Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ma,bolehla..Yana boringla duduk kat rumah je.Kalau Yana kerja boleh jugak cari duit poket.Lagipun semua kawan-kawan Yana cari kerja part time sementara tunggu result SPM ni.Bolehla ma..boleh la..."rayu Yana untuk kali yang kesembilan pada hari ini.
Puan Aminah menggeleng untuk kesekian kalinya."Tak payahla kerja.Dahla sebelum ni Yana belajar kat asrama.Duduk rumah ni,tolong mama masak.Umur dah 18 tahun,tapi masak nasi pun tak lepas lagi.Macammana nak kahwin nanti..Mama masa umur sebaya kamu ni,dah expert dah bab masak-masak ni tau.Petik jari je.."bebel Puan Aminah.
Yana mengeluh.Bosannya..Asyik-asyik ayat yang sama je..Masak..kemas rumah..Hisy..habislah rancangan aku.Bayangan Macbook brand Apple yang dilihatnya di Wisma BS atau nama penuhnya Wisma Beta Siber tempohari jelas bermain di kepala.Berlegar-legar bagai putaran bumi mengelilingi matahari.
Kalau dia tak kerja,musnahlah impiannya untuk memiliki laptop itu.Yana tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.Dia tahu ibu bapanya tidak berkemampuan untuk memenuhi permintaannya itu.
"Tapi ma,Yana bosan la duduk rumah je.Yana nak cari pengalaman.Yana.."
"....kamu nak cari kerja kat mana?"soal Encik Hashim tiba-tiba.Sejak tadi bapanya hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang komen.
Yesss!!!Yana tahu,harapannya memang cerah sekarang.Bila bapanya sudah membuka mulut bererti mamanya harus menutup mulut.Encik Hashim memang pendiam tetapi sesekali dia bersuara,kata-katanya wajib dituruti!
"Emm..kat mana-mana jela,janji kerja.Yana tak kisah.."ujar Yana tersenyum simpul.
"Hmm..cari kerja dekat-dekat sini je.Jangan jauh-jauh."
"Tapi bang..."sampuk Puan Aminah tidak puas hati.
"Biarlah dia kerja,cari pengalaman.Daripada duduk kat rumah ni,makan tidur je.Nanti awak jugak yang penat membebel hari-hari."
Puan Aminah mendengus."Saya bukannya apa,saya takut bila dia dah pegang duit nanti..dia malas pulak nak sambung belajar."
"Saya percaya Yana tak macam tu.Dia boleh fikir baik buruk masa depan dia sendiri."
Yess!Yess!Yess!Yana bersorak riang di dalam hati.Waa..sayangnya kat abah!
Puan Aminah menjeling kedua-dua beranak itu.Membentak di dalam hati.Eiiiii....
******************************
"Dewi,tengoklah Macbook Apple tu..Ya Allah..cantiknya!"Yana memandang notebook yang diletakkan di dalam almari bercermin itu dengan perasaan teruja.Sudah lama dia mengidamkan untuk memiliki laptop itu.Sememangnya Yana amat meminati teknologi IT sejak dulu lagi.
Dewi turut memandang ke arah laptop yang ditunjukkan."Ish..tak habis-habis dengan benda alah tu.Jomla balik,dah petang ni.Kang membebel pulak mak aku."Dewi menarik tangan sahabat karibnya itu.
"Hmm..okeylah."Yana dan Dewi lantas keluar dari Wisma BS dan berjalan menuju ke arah basikal mereka.Yana memandang kereta BMW yang diletakkan betul-betul di sebelah basikal mereka.
"Dewi,mana pulak datang kereta besar ni kan?Tadi aku tak nampak pulak."
"Aah la..tadi takde pun.Emm...Yana,aku rasa kita dah salah parking basikal kita laa."Dewi menunjuk ke arah papan tanda yang terletak di sebelah kereta itu.Sepertinya ruang itu telah disediakan khas untuk kereta BMW itu.
"Hah?Ye ke?ala..rilek la,kita cuma letak basikal je..bukannya kereta pun.Jomla blah cepat."Yana sudah naik ke atas basikalnya dan bersedia untuk beredar.Dewi yang berbadan gempal itu turut naik ke atas basikalnya.
Mata Yana tiba-tiba tertancap pada seorang lelaki yang sedang cuba meragut beg dompet seorang lelaki tua.Kejadian yang berlaku terlalu pantas.Dan tanpa diduga,lelaki itu berlari menuju ke arahnya.Yana tidak sempat berfikir apa-apa.Dia terus turun dari basikal dan menolak basikal itu sekuat hati ke arah lelaki itu.Hasilnya,dia dan lelaki itu sama-sama terjatuh.Beg dompet yang dicuri turut terjatuh.Lelaki itu cuba mengambil beg dompet itu tetapi Dewi yang dari tadi hanya melihat terus memukul lelaki itu sekuat hati.
Lelaki itu terus melarikan diri bila melihat seorang pengawal keselamatan berlari ingin mengejarnya.
"Yana,kau ok tak?"soal Dewi cemas sambil menarik Yana bangun.
"Aku ok."Yana mengambil beg dompet tadi lalu melihat tangannya.Sikunya terluka sedikit akibat terjatuh tadi.
Lelaki tua itu menghampiri mereka."Anak tak apa-apa?"
Yana menggeleng."Kami ok.Ni dompet pakcik."Yana menyerahkan dompet tadi kepada lelaki itu.
"Tangan anak terluka tu.Mari pak cik hantarkan pergi klinik."
"Eh,takpelah.Sikit je ni.Emm..kami balik dulu la pakcik,"ujar Yana memandang lelaki itu.Dia sedikit tergamam.Entah kenapa wajah lelaki tua itu mengingatkannya kepada seseorang.
"Tunggu dulu.Terima kasih sebab selamatkan dompet pakcik.Ini nombor telefon pakcik.Anak pergi klinik ambil ubat,nanti telefon pakcik claim bil ubat tu."Lelaki tua itu menghulurkan kad namanya.
Yana mengambil kad itu.Dia dan Dewi membaca nama yang tertulis di situ.Tan Sri Baharudin Bin Majid,Pengarah Urusan Wisma Beta Siber.Hah??Mereka berpandangan sesama sendiri.Masakan lelaki yang berpakaian t-shirt putih pagoda dan berseluar hitam ini adalah pengarah urusan syarikat yang besar dan gah di Kuala Lumpur ?
"Err..pakcik bos besar kat sini ke?"soal Dewi.Dia tidak dapat menahan keinginan untuk tahu. Lelaki tua itu hanya tersenyum.Yana juga agak terkejut.Betullah kata orang..dont judge the book by its cover..
"Err..pakcik,saya nak tanya sikit boleh tak?Kat sini ada kerja kosong tak?"soal Dewi lagi.Betul-betul soalan yang tidak disangka.Yana menyiku lengan Dewi.Hisy..tak malu betul!
Lelaki yang bernama Tan Sri Baharudin itu tersenyum melihat gelagat anak-anak muda remaja itu."Anak tengah cari kerja ke?"
Dewi tersipu-sipu malu."Haah.Kami sebenarnya baru lepas habis SPM pakcik.Ingatkan nak cari kerja part time sementara tunggu result."
"Kalau macam tu,anak boleh datang untuk training esok.Pukul 8,kat tingkat 4 Wisma BS ni.Emm..cuma pastikan datang tepat pada waktunya.Pak cik paling tak suka orang yang lewat."
Mereka berdua berpandangan lagi.Lelaki itu hanya tersenyum sebelum berlalu menuju ke arah kereta BMW di sebelah mereka.Dan selepas lelaki tua itu berlalu,mereka masih terpinga-pinga.
"Aku macam tak percaya jela.."ujar Yana dengan mata terkebil-kebil.
"Aku pun.Tapi ni peluang kita Yana.Tak payah interview..tiba-tiba je terus dapat kerja.Kerja kat Wisma besar macam ni pulak tu."
"Tapi kan..pakcik tu boleh percaya ke?Gaya tak macam bos pun.."ucap Yana ragu-ragu.
"Hmm..ntah lah.Aku pun tak tau.Tapi..kalau kita nak tau betul ke tak..esok sharp pukul 8,kita mesti datang sini.Set?"
"Set.."Yana ketawa kecil sambil mencapai basikalnya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan