Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Anis memandang skrin komputer dengan pandangan kosong. Entah mengapa, tiba-tiba teringat dia pada seseorang. Tiba-tiba alunan lagu My Baby You kedengaran. "Anis, angkat phone tu," suara seseorang kedengaran dari luar pintu. Lamunan Anis serta-merta terhenti. "Yalah," kata Anis lalu mencapai telefon bimbitnya namun aluman lagu itu sudah berhenti. "Alamak," Anis menarik kembali tangannya. Dia memandang skrin komputer sekali lagi. Selepas itu dia mengeluh perlahan. "Sudah, Anis. Jangan diingat lagi pasal dia. Dia bukan siapa-siapa kau. Lupakan saja!" kata Anis sedikit kuat namun ingatannya masih kembali pada masa silam.
"Apa?! Anis jadi orang gaji? Kenapa?" tanya Anis lalu tunduk ke lantai. Dia baru menghabiskan peperiksaan SPMnya dan sekarang mereka mahu dia bekerja? "Ya. Jadi orang gaji di bandar banyak gajinya. Aku dah terima duitnya. Kau kena jadi orang gaji kat sana jugak!" tegas ayahnya. Anis menundukkan kepalanya. Dia merasa tiada gunanya dia melawan. Ibu bapanya memang sering mengerahnya melakukan kerja-kerja rumah. Malah, dia yang terpaksa melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adiknya walaupun kakak sulungnya langsung tidak melakukan sebarang kerja. Hanya dia sahaja yang dikerah. Mungkin kerana dia hanya anak angkat tapi itu tetap tak adil! "Kak Long ikut Anis jugak? Kak Long kan menganggur sekarang," tanya Anis sambil memandang kakaknya, Nisa yang sedang sibuk menonton tv. Nisa yang mendengar namanya disebut tersentak sambil memandang anis. "Eh aku ni lulusan universiti. Apa kelas jadi orang gaji. Aku hanya sesuai kerja di pejabat je tau. Kalau kau tu, memang sesuai. Entah berapa kau dapat dalam SPM nanti. Kau tu bodoh!" lantang Nisa memerli Anis dengan gaya angkuhnya. Anis mencebik. ‘Yelah, lulusan u cukup-cukup makan je. Kalau ayah tak jual tanah hujung kampung untuk masukkan kau dalam u, jadi orang gaji pun tak boleh. Pemalas!’ rungut Anis dalam hati. "Berapa lama kak long nak jadi penganggur? Anis tengok kak long pun tak pernah cari kerja. Sijil u kak long tak laku ke?" Anis memerli. Dia betul-betul geram dengan Nisa. Sentiasa mencari cara untuk menyusahkannya. Dia juga tidak pernah letih memerli dan mencacinya sedangkan apa yang dikatakannya pada Anis lansung tidak benar. Nisa mulai berang dengan kata-kata Anis. Dia bangun dnegan muka yang memerah. "Woi! Kau apa tahu? Aku tak perlu cari kerja tapi kerja yang cari aku tau!" tengking Nisa sambil memandang Anis dengan renungan tajam. "Berpijak di bumi yang nyata kak long. Kalau kak long tak cari kerja, ia tak akan datang pada kak long sebab kelulusan kak long tu cukup-cukup makan je. Kak longkan pernah kena ulang semestar sebab gagal ujian!" balas Anis juga mulai membahang. Dia betul-betul sudah hilang sabar dengan Nisa. Selama ini dia menurut sahaja dan langsung tidak membantah tapi sekarang dia rasa dia patut bersuara. Dia bukan boneka yang boleh diperlakukan sesuka hati. "Sudah! Aku tak kira. Anis, kau kena pergi jugak kerja. Kalau kau tak nak pergi, kau jangan balik sini lagi. Berambus!" tengking Pak Harun dengan mata yang memerah. Anis kecut. Keberanian yang baru dicapai tadi terasa mendadak turun melihat kemarahan di wajah tua itu. Dia memang takut jika ayahnya marah kerana dia akan dipukul dengan teruk. Betul-betul teruk. Anis diam sambil berfikir seketika. Mungkin lebih baik dia pergi ke bandar bekerja daripada dia terus mengadap muka kak long di kampung. Lagipun dia tak mahu ayah dan ibunya marah. Perlahan-lahan Anis mengangguk patuh.
Anis memandang manusia-manusia asing yang juga sedang memandangnya. Anis memeluk tubuhnya. Kedinginan malam betul-betul mencengkam sehingga ke tulang. "Puan Sri, ini pembantu rumah baru. Namanya Anis," kata seorang wanita pertengahan usia di sebelah Anis kepada wanita bergaya awal 40-an di hadapan itu. Anis hanya mengangguk perlahan. Rambutnya yang berjuntai di dahu diraut perlahan. "Saya Anis, puan," kata Anis sopan. Suaranya direndahkan. Tiba-tiba mata wanita bergaya itu membulat. "Apa?! Puan? Hei, susah susah aku dapat gelaran puan sri, kau panggil aku puan je?!" tengking Puan Sri Maria. Anis gugup. "Ma..maaf puan sri. Silap saya," kata Anis tergagap-gagap. "Memang silap kau. Takkan salah aku pulak. Dah, cepat kemas rumah. Jangan nak jadi malas!" kata Puan Sri Maria itu lalu meninggalkan Anis dan seoarang pembantu rumah yang lain. Anis mengeluh. "Memang puan sri macam tu. Anis jangan kecil hati, ya. Oh, ya. Nama mak cik, Timah. Panggil Mak Timah je," kata wanita separuh abad itu. Anis mengangguk dengan senyuman di bibir. "Oh ya. mari kamu ikut Mak Timah ke dapur cepat nanti kamu kena marah pulak dengan Puan Sri,"Anis mengangguk tanpa berkata apa-apa dan mengikut jejak Mak Timak ke dapur. Sesampainya mereka di dapur, Mak Timah menghulurkan satu baldi yang dipenuhi air dan pengemop lantai . "Ini untuk apa Mak Timah?" tanya Anis "Kamu pergilah mengemop lantai kat ruang tamu utama tu nanti. Puan sri marah pulak," Mak Timah hanya tersenyum kecil dan beredar pergi. Anis juga beredar ke ruang tamu utama. "Cantiknya," untuk seketika, Anis terpaku apabila di ruang tamu itu. Perabotnya mahal-mahal belaka. Barangkali diimport dari Itali. Anis mengeluh perlahan sebelum memulakan kerjanya.
Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :
Malindo Publications Sdn Bhd No 88, Batu 5 Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Tel : 03-4024 7159 Faks : 03-4024 8159 Emel : malindopublications@yahoo.com malindopublications@hotmail.com www.malindopublications.com
Jalan cerita yang menarik. menyingkap keadaan kita di malaysia... Kalau puan sri tu boleh lembut hati kan elok..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sambung2 ya