BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Januari 14, 2009
Novel : Pergilah Airmata 19
Nama Pena : Hanni Ramsul

"What?!,"
Sabrina tersentak. Menyelit di sebelah Badrul yang kelihatan lebih tenang daripadanya. Wajah Datuk Hamidi tidak berani ditentangnya. Cebikan Datin Hamidah pun tidak berani dia lihat.
"Nonsence! Mengarut! Abah tak setuju,"
Sabrina sekali lagi tersentak. Dia memandang wajah Badrul. Tidak sanggup menanggapi kemarahan Datuk Hamidi. Kemarahan itulah yang membuat dia menjadi bisu kelu dua bulan yang lalu. Yang membuat dia setuju menjadi isteri Badrul tanpa sepatah pun bantahan. Yang mambuat melangit marah Badrul padanya.
"Kamu ingat ini perkara main-main ke?,"
"Kamu, Badrul. Kamu rasa kamu ni dah cukup layak ke nak madukan isteri kamu? Dah cukup ilmu di dada tu?,"melantun suara garang Datuk Hamidi memenuhi segenap ruang tamu yang besar itu.
"Kamu pula Sabrina!,"
Sabrina tersentak lagi. Perlahan menngangkat muka memandang wajah menyinga Datuk Hamidi.
"Dah hilang perasaan ke kamu? Senang-senang nak bagi suami kamu kat orang lain?,"
"Tapi, abah…,"
Pantas jemari Badrul menjentik lengannya. Dia menoleh. Badrul meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Memberi isyarat agar dia tidak bersuara.
"Diam! Abah belum habis cakap!,"
Air mata jatuh laju di pipinya mendengar tengkingan itu. Tersentap apabila Datuk Hamidi tiba-tiba menengkingnya kerana menyampuk. Patutlah cepat Badrul memberi isyarat. Namun, terasa perasaannya sedikit tenang apabila jemari Badrul perlahan menggenggam tangannya. Terasa Badrul ada disisinya untuk memberi dia kekuatan berhadapan dengan kemarahan Datuk Hamidi.
"Abah cakap, abah tak setuju. Titik. Kamu dah kahwin dengan Sabrina. Hidup saja dengan Sabrina. Tak payah mengada-ngada nak kahwin lain,"
"Apa salahnya, abah? Menantu awak pun dah setuju, kan?,"Datin Hamidah tiba-tiba menyampuk.
"Dia setuju ke, anak awak yang paksa?,"soal Datuk Hamidi geram.
"Saya yang setuju,"cepat-cepat Sabrina menjawab. Cuba memberanikan diri menyampuk sekali lagi. Datuk Hamidi merenung tajam wajahnya.
"Kenapa?,"
Sabrina menelan liur. Sekali lagi dia memandang wajah Badrul. Entah kenapa, melihat wajah Badrul, dia terasa bagai mendapat kekuatan untuk terus bersuara.
"Sebab Badrul berhak hidup bahagia, abah,"
"Sekarang dia tak bahagia ke?,"soal Datuk Hamidi lagi. Sabrina diam.
"Abah. Saya bercinta dengan Yana dah lama abah. Benarkanlah saya kahwin dengan dia. Saya nak kahwin dengan orang yang saya cinta,"
"Sabrina? Sabrina macam mana?,"
"Abah tak perlu risau pasal saya. Saya boleh terima kenyataan ini,"sekali lagi Sabrina bersuara.
Datuk Hamidi mengeluh keras.
"Kamu orang muda ni kan, semuanya kamu anggap ringan. Bad, kamu ingat senang ke kamu nak pikul tanggungjawab ni? Perkahwinan kamu dengan Sabrina ni pun, abah tengok macam tak berapa nak elok lagi, ada hati pula kamu nak kahwin lain?,"
"Saya dah tak ada masalah dengan Sabrina, abah,"cepat-cepat Badrul bersuara sambil memaut bahu Sabrina. Sabrina tersenyum kelat.
"Kalau tak ada masalah, kenapa nak kahwin lain?,"
Senyum Sabrina mati. Badrul tergamam. Sudahnya dahinya diletakkan di bahu Sabrina. Sabrina memandang wajah bapa mertuanya. Pandai lelaki ini membuat kenyataan yang boleh memerangkap. Memerangkap Badrul. Apa lagi alasan Badrul pada bapanya?
Perlahan Badrul mengangkat mukanya.
"Pleaselah abah. Biarlah saya kahwin dengan Dayana. Inilah satu-satunya permintaan saya. Saya dah tunaikan permintaan abah untuk kahwin dengan Sabrina. Sekarang, abah tolonglah tunaikan permintaan saya pula,"
"Nekad ke kamu nak kahwin dengan Dayana tu?,"
Badrul mengangguk.
"Kamu Sabrina…,"
Sabrina mengangkat muka.
"Ya, abah,"
"Kamu yakin, kamu tak akan menyesal dengan keputusan yang kamu buat ni?," Sabrina mengangguk.
"Abah mahu kamu jawab,"
"Saya tak menyesal, abah. Kalau saya halang perkahwinan ini, barangkali itu akan buat saya menyesal,"
"Bad… kamu dengar apa yang isteri kamu cakap tu?,"
Giliran Badrul pula yang mengangguk.
"Kamu tak rasa apa-apa?,"
"Rasa apa?,"
Datuk Hamidi merengus marah.
"Kamu yakin kamu tak akan menyesal buat macam ni kat Sabrina?,"
"Tak,"
"Abah tetap tak setuju. Abah bagi kamu masa untuk kamu berdua fikir semula keputusan kebudak-budakan yang kamu buat ni. Tiga hari. Tiga hari abah bagi kamu masa untuk fikir masak-masak. Lepas tu, kalau kamu nak teruskan juga abah tak akan halang. Dan, abah juga tak akan ambil tahu apa-apa lagi pasal kamu berdua. Kalau ada masalah di kemudian hari, jangan cari abah,"
Sabrina menarik nafas sedalam mungkin. Hari ini genap tiga hari masa yang Datuk Hamidi berikan. Entah apalah jawapan yang akan Badrul berikan. Dia harus akur dengan setiap keputusan lelaki itu. Dia sudah bersetuju dengan permintaan Badrul. Matanya ditebarkan ke luar bangunan. Melalui dinding kaca, dia dapat melihat suasana malam di kawasan Sunway Lagoon yang luas. Di sini, tempat kenangannya bersama Ikmal. Dia mengeluh lagi. Leka melayan perasaan di situ. Berterima kasih pada Badrul kerana mengizinkan dia keluar dari banglo besar itu buat seketika.
"Ina…,"
Sabrina sedikit tersentak. Dia mengangkat muka.
"Abang…,"
Dia kaku seketika melihat senyuman yang terukir di bibir Ikmal. Rindunya dia pada lelaki ini. Rindu sunguh-sungguh.
"Apa abang buat di sini?,"
"Apa Ina buat di sini?,"Ikmal bertanya semula soalan yang meniti di bibir Sabrina. Sabrina tersenyum kecil. Ikmal bagai hanyut di dalam senyuman itu. Sesungguhnya dia amat merindui senyuman itu.
"Abang selalu ke sini,"Ikmal menyambung bicara melihat kebisuan Sabrina.
"Kenapa?,"
"Cari Ina,"
"Cari Ina?,"soal Sabrina sedikit hairan.
Ikmal tersenyum kecil.
"Cari Ina dalam kenangan-kenangan kita…,"
"Abang. Janganlah cakap macam tu,"
Ikmal tersenyum pahit.
"Abang buat Ina sedih,"bisik Sabrina perlahan.
"Ina buat abang sakit…,"
"Abang…,"
Ikmal tersenyum melihat wajah Sabrina yang sudah mendung. Tidak banyak berubah sifat Sabrina di matanya. Sabrina tetap seorang gadis yang penuh dengan rasa belas kasihan pada kesusahan orang lain. Ternyata status menantu seorang datuk tidak mengubah personaliti Sabrina yang amat dia senangi itu.
"Abang gurau saja,"
Sabrina tersenyum pahit.
"Gurau abang tak kelakar. Abang sendiri pun tak gelak…,"
Ikmal tersenyum lagi.
"Ina seorang saja ke?,"
Sabrina mengangguk. Ikmal tersenyum lagi. Perlahan melabuhkan punggung di hadapan Sabrina.
"Ina bahagia sekarang?,"
Sabrina tersenyum tawar. Bahagiakah dia? Bagaimana dia mampu bahagia kalau terpaksa berpisah dengan lelaki yang amat dia cintai ini? Sekilas matanya tertangkap sebentuk cincin di jari manis Ikmal. Dia kenal cincin itu. Tanpa sedar dia menyentuh cincin di jari Ikmal. Memandang Ikmal dengan pandangan penuh pertanyaan. Ini cincin yang dia pilih untuk majlis pertunangannya dengan Ikmal. Dia minta Ikmal yang simpan cincin itu cincin yang akan dia sarungkan ke jari lelaki itu.
"Abang?,"Sabrina bersuara sambil menatap mata Ikmal. Mahukan penjelasan dari Ikmal. Hatinya menjadi resah melihat cincin itu tersarung di jari manis lelaki itu.
"Mak. Kehendak mak. Mak nak pertunangan itu diteruskan juga,"
Bagai ada batu yang menghempap dadanya saat dia mendengar kata-kata yang meniti di bibir Ikmal. Maksud lelaki itu, dia kini sudah menjadi tunangan orang? Dia pandang wajah Ikmal. Kekasihnya kini sudah bertunang dengan orang lain. Dadanya menjadi sesak tiba-tiba. Pedih. Perit. Dan ngilu. Ada sesuatu yang sedang menghiris hatinya saat ini. Ada sesuatu yang menghalang nafasnya saat ini. Membuat dia sukar bernafas.
"Siapa bang?,"
Ikmal menelan liur. Soalan lirih Sabrina menggetarkan perasaannya. Dia dapat lihat kesedihan yang tidak tertanggung di mata gadis itu.
"Siapa?,"
"Mar…,"
Tidak! Tidak!
"Sabrina!,"
Sabrina kaku. Memandang kosong wajah Ikmal. Terasa tubuhnya terlalu ringan saat itu. Bagai melayang-layang. Terasa lengannya direntap kuat. Namun, dia tidak berasa apa-apa. Tidak terasa sakit.
"Hey! Jangan buat Ina macam tu,"
Sabrina terkebil-kebil melihat kemarahan Ikmal.
"Kau diam! Dia isteri aku. Suka hati aku, aku nak buat dia macam mana?,"
Pandangannya dialihkan pula Badrul yang menyinga. Entah dari mana lelaki ini muncul. Wajah bengis Badrul tidak dapat menyuntik rasa gentar di hatinya. Dia hilang rasa. Dia hilang perasaan.
"Balik!,"
Dia Cuma mengikut sahaja langkah Badrul yang laju. Dia mendengar mulut Badrul membebel. Tapi, satu pun tidak singgah di fikirannya untuk diproses. Ternyata dia terlalu terkejut dengan berita yang Ikmal sampaikan tadi.
"Sabrina!,"
Dia tersentak. Baru tersedar dia bukan lagi berada bersama Ikmal. Dia bersama Badrul di kawasan meletak kereta. Dalam suasana yang agak gelap dia dapat melihat wajah Badrul yang merah menyala.
"Aku dah agak! Kau jumpa lagi lelaki tu. Itu sebabnya kau nak keluar ya? Patutlah dengan senang hati kau izinkan aku kahwin dengan Dayana. Rupa-rupanya kau ada agenda lain ya? Mulai hari ini aku tak benarkan kau keluar dari rumah. Faham?!,"
Sabrina mendongak memandang wajah Badrul. Rasa sedih dengan pertunangan Ikmal baru membekas di hatinya. Membuat rasa pilu menyelubungi perasaan. Sudahnya, dia menjatuhkan diri ke dalam pelukan Badrul. Melepaskan tangisan semahu-mahunya di dada Badrul. Membuat Badrul kaku seketika. Perlahan menggaru kepala.
"Alahai. Ini yang aku lemah ni. Asal marah.. menangis. Asal marah… menangis. Sudahlah tu. Malu orang tengoklah,"Badrul bersuara geram. Tiada reaksi. Cuma tangisan Sabrina saja yang tetap tidak mahu reda. Dalam enggan perlahan dia mengusap rambut Sabrina yang tersanggul rapi. Mengusap belakang Sabrina. Cuba mententeramkan gadis itu.
"Kenapa ni? Kau menangis sebab aku marah ke sebab kekasih kau tu? Dia mintak duit dengan kau ke?,"
Sabrina menggeleng di dalam pelukan Badrul. Tidak mampu bersuara.
"Sudahlah tu. Jangan menangislah…,"
"Assalamualaikum Encik,"
"Waala…oh my god…,"Badrul tergamam. Kaku melihat dua anggota polis bersama dua orang lelaki berkopiah yang datang menyapa.
"Waalaikumussalam,"jawabnya lemah. Perlahan dia meleraikan pelukannya.
"She’s my wife. Kami dah kahwin,"laju Badrul bersuara. Sabrina mengangkat muka. Terpempan. Takkanlah kot! Takkan sekali lagi?
"Boleh tunjukkan kami kad perakuan nikah?,"
"Kau bawa tak?,"laju Badrul bertanya. Sambil mengesat air mata, Sabrina menggeleng. Membuat Badrul tersandar lemah pada keretanya. Sabrina menahan nafas.
"IC, Encik,"
Badrul akur pada permintaan empat lelaki di hadapannya itu.
"Maaf Encik. Perlakuan Encik tadi tak manis. Encik terpaksa kami tahan. Sila ikut kami ke balai,"
"Dia isteri saya, Encik,"
"Sesiapa pun boleh jadi isteri kalau dah kena tangkap macam ni, Encik,"
Sabrina kelu. Cuma wajahnya terasa menebal. Malu. Malang betul. Tangisannya mati tiba-tiba. Sedihnya juga hilang buat seketika.
"Tapi, Encik…,"
"Sila beri kerjasama encik,"
Badrul mengeluh keras. Sempat menjeling ke arah Sabrina yang kelihatan terkejut. Geram sungguh dia pada gadis itu.
"Baiklah. Tapi, saya follow dengan kereta saya?,"
"Maaf Encik. Encik pergi dengan kami,"
"Kereta saya?,"
Pegawai polis di hadapannya Cuma tersenyum nipis.
"Okay. Tapi, saya nak buat panggilan dulu,"
"Sekejap saja, Encik,"
Badrul mengangguk. Pantas dia mengeluarkan telefon dari poket seluar. Menghubungi bapanya.
"Encik boleh bercakap dengan bapa saya. Dia boleh buktikan yang kami dah kahwin,"
"Semua orang boleh jadi ayah Encik, dalam telefon ni,"salah seorang lelaki berkopiah bersuara lembut. Badrul mengeluh perlahan sambil membawa telefon ke telinga.
"Hello. Assalamualaikum, Abah,"
"Waalaikumussalam,"
"Abah… datang ke balai,"
"Kenapa? Apa kamu dah buat?,"
"Abah bawa sekali kad akuan nikah saya dan Sabrina. Ada dalam laci dalam bilik saya,"
"Kenapa pula?,"
"Saya kena tangkap basah,"
"Hah?! MasyaALLAH Bad. Kamu ni kenapa? Tak habis-habis nak malukan abah. Kali ni, dengan siapa pula?,"
"Dengan Sabrina,"
"Subhanallah! Kamu ni! Kamu kat mana ni?,"
"Subang. Kat Sunway. Cepat sikit abah. Bawa Rahman sekali. Suruh dia datang ambil kereta saya,"
"Abah tak tahulah kamu berdua ni!,"
"Okaylah abah. Cepat sikit ya,"
Talian telefon diputuskan. Tidak mahu mendengar leteran bapanya. Dia memandang wajah Sabrina. Ingin marah, tetapi, memikirkan ada empat orang lelaki sedang memerhatinya, niat itu dibatalkan.
"Encik, sila ikut kami,"
Badrul mengangguk lemah sambil mencapai tangan Sabrina. Melangkah lemah mengekori lelaki-lelaki itu menuju ke arah kereta peronda polis. Nasib baik saat ini kawasan itu lenggang. Tidak ada mata yang memandang. Kalau tidak, tidak tahu di mana hendak dia sorokkan muka.

***

Datuk Hamidi tersenyum.
"Maaf atas salah faham ni, Datuk,"
"Tak apa. Saya faham. Encik Cuma menjalankan tugas,"
Badrul Cuma memandang. Lelaki berkopiah yang bersalam dengan bapanya itu, direnungnya.
"Encik Badrul, lain kali, kalau keluar, jangan lupa bawa dokumen penting,"
Badrul tersenyum kelat. Faham dokumen penting yang dimaksudkan lelaki itu.
"Kami boleh pergi sekarang?,"soal Datuk Hamidi masih bersama senyuman. Badrul turut tersenyum nipis. Dia tahu, senyuman bapanya itu, sekadar menutup rasa marah di hati.
"Kamu ni! Tak serik-serik ya?,"
Badrul tersengih. Betul tekaannya. Suara Datuk Hamidi meninggi sebaik keluar dari balai polis.
"Benda nak jadi, nak buat macam mana, abah?,"
Datuk Hamidi membuang pandang. Geram yang teramat sangat. Kalau tidak memikirkan dia kini berada di kawasan awam, mahu saja dia menengking anak menantunya itu sekuat hati. Tidak pandai menjaga diri!
"Saya minta maaf, abah,"Sabrina bersuara perlahan. Ayat pertama yang meniti di bibir gadis itu sejak dari tadi. Datuk Hamidi menatap wajah Sabrina yang ketakutan. Melihat wajah itu, hatinya panasnya tiba-tiba menjadi sejuk. Marahnya sedikit hilang. Mungkin kata-kata maaf itu yang mencairkan marahnya.
"Kalau tahu nak keluar bersama, bawa kad nikah tu. Benda macam ni, pun kamu berdua tak boleh nak fikir ke? Apa, seronok sangat ke, kena tangkap basah ni? Sampai dua kali kena tangkap?,"
Badrul menjeling ke arah Sabrina..
"Ini semua kau punya pasal, tahu tak?,"
"Apa pulak?,"soal Sabrina sedikit resah. Dia pula yang disalahkan.
"Yang kau peluk aku tu, kenapa?,"
Wajah Sabrina tiba-tiba bertukar warna. Malu pada Datuk Hamidi, apabila kata-kata itu meluncur laju dari bibir Badrul. Datuk Hamidi sembunyi senyum. Sedikit lucu mendengar kata-kata marah anaknya, juga melihat wajah Sabrina yang menahan malu. Hendak marah pun, rasanya tiada guna.
"Sudah! Sama saja. Dah tak boleh tunggu sampai rumah ke?,"
Sabrina tunduk. Perlahan mengetap bibir bibir. Malunya Tuhan saja yang tahu. Gara-gara kata-kata Badrul, bapa mertuanya sudah berfikir yang bukan-bukan.
Datuk Hamidi memandang wajah anak dan menantunya.
"Kalau dah, kat luar pun dah kena tangkap basah lagi sekali ni, nampaknya rancangan kamu tu kira batallah ya?,"
"Rancangan apa abah?,"
"Tak jadilah kamu nak kahwin dengan Dayana?,"
Badrul diam. Mendengar soalan itu, dengan cepat dia teringatkan lelaki bersama Sabrina. Dengan cepat juga dia teringatkan tangan Sabrina yang menyentuh lembut tangan lelaki itu sebentar tadi. Membuat dia yakin, Sabrina memang ada agenda yang tersembunyi. Membatalkan niatnya merupakan satu kesilapan besar. Dia yakin, Sabrina tidak dapat menjadi isteri yang baik untuknya. Gadis itu Cuma bermain wayang.
"Saya nekad. Saya tetap nak kahwin dengan Dayana. Secepat yang mungkin,"
Datuk Hamidi mengeluh panjang. Sabrina merenung kosong wajah Badrul yang tiba-tiba bertukar serius.
"Abah malas nak masuk campur lagi. Kamu buatlah apa yang kamu suka,"
Badrul diam. Marah bapanya sudah sampai ke kemuncak. Dia tahu itu. Dan dia tahu bapanya akan mengotakan tiap katanya. Datuk Hamidi mengatur langkah meninggalkannya bersama Sabrina.
"Betul ke awak tetap nak kahwin dengan Dayana?,"soal Sabrina tiba-tiba.
"Kenapa? Kan kau dah setuju,"
Sabrina diam. Memang dia sudah bersetuju. Tetapi, kenapa tiba-tiba hatinya menjadi gundah? Kenapa tiba-tiba dia mengharapkan Badrul batalkan niatnya itu.
"Kenapa? Kau ubah fikiran ke?,"sekali lagi soalan Badrul singgah di telinganya. Segera dia menggeleng.
"Tak. Saya Cuma Tanya saja,"
"Baguslah,"
Sabrina diam lagi.
"Cepat. Abah dah tunggu,"
Sabrina panjangkan langkah apabila Badrul menarik lengannya. Laju dia berjalan cuba manyaingi langkah Badrul.
"Kereta saya macam mana? Awak turunkan saya kat Sunway. Saya nak ambil kereta,"
"Jangan harap. Kau nak ambil kereta atau kau nak jumpa kekasih kau tu?,"
"Saya Cuma terserempak dengan dia tadi,"
Badrul matikan langkah. Berdiri menghadap wajah Sabrina.
"Terserempak? Oh… terserempak. Aku tengok kau pegang tangan dia. Itu apa? Terpegang?,"
Sabrina ternganga. Salah faham lagi.
"Bukanlah. Saya…saya…,"
"Saya apa?,"
"Lupakanlah,"akhirnya Sabrina bersuara lemah. Sia-sia dia terangkan pada Badrul.
"Ingat sikit. Kau tu isteri orang. Lepas ni, aku tak nak kau keluar ke mana-mana lagi. Kau isteri aku. Tanggungjawab kau, jaga maruah aku…,"
"Tanggungjawab awak pula… apa?,"terlontar soalan itu dari bibir Sabrina. Cepat-cepat dia menutup mulutnya. Tersasul melepaskan geram pada Badrul. Badrul jegilkan mata.
"Kau nak persoalkan tanggungjawab aku pula? Kau nak aku jalankan tanggungjawab aku ke?,"
Laju Sabrina menggeleng. Tidak perlu. Lelaki itu tidak perlu bertanggungjawab ke atasnya. Dia tidak perlukan tanggungjawab Badrul sebagai suami.
"Tak payah. Saya tersalah cakap,"ujar Sabrina sambil mengatur langkah meninggalkan Badrul. Tidak mahu lagi bercakap tentang perkahwinannya dengan Badrul. Topic itu tiba-tiba menyesakkan dadanya. Badrul berlari kecil. Menyaingi semula langkah Sabrina yang laju.
"Aku temankan kau pergi ambil kereta,"
"Kereta awak macam mana?,"
"Rahman bawa,"
"Kereta abah?,"
"Abah drive sendiri,"
Sabrina diam. Badrul turut diam. Cuma melangkah laju kea rah Datuk Hamidi yang sudah menunggu di dalam kereta.
****

Label:

posted by Penulisan2u @ 2:26 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 14/1/09 9:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    eee...geramnyer ngn bad nih...
    cian sabrina...
    mesti dia bhgia di akhir cerita...
    n syoknyer,,
    aku jd org 1st yg coment...
    huhu..
    syok..
    cpt smbung...
    -nua-

     

  • At 15/1/09 1:06 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suka baca crita ni..
    tahniah penulis..
    hehe,sambung cepat2 ek..

     

  • At 15/1/09 3:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x sbar la nk bce smbngan strusny..
    hehe..bst sngat2..geram pn ad...huhu

     

  • At 16/1/09 6:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    very nive story.... i love it so muchhhhhhhhh... next n3 jgn lama ek

     

  • At 19/1/09 2:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wahh...
    best2..
    ske bc e citer ni..
    kak hanni mmg best la..
    cpt2 smbung ye kak..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group