Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pinggan kak rin sudah terisi penuh dengan lauk. Pajeri nanas, ayam goreng, ulam raja dan sambal belacan menjadi pilihannya. Sedangkan aku masih belum membuat pilihan. Lauk pauk yang terhidang pelbagai aneka tapi tiada satu pun dapat menambat seleraku. Tidak mahu kak rin mahu menunggu lama, aku mengambil ikan kembung bakar, air asam dan ulam kacang botor. "dah?"Kak rin mengerutkan dahi. "kenapa kak?inikan berkhasiat. Tiada lemak dan kolestrol"sengaja aku menjawab begitu. "amboi, perli akak ke?" kami sama-sama tertawa. Aku hanya mampu menghabiskan separuh saja daripada nasi. Susah benar rasanya hendak menelan. Terasa seperti ianya pasir di tekakku. "Sikit sangat amani makan," tegur kak rin. Bukan dia sahaja tapi umi juga pernah memberikan teguran seperti itu. Bagaimana aku nak berselera jika sudah seminggu aku dan amir bagaikan orang asing. Dinginnya padaku seakan terlalu besar silapku itu. "Perut ni rasa sebu bila makan banyak,"kak rin mengganggukkan kepala mendengarkan jawapanku. "kak rin dulu lagi teruk time mengandungkan diorang. Waktu awal-awal tu, takde apa pun tapi bila masuk bulan ke-5, akak dah mula alah pada minyak menggoreng. Pantang terbau sikit, seharian akak terbaring,"aku tergelak kecil mendengar ceritanya. Aku menghirup perlahan-lahan jus mangga. Mataku meliar melihat sekeliling. Waktu tengah hari membuatkan pelanggan semakin ramai menjamu selera. Kedudukan restoran ini yang agak strategik dan juga persekitaran yang bersih dan selesa, mungkin ia menjadi faktor yang menjadikan ia sebagai destinasi pilhan ramai orang. Mataku tertancap pada satu pasangan yang agak riang berbual. Sesekali pecah ketawa antara mereka. Mataku tertancap lama di situ. Bagaikan ada magnet yang menarik supaya aku terus memandang gelagat mereka. Kak rin yang sedang bercakap di telefon, tidak menyedari keadaanku yang kini sedang berperang dengan perasaan. Mungkin menyedari dirinya di perhatikan, lelaki itu memandangku. Wajahnya berubah warna saat memandangku. Resah mungkin. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk ku tujukan padanya dalam situasi ini. "amani,"ku berpaling melihat kak rin di hadapanku. Wajahnya kelihatan penuh simpati. Ah, pasti dia sudah menyedari apa yang berlaku. Aku benci melihat orang memandangku seperti itu. Ya allah, inikah pengorbanan yang terpaksa ku bayar untuk menjadi isterinya. Setitis, dua titis. Terus ku tahan daripada ianya mengalir. Terlalu banyak airmata sudah jatuh. Amani, kuatkan semangatmu. "kita balik, kak,"dia akur dengan permintaanku. Mujur saja semua barang bagi persiapan majlis hari jadi haiqal dan haiqel sudah di beli sebelum kami singgah untuk makan di restoran ini. Sepanjang perjalanan pulang, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutku. Kak rin bagaikan mengerti, lebih senang membiarkan aku melayan perasaan. Belum sempat aku melangkah keluar dari kereta. Kak rin memanggilku. "Berbincang dengan amir dulu, amani. Kadang-kadang apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang berlaku,"aku hanya menggangguk lesu mendengar pesannya. Aku tidak terus melangkah masuk ke rumah tapi langkahku menuju ke taman orkid umi. Aku duduk di bangku di situ. Melihat orkid yang beraneka warna seakan dapat menghilangkan sedikit rasa gundah di hatiku saat ini. Mengingat kata-kata kak rin tadi, hatiku jadi semakin pedih. Tak sama dengan apa yang berlaku? Kalau sikapnya, layanannya sebelum ini masih mesra seperti dulu pasti aku akan berbuat seperti yang disarankannya. Tidak cukupkah lagi semua ini untuk membuktikan semuanya berubah. Hatinya, cintanya, kasihnya, bukan milikku lagi. Aku mengerti kini. Hakikat yang tertulis itu bukan berpihak padaku lagi.
***************
Bab 21
Mengapa aku berubah? Mengapa aku jadi sedingin begini pada dirinya? Apa benar kasihku sudah pudar seperti yang dikatakannya? Aku menyembamkan muka ke meja. Resah dengan perasaanku sendiri. Pergaduhan semalam bagaikan masih terngiang-ngiang di telingaku. Suara hiba isteriku masih lagi kedengaran. Sungguh, melihat dia menangis, aku turut merasa kesakitannya. Kalau insan lain yang menyakitinya sehingga sedemikian rupa, pasti sudah aku hadiahkan penumbuk, tapi kini insan yang menyakitinya adalah aku. Ain. Dia yang menyebabkan aku begini. Permintaannya supaya kami berkahwin dalam masa terdekat ini membuatkan aku resah. Sebetulnya aku boleh menolak, dan berterus terang padanya tapi budiku pada abang anuar terlalu besar. Ya, jika bukan kerananya menyelamatkan aku dari lemas di tasik kenyir 10 tahun dulu, mungkin waktu ini aku sudah bergelar arwah. Tragedi yang aku sembunyikan dari pengetahuan keluargaku ini sememangnya tidak akan aku lupakan sepanjang hayatku. Aku juga tidak mahu mengambil risiko kalau tejadi apa-apa pada Ain. Aku, suami amani balqis dan bakal ayah pada bayi yang di kandungnya dan aku juga tunangan ain fatihah. Tunangan? Memang terlalu kejam aku memperlakukan isteriku. Rasa bersalahku membuatkan aku tidak mampu untuk berhadapan dengan isteriku itu. Memandang dirinya, perasaan itu makin menghukumku. Jadi yang terbaik, aku mengelak darinya. Sungguh, cinta dan sayangku masih utuh pada dirinya. Aneh, aku cinta, aku sayang tapi aku yang melukakan. Suami apakah aku ini? Aku teringat bagaimana reaksi kak najwa dan abang azmer mendengar permintaanku supaya mereka mewakili umi untuk melamar ain. Mereka terkejut bukan kepalang. Kak najwa menangis kerana terlalu marah dengan sikapku. Abang azmer pula berulangkali menggelengkan kepala tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mereka mengira hubunganku dengan amani bahagia, tidak bermasalah tapi realitinya indah khabar daripada rupa. Dalam tangisnya, kak najwa berulangkali mengatakan kesalnya terhadapku. Aku hampir berputus asa untuk memujuknya, dan akhirnya dia bersetuju. Dan sekarang walaupun permintaanku itu di tunaikan, kak najwa masih memilih untuk bersikap dingin terhadapku. Setiap kali aku berkunjung ke rumahnya, dia lebih memilih untuk berdiam diri di dalam bilik, melayan dina dan adam. Kehidupanku sudah bahagia. Punya seorang isteri yang mempunyai ciri-ciri yang di idamkan semua lelaki. Dan kami juga bakal mempunyai cahayamata. Isteriku itu menjadi kesayangan semua ahli keluargaku. Dia menantu kesayangan umi, dia adik ipar kesayangan kak najwa, dan dia juga kakak ipar kesayangan Athirah. "Kak Amani tu satu dalam seribu, abang. Ati pun tak mampu nak jadi macam dia. Umi pun selalu puji kak amani, kadang-kadang ati pun cemburu, tau. Kalau abang kehilangan dia, belum tentu lagi abang dapat jumpa perempuan sepeti dia. Mungkin perempuan itu sempurna di mata abang tapi belum tentu lagi dapat menambat hati umi terutamanya,"kata-kata athirah suatu ketika dulu makin menyesakkan dadaku.
Panggilan umi yang menggesaku pulang segera, memberikan tanda tanya padaku. Mengingatkan keadaan amani yang semakin sarat, aku menjadi khuatir jika terjadi apa-apa pada isteriku itu. Aku menjengah ke ruang tamu. Raut wajah umi kelihatan sedih, athirah di sisinya cuba menenangkannya. "Kenapa, umi? " aku merapati umi. tidak pernah aku melihat umi begini, kali terakhir, seingatku sewaktu arwah abah meninggal dunia. " Amani lari dari rumah, mir. Kau bacalah surat yang dia tinggalkan pada umi ni," umi menghulurkan surat yang berlipat itu padaku.
Assalammualaikum umi.. Umi, pertama sekali amani memohon sejuta keampunan daripada umi kerana mengambil tindakan seperti ini. Amani terpaksa, umi. Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak yang berlaku dalam perkahwinan kami. Amani harus pergi, umi. Amani perlukan ketenangan untuk mencari kekuatan dalam menghadapi semua dugaan ini. Insyallah, amani akan pulang apabila kekuatan itu amani temui. Umi, apapun yang berlaku, hubungan kita tidak akan terputus. Umi tetap seorang ibu yang baik pada amani. Amani pinta umi jaga kesihatan diri dan jangan risaukan amani. Amani akan menjaga diri sebaiknya. Amani mohon restu umi. maafkan amani, umi.
QisAmani
Aku terduduk apabila selesai membaca surat itu. Tidak menyangka amani akan bertindak sejauh ini, apatah lagi dengan keadaan dirinya yang sebegitu. "Apa dah jadi, mir? Umi ingat kamu bahagia," umi bersuara bercampur dengan tangisan. Lidahku kelu mendengar soalan umi. kami bahagia, umi. tapi amir yang merosakkan segalanya. Anak umi ini yang tidak tahu bersyukur. "Umi, janganlah macam ni. Nanti umi yang sakit," mungkin mengerti dengan keadaanku yang masih terkejut, athirah berusaha memujuk umi. Berulangkali dia menggosok belakang badan umi. "Hati umi takkan tenang, ati selagi tak tahu apa yang berlaku. Umi kenal kak amani kamu tu. Kalau tak abang kamu yang buat hal, dia takkan sampai lari dari rumah ni. Apa umi nak jawab dengan mak ayah mertua kamu, mir kalau diorang bertanyakan amani,"wajah umi yang basah dengan airmata ku pandang lama. Aku berpaling kepada athirah, adikku itu tidak memberi sebarang reaksi. Walaupun begitu, aku tahu dia kesal dengan tindakanku dalam menyelesaikan masalah ini. "Amir akan kahwin dengan ain," aku menunduk, setelah membuat pengakuan itu. Aku takut untuk melihat reaksi umi, aku takut melihat kemarahan umi. Tapi umi tidak bersuara, dia hanya memandangku dengan rasa terkejut. Dia bingkas bangun dari duduknya, aku cuba memapahnya tapi secara spontan dia menepis peganganku itu. Aku tersentak. Dengan rasa kaget, aku hanya memerhati langkahan umi, sebelum sempat dia memijak tangga pertama, aku melihat dahinya berkerut menahan kesakitan dan tangannya memegang dada. Aku dan athirah bergegas menerpa pada umi. Aku cuba membantu tapi seperti tadi umi tetap menolak bantuanku. "Ati, bawa umi ke bilik,"pinta umi tanpa sedikit pun memandang padaku. Aku jadi sebak. Nampaknya umi begitu membenciku dengan apa yang berlaku.
a husband should know where the priority..minta maaflah yea..mmglah hutang nyawa, tp bukankah pertolongan itu should be ikhlas... i dont think Amir is a good husband..maybe not strong knowlegde in religion too... Ain bukanlah alone, dia ada family.. this is where siblings should helps each other.. bukannya yg non muhrim patut tolong..patutnya family die bawa g berubat jauh2.. amani was a good wife, but a good wife x perlu berkorban jiwa raga to please the husband..ain mmg x salah sbb die x tahu, tp yg salah ialah family ain n amir.. amir should fidn way utk menjauhkan diri drpd Ain not from his wife. pleaselah writer..stop this nonsense.. x kiralah u lelaki or perempuan..
nape episod kali ni sedih sngt ha..sian amani..sepatunye beritahu pekara yg sebenarnya pada ain walaupun dia x ingat apa-apa.amani lak jgnlah pendamkan perasaan tu...luahkan.mir lak jgn kerana terhutang nyawa sanggup buat apa saja ingat lah awak tu suami org and bakal timang cahaya mata x lama lagi...matikan saja watak ain tu nyusahkan org je...hai geramnye ...sakit hati ngan husban amani.
Yup...nak bercerita pun tgkla jugak. Apehal citer cam ni? benci aku...tiber teringat bapak aku yang ader betina lain. Tak rase memang tak tau. Stopla citer bodohhhh ni!
hm...btul tu... beragak2 ler klau yer pn nk bals budi... sbgi seorg lelalki, at least tahu tanggungjawab.. kalau dia betl sayang istri, dia akan snggup katakan TIDAK.. namun, apa yg buat dia terpaksa menerima pernikahan tersebut..
pada pendapat saya amir yg bersalah sebab x ceritakan hal yg betul pada 2 belah pihak.semua org ingat kalau ada org ketiga perempuan yg salah tapi sebenarnya lelaki.banyak kes kat luar tu lelaki yg dah kawin mengku bujang.yg tua plak ckp duda.org yg x pernah kena tau nak salahkan org.cuba selidik sebelum menghukum org.
amir is a husband who did not know how to appreciate a great wife he has..many men loses the greatest woman in life because sikap yang macam nih..sad but tru..so many true story out there like tis..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnye...ble nak smbng lg...harap ain x wujud lg lps ni...
kesian amani...