Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tok Salim duduk di beranda biliknya. Mengenangkan keegoannya selama ini membuat dia insaf sendiri. Kerana keegoannya dia kehilangan anak dan menantunya dan kini cucunya sendiri menjauh. Akil.Cucu yang diabaikannya selama ini. Walaupun Akil tidak membesar di depan matanya tetapi setiap peristiwa yang berlaku pada anak itu pasti diceritakan oleh anaknya Shamsiah lewat surat yang selalu diutusnya. Akil anak yang baik. Patuh pada orang tua. Tetapi semenjak kematian Shamsiah anak itu terlalu membencinya. Dia tahu dia juga adalah penyebab kematian Shamsiah. Malam itu dia mengadu sesak nafas. Entah mengapa dia merasakan nyawanya bagai di hujung. Waktu itulah dia terlalu merindukan Shamsiah. Puas dia mengadu pada Salmah agar menelefon Shamsiah. Namun keesokkannya dia mendapat perkhabaran Shamsiah terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya sewaktu berkejar ke hospital. Dan dia sehingga kini terkilan yang amat sangat.Tidak sempat memohon maaf pada anak perempuannya. Janjinya, dia pasti menjaga Akil untuk dia menebus semua kesalahannya pada Shamsiah juga menantunya Azman. Hanya kerana Azman tidak setaraf dirinya, dia merendahkan maruah Azman, dia menghalau Shamsiah dari rumah, dia memutuskan semua hubungan kekeluargaan. Muhammad Akil. Cucu yang diambil tinggal bersamanya semenjak Akil berusia 16 tahun. Cucunya menjadi seorang yang pendiam, pemarah dan sentiasa mencabar kesabarannya. Namun dia tahu itulah harga yang patut dia bayar atas kesalahannya.Entah mengapa cadangannya untuk menunangkan Akil dan Elin dipersetujui Akil. Dia tahu Elin, anak gadis yang baik yang boleh memahami Akil. Walaupun mereka selalu bergaduh semenjak sekolah lagi namun jauh di sudut hati Tok Salim dia berharap Elin mempunyai tempat di hati Akil.
"Hai Elin", Wana duduk di depan Elin sambil mencuit pisang goreng. "Ish kau ni.Tahu-tahu aje kat meja aku ni ada makanan ye?", Elin tersenyum seraya berpusing mengadap Wana. "Biasalah aku.", "Ni kau datang jauh menapak ni sure ada la tu nak minta tolong aku. Macam aku tak tahu", Wana tersengih.Di tangannya ada sebuah fail. "Elin.Aku betul-betul nak minta tolong kau pasal ruang lobi ofis kita ni. Aku dah try minta tolong Zul tapi dia busy la dengan projek sayembara dia tu", aku menjuih. Tu tak lain nak minta tolong aku la tu. "So?", Wana tersenyum sumbing. "Yang kau apehal pulak?", "Aku kena siapkan laporan pasal anugerah hari tu. Kau jangan risau la Elin. Aku dah dapatkan Syarikat interior tu. Quotation pun dah ada.Tinggal nak follow up je. Asal bos lulus kira jalanla", aku mengeluh. Emmm....bolehla kot aku tolong. Projek aku dah hampir selesai. "Syarikat mana kau pilih?", "Kat area Bukit Bintang ofis dia. SH Design.Bumiputera tau.lagi satu yang paling best, 2 bos besar dia kat atas tu handsome.Sure kau tak rugi punya. Silap-silap sangkut.", Wana ketawa. "Eh Elin mana boleh.Dia dah ada tunang. Aku bolehla.Elin, kalau kau pergi meeting aku ikut tau", Fiza tiba-tiba mencelah. "alamak.Tetiba aku rasa macam tak nak bagi pulak projek ni kat kau", Wana mencebik. "Eh, tak baik buruk siku!!!!!", aku dan Fiza serentak bersuara.
"Hai Akil, semenjak dah bertunang ni asyik termenung je. Cantik sangat ke tunang kau tu?", Idham duduk di sebelah Akil. "Banyakla kau. Kalau kau nak tahu rupa dia tu macam nenek tahu", Akil membayangkan Elin di depan mata. Mulut gadis itu memang macam dah tak boleh dikawal.Namun dia puas kerana dapat menyakitkan hati Iwan. Dia tahu Iwan sudah lama menaruh hati pada Elin. Tunang?Huh..Sedikit pun dia tidak ada hati dengan Elin. Diakui gadis itu memang menawan namun keakraban Elin dengan keluarga atuknya membuat dia meluat pada gadis itu. "Nenek?Ish..biar betul?", bunyi interkom mengejutkan mereka berdua. Shalini PA Akil bersuara di hujung talian. "Betul ke kau tak suka langsung kat Elin tu?Tapi tak baik tau kau buat dia macam tu. Dia tak salah apa-apa pun", Akil menghela nafas. "Kami sama-sama tak suka antara satu sama lain.asalkan aku dapatkan sakitkan hati Iwan aku dah puas hati". "Mr. Akil, Cik Elina from KDP ada di luar.", Akil mengannguk dan menyuruh Shalini membawa mereka ke bilik meeting. "wow, awek.Nak ikut!", Idham tersenyum ala-ala romeo. "Tak payah.Pergi buat kerja", serentak Akil bangun dan berlalu keluar.
Lelaki di hadapannya kini sememangnya membuatkan dia sakit jantung tiba-tiba. Kenapa dia perlu berurusan dengan lelaki ini dan kenapa dia tak tahu dia akan berhadapan dengan makhluk yang sangat dibencinya ini?SH Design ni dia punya syarikat?Kenapa aku tak tahu????? "Duduk":Akil tenang bersuara. Dia juga tidak menyangka Cik Elina adalah Elin. Elina menarik nafas cuba menenangkan hati. Dia mengangkat wajah memandang Akil. "I akan menggantikan Cik Wana dalam berurusan dengan syarikat u.Actually, suppose today u bagi i lihat design kan?", "well, saya lebih suka berurusan dengan Cik Wana", Akil bersuara sombong sekali. "Untuk pengetahuan awak, saya pun kalau boleh tak ingin nak tengok muka awak kat sini tapi sebabkan kerja, saya terpaksa. Dalam erti kata lain kita sama-sama meluat kan?so fokus pada kerja and kita selesaikan secepat mungkin.Boleh?", Elin sedaya upaya mengawal kemarahannya. "Okey.Depan awak tu ada fail.and lakaran ada dalam tu", Elin membuka fail di depannya. Memang cantik. Tak sangka juga hati beku dan angin tak tentu pasal seperti Akil boleh menghasilkan rekaan sebegitu.Eh bukan dia yang lukis kot? Elin leka memerhati rekaan di depannya. Akil hanya memandang. Entah mengapa Akil terasa tenang melihat wajah Elin. Itu pertama kali dia merasakannya. "Okey.Saya puas hati.Cuma saya perlukan kelulusan bos saya dulu. Kalau dia setuju saya akan maklumkan nanti", Elin bersedia untuk bangun. Akil mengangguk setuju. "Hai", Idham yang muncul di muka pintu tiba-tiba mengejutkan mereka berdua. "Hai, I’m Idham", "Oh hai. I Elina Zarin.Call me Elin je.", Elina tersenyum manis. "Dah selesai ke meeting. Kalau macam tu jom la kita lunch sama-sama.Shall we?", Idham mengajak ikhlas. "Tak payahlah Am. Cik Elina kita ni nak balik cepat.", Akil tiba-tiba mencelah.Huh....aku tak cakap apa-apa pun.Tak heran.Aku pun tak hingin. "Oh ye ke?well lain kali la ye.Cik Elin kena janji kalau datang lagi u kena ikut kitorang lunch", Idham memandang Akil.Pelik dirasakan kawannya itu.
"Rugi la kau tak ayat awek tu. Cun tu.", Idham menyuap lasagna. "Aku cakap dengan kau ni. Yang hari tu datang lain. Yang ni orang lain pulak.Kalau aku tahu baik aku ambil projek tu dari kau. Bagi kat kau buang karen je.Hati kayu", "Idham, kau kan teringin sangat nak tengok muka perempuan yang jadi tunang aku tu kan?", Idham memberhentikan suapannya. "Mana?Mana?", "Yang datang tadi tu la tunang aku", Akil selamba meneguk air di depannya. "Hah?Elin tu tunang kau?Fuyoh...gila kau.Perempuan macam tu kau sia-siakan?Buta apa kau ni?", Idham terkejut yang amat sangat. "Kau tu pandang muka je.", Akil menggeleng kepala. "Dari muka dia pun aku tahu dia perempuan baik Akil", Idham memandang Akil. Akil memandang sekitarnya. Suasana di restoran ini agak sibuk. Entah mengapa hari ini dia mengajak Idham makan di sini. Namun matanya membuntang apabila terlihat kelibat lelaki dan perempuan yang memasuki restoran ini.Kenapa aku mesti terserempak dengan mereka?Akil seakan terpaku.Idham memerhati ke arah yang dilihat Akil.Elin!!dengan siapa?
Elin agak tersentak melihat Akil dari jauh. Iwan hanya memandang selamba pada Akil. "Elin terkejut ke nampak Akil?", Iwan bersuara setelah mereka mendapat tempat duduk. Betul-betul mengadap Akil.Ish..... "Err..taklah.er..terkejut sikit je", Iwan ketawa. Elin dilihat gelabah. "Tak payah risau la. Elin dengan dia bukannya ada apa-apa pun", Memang la aku dengan dia tak ada apa-apa. Tapi aku tak tahu la kenapa aku rasa gabra terserempak dengan dia. "So abang dari mana ni?terkejut Elin bila abang jerit nama Elin", Elin cuba menenangkan hati. "abang jumpa kawan abang tadi. Dia launch kedai baru kat sini.Yang Elin ni nak kemana?", "Elin pun baru habis meeting kat area sini. So Elin singgahla kejap sini. Cuci mata", "bukan curi tulang ye?", "Sekali la tu", serentak mereka ketawa. "Elin dengan Akil macam mana?", abang Iwan ni. Kenapa la dia buka cerita pasal Akil? "Kenapa?", "ye la.Akil selalu ke sakitkan hati Elin? Elin jangan pedulikan dia tu. Budak kurang ajar macam tu tak payah layan", Iwan mendengus. "Elin tak heran la dengan dia.Yang Elin tahu cukup setahun kitorang putus." yang dia tahu sekarang hanya membilang waktu. Bagusla tu. Elin tak payah pening kepala fikir pasal dia", Iwan lega. Elin tidak ada apa-apa perasaan pada Akil. "So Elin nak abang hantarkan ke ofis ke?", "Tak payahla bang. Lagipun jam ni.Elin boleh naik monorail jer.", "Hai Cik Elin", Idham menghampiri pasangan itu. "Hai", Elin agak terkejut melihat kehadiran Idham. Iwan hanya memerhati. "Tak sangka jumpa kat sini. Oh nak cepat tadi sebab ada date ye?", Elin tersenyum. "Kenalkan ini Iwan", Iwan menghulur tangan. "Hai. I dengan Akil kat sana.Dah nak blah dah. Okley Cik Elin. Kita jumpa lagi", Idham berlalu pergi. "Macam mana boleh kenal?", "Company Elin ada deal dengan syarikat diorang. Tak sangka pulak Elin", "Abang terpaksa pergi dulu. Betul ni tak nak abang hantar?", "Its ok", Elin tersenyum.
Malas rasanya mahu balik ke ofis segera. Kalau window shopping best ni. Tersentak Elin bila Akil muncul di depannya dan menarik tangannya ke satu sudut.. "Oit...sakit la.Apa pegang-pegang ni?", Elin cuba melepaskan genggaman Akil. Memang sakit tahu. Melihat muka Akil yang merah padam membuatkan Elin terdiam. "Nak apa?", Elin cuba bersuara. Tipula kalau dia katakan dia tak takut melihat wajah Akil saat ni. "Berani awak keluar dengan Iwan ye?", "Lantak saya la nak keluar dengan siapa pun.Awak peduli apa?.Eee..lepasla.Sakit tahu?", Elin masih berusaha untuk melepaskan cengkaman tangan Akil. Ish..tangan macam gorilla. "Jangan harap lain kali awak boleh lepas kalau awak keluar lagi dengan dia!", suara Akil yang meninggi membuat Elin kecut perut. "Kita tak ada apa-apa perjanjian pun. Saya bebas nak keluar dengan siapa saya suka. O..kalau awak tu berkepit dengan perempuan lain tak apa.Saya tak boleh. Mana aci macam ni!!", apehal pulak dia nak marah? "Saya kata tak boleh.tak boleh.Faham?.Selagi awak masih bergelar tunangan saya awak tak boleh suka-suka keluar dengan lelaki lain. Jangan nak jadi perempuan gatal pulak", dush.....rasanya kepala aku ni dah mendidih mendengar kata-kata Akil.Perempuan gatal?Dia ni memang cakap ikut sedap mulut. Tak pernah nak fikirkan perasaan orang lain. "Awak jangan suka-suka tuduh saya macam tu. Saya masih ada harga diri tahu.", Elin sebak. Dia tak nak menangis di depan lelaki ini. "Lepaslah!", pegangan tangan Akil terlepas. Melihat kesan merah di pergelangan tangan Elin membuat Akil rasa bersalah. "Sakit ke?", soalan apa tu?Dah dia buat tangan aku pedih macam ni boleh dia tanya balik? Tapi memang tangan aku pedih gila. Akil hanya memandang. Rasa bersalah la tu?tu la...Nak marah tak ingat dunia.Tapi kenapa dia mesti marah?aku bukannya awek dia pun.Cuma tunang olok-olok je. "Mari saya hantarkan awak balik ofis", eh..baik la pulak mamat ni. "Tak payah. Kan saya ni haram naik kereta awak", aku bersedia untuk melangkah. "Baik awak ikut atau awak nak saya seret awak kat sini?", Akil mengugut.Aku terdiam seketika.Berdasarkan rekod disiplin Akil sejak sekolah adalah tidak mustahil dia nak seret aku.Ish..kenapa la aku jumpa dengan suku sakat samseng kg. Dusun ni?Nak tak nak aku terpaksa menurut.
Di dalam keretanya aku hanya berdiam diri. Perjalanan ke ofis aku dari sini tak lah jauh tapi disebabkan jam aku rasakan sesak nafas.Lagi-lagi duduk dalam kereta berdua dengan Akil. Nak aje aku angkat kereta ni. Sesekali aku menjeling Akil di sebelah.Ish.....handsome gak...Hehehehehe.... "Tak payah la awak jeling-jeling", ish...dia perasan la pulak. "Siapa yang jeling?Tak kuasa", aku berpaling mengadap ke luar. Aku macam terdengar Akil ketawa kecil.Bukan senang nak tengok dia ketawa. Senyum pun payah. Aku mengeluh bila aku nampak Fiza dan Wana berada di lobi. "Eh....berhenti kat sini.", aku menjerit tiba-tiba. Akil tidak mengendahkan aku.Akil betul-betul memberhentikan kereta di depan Fiza dan Wana. Dan aku.....selamatla aku menjawab soalan yang bagaikan peluru berpandu Israel. "hah..kenapa tak keluar.Takkan awak nak ikut saya balik ofis kot?", Akil menjeling aku di sebelah.Nak tak nak aku terpaksa keluar sambil merungut. Mata Fiza dan Wana tepat memandang ke arah kami.Belum sempat aku melangkah ke arah Fiza dan Wana, Akil menjerit memanggil namaku. "Sayang, see u soon", Akil tersenyum sinis. Sebelum dia beredar sempat dia membisikkan sesuatu ke telinga aku. ‘Ingat!Jangan sesekali awak keluar dengan Iwan lagi’ aku mendengus.Suka mengugut. "Hai Fiza, Wana", Akil bersuara ramah. Ceh..aku ingat nak balik dah. "Hai", serentak mereka berdua sudah terpacak di depan aku dan Akil. "You all ni........",Wana berkerut dahi. "Well, Lupa I nak kenalkan diri I ni.Nak harap puteri sebelah ni jangan harapla kan, I Akil tunang Elina", aku dah tercengang. Fiza dan Wana lagi la ternganga.
FUYOO...I FISRT...SONOKNYE BACE CITE NI...LEKAS LA SMBUNG...BOLEH SAKIT JIWA NK TGGU CITE NI KUAR..HEHE...MINAT SGT CITE NI... -GURLZ_SINTOK HIGH SCHOOL-
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
FUYOO...I FISRT...SONOKNYE BACE CITE NI...LEKAS LA SMBUNG...BOLEH SAKIT JIWA NK TGGU CITE NI KUAR..HEHE...MINAT SGT CITE NI...
-GURLZ_SINTOK HIGH SCHOOL-