Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hai Dee! Dah dapat balik mood ceria aku. Wish telefon tadi. Padan muka dia! Tulah siapa suruh dah lama tak telefon. Tak pasal-pasal kena pujuk aku. Hai, rindu pula dekat buah hati aku tu! Cakap soal kerja pula, hari ni lebih meyakinkan. Rupa-rupannya diorang sengaja nak buli aku semalam. Semua rakan sekerja aku baik, terutamanya kak Rohana. Menyesal pula mengumpat dia semalam. He! He! Encik Awsam pula macam ayah aku. Sweet saja orangnya. Cuma terlebih loyar buruk sikit. Apa-apapun aku berharap hari mendatang lebih baik daripada hari ini. Dan jauh-jauhkanlah peristiwa hari semalam. Tapi bila fikir-fikir balik, kelakar juga. Pengalaman yang sangat berharga. Kesimpulan hari ini, awesome! (Bak kata encik Awsam) Gambareyo Hamra!
Lima jari batang berduri, Masak gula buat minuman, Jauh hamba datang ke mari, Cari ilmu cari pengalaman.
*Busy body betul hausemate aku kali ni. Tapi best juga, ceria sikit! *Kalori hari ini = 1900kcal (selera dah datang balik)
8.03am...
"Eh ada orang! Assalamualaikum. Cepat awak datang hari ni, Hamra?" Awsam menegur sejurus melihat Hamra tercegat di depan pintu bahagian pelaburan itu.
"Waalaikumsalam. Ha ah! Saya nak qada' balik masa yang saya lambat semalam." Trish berseloroh, membuatkan Awsam tertawa kecil. Suka pula dia mendengar panggilan Hamra yang dipanggil Encik Awsam itu.
"Ada-ada saja awak ni. Kad tak buat lagi?" Awsam bertanya lagi sambil memberi laluan buat Trish memasuki pintu kaca yang baru di bukanya mengunakan kad acces pekerja.
"Belum. Kak Rohana kata hari ni dia hantar data saya ke bahagian teknologi maklumat." Jawab Trish, ramah.
Awsam sekadar mengangguk. Mereka melangkah menuju ke ruang di bahagian hujung pejabat itu. Awsam memasuki biliknya, meninggalkan Trish seorang di tempat Rohana. Trish melabuhkan punggung pada kerusi Rohana, wanita yang kini menjadi mentornya. Meletakkan beg tangan dan failnya di atas meja, mata Trish mula meliar mendampan dekorasi ruangan itu. Perabotnya berasas jati bermutu tinggi, berukir cantik dengan motif flora. Cermin kaca yang memisahkan ruangan itu dengan bahagian utama pejabat juga mempunyai motif ukiran flora yang hampir sama. Cantik sekali. Sofa kulit hitam dengan bantal bercorak abstrak memberi sentuhan moden. Meja kopi lutsinar ringkas yang ada di depan set itu pula menempatkan beberapa buah majalah korporat yang disusun kemas. Lukisan-lukisan pemandangan Prairie menggamit mata yang memandang. Tidak ketinggalan potret kedua-dua Agong dan Raja Permaisuri Agong menghiasi dindingnya. Menaikkan imej korporat pada ruang itu. Fusion antara tradisional-moden, diserlah lagi dengan kertas dinding warna kuning lembut yang mempunyai motif bunga-bunga kecil yang bertaburan. Emm... Tertekan sangat semalam, sampai tak perasan keindahan ruang ini! Diam fikiran Trish mentafsir.
"Hai termenung nampak!" Tegur Awsam yang muncul daripada biliknya.
"Eh tak adalah! Tengah bersedia untuk bekerja. Encik nak air? Saya boleh buatkan." Trish mempelawa, bersemangat.
"Emm... Boleh juga! Saya nak kopi o..."
"Gula 2 sudu kecil. Tak panas, tak sejuk. Got it!" Trish menyampuk, tersenyum.
"Yes, right! Tapi sebelum itu tolong saya carikan fail ni ya." Awsam menghulur sehelai kertas yang tertulis sesuatu di atasnya.
"Rohana datang lambat hari ni, dia terlupa nak maklumkan pada saya yang dia ada check up dengan Gynae. Subuh tadi dia telefon ke rumah beritahu. Pasal tu saya datang awal ni, susah bila Rohana tak datang. Patah tangan saya! Tengah hari nanti baru dia masuk. Awak boleh ganti kerja dia kejap kan?" Awsam menjelaskan tanpa diminta.
"Tak ada masalah." Trish menjawab yakin, tersengih. Ini barulah kerja yang sebenar! Hatinya girang.
* * *
Semalam dia sudah muak membuat air. Ada sahaja pekerja-pekerja bahagian itu yang mengambil kesempatan pada dirinya. Selepas kes dia buat air untuk Encik Awsam semalam, satu pejabat menghantar pesanan. Cutilah kiranya Kak Mili semalam, tea lady bagi tingkat ini. Sesi perkenalan semalampun lebih kepada sesi menghantar minuman. Setiap pekerja yang di berikan air pesanan mereka oleh Trish pasti menanyakan pelbagai soalan; Nama siapa? Dari Universiti mana? Berapa lama praktikum? Sudah kahwin ke belum? Umur berapa tahun?. Berbuih mulut ni nak menjawab, lebih teruk daripada kena ragging masa mula-mula masuk U dulu. Tapi bagus juga, hikmah besar peristiwa itu aku kenal semua staf bahagian ini. Tak adalah segan-segan lagi nak bertanya apa-apa. Jangan hari inipun kena buli juga sudah! Trish mengelamun teringatkan hal semalam.
"Encik cari apa tu?" Trish bertanya, tangannya menatang dulang air dan mengepit sebuah fail. Awsam berhenti mencari sesuatu dari meja Rohana.
"Schedules saya. Rohana kata dia simpan dalam laci. Tak tahu pula laci yang mana satu." Awsam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Selalunya Rohana akan download masuk semua temujanji ke dalam PDA-nya. Tapi bimbang pula sekiranya tertinggal apa-apa.
"Biar saya carikan. Kopi dengan fail ni, saya letak dalam bilik Encik dulu ya!" Trish suka rela.
"Emm... O.K." Boleh tahan juga budak ni. Fikir Awsam.
"Er... Berapa tahun umur awak Hamra?" Awsam bertanya tiba-tiba.
"23. Kenapa?" Trish ringkas, bertanya kembali. Tekun melakukan kerja. Semalam bukan dia dah tengok ke fail aku. Pelupa betul!
"Tak ada apa-apa." Sebaya dengan Maisara! Awsam teringatkan seseorang.
7.03pm...
Desa Pandan di waktu petang, sibuk sekali. Warga kota lepas bebas mencari haluan masing-masing setelah penat seharian bekerja. Berjalan melalui lorong kecil antara dua blok bangunan pejabat itu, hati Trish mulai risau. Malam sudah melabuhkan tirainya. Anak mata membesar mencari sumber cahaya mengganti sinar mentari yang hampir pupus. Memandang kiri dan kanan, langkah kaki dipercepat. Gusar jikalau ada mata yang memerhati, bayang yang mengekori. Muncul bangunan berwarna merah jambu kusam, Trish sedikit lega. Susuk yang dikenali membuat bibirnya melirik.
"Ha Aina!" Trish menyergah.
"Opocot! Trish! Terkejut aku tau." Aina memarahi kawannya itu. Manis berkurung biru dan bersanggul, Aina kusut dengan beg plastik yang penuh di tangan.
"Sorry... Kau ni baru balik pejabat ke pasar?" Trish bertanya, ceria.
"Aku singgah kedai runcit tu kejap. Beli barang dapur. Hari ni kan start giliran memasak. Diana sibuk mengutip duit rumah semalam, tak ingat? Hari Khamis ni giliran kau, jangan lupa pula! Ceria semacam saja ni. Dah O.K. dah dekat pejabat? Semalam monyok habis!" Aina membebel panjang. Trish sudah buat muka.
"Kau ni Aina kalau dah buka mulut tak reti nak tutup! Aku ingatlah, saja tanya. Bagus juga memasak ni, sementara tunggu PTPTN masuk, boleh jimat. Em... pejabat O.K. hari ni." Giliran Trish pula menutur kata. Mereka berjalan memasuki blok itu, menuju rumah sewa yang terletak di tingkat dua.
9.00pm...
Fitrah orang perempuan, membebel, bergosip, bercakap sudah menjadi lumrah. Selagi mata tak tutup, mulut pasti aktif. Riuh rendah rumah itu dengan gelak tawa mereka berempat. Sambil menikmati makan malam, selera lebih kepada pengalaman masing-masing. Cerita-cerita sensasi yang berlaku di tempat kerja hangat diperkatakan. Lebih-lebih lagi topik yang melibatkan lelaki. Maklumlah empat-empat masih bujang.
"Boleh tahan juga masakan kau Aina. Dah boleh kahwin ni." Diana memuji.
"Tengok kakilah! Tengok Trish, berselera! Semalam tak nak makan langsung. Ceritalah Trish, apa yang terjadi dekat pejabat kau. Kena buli macam semalam lagi ke?" Aina menyoal.
"Aah, ceritalah Trish! Kitorang dah cerita apa yang kitorang lalui. Aina tak habis-habis dengan bos muda dia. Diana jatuh hati dengan budak pejabat. Aku, boring! Kau pula macam mana?" Yusrina pula cuba menyucuk.
"Tak ada apa yang istimewa, cuma aku pergi temankan bos aku jumpa klien masa lunch tadi. Itu je!" Trish jujur.
"Itu saja!" Ketiga-tiga Diana, Aina dan Yusrina menjerit. Trish sudah mendapat perhatian penuh mereka.
"Baru dua hari praktikum dah makan tengah hari dengan bos! Hai Aina, kau yang nak mengurat bos, tapi nampaknya Trish yang dapat dulu." Diana batu api.
"Entahnya, mentor aku Kak Liza tu haram nak bagi aku buat the real job! Balik-balik buat air, susun fail, menaip, itu saja. Kau pula dah dapat makan free! Bertuahnya badan." Yusrina memberi komen.
"From A to Z, shoot! Aku nak dengar cerita penuh. Kacak tak bos kau tu. Korang pergi makan dekat mana? Hotel lima bintang? Bos kau dah berkenan dengan kau ke? Dia ada cakap apa-apa?" Macam bertih jagung, Aina mengalahkan wartawan.
"Ya Allah korang ni! Tak ada apa-apalah! Kak Rohana mentor aku tu datang lambat hari ni. So aku take take over kerja dia. Kitorang makan dekat Cafe The Dome, bawah KLCC tu saja. Tak ada pergi hotel mana-manapun. Lagi satu bos aku tu tua dah, 50 tahun, Sebaya ayah aku. Tapi muka dia boleh tahanlah handsome. Masih segak." Trish tertawa kecil, geli hati melihat riaksi yang diterimanya.
"Ala, Datuk K dengan Siti Nurhaliza pun macam ayah dengan anak apa! O.K lah tu. Apa lagi Trish, sambar je! Ada handsome macam Datuk K" Aina berseloroh.
"Hish! Kau ni Aina, laki oranglah! Memandai je mengajar Trish benda yang tak betul." Diana menyampuk. Meja makan itu semakin panas.
"Tak kan itu saja Trish? Ceritalah lagi pasal bos kau tu?" Yusrina meminta, semakin berminat.
"Nak cerita apa? Nama dia Awsam, baik, suka buat lawak... Emm..." Fikiran Trish berlegar pada bosnya itu. Tersengih sendiri, dia teringatkan kali pertama dia bertemu dengan Awsam. Lucu sekali.
"Kejap, kejap! Apa kau kata nama dia tadi. Awesome!" Yusrina inginkan kepastian. Dia semakin keliru apabila Trish mengangguk.
"Dia bangga sangat dengan nama dia itu. A. W. S. A. M. Sebutannya Awsam, tapi dia sebut awesome." Trish mengejakan nama bosnya.
"Peliknya nama, ada maksud ke tu?" Diana bingung.
"Tak tahulah! Pelikkan?" Trish setuju.
Perbualan mereka terhenti apabila bunyi telefon menjerit minta diangkat.
"Ha pakwe sape yang menjerit tu!" Aina memerli.
"Aku punyalah!" Trish bingkas dari duduknya.
"Oh... Bos kau telefon ye! Hai Awesome!" Aina menjerit, mengusik lagi. Trish sempat mencubit peha Aina sebelum beredar masuk ke dalam bilik.
"Waalaikumsalam. Hai sayang! Lama tak dengar suara, rindulah!" Suara yang amat dikenali Trish kedengaran di hujung talian, manja.
"Err... Siapa ni? Saya tak kenallah. Manja-manja dengan orang pula!" Trish buat perangai. Antara geram dan lega dapat mendengar suara kekasih hatinya.
"Ala Trish, janganlah macam ni. O.K. Wish minta maaf sebab tak balas SMS dengan telefon beberapa hari ni. Wish sibuk sangat-sangat." Darwish cuba memujuk.
"Apa yang sibuk sangat tu? Trish ni dah tak penting lagi ke? Sayang konon." Trish mula naik angin bila mendengar alasan yang tak releven. Emm... Sebenarnya bagi Trish, semua alasan tak releven! Trish tak menafikan.
"Tengah praktikum sekarang ni kan! Sibuklah sikit. Kenalah rajin kalau nak dapat duit lebih. Kalau tidak, tak cukup pula duit Wish nak meminang anak Encik Fakhrul nanti." Wish mengayat, lembut. Faham sangat dia akan kelemahan orang perempuan.
"Mengada-ngada!" Trish tidak dapat menyembunyikan hati yang sedang girang.
"Orang lain praktikum juga, tapi tak adalah sampai tak ada masa nak pegang telefon." Trish masih tak nak beralah.
"Trish dah kenal Wish berapa lama? Trish tahukan Wish memang macam ni. Susah nak berhenti kalau dah buat kerja. Wish minta maaf ya! Nak janji tak buat lagi takut terbuat pula nanti." Darwish mengusik.
"Eee… Geramnya! Trish letak telefon ni karang baru tahu!" Trish mengugut.
"Ala, ala, ala... Janganlah macam tu sayang! Wish tak telefon marah, dah telefon nak letak pula. Tak habis lagi rindu nak dengar suara Trish. Kita jumpa hari Sabtu ni nak? Wish turun K.L. ye!" Darwish memujuk.
"Boleh ke? Takut orang tu sibuk pula." Trish menduga.
"Hai tak habis-habis lagi ke? Jumpa dekat KLCC pukul 10.00 pagi O.K.?"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan