Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
You find it all it's alright... But can you feel the way I feel crying out loud Something is.... missing
I try and I always trying Don't tell me I don't work it out I try and I always trying
You tell me why we deserve even I think it's not... away But can you feel the way I feel When someone else take me away from you
I try and I always trying Don't tell me I don't work it out I try and I always trying
Baby...oh! my baby just wanna see you I feel I'm lonely... tonight...
Lagu Something Missing oleh Missing Chapter mengisi segenap ruang kamar itu. Malam yang kian larut itu tidak sedikit pun mengugat mata si penghuninya yang sedang asyik bermain game di komputer.
"Bosannya!" Azrizal mengeluh apabila perkataan 'game over' tertera pada skrin komputer itu. Nak tidur, mata tak mengantuk pula. Lagipun esok kan hari Ahad. Buat apa nak tidur awal-awal? Nak online? Dia ada ke? Mesti dia pun ikut trip tu. Tapi kalau dia tak ada pun, bukankah aku masih ada kawan lain? Onlinelah kejap.
Tetikus itu dihala ke perkataan 'start' di bahagian bawah kiri skrin lalu diklik perkataan 'internet' dan pantas tangannya menaip laman My Space. E-mel dan kata laluan ditaip di ruangan yang disediakan.
Azrizal terkejut apabila melihat status online di bawah nama 'Laily' yang ada dalam senarai top friendnya. Nama itu bukan sahaja berada dalam senarai top friendnya bahkan nama pertama dalam senarai top friend itu.
"Aik? Awak tak pergi ke trip De Rhu tu?" Azrizal menaip ayat itu di ruangan comment di page Laily dan menanti seketika. Tak lama kemudian, soalannya tadi dijawab. Tetikus diklik pada 'new comment'.
"Kalau saya pergi trip tu, saya tak online kan?"
"Kenapa awak tak pergi?'
"Biasalah. Saya kan anak abah? Hehe… Awak pula? Kenapa tak ikut dia orang? Bukankah Tya, Shafik dan Iqbal pun pergi?"
"Keluarga saya ada hal jadi saya tak dapat ikut dia orang," bohong Azrizal. Takkan aku nak cakap yang aku tak dapat pergi sebab aku susah nak jumpa mak dan ayah untuk minta duit? Nanti dia ingat apa pula kan?
"Owh…jadi awak duduk rumah sorang-sorang? Tak takut ke?"
"Nak takut apa? Ni kan rumah saya sendiri. Lagipun saya kan lelaki."
"Awak ingat pencuri tu ambil kira ke kalau awak lelaki?"
"Rumah saya ni bukannya ada apa-apa pun yang boleh dicuri. Buang masa dia orang aja," Azrizal dan Laily bertukar cerita di internet. Bermacam-macam perkara yang mereka bualkan. Tentang sekolah. Tentang muzik. Semuanya.
***
Tepat jam 12 tengah malam, Shafik, Iqbal dan kawan-kawannya memulakan kegiatan mereka. Shafik berjalan berinjik-injik dan mengetuk pintu bilik Athira dan yang lain-lain lalu pantas menyorokkan diri.
Seketika kemudian, kelihatan Azleen di muka pintu. Wajahnya menunjukkan reaksi kehairanan. Shafik, Iqbal, Farok dan Asyraf ketawa melihat wajah Azleen yang terpinga-pinga.
"Macam semalam. Tak ada sesiapa," Azleen mendapatkan kawan-kawannya selepas menutup pintu.
"Jangan-jangan betul tak cakap Shafik. Tempat ni ada hantu," ujar Melissa.
"Syy…mulut janganlah cabul," sergah Fatin.
"Habis siapa pula yang nak ketuk pintu bilik kita malam-malam macam ni?" soal Azleen. Mereka saling berpandangan.
"Aku rasa ada orang sengaja nak kenakan kita," celah Athira. Mustahil tempat ni berhantu.
"Aku pun rasa macam tu," Fatin sependapat dengan Athira. Mereka mula merancang sesuatu.
Di luar bilik mereka, Azleen menjenguk ke luar bilik, memastikan tiada sesiapa
"Jom," Azleen dan Athira melangkah keluar dari bilik itu perlahan-lahan lalu menyorok di sebalik dinding. Mereka memerhatikan pintu bilik mereka dan menunggu.
Tidak lama kemudian, seperti yang dijangka kelihatan Shafik dan Iqbal melangkah ke pintu bilik mereka dan mengetuk pintu bilik itu.
"O…Ni kerja kau orang. Siaplah. Tya?" Azleen dan Athira berbisik agar tidak didengari oleh Shafik dan Iqbal.
"Jom."
Azleen menggerbangkan rambutnya dan menyarung selimut yang berwarna putih ke tubuhnya.
"Ok?"
"Ok."
Azleen dan Athira berjalan perlahan-lahan melalui tempat persembunyian Shafik, Iqbal dan yang lain-lain.
"Kau orang, apa tu?" Farok yang menyedari kehadiran lembaga itu bertanya kepada kawan-kawannya. Serentak mereka menoleh ke arah lembaga itu.
"Pontianak!" jerit mereka hampir serentak lalu bertempiaran lari.
Athira dan Azleen tertawa melihat telatah mereka.
"Padan muka," Athira dan Azleen tersenyum puas.
***
Keesokan pagi, rombongan SMK Abdul Rahman Talib bersiap-siap untuk pulang ke sekolah. Shafik, Iqbal, Farok dan Asyraf tersenguk-senguk menahan mengantuk di lobi sementara menanti pendaftaran keluar dari hotel.
"Hai, sembab aja muka. Tak cukup tidur ke?" tegur Athira.
"Aku rasa mesti dia orang tak boleh tidur sebab kena kacau dengan pontianak," kata-kata Azleen disambut dengan gelak tawa Athira, Fatin dan Melissa sebelum mereka melangkah ke bas yang tertera nama S.M.A.R.T. yang sudah menanti di depan pintu hotel.
Shafik, Iqbal, Farok dan Asyraf sakit hati mendengar tawa itu. Mereka turut mengikut langkah Athira dan yang lain-lain ke dalam bas.
Ketika naik ke dalam bas, Shafik terlihat Athira dan Shamsul duduk bersebelahan. Shafik menyiku Iqbal dan menunjuk ke arah Athira dan Shamsul. Iqbal memandang ke arah yang dikatakan Shafik.
"Lantaklah dia orang. Eh, Chap, kau nak duduk mana pula tu?" tanya Iqbal apabila Shafik menonong ke belakang bas.
"Aku nak duduk dengan awek aku," Shafik mengambil tempat di sebelah Melissa.
"Habis aku macam mana?"
"Kau duduklah dengan siapa-siapa."
"Kau ni memanglah. Bila ada awek, kawan ditinggalkan," Iqbal mengomel sendirian lalu mengambil tempat di belakang Shafik. Seketika kemudian, Azleen naik ke dalam bas. Dia hairan melihat Melissa duduk di sebelah Shafik.
"Lis, kau duduk dengan Shafik ke?" soal Azleen.
"Yalah," Shafik menjawab bagi pihak Melissa.
"Habis aku?"
"Kau tahu tak, kau ni sama macam Iqbal. Apa kata kau duduk aja sebelah Iqbal? Kesian Iqbal duduk sorang-sorang," ujar Shafik.
"Tak naklah. Aku duduk depan ajalah," Azleen melangkah ke tempat duduk yang masih kosong di hadapan.
"Kau takut dengan aku ke, Leen? Ala…aku bukan buat apa-apa pun. Sinilah!" Iqbal menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya.
"Ala…Leen, duduk ajalah sebelah Iqbal tu," Melissa menyampuk.
Nak tak nak, Azleen melangkah juga ke tempat duduk Iqbal memandangkan semua tempat duduk sudah terisi.
"Nak Supering?" Iqbal mempelawa makanan ringan yang berbentuk cincin itu kepada Azleen. Azleen menggeleng tanda tidak mahu. "Chap, nak Supering?"
"Bila masa pula kau beli ni?" Shafik menyambut huluran Iqbal.
"Masa bertolak hari Jumaat hari tu. Terlupa nak makan."
"Hah? Dah habis tarikh luput belum ni?"
"Belum."
Iqbal menyumbat earphone ke dalam telinganya. Seperti biasa, mp3 di telefon bimbitnya itu menjadi teman setianya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nape lmbt sgt sambungan cter nie