. Kau memaksa aku untuk membunuh..!!", jerkah Zubaidah. "Jadi, kau mahu lihat anak ini terus begini..?! Kaku dan tidak bernyawa.. Bukankah kau yang datang meminta pertolongan dari aku Zubaidah..?! Aku cuma mahu membantu..!! Tapi tiada apa di dalam dunia ini yang tiada cagarannya.. Nyawa kepada nyawa..!! Atau kau mahu menjadi galang-gantinya..?!", lembaga itu berkata lagi. Zubaidah terdiam. Fikirannya terasa begitu kusut. Dia memandang ke arah Omar yang masih lagi terduduk. Kemudian, perlahan-lahan dia menoleh ke arah bayinya yang berada dalam pangkuan lembaga tersebut. "Baiklah.. jika nyawa yang kau mahukan, nyawa yang aku beri..!!", ujar Zubaidah sambil menjulang keris yang dipegangnya ke udara. "JUBB..!!", bunyi tusukan pun singgah di kekotak dengar Omar.
"Ida..!!", jeritan Omar berkumandang. Tindakan Zubaidah yang menikam dirinya benar-benar membuatkan dirinya tergamam. Darah membuak-buak keluar dari perut Zubaidah yang masih tertancap keris. Tubuhnya yang sebentar tadi terasa sukar untuk digerakkan, tiba-tiba terbebas dengan sendirinya. Berlari dia mendapatkan Zubaidah yang terbaring tidak bermaya di atas lantai. "Ida..!! Kenapa Ida buat begini..?! Jangan tinggalkan Omar di sini Ida..", Omar menjerit sambil memangku tubuh lesu Zubaidah ke riba. Nyawa wanita itu sudah hampir tiba ke penghujungnya. "Ida minta maaf.. Ida sayangkan Omar..!! Tapi Ida juga sayangkan anak kita Omar..!! Ida sayangkan kedua-duanya..", ujar Zubaidah dengan nafas yang tersekat-sekat. Dia dapat merasakan tubuhnya menjadi semakin sejuk dan kebas. Pandangannya berpinar-pinar. "Mengucap Ida.. Mengucap..!!", Omar berkata sambil menggoncangkan tubuh wanita itu yang semakin lemah terkulai dalam ribaan. Airmatanya mengalir tanpa dipaksa. Kesedihan yang menghurungi dirinya sudah tidak dapat dibendung lagi. "Kau memang berani Zubaidah..!! Mengorbankan diri untuk seorang anak yang tiada nyawa.. Untuk apa kau melepaskan peluang seperti ini Zubaidah..?! Omar kini dihadapan mata.. Mengapa bukan hidupnya yang patut kau jadikan sebagai taruhan..?!", lembaga itu bersuara kembali setelah hanya menyepikan diri dan menyaksikan segala-gala yang berlaku.
"Kerana cinta.. Aku cintakan lelaki ini..", Zubaidah bersuara perlahan. Ada darah yang mengalir keluar melalui bibirnya. Omar yang menyaksikan kesemua itu menggigil menahan marah. Terbit rasa dendam yang membara dalam jiwanya yang berkecamuk. "Binatang..!! Sanggup kau mempermainkan untung nasib orang lain..?! Nyawa itu adalah kerja Tuhan..!! Kau tak layak untuk berlaku seperti Yang Maha Esa..!!", Omar menengking sambil mengepal penumbuk. Tiba-tiba dia bangun dan terus menerkam ke arah lembaga tersebut. Tapi malangnya, bagai ada suatu kuasa ghaib yang menghalang dirinya dari terus melangkah menghampiri. Terpelanting tubuhnya laksana ditolak oleh sesuatu. "Cis..!! Manusia dangkal..!! kau juga tidak layak untuk menasihatiku.. Kalau bukan kerana janji yang telah termeterai, hidupmu sudah lama kuhapuskan..!! Betapa aku ingin benar untuk meratah batang tubuhmu jika tidak kerana Zubaidah yang telah berkorban demi keselamatan kau dan juga anak ini.. Engkaulah penyebab kematian Zubaidah..!! Engkau puncanya..!!". jeritan lembaga itu menggemparkan isi rumah. Pada matanya mengeluarkan cahaya yang merah menyala. Menjegil pada Omar yang terpaku. Omar terdiam seribu bahasa. Menyedari yang dirinya adalah punca kepada tindakan wanita yang dicintai olehnya. Dia akhirnya melutut ke lantai. Airmatanya berjujuran menitis keluar dari takungan. Bala apakah yang menimpa dirinya ini?. Dia merasa begitu tidak berdaya sekali. Ditoleh pandangannya ke arah Zubaidah yang masih bersisa nafas. Wanita itu kelihatan tersedak-sedak seraya menghamburkan darah merah pekat. Tompok-tompok darah berselerakkan di sana-sini.
"DAMM..!!", pintu utama rumah itu terbuka dengan kuat. Wajah Wan Saodah tersua darinya. Bergegas Wan Saodah memasuki rumah agam itu. "Abang..!!", jeritnya. Terperanjat besar dirinya tatkala melihat Omar yang sedang menangis berlutut di atas lantai sedang tubuh Zubaidah yang tercungap-cungap di pembaringan berlumuran dengan darah. Segera dia mendapatkan suaminya. "Abang.. Apa dah jadi ni bang..?! Kenapa dengan Zubaidah..?! Kenapa bang..?!", soal Wan Saodah sambil mendakap suaminya dengan erat. Omar langsung tidak menjawab pertanyaan dari isterinya itu sebaliknya hanya menangis tersedu-sedan. Wan Saodah tidak mahu bertangguh lagi. Dia harus membawa suaminya keluar dari rumah itu. "Bangun bang..!! Mari kita tinggalkan tempat ini..!!", ujar Wan Saodah sambil memapah suaminya untuk bangun. Tatkala dia menghalakan pandangannya ke muka pintu, terbelalak matanya apabila menyaksikan sesuatu yang tidak pernah dilihatnya seumur hidup. Sekujur tubuh hitam bertanduk dan tinggi menggalah sedang berdiri di situ dengan sengihan garang ke arah mereka. Wan Saodah beristighfar sambil mengucap kalimah syahadah. "Makhluk apakah itu..?!", bisiknya. Dia lekas-lekas menarik lengan suaminya yang masih menangis keanak-anakan. "Pergi dari sini..!! Cepat Odah..!! Bawa suami kau bersama..!!", jerit Zubaidah diiringi dengan erangan yang lemah akibat kesakitan yang amat. Wan Saodah menjeling pada Zubaidah. Kemudian mereka pantas meninggalkan rumah itu dengan perasaan yang berdebar.
"Kau memang seorang wanita yang bertabah hati Zubaidah..!! Maut sudah begitu hampir dengan dirimu.. Kau pula membiarkan penoda serta pengkhianat itu keluar dari rumah ini..!! Kau telah memeterai janji dengan mengotakan syaratku.. Maka aku tidak boleh melakukan apa-apa kepada mereka..!! Tetapi aku akan memberikan kau satu pengecualian.. Anak ini mesti dijaga dengan baik..!! Tiada siapa yang boleh menjaga bayi ini lebih baik dari kau Zubaidah..!! Kau boleh teruskan hidup.. Tetapi hanya untuk tempoh yang tertentu sahaja..!! Aku akan datang menuntut janjiku.. Ingat Zubaidah..!!", ujar lembaga tersebut yang semakin lama semakin menipis menjadi kepulan asap berwarna hitam. Bayi yang dipangkunya sejak dari tadi elok terletak berhampiran tubuh Zubaidah yang tidak bergerak-gerak. Dentuman guruh di langit menandakan hujan bakal turun dengan lebatnya. Angin menderu-deru menerjah masuk melalui pintu rumah yang terbuka luas. Perlahan-lahan Zubaidah mengesot marapati bayinya. Dikucupnya dahi anak itu dengan perasaan kasih seorang ibu. "Ingat Zubaidahh..!!", suara lembaga itu bergema menerawang ke sekeliling tetapi kelibatnya sudah tiada di mana-mana. Hujan sudah mulai turun dengan lebatnya. Tiba-tiba Luqman yang datang entah dari mana menerjah memasuki rumah. Alangkah terperanjatnya dia tatkala melihat isteri dan anaknya terbaring di atas lantai. Luqman segera memangku bayi mereka dan duduk bersebelahan dengan Zubaidah. Tanpa di duga, mata anak kecil itu tiba-tiba terbuka dengan diiringi oleh tangisan yang tenggelam dalam bunyi guruh sabung-menyabung. Zubaidah tersenyum sendirian sedang Luqman pula ternganga tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
seronok bca crta ni...jln crta yg menarik,ble pgi jau lg..:)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
A'kum...
Saya amat teruja membaca novel perjanjian alam ghaib ini.......
tidak salah sekiranya novel ini dibukukan.....