Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Penat Dee! Now I get the picture what Wish been talking about. BUSY! Kak Rohana berhempas pulas mengorientasikan aku untuk gantikan dia lepas dia bersalin nanti. No wonder aku ditempatkan dekat pelaburan. Kalau tak, mana ada syarikat nak letak intern dekat bahagian penting macam tu. Mereka perlukan seseorang dan tiba-tiba, 'ting' aku muncul. Ada hikmah juga Sapphire Blue tolak internship aku hari tu. Yang bestnya, dapat gaji!!! Tapi mesti sibuk gila kan? Just keep your finger cross Hamra! You can do it! Petang tadi ada mesyuarat. Pukul 6 baru habis. Nasib baik ada Encik Awsam tolong hantarkan balik. Its not a big deal right? Tapi aku tipu Aina, Diana dengan Yusrina yang aku naik bas. Kalau tidak mesti kecoh nanti. Diorang pasti tak akan berhenti gosipkan aku dengan Encik Awsam. Sedangkan dia macam ayah aku sahaja, tak lebih dari itu.
Lagu asli nyanyian biduan, Dendangan merdu didengar selalu, Nasib diri tak ketahuan, Hikmah tuhan terbaik untukku.
*Keadaan di pejabat jauh lebih baik daripada apa yang aku sangkakan. Jujurnya aku lebih banyak tergelak di pejabat berbanding ketika aku ke kuliah. Macam tak normal sahaja bunyinya. But may be I’m just lucky! I got great colleagues and an awesome boss. I’m thinking about Mr. Awsam too much. He’s a charmer who make me think of Wish. Oh I wish he is here!
10.00am…
Sukar untuk memasukkan setiap input yang diterima. Teori sememangnya berbeza dengan praktikal. Belajar tidaklah sesusah yang disangka. Setelah melalui alam pekerjaan baru tahu betapa besar cabarannya. Mesyuarat pertama yang disertainya membuat Trish rasa ketinggalan. Diorang cakap pasal apa ni? Aku kena belajar dengan Kak Rohana. A lot! And fast! Nota di depannya dibelek semula, mengamati apa yang telah ditulis sepanjang mesyuarat itu berlangsung.
1. Pengurus I Bahagian Pelaburan = Encik David Liew (Out Station, Colombia) 2. Agenda terkini Projek Langkawi (Tahun Melawat Malaysia) Genting (Tahun Melawat Malaysia) Bursa Saham (Encik Firdaus) ect.
Ini saja ke yang aku tulis dari tadi? Macam kurang saja! Argh I’m clueless! Fikiran Trish berbahas.
"To end our meeting today, I would like to welcome Miss Hamra Batrisyia to our department. Do you want to say a word or two Hamra?" Awsam mengalih pandang pada gadis yang duduk di sebelah Rohana. Suasana diam seketika. Semua mata memandang kepada ahli termuda mereka itu.
Kenapa diam tiba-tiba ni? Lamunan Trish terhenti. Siku Rohana tergesel pada tangannya. Trish memandang Rohana, keliru. Lantas baru perasan akan majlis yang sedang tertumpu padanya.
"Hah!" Itu saja yang keluar daripada mulut Trish, tidak keruan. Tawa pecah.
"Tak apalah, bagi pihak cik Hamra yang nampaknya sibuk memikirkan masalah bahagian yang kita bincangkan tadi, saya mohon agar anda semua dapat beri tunjuk ajar kepada beliau. Maklumlah orang baru. Betul Hamra? Buat Hamra pula, kalau ada apa-apa jangan segan nak tanya. Kita kalau nak belajar, rasa malu kena buang. O.K.!" Awsam menyelamatkan keadaan, tersenyum pada Trish yang sudah merah padam menahan malu. Trish mengangguk, terkesan dengan kata-kata Awsam.
"Anything else? I think that’s all. We dismiss." Awsam menamatkan mesyuarat. Ahli-ahli majlis itu mula bising, membuka topik masing-masing sambil mengemas barang-barang mereka di atas meja panjang itu.
"Hai Trish, jauh mengelamun nampak! Teringat siapa?" Johan mengusik.
"Ulat bulu dah naik daun!" Firdaus memanaskan lagi keadaan.
"Kau ni Firdaus, menyibuk saja!" Marah Johan, malu apabila tegurannya mendapat perhatian ramai.
"Sudah-sudah, tak payah kau orang berdua sibuk. Tak padan langsung, yang seorang dah kahwin, yang seorang lagi dah bertunang!" Rohana menyampuk membuat rakan-rakan sekerja yang lain tersenyum-sengih.
"Rohana jangan lupa, kami orang lelaki ni ada kuota empat." Awsam tak mahu ketinggalan.
"Amboi-amboi Encik Awsam! Bukan main lagi. Nak hantar borang permohonan juga ke?" Giliran Monica pula bersuara.
"Eh… Kalau ada kosong apa salahnya? Ye tak Hamra?" Awsam galak mengusik disambut sok-sek sok-sek pekerja di bawahnya.
Eh! Eh! Orang tua ini, boleh tahan juga! Trish dah tak tahu nak berkata apa. Nasib orang baru, tahan sajalah! Trish tersengih, terhibur juga.
12.30pm…
"Kak Rohana mengandung sulung ke?" Trish menyoal. Tray di tangannya di letakkan di atas meja. Menyertai mereka berdua ialah Monica dan Yogeswary.
"Aah! Dah tua-tua ni baru nak mengandung." Rohana tersenyum. Dia sudah bersedia untuk santap.
"Hai! Perli kami berdua ke Rohana?" Monica terasa, berpaling pada Yoges.
"Aik! Terasa pula mak cik ni. Tak ada niat I nak perli you Monica. Kamu berdua lain. Bagi orang Melayu, kalau dah masuk tiga puluh tak kahwin-kahwin lagi alamatnya digelar anak dara tua. Lagipun you dengan Yoges kan muda lagi, baru 29 bukan?" Rohana menjelaskan.
"Kami bergurau sajalah Rohana. Lagi satu kami 28 tahun O.K.! Bukan 29!" Yoges membetulkan. Mereka berempat tertawa kecil.
"Itulah Rohana masa anak dara dulu sibuk pasal kerjaya. Sekarang tengah sarat pun tak habis-habis buat kerja. Hamra dah ada kan! You bolehlah relaks sikit. Perut tu dah besar sangat I tengok. Lagi berapa minggu?" Monica ceria.
"6 minggu. Berdebar pula rasanya. Ye tak ye! Hamra ni macam tahu-tahu saja Pelaburan perlukan orang. Senang sikit kerja akak tak payah cari orang untuk ganti." Rohana menukar tajuk.
"Betul tu. Kalau you tak ada kami tak larat nak tanggung kerja you. Kerja kamipun berlambak. Lebih-lebih lagi tahun melawat Malaysia dan 50 tahun merdeka sekarang ni, a lot of agenda!" Yoges pening kepala. Kerja bertambah dua kali ganda berbanding tahun lepas. Sememangnya Widescale Corporation adalah pertubuhan yang paling pesat berkembang di rantau Asia Tenggara.
"Memang takdir saya agaknya dapat buat praktikum dekat sini. Sebenarnya saya minta internship dekat Sapphire Blue tapi pada saat-saat akhir ditolak. Pensyarah saya yang mintakan internship untuk saya dekat Widescale. Kalau nak ikutkan student secretary yang lain memang bercita-cita nak masuk Widescale tapi diorang takut nak minta, sebab Widescale syarikat gergasi!" Trish memberi penerangan. Nasi Ayam di depannya disuap ke mulut. Seleranya bertambah hari ini. Mungkin kerana penat.
"La, kenapa takut pula. Widescale is a good place to gain your very first experience in this field. Especially when you work under an awesome boss like Mr. Awsam!" Monica meninggikan sedikit suaranya.
"Ha! Kenapa sebut-sebut nama saya ni. You ni Monica, kalau bab-bab ambil hati saya memang pandai." Awsam muncul tiba-tiba.
"Tak ada apa Encik Awsam. Mengusikpun tak boleh ke? Tapi memang Encik Awsam hebat bukan. Kalau tidak, tak kan kita dapat tender dekat Genting hari tu. Lagi satu kami nak juga perkenalkan Encik Awsam pada Hamra. Lepas Rohana deliver nanti, giliran dia pula kena berkepit dengan Encik Awsam." Monica pandai menjawab.
"Emm… Kalau macam tu tak sabar saya nak tunggu Rohana bersalin." Awsam berseloroh, membuat Rohana, Yogeswary dan Monica menggeleng, tersenyum. Eee… gatal sahaja bunyinya! Wajah Trish kembali membahang.
"Jangan marah ya Hamra! Saya bergurau sahaja. Kita bekerja macam sebuah keluarga. Kalau tak bergurau tak sedap pula." Awsam menyambung kata.
"Tak marah! Tapi saya takut Encik Awsam pula yang marah nanti bila masanya dah tiba. Sebab saya dah mula keliru antara teori dan praktikal sekarang ni. Kak Rohana kena buat kelas tambahanlah nampaknya." Trish selamba menyatakan luahan hatinya. Ahli meja itu tergelak. This girl is so spontaneous, naïve!
"Kalau macam tu saya kena marah Rohana dululah, sebab tak ajar awak betul-betul!" Awsam menghala pada setiausahanya.
"Aik saya pula yang kena!" Rohana tersenyum.
"Jangan risau, kalau ada apa-apa, I and Monica are here to the resque! Lagipun saya rasa rakan-rakan sekerja kita ramai yang sudi nak bantu Hamra walau tiada masalah sekalipun." Yoges menutur kata sambil memandang kumpulan rakan pejabat lelaki mereka yang duduk di hujung kafeteria itu. Sejak tadi, ada sahaja mata-mata daripada meja tersebut yang melayang ke sini. More specifically towards Hamra! Awsam, Rohana, Monica dan Trish mengalih pandang pada arah yang dilihat Yoges.
"Nampaknya orang veteran macam saya ni punya pesaing-pesaing yang kuat!" Awsam bersahaja. Mereka tertawa lagi.
3.35pm…
Dalam dugaan menghadapi praktikum ternyata rahmat Allah sentiasa ada. Rezekinya melimpah ruah, tiba pula pada saat yang tak dijangka-jangka. Memang berkesan pengamalan ayat 1000 dinar yang selalu dibaca setiap kali selepas solat. Tengah hari tadi selepas peristiwa yang berlaku di kafeteria, SMS Aina membawa berita gembira. Pinjaman PTPTN sudahpun masuk dan sekarang tangan ligat mengisi borang maklumat diri untuk kegunaan bahagian sumber manusia. Akhir bulan ini, poket aku nampaknya akan berisi lebih daripada biasa. Tak sangka pula praktikum kali ini membolehkan aku mendapat gaji yang pertama. Trish riang. Mengenangkan jumlah pendapatan yang di sebut kak Rohana sebentar tadi, jiwa sudah terbayang pusat membeli belah. Fitrah biasa orang perempuan! Namun yang pertama sekali kena beri duit pada emak dan ayah. Seribu lebih sebulan, em… banyak tu! Akal Trish mencongak-congak.
"Dah siap isi?" Rohana yang baru keluar daripada bilik Awsam menyapa.
"Sikit lagi." Ringkas jawapan Trish. Dia melajukan tulisannya.
"kalau sudah siap nanti bagi Akak. Akak bagi pada Yusuf, biar dia hantarkan." Rohana mengarah.
"Eh! Tak apalah Kak, saya hantar sendiri. Menyusahkan Yusuf pula." Trish bersungguh.
"Tak apa! Memang kerja dia. Lagipun dia nak keluar kejap lagi hantar surat. Mari sini borang tu." Beria-ia Rohana meminta borang yang sudah lengkap diisi Trish itu. Pasrah, Trish menurut.
"Pukul empat ada mesyuarat dengan Risk Management Analyst and Financial Planner dekat bahagian Kewangan tingkat 27. Cek balik schedules, lepas itu inform pada Encik Awsam dan Encik Johan, Penolong Pengurus. Akak dah terangkan tadi bukan. Can you handle it?" Rohana bertanya.
"InsyaAllah!" Trish meyakinkan, tersenyum pada Rohana yang masih ragu-ragu dengan dirinya.
"One more thing…" Langkah Rohana terhenti sejurus teringat sesuatu.
"Jangan lupa buat failing Projek Langkawi tu dan fotokopi dua salinan. Got it!" Trish menyambung, membuat Rohana tersenyum. Fail yang berada disisinya diangkat, diperlihatkan pada Rohana. Selepas penerangan Rohana mengenai beberapa agenda utama bahagian tengah hari tadi, dia menyemak jadual Encik Awsam pada hari ini dan segera mengambil fail di tangannya itu buat rujukan mesyuarat yang akan berlangsung sebentar nanti.
"Good!" Pujinya pendek dan terus berangkat untuk mendapatkan Yusuf. Tugas itu diserahkan kepada Trish, jikalau tidak terpaksalah dia pulang lewat lagi. Dalam keadaannya yang sedang sarat, kehadiran Trish menyelamatkan keadaan.
Trish mengangkat ganggang telefon, disambung ke bilik Encik Johan. cabarannya baru sahaja bermula. Makan tengah hari semalam bersama Encik Awsam dengan klien merupakan permulaan bagi Trish. Walau agak terpinga-pinga, tapi rasanya aku sudah melakukan yang terbaik. Encik Awsam pun tiada komen apa-apa. Mungkin kerana pertemuan itu bukanlah pertemuan formal, sekadar mengetahui perkembangan terbaru projek syarikat yang sedang dijalankan oleh Salleh Design, sebuah syarikat rekaan dalaman yang sedang mereka bentuk pejabat jualan langsung syarikat yang akan bertapak di The Curve Damansara. Widescale sudah berjinak-jinak untuk memasuki bidang hartanah pula selepas ini. Emm… Satu pelaburan yang baik! Trish berhujah sendiri. Dan untuk tugasan kali ini aku mahu pastikan diri ini benar-benar bersedia.
6.13pm…
"So we precede the project with the previous budget that you have given us." Awsam memberi kata putus.
"Yeah! That will be great." Tan Mei Ling, penganalisis bagi Projek Langkawi itu memberi pesetujuannya.
"If that the case, the progress will work as planned. And the launch is in 7 weeks from now. I will prepared the paperwork and send it to Marketing Department. Do you want a copy Mei Ling?" Johan bertanya, serius memandang wanita lewat 30-an itu.
"Sure. I’ll give my thought for Marketing Department regarding the launching later on." Tan Mei Ling menjawab.
"I think that is all." Awsam menutup mesyuarat itu. Tan Mei Ling berpandangan, mengangguk tanda setuju dengan Awsam. Mereka bingkas.
"If there anything else, just give me a call Mr. Awsam, Mr. Firdaus." Tan Mei Ling sopan, tersenyum bersalaman dengan tetamu-tetamunya.
"Thank you Mei Ling!" Johan bersungguh. Projek ini bermakna buat dirinya memandangkan ia adalah idea asal Johan.
"You are welcome. And nice meeting you Miss Hamra." Tan Mei Ling bersalaman dengan Trish, mesra.
"Nice meeting you, Mrs Tan!" Hamra membalas. Dia senang dengan wanita itu. Sebelum mesyuarat itu bermula tadi, Tan Mei Ling ada berbual dengannya mengenai Rohana dan praktikumnya. A very kind and professional lady!
Mereka bersurai. Awsam dan Johan masih berbual mengenai mesyuarat mereka sebentar tadi. Sementara Trish terusan membisu. Langkah diatur memasuki lif untuk turun semula ke tingkat 25.
"Hamra, senyap saja. Kenapa?" Awsam dapat mengesan sesuatu.
"Tak ada apa-apa." Trish menafikan. Namun jauh di sudut hatinya, dia risau dengan jalan raya Kuala Lumpur yang kemungkinan sedang sesak teruk sekarang ini. Macam mana ni? Pukul berapa aku nak sampai rumah! Sembahyang asar belum lagi. Hati Trish gusar.
"Awak duduk dekat mana?" Awsam bertanya tiba-tiba.
"Rumah sewa saya dekat Desa Pandan." Trish menjawab tanpa memikirkan relevennya soalan itu.
"Biar saya hantar awak!" Johan menjawab, tahu akan niat Awsam.
"Ehem, ehem… Awak duduk dekat mana Johan?" Awsam bertanya pula pada pembantunya.
"Kepong." Johan selamba.
"Saya pula duduk dekat mana?" Awsam bertanya lagi.
"Cheras." Johan lesu, faham akan pertanyaan Awsam.
"So I rest my case." Awsam tersenyum lebar. Sudah terang lagi bersuluh, Desa Pandan dan Kepong macam Kutub Utara-Kutub Selatan. Kebetulan pula Cheras dan Desa pandan sehala.
I guest It’s my luck. Two powerful man questioning each other over me! Entah mengapa, hati Trish berbunga-bunga.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan