Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ah, kacau betullah!" rengusnya geram. Bunyi jam loceng itu betul-betul mengganggu tidurnya. Lepas solat subuh pagi tadi, Ariessa menyambung kembali lenanya. Rasa mengantuk masih ada.Nasib baik hari cuti. Semalaman dia tidak tidur, menyiapkan lakaran pelan perumahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Tidak sempat dia "berbulan madu" walau sekejap selepas menamatkan pengajiaannya di Universiti Auckland. Mana tidaknya, papanya Dato' Iqbal terus "menitahkan" dia untuk terus bekerja di syarikat milik keluarga mereka. Apalah nasibnya…kawan-kawannya yang lain masih lagi berseronok "tanam buah anggur". Pernah juga dia menyuarakan hasrat mengajak kawan-kawan rapatnya semasa di Universiti Auckland untuk bekerja di sayarikat papanya, tapi pantas mereka memberi alasan untuk rehat dulu, lepaskan tension selepas penat belajar.
Ah, penat apanya! Bukannya dia tak tahu yang mereka semua tu bukannya boleh dikira sebagai "rajin", Cuma dia seorang jea yang yang melepasi CGPA First Class. Entahlah dia sendiri hairan bagaimana mereka semua boleh berkawan rapat, padahal perangai mereka semua bagai langit dengan bumi!
Perasaan malas masih lagi menguasai diri Ariessa, tetapi dipaksakan dirinya untuk bangun, nanti silap haribulan, berlubang telinga ditembak leteran mamanya. Anak dara mana elok bangun lewat. Rezeki susah nak masuk kalau tidur lepas solat Subuh. Memang mamanya tak ubah macam Ustazah Bahiyah, mungkin lebih dari Ustazah Bahiyah kot? Kalau bab bagi ceramah, memang mamanya itu ada bakat, papanya sendiri pun angkat tangan, mengaku kalah. Yalah, sejak mamanya mengikuti usrah di surau yang berdekatan dengan kawasan perumahan mereka, mamanya telah banyak berubah. Kalau dulu, mamanya suka mengahabiskan masanya dengan berpersatuan, melepak di salon kecantikan. Tapi sekarang, aktiviti mamanya lebih tertumpu kepada aktiviti kebajikan dan keagamaan. Baguslah macam tu, papanya pun senang dengan aktiviti baru mamanya itu!
"Arghh, malasnya….." rungut Ariessa. Semalam dia telah diberi amaran oleh papa dan mamanya supaya mengikut mereka ke airport! Entah apalah yang handak dibuat di sana, takkan nak makan angin? Biar betul mama dan papanya itu! Nak kata sambut saudara-mara yang datang bertandang, mana mungkin! Sebab adik beradik papa dan mamanya tinggal berdekatan dengan mereka! Ditanya tidak dijawab, macamlah rahsia besar sangat!
Tapi dia memang terperasankan sesuatu, beberapa hari sebelum itu, papa dan mamanya seakan-akan meyimpan sesuatu daripada pengetahuannya! Jangan buat yang bukan-bukan sudahlah. Sambil melangkah ke bilik air, Ariessa masih sempat menyanyi kecil.
Bukanlah aku sengaja… Melindungi rasa di jiwa.. Namun bimbang diri kan terleka, Hnayut dibuai angan dan mimpi hingga terabai segala cita, Sedang khayalan tak menjanjikan, Segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran….. Apakah mungkin engakau mengerti… Setiap cinta yang dilafazkan.. Bukanlah sekadar mainan… Tetapi sebuah janji….. Memang sudah menjadi tabiatnya, menyanyi semasa mandi. Mamanya memang pantang dengar bila dia nyanyi masa mandi,tapi apa boleh buat, sudah menjadi tabiatnya sejak kecil, hinggakan dia selalu diejek-ejek. Sakit hati betul dia masa itu. Alah! Kalau suara tu dah macam adik-beradik katak, janganlah perasan nak jadi penyanyi! Selalu sahaja kata-kata seperti itu diucapkan untuk menyakitkan hatinya!Huh..dengkilah tu, suara sebijik macam setan gurun! Bencinya…!!!Ah, buat apa dikenang zaman kanak-kanak…. Keluar sahaja dari bilik mandi, Ariessa sempat menjenguk handphonenya. Dua mesej, entah dari siapalah agaknya, fikir Ariessa. Namun mesej itu hanya dipandang sepi, tiada mood untuk membacanya. Tambahan pula dia terpaksa rela mengikut mama dan papanya "holiday" ke airport. Dengan badannya yang hanya berbalutka tuala, sempat Ariessa menayangkan bodynya di hadapan cermin. Lagaknya macam model professional. Ariessa meneliti keadaan badannya, melihat jika ada sebarang cacat cela. Syukur, kerana dia dikurniakan bentuk badan yang sihat dan cantik!
"Mana budak Riessa ni, dari tadi kita tunggu, tak jugak turun-turun. Tak bangun lagi agaknya budak tu….?mata Datin Sharifah meliar kearah tangga. Mengintai kelibat Ariessa yang belum lagi turun bersarapan.
"Alah, awak ni, macamlah awak tak tahu perangai puteri kesayangan awak tu? Kalau bersiap mengalahkan anak raja. Entah akan tersangkut dengsn putera raja manalah! Bukan main sakan lagi kalau dia bergaya…"
"Saya tak kisah dia nak bergaya ke, nak buat apa ke, sebab yang penting dia tahu jaga batasan diri dan pergaulan dia. Tak sanggup saya fikirkan jika anak saya buat hal macam budak-budak sekarang ni, pakai macam tak cukup kain, perangai pulak tak senonoh!" balas Datin Sharifah. Roti yang sudah siap disapu jem disuakan kepada suaminya. Senyuman dihulurkan oleh suaminya. Sungguh dia cukup bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang. Ariessa anak tunggalnya itu, walaupun hidup dalam limpahan kasih sayang dan kemewahan, namun semua itu tidak menjadikan Ariessa seorang yang bongkak dan sombong dan yang paling penting, anaknya itu tahu mejaga diri sebagai muslimah.
"Hah, panjang pun umur anak awak tu" kata Dato' Iqbal. Muncung bibir Dato' Iqbal kearah Ariessa yang kelihatan menuruni anak tangga.
"Assalamualaikum, mama..papa.." ucap Ariessa. Sebaik sahaja sampai ke meja makan, pantas Ariessa menyalami tangan kedua-dua mama dan papanya. Memang itulah yang telah diajarkan oleh mama dan papanya itu sejak kecil. Dato' Iqbal dan Datin Sharifah tersenyum senang. Ariessa memang anak mereka yang baik dan pandai menghormati orang tua.
"Lawa anak papa hari ni,bersemangat nak pergi nampak? usik Dato' Iqbal. Muncung mulut Ariessa saat itu.
"Papa ni…"
"Takdelah, papa tengok bukan main lagi Riesa bersiap. Macam beria-ia jea nak pergi. Semalam bukan main lagi cakap tak nak pergi" tercetus ketawa dari mulut Dato' Iqbal. Tahu bahawa anak tunggalnya itu pantang diusik! Dipandang isterinya itu, ada suatu isyarat yang dihantar ketika itu, namun tidak dilihat oleh Ariessa yang sedang mengunyah roti bakar kegemarannya.
"Alah, manjanya puteri mama ni. Kita pergi sekejap jea, pastu kita baik la" sampuk Datin Sharifah. Ariessa mendongakkan wajahnya kearah mamanya.
"Kita pergi kat sana, nak buat apa mama? Pelik Riessa, tiba-tiba jea nak pergi airport. Sebelum ni, mama dan papa takde pun ajak Riessa sekali kalau nak pergi sambut sesiapa" tanya Ariessa. Dia masih ingat, dua minggu dia merajuk dengan mama dan papanya, gara-gara mereka tidak mengajaknya sekali untuk menjemput mama Katty dan papa Ady yang baru balik bercuti dari Australia. Mama Katty dan papa Ady ada mengajaknya sekali untuk bercuti di Negara Kangaroo itu tapi dia terpaksa menolaknya. Alasannya dia sibuk, padahal dia tak nak terserempak atau terjumpa dengan seseorang. Biarlah, tiada siapa yang harus tahu tentang hal itu! Buat malu sendiri jea…dan untuk kali itu, dia akan lebih berhati-hati!
"Siapa lagi yang pergi ma?"
Rasa tidak puas hati memang jelas terbayang di raut wajahnya saat itu. Misteri betul mama dan papanya pagi itu. Besar sangatlah agaknya rahsia yang mereka rahsiakan itu
"Mama Katty dan papa Ady pergi sekali tak? Tanya Ariessa pula. Entah kenapalah nama mereka yang disebut. Makin rancak mulutnya mengunyah sandwich yang dibuat oleh mamanya itu. Sedap! Mamanya memang pandai masak.
"Mama Katty dan papa Ady mesti pergi sekali sebab aa…"
Awak ni…!" pantas sahaja Dato' Iqbal memintas percakapan isterinya itu. Tepinga-pinga Datin Sharifah sekejap takkala menyedai keterlanjurannya tadi. Nasib baik! Kalaulah Ariessa tahu, kerat sepuluh jari pun, anak gadisnya itu tidak akan pergi sama. Entahlah dia sendiri pun tidak tahu, kenapa anaknya jadi macam itu. Gerak hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang telah berlaku, tetapi dia sendiri tidak pasti penyebabnya.
"Kenapa pa..?soal Ariessa. Dipandang papanya minta jawapan. Kenapa bila mamanya cakap yang mama Katty dan papa Ady ikut sekali, cepat-cepat papanya menyampuk? Dan dia terkesankan ayat terakhir mamanya yang tidak sempat dihabiskan. Makin bertambah pelik jadinya.
"Ni yang aku tak suka ni…"bisik hati Ariessa. Entah kenapa, rasa sakit hatinya kembali bertandang, sama dengan perasaan yang pernah dialaminya sejak 20 tahun yang lalu. Ahh, takkanlah…bisik hatinya lagi. Mindanya ,mula berteka-teki, mencari-cari jawapan yang pasti!
"Macam mana dengan pelan perumahan tu? Riessa dah siapkan drafnya?" Dato' Iqbal mula melencongkan perbualan mereka. Tidak mahu anaknya itu berfikir yang bukan-bukan atau mereka terlepas cakap, nanti hancur semuanya. Mendengar pertanyaan papanya itu, Arierssa mengeluh kelegaan.
"Riessa…Riessa..takkanlah semata-mata nak siapkan draf tu, Riessa tak tidur? Lain kali jangan buat macam tu lagi, kalau Riessa jatuh sakit macam mana?" tegur Dato' Iqbal. Namun Ariessa hanya tersengih mendengar bebelan papanya itu. Sudah kerap kali ayat itu berdendang di halwa telinganya dan hanya senyuman manis yang diberikan oleh Ariessa. Dato' Iqbal memang tahu, Ariessa memang degil dan keras kepala kalau berkaitan dengan kerja, sebab itu memang dia tidak teragak-agak untuk menyerahkan urusan syarikat itu kepada anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tahu, Ariessa seorang mana mampu nak uruskan syarikat tu, sebab itu dia sudah merancang segala-galanya. Ya ALLAH, Engkau permudahkanlah urusan aku…,doanya dalam hati.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best cpt smbng